05

Romance Completed 306520

***** Tidak sengaja terserempak *****

" Kamu tak kemana hari ini Mukhriz .?"
Suara Datuk seperti ingin meminta Mukhriz untuk membuatkan sesuatu?

Bagi Mukhriz Datuknya tidak akan menyapa dirinya pagi - pagi tanpa bersebab . Mukhriz sangat mengenali karenah Datuknya dari dulu.

" Mukhriz rasa nak berehat dekat rumah sahaja hari ini, kenapa Datuk ada yang Datuk nak cakapkan Atau mahu bantuan dari Mukhriz.?"

Dia cuba mencongak akan perubahan sikap Datuknya yang bertanyakan tentang aktivitinya untuk Satu hari itu.

Hubungan yang baru, atau semakin erat dengan Datuk, selepas dia pernah dihalau dulu disebabkan kerana perkahwinan .

Dia Dituduh tidak bertanggungjawab Dan Mukhriz mempunyai alasan tersendiri.

" Datuk ingat, nak Bawa Adham berjalan sekitar taman, Tapi kamu tahulah Adham lasak. Kalau dia dengan kamu, boleh kamu kejar dia nanti. Aku dah tak larat Mukhriz "

Datuknya menyatakan terus tujuan kenapa bantuan Mukhriz diperlukan.

" Boleh, lagipun Mukhriz balik sini Sebab nak main dengan Adham, seronok Lihat telatah dia. Bijak." Mukhriz memuji kepetahan Dan kepandaian Adham yang tak macam dengan budak seusianya.

" Mungkin Sebab Baka keluarga dia, Sebab itu Adham Bijak." Datuknya membalas.

" Sebut pasal keluarga Adham, kenapa Riz tak kenal dengan keluarga dia.? Datuk dengan Opah tak pernah sebut pun tentang keluarga itu, kenal pun tak?"
Mukhriz menunjukkkan wajah pelik..

" Sebab kamu sibuk Riz, ada ke masa kamu balik sini, lagipun Kalau bukan sebab Adham, bayang kamu pun Datuk tak pernah jumpa dekat syarikat. Datuk boleh kira jari berapa kali kamu balik sini.!" Datuknya menyedarkan Mukhriz.

" Datuk yang buat Riz macam tu, Datuk yang tak bagi Riz balik sini. Riz balik pun Sebab Opah." Ada nada merajuk dari Suara Mukhriz."

" Kamu tak fikir lagi apa salah kamu.?
Apa yang kamu buat selama ini, betul dengan tiindakan kamu.?" Datuknya sengaja menguji melihat reaksi cucu kesayangannya dulu.

Asyik - asyik pasal perkahwinan itu yang disebut. Mukhriz sudah naik muak. Dia malas nak fikir, dia ikut kata hati , rasa dia rindu pada Opah dia balik Dan sebaliknya.

Kali ini dia balik lebih disebabkan oleh Adham. Tapi kenapa Datuk dia ungkit lagi. Dah 3 tahun benda itu jadi.
Dia mulai rimas..
" Apa Maksud Datuk..?Riz tak faham.?"

" Fikir Sebab apa Datuk marah kamu dulu Riz, semua untuk kepentingan kamu, bukan untuk hidup Datuk dengan Opah, Tapi masa depan kamu."

Tak habis lagi Bab itu. Riz mencebik.
" Riz tak nak fikir pasal itu Datuk, apa yang Datuk suruh Riz buat selama ini , Riz da buat, segalanya." Mukhriz mulai menunjukkkan sikap protes dalam dirinya bila semua itu diungkit.

" Kamu ingat kamu beri nafkah Setiap bulan itu Cukup kamu tunaikan tanggungjawab dekat dia Riz. Hidup dia macam mana? Tiga tahun kamu biarkan dia hidup gantung tak bertali. Kenapa kamu tak berpisah jer dengan dia, ikut haluan masing - masing."

"Dia yang pilih hidup macam itu, perempuan itu kena terima? “ Riz masih tak berpuas hati. Itu yang dirasakan waktu ini. Sebab itu dia tiada rasa bersalah dalam diri.

Datuk Mumtaz mengelengkan Kepada melihat sikap cucunya..

Sebelum ini dia biarkan sahaja segala tindakan Mukhriz, Tapi Setelah dilihat Adham Semakin membesar, dia kasihankan kehidupan Anggerik. Gadis itu layak mencari pasangan yang boleh membahagiakan dirinya.

Dia redha andai Mukhriz bukan lagi pasangan yang sepadan yang dipilih oleh Anggerik kelak.

" Bila kamu nak sedar?" Datuk Mumtaz Tak tahu Cara apa lagi patut dia guna untuk Mukhriz berubah, lebih bertanggugjawab.

" Habis itu Datuk nak Riz buat apa..? Riz Takkan Ceraikan dia selagi bukan dia yang datang sendiri tuntut dari Riz ."

" Kamu cakap apa ini Riz..? Apa Maksud kamu..?" Datuknya menahan nafas mendengar pengakuan mengarut dari cucunya.

" Dia nakkan perkahwinan ini, Riz dah bagi tahu pada dia.  Awal - awal lagi Riz dah suruh dia tolak, dia Janji .. Tapi dia mungkir Janji Dan perkahwinan ini  jadi disebabkan dia yang pilih.”

Segalanya perlu dibongkarkan hari ini oleh Mukhriz..di depan Datuk, Dan dia nekad..

" Semua salah dia, dia yang pilih perkahwinan ini  terjadi. Dan dia kena tanggung semuanya. Kalau dia nak benda itu, Datuk boleh suruh dia jumpa Riz.!"

Ayatnya dihabiskan Dan kembali memasuki ruangan rumah. Marahnya kepada perempuan itu masih lagi berbekas dalam hati Dan masih meninggalkan parut. Dia Takkan lupa apa yang berlaku.

" Kenapa bang..? Apa yang jadi..?" Opah keluar mendapatkan kedua - duanya selepas dapat mendengar pertarungan Suara lelaki Kedua- duanya.

" Cucu Awak, dia buat hal lagi..?"

" Mukhriz.? Dia buat apa pula kali ini, nanti saya pujuk dia.?" Opah memberikan cadangan kepada Datuk.

" Tak payah pujuk, Degil Betul budak itu, asyik nak ikut telunjuk dia.
Saya suruh dia Lepaskan Anggerik secara elok, dah Tiga tahun benda ini jadi.  Tak ada perubahan , apa yang Mukhriz cucu Awak tu tunggu lagi.

Sepatutnya Anggerik tu dah dapat pengganti Mukhriz. Baru padan muka dia.!" Datuknya geram Dan melepaskan kemarahan kepada isterinya untuk mendengar.

" Awak ini tak baik nak jatuhkan masjid cucu sendiri, Mana tahu kalau takdir sebelah kan mereka nanti kita Mana tahu. Semua Kuasa tuhan abang. Itu takdir jodoh mereka."

" Awak menangkan lah cucu kesayangan Awak tu. Dia suruh Anggerik sembah dia, baru dia nak lepaskan budak itu. Tak ke melampau bunyinya. Apa dia ingat dia tu hebat sangat. Dia belum kenal Anggerik tu siapa..?"

" Silap kita paksa diorang kahwin dulu abang, semua pasal wasiat keluarga  itu. Tapi Kita dah tak ada pilihan tentang itu."

" Jangan menyesal dengan apa yang jadi budak - budak itu pun dah dapat Adham, Tapi yang saya peliknya macam mana mereka berdua itu boleh dapat Adham, sedangkan dua - duanya tak kenal satu sama lain. Pelik.?"

" Itu yang saya khuatir tu. Abang dah semak ujian Darah DNA Adham kan."

" Sudah, 100 % memang cicit kita, Saya tak pernah sangsi dengan Anggerik, Tapi Mukhriz Bila lah dia nak sedar dengan salah dia pada Anggerik yang dia abaikan selama ini."

" Bersabarlah abang, kita banyak kan berdoa Semoga terbuka pintu hati Mukhriz untuk Anggerik."

" Awak jangan doa sebelah pihak jer, Saya takut Bila Mukhriz dah terima Anggerik, Tapi sebaliknya yang jadi."

" Maksud abang..?"

??????

********

" Mommy rindu Adham, Sayang sihat.? Anggerik Membuat panggilan Video dengan anaknya sambil ditemani oleh Datuk."

" Mommy, Adham rindu, suara anak kecil merengek dalam pelukan Datuk.

" Anggerik macam mana dekat sana, segalanya lancar..?" Datuk bertanya dengan gembira, sambil Adham berada disisinya.

" Alhamdulillah Okay semuanya Datuk." Anggerik membalas dalam Suara tersekat - sekat kerana capaian Internet yang tidak berapa Jelas.

" Anggerik jangan risau Dekat sini, Adham sihat Anggerik, cuma dia rindukan Anggerik Dan Jun.

" Jun ada hubungi Adham," Anggerik Teruja dengan sahabatnya.

" Jun baru habis cakap dengan Adham tadi." Datuknya menerangkan dalam jangka masa yang singkat.

Perbualan kedua - duanya berlangsung sebelum diakhiri dengan selamat malam, selepas Datuk mematikan panggilan kerana Terdapat ketukan dipintu.

" Kamu duduk disini Adham dulu, Datuk bukakan dulu Pintu." Pesanan bersama anggukan faham dari Adham, Dan tubuh kecilnya duduk diam diatas tepi katil tempat Datuknya letak dirinya tadi."

Datuk melangkah kearah pintu melihat siapa yang hadir di hadapan biliknya.

" Mukhriz, Kamu tak tidur lagi ?"

" Mukhriz cari Adham, Mana dia, Mukhriz Belikan mainan untuk dia. Tidak lah dia boring nanti bila kita berdua bekerja."

" Dia belum tidur ada dekat katil itu, pergilah Kamu jumpa dia, Datuk nak tengok Opah dekat bawah. Kalau dah habis main nanti Kamu Tolong tidur kan dia Mukhriz. Datuk tengok dia dengan kamu serasi, dia boleh dengar cakap Kamu."

" Okay Atuk, nanti Mukhriz tidur kan Adham, Mukhriz Bawa Adham bilik Mukhriz." Langkah kaki melangkah ke dalam bilik. Datuk telah menghilang pergi mendapatkan Opah. Permainan baru ditunjukkan kepada Adham, membuatkan muka Adham Semakin teruja dengan Hadiah yang dibeli kepadanya.

" Wowwww, seronoknya.." Adham dengan kegirangan melompat - lompat kesukaan dengan Hadiah yang diterima. " Terima kasih uncle, bersama Satu ciuman Di pipi  Mukhriz.

" Adham suka dengan mainan ini.?" Mukhriz memeluk Adham dalam pelukannya.

" Suka, suka, suka. Kegembiraan sebenar ditayang kepada Mukhriz."

" Okay Jom bilik Uncle kita main, lepas main kita tidur. Adham nak tidur dengan Uncle..?"

" Boleh dengan senyuman dibibirnya. Tapi nanti Kalau Adham mengigau macam mana..? Adham Kalau mengigau suka nanggis." Wajah Adham mencebik.

" Selalu Kalau Adham mengigau Ibu Adham buat apa.?" Mukhriz simpati dengan nasib Adham, mungkin budak kecil hadapan dirinya rindukan keluarganya.

Mata Mukhriz dipandang penuh minat oleh Adham.

" Kenapa pandang Uncle macam itu..? Ada yang pelik dekat muka Uncle.

Adham mengelengkan kepala. " Adham tak mengigau Kalau Adham tidur dengan ibu, Tapi sejak Ibu tidak ada Adham Selalu mengigau malam - malam, Oyang Selalu peluk Adham. Adham rindu Ibu."

Bijak Adham ini, Mukhriz memuji dalam hati.

" Malam ini Kalau Adham mengigau lagi, Uncle Mukhriz peluk Adham macam mana.?"

" Bolehlah Uncle, dari tak ada siapa nak peluk Adham." Adham mengusik dan berlari bila tubuhnya dikejar Dan digeletek Mukhriz.

Selesai bermain, Adham kelihatan penat, jam telah menunjukkan pukul 23.00 malam. Mukhriz yang sedang tidur kan Adham bergegas ke pintu Bila terdengar ketukan dibiliknya.

" Mukhriz," Suara Opah memanggil.

Pintu dibuka dengan segera. " Kenapa Opah ?" Sebaik sahaja pintu dibuka Dan dimatanya telah tercegat Opah.

" Mana Adham.?" Mata Opah meliar dan mati pada sekujur tubuh yang telah terlelap di atas katil cucunya.

" Adham dah tidur, dia penat sangat agaknya main dengan permainan baru dia. Kenapa Opah datang bilik Mukhriz malam - malam ini?"

" Betul ker kamu nak tidur dengan Adham, dapat dirasakan Opahnya  hatinya tidak sedap malam itu." Perasaannya risaukan perasaan Anggerik jika gadis itu tahu akan perkara Adham Dan Mukhriz tidur bersama. Tak adil bagi Anggerik Dirasakan Opah Bila Mukhriz terang - terangan tinggalkan gadis itu dulu.

" Adham dah tidur Opah, lagipun Datuk yang suruh Riz tidur kan Adham tadi. Biarlah malam ini Riz tidur dengan Adham. Adham tak kacau Riz pun. Opah jangan risau."

" Tapi Riz, budak tu tak biasa dengan kamu. Opah takut nanti malam dia cari Opah. Kamu angkatlah dia Bawa masuk bilik Opah. Esok kamu nak kerja Riz, takut Kamu tak Cukup tidur nanti." Opah mencipta alasan dia tidak mahu perkara itu terjadi. Dia masih hormatkan keputusan Anggerik. Sebolehnya Dia cuba menghalang.

" Kesian dekat Adham Opah, dia dah terlena tu. Sian dekat dia, biarlah malam ini dia tidur dengan Riz. Betul dia tak ganggu Riz. Selamat Malam Opah, Riz pun dah mengantuk, Riz tidur dulu."

Pap.. Pintu bilik ditutup sebelum Opah Sempat memberikan alasan seterusnya.. Macam mana aku nak halang..? Kepala tuanya serabut dengan sikap Mukhriz yang seakan berubah sejak kehadiran Adham dirumah itu.

Langkahnya dilajukan kearah suaminya yang telah berada di dalam bilik. Ini Tentu semua kerja suaminya.

" Abang."

" Awak dah kenapa ini, tetiba marah dekat saya.? Apa yang jadi dekat awak ini.?" Tubuhnya telah berbaring sebelum isterinya datang dengan wajah mencuka.

" Abang benarkan Adham dengan Mukhriz tidur sekali, macam mana Kalau Anggerik tahu pasal benda ini. Habis kepercayaan dia dekat kita. Abang yang bagi idea inikan."

" Awak ini. Biarlah budak Adham itu kan anak Mukhriz, anak kandung dia. Biarlah dia dapat rasa Sayang dengan Adham itu. Bukan dia tahu pun perkara itu. Benda itu masih rahsia Lagilah. Awak ini Cepat sangat buruk sangka."

" Kalau Anggerik tahu macam mana, Anak dia tidur dengan Mukhriz.? Kita patut hormat keputusan Anggerik. Macam mana Kalau dia tak benarkan kita jumpa Adham lagi. Macam mana dengan saya. Saya tak boleh Kalau tak jumpa Adham."

" Iye Saya faham. Macam mana kita rahsia kan perkara itu dari Mukhriz, benda ini pun kita rahsia kan dari Anggerik. Kalau kita tak buka mulut, tak ada sesiapa tahu benda ini."

" Senanglah Awak cakap, kalau bukan dari mulut saya, Awak ataupun Mukhriz, Awak ingat Cicit Awak tu tak boleh bercakap, dia tak boleh beritahu Mommy dia.? Siapa nak jawab nanti."

" Saya akan terangkan segalanya dengan Anggerik, Awak jangan Cepat melatah. Saya selesaikan masalah itu" tenang sahaja bicara dari suaminya.

" Mukhriz dah banyak berubah sejak Adham datang sini. Awak tak perasan perkara itu." Mata Datuk menjerling mata isterinya yang masih tidak puas hati.

" Itu yang Saya takut, bukan Awak tak tahu perangai Mukhriz tu macam mana. Sejak ada Adham dia Selalu balik sini hari - hari dan tidur malam dekat rumah ini. Saya takut Kalau Mukhriz tahu pasal Adham. Kalau dia tahu apa Kita nak buat nanti. Saya kasihankan Anggerik, Tapi Mukhriz cucu kita." Perasaan Nenek berbelah bahagi, Kedua- duanya Dia Sayang.

" Itu Sebab Awak kena nasihatkan Mukhriz, suruh dia bertindak dengan bijak, jangan ambil mudah pasal perkahwinan dia dengan Anggerik. Kalau dia dah tak suka kenapa dia tak lepaskan lagi Isteri dia. Kenapa dia Perlu pending perkahwinan mereka. 3 tahun benda tu dah jadi, Takkan Mukhriz tak boleh buat keputusan lagi." Datuknya mengeluh dengan sikap sambil lewa Mukhriz terhadap perkahwinan.

" Nanti saya nasihatkan dia, Saya pun fikirkan benda yang sama dengan abang. Tapi Mukhriz itu keras kepala. Yang boleh nasihatkan dia anak kita, Tapi dia pun macam tak ambil peduli pasal Mulhriz."

" Hmmm Sebab anak kita masih marah dengan Mukhriz,  Tapi Kalau dia dah tahu dia ada cucu, Dan Anggerik. Awak rasa apa tindakan Mukhlas..?"

" Saya tak tahu nak fikir apa Kalau Mukhlas tahu pasal hal ini abang. Mahu saya rasa dia cincangnya Mukhriz itu."

" Itulah, biarlah Mukhlas itu duduk diluar negara akan dengan keluarga baru dia. Jangan dia masuk campur hal ini. Saya takut nanti jadi perang kedua dua beranak itu."

" Habis itu malam ini Adham macam mana..?"  Sekali lagi Nenek merayu kepada suaminya.

" Tak habis lagi.Malam ini Awak peluk saya ."

" Abang."

**********

Lambat pula mamat ini masuk pagi ni, dia ada date dengan Perempuan ker malam tadi. Tak ada pula dia beritahu dekat aku. Selalu dia ajak aku sekali teman dia.

Langkah Firhad terus ke bilik Mukhriz selepas Selesai dia menyemak beberapa dokumen di meja pekerjanya untuk Semakan pembetulan.

" Pagi, Mukhriz semalam engkau keluar dating ker.? Kening dikerutkan melihat reaksi muka Mukhriz yang ketat pagi ini.

" Tak , aku balik rumah Datuk dengan Opah, aku tidur sana malam tadi." Mukhriz menguap kali Kedua dihadapan Firhad.

" Engkau tak Cukup tidur ker? Apa engkau buat malam tadi.?" Firhad masih tidak berpuas hati dengan jawapan Mukhriz.

" Main." Pendek Dan ringkas jawapan Mukhriz yang membuatkan fikiran Firhad makin berteka - teki.

" Main, engkau buat Betul Mukhriz, engkau main dengan perempuan ker dekat rumah Atuk.?"

" Aku main permainan dengan Adham, budak dekat rumah Datuk, sekarang ini Opah yang jaga budak itu, keluarga dia pergi luar negara. Faham."

" Serius budak berapa tahun..?" Firhad Semakin Teruja dengan jawapan Mukhriz, Tapi apa kena mengena budak itu dengan Mukhriz. Mukhriz suka budak. Pelik.

" Tiga tahun, engkau ini asyik tanya dekat aku..? Engkau tu dah berapa lama tak balik jenguk Opah dengan Datuk. Dekat pejabat pun engkau mengelakkan. Memang telinga akulah tiap - tiap kali bernanah dengan leteran diorang tu." Mukhriz geram dengan banyak sangat pertanyaan pada pagi - pagi lagi. Mood kerjanya baru bermula Dan telah dirosakkan oleh Firhad.

" Engkau ini janganlah marah, aku tanya jer. Berdesing telinga engkau tu kenapa pula.?"

" Pasal perkahwinan aku, entah Isteri aku tu wujud ker atau tak. Aku pun tak pasti. Aku malas nak ambil tahu tentang perempuan tu."

" Datuk suruh engkau buat apa..?"

" Lepaskan dia. Tapi aku malas nak serabut kan otak aku dengan masalah itu, kalau boleh aku tak nak jumpa dia lagi."

" Betullah apa yang Datuk nasihat itu, aku pun pelik kenapa engkau nak seksa hidup dia. Cukup lah masa sampai 3 tahun engkau tak ambil tahu pasal perkahwinan engkau tu Mukhriz."

" Siapa cakap aku tak ambil tahu?" Mukhriz memainkan helahnya.

" Engkau ada jumpa dia lepas malam itu?" Melopong mulut Firhad.

" Tidak".

" Habis itu Kalau engkau tak jumpa dia macam mana engkau boleh ambil tahu pasal dia."

" Aku jalankan kewajipan aku!"

" Maksud engkau.?" Firhad tidak dapat membaca Fikiran Mukhriz atas tindakan sepupunya tentang hal itu.

" Aku pastikan setiap bulan  Nafkah bulanan dia dibayar dalam akaun dia."

" Engkau gila buat macam itu, kalau dia tak pernah guna duit tu macam mana. Apa lagi helah engkau Mukhriz."

" Itu masalah dia, aku dah jalankan kewajipan aku. Lagipun aku masih tunggu dia untuk dia tuntut aku lepaskan dia. Sebab dia yang mula kan semua ini. Dia yang mulakan Dan dia yang akan akhirkan perkahwinan kami."

" Engkau Betul - Betul bagi aku pening Kepala Mukhriz."

" Sudahlah aku nak buat kerja. Engkau pergi menyibuk dekat orang lain pula. Tak pun engkau pergi jumpa Opah, mungkin dia dah rindukan engkau Firhad, sambil tu Bolehlah engkau kenal dengan Adham." Mukhriz memberikan cadangan.

" Iyelah aku keluar, Tapi fikirkan cadangan Datuk tu, aku pun sokong cadangan Datuk. Tak baik berdendam Mukhriz, engkau pun dah dapat apa yang engkau nakkan. Lepaskan dia. Aku pergi dulu."

Pap.!
Pintu pejabatnya ditutup kembali oleh Firhad.

Mukhriz termenung sendiri memikirkan kata - kata Firhad kepadanya.

Mouse komputer Diklik membuka sesuatu sesawang. Matanya meliar melihat sesuatu Di skrin komputer Dan matanya tidak lepas melihat keseluruhan Jumlah yang terpampang dimatanya.

" Betullah kata Firhad, dia tak pernah usik duit bulanan yang aku serah Dekat dia. Perempuan ini memang melampau.  Dia nak tunjukkan ego dia pada aku. Engkau tunggu.?"

Interkom Setiausahanya dipanggil.

"Indah, batalkan semua temujanji Dan Mesyuarat saya hari ini.  Saya ada urusan penting untuk dibuat hari ini."

"Baik Tuan"

******
Ting.! Ting.!
Ting ! Ting.!

" Maaf Tuan nak cari siapa yer.?" Pembantu rumah membuka pintu Dan bertanyakan tujuan kedatangan kepada Mukhriz.

" Saya nak jumpa... aduh apa nama dia.? Mukhriz memikirkan Sebaris nama itu, Tapi dia masih lupa untuk mengingati. Betapa dia telah Lupakan nama isterinya."

" Tuan nak jumpa siapa.?" Sekali lagi soalan sama ditanya.

" Saya nak jumpa Tuan rumah ini," akhirnya  Mukhriz tiada pilihan hanya itu yang terfikir kan Di otaknya.

" Tunggu sebentar ye Tuan, Saya panggilkan Puan Dianara dulu untuk Tuan dibenarkan masuk kedalam."

Mukhriz hanya menganggukkan kepala dan berharap dia tidak tersalah alamat. Matanya meninjau keadaan sekeliling kawasan rumah Dan matanya terlihat pada Kotej lama.

Kotej biru memorinya kembali mengimbau detik Pertemuan dirinya Dan seseorang yang dikenali sebagai isterinya.

.........

" Maaf saya terlambat, seorang wanita telah tercegat dihadapan Mukhriz, anggun dengan berpewatakan menarik dan yang menjadi tumpuan mata Mukhriz wanita dihadapan matanya mempunyai anak mata berwarna Coklat muda.

" Tak apa cuma lima minit Awak terlambat. Saya nak cakap kan sesuatu pasal perkahwinan kita."

" Awak nak cakap apa..?"

" Awak setuju dengan perkahwinan ini? Maksud saya kita berdua masih muda. Banyak lagi pilihan untuk kita berdua untuk cari pasangan masing - masing."

" Maksud awak?" Dapat dilihat dengan jelas kerutan di kening wanita dihadapannya.

" Saya dengan awak kita tak ada Perasaan Cinta pada satu sama lain Dan saya kasihankan nasib Awak nanti untuk hidup dengan saya."

" Apa perlu saya buat..? Tiada bantahan didengar dari pihak perempuan.

" Awak pun setuju dengan cadangan saya untuk kita batalkan perkahwinan ini.? Mukhriz terkejut, Tak sangka pasangannya juga senang untuk berbincang.

" Kalau itu keputusan Awak Saya akan ikut. Saya buat untuk kebahagian kita dimasa akan datang. Saya tak mahu nanti hidup saya dengan Awak akan merana. Lebih baik kita pilih laluan hidup kita sendiri. Apa Awak nak saya buat Mukhriz.?"

" Saya berterus terang dengan awak, pihak Saya tak boleh untuk batalkan perkahwinan ini disebabkan beberapa masalah yang Saya tak boleh terangkan pada awak waktu ini. Saya nak kerjasama Awak untuk batalkan semua ini sebelum majlis pernikahan."

"  Maksud awak semasa pernikahan saya perlu batalkan. Maksud awak macam itu. Kenapa bukan sekarang..?

" Saya tak nak mereka Syak pasal saya Dan cuma Awak boleh Tolong saya Tentang perkara ini.

" Awak boleh bagi sebab kenapa awak mengelak perkahwinan ini.

" Saya belum bersedia.

" Saya setuju dengan cadangan Awak."

" Awak Takkan ubah fikiran."

" Tidak Saya akan batalkan."

...........

" Encik..! Encik..
lamunan Mukhriz terhenti Di Kotej, bila Terdapat Suara memanggil dirinya.  " Memori", Sempat Mukhriz berbisik Dan kembali kepada Pembantu yang telah mencarinya Di sekeliling berdekatan.

Sebaik sahaja berjumpa..

" Encik, Puan Dianara jemput Encik masuk ke dalam."

" Okay" Tapi tiba - tiba Mukhriz Kehilangan kata - kata. Kaki yang ingin melangkah kembali kebelakang..

" Maaf saya tak dapat jumpa Puan Awak hari ini, Saya Janji Saya akan kembali, Tapi bukan masa terdekat. Mukhriz meninggalkan pembantu Dalam keadaan tanda tanya Dan kembali ke kereta. Sebaik sahaja enjin dihidupkan Mukhriz memecut laju membuang segala perasaan dalam fikiran dan perasaannya.

"Kenapa perasaan Benci itu kembali..." Mukhriz melepaskan kemarahan dengan lebih memecut laju kenderaan Sehingga hilang dari pandangan. Dia puas, segala perasaan dirinya sebentar tadi Semakin lama Semakin hilang dibawa angin..

.....

" Mana tetamu tadi kenapa tak panggil dia masuk.?" Wajah Puan Dianara berkerut melihat kearah pembantu rumahnya yang masih tercegat dan kelihatan resah.

" Maaf Puan, lelaki itu dah pergi, dia cuma cakap dia akan kembali kesini Tapi bukan dalam masa terdekat." Segalanya diterangkan Satu persatu.

" Apa nama lelaki itu..? Dianara tidak berpuas hati, dia telah bersiap dengan mewah untuk bertemu dengan tetamu, Tapi tetamu dia boleh batalkan. Siapa tak sakit hati.

" Maaf Puan Saya tak sempat nak bertanya.!" Pembantu rumahnya mencuba menyorokkan perasaan takutnya.

" Berapa kali Saya dah pesan, kenapa tak tanya dulu siapa tetamu itu. Awak ini........ ishhishshshsishsh..
Suara marah Dianara bergema..
Dia masih ingin tahu siapa tetamunya..
Tapi hal itu tidak kesampaian..
Disebabkan sikap sambil lewa..
Pembantunya..

Arghhhhh.
Dia melepaskan geram.

Share this novel

Dell Fed
2020-05-29 14:57:14 

Hello mahu tanya,adakah dijual buku 'Anggrik'


NovelPlus Premium

The best ads free experience