Bab 2 ( A2)

Romance Completed 306524

... Pagi...

Alex merenung wajah gadis cengkung dihadapannya. Tangan yang kerding, jari yang tirus dan mata yang bulat. Itu perskrepsi Alex melihat kearah Sabrina.

" Sabrina". Alex mencicip mulutnya memandang kearah gadis yang sedang duduk dihadapannya.

" Ye.yee-Yeee!" Anggukan bersama mata bulat Sabrina yang memandang kearah lantai.

" Apa yang  lihat dekat lantai itu? Lantai itu yang bersuara panggil nama Sabrina?"

Wajah pucat Sabrina sambil pandangan matanya melihat kearah Alex. Jelas terlihat ketakutan Dan kekalutan Sabrina. Semua perkara itu buatkan Alex tergelak dalam hati.

" Semalam bukan main hebat sangat, lancang kutuk aku. Tapi tengok sekarang! Budak ini semakin menikus bila kenal aku siapa?"

" Pandang apa lagi? Nak aku suapkan !" Arahan Alex bersama tindakan tangan pantas Sabrina yang memegang sudu Dan membawakan makanan ke mulutnya.

"Tahu takut!" Alex tersenyum sumbing melihat reaksi Sabrina.

Hari  ini dia dapat rasakan harinya berubah suasana dengan kehadiran Sabrina, Walaupun Sabrina yang dikenali masih budak.

" Aku mungkin terlewat malam ini. Makanan aku dah tinggalkan dalam peti Ais. Engkau boleh guna semua itu Tapi jangan melanpau."

" Sssaya Faham!" Wajah Sabrina masih menunduk tidak mahu memandang kearah Alex. Takut.

Tangan Alex menangkap dagu Sabrina agar memandang kearahnya bila bercakap. " Aku tak suka kalau orang bercakap dengan aku pandang lantai. Pantang! Lihat mata aku bila bercakap." Gesaan Alex..

Sengaja Alex mahu melihatkan perwatakan dirinya yang dominon kepada Sabrina. Dia sangat suka menyakat Sabrina, lebih - lebih lagi bila dilihat Setiap kali Sabrina diusik, pipi Sabrina akan memerah saga dan matanya bulat mencari reaksi Alex.

" Saya tak berani buat lagi" halus Suara Sabrina bersama Tangan dan nada suaranya yang terketar.

" Bagus!" Tapi jangan tunjukkan sangat ketakutan engkau tu dekat aku." Mata Alex memandang ke sekeliling rumahnya. Membuatkan wajah Sabrina memucat.

" Apa yang lagi menakutkan!" Terketar - ketar Suara Sabrina. Sudut pandangan matanya melihat keseluruhan ruang yang dilihat sebentar tadi oleh Alex.

" Hantu!" Wajah serius Alex, yang membuatkan Sabrina menelan air liur beberapa kali.

" Rumah ini berhantu!" Semua itu membuatkan tubuh Sabrina menaiki dengan bulu Romanya, bersama dengan matanya yang memandang Alex.

" Jaga rumah ini! Jangan telefon aku kalau hal itu tak penting."Satu telefon bimbit diletakkan Alex dia atas kaunter Bar Dapur.

Sabrina hanya mampu menganggukkan kepalanya. Dia sedar diri dengan apa yang terjadi sebelum ini. Dia Hanya pendatang yang akan digunakan. Dan selepas kerjanya seleasai dia akan kembali kepada kehidupan yang asal.

" Duit itu bukan bayar engkau untuk tenung lantai dengan engkau berangan.  Duit yang dilaburkan untuk engkau tu, untuk engkau fikir? Apa yang engkau perlu buat Dekat sini? Sebelum masa itu sampai."

" Faham!"

" Faham! " Lembut Suara Sabrina tidak menampakkan kekasaran dalam sifat tubuhnya lagi.

" Kalau faham Engkau boleh mula kan dengan lantai, Sebab aku lihat engkau suka sangat dengan lantai. Aku balik? Semua ini dalam keadaan kemas, tiada sampah!"

Sabrina Hanya mengangguk..

" Aku pergi dulu."

Sabrina menapak kearah Alex menghalang laluan perjalanan Alex. Hal itu membuatkan Alex terkejut.

" Engkau nak buat apa?" Mata hitam Alex terjegil memandang Sabrina yang menghalang laluannya.

" Cup"

Satu ciuman dilepaskan Sabrina ke pipi Alex. Membuatkan Alex tidak tersedar. Dia Seakan bermimpi. Dia dalam lamunan sebelum tidur dikejutkan.

" Engkau buat apa!" Suara tersekat Alex dalam mengawal perasaan jantungnya berirama tidak menentu.

" Saya ucapkan selamat pada Encik!"  Sabrina masih menikus ditepi dinding. Takut kelakuan dirinya sebentar tadi menyinggung perasaan Alex.

" Iiitu cara engkau ucapkan selamat?" Alex tak dapat bayangkan jika dia juga dapat rasakan getaran dari ciuman Sabrina.

" Saya selalu cium Ibu sebelum dia bekerja. Saya ucapkan selamat untuk dia kembali. Saya takut terjadi sesuatu pada Dia macam Ayah." Air mata Sabrina menitis, segala penderitaannya terluah.

" Engkau doakan aku selamat Sabrina!" Alex tak sangka dalam tubuh yang kecil seperti Sabrina juga mempunyai perasaan ambil berat kepadanya. Walaupun mereka berdua baru kenal Semalam.

" Saya hanya tinggal Awak Encik, Saya tak ada siapa lagi!" Sekali lagi mata berair Sabrina ditundukkan.

Alex kematian reaksi, lebih lama dia tinggal disitu melayan Sabrina, hatinya jadi tak menentu.

" Dia berjaya sesakkan dada aku dengan ciuman mengejut tadi. Macam mana aku nak hadapi Sabrina sampai umur dia 18 tahun."

Wajah Sabrina ditilik Alex dalam pemerhatian matanya. Gadis yang lurus Dan Suci dalam perwatakan lelaki.

" Aku pergi dulu, ingat pesan aku." Kali ini pandangan mata Alex tidak lagi garang seperti sebelum ini. Dia masih lagi mendominasi namun dia harus melepaskan perasaannya pergi. Dia tidak mahu kejadian dulu kepadanya berulang kepada Sabrina.

****

" Awal engkau sampai? Macam mana malam tadi? Berjaya?" Senyuman sinis Nick yang membuatkan Alex jegilkan matanya keatas. Air Soda yang tersedia diatas meja oleh Nick diminum bagi melepaskan dahaga Alex.

" Cancel, sebab dia bawah umur?" Bersahaja Alex memaklumkan kepada Nick, Tentang kejadian semalam yang berlaku kepada dirinya Dan Sabrina.

" Berapa usia budak tu?"Nick Seakan berminat, Tapi dia lebih berminat dengan cara Alex sampaikan semua benda itu. Lagipun Alex sebelum ini dikenali seorang pembenci perempuan.
" Mungkin Alex dah berubah arah, mungkin dia Benci perempuan Tapi bukan budak?" Serkap jarang Nick sambil menunggu jawapan dari Alex.

" 16", Mata Alex melihat kearah Nick yang sedikit ternganga.

" Mana Bapa engkau dapat budak tu?" Nada terkejut Nick bersama mata yang dikecilkan memandang kearah Alex.

" Apa?" Alex pula yang Panas hati dengan kelakuan Nick pada dia. Macam dia ini tak taku bezakan mana yang salah Dan mana yang Betul. " Tapi berhubungan dengan sejenis memang dah salah dari hukum!"

" Tak guna Nick?Jangan pandang aku macam itu? Aku bukan pedofilia Seks nak buat macam itu pada Sabrina." Entah macam mana Alex terus sahaja berterus terang.

" Jadi nama budak itu Sabrina? Selamat dia belum jadi mangsa engkau Alex. Kalau tak? Tak tahu apalah nasib dengan budak tu. Masa depan dia cerah lagi Alex. Jangan jadi macam kita?"

Bicara Nick membuatkan kedua- duanya termenung? Seakan Terasa suatu Kehilangan.

" Mawar? Kemana dia pergi?" Alex tidak dapat menyorokkan wajah dirinya  yang mulai merindui kelincahan Dan kelicikan Mawar.

Mereka sahabat, namun Kehilangan Mawar yang tiba - tiba membuatkan Alex keliru. Dia juga tahu Nick mempunyai perasaan yang sama dengannya.

" Aku harap dia bahagia Alex. Bahagia dengan cara dia". Nick masih dengan harapan agar sahabat perempuannya selamat.

***

" Wonderful"

Pujian dari Terry membuatkan Senyuman Mawar semakin melebar. " Awak dah balik!"

" Memanglah aku dah balik? Apa engkau tak suka aku kembali" Terry masih beriak biasa, Setiap hari dirinya bekerja di dalam Atau diluar daerah. Dia tahu seseorang telah menantikan dirinya di rumah.

" Awak bergurau! Awak tahu macam mana saya rindukan Awak dekat sini Terry." Mawar mendapatkan Terry, dalam mencari perhatian Terry, tubuh lelaki itu diraih dalam pelukan.

Mata Terry memandang tidak lepas kearah wajah Mawar. Gadis yang dihadapannya telah berubah sepenuhnya, dia bukan lagi wanita yang sama seperti dulu.

Rambut Mawar yang telah keperangan membuatkan wajah Mawar yang mempunyai anak mata perang semakin terserlah dengan keayuan diwajahnya.

" Aku Sukakan perubahan ini Mawar. Engkau bagaikan Bidadari!" Tersenyum sinis Terry sambil tangannya menarik dagu Mawar beserta, mulutnya melepaskan ciuman dibibir Mawar. Rindu yang selama ini menjangkau 7 hari tidak menemui gadis itu membuatkan Terry ketagihan.

Mawar membalas dengan senyuman, namun ciuman berahi Terry terhenti separuh jalan.

" Kenapa?" Mawar melihat reaksi Terry yang Seakan memikirkan sesuatu.

" Roselle" Suara Terry yang bergema dengan suatu nama.

Perasaan Mawar cemburu membuak - Buak. " Siapa Roselle?" Mata Mawar telah berair. Dia dapat rasakan hatinya sakit Dan pedih. Mendengar kan Terry menyebut nama seorang wanita lain, sudah memadai membunuh Mawar dalam senyap.

" Kenapa menanggis?" Tangan lembut Terry bersama Senyuman manis menyentuh wajah Mawar. Air mata yang turun menuruni pipi merah Mawar diseka.

" Jangan sakitkan hati saya Terry? Saya terlalu Cintakan Awak, jangan tinggalkan saya macam Awak tinggalkan Susan?" Air mata Mawar tak henti mengalir.

" Hei? Jangan cakap macam itu. Engkau tak kenal Roselle sepenuhnya. Dia seorang perempuan yang lembut, memiliki mata yang bundar keperangan Dan Bibir yang mungil kemerahan yang membuatkan aku ingin Segera kembali kesini Mawar.

Bibir Mawar diragut Terry sekali lagi. Namun kali ini ciuman bersama gigitan. Gigitan yang membuatkan Mawar menjerit, namun tangisan Mawar masih belum berhenti.

Terry tersenyum sinis dengan reaksi Mawar yang menjauhi dirinya.
" Kenapa Roselle yang Awak masksudnya macam.. macam..??

" Mawar?" Suara Terry Jelas kedengaran ketawa dengan sinis Dan lirikan yang masih tidak lepas melihat kearahnya.

" Saya? Roselle?" Mawar tercengang! Tapi dia tak dapat mengingati apa - apa? Sesuatu tentang masa lalu, gadis yang bernama Roselle... Oh! Terry... Mawar lemah dalam mengawal perasaan hatinya.

" Kenapa Saya tak ingat? Salah saya sebab mengesyaki Awak tadi. Saya terlalu cemburukan Susan. Saya tak sangka Roselle adalah  saya.! Maaf Terry."

Tubuh Terry kembali dipeluk Mawar erat.

" Sssssshhh! Aku tak salah kan engkau Roselle. Engkau tak ingat apa - apa, nama sebenar engkau Roselle Dan nama Mawar aku nak hilangkan mulai hari ini."

" Saya tak patut curigai Awak Terry, Awak sentiasa ada disisi sejak saya Perlu kan Awak. Awak sentiasa ada!" Mawar jujur, dia sangat percayai Terry Dan meletakkan sepenuh kepercayaan dirinya Kepada lelaki itu.

Mata Mawar memandang kearah Terry. " Saya minta maaf sebab curiga dengan Cinta Awak pada saya. Saya tak sepatutnya percayai Susan dengan kata - kata dia. Saya dah sakitkan hati Awak Terry. Saya Takkan lakukan hal itu lagi."

" Janji!" Terry memberikan Senyuman maut kepada Mawar yang masih dalam pelukannya.

" Janji!" Suara lembut Mawar, bersama pelukan yang erat dalam dakapan Terry.

" Jangan khuatir Roselle, Susan aku dah uruskan. Dia Takkan memganggu lagi kita. Perkara yang paling penting untuk engkau tahu! Dia Takkan dapat mempengaruhi sesiapa lagi dalam dunia ini dengan mulut becok dia." Terry kembali Tersenyum sinis.

" Baguslah! Sebab kan mulut dia, saya mengesyaki dan curiga pada Cinta Awak Terry."

" Hmmmm! Engkau selalu dengar cakap orang Roselle. Mudah terpengaruh, sebab itu aku tak benarkan engkau keluar dari sini. Aku dah sediakan laman ini untuk engkau cucuk tanam, harap Engkau gembira.

Pelukan di Tubuh Mawar dilepaskan Terry. Matanya melihat keindahan disebalik Bunga Ros yang ditanam Mawar. Cantik Tapi berduri.

" Awak sukakannya Terry?" Mawar sangat Teruja dengan pujian Mawar.

" Aku sukakannya!" Terry masih tersenyum memandang kearah gadis yang berada dihadapanya. Satu persatu identiti Mawar dihilangkan dalam diri Roselle.

Bermula dari tubuhnya. Cara berpakaian Dan tubuhnya dibuatkan penampilan baru.

7 hari dirinya menghilang, Terry menyelesaikan semua masalah Mawar dengan mancari identiti baru untuk gadis itu. Dia Perlu menghilangkan sejarah Mawar sepenuhnya.

Kehilangan Ingatan dalam memori fikiran Mawar memberikan bonus bagi Terry. Menghilangkan semua kejahatan yang dilakukan Terry kepada Mawar dulu sebelum kemalangan.

Dia tahu Adam Licik. Oleh kerana itu dia perlu melangkah kehadapan terlebih dahulu dari Adam. Wajah Mawar yang mempunyai unsur keunikan membuatkan identiti sebenar dirinya senang untuk dirahsiakan.

Terry mengupah seorang pengubah personaliti Hollywood untuk membantu Mawar mendapatkan personaliti yang sesuai dengan wajahnya.

Duit bukanlah masalah bagi Terry. Yang Hanya menjadi masalah dirinya adalah Adam, abangnya. Jika Adam dapat mengesyaki sesuatu dari situ.

Kerana itu Terry Hanya berurusan dengan pakar.
Personaliti yang sesuai dengan diri Mawar adalah gadis yang berasal dari America Latin. Wanita Brazil,Mexico yang lebih kepada Wanita kemelayuan.

" Perfect!" bersama Senyuman Terry, Sebaik sahaja gambar Mawar selepas diubah suai dengan penampilan diserahkan kepada Terry dalam mesej bergambar.

" Mulai saat ini, aku akan panggil engkau Roselle!" Tiada lagi Mawar. Aku nak engkau mula kan hidup baru dengan aku.

" Hidup baru? Maksud awak Terry. Mawar semakin mengelamun indah. Keindahan yang dirasakan bagi Setiap perempuan di dunia. Dia Hanya harapkan suatu. Suatu peristiwa dimana setiap wanita didunia idamkan.

Detik lamaran, dimana Terry akan mengahwininya. Itulah yang diharapkan Mawar sekarang. Mereka berdua berkahwin.

" Apa yang engkau harapkan dalam dunia baru? Beritahu aku. Aku akan tunaikan semua permintaan!"
Satu rokok dinyalakan dalam tangganya sambil perhatian masih diberikan tumpuan kepada Roselle.

" Awak nak Lamar saya Terry, kahwin? Itu yang Awak maksudkan.!" Mawar terpaksa berterus terang, dia tahu jenis lelaki seperti Terry tidak akan membuat lamaran seperti dalam lamunan. Itu Hanya adalah mimpi.

" Kita akan bina kehidupan. Kita akan ada keluarga Roselle. Itu Maksud aku.!" Asap kembali disebut kedalam peparunya, melepasakan segala kekusutan.

" Saya tak sabar Terry untuk menempuh perkahwinan itu. Saya akan ikut segala cakap awak. Saya akan bersedia." Roselle  Teruja tersenyum kearah Terry, namun reaksi Terry menakutkan Roselle.

Terry sedang menatap dengan pandangan tajam memandang kearah Roselle.

" Kita tak perlukan perkahwinan, Cukup kita bina keluarga. Itu sahaja yang aku nak beritahu. Aku tak percaya kan perkahwinan.!" Sebaik sahaja Terry luahkan pendapatnya, lelaki itu berlalu dihadapan Mawar, meninggalkannya.

" Terry saya salah cakap! Saya minta maaf. Saya ikut segala kehendak Awak Terry. Tiada perkahwinan, saya terima. Kembali kepada saya Terry!" Roselle merayu Kepada Terry untuk tidak tinggalkan dirinya  sekali lagi.

Terry Tersenyum sinis melihat kearah Roselle yang merayu kearahnya.

" Aku akan kembali Tapi bukan sekarang! Aku perlukan rehat Roselle. Nampaknya mood aku tak Baik hari ini. Aku perlukan ketenangan dulu. Malam ini aku kembali!" Belakang kepala Mawar diurut lembut untuk memujuk Roselle agar Lepaskan dirinya dulu.

Roselle Hanya memerhati sahaja Tubuh Terry menghilang dari pandangan matanya. Dia Tersenyum menyedapkan hatinya sendiri.

Setelah lelaki itu menghilang dapat dirasakan Roselle hatinya sakit. Kesakitan yang membuatkan matanya terpejam, gelap sebelum sebuah wajah menjelma dalam fikirannya..

Cepat - Cepat mata Roselle dibuka?

" Anggerik!"

Sebuah nama yang tiba - tiba sahaja terpacul dari bibirnya. " Anggerik? Apa benda itu ?"

Roselle meraup wajahnya. Dia kembali tersedar dengan segala yang terjadi dalam hidupnya. Masih banyak rahsia yang tersimpan dalam hidupnya.

Terry dapat dirasakan Roselle semakin menjauh dari hidupnya. Dia tidak berani untuk kembali kerumah Utama. Itu adalah larangan untuk dirinya menjejak kan lagi kaki disitu. " Semua itu atas Arahan Terry, Dan Roselle tidak berani untuk melanggar arahan lelaki itu.

" Apa yang aku buat pada diri aku. Aku biarkan Terry gunakan tubuh aku. Sedangkan dia tak Cintakan aku!" Roselle mulai tersedar bila Terry berjauhan dengannya, ditinggalkan tanpa berita.

Namun sebaliknya terjadi bila lelaki itu mulai dekat dengan dirinya. Serta merta wajah Roselle akan ceria, segala masalah Dan pendapat negatif dirinya akan dibuang Sebaik sahaja dirinya dalam dakapan Terry.

Dia tahu dia tak boleh Kehilangan Terry, kerana lelaki itu adalah pelindungnya Dan penyelamat. Kerana itu Setiap bicara Terry dia akan percaya sepenuhnya.

Tapi tidak kali ini. Dia telah terlalu lama diperdaya. Dia perlukan kepastian Tentang hati Terry kepadanya.

Dia Nekad.. Dalam hati Roselle dia Ingin mengetahui apa yang berkaitan dengan  "Anggerik"

****

Dengan pakaian dress yang tebal Roselle menyelinap masuk ke rumah Utama. Dia telah tahu laluan yang akan digunakan untuk ke  rumah yang pernah menempatkannya dahulu.

Roselle memasuki ruangan pintu Dapur yang separuh terbuka. Dia Perlu mencari identiti dirinya yang sebenarnya sebelum dia kehilangan ingatan. Dia perlu tahu  bagaimaan dia boleh menjadi begitu. Tiada yang memaklumkan kepadanya bagaimana hal itu terjadi. Nampaknya dia tiada pilihan. Dia perlu membongkar rahsia dirinya sendiri.

Tempat pertama yang perlu dia mulai pencarian identiti dirinya. Bilik pertama yang dia tersedar dari mimpi yang panjang. Dia masih lagi mengingati seraut wajah yang memandangnya sewaktu dia mula membukakan mata. " Terry".

Lelaki itu yang pertama dia lihat berada disampingnya. Roselle masih mengingati Setiap saat peristiwa selepas bukaan matanya.

" Hai".

" Wajah bermata biru itu kelihatan jelas dipenglihatan Roselle. Lelaki yang berada dihadapannya. Disebelahnya adalah seorang wanita separuh umur yang memandang dirinya sambil Tersenyum.

Ada keikhlasan dari wajah mereka itu yang Roselle pasti.

" Saya dimana?" Roselle mulai memegang kepalanya yang sakit. Lebih - lebih dibahagian belakang badannya yang dirasakan sakit Sehingga tidak dapat ditahan.

Dia cuba untuk bangun, namun ditahan dari berbuat demikian oleh sepasang tangan lelaki dihadapannya.

" Saya Terry! Kita kekasih, dah lama saya tunggu Awak tersedar Roselle."

" Terrry?" Kepala Roselle dipegang. Dia dapat rasakan kesakitan bila dia cuba mengingati Sebaris nama itu.

" Hmmm! Cukup Awak tak perlu fikirkan sangat, Awak berehat dulu. Hari ini Awak baru pulih dan tersedar, jangan fikirkan lagi hal itu. Awak masih ada banyak masa yang panjang."lelaki yang bernama Terry memujuk.

" Siapa saya ? Mata bundar Mawar melihat, mahu mendapatkan jawapan dari lelaki yang mengaku kekasih dirinya.

" Mawar! Tapi itu bukan nama sebenar awak. Selepas Awak pulih Saya akan beritahu nama sebenar awak."
Terry memulakan strategi dalam Plan dirinya mengelirukan Mawar Tentang nama dirinya yang sebenar. Dengan itu kawalan kepada gadis itu masih berpihak kepaca dirinya.

" Mmmawar? Wajah Terry Dan Maria ditilik Dan cermin dihadapannya menunjukkan wajah mereka bertiga berbeza.

" Wajah lelaki itu dan perempuan itu sama Satu bangsa? Kenapa aku lain?"

Wajah Maria dilihat Mawar Dan beralih kearah Terry..

" Kenapa kita berbeza? Saya macam bukan dari kalangan orang - orang sini? Kenapa?" Mawar masih menunggu jawapan Tapi dari wajah Dan reaksi Terry Dia tahu, dia tidak akan dapat jawapan dari persoalan dirinya.

" Berehat Dan Pastikan Awak sembuh seperti sediakala. Suara Terry tegas namun ada Maksud yang tersembunyi.

****

Setiap pagi Dan malam Terry akan datang menemani Mawar Di biliknya. Kini Mawar telah boleh duduk sendiri namun masih memerlukan bantuan Terry.

Doktor sentiasa memantau keadaan fizikal Dan Kesihatan Mawar, setiap Minggu. Namun semangat Mawar semakin menurun dalam hidupnya membuatkan penyakitnya lambat untuk sembuh.

Terry gelisah dengan apa yang terjadi. Dia tidak menjangkakan sesuatu yang begitu buruk akan dipilih oleh Mawar. Dia tak sangka gadis itu akan menamatkan riwayatnya.

Dia Hanya sangkakan Mawar akan dapat ditakuti bagi senang untuk dirinya mengawal. Dia pernah kejarkan gadis itu dulu, Dan bila dia adalah gadis sama yang menipu dirinya dalam komplot memusnah kan Anggerik, Terry hilang kawalan.

Tidak sepatutnya hal itu berlaku. Dia Hanya mahu menjauh kan Mawar dari Anggerik. Bagi membuatkan kehidupan Anggerik Lebih selamat.

" Termenung lagi?" Suara perempuan yang kasar mengejutkan lamunan Terry.!

Senyuman tipis namun dapat membuatkan Perempuan separuh abad itu berada disisinya.

" Kita kena Cari cara lain Terry untuk dia pulih. Mesti Engkau tak sanggup dia macam itu. Dia bukan perempuan yang macam engkau pernah bunuh sebelum ini. Terlihat dimata engkau?" Maria mencelah..

" Apa dalam fikiran engkau Maria? Beritahu aku." Terry tahu Maria yang telah dianggap seperti keluarganya akan sentiasa memberikan perancangan Dan rancangan yang dapat membantunya. Maria dan Terry telah lama bersama. Dia merupakan penjaga Terry Dan juga pembantu dalam segala halnya.

" Sesuatu dibisikkan kepada Terry dalam Senyuman sinis. Selesai berbisik, Maria meninggalkan Terry dalam Senyuman dipipi Terry Mekar bersama jelingan melihat tubuh Maria menjauh darinya.

" Licik", pujian Terry kepada Maria.

***

" Apa bunyi bising itu? Mawar memalingkan wajah kepintu. Sejak sebulan dirinya terlantar. Setiap Satu malam Terry tidak lagi akan menemani tidurnya. Dia tidak tahu mengapa. Dia lumpuh . Hanya yang termampu terbaring diatas katil ataupun Di kerusi roda.

" Bunyi bising itu perbuatan Terry. Jangan ganggu dia nanti dia akan mengamuk!" Sinis Maria Tersenyum, sambil tangannya membantu Mawar untuk berbaring diatas katil .

Selepas tubuh dibaringkan, selimut diletakkan bagi membaluti separuh tubuh badan Mawar yang tidak lagi bergerak.

" Kenapa Terry perlu marah Maria? Apa yang dia buat?" Mawar masih tidak puas hati. Dia mencuba untuk kembali ke kerusi rodanya untuk melihat apa yang terjadi sebenarnya dengan Terry.

" Maria Tolong bantu saya kembali ke kerusi, saya mahu dapatkan Terry. Kenapa dia mengamuk Maria?"

Maria serba salah. Dia Hanya melurutkan tangannya tidak mahu memberitahu apa yang terjadi.

" lebih Baik kita jangan masuk campur dalam hal ini. Ini hal Terry, dia pasti boleh uruskan benda ini.

" Benda apa Maria? Mawar semakin tidak sabar.

" Saya tak mahu masuk campur, Tapi kalau Awak nak tahu Kisah selanjutnya saya boleh membantu.?

" Bawa saya kesana. Penuh keterujaan Mawar meminta pertolongan Maria untuk mendapatkan Terry.

Setelah hampir tiba kearah bilik Terry. Suara itu semakin kuat. Dapat dilihat Mawar, Pintu bilik Terry yang dibukakan luas. Ternampak segalanya dihadapan mata.

Terry sedang beradegan Panas dengan seorang perempuan di ranjang . Semua itu Jelas pada pandangan mata Mawar.

Mawar terkejut dengan realiti dalam hidupnya. Lelaki yang mengaku kekasihnya " Curang!"

" Dia Curang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience