29

Romance Completed 306520

*** Kepastian***

Anggerik kembali semula ke Hotel. Hotel menempatkan dirinya semalam. HOTEL XXX.. tempat pertama yang Anggerik jejak, bahagian kaunter yang Terdapat Di Hotel itu. Kaunter yang sama masih kelihatan, namun pekerja yang bertugas telah diganti dengan pekerja baru.

Anggerik hilang tumpuan, bagaimana dia untuk memulakan perbualan disitu, apa perlu yang ditanya pada penjaga kaunter disitu dan bagaimana reaksi dari mereka.. ???

Anggerik berkias dalam diri, Perlukah dia berlalu sahaja dari situ Dan kembali bila sahaja waktu malam. Atau masih kekal..Dia perlukan kepastian, Dan fikiran Anggerik mula terbayang bilik yang dia keluar pagi tadi, sebelum dirinya kembali kesini.

Langkah Anggerik Segera kearah bahagian kaunter. " Maaf kan saya nak semak bilik yang saya huni semalam milik siapa Atau tempahan atas nama siapa?"

Anggerik tersenyum manis membuang segala perasaan cuak dirinya sebentar tadi. Dia perlu tenang untuk dia dapatkan jawapan apa yang berlaku. Segala persoalan dalam mindanya bermula disini..

Tersenyum manis pekerja dihotel..
" Puan boleh berikan nombor bilik semalam yang Puan huni, kami akan buat kan semakan untuk Puan?" Suara lembut dari pekerja kaunter membuatkan hati Anggerik lega.

" Bilik 2143", Cepat Anggerik memberikan maklumat dia semakin tidak sabar, Tapi berat dari keseluruhan hal itu dia agak bilik itu didaftar atas nama Adam.

" Melalui semakan pihak kami Puan Anggerik, bilik 2143 didaftarkan dibawah nama Adam Thomas. Tapi dia dah serahkan kad Akses bilik, 10 minit yang lalu."
Terang pekerja kaunter dengan ringkas Tapi semua maklumat itu Jelas didengari dalam telinga dan fikiran Anggerik.

" Adam Dekat sini?" Ini peluang Aku untuk tahu hal sebenar. Tapi Anggerik was - was, Tak mungkin Adam ada disitu lagi, bukan lelaki itu dah pergi dari sini . Bukan semalam hari terakhir Adam. Tapi Anggerik tidak menghalang segala kemungkinan. Segala - gala tentang Mukhriz kembali terbayang. " Adam yang maklumkan pada aku Anggerik". Kata- kata itu Jelas dipendengaran Anggerik pagi tadi..

" Arah mana lelaki itu keluar Cik?"Anggerik Semakin Teruja berharap apa yang dikatakan oleh pekerja itu benar. Semalam dia ingin jumpa Adam untuk kali terakhir dalam hidupnya, hari Ini dia mahu berjumpa Adam untuk satu kebenaran.
Suatu jawapan dari segala persoalan Tentang semalam..

" Dia baru keluar dari Pintu Utama.!" Pekerja Hotel memberikan bantuan..

Mata Anggerik terliar melihat kearah pintu yang ditunjukkan oleh jari tunjuk gadis itu.

" Terima kasih!" Cepat sahaja Anggerik membalas sebelum langkahnya dilajukan ingin mengejar langkah lelaki yang baru keluar dari pintu itu.
" Adam". Hati Anggerik berharap lelaki itu masih disitu, Dan dia berharap waktu ini Adam Dan dia boleh bersama berbincang dua mata..

Anggerik melangkah keluar pintu kaca, dihadapan laluan parking kereta yang memenuhi ruangan laman hotel. Itu Pintu Utama yang dimaksudkan gadis kaunter itu tadi.. Anggerik tidak tersilap..

Mata Anggerik meliar ke kiri kanan, melihat jika dimatanya dapat menangkap satu tubuh Manusia yang dia pasti sangat dapat menjawab persoalannya.

Kaki Anggerik Semakin jauh melintas dibeberapa kawasan disekitar Hotel.. Masih belum berjumpa, mencari sebarang kemungkinan Dan tindakan Adam jika lelaki itu keluar dari pintu itu. " Dia akan kemana, Adam!" Anggerik memanggil untuk lelaki itu mendengar panggilannya.

******

Adam menghentikan langkah, seakan dalam hatinya terasa sesuatu. Baru 10 minit dia keluar dari Pintu Utama, dia meneruskan perjalanan ke arah kereta yang diparkir Di bawah bangunan hotel.

James dan Terry diketahui Adam, masih disitu menguruskan segalanya dari kejadian semalam.. Untuk Adam dapatkan jawapan Dan keselamatan Anggerik terjamin..

Segala bayaran untuk itu telah dilunaskan, dia tahu Terry akan berkampung disitu, Manakala James akan diuruskan oleh Adam, untuk adik lelakinya Segera pulang ke tempat Asal mereka bagi menguruskan perniagaan disana Dan Keluarga..

Namun perasaannya kini bagaikan terasa sesuatu, perasaan yang kuat menghalang dari langkahnya diteruskan. Gemersik suasana sekeliling Dan angin yang menghempas leher Adam, bagaikan memberikan Maksud tertentu. Adam dapat rasakan bauan seseorang mencelah masuk rongga hidungnya..

tersenyum Adam dengan segalanya, Dia bagaikan telah Angau..Langkah kakinya terhenti terpaku. Sebaris wajah kembali dalam ingatan Adam.

"Anggerik".
Adam mula berbicara sendiri, bersama senyuman manis dibibirnya.

" Engkau belum berjaya sepenuhnya keluar dari hidup aku Anggerik. Aku masih angau Dan harap engkau disini.."

" Adam". Nyaring suara kedengaran..

Adam yang mendengar bagaikan bermimpi, Dan dia adalah lelaki yang baru terjaga dari mimpi..

Sebaris nama itu dipanggil oleh suara wanita Di belakangnya sebelum Sempat Adam habis kan lamunannya.

Tubuh Dan wajah Adam dia palingkan menoleh kebelakang, melihat kearah Anggerik yang telah berdiri dihadapannya. Perkara itu benar - benar terjadi dalam hidupnya. Kenapa perasaan lelakinya dipermainkan begini.

Anggerik masih tergamam bila melihat tubuh Adam berada dihadapannya. Tidak sia - sia usahanya yang mencari susuk Tubuh itu. Dia seakan dipermainkan dengan masa Tapi takdir juga mereka dipertemukan disitu sekali lagi.

" Awak belum pergi Adam. Saya ingat kan saya Sudah terlambat." Anggerik melepaskan segala keluhan Dan kepenatan dirinya sebentar tadi. Segala usahanya berlari ke bawah parking ini berbaloi dengan dia dapat melihat seraut wajah itu dihadapan dirinya.

Tubuh Adam dihadapannya..

Adam tersenyum memikat. Senyuman yang disimpan hanya untuk tatapan Anggerik.

" Adam tak hilang Anggerik, sentiasa disini Takkan kemana - Mana.!" Suara Husky Adam yang kedengaran indah di telinga Anggerik pada setiap butiran bicaranya.

" Anggerik ingat Anggerik akan terlambat, tak sangka.." tersenyum bahagia Anggerik, melihat ke wajah lelaki itu Dan pertemuan itu dia rasakan kehidupannya indah kembali Walaupun cuma sekelumit hubungan rakan, itu yang Anggerik pasti. Dirinya telah jadi milik seseorang. Tak adil untuk Adam untuk menunggu.

" Semalam Anggerik cari Adam disini?" Anggerik bicara tanpa menunggu reaksi Adam terlebih dahulu. Anggerik sebenarnya nak jumpa Adam pasal hubungan lalu. Keberanian diselitkan Anggerik dalam dirinya untuk meluahkan segala perasaannya pada Adam.

Adam hanya mengangguk puas mendengar segalanya Tentang perkara mereka dibicarakan Anggerik, itu seakan melodi indah dalam hidupnya. Setiap bicara Anggerik menjadi inspirasi hidupnya Dan pengubat rindu.

" Anggerik ada sesuatu yang nak bincang dengan Adam."
Anggerik meneruskan usahanya untuk mengetahui Tentang kejadian semalam.

" Kita ke restoran" Adam mempelawa Angerik untuk kembali kedalam Hotel, restoran yang terdekat dengan mereka, cafe Di hotel semalam.

" Bukan disini Adam, bukan tempat ini!" Anggerik tidak mahu perkara semalam berulang lagi, selepas minum Di Cafe Hotel itu dia tidak mengingati apa - apa selepas kejadian itu, apa yang terjadi pada tubuhnya. Selepas tersedar  Mukhriz telah berada disisi, Dan luka Dan Lebam ditubuhnya dia perlukan jawapan untuk itu.

Kening Adam berkerut dengan bicara Anggerik tentang Hotel Dan Cafe yang sama Terdapat disitu.  Dia cuba mendapatkan jawapan sambil Tubuh Anggerik di berikan laluan untuk mengikutnya ke kereta.

Tubuh Kedua - duanya telah memasuki perut kereta Dan Adam sedang dalam pemanduan bersama Anggerik dibahagian penumpang..

Mereka telah tiba Di restoran bagaimanapun, Adam Semakin tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya dari perbualan tadi..

" Apa yang berlaku Anggerik Di Cafe?" Adam cuba bertanya, dia masih mencari Klue bagi mengaitkan Anggerik dengan kejadian semalam.

Semalam , Dia cuba mengingati kembali. “Anggerik minum diCafe, tunggu Adam." Bicaranya terhenti, niatnya semalam terpaksa dimaklumkan terlebih dahulu untuk Anggerik dapatkan jawapan selepas itu kenapa Adam dikaitkan dalam hal ini.

Adam tersenyum kelat mendengar bicara Anggerik, Tapi dia masih tenang dengan situasi itu. Dia tak sangka Anggerik menantinya dan datang untuk berjumpa.  Dia ingat kan Anggerik tidak akan datang...Waktu itu Dia telah bergerak keluar dari Hotel Dan tiada niat untuk kembali.. Tapi James!

" Selepas itu Anggerik?" Adam Semakin berminat, apa yang perlu dia tahu macam mana Anggerik boleh diracun, tentu sahaja Anggerik diracun Di Cafe. Sesuatu yang Adam tidak terfikir kan semalam.

" Anggerik ada jumpa seorang lelaki, Alex. Tapi Anggerik dengan dia hanya perbualan biasa. Dia hanya Jadi peneman waktu Anggerik minum Kopi!"

" Macam mana wajah dia?" Adam Semakin Teruja, adakah lelaki itu merupakan dalang semua ini. Dia perlu siasat perkara itu.Tiada yang boleh terlepas.

Anggerik cuba mengingati wajah Asia campuran Itali dengan rambut lelaki yang hitam, duduk dihadapan matanya semalam.

" Lelaki itu Asia, Cina Dan Itali Adam, Tapi Anggerik tak rasa dia terlibat." Anggerik was- was Tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu menuduh. Lelaki itu mungkin hanya menyinggah disitu mencari rakan bual, Dan terserempak dengan dirinya untuk berbual. Segalanya ada kemungkinan.

" Ada dia sebut kan nama Dia, mungkin seseorang yang Anggerik kenal, Masa lalu." Adam menduga Semakin laju mencelah perbualan , dia berharap siasatan itu dapat Di Selesaikan dengan segera. Makin lama dia siasat perkara itu . masih tiada petunjuk Dan Semakin lama masa yang diperlukan, termasuk orang - orang terlibat.

" Alex!" Anggerik pasti nama dia Dan Anggerik Takkan tersilap. Anggerik Cukup pasti dengan nama lelaki itu.

" Alex", Adam cuba mengaitkan nama itu dengan segala yang terjadi, Tapi Nampaknya tiada.. Tapi bagi Adam kini,  itu petunjuk terpenting dalam hal ini.

" Adam Anggerik nak tanya kan sesuatu yang menimpa Anggerik, apa yang terjadi semalam?"

Kening Adam dikerutkan.. Reaksi wajahnya berubah.. Jelas dari pandangan Anggerik..

“ Awak dah tanya kan Mukhriz pasal hal semalam Anggerik?” Reaksi wajah Adam kelihatan tenang melihat kearah wanita dihadapannya. Dia cuba bereaksi biasa tidak mahu mengeruhkan Dan mengejutkan diri Anggerik..

“ Kenapa Awak yang tak maklumkan pada saya. Saya sepatutnya jumpa Awak semalam Adam, Tapi kenapa Mukhriz yang muncul disisi saya pagi ini. Apa yang Awak sorokkan Adam pasal semalam? Apa yang Jadi?”

“Tenang Anggerik, Awak tak perlu risau apa yang terjadi semalam. Semuanya dah Selesai.” Dari reaksi Anggerik Dan kerutan diwajahnya Adam tahu Anggerik sukar untuk menerima..

“ Apa Maksud awak dah Selesai? Apa yang jadi.?”

“ Untuk jawapan itu, Awak harus tanya Mukhriz. Dia yang lebih berhak untuk maklumkan pada Awak, apa yang terjadi..” Adam Semakin bermain dengan kata- kata. Itu yang Anggerik rasa, bagaikan ada sesuatu yang dirahsiakan..

“ Maksud awak saya dengan awak ada sesuatu semalam Adam.?” Anggerik Semakin tidak dapat mengawal perasaannya, benar - benar dia malu waktu itu. Bicara Mukhriz menyatakan tubuhnya terdedah pada lelaki Semakin terngiang - ngiang Di pendengaran telinganya. Adakah lelaki yang dimaksudkan Mukhriz adalah Adam.?

“Apa perlu dia buat untuk dia Jernihkan kembali situasi itu. Hubungan dia dengan Mukhriz, Dia telah musnahkan kepercayaan itu. Dan Adam Di hadapannya tahu dengan segala yang terjadi..

“ Tolong Adam cerita kan semua apa yang terjadi. Saya perlu tahu..!” Anggerik masih mencuba, berharap Adam akan memaklumkan perkara sebenar.

“ Awak teraniaya Anggerik? Itu sahaja yang Boleh saya sampai kan. Selebihnya Awak kena Tanya Mukhriz, Saya Tiada jawapan Tentang itu Dan perkara ini masih dalam siasatan.” Tenang suara Adam memujuk agar perkara semalam dilupakan Anggerik. Perkara yang mengaibkan dirinya.

“ Saya teraniaya? Bicara itu tergagap dari bicara Anggerik. Kekusutan Di fikirannya Semakin mencengkam, dia percaya kan Adam. Seseorang yang ingin membuat khianat pada dirinya. Siapa ?....Mustahil dirasakan hal itu terjadi..semalam dia hanya berseorangan Dan tiada sesiapa yang dia kenal sementara dia menunggu Adam. Kemunculan Adam disitu.

“ Kenapa Saya tak ingat apa - apa Adam tentang kejadian semalam, semua perkara Saya tak ingat?” Anggerik Gusar dalam hati, separuh harinya semalam dia hilang memori. Seperti fikirannya dibuang dari mengingati sejarah semalam..Hanya pagi itu ingatan dirinya pulih seperti biasa.

“ Jangan fikir lagi Anggerkk. Percaya cakap saya, Kalau Awak tahu hal sebenar sekalipun tiada apa yang berubah. Lebih baik Awak Lupakan sahaja kejadian semalam dan Teruskan hidup Awak. Itu yang lebih baik Anggerik,

“ Apa Awak cakap itu Betul Adam. Tapi saya nak tahu perkara sebenar. Saya rasa Kehilangan sebahagian diri saya Dan hidup saya.” Anggerik mencuba meluahkan tentang perhubungan dirinya Dan juga Mukhriz yang telah berantakan sejak kejadian semalam.

“ Apa Maksud awak Anggerik,?” Keresahan Dan kesedihan diwajah Anggerik sampai Di hati Adam. Dia juga lelah dengan penderitaan Anggerik. Dia sentiasa mahu kan Anggerik bahagia..

Anggerik membuang semula segala apa yang telah terjadi semalam.. Dia tidak akan dapat jawapan dari Adam Tentang itu. Lebih baik dia teruskan dengan niatnya semalam, Memandang kan dia ada peluang waktu ini.

“ Adam saya nak cakap kan sesuatu pada awak Dan hal ini penting dalam hidup saya. Saya rasa ini peluang saya Adam. Dan saya Takkan ada peluang lagi selepas ini dengan awak.” Anggerik Nekad ini peluangnya yang diberikan tuhan untuk dia berjumpa dengan Adam, bukan semalam ..dia pasti. Segala aturan dirinya telah tertulis Dan dia redha. Dia telah lama menunggu saat ini.

“ Apa Maksud awak Anggerik?” Adam setia menanti Sebaris bicara Anggerik yang akan diluahkan wanita itu kepadanya.

Anggerik menarik nafas yang mulai sesak didadanya. Selepas melepaskan pernafasan dengan tenang . Mata lelaki itu Anggerik lihat dengan sepenuh perhatiannya.. Dia dapat rasakan hati Dan jantungnya bergetar dalam nada yang Angerik sendiri tak pasti.

“ Saya Cintakan Awak Adam, seluruh hidup saya. Itu saya pasti.” Akhirnya Anggerik meluahkan dengan lega. Perkara itu telah lama dipendam..Selepas dilihat reaksi Adam tenang, Anggerik meneruskan luahan dirinya.

“ Ini takdir kita Adam, Saya dah tunggu Awak dulu Dan aturan takdir dalam hidup kita, Saya terima Mukhriz Dan saya mulai terima dia dalam hidup saya.”
Anggerik harap Adam faham dengan perasaan Dan situasinya kini. Hatinya telah dibuka untuk menerima Mukhriz..

Adam dilihat Anggerik tersenyum kelat, Sebaik sahaja ayat itu diluahkan dari hatinya. Setulus ikhlas dari hati Anggerik. Lelaki dihadapannya masih berdiam.

“ Saya nak Awak bahagia Dengan seseorang Adam, Saya nak Awak bahagia dalam hidup awak. Saya akan bahagia jika awak bahagia dengan kehidupan Awak. Maafkan saya segala apa yang terjadi. Tapi penting untuk Awak Adam, memori kita dulu adalah kenangan indah yang Anggerik tak akan lupa dalam hidup Anggerik.

“ Anggerik Tolong berhenti bincang pasal benda itu.” Perasaan Adam seakan hancur bila Anggerik menyuruhnya mencari kebahagian untuk dirinya. Sedang kan kebahagian dirinya hanya untuk Anggerik.

“ Tolong Adam, Anggerik merayu Tolong bukakan hati Adam untuk gadis yang lain. Gadis yang berhak dapat Cinta Adam, Tapi bukan Anggerik.”

“ Cukup Anggerik, Kalau tak ada apa Adam pergi dulu. Mungkin Mukhriz sedang tunggu Anggerik,kembali Pada Mukhriz.” Kedengaran kemarahan Di suara Adam dengan perilaku Anggerik yang membuatkan hatinya semakin sakit.

“ Adam Tolong cari seseorang untuk Adam. Adam layak berbahagia.” Anggerik merayu, Walaupun hatinya sakit dengan melepaskan Adam menjauh dari hidupnya selepas ini, Tapi dia rela. Itu adalah yang terbaik untuk Adam..

“ Kenapa bukan dulu Anggerik yang tak tunggu Adam. Adam sepenuh hati Cintakan Anggerik kenapa tak tolak perkahwinan itu.”
Adam tahu apa yang dikatakan dirinya waktu ini adalah satu perkara mengarut, Tapi dia terpaksa mencari salah Anggerik, untuk Anggerik menghentikan bicara bodoh Tentang dia Dan hatinya. Segala yang Jadi pada perhubungan mereka, Adam tak pernah salahkan Anggerik. Dia percaya kan Takdir..

“ Anggerik dah cuba, Tapi Anggerik naïf waktu itu. Dan Adam lihat sekarang macam manakan. Kehidupan Anggerik dengan Mukhriz. Jangan seksa hidup Adam lagi sebab Anggerik. Tolong Adam, Cintakan Anggerik Dan pastikan hidup Adam bahagia. Itu Hadiah dari Adam yang paling berharga buat Anggerik."

Adam merengus geram dengan ucapan Anggerik..”Cintakan Anggerik Dan pastikan hidup Adam bahagia. Itu Hadiah dari Adam yang paling berharga buat Anggerik."
Kata - kata Anggerik dirasakan mengarut dipendengaran telinganya..

“ Adam tetap tunggu Anggerik Dan keputusan itu muktamad. Tiada Siapa boleh buka hati Adam selain Anggerik!”
Sehabis bicara, Adam belalu pergi dari Anggerik. Tinggalkan Anggerik dengan kesedihan Di hatinya.

“ Adam”, Anggerik berpaling untuk melihat lagi lelaki itu. Tapi Adam telah menjauh pergi. Menjauh dari dirinya sekali lagi..

*****

“ Engkau dari Mana?” Jun melihat kesedihan dihati Anggerik yang datang berjumpa dengannya. Tubuh Angerik kelihatan lemah, tidak seperti tubuhnya petang tadi.

Mata Anggerik berair, itu yang Jelas Di mata Jun.

“ Aku jumpa Adam.”Bahu Jun dipinjam untuk dilabuhkan menumpang kepalanya yang sedang serabut dengan masalah hubungan.

“ Engkau jumpa dia lagi Anggerik, engkau buat apa?” Jun mengelengkan kepalanya yang separuh sahaja boleh dia membuatkan perkara itu, Kerana kepala Anggerik telah menumpang dibahunya. Anggerik yang manja.

“ Bukan yang macam engkau fikirkan Jun, aku jumpa Adam sebab aku nak dia Lupakan aku!”Air mata dipipi disekat Anggerik dengan pergelangan tangannya menyeka air mata yang mengalir.

“ Dah tak perlu seksa hidup engkau lagi Anggerik. Mungkin Adam ada alasan sendiri. Doakan baik - baik.” Jun menasihati Anggerik.

“ Aku nampak dia terseksa Jun, nampak Jelas dengan renungan mata dia, cara pandangan mata dia. Senyuman dia. Aku nampak semua itu, dia terseksa..

Sebab itu aku nak Adam pergi, aku tak layak untuk dia. Aku nak dia ada hubunan denagn wanita yang layak untuk hati dia.” Anggerik menjelaskan semua tujuan dirinya berjumpa Adam.

“ Habis apa kata Adam?” Jun dapat rasakan penderitaan Adam Dan juga Angggerik dalam percintaan dan perhubungan mereka.

“ Dia tetap tunggu aku!” Air mata Anggerik mengalir laju. Dia tunggu aku Jun Tapi sampai bila.. air matanya Semakin laju menuruni pipi, kesedihan yang dia Simpan lama kembali menghantui hidupnya.

“ Anggerik Mukhriz !”

Anggerik masih menangggis dalam keesakam.. “ Mukhriz aku akan jumpa dia nanti Jun.Tolong Bagi aku masa untuk kesedihan aku. Aku dah luah segala perasaan aku pada Adam..

“ Anggerik Mukhriz?” Tubuh Anggerik digoyangkan..

“ Engkau cakap apa Jun, muka Anggerik didongakkan memandang kearah Jun.. kelihatan Mukhriz telah berada Di hadapan mereka.

“ Mukhriz” Anggerik bicara dalam wajahnya yang masih sembab yang baru menangggis disisi Jun.

Anggerik tergamam termasuk Juga Jun kaku memandang kearah Mukhriz..

Jun hanya terdiam melihat reaksi asing diantara Mukhriz Dan Anggerik dihadapannya.

“ Mana Adham?” Wajah Jun dipandang Mukhriz untuk mengetahui dimana anaknya berada. Matanya tidak langsung memandang kearah Anggerik yang berada disisi Jun.

“ Adham dekat dalam.” Jun teragak- agak untuk memaklumkan hal itu. Segala percakapan dan luahan perasaan Anggerik sebentar tadi , terlihat Jelas dimata Mukhriz. Tapi lelaki itu masih beriak tenang.. Jun tahu Mukhriz mendengar segalanya.

“ Aku ambil Adham, Dan tahniah perkahwinan engkau dengan Malik Jun. Aku bawakan hadiah. Hargai perkahwinan engkau tu Jun Dan jaga perasaan pasangan engkau tu.” Dengan muslihat Mukhriz memperli Anggerik sambil matany menjeling tajam kearah isterinya.

Anggerik hanya terdiam tanpa sepatah kata. Dia hanya memerhati segala yang terjadi. Dia tahu kemarahan Mukhriz masih lagi bersisa pada dirinya. Dan kejadian ini, pasti membuatkan masalah yang dihadapi mereka Semakin besar.

Jun memberikan isyarat mata kepada Angggerik untuk mengikuti Mukhriz kedalam bagi menemani mencari Adham, Tapi Anggerik kelihatan sangat kekok dimata Jun, bila langkah perlahan Anggerik, ditinggalakan Mukhriz dibelakang dalam langkah lelaki itu yang panjang..

“ Mukhriz, bila Awak sampai ?” Anggerik cuba bersalam tangan bersama suaminya, namun tangannya tidak dicapai Mukhriz, sebaliknya tangan itu dibiarkan tanpa sambutan. Tangannya digunakan untuk mencapai Adham anaknya.

“ Kita balik sekarang Adham, Daddy dah habis kerja hari ini. Tapi lagi tiga hari, Daddy akan pergi lagi. Daddy rindu Adham.” Anaknya dipeluk dengan erat, menandakan Mukhriz benar- benar sayang kepada anaknya..

“ Adham pun Sayang Daddy, Mommy Daddy tak rindu?” Adham memberikan soalan yang membuatkan mata Mukhriz memandang kearah mata Anggerik. Namun tiada sebarang jawapan dari reaksi Adham.

“ Kita balik rumah Datuk dulu Adham, semestinya Datuk dengan Opah dah rindukan Adham. Seminggu mereka tak jumpa Adhamkan.” Mukhriz memujuk anaknya, perhatian selanjutnya tidak diberikan pada Anggerik. Hatinya masih sakit Dan marah dalam masa yang sama dengan kejadian tadi. Hadapan matanya Anggerik menanggis sekali lagi sebab Adam.

Langkah Mukhriz telah melalui Tubuh Anggerik dilaluan dia Dan Adham dalam dakapannya. Tiada sebarang reaksi dari Mukhriz, bagi menghukum Anggerik yang tergamam melihat lelaki itu Dan Adham dihadapan matanya..

Mata Adham anaknya tidak lepas memandang kearah Anggerik, Sepanjang laluan itu. Tubuh kecil itu tidak memahami apa - apa bila tubuhnya didukung dalam pelukan Daddynya dalam masa yang sama Mommynya ditinggalkan..

Tubuh Adham meronta - ronta dalam pelukan Mukhriz... “ Adham kenapa tak duduk diam.?” Mukhriz menurunkan Adham bila anaknya membuat bising untuk turun dari dukungan di badannya.

“ Kenapa tinggalkan Mommy?” Adham tercegat melihat kearah Mukhriz.

“ Daddy tak tinggalkan Mommy, Tapi Mommy yang masih tak bergerak ikut kita. Daddy boleh buat apa?” Mukhriz melihat kearah anaknya Adham, dia cuba untuk Adham tidak faham dengan memberikan alasan yang logik Tentang Anggerik Dan Adham tidak mengesyaki sesuatu telah terjadi pada hubungan dirinya Dengan Anggerik.

“ Adham dapatkan Mommy, Kita balik sama - sama Daddy, lagipun Adham dah lama duduk Di rumah Ibu. Adham rindu nak jumpa Datuk.” Wajah Adham kembali Teruja bila perkara itu diucapkan kepada Daddynya.

“ Okay, mata Mukhriz tajam memandang kearah Anggerik sambil rahang Di wajahnya bergetar menahan kemarahan didalam dirinya. Dia memberikan isyarat kepada Anggerik untuk Segera datang kesitu untuk sama mengikutinya melangkah dengan Adham.

“ Anggerik yang dapat melihat perubahan Di wajah Dan kemarahan Mukhriz , Segera melangkahkan kaki mendapatkan Mukhriz. Dalam keadaan tergesa- gesa bersama pegangan Adham ditangannya..

Sebelum berpisah, sempat Angerik memberikan kucupan Dan pelukan untuk Jun.
Dengan berharap pelukan itu bukan terakhir dari dirinya sebelum Jun berangkat ke Jepun..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience