Bab 37 ( A2)

Romance Completed 306520

Terry beriaksi tenang mendapatkan Mukhriz.Lelaki yang masih dalam pakaian pejabat. Riak wajah Mukhriz cukup tenang di Mata Terry.Hanya debaran di Dada Terry berdetak laju.

Bermacam persoalan bermain di dalam fikiran Terry. Riak wajah Mukhriz yang kosong membuatkan hati Terry gusar.

Namun segala kesulitan dia perlu tempuh.Pasti Mukhriz Ada sesuatu Hal penting, Dan dia mahu Hal itu tidak berada dalam keadaan pelik.

" Banyak Masa engkau nak jumpa aku? Kenapa?" Masing - masing saling berpandangan.

" Perbualan ini takkan lama." Mukhriz membalas bersama senyuman tipis di bibir.Dapat dilihat Mata Terry tidak tenang melarikan pandangan.

" Jangan ambil Masa Aku kalau tiada Hal penting yang nak dibincangkan" Terry terus mengelak.Bagi Terry itu adalah Jalan Dan langkah paling selamat.

" Kita teruskan pada topik utama!" Pap ! satu sampul Coklat diletakkan dihadapan Terry.Kerutan di dahi Terry masih belum Ada jawapan.

" Apa yang engkau nak aku tahu!" Semakin lama bersama Mukhriz,getaran didada Terry semakin menghilang.Dia kembali tenang menghadapi situasi sulit berada dihadapan Mukhriz. Tidak lupa sampul Surat itu dibuka Dan terpampang kandungan isi di dalam Surat.

Riak wajah Terry, Serta merta berubah...Dia dapat rasakan rahsia tersembunyinya telah terbongkar.Cuma dia tidak pernah jangkakan rahsianya dapat dihidu oleh Mukhriz.

Jika sebelum ini dia takut rahsianya dibongkarkan oleh Adam.Kini dia Mempunyai seorang lagi yang harus dia berwaspada sentiasa.

Baru Terry melihat kepada gambar pertama, terus Terry memberikan pandangan kepada Mukhriz.Dia perlu mencari helah untuk berada lama dengan Mukhriz.Ternyata Mukhriz juga bahaya seperti Adam, dapat menjangkau perbuatan diri dia sebelum ini.

" Aku Tak kenal perempuan ini? Siapa dia?" Terry membuatkan simpulkan Dan menunjukkan reaksi tidak minat pada perempuan mengandung di dalam gambar yang berada didalam tangannya.' Gambar Roselle'

Mukhriz senyum sinis. " Cepat sangat engkau buat kesimpulan, dalam sampul itu banyak lagi gambar - gambar yang boleh pulihkan kembali ingatan engkau Terry.Kalau Tak percaya? engkau boleh lihat." Mukhriz menghirup air kopi di dalam cawannya.Reaksi kalut Terry membuatkan lelaki itu terperangkap dalam penipuan Dan helahnya sendiri.

Apa rahsia Terry akan diterangkan pada dirinya Hari ini. Tekaan Mukhriz semakin tepat dengan bayangan fikirannya sebelum ini. Tapi Mukhriz mahukan Kebenaran Dan cerita sebenar.

" Shit!" dalam bicara hati, Terry mula mengeluarkan beberapa keping gambar yang berada dalam sampul Surat. Sebaik terlihat dirinya Dan Roselle berpelukan, Terry tiada lagi pilihan.Rahsianya hampir terbongkar, namun Mukhriz perlu tahu sesuatu..

" Macam Mana semua dah terjawab. Cepat sangat engkau buat kesimpulan tadi.Nampaknya Kita akan habiskan satu hari disini Terry,Dan aku mahukan cerita sebenar tentang segalanya." Mukhriz mengangkatkan cawan kearah Terry, menunjukkan dia tidak main - main dalam perkara itu.

" Mukhriz,aku akan terangkan segalanya pasal semua ini.Anggerik Dan perempuan dalam gambar ini.Aku ingat aku boleh rahsiakan Hal ini selama nya,tapi Aku tersilap."Terry menyandarkan tubuhnya.Kali ini dia tiada lagi pilihan.Berterus terang dengan Mukhriz mungkin akan membantu.Fikiran dirinya juga sudah berserabut dengan masalah. Roselle mengandung, jika Anak yang dilahirkan nanti bagaimana status dengan bayi itu.

Adam, ? Tindakan Adam jika rahsia itu terbongkar.Hal itu lebih parah.

" Aku banyak masa, engkau boleh mulakan."

***

" Mukhriz Tak datang sekali ke Sini Anggerik, temankan kamu?" Mata Opah mengintai diluar pintu utama. Berharap Mukhriz akan muncul disitu.

Entah kenapa Kali ini rajuk Mukhriz lama. Hati tuanya telah merindui Mukhriz.

" Mukhriz pagi - pagi dah keluar rumah Opah.Katanya Ada urusan penting.Tapi Anggerik Tak tahu dia pergi Mana.Anggerik kesini nak ambil Adham." Anggerik menyatakan tujuan sambil tangan Opah disalam.

" Hmmmmmmmm, agaknya dia merajuk lagi kot dengan perempuan tua ini.Itu sebab dia dah lama Tak jenguk Opah.Dia Tak tahu ker Opah rindu sangat dekat dia. Ada Adham kuranglah sikit rindu Opah Anggerik," Opah meluahkan perasaannya.

Anggerik yang mendengar merasa simpati dengan segala apa yang terjadi.

" Opah nak Anggerik pujuk Mukhriz ker? Anggerik boleh Cuba tapi Opah pun tahu degil Mukhriz itu Macam Mana. Setakat Anggerik Opah, beberapa Kali dia boleh bayar saman.Tak out,kebal." Anggerik mencuba menceriakan suasana.

" Kamu ini Anggerik,buat main plak benda ini.Kamu Tak faham perasaan Opah Anggerik.Lagipun sebelum ini, Mukhriz yang selalu teman Opah dekat sini.Bila Tak Ada dia,Opah rasa lain." Dapat dirasakan Anggerik Opah sedih dalam bicaranya.

" Opah Anggerik Cuba nasihatkan Mukhriz itu jangan abaikan Opah. Tak pun kalau Mukhriz Tak balik sini,Opah boleh datang rumah kamikan." Anggerik ceria memberikan cadangan.

Kelihatan Opah mendekati Anggerik secara perlahan Dan berbisik lembut ketelinga Anggerik.

" Bukan kamu Tak tahu perangai Datuk itu Anggerik.Dia Tak bagi Opah pergi Sana, Dia suruh Mukhriz datang sini.Diorang berdua itu sama - sama degil, itu sebab masalah ini Tak selesai." Opah menghabiskan bisikan.

Anggerik berfikir sejenak.Mencari jalan penyelesaian bagi Hal itu. Anggerik dapat satu idea.

" Opah kalau Macam itu,biar Anggerik pujuk Datuk.Tentu berkesankan."Anggerik teruja.

" Iya Tak ya juga Anggerik.Datuk tu sayang sangat kamu.Itu le kelemahan dia," Opah tersenyum girang.

Ehemmmm! suara garau Datuk bersama pandangan Mata terarah kepada Anggerik Dan Opah.

" Kamu dah kembali Anggerik? bukan semalam kamu kena culik.Datuk kerutkan kening melihat wajah Anggerik yang masih kelihatan suram.

" Mana Datuk tahu Anggerik kena culik. Rasanya Hal itu Tak sampai ke pengetahuan umum..

" Aku banyak kenalan" Datuk Mumtaz beriaksi tenang namun masih menyembunyikan sesuatu.

" Iya Anggerik tahu, tapi pasal........Tak Ada apalah Datuk.Mungkin perasaan Anggerik jer."

" Due Anggerik dah nak dekat, Mukhriz sibuk bekerja uruskan Syarikat Baru dia.Kalau Datuk Tak keberatan, boleh Tak kalau Opah teman Anggerik." Anggerik memohon simpati.

" Kenapa Anggerik Tak datang sini ?" Datuk memulangkan soalan.

" Banyak keperluan bersalin dengan jarak hospital Datuk dekat dengan rumah Anggerik.Anggerik dah Tak Ada siapa - siapa yang boleh nasihatkan Anggerik pasal pantang nanti." Alasan Anggerik kuat.

Datuk berfikir sambil mengalihkan pandangan kepada Opah.

" Awak Macam Mana? Setuju dengan cadangan Anggerik?"Jawapan Datuk ditunggu.

" Kalau Abang benarkan Saya ikutkan jer Abang." Tiba - tiba wajah Opah ceria.

" Pergilah temankan Anggerik, dalam minggu depan pun Saya dah sibuk.Tapi malam, Saya nak awak dengan Saya." syarat Datuk yang membuatkan Anggerik Dan Opah berpandangan.

" Sempat lagi" Anggerik gelengkan kepala bersama dengan gelengan Dan senyuman dari Opah.

****

Roselle meneliti segenap ruangan dalam bilik hotel.Dia mencari - Cari jalan keluar dari hotel itu.Dia telah tidak tahan dengan sikap Terry.

Dia bagaikan patung Yang hanya mengikut telunjuk Terry.

" Macam Mana aku nak keluar dari sini." Roselle mengigit bibir dengan kerap, menandakan dia resah.Segala ruangan diawasi.

Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi itu.Suatu perasaan lain menerpa Roselle.Perasaannya bercampur Dan tidak tenang.Mimpi buruknya semakin kerap menganggu, hingga membuatkan Lena Terry terganggu Dan meninggalkan dia keseorangan.

" Aku kena Cari dia.Wajah dia Macam seseorang yang aku kenal.Tapi siapa Alex? Dia atau Sherry yang aku kenal...

Luv PB.... Support karya Kita..TQ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience