Bab 17 ( A2 )

Romance Completed 306520

Anggerik telah tiba di pejabat Mukhriz, selepas pulang dari membeli belah, dia mendapatkan suaminya yang masih lagi sibuk di syarikat bekerja.

"Plak" Ting ! Bunyian Lift bersama pintu yang terbuka membuatkan lamunan Anggerik terhenti.

Langkah Anggerik meniti suasana sunyi di Sepanjang laluan ke dalam bilik Mukhriz.

" Plak" pintu dibuka Anggerik ke dalam.

" Mukhriz" Anggerik memanggil Tapi kelihatan Jasad lelaki itu tiada disitu.

Sebelum Sempat Anggerik berpaling, Mukhriz telah memeluk Anggerik dari belakang. " Dah sampai Anggerik, lama aku tunggu!" Suara bisikan Mukhriz, Tapi kelihatan wajah Anggerik masih mencebik.

Semua yang terjadi buatkan Mukhriz ketawa riang. Faham benar Mukhriz reaksi Anggerik disebabkan apa.

" Awak kenakan saya hari ini Mukhriz, Nah ambil balik kad awak!" Anggerik melepaskan pegangan Tangan Mukhriz ditubuh. Dia masih dalam Mood marahkan Mukhriz dalam semua yang terjadi tadi.

Anggerik bawa diri ke ruangan rehat tetamu di sudut sofa bagi menghilangkan lelah penat membeli belah tadi.

Melihatkan reaksi Anggerik, Mukhriz mendapatkan Anggerik melangkah kearahnya.

" Kenapa perlu membazir sampai berpuluh ribu.Apa yang penting sangat beli semua itu Anggerik?" Mukhriz gelengkan kepala bila mata Hazel Anggerik dah terjegil tajam pandang Mukhriz.

" Puluh Ribu? Itu pun sikit Mukhriz, kenapa buat saya malu. Mana Saya nak letak kan muka saya. Semalam Awak janji lain." Marah Anggerik masih tak habis mengenangkan Mukhriz.

" Hmmmm! Apa Awak nak beli saya temankan sekarang. Tadi Saya tak ada, mana tahu nanti citarasa Awak tu tak menepati pandangan saya ini." Mukhriz koyak Senyum lihat wajah Anggerik yang mencengkung merajuk. Tetap Comel pada pandangan Mukhriz.

" Dah ada orang Tolong bayarkan, yang pasti bukan Awak Mukhriz!" Anggerik berikan jawapan Plus dengan jelingan.

" Siapa?"

" Rahsia!"

" Anggerik!"

" Awak cari sendiri? Siapa suruh tadi Awak kenakan saya!" Anggerik angkat kaki Cuba lari dari Mukhriz. Niat Anggerik tadi sengaja datang kesitu semata - mata untuk pulangkan Kad Kredit Mukhriz Dan rahsiakan Siapa yang membayar semua baju yang dalam pencarian Anggerik tadi. Biar Mukhriz sesak dada pula kali ini, fikirkan Siapa yang yang membayar untuk dia tadi.

" Awak tak boleh keluar Selagi tak beritahu Anggeri? Siapa?" Suara Mukhriz dikeraskan dengan kelakuan Anggerik yang masih berahsia.

Anggerik menjulingkan mata dengan segala tindakan Mukhriz. " Mukhriz cukup tak payah buat Perangai budak - budak. Awak yang mulakan hal ini jadi Awak tak boleh paksa semua orang ikut kehendak awak . Tolong hormatkan Privasi."

" Nah kad ini Anggerik, mulai hari ini tiada had belanja. Sekarang beritahu Siapa?" Mukhriz masih berkeras.

Kad Kredit Gold diserahkan Mukhriz pada Anggerik..

Tangan Anggerik Cepat mengambil kad yang diberikan Mukhriz. Dalam hal itu dia tak rugi apa - apa.

" Siapa?" Reaksi Mukhriz yang masih menunggu.

" Daddy!" Kening Anggerik bertaut.

" Daddy yang mana ?" Mukhriz dilihat Anggerik wajahnya telah berubah.

" Daddy Mukhlas!" Suara Anggerik perlahan bila dilihat reaksi Mukhriz berlainan.

" Pulangkan semua itu," langkah Mukhriz merapati Anggerik dengan wajah yang serius.

" Aku boleh tanggung engkau lagi Anggerik, sekali dengan anak kita.
tak perlukan bantuan dia!" Wajah Mukhriz yang membengis tajam memandang Anggerik.

" Tapi...!"

" Pulangkan.... semua!" Suara Mukhriz yang kasar Dan kuat, membingitkan suasana.

****

" Hah ! Dah kenapa Anggerik muka kamu tu. Apa dah jadi?" Datuk Mumtaz dapat rasakan sesuatu bila Anggerik datang ke rumahnya Tengah malam.

" Mukhriz, dia suruh Anggerik Pulangkan baju ini Datuk. Tadi Daddy yang Tolong bayarkan semua ini. Tapi Mukhriz tak bagi. Dia suruh Anggerik Pulangkan balik." Anggerik dengan wajah cemberut dapat dilihat Jelas di mata Datuk.

Datuk Mumtaz dah ketawa dengan gelagat Anggerik.

" Kamu yang pilih semua baju ini." Mata Datuk melihat kearah semua baju yang memenuhi semua beg kertas dalam pegangan Anggerik.

" Anggerik yang pilih Tapi Daddy Mukhlas yang bayarkan!" Suara Anggerik perlahan.

" Berapa harga semua ini Anggerik,? Kalau pasal Mukhlas nanti Datuk terangkan pada Mukhriz. Dah kamu ambil Adham bawa ke bilik. Kejap lagi Datuk uruskan hal ini. Mukhriz dia ada dimana?" Datuk Mumtaz mengintai cucu lelakinya yang disangka ada bersama Anggerik.

" Mukhriz dah balik rumah. Dia suruh Anggerik uruskan hal ini. Kejap lagi dia datang balik." Anggerik masih tercegat hadapan Datuk Mumtaz.

" Budak ini! Tak berubah - ubah." Hishhhhh! Kedengaran Datuk Mumtaz mengeluh.

" Anggerik naik bilik dulu Datuk siapkan Adham!" Suara Anggerik lemah, Tapi dalam hati dah gembira dengan segala kata - kata Datuk tadi. " Simpan Anggerik!" Semua itu buatkan Anggerik tersengih.

" Kenapa Mommy Senyum- Senyum?"Adham melihat kearah Anggerik sambil dirinya duduk menunggu jawapan.

" Mommy happy? Ada orang yang sokong Mommy." Maksud Mommy, Datuk. Dia Tolong Mommy."
Anggerik terangkan bagi Adham faham.

" Apa Mommy buat sampai Datuk tolong. Adham tak faham?"

" Ini kes pasal Daddy, adalah Daddy tak puas hati. Tapi Adham sokong Mommykan. Sian Mommy dengan Babykan. Nanti Kalau Daddy marahkan Mommy, Adham sokong Mommy tau. Mommy sayangkan Adham right!"

" Hmmmmm! Nanti Adham fikirkan pasal hal itu." Adham mengusik Anggerik.

" Arghhhh! Adham nak sokong Daddy. Tak Baiklah Adham. Sian Mommy!" Anggerik buat muka merajuk.

" Okay- Okay Adham Sayang Mommy. Nanti Kalau Daddy marah, Adham pujuk Daddy.!" Satu ciuman diberikan Adham ke pipi Anggerik untuk memujuk.

Semua itu buatkan Anggerik tersenyum. " Seorang lagi bantu aku." Segalanya mudah kali Ini bagi Anggerik.

****

" Mukhriz tak benarkan Datuk, Anggerik tak boleh terima semua itu. Tak payah dia nak buat Baik dengan Anggerik? Apa niat dia?" Mukhriz panas hati. Dia kesitu ingin mengambil Adham Dan  Anggerik, Tapi lain pula yang jadi.

" Mukhriz , cukup - cukup lah, sampai bila benda itu nak berpanjangan. Dia sebahagian dari kamu.!"

" Bukan Datuk! Mukhriz cuma ada Datuk dengan Opah. Dia dah buang Mukhriz dulu. Sampai bila - Bila Mukhriz Takkan terima dia. Kenapa dia balik kesini. Menyusahkan!"

" Kamu!" Datuknya mengeluh, sehabis Baik Dia Cuba tenangkan kembali perasaan dia.

" Mukhriz kamu jangan macam ini. Fikirkan Anggerik dengan kandungan dia. Entah - Entah dia mengidam mahukan baju tu. Kita mana tahu, anak dalam kandungan dia yang mahukan semua itu. Ikutkan aje lah semua Mukhriz. Jangan degil cakap Opah!" Giliran Opah memberikan Manusia.

" Betul tu nanti baju tu semua aku yang bayarkan Mukhriz pada Mukhlas. Kamu jangan risau, aku buat apa yang aku cakap." Kepala Datuk masih mengeleng dengan sikap degil Mukhriz. Sama degil dengan Mukhlas.

" Eloklah mereka dua beranak. Dua - dua Keras Kepala." Opah juga dah tak tahan dengan pergaduhan diantara cucu dengan anak lelakinya. Dua - dua tak mahu mengalah.

" Mana dia Datuk? Kenapa dia tak ada Dekat sini. Dah habis kena main dengan perempuan Mat Salleh. Sebab itu kembali kesini?" Mukhriz menjeling kearah laluan bilik yang dirasakan bilik lelaki itu.

" Dia tiada hari ini. Dia ada urusan dengan rakan dia. Kenapa, kamu nak jumpa dia?" Datuk dapat mengagak jawapan Mukhriz selepas ini.

" Kamu jangan macam itu Mukhriz, hormat dia. Dia pun tetap Ayah kamu."
Giliran Opah pula nasihat Mukhriz.

" Tak perlu Opah, Datuk ! dia pun tak pernah anggap Mukhriz anak dia. Buat apa Mukhriz mengaku!"
Mukhriz tetap dengan ego dalam diri dia.

Bertahun dia tunggu lelaki itu, sedikit pun Mukhlas tidak mencari dia. Apa lagi perlu dia harapkan dengan  lelaki itu untuk kasih sayang ?

Semuanya dirasakan Mukhriz telah terlambat. Sejak kematian Ibunya, perasaan Mukhriz dah mati untuk Mukhlas. Kehadiran Mukhlas tidak bererti lagi Bagi Mukhriz. Jika lelaki itu tidak muncul lagi, hal itu lebih bagus dalam hidup dia.

" Sampai bila kamu dengan dia nak mengelak? Hari ini disebabkan Anggerik kamu marah dia. Anggerik tak tahu perhubungan kamu berdua Mukhriz. Jangan libatkan orang lain dalam hal ini."

" Datuk,  Mukhriz tak pernah kacau dia dengan keluarga baru dia. Kenapa dia nak kacau Keluarga Mukhriz. Jangan ganggu kami?" Kemarahan Mukhriz kelihatan Jelas diwajah.

" Bila Mukhlas kacau keluarga kamu Mukhriz, aku dah tanya dia. Kebetulan hari ini dia jumpa Anggerik. Salah kamu juga sekat Kad Anggerik!" Datuk Mumtaz semakin tak faham dengan sikap Mukhriz.

" Abang cakap apa ini abang? Mukhriz sekat duit Anggerik? Budak ini?" Opah dah buat muka terkejut sambil tajam lihat muka Mukhriz.

" Anggerik lebih sangat belanja Datuk, Sebab itu Mukhriz sekat. Tapi Mukhriz sengaja uji Anggerik. Tak sangka lelaki itu ada Dekat situ. Pengacau!" Mukhriz Keras dengan suara tidak selesa dengan kehadiran ayahnya.

" Kamu berdua Bila nak berdamai?" Suara Datuk Mumtaz mulai Keras. Kekerasan perlu pada Mukhriz bila cucunya tidak lagi mendengar kata.

" Sampai bila - bila Datuk." Jawapan Mukhriz yang Jelas.

Semua itu buatkan Mata Datuk Dan Opah saling berpandangan. " Mukhriz- Mukhriz, hmmmmmm"

****

" Dia tak suka kamu rapat dengan Anggerik Mukhlas. Kamu pun faham pasal apa?" Datuk Mumtaz menghirup kopi Panas. Kali ini Mukhlas dijumpai diluar. Tidak mahu perasaan Mukhriz terguris. Takut Datuk jika cucunya tidak lagi benarkan Adham dihantar lagi ke rumahnya.

Semua itu di fikirkan Tentang isterinya. Hubungan Anggerik Dan Mukhriz semakin Baik. Biarlah dia mengalah, kali ini melibatkan anaknya Mukhlas.

“ Biar hilang anak, jangan hilang cicik!” Perasaan Datuk Mumtaz pada Adham.

" Dia tak boleh halang Ayah. Siapa dia? Anggerik menantu Mukhlas.Dia tak ada hak nak nafikan Tentang hal itu.” Nada Suara Mukhlas tegang.

Mumtaz yang mendengar mengelengkan kepala. Entah keturunan siapa Mukhlas Dan Mukhriz ini, degil. Kalau dulu bolehlah dia naikkan suara, Tapi sekarang semua dah tua bangka.

“ Kamu tak boleh beralah dengan anak kamu. Kamu bagilah dia masa Mukhlas , aku pun pelik dengan kamu ini. Dengan anak sendiri pun nak berkeras. Dulu kamu dah tak jaga dia. Sampai bila kamu nak berlanjutan sampai macam ini?”

“ Abah tak faham apa yang Mukhlas rasa.Kalau Abah dekat Mukhlas, mesti Abah faham.”

“ Apa yang kamu nak aku faham lagi Mukhlas. Lily? Kamu dah gila. Lily tu dah mati, kamu dah ada hidup kamu. Pilihan hati kamu.

Bukan Isteri pilihan kamu, Budak Mat Salleh tu. Apa lagi yang kamu nak. Kamu nak keruhkan lagi hubungan ini.

Dah lah kamu tak pernah ambil tahu pasal dia. Hidup dia, mati dia. Apa lagi cara aku nak sedarkam kamu ini. Takdir Mukhlas, kamu dengan Lily tak boleh hidup bersama.Cubalah kamu faham.

Dah tua bangka Tapi nak fikir pun Kamu tak tahu.Mukhriz yang patutnya kamu jaga hati dia. Dah lama budak tu jauh hati, Kamu tak rasa ker kamu tak pernah ambil tahu hal dia.

“ Abah pun dah tahu, Mukhlas dah cuba terima dia. Tapi Mukhlas tetap tak boleh sebab tiap kali pandang Mukhriz, Mukhlas kembali ingat pada perempuan itu. Macam mana dia rosakkan hidup Mukhlas. Sebab dia Mukhlas berpisah dengan Lily.”

“ Tak habis - habis kamu dengan Lily. Kamu nak tahu sesuatu? Sebab Perangai kamu inilah aku berjanji dengan Lily. Kahwin kan Anggerik dengan Mukhriz.

Sebab aku nak jaga hubungan itu. Bagi kamu dengan Mukhriz hubungan baru. Tapi aku pelik? Layanan kamu pada Anggerik tak sama dengan layanan kamu pada Mukhriz. Apa kamu nak buat sebenarnya Mukhlas?”

“ Biar Mukhlas uruskan hal ini. Lagipun dia anak Mukhlas,”Tak perlu canpur tangan Abah,

“ Kamu jangan menyesal Mukhlas Kalau Mukhriz buat sesuatu pada Anggerik, semua disebabkan kamu?”

“ Apa Maksud Abah?”

“ Kamu cari sendiri pasal benda itu. Aku Takkan masuk campur. Kamu yang cakap tadi kan.” Datuk Mumtaz menjeling anak lelakinya.

***

“ Apa Maksud awak Janet? Sabrina terlibat sama dalam hal ini. Apa yang dia terlibat?” Wajah polos Sabrina kembali dalam ingatan Leslie.

Wajah gadis bawah umur yang mula menjadi pemerhatian Leslie ketika bekerja disitu. Wajah lembut Sabrina Dan tutur kata yang Jelas pada pandangan Leslie. Seorang gadis tomboy yang dirasakan Leslie pada mulanya. Tapi perubahan pada diri Sabrina buatkan pandangan Leslie pada Sabrina berubah.

“ Sanggup ker aku bunuh dia? Perempuan tua ini memang dah gila.”
Leslie bicara pada hati sambil pandangan mata Leslie memandang kearah Janet.

“ Apa yang engkau fikirkan Leslie. Mahu berpatah balik. Aku dah berikan arahan tadi. Duit aku dah masukkan, lebih cepat kerja itu berjalan, lebih cepat engkau dapat bayaran.!” Sengihan Di bibir Janet menakutkan Leslie.

“ Apa yang dia buat? Aku dah cakap aku nak tahu semua maklumat tentang kerja ini. Kalau aku tahu separuh, Maaf aku undur diri.”

Leslie juga bukan sebarangan lelaki. Setakat Janet dia boleh handle. Penting untuk nya kekal dengan perempuan itu.

Sekurang - kurangnya Dia dapat pastikan yang keselamatan Sabrina selamat. Jika Janet bersekongkol dengan orang lain. Susah dia nak pantau.

Untuk buat semua itu pada Sabrina dia tak sanggup. Itu yang dirasakan Leslie. Untuk apa dia terlibat. Dia bukan seorang yang bekerja untuk itu.

“ Dia mungkin dijadikan Alex sebagai perempuan Simpanan, atau lebih lagi. Aku masih tak tahu, Tapi Satu benda Leslie, Aku Takkan benarkan itu semua berlaku.” Pandangan Janet dipenuhi muslihat dalam sikap tenangnya berbicara bersahaja dihadapan Leslie. Setiap gerak geri Janet sukar untuk Leslie terjemah dalam Maksud sebab kenapa Sabrina yang akan menjadi Mangsa dalam plan Janet.

“ Kenapa Janet engkau jatuh Cinta dengan Alex. Ibu tiri yang jatuh Cinta pada anak Tiri, gila ?” Ketawa Leslie sinis pada Janet, semua Perlian Leslie untuk dia tahu apa yang membuatkan Janet membenci Sabrina. Dia mahu siasat.

“ Engkau belum sepenuhnya tahu tentang Alex? Terutama Tentang hubungan dia?” Asap dikeluarkan Janet dari mulutnya membentuk bulatan yang terus dipecahkan oleh Leslie.

“ Huh! Semua orang dah tahu, Alex tu Gay. Apa yang engkau harap pada dia. Biarkan Sabrina. Sepanjang aku disitu, tak pernah pula aku nampak mereka tidur sekali. Engkau jangan memandai - Mandai Janet.” Leslie tetap dengan pendirian.

“ Berapa lama engaku kerja disitu. Sebelum ini aku tak pernah nampak engkau Leslie. Tubuh badan yang cukup sempurna bagi aku. Tapi Sayang senang ditipu.” Janet pula yang Tersenyum sinis membalas.

“ Jangan cabar aku Janet. Semua yang jadi sebab salah engkau. Engkau yang tipu aku!” Suara Leslie Keras.

“ Tipu sampai engkau hilang kerja? Huh! Aku akan tanggung engkau Leslie, Setiap hari. Berapa Engkau nak? Beritahu aku. Setakat RM 500 ribu!” Janet Senyum sinis..

“ Orang tua tu banyak duit, sama macam Alex. Tapi kekayaan Mark, engkau tak boleh bayangkan.”

Janet licik dalam memainkan peranan. Lelaki seperti Leslie banyak yang Janet dah jumpa. Tapi disebabkan desakan hidup. Itu kelebihan Leslie dari lelaki yang lain.

“ Maksud engkau Janet aku tak faham?”

“ Benda senang Leslie. Layan aku? Aku ini mudah Jemu dengan lelaki, Tapi engkau lain. Mungkin aku akan pakai engkau berpuluh - puluh tahun lagi?Siapa tahu, engaku Atau aku mati dulu. Pada Siapa harta aku nak bagi? Alex? Jangan mudah percaya Leslie, Alex anak musuh aku .”

“ Apa yang Keluarga Alex dah buat pada engaku Janet? Sampai engkau tak Lepaskan diorang. Sedang kan engaku kahwin dengan Mark, engkau kekasih dia aku tahu. Banyak orang - orang yang bercerita!”

Leslie menambahkan minat mendengar segala kebenaran tentang hidup Janet sebelum ini. Alang - Alang dah terlibat. Lebih Baik Leslie ambil tahu apa yang terjadi. Permusuhan Janet dengan Keluarga Alex.

“ Aku memang Cintakan Mark dulu, macam aku dah jatuh Cinta pada engaku sekarang ini. Tapi aku bodoh, berikan sepenuh Cinta aku pada lelaki yang tak hargai aku.”

“ Cinta sesuatu yang memenatkan Leslie, Kalau kita berharap seorang. Sedang kan pihak yang Satu lagi mainkan aku! Aku penat dengan permainan perasaan. Sebab itu aku pilihan hidup cara begini.”

Janet Senyum sinis.

“ Maksud engaku penat dengan Cinta Mark?” Leslie cuba mengorek rahsia Janet. Dengan itu Dia dapat memahami apa yang Janet perlukan.

“ Mark Anthony! Itu nama dia yang Sebenar. Dia Cintakan aku, Tapi dia tak dapat tahan nafsu dia. Macam yang jadi dekat aku. Aku cuba faham perasaan dia dulu. Sebab itu aku mainkan lelaki. Aku nak faham Mark.?”

“ Tipu? Engkau nak balas dendam Janet. Apa yang dia buat?”

“ Engkau rasa? Kenapa aku Benci Mark? Engkau teka Leslie. Hidup aku?” Janet menjeling menggoda menunggu reaksi Leslie.

“ Dia tinggalkan engkau dulu waktu engkau Betul - Betul Cinta dia. Engkau tak sanggup berpisah dengan dia?”

“ Jawapan itu hampir tepat Leslie Tapi belum kejam untuk aku rungkai misteri hidup aku. Cuba lagi?” Sekali lagi Janet Senyum dengan godaan. Dia pasti Leslie dapat teka Maksud disebalik apa yang jadi. Dia amat berharap.

“ Dia tinggalkan engaku waktu engkau susah. Curang? Dia kahwin dengan orang lain, Ibu Alex?” Leslie yang tidak putus asa meneka.

“ Mark kahwin dengan orang lain. Itu Betul! Tapi dia tak Curang pada aku, dia tinggalkan aku.!”

“ Ditinggalakan Tapi tidak Curang? Apa yang Jadi Janet? Engkau pasti Tentang hal itu. Kalau aku jadi Mark waktu itu? Kalau aku tak Curang Tapi aku tinggalkan wanita...? Cuba Sebab...satu sebab Janet.. Mark mengandungkan wanita?” Betul tak aku teka Janet?” Leslie Semakin Teruja. Dia dapat rasakan apa yang diteka adalah kebenaran dari segala cerita sejarah silam Janet.

“Bagus engkau teka? Tapi tak Sebenarnya engkau tahu semua Leslie.” Janet bangun Dan menanggalkan kembali tuala yang menutupi separuh tubuhnya.

Dengan bersahaja Janet menyarungkan Satu pakaian Dress tidur ke tubuhnya. Pandangan Leslie tidak dihiraukan. Dia sebenarnya telah penat. Dia hanya mahu rehat kan diri. Perbualan dia dengan Leslie bagaikan tidak berguna. Sesuatu dari zaman silamnya akan terungkai kembali.

“ Janet! Takkan perbualan ini sampai disini. Apa lagi engkau sembunyikan.?” Leslie masih tidak berputus asa. Dia masih mencuba mendapatkan maklumat dari Janet.

“ Tubuh aku Leslie? Apa yang engkau lihat lain dari perempuan yang lain. Pada pandangan mata kasar engkau. Apa yang berbeza.?” Janet Senyum Dan matanya dipejamkan. Telinganya masih mendengar segala bicara Leslie.

“ Cantik!”

“ Ramping”

“ Mulus.”

“ Putih....Hmmmmm!?????”

“ Apa lagi Leslie? Engkau pandai. Tentu perasankan sesuatu. Mata lelaki pada tubuh wanita. Aku tahu engkau scan keseluruhan tubuh aku tadi.? Apa yang engkau dapat lihat.

“ Pujian itu dah sering aku dengar? Aku mahukan perbezaan dari pandangan mata engaku tu. Aku percaya engkau ada anak Dan ada Isteri.Semua itu aku dah siasat?” Janet memberikan Hint!”

“ Anak? Macam mana engkau tahu pasal hal aku Janet?” Leslie mulai berang bila soal anak Dan isterinya dikaitan.

“ Aku tak bodoh Leslie, aku dah buat persiapan pasal hal itu. Bukan aku tak bagi amaran?” Janet puas mengenakan lelaki disisinya. Bagi Janet lelaki semuanya sampah, kecuali Alex..

“ Jangan ganggu anak dengan Isteri aku Janet! Aku pun boleh bagi amaran pada engkau!” Leslie mulai berang dengan sikap Janet.

“ Hmmmm! Leslie Nampaknya engkau belum kenal aku. Jangan gila talak? Perempuan itu bekas Isteri engkau? Jangan ingat aku tak tahu.” Senyuman Janet yang mulai tersengih. Hati Leslie semakin tak sedap dengan Janet tahu tentang semua maklumat dirinya.

“ Janet aku Maksudkan apa yang aku cakap tadi. Jangan buat musuh dengan aku. Nahas nanti?” Giliran Leslie mengugut.

“ Kita bukan musuh? Kita rakan? Sekarang ini aku nak engkau teka lagi tentang sejarah silam hidup aku. Benda itu engkau nak tahu sangat kan ? Apa kata kita mulakan sekarang? Senyuman Janet dipenuhi keterujaan dalam diri mengenakan Leslie.

“ Budak Mentah”Janet memandang Leslie menunggu jawapan. Leslie dilihat Janet mengerutkan dahi berfikir.

“ Engkau tiada anak Janet? Sebab itu engaku berdendam dengan Mark?” Akhirnya Leslie dapat menjawab teka teki yang menjadi pemainan fikiran Leslie tadi.

Dia kembali memgingati. Tubuh Janet tak sama dengan Isterinya. Bekas isterinya dipenuhi dengan parut bekas bersalin. Tapi Janet tubuh Dan kulitnya bagaikan tiada yang tercela, masih lagi cantik asli.

“ Bagus Tapi tak semuanya tepat ? Teka lagi leslie? Jawapan itu semakin dekat.” Janet jungkitkan kening memberikan reaksi pada jawapan Leslie.

“ Engkau mengandung Dan kandungan itu gugur Janet! Itu yang sebabkan engkau buat semua ini?” Bagi Leslie tiada yang lebih kejam dari Kehilangan anak. Kesedihan itu tak dapat diluahkan Dan dirasai oleh seseorang yang belum merasa Kehilangan dalam perkara itu.

Leslie telah merasakan hal itu. Hal itu juga merupakan punca Utama hubungan Leslie Dan bekas isterinya retak .

Mereka Kehilangan anak dalam kandungan yang telah berusia 7 bulan. Hal itu mendatang kan kesan pada isterinya. Akibat kemurungan, isterinya Mohon untuk berpisah dengan Leslie.

Bagaikan takdir, isterinya pulih, Tapi hubungan dia Dan isterinya masih kekal dalam hubungan tiada ikatan.

“ Right! Cukup untuk kali ini. Engkau boleh pergi ataupun tidur sebelah aku ini. Aku dah penat Leslie. Penat dengan dunia.”

“Selamat Malam.!” Mata dipejamkan Janet. Sedikit lagi sejarah kehidupannya berjaya diolah Leslie. Tapi itu semua Takkan berlaku.

Masih ada rahsia yang perlu disimpan dalam kotak fikirannya. Sekarang mereka merupakan rakan untuk rancangan itu berjaya. Tapi apa yang jadi di masa akan Datang ? Tiada siapa yang tahu.!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience