Bab 38 ( A2)

Romance Completed 306520

Roselle tercungap - cungap berjalan melintasi beberapa buah kedai yang berderetan.Dalam fikiran serabut Roselle dia mahu pergi jauh dari situ, jauh dari Terry Dan kehidupan yang dirahsiakan.

" Harap - harap aku sempat sembunyi sebelum orang - orang dia sedar. Tapi Mana aku nak pergi ? aku bukan kenal sesiapa?" belum sempat Roselle nak terlebih berfikir lebih jauh mencari peluang.

" Suara seseorang kedengaran memanggil, membuatkan Roselle berjalan tanpa henti."

Roselle..

Dalam langkah yang laju.Roselle berjalan tanpa arah tuju.

" Uishhh macam Mana mereka boleh secepat ini." Semakin laju langkah Roselle, semakin kuat suara lelaki- lelaki memanggil namanya.

Roselle tahu mereka semakin hampir kearahnya.." Tak mereka Tak boleh jumpa aku!"

"Bang!"

Tubuh Roselle terpelanting akibat dilanggar sebuah kereta.

" You !" jeritan seorang wanita bersama kejutan melihat apa yang berlaku dihadapan Mata. Tubuh Dan perasaan mengeletar ketakutan. Biarpun bukan dia yang memandu kesan kegugupan Dan peluh yang keluar membasahi diri membuatkan Sherry mengeletar.

Mata kedua - duanya saling merenung diantara satu sama lain sebelum diri Dan fikiran menelaah apa yang telah berlaku.Semuanya berlaku dalam sekelip Mata.Mereka berdua masih terkejut Dan trauma.

" Ssssssherrry, apa yang aaaku llangggar?" Tubuh Nik mengeletar kuat.Waktu ini dia yang paling takut dalam situasi itu. Dia adalah pemandu kenderaan Dan suspek utama dalam kemalangan yang berlaku.

" Engkau langgar apa Nik? cepatlah pergi tengok." Sherry dalam ketakutan.Tapi situasi itu mereka telah teelibat.Nak Tak nak mereka kena hadapi.Beberapa orang ramai telah menghampiri kawasan kemalangan, lebih membuatkan Sherry Dan Nik semakin cusk.

" Sherry,Aku takut! Dah mati ker benda Aku langgar tu?" Nik mengigil hebat.

" Pergi keluar dulu Nik tengok apa yang jadi!" Sherry juga takut memikirkan apa yang mereka akan hadapi jika kedua - duanya keluar dari kenderaan.

" Aku yang pandu kereta, Aku yang langgar..Sherry engkau tengoklah apa yang jadi" Nik bicara sambil mengeletar,jelas pada pandangan Sherry Nik benar - benar mengigil kesejukan.

Sherry Tak sampai hati melihat keadaan Nik yang benar - benar takut. Ada betul cakap Nik,dia hanya penumpang disebelah,Nik pemandu yang melanggar sesuatu,yang mereka berdua Tak pasti apa.

" Ya Allah..."

" Hoi keluar lah!.Membatu dalam kereta buat apa!"

" Hoi ! langgar orang ini.."

" Keluar Bantu apa yang patut....."

" Hoiii! dah langgar orang boleh duduk diam dalam kereta.Hoi Keluar!"

Kedengaran suara - suara orang ramai telah berpusu - pusu memarahi kearah Sherry Dan Nik. Sherry masih kaku dengan segala yang terjadi.Segalanya berlaku dalam suatu Masa yang singkat.

" Nik orang dah ramai ini. Macam Mana ?" Sherry kecut dengan kedatangan orang ramai yang memenuhi kawasan kemalangan.

" Aku keluar tengok apa yang patut dulu." Sherry Cuba mengenangkan Nik dalam keadaan trauma.

" Sherry ! Sherry jangan tinggal Aku....." Nik merayu dalam ketakutan namun Sherry telah membuka pintu kereta untuk lihat apa yang terjadi.Dia Nekad.

" Bagus dah keluar, sekarang ini engkau dah langgar orang ini.Orang ini dah pengsan, perempuan mengandung,cepat pergi bawa perempuan ini hospital ."
Seorang lelaki yang kelihatan dalam wajah yang garang memberikan arahan kepada Sherry.

" Sssssaya, kami Tak sengaja."Sherry menerangkan kepada orang ramai yang hadir.

" Mana Ada orang langgar orang sengaja.Dah cepat bawa mangsa ini pergi hospital.Belum mati lagi dia ini." Seorang lagi lelaki meneka.

" Mana encik tahu.Kita tunggu ambulan Encik senang, Saya takut apa - apa jadi plak lepas ini." Sherry berfikiran waras.

" Engkau pelakon Sherry tu Kan?" Dasar pelakon tapi Bodoh.Perempuan mengandung ini engkau dengan kawan engkau tu yang langgar dia.Kalau engkau nak tunggu Ambulan,entah - entah dah mati mangsa ini. Aku dah check nadi dia ini.Hidup lagi,cuma dia pengsan.

" Engkau dah telefon ambulan?" Lelaki tadi masih bertanya sambil memberikan pendapat yang kasar kepada Sherry.' Pelakon Bodoh'.

Hai lelaki ini memang nak kena dengan aku.Sempat Sherry geram dalam hati.

" Dah telefon Ambulan ker aku Tanya.Tak habis - habis berangan!" lelaki yang sama masih mengenakan Sherry.

" Bellllum!" Mata Sherry memandang kearah wanita yang telah dilanggar oleh Nik. Masih pengsan, tapi sebaik Sherry memandang sesuatu..Mata Sherry terbeliak..

" Ddddddarahhhhh."

****

"Kenapa Tak tidur lagi?" Mata Mukhriz melihat Anggerik yang berjalan kehulur hilir dihadapan Mata Mukhriz.

" Huh Ada benda dia nak berbalah Malam - Malam ini.Tak habis lagi agaknya pasal Hal itu." Mukhriz Cuba meneka.

" Hati Saya Tak sedaplah Malam ini, rasa macam Ada sesuatu. Tak sedap Dan berdebar - debar." Anggerik mengigit bibir dapat dirasakan hatinya tidak tenang.

" Hmmm, perasaan awak jer tu Anggerik, rasanya semua selamatkan.Awak dah tahu ker siapa penculikan awak hari tu?" Buku ditangan Mukhriz ditutup memberikan sepenuh perhatian kepada Anggerik.

Mahu mendengar jawapan versi Anggerik.Sedangkan siang tadi Mukhriz tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Anggerik mengalihkan pandangan Mata daripada memandang Mukhriz.Tanpa tersedar Anggerik mula mengutir tangannya menandakan dia gelisah dengan pertanyaan Mukhriz.Dia tahu sebenarnya apa yang terjadi bagi penculikan kedua.

Sebenarnya dia bukan diculik tapi lebih kepada Bukti kepada sesuatu.

" Saya Tak tahu, benda dah terjadi." Anggerik mengalihkan pandangan sambil meneruskan berjalan hadapan Mukhriz.

" Aku harap engkau dapat jawapan dari penculikan tu?" Mukhriz memberikan Hint Dan meletakjan buku di meja sisi, sambil tersengih kearah Anggerik.

" Kenapa Pula dia boleh tersengih Macam itu.Pelik? takkan Mukhriz jumpa Adam? tapi Tak mungkin."

" Mukhriz takkan cepat sangat awak nak tidur.Kita bincang lagi banyak Saya nak sembangkan." Anggerik berdiri disisi Mukhriz.

" Saya letih nak tidur, esoklah Kita sambung." Mukhriz mengalihkan posisi tidur membelakangkan Anggerik.Dalam Masa yang sama Mukhriz tersenyum sendiri.

" Saya Ada Hal penting! Apa maksud awak Saya dapat jawapan Mukhriz? Apa yang awak tahu?" Anggerik masih belum puas.Kebelakangan ini asyik Mukhriz kenakan dia.Banyak sangat helah Mukhriz.

Kali ini Anggerik was - was tentang bicara Mukhriz tadi.

" Mukhriz awak belum tidur saya tahu.Mana pernah awak tidur cepat macam ini.Selalu awak tidur jam 2300 Malam.Sekarang Baru 2130 Malam.Mukhriz bangunlah." Cubaan pertama Kali gagal.Kali ini Anggerik akan lebihkan usaha.

" Saya penat sangat..Huarghhhh, tengok Saya dah mengantuk.Saya Tak larat nak layan karenah awak. Nak peluk awak pun Anggerik, dah Tak muat." Sempat Mukhriz jenaka sebelum selimut diangkat menutupi kepala.Takut dengan cubitan berbisa Anggerik.

" Awak ini! Mukhriz Ouchhhhhhhh.. Mukhriz..

" Eleh Tak payahlah awak nak buat -buat sakit. Cari cara lain." Mukhriz masih belum berganjak mengunci diri dalam selimut.

" Arggggghhhhh! Mukhriz Saya dah nak beranak.." Selimut ditubuh Mukhriz ditarik kasar.

" Anggerik jangan nak main - Main benda serius macam ini!" Mukhriz telah bangun sambil mengosokkan Mata. Baru hari ini dia nak terlelap awal.Sebab sebenar nak mengelak menjawab pertanyaan Anggerik.

" Mukhriz, awak tengok ini"

" Anggerik? mmmmana datang darah iiiiiitu.Mukhriz terkejut.Rasanya di Tak buat sesuatu pada Anggerik tadi.

" Awak dah Tak payah nak mengelabah.Saya dah nak bersalin sekarang ini, mungkin dalam 8 atau 6 jam lagi. Hantar Saya hospital sekarang Mukhriz, sebelum itu hantar Adham rumah Opah." Anggerik memberikan arahan, Berharap Mukhriz akan bertenang.Itu adalah pengalaman pertama Mukhriz.

Mukhriz mundar - mandir segala arah yang dia nak pergi macam Tak kena. Wajah Mukhriz pucat,sambil sesekali dilihat Anggerik menahan.." Awak tunggu apa lagi? pergilah bersiap salin baju. Jeans." Anggerik Cuba menahan bila dalam beberapa minit dapat dirasakan hentakan,yang membuatkan Anggerik menahan kesakitan.

" Bukan kena tunggu air keluar dulu ker? Saya Tak nampak pun Ada air dekat lantai ini?" Mukhriz membuat andaian.Mata Mukhriz melihat ke sekeliling bilik Dan baju yang dipakai Anggerik.

" Saya bersalin darah Mukhriz.Dulu Adham pun sama Macam ini." Anggerik mencekak baju Mukhriz bila kesakitan mulai datang kembali.

" Anggerik!" Mukhriz membiarkan Anggerik dengan perilaku yang Cuba difahami,sambil Anggerik memejamkan Mata Dan mengigit bibir. Setelah keadaan kembali normal,Anggerik mendapatkan Mukhriz.

" Doktor yang akan pecahkan Air ketuban Saya dekat Sana.Kita pergi sekarang Mukhriz." Anggerik kembali tenang, bila kesakitan kuat menghilang.

" Baiklah, Kita pergi sekarang." Mukhriz meminpin tangan Anggerik bersama - sama mengejutkan Adham.

***

" Doktor Macam Mana dengan keadaan pesakit tadi?" Sherry mengelabah bila sebaik dibawa perempuan mengandung tadi.Pendarahan masih belum berhenti.

Telah empat jam mereka berdua menunggu,masih belum Ada berita.Lebih mengejutkan Anak dalam kandungan wanita itu akan diselamatkan.

Hal itu lebih menakutkan Dan mengusarkan Nik Dan Sherry memandangkan mereka tidak menjumpai identiti wanita itu.

Lebih menakutkan jika perempuan yang dilanggar itu mati. Mana mereka nak mencari Keluarga perempuan itu. Mereka tiada maklumat.

" Kami sedang berusaha menyelamatkan kedua - duanya. Harap boleh bersabar." Doktor yang bertugas bergegas keluar dari bilik kecemasan yang menempatkan Roselle.

" Doktor kalau sedang diselamatkan kenapa Doktor keluar dari bilik ini.Pesakit tadi macam Mana?"Sherry masih Tak sedap hati. Wanita itu sedang diselamatkan, kenapa Doktor ini Tak teruskan kerja dia dalam ini?" persoalan dalam hati Terry.

" Saya Ada kes bersalin. Saya Ada tugasan lain.Awak jangan risau dalam bilik kecemasan itu Ada doktor lain pantau." Doktor itu tersenyum sambil berlalu.

Arah tujuan Doktor itu kearah kaunter.

" Berapa pesakit yang nak bersalin Malam ini?" Doktor Danny bertanya kepada jururawat yang bertugas.

" Setakat ini Ada Lima Kes Doktor.Semua pesakit sedang dalam bilik menunggu." Jururawat menerangkan maklumat kepada Doktor Danny.

" Nanti awak arahkan Doktor Aina pergi ke bilik 04 dengan 05, tiga lagi bilik ini Saya uruskan."Doktor Danny berlalu sambil mengambil rekod pesakit ditangannya.

Rekod pertama yang dilihat dimatanya membuatkan Doktor itu membaca maklumat pesakit dengan teliti. Nama pesakit ' Anggerik' nama bunga?"

" Jarak Masa yang sama dengan pesakit masuk tadi" Doktor Danny Cuba mengingati mama pesakit yang Baru diselamatkan tadi, wajahnya berkerut Cuba mengingatkan sebaris nama tadi.

" Apa nama dia tadi?" keningnya berkerut sebelum sebaris nama pesakit itu muncul.' Roselle'.

Kebetulan kedua - duanya dalam tempat, Masa Dan hospital yang sama. Doktor Danny melangkah kearah bilik yang akan dilawati sebentar lagi. Bilik 01.

" Anggerik"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience