32

Romance Completed 306524

*** Firhad ***

James telah pulang ke negara asal mereka. Terry masih dihotel berkampung disana dengan harapan dapat lagi berjumpa dengan Perempuan yang dimaksudkan. Tugasnya pertamanya kini, dia perlu Segera mencari lelaki pemilik Sebaris nama bernama Alex. Itu petunjuk Utama.

" Ada sebarang perkembangan dari kes itu Terry?" Adam meluangkan masa menemui adiknya. Tanpa disangka Terry pagi itu, Adam datang dengan membawa sarapan untuk Terry Dan pembantu-pembantunya.

Paling senang utk dimakan sebagai sarapan. Menu Segera McD menjadi pilihan Adam.

Terry masih diranjang bersama empat wanita yang menemani dirinya. Wanita yang sama digunakan untuk melepaskan tenaga batinnya Di Jet peribadi dirinya yang lalu.

" Shit ! Terry mana engkau dapat semua perempuan- perempuan ini?" Mata Adam dihidangkan dengan tubuh bogel wanita Dan Tubuh adiknya yang tidak diselimuti apa - apa.

" Kenapa ganggu tidur aku? Aku penat beraksi semalam Adam. Aku perlukan rehat secukupnya!" Tubuh bogel Terry berjalan tanpa segan silu dihadapan Adam. Satu Jubah dicapai Dan disarungkan ketubuhnya melangkah keluar dari bilik diikuti oleh Adam.

Wanita - wanita yang baru lepas ditiduri Terry masih tidur nyenyak tidak sedarkan diri.

" Bila Engkau nak insaf Terry buat semua kerja ini. Engkau tak takut mati?" Adam dengan mulut lancangnya menasihati tidak dapat lari dari telinga adik - adiknya. Satu bungkusan diletakkan diatas meja untuk Terry. Selebihnya diserahkan pada pembantu mereka untuk sarapan.

Mereka berdua telah keluar dari bilik tidur tadi Dan sekarang tubuh mereka berada di ruangan tamu bilik hotel.

" Terry telah menyedut minuman yang dibawa oleh Adam. Dia membiarkan sahaja Adam berleter marahkan dirinya. Itu sudah menjadi kebiasan dirinya Dan James sejak dulu. Hanya Maddy yang belum lagi terkena leteran pedas Adam.

" Makan Adam engkau datang sini nak sarapan kan dengan aku kan" Terry tersengih pada Adam berharap reaksi dirinya akan membuat Adam hentikan leterannya. Satu nasihat pun tidak termasuk dalam fikiran Terry. Dia hanya membuat keputusan mengikut kehendak hati Dan keputusan yang dirasakan akan membantu dirinya untuk kekal hidup Sehingga kini.

****

" Mukhriz kenapa awak mengelak dari saya. Apa yang menganggu awak sebenarnya. Terangkan semua Mukhriz jangan berdiam macam ini dengan saya." Anggerik merayu dengan tubuhnya menghalang langkah Mukhriz dari pergi keluar dari pintu bilik mereka .

Beg besar yang berada disisi Mukhriz terangkan segalanya Di mata Anggerik . Tempoh masa tiga hari telah tamat, menandakan Mukhriz akan kembali berangkat kerja luar.

Sepanjang tiga hari disitu, Anggerik Dan Mukhriz bagaikan orang asing. Mukhriz sibuk dengan halnya dengan Adham. Manakala Anggerik telah mencuba mendahulukan perbualan tiap kali mereka bersama, namun usaha Anggerik sia - sia. Mukhriz tetap mengelak dari dirinya. Untuk berjumpa jauh sekali termasuk juga bertentang mata. Mukhriz akan cuba mengelak dan menjauhi Anggerik..

Lelaki itu Dingin..

Hari sebelumnya... Sebelum keberangkatan Mukhriz...

" Kenapa Datuk tengok kamu dengan Mukhriz ini macam ada masalah. Ada sesuatu terjadi Anggerik?" Wajah jernih Anggerik dilihat dalam fikiran tuanya. Ada ketegangan disana Tapi tak pasti apa masalah yang menimpa perkahwinan cucu mereka.

Tapi dalam sudut hatinya dia berharap Anggerik Dan Mukhriz matang dalam Selesaikan masalah mereka berdua. Memandangkan Adham. Cicitnya.

Anggerik hanya tersenyum kearah Datuk Dan Opah yang memandang kearahnya. Mukhriz awal- awal lagi telah berlalu, namun sempat mata lelaki itu menjerling kearah Anggerik yang sedang diperlakukan sebagai orang yang salah dihadapan pasangan tua dihadapannya.

Anggerik cuba menyembunyikan segala   Keresahan dimata Dan wajahnya. Jika Mukhriz bekerjasama mereka dapat Selesaikan masalah itu. Tapi Mukhriz mengelak bagaimana dia mahu tahu punca sebenar kedinginan Mukhriz. Lelaki itu dirasakan Anggerik susah untuk difahami, Tapi Anggerik mencuba untuk bersabar sehabis baik.

" Kali ini aku yang salah Mukhriz, Anggerik cuba selesaikan perkara ini, jernihkan keadaan kita. Tapi Kalau benar - benar terjadi.. Anggerik Takkan berpaling. Cukup setakat ini kisah kita." Anggerik sudah nekad dalam hati, andai Mukhriz telah tidak mahu dirinya dalam hidup lelaki itu. Apa lagi yang harus dia tunggu.

Lamunan Anggerik terhenti kembali dalam realiti kehidupan sebenar di hadapan Opah Dan Datuk Mukhriz..

" Apa aku nak bagi alasan Untuk tidak risaukan mereka." Wajah Anggerik Redup dalam pandangan wajahnya melihat Kedua- duanya dihadapan mata sebelum perkara itu dilafazkan. Idea diwaktu dirinya Kehilangan segala semangat dirinya.

" Anggerik dengan Mukhriz ada salah faham sikit, Tapi Anggerik sedang jernihkan keadaan Datuk, Opah. Berikan Anggerik masa." Wajah Anggerik ditundukkan Dan berbicara sehabis lembut dari bicaranya.

Dan alasan Anggerik diterima..

" Kamu bincang baik- baik dengan Mukhriz. Datuk tahu Mukhriz dengan perangai dia Dan sikap Ego dia Anggerik. Salah Datuk yang tak pandai ajar dia Anggerik. Maafkan Mukhriz!"

Mata Anggerik laju melihat kearah Datuk Mumtaz Dan Opah. Perkara ini yang Anggerik cuba elakkan , mewujudkan kesedihan dalam diri Kedua- duanya. Mereka berdua Anggerik Sayang. Mereka lah dulu tempat Anggerik bergantung harapan Dan menumpang kasih. Datuk dan Opah sentiasa ada untuk dirinya. Mereka telah Anggerik anggap sebagai keluarganya sendiri.

" Anggerik akan jernihkan keadaan Datuk. Tolong jangan bersedih sebab Anggerik. Perkara ini akan Selesai. Anggerik janji." Janji Anggerik yang diri sendiri pun tidak tahu apa keputusan Mukhriz nanti.

Itu kejadian dua hari lalu dimana Anggerik cuba memujuk Mukhriz Tapi usaha dirinya masih belum berpeluang menahan hati Dan diri Mukhriz. Kini hari ini adalah hari terakhir Mukhriz Di rumah itu. Lelaki itu akan bergerak kembali ke pahang untuk tinggal disana dalam Satu tempoh masa.

•••••

" Saya tak bagi awak keluar dari sini Mukhriz, Awak langsung tak cakap sepatah perkataan pun pada saya. Apa yang jadi sebenarnya. Hukum saya tanpa saya tahu salah saya Mukhriz."

" Ketepi Anggerik, aku tak ada masa nak buang masa disini. Banyak kerja yang sedang tunggu aku." akhirnya Mukhriz bersuara namun matanya tajam memandang kearah Anggerik.

Dalam hatinya dia berharap Anggerik memberikan laluan..

" Kenapa Awak hukum saya macam Ini Mukhriz, tak boleh Awak terus terang semua yang jadi.?"Anggerik masih mencuba untuk meraih simpati Mukhriz.

"Sepanjang aku tak ada, boleh lah engkau jumpa Adam. Kesayangan engkau tu kan." Perlian kepada Anggerik Dan cemburu Mukhriz yang menguasai hatinya.

" Apa awk cakap Mukhriz!"Anggerik hilang kata - kata. Benda yang sama Mukhriz ulang, bila semuanya akan berakhir dalam perkahwinan mereka.

Bicara Mukhriz membuatkan hati Anggerik bagai dihiris. Lelaki itu letakkan kesalahan tanpa mengetahui perkara Sebenar Dan tanpa berbincang... Tergamam...

Langkah Anggerik terus ketepi memberikan laluan kepada suaminya berlalu dari hidupnya. Anggerik memujuk hati, matanya terpejam rapat berharap Mukhriz tidak meninggalkan dirinya lama Dan Adham.. " Mukhriz rindu Adham, dia akan kembali" Anggerik memujuk hati bersama keredhaan hatinya untuk Mukhriz pergi.

" Jangan syaki apa- apa Anggerik, Mukhriz keluar bekerja untuk keluarga." Anggerik sekali lagi memujuk hatinya hanya berfikir yang baik- baik tentang suaminya.

Empat hari berlalu.,,

Mukhriz masih tiada khabar berita dari lelaki itu. Anggerik sedikit tidak puas hati. " Mana Mukhriz?" . Ingin bertanyakan hal itu kepada Datuk dia malu. Kisah rumah tangga dirinya Dan Mukhriz dibincangkan. Dia perlu fikirkan sesuatu.

Bagi menyibukkan diri Dan tidak memikirkan masalah yang membelengu hidupnya Anggerik membuangkan masa dikedai dan melakukan banyak gubahan bunga untuk dirinya mendapat ketenangan.

" Puan Anggerik?" Wajah Seha Dan Sara yang gelisah memandang kearahnya.

" Kenapa?" Wajah kedua- duanya dipandang. Anggerik tahu ada sesuatu yang terjadi Tapi apa pula masalah mereka kali ini. " Ada apa Seha , Sara ada apa - apa yang tak kena?" Fikiran Anggerik penuh dengan masalah Dan berserabut.

Kini datang pula masalah dari pekerjanya yang membuatkan Angerik gelisah melihatkan cara pekerjanya yang hanya mendiamkan diri dihadapannya.

" Ada sesuatu kami nak tunjuk kan pada Puan?" Tapi kami nak Puan bertenang." Sehabis bicara mata Seha dan Sara saling berpandangan.

" Beritahu saya sekarang, lebih lama Awak berdua diam macam ini, lagi saya gelisah. Apa dia?" Anggerik tidak mahu lagi menunggu dia perlu tahu apa yang menganggu pekerjanya.

" Ini Puan Anggerik, Akhbar hari ini?" Satu naskah Akhbar Dan Majalah diserahkan Seha kepada Anggerik.

Anggerik mengambil dengan tenang Majalah yang diserahkan pekerjanya. Dia tergamam Sebaik sahaja melihat wajah lelaki dalam Majalah bersama dengan seorang perempuan. Seterusnya Anggerik membuka lebaran Akhbar, masih dengan gosip yang sama..

Anggerik cuba bertenang sehabis daya nya dihadapan kedua - dua pekerjanya.

" Siapa perempuan ini?" Anggerik cuba mengenali perempuan yang berada disisi Mukhriz, Cantik pada pandangan penglihatan Anggerik. Mukhriz dilihat tersenyum disamping pasangan dirinya.

" Sherry Puan, pelakon Dan Model terkenal hiburan." Terang Sara kepada Anggerik. Dia tahu dunia hiburan tidak pernah diambil pusing oleh Anggerik. Kerana itulah mereka bertanggungjawab memaklumkan hal itu kepada Anggerik kerana melibatkan suami Dan perkahwinan bosnya.

" Suami saya ada Di Melaka? Saya ingat kan dia ada Di Pahang. Terima kasih kamu berdua sebab maklumkan saya Tentang hal ini. Saya nak cari suami saya sekarang. Tolong tengok- tengok kan Kedai Sepanjang saya bercuti!" Apron dibadannya ditanggalkan.Tiada yang terfikir di fikiran Anggerik kini, hanya Mukhriz.

" Puan nak pergi kemana? Melaka itu luas Puan. Lebih baik Puan tunggu disini." ada nada kesal dalam nada suara Seha kerana memaklumkan perkara itu pada Anggerik. Dari reaksi Anggerik, dapat dilihat bosnya menjadi kejam Kabut untuk membuat keputusan dalam waktu yang sukar.

" Saya akan cari maklumat dulu, jangan risau pasal saya. Jaga Kedai. Apa - apa Awak boleh maklumkan pada saya Segera." Beg dicapai Anggerik dalam keadaan tergesa - gesa. Habis sahaja bicara Anggerik telah melangkah keluar dari kedainya.

Seha dan Sara hanya mampu mengangukkan kepala, melihat tubuh Anggerik menghilang dari pandangan mereka.

*****

Angerik Berteka - teki dalam hati. Betul ker tindakan dia untuk mencari Mukhriz. Dia berjumpa untuk menyerang Mukhriz disebabkan scandal itu Atau memujuk lelaki itu.Dia sendiri tidak pasti dengan tindakan apa yang akan dibuat nanti. Apa yang penting dia perlu berjumpa Firhad, sepupu merangkap sahabat Mukhriz. Dia pasti Firhad tahu Mukhriz menginap Dan ada dimana.

Anggerik telah tiba Di syarikat milik Datuk Mumtaz. Tingkat Bilik Firhad dituju tanpa dia perlukan bantuan Pengawal untuk membawanya.

" En. Firhad ada seorang perempuan nak jumpa Tuan sekarang?" Pembantu Baru Firhad, Lidya tidak kekok dengan kerjanya sebagai pembantu, Walaupun perempuan itu pertama kali bekerja sebagai PA.

" Hmmm, bawa dia masuk.Firhad fokus pada kerjanya sambil mata Dan wajahnya tidak melihat kepada wanita yang hadir dihadapan matanya."

" Ehemmm! Firhad".Mata Hazel Anggerik memandang tepat kearah mata Firhad yang baru tersedar."

" Anggerik? Apa Awak buat Dekat sini?" Tubuh Dan reaksi Firhad juga terkejut dengan kemunculan Anggerik dihadapan mejanya." ini bukan tingkat Mukhriz? Firhad sempat memaklumkan perkara itu pada Anggerik.

" Saya tahu pasal hal itu, Tapi itu bukan sebab saya kesini Firhad. Saya nak jumpa Awak?"

" Saya Anggerik Awak nak jumpa? Awak nak saya buat apa?" Firhad Ternyata terkejut, "apa yang Anggerik nak aku buat.?" Bicara Anggerik membuatkan dia fokus kepada perbualan bersama perempuan Isteri kepada Sepupunya. Perempuan yang berjaya membuat hidup Mukhriz angau.

" Saya nak tahu Mana Mukhriz?"

" Hah?" Firhad terkejut.
Bukan sahaja Mukhriz yang angau dengan Anggerik. Anggerik pun tak tentu hala dengan Mukhriz. Patutlah mereka dijodohkan bersama. Firhad Tersenyum dalam reaksinya memandang kepada Anggerik.

" Firhad kenapa awak Tersenyum?"

Lamunan Firhad terhenti dengan bicara Anggerik yang membuatkan dirinya tersedar.
" Mukhriz dia Di Pahang ada projek disana. Kenapa Anggerik?"

" Huhhhh!" Keluhan dari bicara Anggerik, bila mendengar bicara Firhad. Dia tidak salah dengan maklumat, Tapi hati Anggerik Syak sesuatu.

" Kenapa Anggerik, kenapa mengeluh ada apa - apa yang tak kena?" Firhad serba salah melihat reaksi Anggerik. Dia dapat rasakan Anggerik sembunyikan sesuatu.

" Berapa lama Mukhriz disana? Maaf sebab banyak tanya pada Awak Firhad. Sekarang masa sukar saya dengan Mukhriz." Anggerik berterus terang kerana dia tahu banyak perkara yang Perlu dibincangkan dengan lelaki dihadapan dirinya kini.

" Dalam seminggu. Kenapa Anggerik? Saya Takkan bincang kan lagi Kalau Awak tak nak ceritakan perkara Sebenar?" Firhad main helah, dia juga Semakin Teruja Ingin mengetahui apa yang telah dibuat Mukhriz dibelakang Anggerik.

" Ini", satu naskah Majalah Dan keratan Akhbar diletakkan Anggerik dihadapan Firhad untuk tatapan lelaki itu.

Terbeliak biji mata Firhad dengan apa yang terlihat hasil Nikolai dari wartawan. " Aku dah agak Mukhriz akan buat hal. Mati lah engkau kali ini Mukhriz Anggerik dah tahu." Firhad memberikan senyuman basi kepada Anggerik,.

" Jadi Awak dah tahu pasal hal ini?" Reaksi wajah Firhad Jelas mengambarkan yang lelaki itu tahu dalam perhubungan kehidupan Mukhriz dengan perempuan. Mungkin perempuan ini kisah percintaan Mukhriz . Perempuan yang sama yang pernah diucapkan dulu oleh Mukhriz.

“ Aku puas dengan services engkau malam ini, tapi sayang  isteri,engkau bukan perempuan pilihan hati aku !"
Bicara itu kembali terngiang - ngiang ditelinga Anggerik. Bicara Mukhriz pada malam perkahwinan mereka selepas Mukhriz menjalankan tanggungjawabnya. Itu yang lelaki itu pernah ucap dulu. Dan semua itu kerana hati Mukhriz telah diisi.

“ Siapa Sherry?” Anggerik mahukan jawapan dia tidak mahu lagi berteka teki lagi dalam hubungan itu. Sampai bila Mukhriz mahu tipu dia. Hubungan mereka. Hati Anggerik sakit Tapi perasaan itu ditahan. Dia perlu tahu kisah percintaan sebenar suaminya.

“ Sherry kekasih Mukhriz!” Akhirnya Firhad menyatakan perkara sebenar. Tidak layak untuk Anggerik menerima penipuan dalam kehidupan perkahwinan dirinya dengan Mukhriz. Anggerik terlalu baik bagi Firhad. Kisah Anggerik dulu dengan Mukhriz dia tahu semua.

“ Dia wanita sama yang Mukhriz Cinta sebelum saya Firhad?”Anggerik mahukan kebenaran segalanya Tentang kisah percintaan Mukhriz, cuma tak sangka selama ini Mukhriz rahsiakan hal itu dari dia. Bijak Mukhriz rahsiakan selama dia hidup dengan lelaki itu.

Firhad hanya mengangguk lemah mengiyakan segala telahan Anggerik.

“ Sebab itu Mukhriz tak mahukan perkahwinan kami dulu, sebab dalam hati dia ada Sherry.?” Kenyataan itu terlalu pahit bagi Anggerik.

“ Sherry dengan Mukhriz memang bercinta Anggerik. Saya tak dapat nafikan, Tapi sebab kenapa dia tak terima Awak dulu Dan tinggalakan awak, Saya tak tahu. Mungkin sebab Sherry? Tapi jawapan itu Awak kena tanya Mukhriz.” Firhad harap Anggerik faham dengan situasi dirinya.

“ Kenapa Mukhriz kembali tak ceraikan sahaja saya malam itu Firhad Kalau dia dah ada seseorang. Bertahun saya merana disebabkan dia. Saya tak tahu apa salah saya sampai dia hukum saya. Kalau saya tahu dia dengan Sherry saya Takkan kembali dalam hidup dia Firhad. Apa yang saya dah buat dalam Hidup saya.” Anggerik kembali tersedar dalam kesilapan dirinya kembali dalam hidup Mukhriz, Sedang kan hati Mukhriz bukan milik dia Tapi Milik perempuan lain, Sherry.

“ Mungkin sebab Adham Anggerik, Mukhriz berubah. Dia tak tahu tang Adham tu wujud sejak kejadian malam itu?”

“ Awak pun tahu pasal malam itu Firhad. Lambat - lambat Anggerik bertanya. Ternyata dia malu, malam mengaibkan dirinya Dan Mukhriz, diceritakan kepada lelaki asing yang tiada kena mengena dengan mereka. Sepatutnya perkara itu dirahsiakan.”

“ Saya tahu semua Anggerik, Tapi Awak tak Perlulah berprasangka buruk Tentang hal itu. Dia cuma luahkan Apa dia rasa, tak lebih Anggerik.”

Anggerik Tersenyum kelat mendengar bicara Firhad. Mukhriz tidak segan silu menceritakan hal itu pada Firhad. Entah apa lagi rahsia diranjang yang telah dimaklumkan pada Firhad.

“ Saya dah tahu semuanya Firhad Mukhriz kembali sebab Adham. Dia serba salah sebab Adham Tapi hati dia pada Sherry. Kenapa dia buat tindakan bodoh macam itu? Dia boleh dapatkan Sherry Dan Adham dalam satu masa yang sama. Anggerik telah dapat jawapan dari segala persoalan Tentang hal itu. Dia Nekad..
“ Ada apa - apa lagi Awak nak tanya Angggerik?” Firhad memandang wajah Sebaris nama yang diberikan nama bunga Anggerik. Susuk tubuhnya Dan Mata Hazelnya benar - benar memukau pandangan mata Firhad. Wanita Sebaik Anggerik layak bahagia dalam hidupnya.

“ Awak boleh semak untuk saya Firhad. Dimana Hotel Mukhriz menginap. Saya nak jumpa dia. Saya nak Selesaikan masalah kami.” Lembut Anggerik bicara, segala gelodak dalam hatinya sebelum ini dibuang untuk dia menghadapi situasi sebenar dalam hidupnya. Dia tak boleh lari lagi dalam kehidupannya. Dia perlu berhadapan dengan Mukhriz untuk Selesaikan masalah mereka.

Firhad dilihat Anggerik memanggil pembantu peribadinya Dan memberikan beberapa arahan kepada wanita itu. Anggerik hanya menjadi pemerhati dengan segala yang terjadi, Dan dia masih menunggu.

Pembantu Firhad telah pergi. Tumpuan Firhad telah kembali Kepada Anggerik.

“ Awak nak jumpa Mukhriz Selesaikan benda ini Anggerik?” Firhad cuba menduga Dan terdengar keluhan dari bicara Anggerik.

“ Saya tak tahu dengan segala yang terjadi Firhad. Saya tak tahu yang perasaan Mukhriz pada Sherry, dia Cintakan pelakon itu. Kalau saya tahu Saya akan undur diri, Saya tak layak dalam kehidupan itu.” Anggerik meluahkan segala yang terbuku selama ini dalam hatinya.

“ Apa Maksud awak tak layak dalam kehidupan itu Anggerik?” Firhad tidak faham maksud Anggerik.

“ Saya tak suka jadi tumpuan Dan hidup dikalangan orang Kaya Firhad, keluarga dan keturunan awak. Saya lebih mahukan kehidupan biasa yang tenang dan Aman.” Anggerik meluahkan perasaannya, bicara dengan Firhad dia selesa.

“ Awak terlalu sempurna Anggerik, tak sangka Awak boleh fikir sampai macam itu sekali. Mukhriz kerugian Sebab dia sia - sia kan awak dalam hidup dia.” Firhad memuji dengan Ikhlas, keputusan dirinya sebentar tadi yang berterus terang pada Anggerik adalah tepat waktu ini.

“ Tiada yang sempurna dalam hidup ini Firhad. Mungkin itu pilihan hidup saya. Saya tak mahukan tumpuan Dan kekayaan membuatkan saya lupa diri. Semua ini hanya bersifat sementara, sebelum kita kembali. Kita semua sama.”

“ Apa pilihan hidup Awak Anggerik Kalau Mukhriz tetap pilih Sherry dalam hidup dia. Bagaimana awak dengan Adham untuk teruskan hidup?” Firhad sekadar menguji melihat reaksi Anggerik, jika Mukhriz memilih untuk hidup dengan Sherry dari Anggerik.

“ Saya akan relakan hal itu. Mukhriz berhak bahagia dengan pasangan dia, lebih - lebih lagi wanita itu yang dia Cinta selama ini. Saya cuma penghalang dia sebab saya ada Adham. Sebab itu Saya rasa Mukhriz susah untuk buat pilihan. Tapi saya akan jernihkan hal itu Firhad.” Anggerik telah membuat keputusan yang bulat dalam hatinya. Dia akan serahkan segala keputusan kepada Mukhriz. Lelaki itu berhak bahagia dengan Sherry. Mereka pasangan yang dilamun Cinta.

“ Macam mana dengan hidup Awak Anggerik. Awak nak Teruskan hidup dengan Mukhriz. Awak sanggup hidup bermadu?” Firhad bermain helah mahu melihat reaksi Anggerik dengan masalah itu.

“ Saya dah lama hidup sendiri Firhad saya sudah terbiasa dengan Adham. Kalau itu keputusan Mukhriz saya undur diri.Mukhriz berhak bahagia dengan pilihan hati dia. Dia telah wujud sebelum saya.Tapi Saya rasa itu langkah yang terbaik dalam perkahwinan kami.”

“ Saya kagum Dengan Awak Anggerik, Saya tak sangka Awak akan Cepat buat keputusan itu tanpa Awak fikirkan nasib Awak dulu.”

“ Hidup saya selalu sendiri Firhad saya dah biasa dengan kehidupan itu. Lagipun awak pun tahu kehidupan saya macam mana. Tapi ada sesuatu yang mengusarkan hati saya, Kalau hal itu terjadi.” Mata Anggerik memandang tepat kearah Firhad untuk lelaki itu dapat meneka apa yang ada Di fikirannya.

“ Apa yang Awak fikirkan Anggerik? Firhad tidak dapat meneka.

“ Macam mana reaksi Datuk dengan Opah Kalau perkara itu terjadi Firhad. Awak rasa mereka boleh terima? Saya tak takut pasal Adham, Saya akan benarkan meraka Dan Mukhriz jumpa dia. Saya akan adil, Tapi saya risau kan Kesihatan Datuk untuk terima hal ini.” Anggerik kelihatan resah bila dia mulai memikirkan Tentang kesan perpisahan diri dia Dan Mukhriz yang akan terjadi. Lebih - lebih lagi, Datuk ada serangan jantung yang pernah ragut Nyawa lelaki itu dulu.

“ Rahsiakan perkara itu Anggerik dari Datuk buat sementara waktu? Itu jalan yang terbaik Anggerik?” Firhad memberikan Idea untuk Anggerik Dan Mukhriz untuk bahagia dalam kehidupan mereka. Lebih - lebih lagi kehiduapan Mukhriz yang dirasakan Firhad mencintai Sherry lebih dari Anggerik.

“ Maksud awak Firhad? Apa yang perlu saya buat dalam hal itu?” Anggerik tak faham dengan cadangan Firhad. Bagaimana dia boleh rahsiakan penceraian dengan Mukhriz dari pengetahuan Datuk Dan Opah. Mereka tinggal sekali.

“ Berpindah Anggerik, keluar dari rumah itu. Mukhriz ada rumah sendiri, disana Anggerik Dan Mukhriz lebih mudah merancang. Perkara yang lebih penting, boleh merancang Dan rahsia itu Takkan terbongkar.?” Idea Firhad yang dirasakan bernas.

Anggerik memandang Firhad tanpa sebarang reaksi. Segala cadangan Firhad benar - benar tepat difikirkan Anggerik. “ Pindah”..

Perbualan mereka terhenti bila seseorang menghampiri dalam situasi Firhad Dan Anggerik yang masih memikirkan hal yang sama..

“ Ini Alamat tempat penginapan Tuan Mukhriz, Tuan Di Melaka. Dan ini nombor bilik hotelnya. Seorang wanita pembantu Firhad muncul Dan menghentikan lamunan Anggerik,

“ Anggerik ini yang Awak minta tadi. Selamat berjaya!” Firhad tersenyum sambil reaksi Anggerik yang menarik pernafasan dalam dirinya bernafas dengan tenang.

Nota diserahkan kepada Anggerik, Dan Senyuman balasan dari Anggerik membayangkan Anggerik telah dapat menerima kisah hidupnya..

Dia akan mencari Mukhriz disana Dan Selesaikan masalah mereka . Dia telah mengetahui punca bagi semua yang terjadi.

Hati Mukhriz telah dimiliki dulu oleh seseorang, begitu juga dengan diri Anggerik. Untuk apa perkahwinan mereka diteruskan jika masih Terdapat hati yang akan parah Dan lagi terluka kerana mereka.. Seperti perasaanya sekarang, dipermainkan oleh Mukhriz, dalam percintaan lelaki itu yang sembunyi..

Anggerik memilih jalan yang lurus Dan tenang. Ini adalah yang terbaik untuk dia..

Langkah Anggerik meninggalkan Pejabat Firhad.. dia pasti jalan ini dipilih untuk dia kembali tenang dalam kehidupannya bersama Adham.. Berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience