Bab 22 ( A2 )

Romance Completed 306520

" Engkau dah jumpa Mukhlas? Aku dengar dia lama tinggal disini kali ini. Apa hal Mukhlas duduk lama?" Firhad mendapatkan Mukhriz. Mahu melihat keadaan Mukhriz bagaimana.

Jika sebelum ini Mukhriz sentiasa menghalang dia datang kebilik. Kali ini penerimaan Mukhriz berlainan. Nampak Jelas Di mata Firhad, bila isu berkaitan Mukhlas, Mukhriz tak senang duduk bagaikan ada yang tak kena.

Dua beranak yang dikenali Firhad sepanjang hidupnya tak pernah berbaik  kedua - duanya ego dari segi hubungan, Firhad dapat rasakan kasih bagi hubungan itu Zero.

Ada sahaja yang tak kena pada pandangan mata mereka berdua bagi diri masing - masing  , Baik Mukhriz Ataupun Mukhlas. Habit mereka sama.

" Kenapa dengan Mukhlas? Engkau nak aku halau dia dari Negara ini. Aku bukan pemerintah Negara yang ada kuasa buang Orang keluar dari Negara ini." Mukhriz perli Firhad Tentang isu yang dibangkitkan sepupunya.

Firhad ketawa lucu dengan jenaka Mukhriz. Pada pandangan Firhad apa yang dikatakan Mukhriz benar Tentang  Mukhlas. Dia tiada hak dalam hal itu.

Tapi Firhad suka menyakat Dan menyakitkan hati Mukhriz.

" Engkau tak pernah sembang baik - Baik dengan Pak Ngah aku tu? Sian dia makan seorang - seorang, buat segala benda semua sorang - sorang Mukhriz, dah macam kera sumbang aku tengok . Engkau tak kesian dengan dia?"

Hmmmm! Mukhriz buat muka menyampah.

" Sebelum ini aku ditinggalkan seorang Firhad? Tak pula engkau Tolong aku.Back Up aku. Kena dengan orang tua tu pula engkau nak kesian?"

" Balasan dia!" Mukhriz jerling pada Firhad.

" Hmmmmmm! Kalau dia dah insaf macam mana Mukhriz? Dia tahu silap dia? Manusia kan boleh berubah?" Firhad memujuk. Dia dapat rasakan sesuatu yang positif dalam hal perhubungan Mukhriz Dan bapanya.

" Kalau dia berubah waktu Selepas Ibu aku meninggal, aku boleh terima Firhad. Tapi semua itu terlambat!" Pandangan Mukhriz panjang terkenangkan sesuatu. Bukan mudah bagi dia. Begitu juga bagi Mukhriz. Entah apa rahsia yang disimpan Mukhlas dari Mukhriz.

Mukhlas anggap dia macam bukan anak dia. Tapi wajah mereka sama. Wajah Mukhriz benar - benar macam muka Mukhlas.

Bak kata pepatah Mana nak tumpahnya Kuah Kalau bukan ke nasi. Tapi Mukhlas layan dia? Semua itu malas kepala serabut Mukhriz nak ingat.

Lebih Baik dia menjalani hidup bersama Anggerik disisi Dan keluarga tanpa campur tangan Mukhlas dalam hidup dia lagi.

" Apa yang engaku menung Mukhriz? Apa yang Engkau tak ceritakan pada aku lagi?" Firhad turut simpati dengan nasib Mukhriz.

Keluarga mereka lambat tersedar dengan apa yang jadi. Untuk mengubah hubungan anak beranak yang telah terbelah Dia Amat payah dirasakan oleh keluarga Mumtaz. Kedua- duanya mempunyai agenda Dan perancangan sendiri tanpa melibatkan campur tangan salah seorang dari mereka.

"Waktu aku masih muda. Aku belum matang dalam hidup Dan keputusan yang tangan aku buat semua akan pengaruhi hidup aku. Tapi mana dia Firhad waktu aku perlukan dia?"Mukhriz mengeluh mengenangkan seorang lelaki yang layak dipanggil Ayah sebelum ini.

" Hilang? Dia tinggalkan aku pada Datuk dengan Opah kita. Silap aku lagi Kalau aku tak terima dia?"
Mana keadilan untuk aku Firhad. Aku rasa aku tak minta lebih pada dia.
Cuma aku harap dia tahu aku ini wujud dalam hidup dia."

Tapi engkau lihat apa yang jadi sekarang? Aku bukan siapa - Siapa dalam hidup dia Mukhlas!"

Kesedihan diwajah Mukhriz Jelas pada pandangan mata Firhad.

" Engkau tak silap apa - apa Mukhriz. Tapi cubalah terima dia. Mana tahu Dia dah insaf. Setiap Insan yang bernyawa akan matikan."

" Itu cakap engkau Firhad. Setiap yang bernyawa akan mati? Habis itu sepanjang Ibu aku sakit? Mati ? Kenapa dia tak ada Dekat aku? Dekat Ibu aku? Ibu aku mati ...

Tapi tak pernah dia jenguk Walaupun Sehari Firhad sepanjang Ibu aku sakit. Pusara Ibu aku pun dia tak pernah datang.
Engkau rasa Sebab apa? Salah aku? Sebab aku ini anak dia?"

" Aku tak faham Pak Ngah sebenarnya Mukhriz. Sama aku tak faham engkau dulu. Kamu berdua sebenarnya sama ."

" Apa yang sama ?" Mukhriz melenting.Nampaknya Firhad benar- benar tak faham apa yang Mukhriz maksudkan tadi.

" Aku tak faham Datuk? Dia tegas, garang, berdisiplin tinggi Dan aku tak nafikan Mukhriz semua ciri - ciri kepimpinan ada pada Datuk.
Tapi engkau lihat macan mana cara dia Handle engkau dengan Pak Ngah dalam masalah ini?...
Datuk pun mengalah dengan kamu berdua. " Degil" Firhad senyum sinis mengenakan Mukhriz.

" Dia manjakan Mukhlas!" Lancar bicara Mukhriz.

" Tapi Datuk sayangkan engkau lagi? Lihatlah macam mana Datuk halau Pak Ngah dulu keluar tinggal Di luar negara." Firhad mengingatkan Mukhriz.

" Minah Mat Salleh tu? Engkau pun lihat macam mana perempuan itu layan aku.

" Itu aku tahu. Tapi Kenapa engkau yang semacam Firhad  dengan aku? Jangan cemburu Firhad, engkau ada segalanya. Keluarga yang sayangkan engkau? Aku cuma ada Datuk dengan Opah dalam hidup aku selama ini. Mereka yang jaga aku selama ini?aku cuma tumpang kasih sayang mereka. Kalau tak aku sebatang kara."

"Aku tak cemburu Mukhriz pasal hal hidup engaku. Lagipun aku rasa aku lebih melimpah dengan kasih sayang." Firhad tersengih.

Firhad hampir terlupakan sesuatu dalam bicara.

"Jangan lupa Mukhriz, engkau masih ada Anggerik dengan Adham." Firhad mengingatkan. Senyuman Firhad ikhlas bila dia mengingatkan wajah Anggerik yang berjaya jinakkan Singga Jantan Mukhriz.

" Anggerik! Dia memang pelik?" Firhad Tersenyum sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

Wajah Mukhriz berubah. Kelihatan wajah tampan Mukhriz berubah ceria mengingatkan Sebaris nama isterinya Dan anak mereka.

" Engkau bila lagi Firhad ? Bila nak tamatkan zaman bujang engkau. Engkau bukannya tak laku?"

" Tunggu Indah!"

" Gila!" Mukhriz gelengkan kepala. Kalau Indah yang ditunggu Firhad, alamatnya tak kahwinlah sepupu dia seorang ini.

Bukan Mukhriz tak tahu setiap hari ada lelaki yang menghantar indah ke pejabat. Balik pun kadang - kadang, ada yang orang Tolong ambil kan. Semuanya lelaki.

Indah Pembantu Peribadi Mukhriz mempunyai perwatakan menarik. Pandai dalam menghias diri. Setiap kali penampilan Indah ke pejabat, dia akan berektrampilan Seksi Dan menarik.

Memukau pandangan mata lelaki yang melihat, kecuali Mukhriz. Bagi Mukhriz kerja tetap kerja. Tiada siapa yang boleh menghalang sifatnya yang Satu Tentang hal itu.

" Engkau kenapa tengok aku macam itu?" Firhad tersengih. Akhirnya perasaan hati dapat diluahkan pada Mukhriz. Jika sebelum ini Mukhriz menghalang, kali ini tidak lagi Tentang tujuan Firhad yang Ingin mendampingi Indah.

" Engkau masuk kerja jam berapa selalunya Firhad? Pernah bertembung dengan Indah?" Pandangan mata Mukhriz dapat melihat perubahan pada wajah Firhad.

" Kenapa ?"

" Engkau datang awal dan engkau tengok nanti dengan mata kepala sendiri Firhad. Aku pergi dulu jumpa Datuk.!" Mukhriz menepuk bahu Firhad sengaja mahu hati Firhad mengelabah.

" Mukhriz!"

****

" Ayah datang kedai Anggerik? Tak sangka Ayah kesini hari ini. Kalau Anggerik tahu? Anggerik akan sediakan juadah untuk Ayah. Tapi hari ini Anggerik kekurangan staf, seorang staf Anggerik dah bercuti."

Anggerik gugup. Telah lama Ayah tidak melawati Anggerik. Entah kenapa Dia dapat rasakan lain, perasaan Anggerik tidak biasa dalam keadaan macam itu.

Entah apa yang panjang sangat Anggerik bualkan tanpa henti dia pun sendiri tak pasti. Apa yang dia rasa sedap keluar dari mulut Anggerik dia luahkan tanpa butir isi Tentang hal yang akan dibincangkan.

" Ayah datang pasal Mawar Anggerik? Dah lama dia gagal dihubungi. Kamu ingat lagi dulu dia menghilang. 5 tahun baru dia muncul. Tapi sekarang ini Ayah rasa lain? Macam ada sesuatu terjadi pada dia." Kening Ayah dikerutkan memandang Anggerik.

Segala apa yang dibicarakan Ayah sebenarnya merupakan hal yang dibicarakan Dianara. Setiap malam isterinya Dianara akan bermimpi. Mimpi kan Tentang Mawar.

Mimpinya pelik, melihat Mawar yang dikelilingi bunga Mawar, Tapi Sebaik Dianara Ingin memegang tangan Mawar. Anaknya menjauh pergi dari dia. Bagaikan wanita yang hadir Di minpinya bukan anaknya lagi.

Itu mimpi  yang diceritakan oleh Dianara pada suaminya. Tapi cerita itu dia Takkan ceritakan pada Anggerik. Dia tahu bagaimana penerimaan Anggerik nanti."

Hubungan Anggerik Dan Dianara tidak Baik, Dan tahu disebabkan apa. Semua itu dia tak jatuhkan semua kesalahan itu pada Anggerik. Anggerik layak membenci Dan sebaliknya.

" Ayah nak Anggerik buat apa? Cari Mawar? Anggerik rasa benda itu Anggerik tak boleh setuju, lagipun Mukhriz Takkan setuju hal itu. Anggerik berbadan dua!"

" Kamu mengandung Anggerik?tapi kenapa tak maklumkan Ayah sebelum ini ?" Datuk Johari Tersenyum paksa, Entah kenapa Anggerik rahsia makan hal yang penting itu dari dia.

Adalah dia tak layak untuk tahu Tentang hidup Anggerik. Adakah Anggerik marah kan dia dulu dengan apa yang terjadi.

Dia sibuk dengan kerja hinggakan dia tak sedar kesilapan dia dulu abaikan Anggerik.

" Bukan macam yang Ayah sangka!" Anggerik Cepat menyangkal. Perubahan pada ayahnya Jelas dilihat dimata Anggerik.

"Ayah tak ada rasa apa- apa, mungkin kamu ada Sebab rahsia kan semua ini. Ayah Takkan paksa kamu Anggerik!"

" Anggerik tak nak Ayah risaukan Anggerik. Sebenarnya benda ini tak jangka. Lagipun ayah baru Baik dari koma, Kesihatan Ayah perlu pulih dulu. Ayah perlu beri peluang pada Dianara, Anggerik tak mahu kacau hubungan itu." Anggerik akhirnya berterus terang.

" Kamu nampak apa yang Jadi Anggerik? Semua!" Datuk Johari terkejut dengan pengakuan Anggerik.

Anggerik Hanya mampu angggukan kepala. Buat apa Dia mahu menipu lagi. Segalanya Jelas dimata Anggerik, kejadian Sebaik sahaja Ayahnya Datuk Johari tersedar dari koma.

****

" Apa semuanya ini abang? Kenapa nama dalam wasiat ini berpindah pada Anggerik? Kenapa bukan saya dengan Mawar.! Cakap? Kenapa?" Suara Dianara kedengaran nyaring ditelinga Anggerik.

Beberapa pekerja telah memandang kearah bilik Ayah. Namun Sebaik Suara itu menghilang, mereka terus melakukan kerja mereka kembali.

Hanya Anggerik yang setia Di Pintu bilik Kayu berkaca Milik bapanya. Didalam bilik Jelas kelihatan Dianara sedang berdiri menjegilkan mata.

" Awak cakap apa ini?" Lemah sahaja Suara Datuk Johari bersuara. Dia baru pulih Dan tersedar dari koma.

" Saya cakap apa? Ini wasiat ini. Kalau Awak tak koma Johari, selamanya saya ditipu Awak selama ini. Awak kata Awak nak berikan syarikat itu pada saya Dan Mawar. Tapi Awak lihat apa yang Awak wasiat kan pada peguam kita. Bulat - bulat Jelas Dan terang sini, Awak letakkan nama Anggerik seorang."

"Apa Maksud awak ini?"  Dokumen dihempaskan kasar di atas katil Datuk Johari yang sedang duduk dalam kelemahan. Dalam dirinya masih berbaring.

Lemah dan pucat dalam pemerhatian mata Anggerik. Melihatkan situasi yang terjadi dihadapan matanya dia bersedih.

Hanya harta dunia yang dikejarkan Dianara waktu ini. Tapi kenapa perkara itu diungkit sedangkan Ayah masih boleh pulih.

" Aku belum mati lagi? Macam mana engkau boleh buka wasiat itu. Benda itu kena tunggu aku mati dulu!" Datuk Johari mengucapkan bicara dalam nada tegas. Matanya terarah memandang kearah isterinya.

" Kalau Awak mati maknanya memang Awak nak serahkan semua pada Anggerik? Macam itu?" Dianara pula menjegilkan mata. Semua Tentang suaminya dia tak mahu ambil peduli.

Apa yang penting Mawar anaknya. Semua harta itu patut diserahkan pada Mawar. Tapi waktu - waktu genting begini anaknya menghilang.

Lagilah Dianara tak senang duduk. Gelisah mengenangkan hartanya akan diserahkan pada Anggerik.!"

" Wasiat itu aku belum sempat ubah. Aku pun tak jangka aku akan koma Dianara. Percayalah aku akan ubah semua itu. Bagi aku sembuh dulu!" Suaminya mahu berehat. Dapat dirasakan tubuhnya telah lelah.

" Saya nak Awak ubah sekarang Johari, jangan tangguh - tangguh. Kesihatan Awak ini pun bukan sihat. Bila - bila masa Awak boleh pergi. Awak nak lihat saya jadi Janda tanpa apa - apa . Awak nak lihat saya merempat."
Dianara sehabis kata marahkan Johari dengan apa yang terjadi. Dia dah tak ambil peduli. Bagi dia matlamat hidupnya perlu dicapai.

Apa guna dia bersama Johari menjaga Anggerik selama ini Tapi semua itu tidak mendatangkan hasil. Dia tahu sekarang dia berseorangan. Dia Hanya mahu Mawar muncul kembali dalam hidup dia.

Dengan kemunculan Mawar senang lah nanti Dia mahu merancang plan bagi menjatuhkan Anggerik. Bagi Dianara segala yang menjadi Milik Johari perlu menjadi miliknya dan Mawar, termasuk rumah Dan Kedai bunga yang ditinggalkan arwah Lily kepada Anggerik.

Semua itu dia akan rampas sepenuhnya.

" Selama yang aku kerjakan selama ini masih tak cukup lagi Dianara. Rumah aku dah sediakan untuk engkau dengan Mawar. Duit, harta persendirian, semua ada bahagian masing - masing. Apa lagi Dianara. Kalau tak ada apa - apa aku nak berehat. Penat!" Suara Datuk Johari semakin lemah. Dalam bicara percakapannya, kedengaran suaranya yang lemah dan disusuli batuk - batuk kecil pada pendengaran Anggerik.

Tapi Dianara masih belum puas dengan apa yang terbentang di matanya. Bagi Dianara, Johari sengaja mengujinya dengan hal itu dirahsiakan.

" Awk yang berjanji Johari. Awak perlu kotakan semua hal itu. Saya pertahankan hal Mawar" Dianara semakin tegas. Namun ayah, Nada suaranya semakin lemah dalam perbalahan mereka suami Isteri.

" Kenapa pasal wasiat itu Kita nak bertengkat Dianara. Aku sakit, sepatutnya engkau yang jaga aku. Tapi apa yang aku lihat. Engkau tinggalkan aku berseorangan disini. Kenapa?"

" Saya sakit hati dengan awak Johari? Jika tak tertulis disini pasal wasiat itu Tentang klausa Koma. Sampai mati Saya tak tahu Awak tipu saya.!"

Johari Tersenyum dengan segala penerangan Dianara. Nampaknya hidupnya dipermainkan Sekali lagi.

Baru dia teringat wasiat yang dipersetujui dulu. Jika dia koma melebihi 3 hari, wasiat itu akan dibacakan pada semua Ahli keluarga. Itu syarat Johari dulu.

Paling mengejutkan Johari, Sungguh dia Tak sangka yang perkara itu benar - benar terjadi pada dia. " Koma" sesuatu yang tidak dijangka dalam hidup seseorang.

Namun pengakitnya tidak melarat menjauh dari koma. Dia sembuh kerana dalaman dirinya kuat dengan sokongan dari arwah isterinya Lily yang tak mahu dia pergi dulu meninggalkan Anggerik sendiri. Waktu itu Dia dapat rasakan Anggerik dalam kesusahan bersendirian.

Kerana itulah Johari kuat untuk pulih. Hanya kerana Anggerik Dan pesanan arwah Lily dalam mimpinya.

" Jadi wasiat dah dibacakan?Cepat" Johari Tersenyum .

Pandangan mata Dianara menjeling kearah suaminya. " Kenapa Awak nak nafikan semua itu. Saya dapat dokumen lengkap Johari. Jangan Awak nak menidakkan hal itu?" Dianara semakin Panas melihat Senyuman suaminya sendiri.

" Anggerik dah tahu pasal benda ini? Dia juga turut dipanggil?" Johari menatap riak reaksi wajah isterinya Dianara. Nampaknya riak wajah isterinya berubah. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.

" Belum!" Dianara menjawab jujur pada soalan suaminya.

" Belum ? Habis itu macam mana wasiat itu boleh terlepas?" Datuk Johari menyimpan kemarahan dalam dirinya. Nampaknya jabatan peguam yang dilantik juga tidak amanah.

Dia akan mengambil tindakan kepada jabatan peguam itu yang tidak amanah pada wasiat dia." Tapi dia perlukan masa untuk semua itu berjalan mengikut perancangan Datuk Johari. Dia perlu pulih terlebih dahulu.

"Semua itu tak penting Johari. Perkara penting sekarang ini, Awak kena ubah balik semuanya?" Dianara mengetap geram dalam diri.

" Aku perlukan masa buat semua itu. Banyak orang - orang yang aku tak boleh percaya sekarang ini." Datuk Johari mengeluh dalam diri. Peguam yang dia paling percaya dalam wasiat dia Nampaknya tak amanah. Itu baru waktu dia belum mati. Tapi Kalau dia mati, agaknya wasiat itu akan ditukar pada Dianara. Dia perlu buat sesuatu.

Anggerik Hanya memerhati Di kejauhan melihat semua yang terjadi pada Ayah Dan Ibu tirinya. Tak sangka Anggerik dengan semuanya yang terjadi.

" Ayah belum mati? Kenapa Mak Cik sibuk dengan wasiat. Masih tak cukup - cukup lagi." Anggerik mengeluh dalam hati.

Anggerik ke kaunter mendapatkan Jururawat yang bertugas.

" Nurse, Saya nak minta Tolong. Tolong serahkan bunga dengan buahan ini pada pesakit bilik hujung itu. Pesakit bernama Datuk Johari." Anggerik memberikan Senyuman.

" Saya boleh Tolong, Tapi Cik tak nak jumpa pesakit. Disini, pelawat boleh masuk bila - bila masa?" Nurse menerangkan skop tugas dia disitu.

" Saya jumpa lain kali Nurse. Kebetulan saya ada kerja lain. Kerja yang Urgent untuk saya buat. Saya pergi dulu sampaikan pesanan saya supaya lelaki itu Cepat sembuh. Terima kasih" Sebaik mengucapkan segala butirannya. Angerik menghilang dalam kepekatan malam.

Entah kenapa hati Anggerik sakit bila dilihat Ayah dilayan begitu oleh Dianara. Dia tak mahu lagi keruhkan keadaan jika dia muncul kan diri disitu.

Dia merupakan Satu Objek yang akan dibenci Dianara sepanjang masa. Jika dia masuk kedalam perbalahan tadi, mungkin Ayah akan lebih sakit. Silap - silap penyakit Ayah akan lebih teruk.

Anggerik rindu pada Sebaris panggilan itu. Tapi dia tak boleh nak buat apa - apa. Ayah perlu sembuh seperti sediakala . Itu lebih baik bagi Anggerik.

Walaupun dia rindukan Ayah selepas tak berjumpa selepas penculikan dia dulu. Dia redha, andai itulah jalan yang terbaik dalam hubungan mereka.

Ayah tak perlu memilih diantara dia Dan Dianara. Hidup Ayah akan lebih tenang dengan Anggerik tidak lagi muncul dihadapan Dianara.

****

" Anggerik dengar semua Ayah? Tapi kenapa ayah buat wasiat macam itu. Kenapa Anggerik? Kenapa bukan Mawar?" Anggerik pelik. Jika sebelum ini Anggerik lihat ayah Lebih kan Mawar." Wajah Anggerik menunduk, dia terpaksa berterus terang. Dia mahukan jawapan yang pasti Tentang hal itu.

" Ayah sayangkan Kedua - dua anak ayah Anggerik. Tapi kamu Lebih matang dari Mawar dalam buat keputusan. Sebab itu Ayah pilih kamu. Kamu tahu mana yang Baik Dan buruk. Kamu yang majukan Kedai Lily Milik Arwah. Sehingga maju macam ini. Ayah bangs dengan kamu Tapi semua itu Ayah terpaksa tahan."

Reaksi wajah Ayah Jelas berubah. Bukan lagi ayah yang tegas dulu bagi Anggerik Tapi penyayang bagi Mawar,

Ayah kini ibarat seorang lelaki yang menjadi pelindung dalam diam hidup Anggerik. Tanpa Anggerik tahu dia adalah Sebenarnya menjadi harapan dan tunjang Utama ayahnya dalam keluarga.

Sesuatu yang sebelum ini tak disangka Anggerik.

" Ayah buat semua itu dulu sebab nak lindungi Anggerik? Tapi kenapa Ayah tak tunjuk. Ayah buat Anggerik salah faham pada Ayah." Air mata Anggerik laju turun kebumi. Dia tesentuh dengan segala reaksi Ayah. Jika sebelum ini dia Hanya menganggap dia dibenci Ayah Dan diabaikan dia Hanya tersilap. Sebenarnya ayahnya melindungi Anggerik dalam diam. Tidak mahu Anggerik mendapat susah kemudian hari.

Perkahwinan dia dulu Dan Perkahwinan Mukhriz dengan Mawar yang batal, dapat dirasakan Anggerik Ayah mempunyai agenda tersendiri dalam melindungi Anggerik. Tapi itu semua Hanya Ayah yang mempunyai jawapan.

" Jangan bazirkan air mata itu Anggerik! Ayah tak suka lihat kamu bersedih. Kamu dah banyak terluka dulu. Sekarang masa kamu untuk bahagia. Ayah tak sangka kamu dengan Mukhriz akan bahagia sampai macam ini."

" Ayah dulu mahukan kamu dengan Nicholas. Ayah nampak keserasian kamu berdua. Ayah dah tahu awal Tentang Nicholas yang mahu masuk islam. Sebab itu Ayah halang kamu dengan Mukhriz dulu.

"Ayah ganti kan tempat kamu dengan Mawar. Tapi tak sangka Datuk Mumtaz dapat tahu Tentang hal itu." Ayah ketawa Dan lucu dengan kejadian dulu.

" Ayah nak Anggerik dengan Nicho. Tapi kenapa Ayah tak pernah terangkan itu semua pada Anggerik. Banyak Anggerik dah tersilap dengan Ayah. Anggerik ingatkan Ayah tak faham perasaan Anggerik. Tapi sebaliknya ayah yang paling Faham."

Anggerik melabuhkan wajahnya pada bahu Ayah, Dia Amat Tenang berada disitu. Menumpang bahu seseorang untuk dia meluahkan perasaan sedih. Kali ini pada bahu ayah kandungannya. Datuk Johari, yang selama ini dirasakan Anggerik lelaki tiada perasaan.

Sebelum ini dia Hanya menanggis sendiri. Tapi Kehadiran Ayah disisi Anggerik kini dia Terasa diri Anggerik semakin kuat. Kuat mengahdapi dugaan yang mendatang dalam hidup dia.

" Anggerik ingatkan dulu Ayah paksa Anggerik kahwin dengan Mukhriz sebab harta. Ayah nak Anggerik selamanya keluar dalam keluarga kita. Tapi tak sangka...!

Anggerik meluahkan Tapi perasaannya tak sampai, begitu dia bencikan lelaki itu dulu, semua yang buruk dia pernah lemparkan pada Ayah. Tapi tak sangka Ayah pelindung diri dia dalam senyap.

" Maafkan Anggerik!" Tiada ucapan lagi yang boleh keluar dari bicara Anggerik.Hanya Itu ubgkapan yang berjaya diluah.

Bersama senyuman kekar, Datuk Johari Hanya anggukan wajahnya sambil pelukan Anggerik Di sisi bahunya diperkemas.

Share this novel

Amirul Shafiqah
2021-06-26 02:15:13 

. Boleh lombong nak nun ckp lagi nok nun bl ke. B j v nk no kak buleh. Maka Mereka ni. ? V. Om. I


NovelPlus Premium

The best ads free experience