Bab 15( A2 )

Romance Completed 306520

Alex muncul di kedai Anggerik hari itu. Semua itu membuatkan Anggerik terkejut dengan kehadiran Lelaki itu kembali. Tapi yang lebih mengejutkan Anggerik kehadiran gadis kecil di sisi Alex.

Gadis berwajah Comel Dan mendamaikan hati Anggerik melihat kemesraan Alex dengan gadis itu.

" Hai Alex, tak nak kenal kan siapa si Comel ini. Dia sebab Awak datang kesini?" Anggerik cuba menduga namun tangan Anggerik Segera menghulurkan Salam kepada gadis kecil Alex Dan seterusnya gadis itu Anggerik peluk.

Anggerik semenjak mengandung semakin dipenuhi dengan kasih sayang. Dia mudah mesra dan akan memeluk sesiapa sahaja wanita yang diperkenalkan kepadanya. Dia cukup selesa dalam keadaan begitu.

" Ini Sabrina pasangan saya. Tapi bukan sebab dia saya kesini. Saya ada urusan nak dibincangkan dengan Awak Anggerik. Sesuatu yang penting."

" Bisnes! Wow! Anggerik dah keriangan  Bila mendapatkan bisnes dari Alex. Sekali lagi mereka berdua akan bekerjasama. Hal itu Terujakan Anggerik. Hinggakan dia tak sedar sikap dirinya yang mengalahkan kanak - kanak Ribena. Walaupun gadis Alex lebih muda dari Anggerik."

" Anggerik Awak Okay?" Alex dapat malihat perubahan diri Anggerik yang ketara.Belum pernah Anggerik seperti itu. Macam ada sesuatu yabg tak kena dengan kelakuan Anggerik bagi pandangan Alex.

" Maaf, saya okay !" Bersama mimik muka cemberut Anggerik .

Satu bunga Mawar sempat ditarik Anggerik dari Rak bunga Dan diserahkan kepada Sabrina.

" Untuk gadis secomel Awak Sabrina." Mata Anggerik memandang kearah Alex. Keterujaan Alex Dan pandangan mata Anggerik Alex balas.

Reaksi Alex Hanya Tersenyum. Anggerik sememangnya dipenuhi kejutan.

" Terima Kasih. Teruja Sabrina menerima pemberian dari Anggerik.

" Alex, Sabrina saya mengandung. Jadi Perangai Saya tak menentu. Tolong layankan sahaja Perangai saya ini.

Saya sendiri pun tak faham diri saya. Tapi percaya Sabrina, jika awak mengandung itu Suatu pengalaman yang tak dapat diungkap dengan perkataan." Anggerik mengenyitkan sebelah matanya kearah Sabrina.

Alex Dan Sabrina yang melihat reaksi spontan Anggerik ketawa .

" Again!" Anggerik mengeluh pada diri sendiri, sambil mengetap bibir.  Perwatakan anaknya kali ini sangat nakal, sampaikan Anggerik pun telah  terbawa - bawa watak kanak - kanak.

Mukhriz apa lagi penin dengan semua sikap Anggerik.

" Mari kesana Alex Dan Sabrina kita berbincang disitu.” Tangan Anggerik menunjukkan arah ke sebuah tempat yang sesuai untuk perbincangan.

Langkah Anggerik telah tiba di tempat rehat yang disediakan untuk para tetamu. Begitu juga langkah Sabrina Dan Alex. “ Kita akan rasa lebih selesa di sini. Nanti saya sediakan minuman untuk kita berborak lebih panjang.”

Anggerik meninggalkan pasangan kedua- duanya. Seha dipanggil Anggerik untuk menyediakan minuman Dan makanan ringan untuk mereka betiga.

" Seha Awak Tolong siapkan minuman untuk tetamu 3 orang. Nanti Awak hantarkan kesana. Ada hal bisnes Saya nak bincang.”

Pandangan Anggerik beralih ke arah Sarah pembantu kedua.
“Sarah Awak handle dulu pelanggan yang masuk. Habis perbincangan Seha boleh Tolong Awak nanti.”

“ Tiada masalah Puan Anggerik, benda itu kami akan uruskan!” Seha genyitkan mata kearah Anggerik.

Anggerik tersenyum dengan gelagat pembantunya. “ Nakal” Anggerik memberikan isyarat mulut.

"Tap! Fail Invois ditangan Anggerik diletakkan dikaunter untuk tindakan seterusnya.

" Saya pergi dulu!" Anggerik melangkah meninggalkan pembantunya.

***

" Maaf menunggu! Alex dekat mana sambungan perbincangan tadi, Anggerik datang bersama senyuman !"

" Pasal bisnes?” Alex telah duduk selesa dengan Sabrina.

“ Tiada yang lebih selesa Anggerik, perbincangan di tempat begini. Aman dan cantik suasana dalam Kedai bunga ini” Sabrina turut menganggukkan kepala setuju dengan pendapat Alex.

“ Awak terlebih memuji” Anggerik Senyum kembali.

“ Ada lain - lain permintaan lagi ?” Mata Anggerik melihat kearah Alex, sebelum mata Anggerik bertukar arah melihat Jelas kearah Perjanjian.


Satu persatu difahami Anggerik segala kepentingan Dan keperluan syarikat Anggerik untuk masa akan datang. Semua itu Dia mahu jelas dalam Perjanjian untuk Anggerik dalam perniagaan tidak ditipu oleh penganjur.

“ Keseluruhan dari Perjanjian ini macam tiada masalah.” Anggerik tersenyum kembali memandang kearah Alex.

“ Kita masing - masing cari makan dalam bisnes Anggerik buat apa Saya nak tipu.” Alex memeluk Sabrina dalam dakapan tubuhnya.

Anggerik yang melihat hanya Tersenyum bahagia.

“ Bila nak kahwin Alex? Jangan tunggu lama - lama.” Anggerik mengusik Alex.

“ Kami perlu lakukan sesuatu dulu Dan Rasanya benda itu tak lama.” Alex bermain berkias. Tapi yang Sebenarnya dia tak mahu Anggerik Syak apa- apa mengenai umur sebenar Sabrina. Jika rahsia itu terbongkar, habis lah masa depan Alex.

Tangan Sabrina digengam erat dalam tangannya.

****

" Awak sibuk ker tadi. Saya telefon Awak tak dengar? Mesej saya pun Awak tak balas. Awak buat apa Anggerik?" Mukhriz merenung tajam kearah isterinya yang Tengah memakai sesuatu Di muka.

Dah  macam hantu topeng bagi Mukhriz. Malam - malam Anggerik buang tabiat pakai topeng putih dimuka. Itu Mukhriz Jelas nampak di mata.

Tapi Mukhriz buat - buat sibuk dengan saham.

“ Kalaulah  Anggerik Senyap - Senyap pakai masa aku dah lena. Entah apa reaksi aku Kalau tiba - tiba terjaga Tengah malam lihat benda putih di tepi.” Mukhriz dapat bayangkan hal itu.

Kushhh semangat! Mahu aku lari Lintang pukang terkejut lihat wajah Anggerik.” Mukhriz mengurut dada mengingatkan jika hal itu berlaku.

" Apa Awak pakai tu Anggerik?" Mukhriz gelengkan kepala dengan kelakuan Anggerik.

" Mask muka?kenapa Cantik?" Angggerik julingkan mata. Tahu apa benda Mukhriz nak cakap pada dia. Kali ini Anggerik sukakan pada kecantikan.

Jika sebelum ini wajah Anggerik kosong, kecantikan asli. Kali ini lain. Tiap kali nak keluar, Anggerik peruntukan masa setengah jam untuk dia bermake - up diwajah.”

" Menakutkan!" Bersahaja jawapan Mukhriz.Mata Mukhriz tidak dihalakan pada Anggerik. Mata masih diteruskan melihat Stok Saham.

" Ini untuk orang perempuan, lelaki tak tahu!" Anggerik menjawab.

" Apa - apalah? Tapi pastikan Awak buka semua itu sebelum tidur dekat sini Anggerik. Kalau Awak nak saya Keras sebelah Awak ini. Awak pakailah topeng menakutkan tu.”

" Huisssh Mukhriz! Anggerik mengeluh. Langkah telah didekatkan kearah Mukhriz. "

Tadi Alex datang Kedai, Sebab itu soalan Awak tadi saya tak sempat angkat Panggilan dengan balas mesej Awak." Tangan Anggerik masih menekan topeng diwajahnya. Segala kata - kata Mukhriz tadi dia buat tak dengar.

" Alex? Lelaki yang dekat Show tu dulu? Lelaki Cina kening tebal?" Dia nak apa? Ingatan Mukhriz kembali kepada wajah lelaki itu. Dia kenal itu lelaki yang sama masukkan virus dulu pada Anggerik.

" Urusan apa lagi dia dengan bini aku? Haiyuhhhsssh Anggerik Lepas satu - Satu." Semua itu hanya diluahkan Mukhriz hanya dalam hati. Kalau dia luahkan malam ini. Mahu naik demand Anggerik.

“ Gay tak Gay, still nama lelaki, jadi masih ada nafsu.” Semua itu tak hilang dalam Fikiran Mukhriz. Zaman dah berubah. Bukan Dia kenal sangat Kisah silam Alex. Betul ker lelaki itu Gay. Mukhriz yang naik seram.

" Dia nak apa?" Sekali lagi Mukhriz bertanya: Masih tak puas hati bila Anggerik tak memberikan respon pada soalan Mukhriz.

“ Bisnes!” Pendek Anggerik jawab.

“ Lagi?” Mukhriz masih tak puas hati.

“ Kejap lagi boleh. Saya pakai Mask.” Jenuh Anggerik kembungkan wajah tak bagi Mask dia berkerut. Kalau berkerut sia - sia Anggerik pakai. Semua itu Anggerik pakai untuk Jadi kan kulit dia Cantik, licin macam Sherry.

“ Dah tak payah pakai semua benda ini.” Bersahaja Mukhriz tarik kembali Mask pada wajah Anggerik. Tak sempat Anggerik nak halang.

“ Mukhriz!” Anggerik Kehilangan kata - kata bila Mask yang dekat wajah dia dah berada di Tangan Mukhriz.

“ Awak nak benda ini? Tak payah nak Cantik sangat Anggerik. Penat aku nak jaga!” Mask ditangan Mukhriz dah berpindah tempat ke dalam Yong sampah.

Anggerik hanya mampu melihat Mask yang tadi berada di wajahnya dibuang Mukhriz, tanpa dia tahu harga Mask itu yang Anggerik dah labur.

“ Habis pelaburan aku.” Anggerik geram dalam hati. “ Ini yang susah dapat suami ikut kata hati.” Anggerik menyampah.

“ Dah tak ada berkedutkan. Jadi apa bisnes yang Alex nak Awak terlibat?” Mukhriz masih tak puas hati.

“ Bayar balik Mask saya tadi. Baru saya cerita?” Anggerik mencebik, kelakuan Mukhriz tadi tak boleh dimaafkan senang - senang oleh Anggerik.

“ Topeng hantu tu? Iye saya ganti !” Kad Kredit Milik Mukhriz diserahkan pada Anggerik. “ Nah Awak nak guna banyak Mana pun Awak boleh guna. Sekarang pasal Alex, bisnes apa?”Mukhriz kembali menatap serius ke wajah Anggerik.

Pemberian Mukhriz kali ini Anggerik tak bantah. Kad disimpan ke dalam dompet Anggerik sebelum dia dapatkan Mukhriz.

Semua yang berlaku hari ini dirasakan Anggerik berbaloi. Dalam fikiran Anggerik Dia dah terbayangkan rawatan laser untuk wajahnya. “ Habis Mukhriz Kalau dia tahu, Mana pergi duit dia aku laburkan kali ini.” Anggerik dah tersengih jahat.

“ Alex suruh kedai saya buat gubahan untuk Show dia hujung bulan ini. Show terbesar Alex. Banyak Agensi yang bergabung, salah satunya Angensi Model Alex.” Angerik terangkan segalanya pada Mukhriz.

“ Kenapa tak cari Kedai bunga lain? Kenapa Awak Angerik?”

“ Mungkin sebab nama saya bunga Kot Mukhriz? Sebab itu dia terpikat nak gunakan Kedai bunga saya?" Mata Anggerik dah menjuling keatas mendengar soalan mengarut Mukhriz.
Tak ada kena mengena dengan pemilihan Kedai. Soalan tak masuk akal bagi Anggerik.

“ Saya tak main - main Anggerik? Ini kali Kedua dia datang cari Awak untuk kerjasama!” Mukhriz mula menunjukkan perasaan hatinya yang Panas dengan segala yang berkaitan lelaki dalam hidup Anggerik.

“ Yup! Dia Selesa dengan hasil kerja saya Mukhriz? Tiada niat lain. Lagipun elok untuk perniagaan Kedai bunga saya.”

“ Lagi Bagus untuk saya kembangkan kedai Bunga Lily saya tu. Tak sabar saya dengan kerjasama itu. Itu pertunjukan terbesar Mukhriz. Tak dapat Saya nak bayangkan.” Anggerik dipenuhi dengan teruja membayangkan segala yang akan berlaku nanti.

Semua Agensi Dan jenama akan dipamerkan malam itu, termasuk Kedai bunga Milik Anggerik. “ Arghhhh! Mukhriz saya semakin Tak sabar.” Anggerik menjerit membuatkan Mukhriz terkejut mengurut dada.

“ Jangan Teruja sangat dulu. Sepatutnya Awak tanya pendapat saya dulu!” Mukhriz menggunakan kuasanya.

Semua itu membuatkan lamunan Anggerik terhenti. “ Bisnes pun kena tanya pendapat Awak dulu ker Mukhriz? Tak pernah pula saya dengar?” Anggerik berfikir sejenak kebenaran segala yang dikatakan Mukhriz tadi.

“ Semua Anggerik? Awak bekerja ini pun saya yang sepatutnya bagi kebenaran. Semua perbuatan Awak di luar saya yang kena tanggung. Jadi kena tanya dulu pendapat saya tiap kali Awak berurusan dengan pelanggan, terutama dengan lelaki.” Mukhriz menunjukkan belangnya.

“ Habis itu Mukhriz pasal kes Alex? Saya dah sign perjanjian, macam mana? Awak nak tanggung Kalau Alex saman saya? Saya tak terfikir pasal hal itu.” Anggerik gigit bibir bawah menandakan apa yang Mukhriz maklumkan hal tadi terkesan pada diri Anggerik.

“Huissssh! Anggerik lain kali bincang dulu!” Mukhriz mengeluh dalam masa yang sama dia kematian idea . Tiada apa yang boleh dia buat. Perjanjian dah sign, yang boleh dilakukan Mukhriz hanya pantau dari jauh.

“ Awak tak pernah cakap sebelum ini. Mana Saya tahu!” Sekali lagi wajah Anggerik mencebik.

“ Awak yang Teruja sangat dengan Perjanjian itu? Fikir hukum juga Anggerik. Perbincangan Awak berdua dengan Alex pun dah boleh jatuhkan Aib saya!” Mukhriz masih belum puas. Selagi Anggerik belum jauh dari Alex. Dia rasakan hal itu bahaya pada Anggerik.

“ Saya bukan berdua bincang dengan Alex. Bertiga! Alex bawa pasangan dia hari ini , Sabrina, Cantik budak itu.” Anggerik Tersenyum memikirkan gadis kecil Alex, Sabrina.

“ Sabrina? Siapa budak tu?” Mukhriz semakin tertarik dengan cerita Anggerik.

“ Kekasih Alex. Saya tahu sebelum ini Alex macam manakan. Itu semua boleh berubah. Jangan pandang serong pada dia. Kali ini dia dah jumpa pasangan yang sesuai dengan dia. Baik untuk dia Mukhriz.”

Perubahan Alex disambut Baik Anggerik. Dulu diri dia juga pernah memasuki fasa seperti yang berlaku pada Alex. Anggerik juga pernah berubah watak demi seseorang yang penting dalam hidup dia.

“ Kalau macam itu saya benarkan Anggerik!” Dia Teruja dalam masa yang sama Mukhriz masih hati - hati dengan Alex. Mukhriz telah berbaring dikatil dengan wajah dipaling dari Anggerik. Tersenyum. Masalah tadi dirasakan telah Selesai.

“ Benarkan?kenapa Cepat sangat?” Anggerik pun terkejut dengan keputusan Mukhriz. Tadi beria- ria Mukhriz halang, tiba - tiba berubah fikiran?” Gelagat Mukhriz pula yang buat Anggerik pening.

“ Semua sebab bisnes. Dah tidur Esok Kita nak pergi kerja lagi.” Ayat penghabisan dari Mukhriz, sebelum mata Mukhriz dipejam.

“ Arghhhh! Sembang dengan Mukhriz memang Anggerik tak akan menang!”

****

“ Mukhlas ! Bila kamu balik kesini? Kenapa tak maklumkan dulu kamu disini.” Datuk Mumtaz tenang menyambut kepulangan anaknya. Mukhlas Bapa kepada Mukhriz.

“ Minum dulu Mukhlas, kamu pun masih penat perjalanan ke sini. Sarapan dulu nanti kamu berehat.” Opah masih bertenang dengan kepulangan anaknya.

Dia rindukan Mukhlas Tapi dalam masa yang sama dia takutkan sesuatu. Sesuatu dari zaman silam yang akan diungkit.

“ Saya balik tak lama Ayah, Mak. Mungkin dalam dua minggu . Saya pulang sempena ulangtahun kematian Arwah.!” Perlahan air kopi dihirup ke dalam tekaknya mengurangkan dahaga pada diri Mukhlas yang Jauh dalam perjalanan.

Datuk Muktaz hanya menganggukkan kepala perlahan. Tak sangka Mukhlas masih ingat lagi tarikh keramat dalam hidup dia.

“ Plak Pintu Utama rumah Datuk dibuka.

“ Oyang, Datuk Adham dah sampai!” Adham Kegirangan berlari mendapatkan Datuk Dan Oyang yang berada di meja makan. Tempat kebiasan keduanya waktu pagi bila dia dihantar Mommy kesitu.

“ Adham jangan lari - la.... Mata Anggerik terpaku pada sekujur tubuh yang berada bersama Datuk di meja. Tak sangka Anggerik pagi itu mereka ada tetamu.

Adham terdiam di situ tidak berganjak. Pandangan mata Adham hanya terarah pada tetamu pagi yang hadir disitu. Senyuman Adham mekar bila lelaki itu memandang dia dengan segaris senyuman.

Anggerik yang baru tiba masih terkejut, hanya yang mampu dilakukan, Anggerik memberikan senyuman ikhlas bersama mata Hazelnya memandang kearah lelaki yang dilihat Anggerik sedang melihat kearahnya juga dengan pandangan tajam.

Datuk yang melihat keadaan itu berdehem menyedarkan lamunan Mukhlas pada Anggerik.

“ Mukhlas, Ini Anggerik menantu kamu. Anak Arwah Lily dan ini Adham cucu kamu anak Mukhriz." Datuk memperkenalkan ketiga - tiganya. Adham kembali mendapatkan Anggerik.

“ Jadi inilah lelaki Cinta pertama Ibu” Anggerik juga Teruja bertemu dengan Bapa Mentuanya yang selama ini dia tak pernah jumpa. Hanya sekali dia melihat lelaki itu. Tapi pada waktu tu dia tak peduli. Hari perkahwinan Anggerik Dan Mukhriz. Dah beberapa tahun hal itu. Wajah Mukhlas pun Anggerik dah tak ingat.

“ Anggerik kamu Sama macam Arwah Lily.cantik!” bertuah dia dapat perIsterikan kamu.” Senyuman diberikan bersama kesedihan Jelas dimata Mukhlas.

Anggerik hanya mengangukkan kepala. Dia tak tahu nak bahasakan lelaki hadapannya sebagai apa. “ Ayah! Daddy! Papa! Abuya? Anggerik pening. Mukhriz tiada disisi untuk membantu.

Untuk tidak menampakkan kekok, Anggerik hanya diam seribu bahasa.

“ Adham Mari kesini jumpa Datuk! Senyuman Mukhlas memandang kearah Adham!”

Semua itu membuatkan Anggerik pelik. Bukan sebelum ini Mukhriz kata Ayah dia tak pernah peduli Tentang dia. “Kenapa Mukhlas Baik pada Adham?”Anggerik pelik dengan apa yang Jadi depan mata dia.

Adham memandang kearah Datuk tidak faham apa yang berlaku. Reaksi Adham buatkan Oyang bertanya kepada Adham. “ Kenapa Adham tak pergi jumpa Datuk? Salam Datuk?” Opah memeluk kemas badan Adham.

“ Adham ada dua Datuk? Mana satu Datuk Adham nak pergi?” Adham dengan wajah Blur memandang kembali ke wajah Oyang. Semua yang berada disitu ketawa dengan telatah Adham.

“ Nampaknya dia keliru nak panggil kamu apa Mukhlas. Kamu tiada di sini, itu sebab dia tak kenal kamu. Aku yang dia pakai Datuk. Maknanya kamu kena cari gelaran baru Mukhlas.” Datuk memberikan cadangan Sebaik sahaja ketawa terhenti.

“ Mukhlas tak Kisah Adham boleh panggil apa - apa panggilan yang dia suka.” Senyuman yang masih terukir di bibir Mukhlas.

“ Kalau macam itu Adham panggil Datuk Mukhlas bagi tak keliru.” Idea Adham yang bernas. Tapi sekali lagi gelagat Adham menjadi tontonan Ketawa semuanya.

“ Anggerik mengandung kali Kedua Mukhlas, Kamu akan dapat cucu Kedua!” Opah memaklumkan segala hal mengenai Anggerik Dan Mukhriz. Tapi bagi Setiap perbualan, Anggerik dapat rasakan hanya Datuk Dan Opah yang menyebut nama Mukhriz Tapi Mukhlas Seakan tidak terkesan dengan Sebaris nama Milik suami Anggerik.

“ Betullah segala yang Mukhriz cerita.” Anggerik kembali mengingati segala yang Di ceritakan Mukhriz dari zaman kecilnya.

“ Daddy tumpang gembira dengan kandungan kamu Anggerik. Kamu anak yang Baik, Lily Ibu kamu pasti akan tenang disana.”

***

“ Hoi! Mengelamun! Tak Baik suami orang mengelamun panjang. Nanti orang ingat fikirkan wanita lain.” Firhad menapak ke bilik sepupunya Mukhriz. Ditangannnya telah tersedia kelendar yang sengaja diletakkan Di atas meja Mukhriz.

“ Apa benda ini Firhad? Sampah apa engkau bawa kesini!” Mukhriz membelek benda seperti kertas yang masih ditangan Firhad. Tapi fikiran dia masih tidak dapat diteka.

“ Hmmm.! Banyak sangat makan otak Ikan engkau ini. Itu Sebab otak tak boleh ingat dengan berfikir.”

“ Nah ! Aku bawakan kalendar untuk engkau tahun ini. Aku takut engkau terlupa?” Firhad koyak Senyum mengejek.

“ Tak payah koyak Senyum Gay Dekat sini Firhad! Ada apa engkau nak aku dengar. Semalam aku layan Anggerik, aku pula yang tak boleh tidur.” Mukhriz mengeluh.

“ Apa Anggerik buat Mukhriz?” Perbualan mengenai kalendar terpaksa dilupakan sebentar.

“ Dia pakai topeng putih, Satu lagi pening kan aku pasal Alex. Lelaki itu nak kerjasama sekali lagi dengan Anggerik. Dia mahu gunakan Kedai bunga Anggerik untuk gubahan.” Mukhriz terangkan Tapi mata lelaki Mukhriz dipejam, Mengantuk.

“ Alex yang engkau Maksudkan dalam hal ini, lelaki dulu yang engkau terang bukan dia Gay. “ lelaki yang akan berurusan dengan Anggerik Maknanya kena tempuh Mukhriz dulu. Habislah Alex.

“ Habis itu apa yang Engkau nak takut.” Gay “ Dia Takkan layan perempuan!” Firhad memberikan jaminan.

“Boleh percaya ker?Anggerik pun lagi satu. 24 jam menghadap cermin pakai topeng hantu !” Mukhriz masih belum selesai dengan kejadian semalam. Ada - ada sahaja benda baru yang Anggerik buat peningkan Mukhriz. Tempoh 5 bulan dah berlalu. Nampaknya Anggerik masih belum banyak berubah. Tapi Mukhriz sedikit lega, bila Perangai merengek Anggerik dulu dah menghilang. Kini Mukhriz boleh bebas dengan tenang.

“ Maksud engkau ini Mask ? Apa yang nak heran , aku pun pakai Mukhriz.”

“ Terbeliak mata Mukhriz memandang Firhad atas Bawah, atas bawah. “ Engkau dah Jadi separuh juga ke Firhad, Sebab Indah?” Mukhriz tercengang.

“ Mana lah engkau dapat Otak lama itu Mukhriz, orang sekarang memang pakai Mask untuk Cantik.” Giliran Firhad pula mengelengkan kepala.

“ Indah masih dalam percubaan. Liat dengan Keras hati.” Firhad menerangkan kepada Mukhriz.

“ Semua perlukan masa Firhad. Bagi Indah tempoh bertenang.” Pengalaman bersama Anggerik, buatkan Mukhriz menjadi matang Bab pujuk perempuan.

“ Aduishhh!”Firhad hampir terlupa. Sesuatu hal penting menjadi sebab kenapa dia kesitu berjumpa Mukhriz. Dia terlupa, Semua sebab layan perngai gila Mukhriz.

“ Ini aku bawakan kalendar untuk engkau Mukhriz. Takkan Engkau tak perasan bulan ini bulan apa? Engkau pun tahu penyiasatan kita dalam hal ini.

“ Firhad aku hampir lupa? Disember? Tapi engkau pasti ker dia akan muncul? Kita dah siasat benda ini lama, banyak kali Firhad , masih tiada berita.” Mukhriz mengeluh.

Lagi aku heran, siasatan kita lengkap, Tapi masih tiada pertunjuk dalam hal ini. Aku sebenarnya buntu. Aku harap tahun ini berhasil.” Firhad juga buntu dan Seakan berputus asa dalam segala bantuan dia merungkai misteri hidup Mukhriz.

Kadang - kadang Firhad pun dah naik bosan. Tapi memandangkan Mukhriz, dia juga turut terlibat sama membantu.

Mukhriz masih belum dapat puaskan hati sendiri.Dia perlu mencari jawapan bagi sesuatu dalam hidup dia, mejawab segala persoalan dirinya dari semua ini.

Bertahun dia pendam perasaan. Dia perlukan jawapan yang pasti dalam hubungan diri dia.

“ Kita tunggu dia muncul kali ini Dan yang pasti Mukhriz dia takkan terlepas lagi .!” Firhad pula dipenuhi semangat.

“ Dia dah kembali?” Kedua - duanya menatap tajam kearah pandangan mata masing - masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience