22

Romance Completed 306520

*** Hati Dimiliki***

••  Hati yang pernah dimiliki oleh seorang lelaki, Tapi Ternyata lelaki itu bukan suami.. Tapi kerana takdir yang memainkan peranan segalanya diserah . ... Adam.••

*****

" Jun engkau mesti dengar apa aku nak sampai kan dekat engkau ini. Aku nak engkau dengar dengan teliti Jun ."Serius wajah Anggerik memandang kearah sahabatnya..

" Engkau cakap apa ini?"Air minuman yang diteguk di tekak Jun Terasa tersekat dengan bicara serius yang akan disampaikan oleh Anggerik kepadanya..
" Apa Maksud engkau ini?" Sekali lagi pertanyaan itu ditanya .Wajah serius Anggerik dipandang untuk mendapatkan jawapan..

" Adam nak jumpa aku, tapi Mukhriz halang aku Jun. Tapi berat hati aku nak jumpa dia." Anggerik tiada pilihan dia harus mendapatkan bantuan Junaidah sahabatnya..

Anggerik merengus lelah bila Jun seakan tiada reaksi dengan bicaranya tadi,,,” Jun”. Anggerik terus mencuba..

" Dia suami engkaukan Anggerik, tak baik lawan arahan dia... pasal Adam yang engkau maksudkan itu, lelaki itu ker?" Jun cuba mendapatkan jawapan dari sahabatnya, siapa lelaki yang dimaksudkan oleh Anggerik. adakah lelaki yang dimaksudkan Anggerik adalah Bekas kekasihnya dulu, yang Anggerik pernah separuh gila rindukan lelaki itu...Atau Adam lelaki lain..

Tiga Minggu dia tiada disitu, banyak pula cerita terbaru yang dia dengar dari sahabatnya.. Tapi tumpuan Jun lebih kearah anaknya..cerita tentang Mikha, merupakan tajuk Utama dia nak dengar hari itu.

“ Engkau nak jumpa dia buat apa? Engkau nak sambung kembali hubungan lama itu ker?”

Jun semakin tidak berpuas hati dengan alasan Anggerik kali ini. Bagi Jun suami tetap suami, Dan Mukhriz memang ada Hak pada Anggerik.. Lagipun Mukhriz dah jalankan tanggungjawabnya, walaupun sebelum ini lelaki itu lepas tangan, Tapi Jun tak peduli itu Kisah silam..

Yang paling penting baginya sekarang, Mikha anaknya telah kembali Dan mendapat kasih sayang sepenuhnya Kedua Ibu Bapa.. Itu yang dipetingkan Jun..

" Anggerik bukan nak jumpa dia pasal kisah kami sebelum ini, Anggerik tahu dan faham status kami.Tapi Jun , Adam akan tinggalkan negara ini, dia Takkan kembali.

Anggerik cuma nak jumpa dia buat kali terakhir.. Engkau teman Anggerik Jun. Jumpa Adam kali terakhir..Anggerik Janji cuma kejap..Kami tak ada peluang berjumpa, walaupun bersembang..Tolong Jun!" Anggerik masih merayu.

Kali terakhir dirinya bertemu Adam bersembang hanya lah Di rumah Keluarga Anggerik, itupun waktu itu masing - masing sedang dalam emosi, baru pertama kali mereka berjumpa.. Banyak yang difikir Tapi tidak berjaya diluah oleh Anggerik.. takut akan ada perasaan yang terluka Dan merana kerana bicaranya..
Dia ingin mengelak dari perkara itu, Tapi dia perlu juga berjumpa dengan Adam.. itu yang Anggerik pasti,,

"Engkau pasti ker Mukhriz tak tahu pasal ini. Kalau dia ubah Plan dia pasang spy macam mana?"
Jun rasa tak sedap hati dengan Plan Anggerik berjumpa Adam, dia takut Entah apa helah Mukhriz untuk jejak mereka nanti.. Dari penceritaan Anggerik, Kelicikan Mukhriz tak kurang juga hebatnya.. Buatnya Mukhriz tahu dia Dan Anggerik buat Plan jumpa Adam.. Masaklah Jun, entah apa lah Mukhriz nak buat pada Anggerik nanti.

" Anggerik  dah tak Kisah dengan Mukhriz, Tapi kita Plan benda ini sampai jadi. Kalau kantoi juga Jun... Kita nak buat macam mana. Lagipun Mukhriz tu memang banyak helah, Anggerik pun dah pening layan karenah dia.."
Anggerik hanya berserah pada takdir.Andai tertulis Pertemuan itu dapat dihidu oleh Mukhriz juga. Dia boleh buat apa. Itu kali terakhir Anggerik jumpa Adam, mungkin selepas itu Adam tidak akan kembali disini. Itu sahaja peluangnya..

" Apa helah Mukhriz? Apa dia dah buat pada engkau Anggerik.. Engkau jangan nak kata dia pukul, dera engkau Anggerik.. Nyamuk pun aku tak bagi gigit engkau, aku spray nyamuk tu mati.. Apa dia buat?"
Jun tidak puas hati, , helah Dan kelicikan Mukhriz pada Anggerik, dia nak tahu Tentang hal itu..

“ Jun engkau kenal kan Adam lelaki pertama Anggerik dulu..” Akhirnya Angggerik berterus terang..
Adam  Anggerik tahu dia dah terima segalanya yang terjadi pada hubungan kami...Tapi Mukhriz.! Wajah Sahabatnya dilihat Tenang, kurang tekanan fikirannya bila dia dapat luahkan segalanya pada Jun..

Tumpuan Anggerik....Dia hanya ingin berjumpa Adam untuk kali terakhir. Itu niat sebenar Anggerik, tiada lain.,Perasaannya pada Adam dikuburkan dulu. Dia tidak akan ikut perasaan, dia tahu dia Hak Mutlak Mukhriz selamanya..

" Dia nak Anggerik Segera mengandungkan Adik Adham, Adik Mikha Jun. Anak engkau No.2." Anggerik tersenyum dalam hati melihat wajah terkejut Jun Dan cara Jun menunjukkan reaksi Di wajahnya..

" Hah! Adik Mikha anak aku No 2. Engkau setuju ker dengan cadangan dia itu Anggerik? Apa Adham cakap, Dia dah nak Adik?Mukhriz ini dah melampau, dia sepatutnya bincang lah dulu dengan aku ini.. " Jun diam sementara berfikir sebelum meneruskan bicaranya..

“ Tapi Mikha pun dah 4 tahun akan datang, memang eloklah dia dapat Adik ,tambah - tambah situasi Anggerik sekarang dengan Adam.. Nasiblah engkau Mukhriz, Adam Cinta lama Anggerik. Pandai- pandailah engkau susun rencana.” Jun melayan perasaannya sendiri berfikir..dia telah dapat sesuatu..

"Anggerik engkau Kalau dalam pantang engkau tinggal dengan aku macam dulu yer, aku jaga engkau lagi?" Aku belum puas hidup dengan engkau.” Jun merengek - rengek manja meminta simpati Dan perkara itu dipersetujui oleh Anggerik..

Anggerik ketawa lucu dengan jenaka Jun, kejap membantah sekejap lagi dia menyokong.. Itu belum lagi perangai Jun yang terkejar- kejar kehulu, kehilir spray pembunuh nyamuk dulu , semata- mata risau kan Adham Dan Anggerik digigit nyamuk..Hal itu masih jelas dalam Fikiran Anggerik, Setiap detik hidupnya bersama dengan Jun..

" Jun serius lah sikit apa Anggerik nak cakap ini. Jangan lah sokong Mukhriz, Anggerik nanti tak ada geng , Adam kan nak pergi dari sini..!" Anggerik pula merajuk dengan reaksi Sahabatnya..

" Iye lah, Tapi tak sangka pula Mukhriz itu licik sampai macam itu. Nampaknya gen Mukhriz itu banyak pada Mikha Anggerik. Sebab itulah anak aku tu, pintar.. Tak sabar lah Anggerik!" Jun Semakin Teruja..

" Apa yang engkau tak sabar Jun, lain macam jer aku tengok engkau ni..!" Apa yang engkau gembira sangat ini.. Jangan ! Jangan..." Mata Anggerik disisipkan melihat reaksi Dan helah Jun sahabatnya.. " Malik Pinang engkau ker?" Anggerik cuba menembak tepat pada soalan..

" Choi..!" Jun cuba menidakkan.. Tapi dia akhirnya tersenyum dan menganggukan  kepala mengiyakan jawapan Anggerik..

" Serius?bila dia Lamar engkau Jun.. Akhirnya engkau tak jadi andartu Jun.." sengaja Anggerik menyakat melihat reaksi Jun..Perkara itu Di cakap lantang oleh Anggerik..

" Anggerik!" Tangan Jun Cepat sahaja menutup mulut Anggerik dengan tangannya.. Baru sebentar tadi Anggerik telah mengistiharkan perkara itu pada semua pelanggan yang hadir direstoran itu.

" Anggerik kenapa engkau tak buat Pengumuman tu dekat stage jer, yang andartu kawan engkau ini nak kahwin. Engkau nak satu dunia tahu!" Jun malu melihat orang - orang yang memandang kearahnya Dan dia masih tidak berpuas hati dengan reaksi Anggerik yang bersuara lantang tadi..

Tapi dilihat Anggerik sedang mengekek- gekek ketawa dengan reaksi cuak Jun..

"Eeeeee! Perempuan ini!" Jun merajuk dengan tingkah Anggerik yang mempermainkan dirinya sebentar tadi..

" Jun, engkau baru masuk 24, Andartu apa engkau ini. Dah Tak payah lah nak merajuk sangat, aku saje je nak main- mainkan engkau. Tak sangka Jun wajah cemberut engkau tu sama dengan wajah...." Ayaat Anggerik tidak dihabiskan, dia takut Jun tersinggung..

" Sama dengan siapa?" Mood Jun kembali baik, dia tidak boleh lama bergaduh dengan Anggerik.Dia faham Anggerik, hati Dan dalaman gadis itu tulus Dan baik.

" Lupakanlah Jun? Bila engkau dengan Malik nak kahwin?" Anggerik bertanya untuk dia buat persiapan yang sepatutnya untuk Majlis kawannya, dia pastikan segala hiasan dalaman Dan luaran Majlis  itu akan didekorasi oleh dirinya sendiri,khas untuk Jun sahabatnya.. Dia akan pastikan Majlis sahabat baiknya Mewah Dan Meriah dengan sentuhan tangannya..

" Hmmmm, Dua bulan lagi. Itu tempoh yang Malik bagi. Dia tak nak kami bertangguh lama.. Sebab?" Anak mata Anggerik dipandang Jun tidak Berkelip untuk dia maklumkan Tentang perkara itu pada Anggerik. Berharap Anggerik tidak akan terkejut dengan apa yang akan disampaikan nanti..

" Sebab apa Jun?" Anggerik masih menunggu reaksi sahabatnya berkenaan Tentang hal yang seakan payah untuk Jun jelaskan padanya..

" Anggerik, Jun akan pindah ikut Malik. Kami akan berpindah ke Jepun. Malik nak Jun ikut dia kesana.."

"Bila? Anggerik Terasa lelah dengan perkabaran itu, dia telah Kehilangan Cinta lamanya nanti, kini dia akan Kehilangan Sahabat. .. " Berapa lama?" Wajah dan suara Anggerik berubah mendengar berita itu yang disampaikan oleh Jun...

" Jun tak pasti Anggerik semua bergantung pada kerja Malik." Wajah Jun menunduk, dia juga tidak merelakan perpisahan itu dengan Anggerik, lebih - lebih lagi perpisahan dirinya dengan anaknya Mikha..

*****

“ Lagi seminggu Jun nak Kahwin, Saya nak Awak benar kan saya tinggal di rumah keluarga dia untuk uruskan pasal Majlis Jun.” Anggerik Tersenyum kearah Mukhriz yang masih sibuk dengan komputer ribanya..

“ Berapa lama?” Mukhriz melihat reaksi Anggerik yang memandang kearahnya sambil tersenyum..

“ 2 Minggu sebelum perkahwinan itu. “ Anggerik sebolehnya tidak mahu gugup dihadapan Mukhriz, dia takut Mukhriz mengesyaki sesuatu..

“ Hmmmm, aku bagi pelepasan seminggu Anggerik, memandangkan Jun tu dulu pernah jaga engkau Dan Adham. Aku takkan berkira. Lepas tempoh itu, aku nak engkau kembali kesini dengan Adham. Jangan buat bukan - bukan Anggerik, sepanjang majlis itu.

“ Awak tak ikut saya Mukhriz, saya dengan Adham.?” Anggerik menunggu jawapan dari Mukhriz dia tidak sabar dengan jawapan yang akan diberikan lelaki itu. Itu adalah penentuan semua plannya dengan Jun untuk berjaya..

“ Aku ada projek yang hendak disiapkan Anggerik, lagipun aku akan berada dipahang..Tapi Majlis perkahwinan Jun, sahabat engkau Anggerik aku akan hadir bersama. Engkau jaga Adham sepanjang ketiadaan aku. Lepas seminggu aku akan cari kamu berdua.” Mukhriz menyatakan perancangan jadual kerjanya yang padat Dan kebenaran untuk Anggerik menemani majlis perkahwinan sahabatnya..

Anggerik bernafas dengan lega. Melepaskan segala lelahnya dengan penerangan dari Mukhriz.. tanpa disangka Anggerik, Mukhriz positif dengan Jun, tanpa banyak bicara terus membenarkan Anggerik tinggal seminggu disana..

( Seminggu sebelum Majlis Perkahwinan Jun berlangsung)

“ Anggerik dengan Adham pergi dulu Opah Dan Datuk, Anggerik akan kesini selepas seminggu. “ Kedua- dua orang yang disayangi Anggerik itu disalam Dan diikuti oleh Adham..

“ Kamu dengan Mukhriz sekali dalam majlis itu?” Datuknya bertanya kepada Anggerik.

“ Ikut perancangan Mukhriz, macam itulah Datuk, Tapi tak tahulah Kalau Mukhriz ubah Plan. Mukhriz tak ada pula beritahu Anggerik!” Anggerik cuba beriak biasa. Dia berharap hari pernikahan Junaidah Mukhriz belum kembali dirumah itu. Plan Mukhriz yang diterangkan sebelum ini..Dia hanya berjumpa Anggerik Dan Adham sewaktu majlis persandingan. Hari keesokan pernikahan.
Peluang untuk Anggerik berjumpa Adam cerah.

( Malam pernikahan Junaidah )

“ Anggerik macam mana malam ini? Jadi ker Engkau nak jumpa dia?” Jun mengelabah sambil tangannya pantas melihat wajahnya di cermin yang sedang dimake upkan oleh Mak Andam.

“ Jadi ! aku pergi sekejap lagi. Nanti engkau Tolong tengok kan Mikha Jun, aku pergi tak lama, lagipun aku dah tahu dihotel Mana Adam menginap. Aku harap aku boleh jumpa dia sebelum dia berangkat. Dia pun dah setuju.. Anggerik melepas kan keluhan bila maklumat tempat tinggal sementara Adam berjaya diperolehi..

“ Engkau hati - hati dekat sana Anggerik, hotel ..! Engkau pun tahu tempat itu macam mana..jangan sampai kantoi dengan Mukhriz, Tapi tak sangka dia benarkan juga engkau kesini, teman aku. Tak adalah teruk sangat suami engkau tu.” Dalam diam Jun mula memuji suami Anggerik yang sebelum ini dia kutuk sesuka hati..

“ Aku pergi dulu Jun Adham aku tinggalkan pada pada Adik bongsu engkau untuk jaga dia.. Engkau Tolong tengok- tengok kan dia ye sebelum ketiadaan aku Dekat sini. Selesai urusan aku. Aku Segera pulang Jun.”
Anggerik Nekad, walaupun dalam hatinya berat Tapi dia harus berjumpa Adam buat kali terakhir...
Hotel XXX ..

Anggerik melangkah masuk ke dalam hotel itu. Dia mendapatkan pekerja kaunter di hotel itu.

“ Saya nak semak No bilik untuk pelanggan atas nama Adam Thomas.. “ Senyuman dilemparkanAnggerik untuk mendapatkan bantuan tentang No Bilik Adam..tidak pasti Tentang perkara itu, Tapi dia masih mencuba.

“ Maaf Miss , Ada perlukan sebarang pesanan untuk Tuan Adam. Tapi dalam operasi Hotel kami, kami tidak benarkan pelanggan mendapatkan maklumat tentang pelanggan . Pekerja itu turut Tersenyum menerangkan apa yang terjadi.

“ Maaf Kalau saya menganggu, Tuan Adam yang Awak maksudkan tiada dibiliknya?" Anggerik mencuba bertanya kepada Pekerja wanita yang kelihatan peramah..

“ Dari rekod kami, Tuan Adam belum pulang. Tapi Kalau Puan sanggup menunggu, Cafe Hotel kami ada dibuka Di bahagian belakang Hotel ini..

“ Dia belum pulang?” Arghhhh, Anggerik mengigit bibir tidak pasti.. Betul ker tindakannya datang malam ini kesitu. Satu lagi yang dirasakan tidak wajar keterujaan Anggerik berjumpa Adam, dia seakan tak sabar ingin melihat mata Hazel lelaki itu yang sama dengannya..

Anggerik melangkah kearah belakang Hotel untuk meninjau lokasi Cafe yang baru dinyatakan oleh pekerja kaunter Hotel itu tadi..

“ Tak Mungkin......” sepasang mata melihat kearah Anggerik yang sedang berjalan Dan duduk di dalam Cafe pihak hotel..

“ Engkau kenapa Mawar?” Alex melihat kearah Mawar yeng sedang terpegun melihat seseorang..Matanya juga berhenti pada suatu susuk tubuh tang telah menunduk kan wajahnya melihat kearah Jam Atau telefonnya..

Mata Alex direnung tajam melihat kearah Mawar. Siapa itu Mawar, ?
Menunggu reaksi dari gadis itu..

“ Aku ada Plan Alex ..Dan Plan ini libatkan perempuan yang sedang duduk dihujung sana..

“ Apa perancangan engkau Nawar..beritahu aku, wajah Mawar dilihat Alex telah berubah menjadi geram..” dia?” Musuh aku Alex Dan aku nak engkau bantu aku..

“ Aku ada muslihat sedang menanti engkau Anggerik Dan Engkau Takkan tersedar dengan apa yang akan jadi.”

****

“ Angkat dia,” suara perempuan yang jauh sayu terngiang - ngiang ditelinganya. Suara itu seakan dia kenal namun dia tak pasti, pandangan matanya Kabur hingga dia lemah untuk berdiri disebabkan kepalanya masih berpinar..

“ Nak bawa aku pergi mana..!” Jalan Anggerik terhuyung hayang, sekejap ke kiri Dan ke kanan..Dia ketawa dan bersedih dalam masa yang sama..

“ Syurga,” Suara perempuan digantikan dengan suara lelaki lain dalam tubuhnya Dialah dalam pelukan Suara garau sebentar tadi..

“ Aku tak nak Syurga, pergi Syurga ! Anggerik ..aku nak jumpa Adam.. Bawa aku jumpa Adam.. Anggerik tidak mahu mengalah, dia separuh berjalan menyusuri dinding Di hotel ini..

“ Semua , suara lelaki garau kembali menjelma..

“ Apa dimaksudkan dengan semua.. Arghhhhnh jangan jadi begini, Kes apa Otak aku berpusing.. Jalan semakin Terasa sukar untuk Anggerik melangkah.. perlahan - lahan dia menyusuri dinding hinggalah dia telah tiba dibahagian lift..

Butang - butang semua habis ditekan namun pening dikepalanya masih tidak kurang.. Dia masih mundar - mandir memerhati segala yang Terdapat Di situ.”

“ Aku cari Adam, aku nak jumpa dia· Hoiii korang dengar tak. “ Anggerik tepekik terlolong mahu dapat kan bantuan sesiapa yang mengenali lelaki itu. Dia tahu dalam sedar, dia seakan bercakap sendiri..

“ Mari ikut aku, Adam akan aku bawakan pada engkau.. Bukan satu Tapi aku akan berikan kepada engkau 10 Adam macam mana?.” Sinis suara garau itu berjanji sendirian dengan Anggerik..

“ Adam belum pergi dari sini, ?” mata Hazel Anggerik memandang lelaki dihadapannya. Dalam sedar dia pasti itu bukan Adam, Tapi lelaki itu tahu mana Adam, Dan akan membantunya. Itupun sudah Cukup buat Anggerik..

“ Belum dia belum lagi pergi dari sini, Dia hanya menunggu kamu untuk hadir disisinya, Mari aku bawakan kamu berjumpa Adam, bukan disini Tapi...Mari ikut aku..!” Suara garaunya semakin rancak perbualannya dengan Anggerik, dia masih memujuk Anggerik agar tidak terpaksa..

“ Bagaimana Kalau kamu itu seorang penipu, tiada Adam bersama kamu.Kamu tipu aku wahai orang tua.” Wajah Anggerik telah merona merah dengan Mata Hazelnya masih menatap lelaki dihadapannya..

“ Aku bukan penipu, buat apa aku menipu dirimu.. Aku sedang bekerja Dan engkau menganggu. Aku cuma membantu kamu mendapatkan Adam. Mari aku bawakan kamu, pipi kamu semakin merah dengan galak. Kamu akan butuhkan Adam sekejap lagi, Mari.. ?” Tangan Anggerik dibawa kedalam lift Dan butang 38 ditekan untuk lift itu Segera menapak ke tingkat yang telah ditekan..

Seseorang dalam lift hanya memerhati gadis yang telah pipinya semerah saga. Anak matanya yang Hazel memandang kearahnya.. “ Adam, kamu kenal Adam, aku ingin berjumpa dengan dirinya kerana hari ini hari terakhir kami akan bertemu.” Ucapan Anggerik bersama tawanya..
Anggerik masih terhuyung - hayang didalam lift, bersama seorang lelaki yang sedang mengawasinya Dan dengan dua lelaki yang lain..

“ Kenapa dengan dia?” Lelaki asing dalam lift itu bertanya melihat perwatakan asing gadis yang mula memerah saga dipipinya.. Lebih membuatkan dirinya lelah bila melihat gadis itu tersenyum dan terhuyung - hayang sendiri, tidak boleh dikawal..

“ Bukan urusan kamu, jangan ambil peduli .” Kasar sahaja suara kasar lelaki memberikan arahan kepada lelaki yang kini telah memandangnya tepat.

“ Aku tidak suka campur hal lain, Tapi aku lihat wanita ini sedang Dalam kesulitan. Siapa diantara kamu yang bernama Adam?” Semua mata yang ada didalam lift itu semakin tidak keruan memandang kerah lelaki asing dengan wajah yang tajam..

Tiada diantara kamu yang bernama Adam? Dia masih mencuba mendapatkan jawapan..

“Apakah kamu buta wahai Adam.” Anggerik melihat Jelas mata lelaki dihadapanya. Tubuhnya semakin sukar untuk dikawal untuk berinteraksi dengan fikirannya.. Dia cuba mengawal dalam separuh sedar Tapi dia masih tewas..

“ Apa Maksud kamu Dan kenapa kamu jadi begini?” Mata Hazel milik lelaki itu tidak sesaat pun tidak memandang mata Milik Hazel Anggerik..

“ Kamu Adam..Dan aku kesini untuk aku ucapkan ucapan terakhir untuk kita. Anggerik berwajah serius.. Dia mendapatkan kekuatan untuk hal itu...

Bukan aku tidak mencintaimu Adam, tapi jodoh kita berbeza.. Hati aku untuk kamu selama ini Tapi Setelah takdir kita.. Hati itu akan aku bukakan untuk Mukhriz dia yang paling layak untuk ini.. aku mahukan engkau bahagia Adam, bukan dengan aku Tapi cari penggganti yang boleh bahagia kan dirimu. Itu doaku untuk kamu Adam..” Air mata dari Mata Hazel itu berlinangan. Entah kenapa Anggerik berjaya untuk luahkan apa yang tersimpan dalam hatinya pada wajah lelaki yang semirip Adam dihadapannya..

Ting..! Tingkat 38...

“ Kenapa kamu berbicara pada lelaki asing, sedang kan kami akan membawa kamu kepada Adam.” Suara lelaki garau memarahi Anggerik..

“ Lelaki ini Adam sebenar aku, lihatlah matanya yang menghijau sama dengan aku. Anggerik merepek Dan ketawa .”

“ Mari keluar, suara garau sekali lagi memaksa Tangan Anggerik untuk mengikuti dirinya. Dua orang yang lain menjalankan tugas mereka mengawasi dan seorang lagi membuka pintu bilik..
Ketiga - tiga mata mereka hanya memerhati susuk tubuh lelaki asing yang juga mengikuti langkah mereka..

Wajahnya kelihatan tenang memandang sekeliling kawasan laluan Hotel..

Matanya tidak lepas memandang kearah wanita yang dipaksa untuk menurut tubuhnya kedalam bilik dalam keadaan tidak sedar.. Dia hanya memerhati Dan curiga tentang sesuatu..

Dia kembali kebiliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik itu.. Tersenyum sinis Dan sesutau diambil dari tangannya dilaci sambil tangannya membuat panggilan pada seseorang..

“ Dia disini!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience