Bab 9(A2)

Romance Completed 306520

Vote , Komen, Rate, Rewards Kalau Anda sukakan Novel PB..:)

                  Anggerik 2.

                    *******
                  Luv PB

" Kamu dah kenapa Mukhriz ? Terintai - intai macam ini. Kamu tengok siapa?" Mata Datuk juga berpaling melihat kearah laluan mata Mukhriz melihat.

" Anggerik? Dia ada datang sini tak Datuk, jumpa Adham." Kerusi ditarikkan Mukhriz untuk dia melabuhkan duduk bersama Datuk Mumtaz Di meja.

Opah dilihat Mukhriz sedang sibuk menyediakan hidangan sambil telinga Opah mendengar segala perbualan suami Dan cucunya Mukhriz.

" Kamu tanya kami pula Mukhriz? Bukan tadi Angerik ikut Kamu ke pejabat. Lepas pejabat dia datang sini. Adalah Anggerik itu dalam bilik permainan Adham."

"Kamu dah kenapa?" Wajah kerutan Opah memandang ke arah Mukhriz.

Hidangan kuih Dan air panas diletakkkan Opah diatas Meja. Cekap Tangan Opah membuat kerja. Air dituangkan didalam cawan Mukhriz Dan suaminya, sebelum beberapa kuih yang siap terhidang diletakkan dalam piring untuk suami Dan Mukhriz.

Opah juga turut melabuhkan buntut untuk sama - sama menikmati minuman petang bersama - sama.

" Kamu ada buat sesuatu ker Dekat Anggerik? Wajah Opah berubah bersama lirikan mata Opah memandang kearah Datuk.

" Purlp!" Mukhriz tersedak. " Apa ini Opah, Mukhriz buat apa dekat Anggerik? Mukhriz rindu Anggerik. Itu Sebab Mukhriz habis kerja awal." Pandangan mata Mukhriz tak berani untuk memandang anak mata Datuk. Takut Datuknya mengesyaki sesuatu dari perbuatan dia. Mukhriz menghirup air Panas untuk mematikan perbualan Tentang Anggerik.

" Anggerik sekarang ini tak boleh berenggang dengan Mukhriz. Mungkin kita dapat cucu perempuan kali ini." Wajah kegembiraan Datuk yang ceria bila dikhabarkan Tentang Anggerik memgandung kali Kedua.

" Itulah abang,  tak sangka Anggerik terima Mukhriz lepas apa cucu kita ini buat dulu. Siap mengandung kali Kedua. Bertuahlah Mukhriz dapat Anggerik. Kalau perempuan lain, Opah rasa dah lama Kamu ini kena tinggal."  Opah menjeling Mukhriz yang dilihat membeliakkan mata dengan kata - kata Opah kepadanya.

" Opah boleh tak doakan yang Baik - Baik untuk Mukhriz!" Wajah merajuk Mukhriz Yang telah muncul dimuka.

Mendengar kan cakap Opah, Pucat muka Mukhriz, rasa nak gugur jantung Mukhriz.

" Hai Anggerik!" Keluhan dalam hati Mukhriz..
Opah dengan Datuk tak tahu apa yang Jadi dipejabat tadi. Macam mana perubahan Anggerik dimata Mukhriz. " Dhasyat!" Kalau Opah tahu hal ini, confirm dia kena berleter makan tahun dengan Opah.

" Kami pesan Mukhriz bukannya Kami doakan benda - benda buruk. Lagipun Anggerik itu sedang mengandung. Kamu jaga lah hati dia. Banyak pengorbanan dia pada Kamu."

Datuk menghirup minuman yang telah suam Di hadapan matanya.

" Kami dah tua Mukhriz, pengalaman pun dah ada. Kami nasihat dan pesan pada generasi muda macam Kamu ini. Bukan apa takut tersilap langkah.

Benda Kalau dah jadi, mana boleh patah balik. Melopong nanti kamu Mukhriz. Opah kembali memberikan nasihat percuma kepada Mukhriz.

" Oyang, Datuk. Eh! Daddy pun ada dekat sini. Ingatkan Mommy jer ada hari ini." Adam muncul di celahan perbualan Datuk, Oyang Dan Daddynya.

" Mari Adham Oyang dah Siapkan minum petang. Mana Mommy kamu Anggerik?" Mata Opah melihat kearah laluan tangga menempatkan bilik permainan Adham.

" Mommy sedang berbual dengan Ibu dalam panggilan." Bicara Adham sambil mendapatkan duduknya disebelah Mukhriz.

" Mommy telefon Ibu Jun ?" Mata Mukhriz yang telah terbeliak menunggu reaksi dari anaknya.

" Iye ! Mommy telefon Ibu, Mommy cakap Mommy Rindu Ibu, sama macam Adham." Wajah Adham tersenyum memandang kearah Mukhriz.

" Mommy cakap apa?" Dalam Fikiran Mukhriz sudah memikirkan semua perkara yang mungkin menjadi perbualan hangat Jun dengan Anggerik. Susah semestinya hal berkaitan Sherry akan dibincangkan.

Mukhriz takut dengan segala keputusan Anggerik nanti. Bila Jun juga tahu dengan kejadian tadi. Tubuh Mukhriz telah resah memikirkan hal yang mungkin belaku. Dia tidak takut jika Anggerik merajuk dan Terasa hati dengan dia.

Tapi Suatu perkara yang telah Mukhriz risau kan dalam hati. Kata - kata Anggerik tadi yang khusus Anggerik tunjukan pada diri dia. Kata - kata Azimat Anggerik melibatkan Adam" Nicholas".

" Saya Takkan teragak - agak untuk pilih Adam, " Nicholas" kembali dalam hidup saya.!" Bersama lirikan mata Anggerik yang mengoncangkan jantung dan hati Mukhriz sebentar tadi.

Belum sempat Mukhriz tenteramkan hatinya yang bergoncang hebat kembali normal, Anggerik muncul dengan aura yang membuatkan duduk Mukhriz tidak tenang.

" Anggerik tersenyum memandang kearah Opah Dan Datuk, Sebaliknya wajah Anggerik kembali biasa bila dia melihat kearah Mukhriz.

Duduk Anggerik didekatkan dengan Adham. Membuatkan Tubuh Anggerik terpisah dengan Mukhriz dengan Adham ditengah - Tengah mereka.

" Ehem! Anggerik." Suara serak - serak basah Mukhriz yang menegur isterinya.

Reaksi Anggerik Dia Hanya tersenyum seperti biasa dihadapan Opah Dan Datuk. Air dituangkan kedalam cawannya Dan kuih yang Terdapat di atas meja diambil Dan diletakkan kedalam pinggan Adham anaknya.

" Adham nak apa - apa lagi? Mommy boleh ambil kan." Reaksi Anggerik yang Hanya melayan kehendak anaknya.

Adham mengambil kuih yang diserahkan Anggerik Dan terus mengunyah kuih terus kedalam mulutnya.

Mukhriz yang melihat perlakuan Anggerik Panas hati. Bila tumpuan mata Hazel milik Anggerik tidak memberikan tumpuan  pada dirinya.

Penat Mukhriz balik awal hari ini. Dia ingatkan kepulangan diri dia, untuk memujuk Anggerik. Tapi reaksi dari Anggerik masih tawar. Dia dalam keadaan tekanan emosi untuk mendapatkan perhatian Anggerik kembali.

" Adham kenapa tak duduk dengan Oyang? Mommy sepatutnya duduk sebelah Daddykan. Berapa kali Daddy nak beritahu Adham.!" Suara keras Mukhriz bila perhatian Anggerik tidak terarah Kepada dirinya.

" Adham tak perlu pergi. Adham pun dah makan Di sini. Habiskan makanan, bukan salah Adham. Tak Baik makan banyak tempat Adham."

Anggerik menunjukkan kekerasan dalam nada suaranya. Bagi Anggerik, Tak Perlu Mukhriz kaitkan hal mereka berdua dengan Adham. Adham tak tahu apa - apa. Bukan salah Adham apa yang jadi.

" Anggerik saya sedang nasihatkan Adham,  Awak tak perlu masuk campur. Saya dah pesan banyak kali pada Adham?" Suara Mukhriz lembut dengan Wajah Mukhriz diseriuskan. Dia tidak bermaksud untuk memarahi Adham, anaknya. Tapi dia tiada pilihan lain. Dia Hanya mahu mendapatkan sedikit perhatian Anggerik.

" Mukhriz! Adham dah makan disini. Tak baik Adham tukar tempat makan Di tempat lain. Awak tak pernah dengar pesanan orang dulu- dulu. Kalau banyak makan Di merata tempat. Kahwin banyak. Awak nak Adham Jadi macam Awak?"

"Pulp!" Air kopi tersembur dari bibir Datuk Dan Mukhriz.

" Anggerik?" Wajah Datuk berkerut melihat kearah Mukhriz.

" Mana Awak dengar benda melalut itu Anggerik?" Mukhriz menampakkan wajah tenang. Tapi dia dapat lihat wajah Opah yang merenung tajam kearahnya. " Siaplah aku kali ini!" Mukhriz dapat rasakan penangan Opah sekejap lagi nanti mencari kesalahan  dia." Habis!"

" Awak tak perlu takut Kalau benda itu tak Betul kan?" Anggerik sengaja menaikkan Darah Mukhriz. Dia tak takut dengan kenyataan dalam hidup dia. Sebenarnya hati Mukhriz telah terisi dengan Sherry.

Dia Sebenarnya berkongsi kasih dengan Sherry, Walaupun hal itu masih belum dalam ikatan sebenar. Tak adil hal itu dirasakan Anggerik. Dia sepenuhnya telah menjauhkan dirinya dari Adam, Tapi senang - senang Mukhriz masih bermain kasih lagi dibelakangnya dengan Sherry.

" Anggerik ikut suka awak nak cakap apa. Tapi saya nak ingatkan Awak perbualan ini terhenti disini." Akhirnya Mukhriz mengalah. Terlihat wajah Anggerik Tersenyum sinis Di hadapan mata Mukhriz.

" Anggerik, Mukhriz?" Mata Datuk Mumtaz melihat kearah Kedua - duanya. " Apa yang jadi sebenarnya?" Soalan Datuk yang membuatkan Mukhriz memandang kearah Anggerik. Namun pandangan Anggerik Hanya ditumpukan kearah Datuk.

" Memamg kami ada masalah Datuk. Dan Masalah kami Anggerik rasa dah sampai ke penghujung." Suara tegas Anggerik menyatakan segala yang terbuku dalam hati.

Dia telah memikirkan hal itu Sedalam- dalamnnya. Perbualan bersama Jun masih lagi tergiang di telinga Anggerik. Tiada Satu pun dalam perbualan dengan Jun itu menyokong keputusan drastik Anggerik.

Tapi dia Hanya sekadar meluahkan perasaan diri Dan dia tahu dia perlu seseorang yang mendengar segala luahan hatinya. Dan Jun dirasakan Anggerik adalah orang yang paling layak.

" Apa Maksud kamu Anggerik? Apa Mukhriz dah buat?" Suara Datuk Mumtaz bersama jelingan tajam kearah Mukhriz.

*****

" Adam macam mana kes Maddy. Aku rasa Sebastian masih ganggu dia lagi!" James duduk dihadapan Adam. Sesekali tangannya mengetuk lembut meja Adam. Walaupun tiada sebarang bunyi tapi ketukan jari James masih menganggu fikiran Adam yang kusut waktu ini.

" Apa pendapat engkau James?" Perlu ker aku ikut segala - gala syarat itu. Aku tahu Maddy adik kita, Tapi legasi macam mana? Kalau engkau jadi aku, jalan mana yang Engkau akan pilih!" Adam telah buntu dalam situasi kes Maddy dengan kekasihnya Sebastian.

Pada mulanya Adam ingatkan kes itu tak serius Disebabkan Adam waktu itu jauh dari keluarga. Tapi tak sangka semua itu serius semula bila Adam senyap tanpa tindakan pada Maddy Dan kekasihnya.

" Engkau dah tanya pendapat Maddy? Boleh ker Kalau dia hidup jauh dari keluarga? Mommy macam mana, dengan engaku Adham. Maddy sangat manja dengan engkau berdua!" James memberikan pendapat. Perkara yang Adam dah tahu, Tapi segala yang dikatakan James  buatkan Adam kembali terfikir.

" Engkau rasa Kalau kita kahwin kan Maddy? Masalah Itu akan Selesai ke James?" Adam sekali lagi mahukan pendapat James kali ini.

Kalau nak harapkan Terry dalam Selesaikan kes Maddy, memang Takkan Selesai. Selalu sangat Adiknya Terry mengelak dengan pelbagi Alasan yang membuatkan Adam tahan geram dalam hati.

Maddy juga adik dia. Tapi Terry lepas tangan.

" Tak guna Kalau aku Bagi pendapat Adam. Kita bertiga! Apa kata Kalau engkau tanya pendapat Terry. Dia Walaupun engkau rasa Tak guna dalam hidup engkau Adam.

Tapi hubungan keluarga kita dengan keluarga dia  itu dunia Terry. Kalau jadi sesuatu pada Maddy nanti. Tahulah Terry uruskan nanti.!"

James memberikan Idea bernas kepada Adam. Semua itu buatkan Adam tergamam. Tak sangka oleh Adam James kali ini benar - benar bantu dia buat keputusan.

" Betul juga apa yang engkau cakapkan itu. Tak sangka aku kali ini Idea engkau bernas dan pertama kali Terry kita gunakan untuk kebaikan. Sekurang- kurangnya aku tak risau lagi dengan Maddy. Dia perempuan Dan dia paling lemah diantara kita. Siapa lagi nak lindungi dia Kalau kita abang - abang dia James." Pertama kali Adam dapat rasakan hatinya Tersentuh bila dirinya harus melepaskan Maddy pergi kepada kekasihnya.

" Engkau jangan khuatir Adam. Aku rasa suami Maddy akan mengalami kesukaran untuk masuk kedalam Keluarga kita. Dia perlu berusaha keras dalam hal itu." James memberikan jaminan sambil tangannya menghubungi Terry dalam panggilan.

" Yup ada apa telefon aku ? Jangan nak kata  Adam Sekali lagi nak buat kejutan datang sini lawat aku?"Sinis Terry bicara. Dalam nada Suara Terry dia masih menyenangi Kehadiran mengejut Adam Dan James yang mengejut melawatnya dulu.

" Tak payah nak sinis sangat Terry. Bukan itu tujuan Adam Suruh aku hubungi engkau kali ini. Adam nak bincang pasal adik kesayangan dia. Aku  rasa Engkau boleh agak siapa. Yang pasti bukan aku. Dan engkau Terry bukan dalam senarai." James menghamburkan ketawa yang membuatkan Suara Terry merengus geram Di sebelah sana perhubungan telefon.

" Maddy? Kenapa dengan dia. Sebab Sebastian lagi. Budak Tak guna itu?" Kedengaran Suara Terry telah merengus geram. Kali ini kemarahan Terry bukan Disebabkan Adam. Kali ini Terry masih tak puas hati kerana hubungan Maddy dengan Sebastian.

permusuhan diantara dua Keluarga mereka masih berlanjutan tanpa Noktah. Yang boleh menamatkan permusuhan itu, hanyalah kematian.

" Dia akan jadi sebahagian dari keluarga kita. Hal itu Adam dah setuju. Engkau tahulah macam mana adik kita yang Satu tu pujuk Adam. Tak habis mengedik susah kan kita. Tapi nak buat macam mana? Dia tetap adik kita Terry."

" Hmmm adik yang menyusahkan. " Maddy", Perangai dia sama macam aku James. Aku dapat rasa Maddy Klon Aku. Tapi perangai dia versi yang Baik." Terry ketawa terbahak begitu juga James.

" Kalau Maddy tahu kita kutuk dia sekarang Terry dia mesti dengan perangai Mengada - ngada dia mengadu pada Adam. Lepas itu Adam mulalah salahkan engkau Terry sebab cari pasal dengan Adik Kesayangan dia." James masih belum habis mengutuk Satu - satunya adik perempuan Mereka . Dan Maddy memang selalu dibuli.

" Adam akan cari salah aku Dan engkau James. Macam mana Setiap kali Tentang hal itu,engkau tiap kali akan terlepas. Sebenarnya engaku lebih licik dari kami bertiga."

" Ouchhh! Terry. Tak perlu nak puji aku macam itu pagi ini. Aku dah terbiasa dengan pujian. Tak perlu nak tambahkan koleksi pujian aku tu. Aku rasa dah tak Cukup ruang untuk pujian itu aku simpan." James tersengih dalam perbualan mereka.

" Dah tak payah nak mengarut lebih James. Teruskan pada Maksud sebab apa Adam serius hubungi aku?"

" Maddy Adam Suruh engkau bersedia dengan keluarga Sebastian. Kalau mereka bertindak! Engkau tahu nak buat apa Terry. Adam dah bagi lampu hijau untuk engkau ambil tindakan selanjutnya."

Terry Tersenyum sinis dalam Setiap butiran James pada telinganya pagi itu. Tak sangka Adam ambil jalan mudah dalam kes Maddy. Adam dengan Cinta memang lemah. Lebih - lebih lagi dengan Maddy. Entah apa Maddy pujuk Adam untuk setuju dalam hal itu.

Kali ini hal itu akan libatkan dia. Wajah Bapa Sebastian menjelma dalam fikiran Terry. Wajah lelaki yang Licik dan terburu - buru dalam mengambil keputusan kembali terbayang dalam fikiran.

" Hussjhhh, Nampaknya memang tak ada jalan lain kali ini. Pagi ini dia perlu buat keputusan Drastik. Keputusan itu juga Perlu dimaklumkan kepada Adam Segera. Kerana dia tahu. Disebalik percakapan dia dengan James, Adam ada dibelakang James. Kesemua perbualan mereka didengari Adam.

" Aku Selesaikan hal itu. Aku bersedia. Maklumkan pada Adam aku akan uruskan semuanya. Ada apa - apa lagi?"

Terry termenung panjang dengan keputusan Adam. Dia  juga akui. Dia juga takut dalam pemilihan Maddy dalam memilih pasangan lelaki dalam hidupnya. Dalam banyak - banyak lelaki, Maddy tetap memilih lelaki dari keluarga musuh mereka.

Dia juga Sayangkan Maddy Dan begitu takut jika Adik perempuannya yang seorang  tersilap langkah. Maddy juga seseorang yang dia sayang.

" Terry engkau masih dalam panggilan. Terry! Terry..?" Suara James membingitkan telinga Terry yang mengelamun.

" Aku ada lagi Dekat sini? Kenapa apa lagi James.?" Suara Terry terdengar lemah. Dia juga terbuai perasaan dengan pemergian Maddy dalam hidup mereka nanti.

Dia akan merindui saat - saat Maddy dibuli oleh Dia Dan James. Ketawa Maddy yang mengada - ngada. Esakan tangisan Maddy yang manja. Maddy yang pemboros, Maddy yang gila.. Maddy ! Maddy yang...."

Semua itu sesakkan perasaan Dan hati Terry saat ini. " Bagaimana nanti Maddy.." Kalau dia tidak lagi dapat bertemu lagi dengan Maddy. Maddy dikeluarkan dari Ahli keluarganya.

" Jangan nak berdrama Sangat Terry. Aku tahu apa yang terbuku dalam hati engkau tu. Tapi jangan Sesekali fikirkan Tentang hal itu. Cukuplah Kita dah tahu segalanya Tentang mereka. Sekurang - kurangnya, kita boleh bersedia.

" Aku baru fikirkan hal itu. Belum lagi aku fikir nak Teruskan kerja gila itu James. Engkau pun tahu kan . Sejak akhir - akhir ini, aku banyak terlibat dengan masalah. Masalah yang aku terlibat, tak ada kesudahan. Itu semua takdir aku.

" Hmmm itu masalah yang engkau cari!" James melepaskan maksud tersurat dalam bicaranya.

****

" Ivvy , Ini Sabrina."

" Ivvy"

" Sabrina" wajah halus gadis  dihadapan Ivvy. Wajah kecil  Sabrina, Dan  gadis didepanya ditilik, putih Dan cantik dengan mempunyai elus muka yang menarik hati.

" Saya nak Maklumkan Ivvy , Mulai hari ini, Awak dengan Sabrina  akan bekerja bersama. Sabrina akan membantu Awak disini Ivvy. Saya nak Awak turut membantu dia." Senyuman Alex Kepada Ivvy. Sebaik pandangan Alex terarah Kepada Sabrina. Jelas menampakkan wajah kecerian Sabrina.

" Saya akan bekerja disini? Suara Sabrina yang Teruja dengan segala dari kata - kata Alex tadi.

" Ye akan bekerja disini dengan bantuan Ivvy. Macam mana engkau setuju dengan cadangan aku?" Alex tak perlukan persetujuan Sabrina dalam hal itu. Lebih selamat Sabrina ada Di Agensi dirinya dari Sabrina berada di rumah.

Kebetanian Janet menganggu Dan menceroboh masuk rumahnya lagi membuatkan Alec lebih berhati - hati. Dia tidak mahu kejadian sama berulang kembali.

Pada saat ini. Nyawa Sabrina yang penting untuk diselamatkan. Kejadian sebelum ini telah dimaklumkan kepada Marc. Maklum balas Marc macam biasa, dia masih mempertahankan Janet seperti keadaan sebelum ini.

" Alex Daddy akan bincangkan perkara ini dengan Janet." Masih ayat yang sama diulang bila Janet ditangkap melakukan kesalahan. Kesalahan kali ini Janet lakukan melibatkan Sabrina. Kerana itu Alex terpaksa mengambil tindakan yang tidak akan melibatkan nyawa Sabrina lagi. Alex kenal Janet. Wanita seperti Janet tidak kan Cepat berputus asa. Dia sebelahnya akan mencari ruang Dan peluang untuk me musnahkan dia lagi.

" Engkau aku tinggalkan disini dengan Ivvy akan terangkan apa tugas - tugas engkau disini. Aku harap Engkau Takkan timbulkan masalah disini. Aku sibuk jadi untuk aku sentiasa disamping engkau adalah sesuatu yang mustahil. Engkau kena berdikari. Jangan nak harapkan aku. Aku pergi dulu."

Cermin mata disarungkan Alex. Dia perlu bergegas pergi kerana pagi itu ada urusan yang perlu dibuat Dan projek kali ini yang melibatkan Alex adalah projek mega Dan besar melibatkan orang - orang ternama dari luar dan dalam negara.

Kali ini Alex bukan sahaja terlibat sebagai Model. Dia juga merupakan salah seorang pelabur dalam projek itu Dan lebih separuh dari Model yang terlibat merupakan model yang datang dari Agensi miliknya.

" Encik Alex, saya nak Suruh gadis ini buat apa?" Suara terkejut Ivvy sambil memberikan pandangan Mohon bantuan dari Alex.

Sebelum ini Alex tak pernah sebutkan Tentang mengambil pekerja baru. Secara Tiba - tiba Alex bawa gadis kecil ini disini Dan diarahkan bekerja diatas arahan dia. Ivvy terpinga - pinga dengan apa  yang jadi.

Dia tak tahu nak  buat apa. Bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan, Lebih Baik dia bertanya kepada Alex. Tidak lah nanti dia yang melebih - lebih pandai dalam memberikan arahan kepada gadis Di hadapannya ini.

" Saya nak Suruh dia buat apa Encik Alex?" Wajah cemberut Ivvy yang cuba memahami Maksud Alex.

Sabrina hanya senyap ditengah - Tengah. Dia masih keliru dengan apa yang dibuat Alex. Kerja disitu dia Teruja Tapi kerja sebagai apa?

" Bagi jer semua kerja yang engkau rasa dia boleh buat Ivvy. Pembancuh kopi, Tukang cuci , Budak Photostat, Tukang Sapu! Apa - Apa sahaja Ivvy janji dia tak duduk diam Dekat sini. Jangan rugikan duit aku bayarkan gaji dia nanti."
Pesanan Alex sebelum dia meninggalkan Agensi Dan Sabrina dalam pemerhatian Ivvy.

" Hmmmmm, Sabrina ! Apa yang paling Awak pandai dalam semua yang Alex cakap tadi? Sebelum itu saya kenal kan sekali lagi. Saya Ivvy, Awak boleh panggil apa pun Awak nak panggil. Saya tak ada masalah." Tangan dihulur oleh Ivvy untuk memulakan perkenalan mereka. Terlihat di mata Ivvy Jelas wajah Sabrina yang masih takut - takut. Seperti keadaan dirinya yang dulu.

" Sabrina!" Giliran Sabrina pula memperkenalkan diri Walaupun sebentar tadi Alex telah perkenalkan diri dia.

" Bagus! Jadi Kita dah perkenalkan diri masing - masing. Ermmm, apa lagi Kita nak buat hari ini? Saya harap Awak tak kekok ataupun takut bekerja disini. Tiada yang lebih menakutkan dari Alex. Maksud saya Kalau Alex marah Kalau arahan dia Kita tak patuh."

Sabrina hanya Tersenyum melihat reaksi Ivvy  yang kekok dalam situasi mereka berdua.

" Apa kata Kalau Awak perkenalkan saya dengan semua pekerja - pekerja disini terlebih dahulu. Selepas itu baru Awak fikir, pekerjaaan apa yang saya boleh bantu Awak disini." Kening Sabrina dinaikkan memberikan cadangan kepada Ivvy yang dilihat Sabrina Blur sebentar tadi.

Mungkin gadis dihadapannya masih terkejut dengan kehadiran dia pagi itu di Agensi mereka.

" Betul apa yang Awak cakapkan Sabrina. Kenapa saya tak terfikir Tentang hal itu. Awak memang pembantu terbaik yang dikirimkan Alex bagi bantu saya." Ivvy menunjukkan kelegaan dengan kehadiran Sabrina yang akan membantunya Di Agensi mulai hari ini.

" Jadi boleh kita mulakan sekarang?" Sekali lagi Sabrina memberikan cadangan.

" Yup boleh Tapi sekejap Sabrina!" Kerutan Di wajah Ivvy yang membuatkan langkah Sabrina terhenti.

" Macam mana Awak kenal Alex Sabrina? Maksud saya Alex? Sebelum ini dia tak pernah ada kawan perempuan kecuali Mawar?" Kerutan di wajah Ivvy bersama menunggu jawapan dari Sabrina????

                 
Vote , Komen, Rate, Rewards Kalau Anda sukakan Novel PB..:)

                  Anggerik 2.

                    *******
                  Luv PB
                   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience