10

Romance Completed 306520

***** Segalanya Mungkin****

" Anggerik Jun letakkan barang - barang Anggerik dalam kotak. Jun menyusun dan mengemaskan kesemua barangan Anggerik dan Adham. Hari itu merupakan hari terakhir Anggerik dan anaknya tinggal di situ. Tinggal bersama dengan dirinya.

Jun masih dalam keadaan runsing, keadaan itu semakin runsing di mata Anggerik. mulanya dia kelihatan tenang dengan perkhabaran Anggerik akan berpindah, perkhabaran yang telah dimaklumkan oleh Mukhriz dalam perselisihan faham semalam di awal perkenalan dirinya dengan lelaki itu. Bagaimanapun, perselisihan itu bertukar menjadi satu kerjasama dan perkongsian rahsia dengan Mukhriz tentang hidup Anggerik.

Semakin dekat dengan hari itu, jiwa Jun semakin tak tenang.Segala perbuatan dirinya menjadi tidak kena. Dia menghabiskan masa terluang dengan mengemas segala barangan Anggerik, tapi hatinya menolak perpindahan itu. Segala perbuatan Jun menjadi pemerhatian mata Anggerik.

" Jun, Engkau jangan macam ni, aku susah hati." Lembut Kedengaran Suara Anggerik memujuk, sambil Bahu Jun dipegang untuk menghadap mukanya.
Wajah temannya Anggerik pandang. Tapi Kedua- duanya terdiam. Masing - masing dapat merasakan perpisahan itu, lebih - lebih lagi Anggerik. Di situlah tempat bergantung hidupnya dulu.

Di situ adalah Rumah mereka berdua.

" Apa aku buat Anggerik? aku cuma Tolong engkau kemas semua barang ini.!" Jun larikan wajahnya, tak sanggup untuk dia memandang Anggerik. Bertahun mereka bersama, tidak disangka masa untuk mereka berpisah telah tiba juga akhirnya.

" Jangan paksa diri engkau macam ini Jun, aku akan susah hati, Kalau aku tengok engkau terus - terusan bersikap macam ini. Engkau kena faham aku Jun. Ini bukan kehendak hati aku, bukan Adham tapi Mukhriz. Hati aku sakit dan sebab itu aku makin benci Mukhriz, aku tahu apa yang engkau rasa. Aku pun sama. Tapi Tolong Jun jangan sakitkan diri engkau Demi aku."

Jun terdiam dengan luahan perasaan Anggerik yang jujur pada dirinya. Dia menjadi serba salah.

" Aku tak sangka perasaan aku akan jadi sampai macam ini Anggerik, Aku ingat aku kuat dengan perpisahan kita ini. Tapi aku sebenarnya lemah. Lemah bila engkau dengan Mikha pergi dari aku. Aku jadi tak kuat. Aku tak boleh halang engkau tapi Anggerik........" Jun sudah mengalirkan airmata, begitu juga Anggerik.

" Aku faham,engkau tak perlu jelaskan perkara tu." Anggerik memujuk.

"Jun aku bukan pergi selamanya dari hidup engkau, aku akan kembali Jun . Cuma bukan dalam masa terdekat ini.. Aku dengan Mikha, cuma duduk rumah asing dari engkau, Engkau Takkan sesekali kami Lupakan. Aku janji Jun.... engkau, selamanya Ibu Mikha. Mikha Takkan Lupakan engkau Jun. sahabat aku selamanya. Anggerik memujuk, berharap perasaan Jun akan kembali stabil.

" Aku nak engkau bahagia Anggerik, Itu sahaja Sebab yang jadikan aku kuat. Kuat untuk perpisahan kita ini." Keluhan Jun dilepaskan panjang.

" Aku ingat semua kata - kata engkau Jun,Dah aku tak mahu sedih - sedih lagi dengan engkau, nampak buruk,kalau Mikha lihat engkau macam ini, tentu dia ketawa tak henti - henti.

" Mikha ketawa dia comelkan Anggerik, sama macam engkau. Memori itu aku akan rindu sampai bila - bila. Jun masih layan dengan perasaannya.

" Anggerik tak nak Jun sedih, wajah Jun dipandang untuk kali terakhir, setiap lekuk sahabatnya dilihat teliti oleh Anggerik, disimpan dalam memori dirinya. Rasanya dia takkan berjumpa lagi sahabat seperti Jun. " Jun" Anggerik panggil Jun lembut,kepala sahabatnya telah terbaring di bahu Anggerik, melepaskan hibanya. " Hmmmm" jawapan dari Jun yang masih melayan perasaan. " Ingat perkara yang membahagiakan, gembira dalam hidup engkau, aku bagi terapi jiwa untuk engkau Jun. Anggerik sekadar membuang kebosanan pada diri Jun. " Aku tak dapat nak fikir Anggerik waktu ini, engkau je lah yang bagi contoh?". " Aku",betul Jun engkau tak menyesal? wajah Jun di pandang dengan senyuman. " Betul",Jun malas nak fikir tanpa disedari Anggerik dengan muslihat....

" Malik, cuba engkau fikirkan Malik, Anggerik senyum puas dapat kenakan Jun waktu ini,dia meneruskan ayat contohnya.. Gembira, saat indah dengan dia, dating dengan dia, makan dengan dia.. jalan - jalan dengan dia.."

" Anggerik Engkau jangan.... sudahlah, berhenti mengarut, telinga dah berbululah Anggerik, geli geleman aku .!"Jun kerut kening pandang Anggerik.

" Looor , Dah kenapa pula. Tadi suruh aku bantu engkaukan, pulihkan balik perasaan sedih engkau tu, terbawa- Bawa sangat. Macam dah tak boleh nak jumpa aku. Kedai bunga aku ada kan, Boleh jer engkau datang bila - bila, Pintu Kedai aku sentiasa terbuka untuk engkau Jun." Anggerik Janji pada sahabatnya.

" Bonus hujung tahun engkau tunaikan ke tak..?" Jun peluk manja tubuh Anggerik dengan reaksi mengada - ngada menuntut hadiahnya, seperti yang dijanjikan Anggerik dulu. Penat aku tolong Kedai engkau Anggerik,tubuh itu dipeluk lagi.

" Bonus engkau dengan Malik tu ker..? Hujung tahun kita Holiday.., set Jun, aku support semua. Dia hanya ingin memandang sekali lagi senyuman sahabatnya sebelum berpisah. Untuk Jun,Anggerik akan pastikan.

" Aku dah tak sedih Anggerik, aku tahu engkau akan bina keluarga dekat sana. Tapi hati aku sakit itu aku mengaku. Anggerik, engkau boleh cari aku dalam apa- apa situasi pun,aku akan sentiasa ada untuk engkau. Satu lagi pasal Mukhriz,jangan takut panggil aku belasah dia. Sebaris ayat itu dihabiskan.

" Engkau belasah dia.?Jap, engkau tahukan Jun Mukhriz macam mana? SADO. Aku ulang SADO. Setakat engkau ini, dia peril jari jerk." Anggerik tergelak dengan kenyataan Jun nak belasah Mukhriz. Dulu Bolehlah dia sokong Jun Sebab Jun tak kenal Mukhriz. Sekarang dia dah kenal. Peluang dan ruang dia nak belasah Mukhriz. ZERO..

" Puji Mukhriz nampak. Dah jatuh hati ler tu." Jun menperli Anggerik, tunggu tindak balas Anggerik.

" Hello Cik Junaidah Puji Dan Kenyataan jauh berbeza yer. Ini kenyataan.?" Anggerik jerling Jun, tak suka benda seperti itu diguraukan. Lemas dengan Mukhriz.

" Okay, Okay , Okay.. Maafkan saya Tuan Puteri Anggerik Desa,

"Jangan buat lagi." Anggerik tahan ketawa, dia dengan Jun mana boleh gaduh lama.

*******

"Huishhhhh, " Dada bidangnya diurut menaik.

" Engkau datang dekat sini Mukhriz? beberapa kali mata digosokkan dengan tangannya. Firhad pandang sekeliling, kemudian matanya terarah kepintu, takut - takut ada lagi tetamu yang mengekori belakang Mukhriz. Kosong..

" Engkau tengok apa ?" Mata Mukhriz terarah ke pintu, mencari sesuatu yang dilihat sepupunya.

" Apahal engkau ada dekat sini ? tak pernah- pernah sepanjang hidup engkau jejak Kaki bilik aku Mukhriz. Engkau sihat ker tak ni?" "Pelik Betul Mukhriz hari ini,"Selalu aku yang datang terhegeh- Hegeh pergi bilik dia, Tapi lain pula kali ini.

" Tak payahlah nak buat muka macam itu,menyampahlah Firhad. Tak pasal - pasal buku lima ini naik muka engkau Firhad. Mukhriz bagi amaran kasar.

"Engkau tu yang pelik Mukhriz, ada hal penting ker ? Firasat Firhad selalunya tepat.

" Apa? Tak boleh ke aku yang datang Dekat sini, tak boleh lawat sepupu aku. Aku bos, bila - bila masa aku boleh datang." Mukhriz main helah sebelum difikirkan cara hendak berterus terang dengan Firhad.

" Bukan tak boleh, Tapi cara engkau ini macam pelik sikit aku tengok hari ini. Engkau cuti, Tapi tiba - tiba muncul Dekat sini, dah kenapa..? Dah cuti berehat lah dekat rumah. Datuk macam mana Kesihatan dia.? Aku baru cadang balik petang ini nak lawat dia.?"Risau Firhad bila dikhabarkan tentang kesihatan Datuknya yang tiba - tiba jatuh sakit. Punca masih dia belum ketahui Sebab dia belum melawat lagi Datuknya Di hospital. Dia tak tahu cerita lanjut Tentang hal itu.

" Datuk dah beransur sihat, aku dengan Opah baru lawat Dia. Aku tinggalkan Opah dekat sana, Jagakan Datuk. " Kedua - duanya terdiam.

pandangan mata saling berpandangan dengan satu sama lain...

" Itu jer ker cerita engkau nak beritahu aku?"Datang sini semata - mata pasal perkara itu. Firhad Senyum pendek. " Aku kenal engkau Mukhriz, Tentu ada sesuatu yang ganggu engkaukan . Mesti Engkau nak tanya pendapat aku yang bernas ini. Kenapa dengan Engkau? Firhad terus ke tajuk sebenar perbincangan Dan tujuan lelaki itu datang kepadanya.

Pen diletakkan Firhad ke tepi. Segala fail dihadapannya ditolak ke tepi bagi ada ruang Mukhriz Dan dirinya berinteraksi." Ceritalah?"

" Aku jumpa anak aku.?" Dia ada sekarang ini dekat hospital dengan Datuk." Mukhriz memulakan ceritanya Dan Firhad memerhati Dan menjadi pendengar setia lelaki itu. Tenang dan bersahaja suara mukhriz dalam pendengaran telinga Firhad.

" Engkau Mukhriz ada anak ?" terkejut dan selepas itu Firhad hanya terdiam, memikir. " Aku rasa aku tak terkejut kot pasal hal itu. aku kenal engkau Mukhriz, engkau sepupu aku kan. Tapi pasal budak itu. Siapa Mak dia, dengan masa melayan itu, engkau tak pakai pelindung?" Firhad tercengang dengan Mukhriz.

" Pelindung! Firhad engkau ingat aku apa?" Mukhriz tayang muka geram pada Firhad, jantan ini memang nak kena. Engkau ingat anak aku tu anak haram ker Firhad, aku cuma sekali jer buat benda itu, aku dah pernah cerita dekat engkau kan sebelum ini.!" Mukhriz tahan geram dengan Firhad Sebab tak ingat kembali sesuatu yang pernah dia ceritakan dulu tentang diri dia Dan Angerik.

" Malam yang mana satu ni ? Ada ker engkau cerita dekat aku. Engkau cerita dekat orang lain kot!" Firhad tetap tolak cerita Mukhriz, Sebab dia memang tak ingat apa - apa pasal benda itu. Sah Mukhriz salah orang. Itu fikiran Firhad.

" Maksud Aku, Anggerik." Mukhriz dah tak tahan dengan wajah Blur Firhad yang macam berfikir nak mengingatkan 10 ribu perkara penting dalam hidupnya. Padahal pasal perkahwinan dia yang 1 jer pun. Payah Firhad dengan fikiran melayang dia.

" Anggerik, bini engkau tu." telah lama nama itu tidak meniti Di bibir dia dengan Mukhriz. Nama itu pernah sekali sahaja mereka bincangkan. Manalah otak dia nak ingat.!

" Isteri yang engkau tinggalkan 3 tahun dulu tu. Itu yang engkau maksudkan sekarang ini Mukhriz.? Bila engkau ada anak dengan dia? Perkara itu mengejutkan sungguh bagi Firhad. Anggerik wanita yang selama Ini Mukhriz Lupakan. Macam mana boleh ada anak dengan Mukhriz.

Firhad masih tak puas hati....

" Engkau ada jumpa Anggerik lagi ker lepas korang kahwin Hari itu? tak pernah pula engkau cerita sebelum Ini Mukhriz.?" Wajah perempuan bermata Hazel yang dijumpai Di Lift hari itu terbayang. Kalau Betul tekaan aku Betullah perempuan tu Anggerik."

" Aku tak pernah tidur mana - mana perempuan lainlah selain Anggerik?" Mukhriz menyatakan perkara Sebenar tentang hal itu.

" Engkau nak buat aku terkejut ker Dekat sini.? Pasal anak engkau tu, Mana dia sekarang.? Macam manalah engkau jadi suami, tak perasan Anggerik tu mengandung? Tak bertanggungjawab Betullah engkau Mukhriz." Firhad mengeluh Tanpa mendengar perkara sebenar dari Mukhriz.

" Dengar Firhad sini, Aku Sekali jer sentuh dia, itupun sebab .... Mukhriz mahu lupakan malam itu. Aku Tak sangka dia mengandung sebab hal itu. Anak aku Adham dah Tiga tahun sekarang ini ." Mukhriz menerangkan segalanya.

" Adham, bukan nama budak tu yang Datuk Bawa Hari itu ker, dekat pejabat. Budak yang Opah dengan Datuk jaga Sebab engkau kata, keluarga dia pergi luar negara. Adham yang itu anak engkau dengan Anggerik.? Adaanggukan dari kepala Mukhriz.
" Fuyooo Mukhriz, Firhad tergamam, engkau baru tahu ker pasal hal ini? Macam mana rahsia ini boleh terbongkar yang Adham tu anak engkau?" Firhad makin teruja dengan kebenaran itu. Tak sangka dalam Tiga tahun ini, Mukhriz dah anak.

" Aku derma darah anak aku semalam,sebab kemalangan." Mukriz ceritakan perkara sebenar bagaimana perkara itu terbongkar, dan Firhad mendengar dengan teliti.

"Maknnya sebelum ini engkau tak kenal Anggerik?? lagilah Firhad tak faham,tak masuk di akal langsung Mukhriz ini. Dia main belasah jer.

" Anggerik yang aku Nikah hari tu bukan perempuan yang sama jumpa aku malam itu. Bukan dia ! Engkau faham maksud aku?"

" Memanglah, Perempuan yang engkau kata batalkan perkahwinan tu bukan Anggerik, bukan aku dah bagi amaran pada engkau sebelum ini.?" Firhad mengingati perbualan dirinya Dan Mukhriz, dia pasti dari ceritanya Dan cerita Mukhriz, Anggerik tiada waktu itu disana . Mukhriz jumpa orang lain."

" Apa Maksud engkau Firhad, yang aku jumpa perempuan lain. Kenapa engkau tak beritahu aku waktu tu." Mukhriz telah menunjukkan wajah menyinganya kepada Firhad. Kenapa Firhad pun sama tak terus terang pada dia.

" Engkau dah lupa ker macam mana engkau Degil dulu Mukhriz, waktu kahwin dengan Anggerik. Engkau memang tak makan nasihat. Aku dah bagi amaran waktu engkau cerita tu. ingat lagi waktu engkau tinggalkan Anggerik,engkau cari aku. Aku suruh engkau siasat dulu hal itu. Engkau yang Degil."suara Firhad juga turut dikuatkan.

" Apa Maksud engkau Firhad, terangkan aku pasal benda itu." Mukhriz Semakin tak sabar Ingin mengetahui Tentang perkara itu. Perempuan yang dia jumpa malam itu dia dah tahu siapa. Cerita yang dia dapat dari seseorang. Tapi dia mahukan keseluruhan cerita pasal perkara salah faham dirinya terhadap Anggerik.

" Engkau ingat lagi, seminggu sebelum Engkau nak kahwin, Datuk hantar aku ke Perak untuk projek kita dekat sana. Sepatutnya engkau yang pergi site tu, Tapi memandangkan Engkau nak kahwin dalam minggu tu. aku yang Datuk ganti kesana."

Mukhriz kembali mengingati tentang hal itu Dan cerita Firhad tentang itu adalah benar. " Aku ingat lagi pasal projek Perak tu. engkau yang ganti kan aku. Tapi apa kena mengena dengan perkahwinan aku dengan projek tu?" Mukhriz pelik dengan cerita Firhad. Tak logik di akal.

" Dengar lah penuh dulu cerita ini, engkau ini macam tak menyempat lah. Aku jumpa Anggerik dekat Perak waktu tu. Tiga hari sebelum engkau dengan Anggerik bernikah. Aku kenal Anggerik Sebab Kedai Bunga Ibu dia yang asal Dekat sana.!" Firhad masih terbayang wajah Anggerik waktu tu, mempersona dengan Mata Hazel miliknya.

" Engkau buat apa dekat kedai bunga tu?" Mukhriz semakin pelik dengan perangai Firhad yang boleh pergi ke Kedai bunga dan jumpa Anggerik.

" Kebetulan waktu tu aku Belikan jambangan bunga untuk Indah. Aku dulu dengan Indah bercinta. Projek tu aku uruskan dengan Indah, Setiausaha engkau tu. Engkau ingat lagi?" Firhad berterus terang walaupun rahsia itu telah lama dan Mukhriz tak tahu hubungan dirinya dengan Indah.

Mukriz terkejut dengan kebenaran Firhad dengan Indah. betul ker Indah pekerja dia.

" Indah, Setiausaha aku.? Dah tak ada orang lain ker Engkau nak mengorat Firhad. Jenuhlah kali ini aku kena cari Setiausaha baru. Melampaulah engkau ini." Mukhriz masih tak puas hati dengan cerita Firhad bercinta dengan Indah." Tapi dia lega dapat tahu tentang perkara sebenar Tentang Anggerik yang memang bukan perempuan yang menipunya malam itu."

" Aku dengan Indah sekarang dah tak ada apa - apa lah. Dulu aku rasa aku Cintakan dia, Tapi aku silap. Mainan perasaan aku jer!" Firhad berterus terang.

" Tak ada orang lain ker Firhad, dia tu Setiausaha aku engkau tahu tak.!" Ayat itu Mukhriz ulang tayang.

" Okaylah aku ada juga bercinta Mukhriz, engkau kahwin pun Datuk yang pilih. Lepas itu dapat Isteri engkau tinggalkan. Ada anak lagi. Kejam betullah engkau ini." Firhad sengaja menambah Panas dalam hati Mukhriz.

" Bab anak aku tu, aku tak tahu okay. Diorang rahsiakan dari aku. Kalau Anggerik tu cari aku beritahu yang dia mengandung, masalah aku rasa tak serumit ini. Lagipun perempuan yang aku jumpa, batalkan perkahwinan aku itu bukan Anggerik. Orang lain! Perkara itu yang aku Confius."

" Habis itu sekarang macam mana? Anggerik terima engkau semula ker, Tiga tahun tu Mukhriz, boleh ker dia terima." Firhad mengeluh dengan nasib Anggerik dapat Suami macam Mukhriz.

" Engkau ingat aku nak biar anak aku Adham dengan dia. Habis itu selama ini dia tipu pasal Adham dari aku, ambil masa Tiga tahun anak aku dari aku, dia tak perlu bayar. Engkau nak aku Lepaskan Anggerik. Tak semudah itu Firhad. Aku tunggu masa yang sesuai . Aku dah suruh Anggerik pindah masuk rumah aku.

" Pindah masuk rumah engkau, maknanya nanti engkau dengan Anggerik duduk sekali. Macam mana engkau paksa dia Mukhriz. Firhad tercengang, mudahnya Anggerik maafkan Mukhriz. Takkan Anggerik tak marah dengan apa yang jadi dulu.

" Belajar dengan aku Bab perkahwinan ini. Pandailah aku nak handle. Anggerik, aku tahu kelemahan dia dekat mana?" Mukhriz Senyum sinis mengingati segaris wajah di fikirannya. Egonya didepan Firhad tiba - tiba sahaja meninggi.

" Apa kelemahan Anggerik?" Firhad Semakin ingin tahu.

" Anak aku".

*****
Hari perpindahan Anggerik ke rumah Opah Dan Datuk.

Adham telah dibenarkan keluar dari Wad Setelah seminggu ditempatkan di hospital. Manakala malang bagi Anggerik, bila Datuk masih ditahan untuk Pengawasan penyakitnya.

Adham yang dibenarkan pulang menandakan telah tiba hari perpindahan Anggerik Dan Adham ke rumah Keluarga Mukhriz.

" Aku dengan Adham pergi dulu Jun. Nanti aku kembali."

" Aku doakan kebahagian engkau Anggerik dengan Mikha. Jaga Mikha untuk aku." Jun Senyum dengan tenang, hatinya telah menerima hakikat begitu juga hati Anggerik.

Bagasi diangkat Dan dibawa oleh pembantu rumah. Anggerik dengan Adham hanya menunggu Di ruang tamu. Kekok sejak keduanya menjejakkan Kaki disitu.

Kedatangan mereka berdua disambut dengan Opah dan pembantu rumah, kecuali Mukhriz. Anggerik tak nampak kelibat Mukhriz disitu, padahal pindah ini idea lelaki itu. Anggerik menyampah.

"Anggerik kenapa tercegat lagi. Selamat datang ke rumah Opah, Adham juga sayang! jari - jari Opah mengosok bahu cicitnya. " Tak sangka kita duduk sekali mulai hari ini. Opah gembira Kehadiran Anggerik dengan Adham." Ucapan Ikhlas Opah untuk cucu menantu dan cicitnya, Tapi masih dapat dilihat di mata tuanya, kegelisahan Di wajah Anggerik waktu mula- mula sampai dirumah itu.

"Mungkin Anggerik tak selesa, hati tuanya memahami."

Mukhriz menuruni tangga, sebentar tadi dia telah dimaklumkan oleh pembantu rumah tentang ketibaan Adham Dan Anggerik. Dia telah memberikan extra waktu 7 hari untuk Anggerik berpindah dari rumah Jun. Hari ini dia Takkan lagi memberikan hari extra untuk Anggerik dan Adham menunda perpindahan mereka masuk ke rumah keluarganya. Dia telah gila rindukan Adham anaknya, Dan diperlukan Adham Setiap saat begitu juga dengan Anggerik. Dia gila kan mata Hazel Anggerik.

Mata Hazel dapat dilihat Mukhriz memandang tajam kearahnya dari dia mula muncul Dan sewaktu dia menuruni tangga. Dia dapat rasa Dan lihat kemarahan wanita itu. Dia hanya biarkan sahaja, kerana sekejap lagi dia tahu kemarahan Anggerik akan berganda...Mata Hazel masih melihat setiap pergerakan langkahnya,yang membuatkan hati lelakinya tersenyum. "Anggerik luar biasa"

" Adham", Mukhriz mendapatkan anak lelakinya dahulu dalam pelukan,matanya memandang Anggerik yang hanya memandang kearah tingkat atas bilik itu.

" Uncle kenapa peluk Adham ketat sangat, Adham belum pulih. Tubuh kecilnya tidak selesa dengan pelukan yang sedikit ketat. Dia belum pulih sepenuhnya.

" Maaf, tapi Adham tak boleh panggil Uncle lagi lepas ini. Wajah anak kecil itu dilihat, memang Adham mirip wajahnya, hanya yang beza mata Adham ikut Anggerik. Hazel.

" Tak best lah macam tu, nanti Adham nak panggil apa ? Mommy nak pergi lagi, itu sebab Adham kembali dekat sini.

Telinga Anggerik mendengar setiap butiran bicara Adham. Anaknya salah Faham?

" Adham Mommy tak pergi mana - mana,Mommy dengan Adham akan tinggal dekat sini."

" Yeaaaay, Adham bertepuk riang, Mukhriz ketawa dengan reaksi Adham,wajah Anggerik masih dalam reaksi mencuka. Keriangan yang ditunjukkan Adham tak lama, tepukan tangannya terhenti. " Ibu macammana Mommy, Adham pun rindukan Ibu. Dia tak tinggal dengan kita ?"

Pang! soalan cepumas dari Adham anaknya. Anggerik pandang Mukhriz sambil tersenyum, kening dinaikkan memberi Mukhriz isyarat. " Idea awakkan Mukhriz, sekarang awak jawab dengan Adham."

" Mommy naik atas dulu Adham, Mommy nak kemas apa yang barang - barang kita tadi.  Pasal soalan Adham,mata Hazel Anggerik lihat kearah Mukhriz, nanti Adham dapat jawapan ! Bersama senyuman tidak lekang di bibirnya, Anggerik menghilang menaiki tangga, lebih lama dia memandang wajah mukhriz dan bersama lelaki itu, dia semakin menyampah. Daripada dia lebih banyak buat dosa kutuk Mukhriz dalam hati, lebih baik dia mengelak. Mereka berpindah disitu disebabkan Mukhriz mahukan Adham dekat dengan dirinya, bukan dia.

Opah telah lama menghilang ke dapur sebaik sahaja Mukhriz muncul dan tiba disitu, memberi ruang kepada keluarga mukhriz bersendiri. Suatu tindakan yang dirasakan Anggerik mengarut. Dia takkan sesekali dirinya dan Mukhriz bersendirian berdua. Perkara itu dia akan elakkan sepanjang dia tinggal disitu.

Satu persatu langkah Anggerik meniti tangga di rumah itu, dan tiba di tingkat teratas. Terdapat seorang pembantu wanita separuh umur yang tersenyum kearahnya dan Anggerik juga tersenyum membalas perbuatan perkenalannya tadi.

" Puan Anggerik kan, barang - barang saya dah letakkan dalam bilik puan dan Tuan Muda Adham,terang pembantu wanita itu tanpa menunggu Anggerik bertanya. Dia kembali murah dengan senyuman kepada Anggerik.

Anggerik tidak selesa dengan keadaan itu, tapi senyuman wanita itu dia balas.

" Anggerik, awak boleh panggil nama saya sahaja, tak perlu dengan gelaran, termasuk anak saya awak boleh panggil Adham ataupun Mikha, itu panggilan dia."  Geli tekak Anggerik dan telinganya bila diri dia dan Mikha dipanggil begitu. Dia tak biasa, rumah sebenar dia pun, pembantu - pembantu rumahnya  hanya dibenarkan memanggil namanya Anggerik, bukan Cik ataupun Puan. Itu yang diajar oleh Arwah Ibu Anggerik dulu. "Kehidupan manusia itu sama dalam kehidupan, tiada darjat dan pangkat."

Itu suasana rumahnya dulu sebelum Ibunya jatuh sakit, tapi selepas Ibunya meninggal dunia waktu tu Anggerik hanya berusia 5 tahun,  5 bulan selepas kematian Ibu Ayahnya berkahwin dengan seorang wanita bujang Dianara, Ibu tiri Anggerik sekarang. Segalanya dirumah itu berubah semenjak Ibu tirinya masuk ke rumah mereka. Peraturan selama ini tidak lagi digunakan. Ibu tirinya mementingkan gelaran dan Darjat. Ayahnya pula hanya menurut kerana sibuk dengan urusan perniagaan.  

Tapi itu semua tidak merubahkan pendirian Anggerik tentang perkara itu. Dia masih tetap dengan pendirian dirinya dan pesanan Arwah Ibunya, Itu yang dipegang. "Mawar", sebaris nama itu meniti dibibir Anggerik akhirnya.  Dua tahun berkahwin Ibu tiri dan ayahnya dikurniakan  dengan Mawar, segalanya tentang kehidupan di rumah itu berubah..  Memori Anggerik segera dihentikan dari terus berfikir tentang kehidupan dirinya dahulu, dia tidak mahu mengingati lagi sebaris nama itu. Dia takut hatinya akan terus membenci,  

" Mana bilik saya? saya perlukan rehat sekarang !" kepala Anggerik dirasakan pening tiba - tiba. Dia perlu tidur untuk seketika, Adham dengan Mukhriz, keselamatan anaknya tidak dirisaukan Anggerik.

"  Mari saya tunjukkan" Langkah kaki Anggerik mengikuti langkah pembantu rumah itu sehingga kakinya terhenti di sebuah bilik. "Sini biliknya Puan, pembantu itu membukakan pintu."

" Anggerik", sebaris senyuman dan bersama peringatan kepada pembantu.

Selepas pintu ditutupkan dandikunci, Anggerik terus sahaja mendapatkan katil dan tubuhnya dibaringkan ke tilam. Tudung dikepalanya dibuka, diletkkan disebelahnya. Mata perlahan - lahan ditutup bagi meringankan beban di fikirannya. Terlena dan dunianya yang tadi kian berwarna warni dengan kehidupan, kini dunianya telah bergelap.

Mukhriz cuba membuka pintu bilik yang telah dikunci dari dalam. 

Pap! Pap!Pap ! Buka Pintu ini !

Pap ! Pap! Pap ! masih mencuba. Wajahnya telah menyinga...Adham telah ditinggalkan kepada seorang pembantu danOpah, sebelum dia naik ke tingkat atas untuk dia bertemu seseorang untuk penjelasan.

" Ambilkan kunci Bilik ini" , arah Mukhriz kepada pembantu. Dia telah naik angin, beberapa kali ketukan di pintu telah dicuba. Tapi tiada tanda - tanda pintu itu akan dibuka dari dalam. Di tanggannya telah terdapat satu jambangan bunga. Jambangan  bunga yang telah digubah oleh seseorang, dan penjelasan seseorang itu  perlu untuk menerangkan segala.

" Pengubah bunga"

© 2019

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience