47

Romance Completed 306520

** Penculikan - Scoth Dan Anggerik **

Scoth- lelaki Yunani....

" Aku dah sediakan makanan, engkau makan Dan jangan cuba buat apa - apa. Kita saling kerjasama." Suara seorang lelaki di pendengaran telinga Anggerik.

Anggerik dalam reaksi, tidak melawan, hanya menurut. Kesakitan sebentar tadi akibat hentakan masih terasa. Tapi Anggerik dapat rasakan dia tidak lagi dalam keadaan bergoyang. Hanya kesejukan seperti lantai.

Itu yang Anggerik dapat rasa, dia tak boleh melihat. Hanya tangan Dan Kaki yang masih berikat. Tapi Anggerik tahu dia sedang duduk diatas lantai yang lembap.. Mungkin Di suatu Kawasan yang berlopak Atau kawasan berair .

Yang berada difikiran Anggerik kini, Adham, Mikhriz, Adam, Datuk, Opah, Ayah, Mawar Dan semua kenalan dirinya yang diingati Satu persatu. " Apa yang jadi pada dia?" Dia tahu dia dalam keadaan menempuhi bahaya.

Topeng diwajah Anggerik dibuka kasar dengan Satu tarikan dari lelaki asing dihadapannya. Mata Hazel Anggerik berkelip bila melihat cahaya. Sebaik pandangan mata Anggerik Jelas, baru lah mata Hazel miliknya melihat sekeliling, terutama wajah Lelaki Asing yang tidak lagi bertopeng.

" Seram " itu pandangan Anggerik apabila mula disajikan, melihat kearah lelaki dihadapannya. Suara lelaki yang baru memberikan arahan Kepada Anggerik.

Mata Hazel milik Anggerik dipandang oleh lelaki yang berwajah bengis, tanpa sebarang senyuman.

" Harghhhhh!"Anggerik menyedut nafas panjang dengan tebukanya topeng di muka yang sebentar tadi melemaskan seluruh pernafasan Anggerik.

" Kenapa Awak culik saya?" Anggerik mencuba beranikan diri dengan menghadap lelaki asing dihadapan matanya.

Dari pemerhatian Anggerik, Lelaki dihadapannya tinggi, tegap, berkulit putih merah Dan sesuatu yang indah tentang lelaki itu, dia mempunyai mata perang. Tapi yang pasti dalam penglihatan Anggerik, tiada senyuman dari lelaki itu. Bengis!

" Tugas aku? Engkau kena tunggu dua hari lagi untuk dapat jawapan Tentang hal itu!" Dia melihat sekeliling Dan tidak lagi memandang kearah Anggerik.

" Apa Maksud awak? Anggerik semakin  berani dalam takut. Kenapa sampai perlu dua hari baru dia dapat jawapan. Selalunya kalau dalam TV bukan penculik akan hubungi keluarga mangsa?.

Awak mahukan harta Keluarga saya?" Anggerik mencuba mencari alasan kenapa " Dia?"

" Engkau akan tahu selepas hari itu, jangan banyak tanya. Makan ! kejap lagi tepat jam 10 aku akan tutup lampu." Wajah serius lelaki yang sedang memandang Anggerik tajam.

" Awak nak bunuh saya, Tapi apa Awak dapat?" Dalam kekalutan Dan ketakutan dalam diri Anggerik, soalan itu yang dikeluarkan dalam suaranya. Alang - alang dia diculik lebih Baik dia tahu kebenaran tentang hal itu. Hidup Anggerik dirasakan dihujung tanduk.

" Aku tak tahu Tapi engkau kena siap sedia dengan semua itu. Mungkin ini adalah makanan terakhir engkau Saat - saat Engkau akan menemui mati."

Sinis bicara lelaki asing dihadapan Anggerik, namun perkara yang baru dilafazkan membuatkan Anggerik menanggis.

Anggerik Kehilangan punca kenapa dirinya diculik. Lebih parah lagi, dia sendiri tidak tahu sekiranya sesiapa yang tahu ataupun tersedar bahawa Dia telah  diculik. Bagaimana dengan Adham!" Semua perkara Tentang penculikan itu terjadi dengan pantas. Tiada Siapa yang tahu perkara sebenar apa yang jadi, termasuk Anggerik sendiri.

Wajah lelaki asing yang telah dilihat Anggerik membuatkan dirinya takut. Sudah pasti selepas ini dia akan menghadap mati.

Wajah penculiknya telah dilihat Jelas, tiada lagi peluang Anggerik untuk hidup.. ingin kembali melihat anaknya Dan orang - orang kesayangan hidupnya peluang itu dirasakan Anggerik semakin menipis.

" Betul ker awak tak salah orang? Kesedihan Anggerik bersama tangisan dari matanya."

" Berhenti menanggis Tak guna menanggis disini, aku tak ada jawapan Tentang hal itu. Nikmati makanan Dan saat - saat  terakhir engkau dalam dunia ini. Kalau aku jadi engkau, aku akan berdoa untuk kehidupan aku selama didunia ini."

" Tak ada jalan lain!" Scoth memandang Anggerik dengan terkesan dalam hatinya, Kali ini kes yang diselesaikan dirinya lain. Dia pun tak tahu kenapa wanita itu diculik. Dia Hanya ikut arahan selebihnya urusan akan dijalankan oleh Terry. "Devil."

Satu keping gambar ditunjukkan lelaki asing Kepada Anggerik. Menampakkan wajah Anggerik yang keseorangan.

Terjegil mata Anggerik melihat wajahnya dalam sebuah gambar di tangan lelaki asing itu " Macam mana mereka dapat gambar aku.?" Nampaknya penculik tidak tersalah mangsa. Memang diri Anggerik yang berada dalam gambar.

" Kenapa saya?" Anggerik masih menitiskan air mata meminta simpati, namun tiada balasan. Hanya tangan Anggerik yang dilepaskan untuk makan.

Dihadapan mata Anggerik Terdapat Hanya nasi putih, Ikan goreng Sayur, Dan sebotol Air, yang jadi santapan Anggerik untuk dia bertahan.

" Aku pergi dulu dari sini, sekejap lagi aku kembali.Kalau aku jadi engkau, makanan itu aku akan habis kan. Itu sahaja untuk engkau hari ini!"

" Saya dekat mana?" Cepat - Cepat Anggerik bertanya sebelum langkah lelaki itu pergi dari diri dia.

" Gudang lama!"

" Macam mana Kalau saya nak terkucil?" Dari tadi Anggerik menahan perasaan Tentang hal itu.

" Engkau nampak bilik Dekat sana." Mata lelaki asing menunjukkkan kearah sebuah bilik kecil dibelakang Anggerik.

Anggukan daripada Anggerik bersama ikatan dikakinya masih belum dilepaskan.

" Aku Lepaskan engkau kali ini. Tapi ingat  jangan melawan. Engkau pun tahu tubuh engkau Takkan boleh lawan aku!" Rokok dijarinya dibawa ke mulut untuk melepaskan ikatan.

Ikatan di kaki Anggerik dilepaskan kasar oleh lelaki itu membuatkan Anggerik berasa lega. Tapi dapat dilihat Anggerik biritan Merah mulai menjelma.

Sebaik dilepaskan Anggerik Segera berlalu dari situ. Terus sahaja dirinya masuk kedalam bilik kecil yang disediakan.

Scoth memandang kearah Anggerik Dan terus berlalu pergi.

" Pang"!

Pintu besi ditutupkan kasar oleh Scoth. Sebatang rokok yang telah Pendek dijarinya dibuang Dan digantikan dengan yang baru. Sebaik kepulan - kepulan asap dari rokok itu terbentuk baru lah Scoth melajukan langkah meninggalkan Anggerik terkunci didalam.

" Jaga dia jangan sampai dia mati. Lagi dua hari bos nak jumpa dia. Bersedia!" Pesan Scoth kepada penjaga yang menjaga pintu besi bilik menempatkan kurungan Anggerik.

Tubuh Scoth menghilang dalam kepekatan malam.

****

" Blue macam mana? Bila aku boleh jumpa dia?" Mawar Teruja dalam panggilan dirinya kepada lelaki itu yang dari Semalaman dia telah mencuba namun masih  tidak diangkat oleh lelaki itu panggilan dari Mawar.

" Aku sibuk dengan sesuatu. Semua itu aku dah selesaikan. Engkau nak aku buat apa pada dia, ataupun engkau yang nak buat ?" Bagi Terry itu Hanya masalah kecil bukan sebesar masalah yang menghantui dirinya kini. " Anggerik"

Fikiran Terry serabut Tentang Anggerik. Orang- orangnya sedang sibuk mencari Di seluruh sempadan dan Daerah yang membolehkan Anggerik dibawa. Namun senua jalan darat Dan laut yang dicari masih belum dapat mengesan Kehilangan Anggerik.

Anggerik masih gagal ditemui. Penculik Anggerik juga tidak menghubungi Mukhriz ataupun Keluarga Anggerik. Terry pelik dengan kes yang melibatkan Anggerik.

Adam menyesakkan hidup Terry. Rimas! Setiap  1 jam akan ada panggilan dari Adam menganggu Terry. Kini gangguan itu pula datangnya dari Gadis ini. Satu lagi kes yang Di Selesaikan oleh Terry.

" Aku datang jumpa engkau lepas dua hari Blue! Aku nak lihat dia sebelum engkau ambil langkah seterusnya."

Mawar semakin teruja. Dia semakin tidak sabar melihat reaksi Anggerik bila mata Hazel milik Anggerik melihat dirinya. Tentu Anggerik akan pengsan, terkejut dengan aku.!

Apa dia ingat segala yang dia cakap dekat syarikat itu hari itu aku nak percaya. Orang bodoh jer percaya Engkau akan tinggalkan Mukhriz? Aku takkan terpengaruh Anggerik. Selagi engkau belum mati, baru aku percaya Mukhriz akan Lupakan engkau Dan berpaling.

Aura di mata Hazel milik Anggerik yang buat kan Mawar Benci Anggerik.

" Mereka Kedua - duanya sama Cantik dari pandangan luaran sesiapa yang melihat kearah mereka. Tapi kecantikan itu diuji..Semuanya kerana  Anggerik memiliki mata Hazel dan, dirinya Mawar memiliki warna mata perang.

Itu semua  membuatkan Anggerik yang lebih menyerlah dari penampilan dari Mawar Dan perkara itu sesuatu yang membuatkannya sakit hati Dan berdendam kepada Anggerik.

" Mukhriz Takkan tinggalkan dia disebabkan mata itu.Aku kena buat sesuatu Tentang hal itu." Licik Mawar tersenyum. Dibelakangnya Datuk Johari yang masih terlantar kesakitan akibat serangan jantung. Terbaring lesu dengan tubuh masih gagal bergerak.

Mudah untuk Mawar kini. Semuanya mengikut plan yang dirancang. Namun penyakit yang menyerang bapanya membuat Mawar semakin tersenyum melebar. Dia boleh melebar kan sayap kekuasaannya Kepada syarikat, dalam masa yang sama memiliki Mukhriz.

" Kita jumpa nanti! Nanti aku sendkan lokasi." Panggilan Terry ditamatkan Dan dia selepas panggilan dengan Mawar dia kembali membuat panggilan kearah pembantunya, siapa lagi kalau bukan Scoth.!

" Hello" Suara lelaki yunani menyahut panggilan.

" Scoth! Lagi dua hari engkau bawa tawanan itu ke Hotel aku? Ada orang nak jumpa dia. Gunakan laluan biasa dan Pastikan semua itu tidak terlihat.!" Arahan Terry.

Dia terlalu penat dengan  menjawab pelbagai isu yang muncul dalam Satu masa. Selepas semua ini selesai dia akan mengambil rehat panjang bagi menenangkan fikiran .

Hari ini sahaja dia kepenatan dengan menguruskan masalah dari keluarga dirinya Dan Hinggalah kepada Masalah rakan perempuannya. Belum lagi termasuk masalah Kehilangan Anggerik.

" Maddy adiknya ditangkap sedang berdua- duaan dalam bilik Hotel kenalan James! Yang lebih sakitkan hati Terry, lelaki pilihan Maddy adalah cucu warisan musuh keluarga mereka.

Macammana Terry nak selesaikan hal itu. Adam dengan fikiran keislamannya, tidak benarkan lelaki perempuan bergaul.  James masih dengan sikapnya tidak mahu masuk campur.

Hanya Mommy yang berleter kepada Terry untuk mengambil tindakan kepada Maddy, atas desakan dari Uncle Mic yang melarang hubungan itu. Kerana permusuhan keluarga, takut perkara itu akan mempengaruhi tindakan Adam kemudian hari.

Pening  Terry nak berjawab dengan Mommy pasal hal itu. Bagi Terry kalau Maddy dah suka, tiada lain pilihan. Dia akan dipaksa berkahwin dengan lelaki itu Dan tinggalkan keluarga.

Itu syarat perkahwinan permusuhan keluarga. Keputusan itu akan mempengaruhi Adam disebabkan, Maddy adik kesayangan abang sulungnya itu.

" Adam dia yang akan dihujani kembali dengan masalah disebabkan Maddy."

****

" Macam mana Terry kenapa masih tiada sebarang perunjuk?" Adam semakin semak dengan masalah dalamannya. Baru sahaja tadi dia bercakap dengan Mommy berhubung isu Maddy.

" Orang -orang aku masih mencari Di sempadan dan kawaan sekitar. Nanti engkau jangan risau, kita perlukan sedikit masa. Aku dah dapatkan CCTV dilokasi kejadian. Tapi aku perlukan masa sebab sistem CCTV itu Blur. Terry memberikan jaminan Tentang hal itu.

" Orang - orang engkau pasti dapat buatkan gambar orang yang menculik Anggerik Jelas." Adam tahu semua Sumber - Sumber dari kenalan Terry hebat Dan boleh mengekses sesuatu dari jarak jauh.!"

" Dapat Adam, percaya cakap aku! Benda tu tak lama Esok aku akan tahu benda itu. Mereka dah beri jaminan pada aku."

Kedua- duanya terdiam. Berita itu sesuatu yang mengembirakan Adam.

" Macam mana dengan Maddy Adam. Dia dengan lelaki itu? Engkau setuju ?"
Reaksi Adam Jelas dia pun tak suka dengan lelaki yang dikenali mereka sebagai Joseph. Kategori hidung belang bagi mereka.

" Dia baru hampir - hampir Terry belum lagi terjadi sesuatu. Jangan nak takut- takutkan Maddy Tentang hal itu". Wajah Maddy adik kesayangannya terjelas dimata Adam. Tentu adiknya bersedih kerana kejadian itu dia tiada disisi Maddy untuk membantu adiknya.

" Engkau terlalu Sayang kan dia ? Lihatlah apa yang jadi sekarang Adam! Dia buat perangai dengan cucu musuh kita.Habislah Maddy dengan sikap mengada - Ngada dia kalau dia berjaya berkahwin dengan keturunan Don itu Adam.

" Hidup adik kesayangan engkau akan musnah termasuk engkau." Terry tersenyum sinis bersama susunan kemas giginya ditayang kearah abangnya Adam.

" Dia pun adik engkau Terry, Satu - satunya adik perempuan kita. Engkau sanggup nak dia hidup macam itu. Siapa yang tanggung engkau sebelum ini waktu aku sekat perbelajaan engkau dulu? " Maddy!"
Wajah Dan Smirk Adam kepada Terry menandakan Terry tewas dalam perbualan mereka .

" Yup Tapi tak salah kalau dia belanjakan aku. Dia hidup penuh Mewah Adam. Engkau pun lihat macam mana engkau manjakan dia. Engkau penuhi Segala permintaan dia.!"
Terry tak mahu mengalah, Jelas dan benar Adam Sayangkan Maddy lebih dari Dia Dan James.

" Aku Sayangkan Maddy sebab itu aku berikan dia Lebih kekayaan aku?" Adam masih dengan senyuman muslihatnya dibibir.

" Ya, itu yang aku lihat!" Terry dapat lihat Adam rancangkan sesuatu. Dia masih menunggu penjelasan Adam.

" Siapa yang aku bagi kemewahan dari semua ini Terry yang paling banyak?Engkau nak aku terangkan Satu persatu? Jet, Kereta, Motorbikes, rumah. Siapa yang dapat semua itu Terry kalau bukan engkau yang dapat semua itu. Pasal itu engkau masih ukur kasih Sayang aku?"

Terry tergamam dengan kenyataan..Jika dihitung Jumlah itu Dan harta yang Adam pernah beri. dia lah dalam keluarga yang Adam paling Sayang Dan paling banyak huru hara tidak mengikut kata.

" Pulau Terry? Aku tak sebut berkenaan hal itu tadi .!" Licik Adam memainkan peranan yang membuatkan Terry terdiam.

" Jangan sesekali kasih Sayang aku diukur dengan kemewahan Dan kekayaan yang aku berikan kepada kamu bertiga. Kasih Sayang aku sama. Tapi kekayaan itu aku Lebih kan kepada engkau Terry, Tapi engkau yang paling banyak menentang aku!"

Sinis Adam bicara, Tapi perkara itu menyedarkan Terry. Dari mereka bertiga, dia lah yang paling banyak Adam habis kan kemewahan kepada dia. Kenapa dia tak tersedar yang dia sebenarnya kesayangan Adam.

Bila Terry telah tersedar, Adam telah hilang dari pandangan matanya. Terry tersenyum lebar bila mengetahui Adam benar - benar Sayangkan dia selama ini.

Bagi membalas segala jasa Adam dia akan meneruskan usaha keras bagi mencari Anggerik.!

****

( Hari Kedua dari Kejadian penculikan Anggerik.! )

Nathan datang menemui Terry pagi itu. Di Hotel. Kelihatan lelaki berkulit gelap itu dalam keadaan cemas Dan tergesa - gesa ingin mendapatkan Terry.

Hal itu merupakan hal penting dan sesuatu yang ditunggu Terry selama ini.

Plak!

" Terry! Oh ! shit.. " kepala Nathan dipalingkan bila melihat Terry sedang berbogel sedang mencumbui seorang wanita yang berada dibawahnya.

Perbuatan Dan aksi Terry terhenti. Tubuh bogelnya berjalan ke arah Jubah panjangnya dan disarungkan ketubuh sebelum melangkah mendapatkan Nathan.

" Pastikan hal yang engkau nak Maklumkan pada aku ini sesuatu yang penting Nathan, kalau tak engkau akan menyesal, cerobohi bilik aku!" Amaran keras Terry membuatkan Nathan pucat lesi. Dia telah terlepas perbuatan kerana terlalu Teruja dengan berita yang akan disampaikan oleh dirinya.

"Apa yang Engkau nak beritahu aku?" Gelas kosong ditangannya dituangkan dengan Arak Dan mengisi ketekaknya bagi menghilangkan perasaan Dan nafsunya sebentar tadi.

" Alex Dia dah balik kesini Dan orang kita dah jejak dia tinggal dimana!" Nathan berbicara kepada Terry Dan berharap berita yang disampaikan olehnya benar - benar penting untuk Terry tidak mengambil tindakan kepadanya.

" Alex?" Terry Senyum sinis, pipi Nathan ditepuk sebagai reaksi Terry Tentang sesuatu.

" Bagus ! Kita kesana sekarang. Aku dah tak sabar nak jumpa dia. Dia kunci dalam masalah aku?" Terry Teruja dalam masa yang sama dia perlu mengkontrol keadaan, jika tersilap langkah dia akan Kehilangan Alex lagi dan kemungkinan juga Anggerik.

" Pastikan orang kita Awasi dia Nathan jangan sampai terlepas!"

" Baik Bos!" Keterujaan Terry yang membuatkan Nathan tersenyum.

****

Dari kejauhan Adam dapat lihat seseorang yang dikenali dirinya disitu. Dia sedang bercakap dengan seorang perempuan Dan kelihatan mesra.

Adam yang ingin menegur Lelaki itu tidak Sempat berbuat hal itu kerana dia terpaksa ada urusan bagi mengadakan mesyuarat jarak jauh dengan James Dan pemegang Saham syarikat mereka.

Selepas itu dia akan mendapatkan lelaki itu berikutan dengan hal yang mereka bincangkan semalam. Berkenaan dengan Maddy.

Dalam perjalanan dirinya dia menghubungi Terry untuk bertanyakan sesuatu.

*****

" Engkau buat apa Dekat sini?" Terry memandang ke arah sekeliling Dan terlihat gadis itu berada dilaluan yang sama dengan dia.

" Aku jumpa kawan. Kenapa ada masalah Tentang tu? Engkau Terry kenapa kesini? Siapa pula engkau bawa pulang malam tadi?" Licik senyuman Mawar Dan soalan yang ditanya kepada lelaki itu.

" Aku ada urusan disini." Terry mematikan perbualan kerana dia ada hal yang penting yang perlu diselesaikan sekejap lagi.

Nathan telah Terry tinggalkan untuk menjaga pintu Utama. No bilik telah diberikan oleh Nathan sebentar tadi Dan dia menilik sekali lagi. Pintu itu Betul - Betul dihadapan Mawar.

Tidak menimbullan syak pada perbuatan dirinya disitu. Terry Biar kan gadis itu berlalu terlebih dahulu sebelum dia kembali.

" Blue pasal perbincangan semalam bila boleh jumpa dia ?" Mawar Teruja menunggu jawapan dari Lelaki dihadapannya. Lelaki yang telah menunaikan impian dia.

Dimana Anggerik dikurung dia tidak peduli. Yang dia peduli Anggerik mesti tahu itu semua kerja dia Dan Dia semakin tidak sabar melihat reaksi Anggerik. Keterujaan melampau bagi Mawar, Tapi dia seronok dengan apa yang berlaku dalam hidup dia.

" Jumpa aku dihotel jam 12:00 tengahari . Aku akan kembali kesitu Dan engkau boleh jumpa dia. kita akan Selesaikan hal itu!"

" Bagus! Aku akan Segera kesana macam yang engkau cakapkan. Thanks everything Blue." Mawar masih tidak puas mengucapkan terima kasih diatas bantuan lelaki asing yang baru dikenali dirinya.

Sebaik ucapan dengan senyuman mekar kepada Blue, Mawar menghilang dalam lift Dan keluar dari Hotel.

Dia baru sahaja pergi dari bilik Alex. Semalam dia telah ke kelab dan Mabuk. Sebaik tersedar Dia telah berada di rumah Alex. Tentu sahaja Alex telah menyelamatkan dirinya semalam kerana dia begitu Teruja dengan Kehilangan Anggerik. Dia mabuk Dan tidak sedarkan diri.

Sebelum keluar, Alex dilihat Mawar masih tertidur lena. Dia buat keputusan untuk keluar secara diam. Perkara biasa bila dibawa pulang oleh lelaki Gay itu.

Tanpa disangka Mawar! pagi ini Keterujaan dirinya bertambah bila dia disajikan dengan pemandangan indah. Sebaik sahaja keluar dari bilik Alex dia menemui Blue. Lelaki yang membuatkan rancangan penculikan Anggerik berjaya. Keseronokan kali Kedua dalam hidup Mawar.

**

Sebaik dipastikan segalanya selamat, Terry kembali kearah No bilik yang menempatkan Alex. Dia tidak tersilap lagi kali ini. Dirinya telah Betul - Betul berada Di hadapan bilik Alex..!

Baru Terry ingin membunyikan loceng di Pintu bilik Alex .Telefon bimbitnya berbunyi yang membuatkan Terry mengetap bibir geram. Siapa yang memanggilnya pada waktu - waktu genting waktu itu.

Kelihatan Scoth dalam panggilan.

" Hello"

" Teruskan Scoth! Apa yang jadi kenapa telefon aku?" Suara kasar Terry dalam panggilan. Dia tidak suka kerjanya diganggu.

" Saya dalam bilik Tuan, dia telah selamat ada disini. Semua selamat!" Ucap Scoth memaklumkan Terry Tentang Tawanan yang telah selamat berada dalam biliknya.

" Aku tahu, engkau boleh pulang. Nanti ada orang yang akan tengok kan dia. Semuanya masih terikat?" Soalan terakhir Terry sebelum dia mematikan panggilan.

" Masih Tuan, dia Tak akan dapat lari!" Scoth memaklumkan Terry, benda selanjutnya Tentang tawanan yang Tak mungkin akan terlepas dengan ikatannya.

" Bagus!" Panggilan dimatikan Terry. Sebaik Dimatikan panggilan dengan Scoth, telefon Terry berbunyi lagi.. kali ini " Adam" dalam panggilan.

Secepat Kilat panggilan itu diangkat, rutin biasa Adam menelefonnya untuk mengetahui Tentang kes Anggerik. Kebetulan hari ini Terry akan dapat rakaman CCTV yang telah dijelaskan. Sebab itu dia syak Adam hubunginya disebabkan hal itu.

" Ada apa Adam? Aku sedang sibuk uruskan sesuatu dari dunia gelap aku? Kenapa engkau telefon?" Terry tersenyum sinis dalam panggilan telefonnya dengan Adam.

" Aku dalam perjalanan ke sana Terry ke tempat engkau sekejap lagi. Mesyuarat hari ini dibatalkan." Keluhan berat Dan dengan masalah yang menimpa dirinya Dan syarikat.

" Bukan hari ini mesyuarat penting?kenapa pula dibatalkan? Kening Terry terangkat dengan makluman Adam. Dia syak terjadi sesuatu.

" Maddy?"

" Ramai perlukan aku disana . Mereka belum sepenuhnya percaya kan James, Terry .Tentang masalah Maddy juga terbabit sama. Aku perlukan masa untuk kembali. Sebelum tu aku akan ke tempat engkau untuk bincangkan pasal Maddy Dan Anggerik!" Teruja Adam dalam panggilan Dan reaksi abangnya dapat Terry ketahui dari Suara Adam.

" Kita akan bincangkan Tapi tunggu aku kembali. Ada sesuatu yang aku sedang kejarkan Adam. Dan hal ini penting." Terry ingin tamatkan panggilan namun kedengaran suara ketawa Adam dalam panggilan.

" Kenapa engkau ketawa Adam. Apa yang lucu dari perbualan kita?" Terry tidak faham dengan reaksi abangnya. Jarang Adam ketawa, lebih - lebih lagi dengan dia.

" Tom and Jerry, Terry?" Suara Adam yang Jelas Di dalam pendengaran Terry.

" Apa engkau mengarut Ini? Engkau sedang lihat rancangan Kartun Adam?" Semakin Terry tak faham dengan reaksi Dan bicara Adam.

" Tapi itu bukan sejarah kecil mereka yang dulu.?" Terry tidak lagi berminat untuk mengungkit.Dia menungu bicara Adam seterusnya.

" Engkau dengan Mawar? Aku nampak engkau dengan Mawar tadi!" Adam masih meneruskan ketawanya bila Terry menafikan hal itu.

" Mawar? Siapa engkau Maksudkan ini Adam? Bila engkau nampak aku?" Terry sudah mengelabah, siapa Mawar yang dimaksudkan Adam. Takkan ???

" Perempuan yang bersembang dengan engkau tadi pagi ? Dia adik Anggerik? Gadis yang engkau kejar dulu Terry! Adam menyedarkan Terry Tentang sesuatu.

" Dia Mawar?" Terry dalam perbualan terkejut dengan kebenaran sepeti bicara Adam. Jika gadis itu Mawar jadi siapa yang jadi tawanan Mawar?
" Takkan Anggerik!" Terry pucat..!

" Ya dia Mawar? Aku kesana Terry sekejap lagi! Tunggu aku. Tak sabar aku bincangkan hal ini!" Adam menamatkan panggilan dengan ketawa, tanpa Sempat Terry membuat apa - apa.

" Terry membuat panggilan pada Scoth! Tapi lelaki itu tidak menjawab panggilan darinya. Satu - persatu kembali dalam pemikiran Terry, jika dia Mawar? Shit ! Satu persatu terbongkar bersama kaitan mula berkait, Kenapa dia berjumpa Mawar dihadapan Pintu bilik Alex pagi tadi? Pelayan Bar, rakan Mawar " Nick?"..

Lokasi tempat penculikan yang dihantar Mawar pada pagi itu dilihat kembali.. Fuck syarikat Anggerik. Terry telah dapat jawapan segala. Selebihnya dia akan pastikan kemudian. Ada sesuatu yang paling mustahak dia perlu uruskan.

"Mawar ?" Engkau tipu aku Selama ini. Engkau Dalang semua ini dan engkau musuh aku yang terdekat dengan aku, tanpa aku ketahui." Sambil langkah Terry diranjang kan untuk Segera keluar.

"Macam mana aku terlepas pandang.!"

Terry melangkah laju meninggalkan bilik Alex! Dia tak perlu mendapatkan lagi lelaki itu bila dia telah tahu siapa dalangnya.

Paling penting kini, Terry perlu Segera mendapatkan Anggerik Dan mencari jalan supaya Anggerik Dan Adam tidak tahu, dia penculik sebenar.

" Adam, Fuck, Bulllshit. Shit.Shit.. Masalah terbesar Terry kini. " Amukan Adam.."

Terry menyumpah dirinya kerana bagaimana lagi dia ingin mengelak kerana Adam telah menuju ke tempatnya.

" Mati aku kalau Adam tahu perkara sebenar!" Pertama kali Terry pucat dengan situasi yang terjadi kini.

Dia telah mengetahui Dalang bagi memusnahkan hidup Anggerik. Tapi sebelum itu Dia perlu berhadapan dengan Adam, ketakutan dalam diri Terry, jika abangnya yang terlebih dahulu tiba Di hotelnya..

" Go cepat! Kita perlu sampai sebelum Adam!" Suara Terry yang kuat kepada pemandu. Reaksi pemandu? Membuatkan pemanduan keretanya yang membawa Terry bagaikan berada di litar F1..

                     ************
                               PB

Vote, komen.. Rate.. TQVM ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience