Bab 10 ( A2)

Romance Completed 306520

Vote , Komen, Rate, Rewards Kalau Anda sukakan Novel PB..:)

                  Anggerik 2.

                    *******
                  Luv PB

" Janet saya ada perkara nak dibincangkan dengan awak. Kesini?"  Suara garau Mark memecahkan keheningan malam. Keseluruhan bilik gelap, hanya Mark yang ada disitu.

Beberapa botol kaca telah terdampar di lantai. " Kosong". Janet yang melihat hanya Tersenyum sinis. Itulah suasana sama bila dia kembali ke rumah itu. " Pemabuk" Sempat Janet kutuk Mark dalam hati.

" Apa yang Awak mahukan Mark? Saya letih saya mahukan rehat!"

Janet mencari alasan untuk tidak berbual Dan menghabiskan masa bersama suaminya yang seorang pemabuk.

Dia lebih rela keluar semula ke Club Dan mencari lelaki dari terus berada di sisi Mark yang pemabuk Dan Tentu sahaja busuk berbau alkohol.

" Aku mahu bincangkan seseuatu berkaitan Alex! Hal ini penting. Sesuatu berkenaan Alex Dan perkara ini aku takan ulang Janet!"

Suara Mark keras Dan ada kedengaran getar dalam suaranya yang garau .

Janet yang mendengar mengerutkan keningnya dalam kedudukan masih membelakangkan Mark. Sepanjang Janet Dan Mark bernikah. Jarang Mark meninggikan Suara. Untuk Mark menaikkan Suara " Jarang". Perkara itu boleh dikira sepanjang dia menjadi Isteri kepada lelaki itu.

Lelaki itu dipenuhi kesabaran yang tinggi dan selalu memanjakan dirinya. Dia dapat rasakan Mark Cintakan dirinya sepenuh hati lelaki itu.

Tapi bagi Janet cintanya pada lelaki itu telah mati, Sebaik sahaja dia Kehilangan anak yang dikandungnya Dan  dia juga disahkan  tidak lagi boleh mengandung selamanya.

Disebabkan hal itu dia berdendam dengan Mark diatas keterlanjuran lelaki itu dulu. Untuk Janet maafkan Mark, semua itu akan berlaku hanya jika Mark kembali kan anaknya.

.... Dia sebenarnya tidak takut dengan kemarahan Mark. Dia telah sediakan jalan untuk mengawal Mark nanti. Mereka telah lama tidak berhubungan Di ranjang, jadi perkara itu tidak menjadi masalah pada Janet untuk menahan hidung miliknya dengan bauan busuk badan lelaki itu jika dia tiada pilihan. Setelah perkara itu Selesai, Mark akan kembali kepada "lelaki Tak guna" seperti asal.

" Tak guna kita bincang sekarang Mark,   Awak tak mampu berfikir secara waras . awakkan sedang mabuk. Esok! Tak ada Satu pun yang Awak akan ingat dalam perbincangan malam ini." Janet masih berkeras, dia Cukup faham Mark.

Jika sudah berbotol- botol Alkohol Di telan. Mana lagi kewarasan fikiran Mark dalam perbualan. Perkara itu membuang masa dia melayan seorang lelaki tua yang pemabuk. Sedangkan dia boleh mendapatkan lelaki muda yang kacak yang akan merayu - rayu memiliki tubuhnya.

" Ini amaran aku terakhir Janet. Tiada lagi malam lain. Fikiran aku Cukup waras untuk perbincangan. Telah lama aku diamkan perkara ini. Bukan lagi kali ini." Mark akhirnya memandang kearah Janet yang berada dibelakangnya Dan pandangan Mark hanya sekilas sebelum pandangan mata Mark kembali kearah asal.

" Okay ! Kita bincangkan malam ini. Apa yang penting sangat Awak nak bincang?" Janet membuat muka namun kedudukan duduknya menjauh Di hadapan Mark.

" Apa dia Awak nak bincangkan sampai tak sabar nak tunggu Esok. Saya penat, saya bagi masa Awak ambil masa 10 minit dari saya Mark. Apa dia?" Kedudukan duduk dibetulkan Janet, sambil Kaki disilangkan dalam kedudukannya mengarah kearah Mark.
Kedudukan mereka berdepan.

" Awak buat apa datang ke rumah Alex? Apa tujuan awak Janet?"' Mata Mark tajam Dan pandangan mata lelaki itu menakutkan Janet. Belum pernah lagi Mark memandang dirinya dengan pandangan begitu.

" Apa Awak maksudkan ini? Saya lawat Alex. Benda itu pun salah? Awak dah lupa ke Mark? Saya masih Ibu saudara Alex Dan Ibu tiri dia? Awak nak saya terangkan semula hubungan kami? Atau Awak nak saya ingatkan pada si mati Tak guna tu!"
Janet Tersenyum sinis memandang kearah Mark. Telah lama perbualan Tentang kakaknya tidak dibualkan. Janet tahu jika perkara melibatkan arwah kakaknya disebut. Hal itu akan membuatkan Mark lemah. Lemah kerana mengingati Kesalahan lelaki itu dahulu terhadap dua adik beradik perempuan yang ada pertalian. Itu menjadi senjata Janet untuk menutup Mulut Dan tindakan Mark.

" Ssshhhhh! Masih belum lupa Tentang Kejadian dulu Janet. Aku dah cuba bahagiakan engkau sekarang. Aku bukan lagi lelaki yang dulu. Aku hanya Cintakan engkau Janet. Tiada yang lain!" Suara Mark kembali lemah. Pandangan matanya terarah pada sisi lantai, menunduk dalam kesedihan dalam diri.

" Menyesal sekarang masih tak boleh ubah apa yang telah berlaku! Awak ingat saya boleh lupa apa yang Awak buat pada saya dulu. Bukan mudah?"

" Tak cukup lagi Awak Curang pada saya Janet. Keluar dan verse kedudukan dengan lelaki lain dibelakang dan hadapan aku. Gunakan kekayaan aku pada semua lelaki yang engkau simpan? Masih tak Cukup?" Mata Mark memandang masih menunggu reaksi dari Janet.

" Belum Cukup Mark, perkara ini Saya dah Maklumkan sebelum ini. Saya bukan Janet yang dulu, seorang wanita yang menagih kasih pada Awak seorang. Semua itu dah mati dalam diri Mark Dan Awak yang mahu saya kembali terima semua yang ada dalam diri saya. "Janet yang baru."

Senyuman sinis Janet..

" Jadi Mark jangan Awak nak harap Saya akan setia hanya pada Awak. Segala perbuatan Awak dulu pada saya! Saya masih belum puas."

" Saya terima Awak Janet. Sebab saya Awak Jadi macam ini. Saya akan maafkan segala perbuatan Awak dihadapan Dan belakang saya. Awak berubah Disebabkan saya. Tapi saya nak ingatkan Awak Janet, kesabaran saya tidak termasuk dalam hal Alex! Jangan libatkan Alex dalam hal ini. Awak ganggu hidup Alex lagi Saya Takkan teragak - agak ambil tindakan."
Suara Mark keras bersama ugutan.

Janet ketawa melihat reaksi Mark bila berkenaan dengan Alex. Nampaknya Mark belum tahu sesuatu. Suatu peristiwa yang terjadi dahulu antara dia dengan kekasihnya " Alex".

" Apa yang mampu Awak buat Mark? Awak Cintakan saya, hanya saya seorang Mark! Tanpa saya hati Awak akan mati termasuk diri Awak? Lihatlah diri Awak sekarang, seorang lelaki pemabuk yang Tak guna lagi. Awak ingat ada lagi perempuan dekat luar sana yang mahukan Awak Mark?" Janet memandang sinis kearah Mark yang masih kekak dalam kedudukan dirinya berdepan dengan Janet.

" Jaga kelakuan Janet? Iya engkau perempuan yang aku paling Cinta Dan aku mahu engkau kekal disisi aku sentiasa Walaupun aku tahu Engkau Curang belakang aku Janet. Tapi Janet engkau harus ingat. Macam mana aku Sayang engkau begitu juga aku Sayangkan Alex anak aku. Dalam masa yang sama aku Sayangkan Alex Dan aku terima dia Walaupun dia pilih hidup songsang dalam pasangan."

" Jadi....?" Janet masih berkeras dalam nada percakapannya dengan segala Maksud Mark.

" Jangan buat aku pilih antara engkau dengan Alex, Janet? Aku bagi amaran! Jangan Sesekali lagi menganggu gadis - gadis yang berdampingan dengan Alex. Gadis - gadis itu penting dalam hidup Alex." Mark masih dengan pandangan tajam memandang kearah Janet. Wajah Mark serius tanpa menampakkan pada wajahnya yang dia sedang mabuk.

" Oh! Jadi Engkau nak cakap Alex mengadu pada engkau Mark yang tadi aku pergi rumah dia? Aku cuma buat lawatan. Dah lama tak jumpa Alex anak sedara aku yang aku rindu?" Janet beriaksi biasa, bagaikan tiada apa - apa yang terjadi dalam lawatan dirinya ke rumah Alex.

" Berhati - hati Janet dalam Setiap langkah Atau lawatan engkau tu. Berkaitan dengan Alex aku takkan bagi muka. Jauhkan diri engkau dari Alex. Aku dapat rasakan, Alex tak selesa dengan hubungan kita. Perkara ini aku dah beritahu dari dulu." Mark masih berkeras.

" Awak Takkan dapat halang saya Mark. Atas alasan apa Awak nak halang saya dari jumpa Alex, anak sedara saya. Satu - satunya anak dari arwah kakak saya?"

" Saya Bapa Kandung Alex Dan Saya lebih berhak!"

" Huirhhh! Bapa kandung, Alex dah dewasa dia boleh tentukan dan pilih dengan siapa dia nak jumpa bukan terletak pada pilihan Awak Mark. Disebabkan Awak juga Alex menjauh pergi dari saya. Awak sengaja pisahkan kami." Janet masih tidak puas hati, telah lama perkara itu dipendam dalam hati. Malam Ini dia akan luahkan semua.

" Itu keputusan Alex Janet. Dia tak dapat terima kita bersama. Dia yang pilih keluar dari rumah ini. Dia tidak menganggu kita, Tapi kenapa Awak yang tak habis menganggu kehidupan Alex? Apa Awak mahukan lagi Janet. Semua Saya dah serahkan pada Awak. Setiap kemahuan Awak saya penuhi, termasuk Awak curang? Saya turut diamkan. Apa lagi?"

Suara Mark bergetar dalam nada Suara dia yang tersendiri. Dia cuba menahan kemarahan berhadapan dengan Janet yang susah untuk memahami isi hatinya.

Kesalahan dia dulu Dan segala yang berlaku. Dia masih tidak memahami kenapa Janet masih menganggu Alex. Sedangkan Alex telah menjalani laluan hidupnya yang sendiri menjauh dari hidup mereka berdua.

Dia tahu Alex makan hati dengan pemilihan jodohnya berkahwin dengan Janet. Tapi Alex memilih untuk diamkan perkara itu Dan rela hati menerima Janet dalam keluarga mereka. Tapi Janet? Dia yang Mark pening kan sekarang.

" Awak ingat saya tak tahu Mark? Kenapa Awak biarkan Alex tinggal dengan gadis itu dirumah dia? Apa muslihat awak sebenarnya?" Mata Janet tajam memandang kearah mata Mark.

" Gadis? Itu pilihan Alex, Janet saya rasa Awak tak perlu masuk campur hal Alex? Awak tak ada kena mengena dalam hal itu."

" Shit! Awak kata Saya tak ada kena mengena? Siapa yang Maklumkan pada awak Mark, yang anak Awak itu bernafsu Sonsang. Siapa? Kalau saya tak ada disisi Alex,  Mark! Awak rasa kita tahu apa yang dia buat dibelakang kita? Entah apa lagi yang Alex buat jika Kita tak ambil tindakan sebelum ini!"

" Cukup Janet! Jika Awak tak masuk campur dulu. Hubungan saya dengan Alex Takkan jadi keruh macam sekarang ini. Malah Alex panggil saya " Mark" Dan telinga saya sakit bila anak saya memanggil panggilan itu dari dia memanggil panggilan " Daddy".

Semua itu saya kena terima Janet. Semua sebab saya terburu - buru dalam tindakan saya sebelum ini. Saya Takkan buat kesilapan sama pada Alex."

" Jadi Awak nak tuduh saya yang sebabkan semua itu. Awak sememangnya seorang lelaki tua mabuk yang tak sedarkan diri Mark!"

Janet kembali mengambil nafas. Dia masih belum puas dalam perbalahan dengan Mark melibatkan Alex..

"Saya buat semua itu untuk kebaikan Alex. Jauhkan dia dari lelaki sonsang yang merosakkan hidup dia dulu."

Janet masih pertahankan pendapatnya dan keputusan dirinya yang dulu menjauhkan Alex dari Mark, agar rahsia dirinya dulu tidak terbongkar.

Tapi memandangkan sekarang Mark dah tahu pasal kecurangan dia. Dia rasa benda itu tidak lagi penting dalam hidup dia. Yang menjadi tujuan Utamanya kini Hanya Alex. Bagaimana untuk dia kembali kan Alex jatuh dalam hidup dia kembali.

" Saya dah siasat perkara itu Janet Dan Saya terlambat untuk Betul kan kembali keadaan. Saya dah patahkan hati Alex hinggakan dia pilih jalan itu selamanya dalam hidup dia. Saya terlalu buta dengan cinta saya pada Awak Janet. Hinggakan saya tak sedar, orang yang saya Sayang saya pinggirkan dari menagih kasih dari Awak Janet? Itu silap saya pada Alex."

" Apa Maksud awak Mark! Apa yang berkaitan Alex Saya tak tahu? Dulu saya yang Maklumkan pada Awak, Tapi Awak yang buat keputusan untuk Alex menjauh dari sini" Janet beriaksi biasa bagaikan apa yang telah terjadi dulu bukan datang dari kesalahan dirinya yang menghasut Mark. Segala kesalahan melibatkan Alex diletakkan sepenuhnya dalam Tangan Mark.

" Lelaki yang Awak tuduh sebagai kekasih Alex adalah seorang Perunding Psikiatri. Dia rawat masalah dalaman diri Alex Dan hubungan mereka berdua memang rapat. Sebagai proses pemulihan Mark. Ada sesuatu yang terjadi pada diri Alex yang menganggu hidup diri. Pada dia Alex luahkan perasaannya. Mereka bukan pasangan kekasih Janet."

Ayat itu Mark tekankan untuk membuatkan Janet faham pertuduhan dirinya dulu adalah salah faham.

Janet pucat dia tahu peristiwa hitam apa yang berlaku pada Alex. Semuanya adalah Disebabkan diri dia. Dia takut rahsia itu akan terbongkar.

" Apa lagi yang Awak tahu Mark? Apa yang terjadi dengan masa silam Alex? Kejadian Apa?"

" Benda itu aku kena siasat lagi Janet. Aku tak tahu apa yang jadi hinggakan Alex berubah. Dia bukan lagi anak yang aku kenal dulu. Dia Seakan Cepat matang dari usia dirinya yang sebenar.

Dia tidak nampak seperti bermasalah sebelum kita pinggirkan dia dulu. Dia nampak normal Tapi ada sesuatu yang dia sembunyikan dari pengetahuan.

" Awak yang telebih fikir Mark. Mungkin alex ada masalah tersendiri yang tidak boleh diluah jadi dia cari pendekatan lain. Jangan nak salahkan saya atas apa yang jadi. Awak yang buat keputusan bagi Jauhkan Alex dari lelaki itu dulu. Awak tak siasat terlebih dahulu. Saya Hanya Maklumkan. Awak yang ambil tindakan drastik.!"

" Nampaknya Mark masih belum tahu rahsia kita berdua Alex. Rahsia itu akan kekal tersimpan rapi". Janet Senyum sinis mengingati pengalaman dirinya dengan Alex yang muda.

" Engkau nak kemana Janet? Aku belum habis lagi dengan engkau. Kembali ke sini!" Mark menahan marah dengan segala kelakuan Janet yang telah berdiri untuk meninggalkan dia keseorangan disitu.

" Apa lagi kalau pasal Alex dengan gadis itu yang Awak nak bincangkan! Saya tak boleh ikut arahan Awak pasal hal itu Mark. Jangan halang saya?"

" Kenapa aku tak boleh halang?" Mark kerutkan wajah.

" Sebab Alex itu tak normal. Saya tak nak gadis muda itu ikut jejak langkah saya ditipu lelaki, lebih - lebih lagi lelaki dari keturunan Awak Mark." Janet koyak Senyum  dengan bicara dia yang sengaja dituju untuk Mark.

" Biarkan Alex dengan keputusan dia Dan jangan masuk campur Janet. Kali ini Saya akan halang Setiap tindakan Awak yang akan halang rancangan saya."

" Rancangan Awak" Janet ketawa . " Apa rancangan Awak Mark? Awak nak Alex ada zuriat dengan perempuan itu. Itu rancangan Awak? Ketawa Janet semakin mengeras mentertawakan Mark dihadapannya.
" Agaknya Awak dah nyanyuk Mark. Gadis itu gadis bawah umur? Alex songsang? Awak ingat semua itu akan terjadi mengikut rancangan awak? Awak sungguh menyedihkan Mark.! Saya pergi dulu."  Janet memulakan langkahnya sebelum Mark kembali bersuara.

" Saya memang seorang lelaki yang menyedihakan Sebab terlalu Cintakan Awak Janet. Tapi saya nak Awak tahu sesuatu, lelaki yang menyedihkan ini akan kembali gembira Dan ceria bila Alex akan ada hasilnya. Semua itu akan terjadi Janet, sebab Alex masih lagi seorang lelaki Walaupun dia cuba mengubah peraturan alam?" Mark pula kembali sinis kepada Janet Dan pandangan matanya yang tajam dialihkan kembali berjalan ke Bar meninggalkan langkah Janet yang mati.

" Arghhjhjh' Janet meninggalkan Mark sendiri yang kembali sibuk memilih minuman bagi memabukkan dirinya sepanjang malam.

****

Janet termenung sendirian dalam jendela. Mark telah ditinggalkan keseorangan di Bar. Hidup mati Mark, dia sudah tidak peduli. Hanya yang dikisahkan kini Hanya Alex.

Pada mulanya Dia tidak Kisah dengan Alex yang sebelum ini menjadi pemuas nafsunya bagi dendam dia pada Mark.

Tapi selepas Alex tidak peduli kan dirinya. Dia semakin semangat untuk mendapatkan Alex kembali. Tubuh dirinya masih lagi langsing Dan mengiurkan. Dia tiada masalah kedutan dikulit Dan wajahnya. Masih tidak menampakkan usianya yang sebenar.

Bagi mendapatkan Alex tidak mudah. Sejak Alex menjadi model, ramai rakan - rakan perempuannya yang berstatus mahukan Alex menjadi teman mereka ditempat tidur tanpa mengetahui status sebenar Alex. Hanya dia seorang yang tahu bagaiman Alex beraksi melayannya.

Hal itu, dengan segala pujian dan lirikan yang menggoda terlihat pada Alex, membuatkan perasaan mudanya kembali. Perasaan mudanya dulu yang mencintai Mark, kini teralih kepada Alex. " Dia semakin gila Dan mencintai Alex dalam hati."

Dia mudah mendapatkan lelaki bagi menemani dirinya di ranjang. Namun Alex Dia dapat rasakan perbezaan itu dengan perwataakan Alex yang sentiasa menggoda Dan segala bahasa tubuh Alex yang membuatkan hatinya menderita memberontak untuk mendapatkan Alex, hanya untuk diri dia.

"Pegangan status tidak lagi dihiraukan oleh Janet. Dia terlalu dambakan Alex menjadi miliknya. Dendam telah dibuang lama. Sekarang dia perlukan Cinta Dan kasih sayang Alex untuk kembali dalam hidupnya.

Lamunan Janet terhenti bila telefon bimbitnya berbunyi...Satu ganguan yang dirasakan Janet sekarang.

“ Hello” Suara seorang lelaki bergema.

“ Hello”.

“ Saya Leslie Puan Janet!” Puan kenal saya lagi. Seorang lelaki memperkenalkan diri.

“ Leslie? Siapa Awak? Kita pernah berjumpa?” Dengan kenalan lelaki yang banyak. Janet tidak lagi mengenali seseorang dari kenalannya bernama Leslie. Dia pernah mendengar nama itu. Mungkin dari kenalan lama fikir Janet.

“ Iye saya leslie saya ada urusan dengan awak Puan Janet. Saya mahu berjumpa Puan sekarang!”

“ Sekarang? Awak tahu sekarang jam berapa ?Apa urusan penting sangat Awak nak bincangkan hinggakan Awak tak boleh menunggu hari esok?”
Janet masih bertenang, fikiran Cuba mengingati kenalan lelakinya yang mempunyai nama Leslie.

“ Untuk pengetahuan Awak Janet, saya Leslie Pengawal Peribadi Alex yang baru dipecat sebentar tadi. semuanya di sebabkan Awak Puan.”

“ Pengawal Peribadi Alex. Oh baru saya teringat. Awak Lelaki tadi. Terima Kasih disebabkan hal tadi. Tapi kenapa Awak telefon saya?”

..” Awak dipecat bukan saya yang bagi arahan Tentang tu?” Janet Cuba mencabar lelaki itu. Dia tidak terlibat dalam pemecatan Leslie. Apa yang bermain dalam fikiran Janet, kenapa Alex mengambil keputusan drastik begitu. Semua hal itu membuatkan dia tersenyum.

Janet telah dapat jawapan..

“ Memang bukan Awak Janet yang pecat saya. Tapi disebabkan Awak saya hilang pekerjaan dan pendapatan. Semua disebabkan penipuan Awak. Awak perlu bayar saya atas semua yang terluah terjadi. Saya tak main - main!”

“ Awak nak saya buat apa? Bagi Awak pekerjaan. Bayar pada Awak? Awak ingat mudah untuk saya bayar duit pada Awak. Awak ingat duit jatuh dari langit? Janet Senyum sinis.

...” Itu semua kesalahan dari tindakan bodoh awak Leslie. Awak yang tak ikut arahan. Nasib Baik saya yang datang uji Awak? Kalau musuh Alex macammana? “

..”Bawah kawalan Awak Leslie, tiada siapa akan selamat.” Janet dalam nada suara bicara, memandang rendah pada lelaki yang baru membantunya tadi.

“ Jangan cabar saya Puan Janet. Saya Takkan buat kan hal ini jika Saya tak fikirkan kesannya. Jika puan ingat dengan permainkan saya tadi, Puan boleh terlepas. Saya Takkan berganjak menganggu Puan lagi, Jika Puan tak bayar mengikut kerugian yang saya tanggung sebentar tadi. Puan yang libatkan saya dalam penipuan Puan. Semua itu Puan kena bayar.”

Janet ketawa terbahak - bahak dengan ugutan Leslie padanya. Nampaknya budak hingusan ini belum kenal lagi dia siapa.

“ Awak nak cabar saya Leslie? Awak nak buat apa pada saya. Kenapa Awak tak minta pampasan itu pada Alex? Dia yang pecat Awak, bukan saya. Mana Awak letak otak Awak?” Janet masih tak mengaku. Dia harap Leslie tidak menganggu lagi dia.

“ Semua yang jadi punca dari Awak Janet. Sebab Awak saya kena buang. Saya Takkan biarkan hal ini. Saya nak tuntut hak saya.” Leslie masih berkeras bila Janet tidak mahu bekerjasama dengan dia.

Dia harus mencari alasan lain. Dia Takkan senang- senang biarkan hal itu. Dia perlu dapatkan pampasan dari segala yang telah berlaku dari Janet.

“ Punca dari saya? Hmmm! Macam inilah Leslie, saya boleh bayar Awak untuk semua yang berlaku tapi bersyarat. Syarat itu tiada persetujuan. Dengan kata lain Awak tiada pilihan dalam soal ini.”

“ Apa Awak mahu saya buat Janet! Jika berbaloi dengan bayaran saya terima. Saya perlu tahu apa pekerjaan yang Awak mahu saya buat?”

“ Awak tak ada pilihan Leslie, Awak ikut! Setuju syarat saya... baru lah Awak akan dapat bayaran. Awak dah tiada kerja sekarang ini. Saya bagi pilihan Awak hidup senang Tapi semua itu ada bayaran atas kerja itu. Dan saya mahu gunakan peluang bagi orang - orang terdesak seperti Awak ini!”

Suara Janet sinis, Leslie yang terdiam dia tahu. Lelaki itu telah tiada pilihan dalam soal itu. Nak tak nak lelaki itu mesti terima segala arahan dia. Leslie telah terperangkap. Terperangkap dalam gengaman Janet.

Waktu itu lelaki itu lemah dan kelemahan Leslie merupakan Satu kejayaan pada Janet.

“ Apa Awak mahu saya buat? Baik lah saya setuju. Tapi sebagai permulaan saya mahukan RM 50 ribu duit jaminan. Kalau Awak setuju saya akan terima!”

Leslie memberikan syaratnya. Dia juga tidak perlu dipermainkan dengan mudah oleh Janet. Semalam dia baru sahaja dipermainkan oleh wanita itu yang licik. Kali ini di perlu berhati - hati.

“ Bagus! Tak salah aku pilih orang. Tapi engkau ingat segala yang berlaku, perbualan kita aku rakam. Setiap gerak geri engkau Leslie ada orang aku yang akan pantau.

Aku bukan mudah tertipu Dan duit engkau tu aku akan bayar Esok. Kalau engkau langgar Perjanjian Ini engkau tahu nasib engkau bagaimana.” Terdengar Suara sinis Janet bersama ugutan Kepada Leslie.

“ Aku setuju Tapi aku nak engkau sendiri yang serahkan duit itu Esok. Jangan berjanji Tapi engkau mungkir janji Janet. Aku tahu Mana nak Cari engkau!” Amaran Leslie yang membuatkan Janet Tersenyum sinis.

“ Nampaknya Mark! Tuhan sekali lagi tolong aku. Jangan harap aku akan biarkan Alex dengan gadis itu. Selamanya Mark aku takkan biarkan keturunan engkau bertambah dalam dunia ini. Keturunan engkau akan terhapus hanya berakhir dengan Alex!”

“ Hanya Alex Mark dia sahaja aku akan biarkan dia hidup.! Itu pun sebab aku yang benarkan!” Ketawa Janet bergema dengan Plannya yang dirancang bersama Leslie bagi rancangannya berjaya!

Vote , Komen, Rate, Rewards Kalau Anda sukakan Novel PB..:)

                  Anggerik 2.

                    *******
                  Luv PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience