Bab 7 ( A2 )

Romance Completed 306520

Vote , Komen, Rate, Rewards Kalau Anda sukakan Novel PB..:)

                  Anggerik 2.

                    *******
                Luv PB

***

....Part sebelum ini...

Apa yang dah Selesai Sherry? Ini kali Kedua saya tanya. Saya mahukan penjelasan kenapa awak keluar dari bilik yang sama dengan suami saya keluar tadi?" Senyuman Anggerik mekar, bersama mata Hazel Anggerik melihat kearah Sherry..

Sherry berpaling Dan Tersenyum sinis menaikkan keningnya kepada Anggerik, Bersama tindakan Sherry seterusnya, dia melirik menggoda matanya memandang kearah Mukhriz.

“ Well! Anggerik! Betul kan nama Awak Anggerik. Maaf saya memang tak kenal? Saya Sherry kekasih Mukhriz. Ada apa - apa masalah Tentang itu.” Sekali lagi Sherry Tersenyum sinis kepada Anggerik.

Senyuman yang dirasakan Anggerik, Senyuman paling Sarkastik yang pernah dia lihat. Senyuman Sherry tak seindah Senyuman “ Mawar” adiknya yang penuh dengan muslihat. Tapi Senyuman wanita dihadapannya sama dengan senyuman ular, mereka layak bersama. Itu perumpamaan Anggerik bagi Sherry.

“ Tak memang tak ada masalah Tentang hal itu, saya pun tahu Tentang hal itu. Dulu saya pernah gubah gubahan bunga untuk kekasih Mukhriz, saya rasa Awak yang terima bunga itu. Satu bunga Ros Hitam dalam gubahan. Awak ingat lagi?” Kali ini Anggerik pula memberikan Senyuman sinis pada Sherry. “ Dia ingat dia jer ada Senyuman sinis macam itu. Aku pun adalah perempuan, bonus sekali dengan mata Hazel aku ini.” Anggerik menahan geram dalam hati.

“ Masih ada hubungan lagi dua ekor ini.”

“ Jadi awaklah yang punya angkara? Apa yang Awak nak buat Sebenarnya perempuan? Awak nak rampas Mukhriz dari saya?”

“ Jap! Rampas? Siapa pula rampas Mukhriz? Saya ke Atau Awak yang jadi Isteri dia?” Sekali lagi Anggerik Tersenyum sinis, dia tidak akan lagi mengalah dengan Sherry. Hubungan Sherry dengan Mukhriz akan dibuat perhitungan sehabisnya hari ini.

“ Jangan nak bangga sangat dengan Title Isteri itu Anggerik? Bila - bila masa jer Mukhriz boleh ceraikan Awak Dan kembali pada saya!” Sherry mengugut Anggerik.

Ugutan yang membuatkan Anggerik ketawa terbahak. Tapi itu semua Hanya lakonan dari Anggerik.

“ Cerai? Oops! Sherry dah berapa lama Awak kenal Mukhriz Dan berapa tahun Dia dah tinggalkan saya? Saya nak juga tahu betapa genius sangat otak Awak ni nak kira ?” Anggerik mengoyangkan badannya. Sambil pandangan tajam Anggerik melihat kearah Mukhriz, namun bibir Anggerik tetap Tersenyum kearah suaminya.

“ Good Luck Mukhriz! Suara jauh Anggerik dalam bahasa isyarat!

Wajah Mukhriz masih pucat dan kaku dalam kedudukan diri ditempat tadi. Sepatah perkataan tidak terucap dalam Suara Mukhriz. Mengiyakan pun tidak, membantah pun tidak.

Gaya Anggerik berdepan dengan Shery Betul - Betul merubah segala perwatakan Anggerik kini. Dia bukan lagi wanita lemah yang sebelum ini dikenali Mukhriz.

Dia sekarang menjadi seorang wanita yang dominan dalam mengawal keadaan.
“ Habislah aku kali Ini.” Mukhriz dapat rasakan Anggerik akan mengamuk besar. Wajah kelembutan Dan mengada- ngada Angerik sebentar tadi telah menghilang.

Bagaikan Anggerik versi baru yang muncul dihadapan matanya sekarang.

“ Awak yang perangkap dia Anggerik, Awak sengaja mengandungkan Adham untuk perangkap Mukhriz kembali dalam hidup Awak?” Suara Sherry lantang Dan berani dalam melawan Anggerik.

“ Sherry!” Suara Mukhriz tegas yang lantang.

“Diam!” Tangan Anggerik memberikan isyarat agar Mukhriz tidak bersuara dalam halnya mendapatkan kebenaran dari Sherry.

Dia mahu Sherry luahkan segalanya Tentang hubungan dia Dan Mukhriz, termasuk Adham. Dia mahu tahu segalanya Dan tanpa Anggerik menyangka begitu pemahaman Sherry Tentang hubungannya Dan juga Adham.

“ Kenapa Adham yang dikaitkan dalam hal ini.”

“ Lagi Sherry? Apa lagi yang Awak tahu!”

“ Mukhriz akan ceraikan Awak Dan kembali pada saya? Dia dah janji Tentang hal itu. Tapi Disebabkan Adham Dan perangkap Awak Anggerik. Sebab itu Mukhriz masih kekal dengan keluarga dia .”

“ Ouchhh! Jadi Awak fikir Kalau Mukhriz tak ada keluarga dia akan ceraikan saya? Sengal.”

“ Mukhriz Awak tak ada apa - apa nak terangkan pada perempuan ini. Saya nak Awak terangkan apa yang berlaku dan perkara itu perlu diperjelaskan dekat sini!”

Kini giliran Anggerik pula perangkap Mukhriz. Dia Takkan senang - senang Lepaskan Mukhriz selepas apa yang terjadi. Penerangan perlu dari Mukhriz bagi mengembalikan semua perkara yang keruh kembali dijernihkan.

Mukhriz menapak kearah Kedua - dua perempuan dihadapannya. Dia perlu perjelaskan segalanya. Tidak guna lagi dia bermain tarik tali dengan Sherry dalam masa yang sama hal itu akan melukakan hati Anggerik.

“ Sherry ? Look, benda ini saya dah terangkan dari awal sebelum ini. Kita dah tak ada apa - apa. Lupakan saya, Dan jangan cari saya lagi. Saya tak nak hati Awak sakit lagi disebabkan saya. Semua yang Anggerik maksudkan hal itu benar. Tiada apa yang berubah

“ Mukhriz saya tahu awak terperangkap dalam semua perkara yang berlaku. Disebabkan itu juga Awak tak boleh perjelaskan segalanya kepada dia disini. Sebab dia mengandung kali Keduakan Mukhriz. Sebab itu Awak tak berani.”

Sherry tidak lagi ambil pusing tentang segala perkara yang berlaku dihadapan matanya. Dia perlu luahkan semua perasaan hatinya.

Telah lama dia memendam rasa dengan hubungan Anggerik Dan Mukhriz. Dia telah lama menunggu Dan penantian dia untuk mendapatkan Mukhriz bukanlah suatu yang sia - sia selama ini.

“ Sherry sudah! Jangan melalut. Pulang sekarang!” Wajah Mukhriz kembali bengis bila segala arahannya tadi tidak dihiraukan oleh Sherry. Malah Sherry membuka Satu persatu perbualan mereka sebentar tadi. Jika dibiarkan lama dia takut perkara lama juga dibongkarkan Sherry.

“ Saya boleh balik Mukhriz, Tapi saya nak Anggerik tahu. Dalam hati Awak juga ada saya!” Sherry kembali sinis Tersenyum meandang kearah Anggerik Dan Mukhriz. Kali ini dia rasakan dia berjaya membuat hidup Anggerik merana.

Sherry puas meluahkan segala perasaannya. Walaupun wajah Anggerik nampak tenang disisi Mukhriz.

Tapi dia tahu dalam Sudut hati Anggerik, wanita itu juga terluka Dan menahan sakit dihati. Dia mahukan Anggerik merasa kesakitan yang dialami dirinya dulu apabila dia menahan perasaan menantikan Kehadiran Mukhriz disisinya.

“ Sherry Cukup jangan nak tambah apa - apa lagi. Tak Cukup lagi untuk hari inj. Balik sekarang!” Suara tegas Dan lantang Mukhriz menghalau Sherry dari terus berada disitu.

“ Saya boleh pergi Mukhriz. Saya tahu jalan Mana nak keluar. Saya harapkan berita gembira Mukhriz.” Sherry Tersenyum memandang Anggerik. Mukhriz hanya kaku di tempat dirinya berdiri.

Dia tidak menjawab segala kata - kata terakhir dari Sherry. Namun tubuh gadis itu dilihat Sehingga langkah Sherry menghilang dari pandangan matanya.

“ Mukhriz ! Kita kena berbincang.” Suara Anggerik lemah, Tapi segala yang terlihat dimatanya dia tahu apa yang telah terjadi. Dia tak perlu perjelaskan hal itu, Tapi perbincangan dengan Mukhriz akan dapat jawapan dari semua soalan di Minda Anggerik.

“ Apa lagi Anggerik?” Kali ini Suara Mukhriz pula yang penat dan lemah. Dia telah penat dengan segala yang berlaku tadi. Sherry telah Selesai kini tiba giliran Anggerik.

Anggerik melangkah kearah Mukhriz Dan kekal disisi suaminya.

“ Saya tak sangka semua ini jadi begini Mukhriz. Kalau saya tahu, separuh hati Awak ada Sherry. Mungkin Saya akan ambil tindakan ataupun jalan yang lain.” Anggerik memudahkan bicara untuk dia dengan Mukhriz berbincang.

“ Benda itu dah terjadi Saya dah pilih Awak Anggerik! Tiada lagi hal yang perlu dikesalkan.” Mudah Mukhriz menjawab tanpa fikirkan perasaan Anggerik yang mendidih dalam hati.

“ Kalau saya tak mengandung sekarang Mukhriz, Saya akan tuntut cerai dengan awak. Apa yang Awak buat tadi Mukhriz, Cukup untuk saya Jadikan Sebab untuk Saya Takkan kembali dalam hidup Awak.” Senyuman Anggerik manis Tapi Maksud yang disampaikan Anggerik membuatkan jantung Mukhriz berdetak kembali laju.

“ Anggerik Awak salah faham Tentang tadi. Saya dengan Sherry tak buat apa- apa.” Mukhriz kembali tersedar dengan segala yang terjadi tadi.

“ Yup! Mungkin saya salah faham, salah faham kali ketiga Atau seterusnya. Salah faham sampaikan Sherry boleh tahu saya mengandung kali Kedua?

“ Saya pun pelik Mukhriz, semua yang pernah jadi dalam keluarga kita Sherry boleh tahu semua.”

“ Adham? Sherry kata itu kesilapan saya dalam perangkap Awak dalam hidup saya.”

“ Saya bagi amaran terakhir Mukhriz? Kalau saya dapat tahu Sherry muncul lagi dalam hubungan ini. Saya Takkan teragak - agak untuk pilih Adam, “ Nicholas” kembali dalam hidup saya.”

“ Berterima kasih pada Kandungan ini Mukhriz? Sebab dia penyelamat dalam perkahwinan kita kali ini.”

Mukhriz tersentak dengan segala bicara Anggerik yang Seakan mengugut .

Dia dapat rasakan segala bicara Anggerik Dan lirikan mata Anggerik serius dalam bicara. Mukhriz meraupkan wajah mukanya beberapa kali, sedar dengan kesilapan dirinya kali ini.

“ Anggerik!” Tubuh Anggerik dibawa dalam pelukan Mukhriz. Tiada balasan dan rengekan manja Anggerik seperti sebelum ini. Tapi yang melegakan hati Mukhriz, Anggerik tidak menolak bila tubuhnya dipeluk. Menandakan Anggerik masih menerima dirinya, namun Mukhriz tetap perlu berwaspada dengan segala amaran Anggerik.

“ Baby terima kasih!” Pegangan Tubuh Anggerik dieratkan dalam pelukan, sambil Mukhriz memejamkan mata menikmati saat gentar dalam hatinya jika Anggerik benar - benar tinggalkan dia tadi.

****

“ Mana Terry ? Kenapa tak ada khabar berita dari dia. Rasanya dah dua minggu muka dia tak muncul Dekat rumah Mommy. Apa yang dia buat James?

“ Tengok - tengok kan juga Terry James. Engkau pun tahu abang engaku yang seorang lagi itu tak Betul.” Adam mensisipkan kopi perlahan - lahan ke bibirnya. Minuman pagi itu ditemani oleh Mommy, James Dan Maddy , keluarga yang menceriakan hidup Adam.

“ Mommy pun dah lama tak jumpa dia. Agaknya dia sedang sibuk Adam dengan kes tem...!" Suara Mommy tersekat, Cepat - Cepat Maddy menuangkan air kopi ke Mommy dengan isyarat mata memberhentikan perbualan.

“ Adam mengerutkan keningnya. Dia dengar dengan Jelas Mommy membicarakan Tentang Kes Tem, Tapi belum Sempat Mommy menghabiskan bicara. Maddy kearah Mommy menuangkan kopi yang Adam tahu belum disentuh oleh Mommy.”

“ Maddy , James Dan Mommy? Apa yang jadi?” Mata Adam menjerling tajam Ketiga- Tiga orang yang telah berada dihadapannya.

Ketiga - Tiganya masih diam membisu tanpa sepatah perkataan pun keluar dari mulut mereka.

“ Beritahu Adam jangan sorokkan hal itu. Kes apa yang dimaksudkan Mommy? Jangan biarkan Adam dapat tahu hal itu sendiri?” Adam mengugut, jika dia terlepas dengan tindakan, Kalau dia mengamuk dalam tenang. Habis semua yang terlibat akan Adam berikan hukuman. Itu cara Adam Dan mereka kenal dengan sikap pimpinan Adam yang mahu tahu segala hal yang terjadi. Lebih - lebih lagi hal Keluarga mereka.

“ Maddy, Duit bulanan bulan ini.....!

“ Terry kena tembak.!” Maddy tak boleh lagi rahsiakan hal itu, bila Adam nak potong wang bulanan dirinya. Dia Kalau tak shopping sehari, dia akan mati. “ Urghhhh!” Adam dah tahu kelemahan dirinya yang Satu.

“ Adam Jahat.” Maddy mengomel bersama tawa Adam yang tersengih memandang adik perempuannya.

“ Good ! Kena tembak? Dah mati ker dia?” Pertanyaan Adam yang wajahnya telah kembali serius.

“ Maddy” James mengerutkan kening. “ Memang tak boleh diharapkan. Pemboros!” James menemplak Maddy. Pasti lepas ini Terry mengamuk dengan Maddy bila hal itu telah sampai pada pengetahuan Adam.

“ Apa ? Bukan Maddy yang bocorkan rahsia itu. Mommy yang bagi Hint pada abang Adam. Jangan salahkan Maddy!”

“ Belum mati! Terry selamat!” Sempat Maddy menjawab persoalan Adam, Tapi hatinya masih tidak puas dengan James sebab salah dijatuhkan pada dia seorang.

Maddy buat muka merajuk dengan James. Apa sahaja melibatkan rahsia Terry Dan James, selalu saaja Maddy yang dipersalahkan. Sebab itu dia mencari kasih dengan Adam. Sebab Terry Dan James mereka berdua rapat.

“ Mommy!” Ketawa Mommy yang membuatkan semua yang berada di meja hidangan ketawa dengan kelakuan Maddy.

“ Adam tak perlu nak serius sangat pasal hal Terry. Dia memang dah terjebak dalam dunia itu Adam, itu kerja dia. Lagipun anak - anak Mommy semua dah besar - besar. Tak perlukan perhatian Dan jagaan Mommy lagi.”

Tangan Adam yang disebelah kanannya dipegang. Tempat Adam duduk ketika ini, itu adalah tempat suaminya dulu. Selepas kematian suami Dan Ayah mereka berempat, Adamlah pengganti tempat suaminya, mewarisi segala legasi Dan organisasi keturunna mereka.

Adam lain dari suaminya, seorang yang penyabar dalam membuat keputusan. Tapi dengan Terry Adam tegas Dan menakutkan. Dia tahu anaknya Terry sedikit nakal semasa kecil. Dia pula sibuk dengan Maddy yang masih kecil. Jadi Adamlah tempat dia bergantung harap bagi mengawal dua lagi adik lelaki Adam.

James lebih mudah untuk dikawal kerana mengikut arahan. Tapi Terry sikapnya Licik Dan suka mengikut segala kata hatinya, seorang yang berani Dan suka mencabar kesabaran Adam dalam sesuatu perkara.

Dia ingat lagi bila Terry dibelasah teruk oleh Adam bila dia dapat tahu Terry mencuba sesuatu tanpa pengetahuan dia Dan keluarga. James dilihat Hanya menyembunyikan diri sambil mata melihat ke arah Terry yang dihukum.

Nampak Jelas dimata Ibunya perasaan James yang serba salah bila Terry teruk dibelasah. Dia tahu James juga terlibat, Tapi itu semua atas tindakan Dan pengaruh dari Terry.

Dia Dan suaminya tidak mahu masuk campur bila Adam telah membuat keputusan. Mereka sekadar melihat.

Segala keputusan Adam yang dilakukan dalam mendisiplinkan adik- adiknya penting untuk legasi mereka. Kerana Adam yang akan mewarisi tampuk pimpinan Keluarga mereka.

“ Mommy ! Apa yang Adam perlu buat pada Terry kali ini? Kenapa dia ditembak, disebabkan apa Mommy?”

Pendapat Mommynya penting dalam Adam buat keputusan. Dia perlu tahu siapa musuh yang telah menyerang Terry. Tentu ada sesuatu yang melibatkan Terry, Sehinggakan dia hampir - hampir dibunuh oleh musuh.

Adam mahukan segalanya selesai. Dia tidak mahu permusuhan itu menjejaskan perniagaan mereka Dan juga Keselamatan Terry.

“ Cawan yang berisi Teh dinaikkan Mommy Adam kearah anaknya. “ Ikut Adam, segala keputusan Adam Mommy terima.!”

“ Good! James nanti engkau ikut aku, aku nak lawat Terry dah lama aku tak jumpa dia.”

“ Adam Terry tak ada apa - apa sekarang, dia sihat. Kita jangan ganggu dia.” James menunjukkan reaksi tenang, dia cuba bereaksi biasa. dia tahu sesuatu Tentang rahsia Terry Dan jika Adam dapat hidu dengan apa yang Terry sorokkan Di Pulau peribadi dirinya. Habis lah kali ini hidup Terry. Tentu Adam mengamuk seantara benua.

“ Aku tetap nak jumpa dia. Dia tetap adik aku. Lagipun aku tak boleh lama - lama Lepaskan Terry, James. Aku takut dia lakukan sesuatu dibelakang aku.”

“ Tentulah Abang Adam, Abang Terry kan buas, ganas Dan menyakitkan hati.” Mata Maddy dijulingkan keatas bila mengingati kembali kenakalan Terry bila mengusiknya.

“ Maddy, tak Baik cakap Abang Terry macam itu.” Mommy menegur perbuatan Maddy yang dirasakan keterlaluan dalam membuat teguran kepada abangnya.

“ Mommy betullah Maddy cakapkan tu?” Mulut Maddy telah mencembung membulat bila mendapat teguran dari Mommy mereka.

“ Maddy! Betul apa yang Mommy cakap, dia tetap abang Maddy. Hormat tetap kena hormat Maddy. Jangan nak lepas laku pada Abang Terry Dan Mommy.” Adam menasihati Adik perempuan keluarganya yang seorang.

James Tersenyum sinis kepada Maddy. Jarang Adam tak sokong Maddy. Selalunya Adamlah penyokong setia Maddy dalam semua tindakan adik perempuan mereka.

Kali ini berlainan. Nampaknya “ Zaman Puteri Kesayangan Adam” telah lenyap. Digantikan dengan “ Kisah Puteri Adam yang cemberut Kuat.”

Maddy membuatkan wajah cemberut yang membuatakan James tertawa kuat melihat kelakuan adik perempuannya.

“ James!” Kali ini diri James pula ditegur oleh Adam.

****

“ Hei Adam, James kenapa datang tak beritahu dulu? Ada sesuatu yang penting ker sampai aku dapat lawatan mengejut pagi ini?” Terry mendepakan tangannya menunggu pelukan dari Adam Dan James.

Adam orang pertama yang memeluk Terry. Namun pelukannya renggang tidak mahu terkena luka tembakan Terry.

“ Adam abang Kesayanganku!” Pelukan ditubuh Adam namun mata Terry mengecil memandang James yang menaikkan bahunya membawa Maksud bukan dia yang membawa Adam kesitu.

Dalam pelukan bersama Adam sempat Terry menunjukkan Isyarat Fuck pada James sebab tak Maklumkan terlebih dahulu pada dia.

“ Engkau jangan nak berlakon Terry, aku nak tahu pasal semua kenapa engkau kena tembak. Aku ingat Engkau akan mati.”

Pelukan ditubuh Terry dilepaskan Adam. Setiap kali pertemuan Adam Dan Terry, Tentu sahaja Terry akan membuangkan kata - kata yang akan membuatkan tekak Adam merasa Loya.

“ Hai ! aku puji engkau Adam. Tak patut cakap aku macam itu. Tapi doa engkau yang nak aku mati. Nampaknya tuhan belum makbulkan hal itu.” Terry Senyum sinis Dan tubuhnya pula terarah Kepada James untuk pelukan.

“ Keluarkan Adam dari sini!” bisikan Terry ke telinga James semasa tubuh mereka berpelukan. Bicara Terry membuatkan James pucat.

Ketiga - tiganya telah duduk dalam ruangan meja bilik tetamu. Adam dilihat Terry telah melangkah dan sedang melihat kearah segala hiasan kecil diatas meja Terry. Melihatkan Adam sibuk dengan lamunan. Terry memberikan isyarat sesuatu kepada James dari jarak jauh.

Terry mahu Adam keluar dari situ Segera, namun dari yang dimaklumkan Adam tadi. Dia mahukan cerita sepenuhnya Tentang kes tembakan yang cuba untuk membunuh Terry.

“ Adam kesini nak tahu pasal kes tembakan itu. Ceritakan hal sebenarnya Kalau nak kami berdua beredar dari sini Segera.” James memberikan arahan kepada Terry untuk segala rahsia Terry tidak terbongkar.

“ Apa yang kamu berdua bualkan!” Langkah Adam bersama wajah yang serius mendapatkan mereka berdua, Dan dari pandangan Adam . Mereka berdua Seakan rahsiakan sesuatu.

“ Hanya bual kosong Adam, tiada apa yang penting.” Macam biasa Terry akan mencuba mengelak dari perbualan diteruskan.

“ James? Ada apa yang engaku nak Maklumkan untuk pengetahuan aku?” Pandangan Adam kini beralih pula kepada Adik lelaki keduanya.

“ Kami bincangkan pasal kes tembakan itu Adam. Terry akan terangkan semuanya.” James bereaksi sinis, sebelum Adam dapat siasat hal lain yang disorokkan Di Pulau itu . Lebih Baik dia berterus terang untuk rahsia Terry yang Satu lagi agar tidak terbocor ke dalam pengetahuan Adam.

“ Shit! James tak perlulah engkau nak Maklumkan pasal hal itu?” Terry telah menunjukkkan wajah kemarahan Kepada adiknya. Nampaknya Satu rahsia pun dia tak dapat sorokkan dari pengetahuan Adam.

Dia berharap Rahsia dirinya yang paling besar melibatkan “ Mawar” tidak akan dapat dihidu oleh Adam.

“ Jadi Terry macam mana engkau dapat tembakan ini. Ada yang berkaitan dengan legasi kita? Engkau pun tahu Kalau hal itu belaku pesaing kita dapat tahu. Perniagaan Kita akan dapat kesan.”

“ Jangan risau Adam hal ini aku dah Selesaikan. Perempuan yang nak bunuh aku dalam konsipirasi Dia telah aku tamatkan nyawanya.”

“ Macam mana engkau boleh terlibat sama Terry?”

“ Kesilapan kecil Adam. Aku dah tersedar awal Tapi aku ikut permainan dia. Tak sangka aku, dia perancang unman bagi pembunuhna keluarga dia sendiri.!” Dunia sekarang semakin kejam Adam.

“ Kalau Hal itu melibatkan keluarga mereka, kenapa engkau yang masuk campur Terry. Tak rasa ker hal itu masalah peribadi.

“ Adam aku nak terangkan dekat engkau pasal kerja aku pun Engkau tak pernah ambil tahu.”

“ Suami perempuan yang nak bunuh aku tu kawan uncle Mic. Dia yang mahukan bantuan aku , pada mulanya aku tak nak masuk campur. Tapi yang peliknya, rahsia tempat kita berniaga terbongkar Satu persatu.

“ Maksud engkau sebab perempuan itu?”

“ Siapa lagi kalau bukan dia?” Asap rokok mulai berkepul - kepul berasap diudara hasil dari sedutan dan hembusan nafas Terry.

“ Terry engkau ada bukti dia yang terlibat.”

“ Percaya kan aku Adam, aku Cukup bukti sebelum aku akan ambil tindakan kepada musuh aku.!” Kali ini aku takkan tersilap lagi Adam.

“ Pastikan Terry, jangan ulangi kesilapan dulu. Sebaiknya jangan jatuh kan hukuman dulu Terry.Mungkin dia perlukan bantuan.

“ Dia perlukan bantuan? Dia akan merancang bunuh aku lagi adalah. Aku tahu apa aku buat Adam. Engkau jangan risau. Aku dah uruskan semuanya. Benda ini semua tidak libatkan keluarga kita, itu aku janji.”

“ Jangan tersilap langkah Terry. Itu sahaja aku nak ingatkan. Aku tahu Engkau boleh handle semua benda ini. Tapi Pastikan semua Clear lepas apa yang jadi. Aku tak nak kekotoran itu terpalit sama pada LEGASI DAN KELUARGA.”Kening Adam dinaikkan semasa bicara, menandakan perkara itu serius dibincangkan dengan Adam.

“ Aku tahu apa aku buat Adam!” Bahu Terry Adam gengaman dalam Tangan Adam.

“ Baguslah, itu yang aku harapkan.!”

“ Adam, Jawapan dah dapatkan dari Terry. Aku rasa kita dah boleh gerak sekarang dari sini. Lagipun 2 Jam lagi aku ada mesyuarat dengan syarikat dari Turki. Banyak yang aku nak kena buat persediaan semula sebelum nak hadap wakil itu lagi sekali.” James mmebuatkan wajah cemberut kepada Adam Dan Terry.

“ Kenapa dengan wakil dari Turki itu James . Apa yang mereka buat sampaikan engkau kena jumpa mereka semula. Bukan hal itu dah Selesai?” Kening Terry berkerut. Banyak sangat Isu Turki yang dia dengar sekarang. Topik itu menjadi perbualan hangat.

Terry juga tahu tentang segala rakan kongsi yang membuat perniagaan dengan legasi mereka. Semua ada dalam senarai Terry Dan hubungan itu dia tahu.

Perbincangan bersama Ahli perniagaan Turki itu juga selalu didengar ditelinga Terry, Satu perbincangan yang keras Dan sulit. Telah beberapa kali perkara itu didengar dari Uncle Mic yang marah bila tiap kali isu dibincangkan.

Setiap kali isu perniagaan Turki dibincangkan Mic akan akhiri perbualan Tentang isu itu dengan menghempaskan gelas yang diminumnya ke lantai. Menandakan masih ada yang belum puas dalam hati Mark.

Terry Hanya mampu melihat gelas di Barnya hancur menjadi serpihan kerana kemarahan Mic pada pelabur Turki.

“ Gelas itu aku akan gantikan!” Suara marah Dan Mabuk Mic tiap kali dia memecahkan gelas di Bar rumah Terry.

Disebalik pengakuan Mic. Terry hanya Tersenyum sinis. Dengan bantuan Maria, isu gelas itu akan diselesaikan. “ Nampaknya Terry kena beli gelas baru lagi, Mic.” Terry meneguk gelas yang berisi Arak kedalam dirinya.

“ Ada yang belum Selesai Terry Dan aku harap hari ini mereka tak buat hal lagi.” James memicitkan dahinya menunjukkan kesukaran dirinya untuk berurusan dengan orang Turki untuk perniagaan dua hala.

“ Maklumkan pada aku Kalau engkau susah sangat nak handle mereka. Tahulah aku cara nak ajar mereka!” Wajah serius Dan bengis Terry dalam
memberikan segala bantuan jika perkara itu masih dalam permainan orang Turki.

“ Terry jangan nak mulakan? James kita kena gerak sekarang. Jawapan pasal hal tadi aku dah dapat dari Adik kesayangan aku ini.” Adam memerli Terry bersama sengihan Terry yang mendalam maksudnya.

“ Okay aku dah bersedia Adam. Bolehlah kita gerak sekarang.”

Ketiga - Tiga lelaki itu berpelukan sebelum Adam Dan James meninggalkan rumah Terry.

“ Jangan buat hal lagi Terry? Selalu pulang kerumah libatkan Mommy dengan Maddy.” Sempat lagi Adam berpesan Kepada Terry.

James telah menjulingkan mata keatas. Reaksi Adam Kalau jumpa Terry, jika tidak berpesan, itu bukanlah Adam abang mereka.

“ Pesanan yang sama Adam, aku dah naik nak muak!” James telah ketawa dengan gurauan dari Terry yang wajah abangnya telah diseriuskan memainkan pesanan Adam.

“ Kita lihat macam mana nanti Terry.” Buk satu pukulan diberikan Adam sipi dibahagian balutan tembakan Terry.

“ Ouch! fuck#%*%*>¥¥>¥.. Suara kesakitan Terry memaki Adam bersama mata yang mencerlung marah dengan tindakan Adam.

“ Ouchhh! Aku ingatkan tak sakit!” Klak ini giliran Adam pula ketawa bila melihat wajah cemberut Terry yang menahan sakit kerana perlakuan diri dia tadi.

“ Aku pergi dulu Terry, jaga diri!” Pesanan Terakhir Adam sebelum dia keluar.

“ Aku pergi Terry!” Giliran James pula menyatakan pemegian mereka.

Kereta menyusuri laju keluar dari rumah Agam Terry yang lebih kepada reka bentuk istana lama. Semua itu dirasakan Amat sesuai dengan jiwa Terry bagi menguruskan dunia gelapnya.

Mata Adam kali ini dibawa melihat keluar untuk menikmati keindahan kehijauan tumbuh - tumbuhan Dan mata Adam menangkap sesuatu dari penglihatan matanya. Sesuatu yang berada ditengah - Tengah hutan.

“ Berhenti!” Suara Adam yang membuatkan pemandu peribadinya membuatkan Brek mengejut atas arahan Adam.

“ Kenapa Adam?” James juga cuak dengan apa yang berlaku, lebih - lebih lagi reaksi Adam yang memandang wajah James dengan pelik.

“ Siapa yang tanam bunga Mawar tadi dalam hutan? Engkau lihat itu James?” Adam menunjukkan arah bunga Ros yang mekar seperti ditanam.

“ Mungkin orang - orang Terry Adam. Nanti engkau tanya pada dia. Kita dah lambat.” James menciptakan alasan. Nasib Baik Adam Hanya nampak bunga, Kalau Seseorang itu muncul waktu itu, habis lah Terry Kalau Adam tahu. Teruskan perjalanan.” James pula memberikan arahan kepada pemandu.

Kereta meluncur laju membelah kehijauan hutan di kiri dan kanan laluan sepanjang perjalanan untuk sampai Di landasan. Di sana Jet peribadi Adam telah menunggu.

“ Tak sangka aku James Terry boleh minat menanam bunga. Engkau pun tahu dunia Terry?” Adam masih memikirkan hal tadi Walaupun mereka berdua telah selamat berada dalam perut Jet.

“ Tiada yang mustahil Adam, percaya lah, Terry sebenarnya seseorang yang dipenuhi dengan kejutan.” James tidak mahu lagi meneruskan perbualan takut Adam akan mengesyaki sesuatu. Untuk itu Sebaik habis perbualan, mata James dipejamkan untuk Adam menamatkan perbualan mereka.

Seperti selalu. Strategi James untuk mengelak pertanyaan Adam selanjutnya berjaya.

“ Aku akan kembali James?”

Reaksi Adam membuatkan Mood James berubah pucat. Selamat waktu itu dia sedang tidur. Kalau waktu itu mereka masih dalam perbualan, dengan perubahan diwajahnya. Tentu sahaja Adam akan mengesyaki sesuatu.

“ Habis Terry.. l

Vote , Komen, Rate, Rewards Kalau Anda sukakan Novel PB..:)

                  Anggerik 2.

                    *******
                  Luv PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience