06

Romance Completed 306520

*** Segalanya terlambat***

Anggerik Dan Sally saling berpelukan Di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau dikenali sebagai ( KLIA) oleh Warga asing yang singgah datang kesini untuk melancong atau membuat perniagaan.

" Anggerik, nice trip dengan awak, sampai kita jumpa lagi next holiday. Senyuman Manis Sally yang perwatakannya cantik Dan tinggi persis model antarabangsa.

Kacukan Melayu Dan Perancis itu yang Anggerik tahu hasil perkongsian cerita dirinya dengan wanita itu. Kerana hal itu, Sally bekerja disyarikat Datuk sebagai penterjemah bahasa.

Bukan satu bahasa yang Sally berkemahiran untuk berbahasa, Tapi dia mempunyai penguasaan Bagi 7 bahasa yang lain. Sesungguhnya Sally adalah suatu Anugerah bagi syarikat Datuknya untuk berinteraksi dengan syarikat luar.

" Sally saya Amat hargai Setiap masa dengan awak, Awak banyak mengajar saya tentang dunia luar, Anggerik berterima kasih kerana layanan Sally terhadapnya First Class. Sepanjang masa Sally Selalu ada disampingnya.

" Kawan kena bantu kawan Anggerik, Sally pergi dulu, Suami Sally dah tunggu dekat sana. Esok kita jumpa lagi, kalau Sally tak dipanggil untuk Job. Senyum Manis Sally bersama lambaian tangannya mengiringi langkahnya menghilang dari pandangan Anggerik.

Anggerik meneruskan perjalanan, sebuah teksi ditahan Di Air Port, Selesai memberitahukan alamat kepada pemandu, Anggerik berehat Di tempat duduk penunpang, melepaskan lelah kepenatan perjalanan dirinya yang berjam - jam terperangkap dalam kapal terbang.

" Hatinya sangat rindukan anaknya Adham."

" Adham Mommy dah kembali, tunggu Mommy", Anggerik Semakin tak sabar.

Perjalanan dari Lapangan Terbang ke rumah Datuk tidak mengambil masa yang lama hanya 40 minit Dan masa itu Anggerik mencuci mata melihat sekeliling keindahan bumi Malaysia yang dirindu kan, Walaupun tempoh masa perjalanannya ke Perancis mengambil masa 2 minggu. Malaysia tetap dihati Anggerik.

" Cik Kita dah sampai destinasi, Pemandu teksi menyedarkan lamunan Anggerik."

" Okay,"Anggerik malu sendiri dengan perbuatannya yang mengelamun. Pemandu teksi dilihat Anggerik meneruskan kerjanya dengan mengeluarkan bagasi Anggerik dari Bonet kenderaannya. Anggerik hanya memerhati Sehingga Selesai pemandu membuat kerja, baru Anggerik teringatkan sesuatu.

" Maaf , Encik saya terlupa pasal ini, Anggerik menepuk dahinya kerana kuat sangat mengelamun Sehingga terlupa sesuatu yang penting."

" Kenapa Cik, pemandu tadi mengerutkan wajahnya memandang kearah Anggerik." Menunggu apa perkara yang terlupa dikatakan oleh wanita hadapannya.

" Maaf saya Sebenarnya nak Encik tunggu saya sekejap, Saya nak ambil anak saya dekat sini, bagasi saya boleh Encik masukkan balik dalam bonet." Anggerik berterus terang dengan hasratnya.

" Boleh tak ada masalah Cik, dah kerja saya. Cik selesaikan dulu urusan Cik, bagasi Cik Saya akan uruskan."

" Saya masuk sekejap ambil anak saya, Saya Janji Takkan lama."

" Baik."

Anggerik masuk ke dalam pagar, Sebaik sahaja loceng dibunyikan datang pembantu yang telah mengenali dirinya. Mereka berdua menghilang disebalik pintu rumah itu.

" Anggerik, dah tiba, kenapa tak maklum dekat Datuk, boleh Datuk uruskan ambil Anggerik Dekat Airport," wajah Teruja Dan terkejut Datuk menerima kehadiran Anggerik tengahari itu.

" Opah mana Datuk?Anggerik tak boleh lama, Anggerik nak ambil Adham, teksi Anggerik dah tunggu dekat luar.

" Kenapa Cepat sangat! Opah ada dekat dapur, Adham dekat bilik Tingkat atas, pergilah kamu tengok Adham dekat bilik dia pun dah rindukan kamu."

" Anggerik jumpa Opah dulu Datuk, Lepas itu Anggerik ambil Adham dekat bilik, Adham tidur lagi ker Datuk.?" Anggerik bertanyakan kepada Datuknya, beberapa perbualan sebelum ini Datuk ada memaklumkan yang Adham anaknya tidur Siang. Itu sebab soalan itu ditanya kembali.

Tak sangka Adham anaknya tidur Siang. Selalunya dia suka bermain. Mungkin Sebab perubahan suasana, Anggerik fikir perkara yang baik.

" Dia main dalam bilik tu, bilik mainan untuk dia. senang Kalau dia datang sini lagi nanti Anggerik." Datuknya menerangkan situasi itu.

Hanya Anggukan dari Anggerik. Anggerik beranggapan baik..
“ Anggerik jumpa Opah dulu Datuk." Anggerik meminta izin.

" Opah, tubuh wanita itu dipeluk kemas dari belakang.

" Anggerik, kenapa tak beritahu hari Ini Anggerik balik sini." Terkejut Opah dengan kehadiran Anggerik.
" Anggerik dah jumpa Datuk ker.?"

" Dah, Anggerik dah jumpa Datuk tadi, Ini Anggerik ada Belikan Ole - ole untuk Opah dengan Datuk, Tapi tak tahulah Kalau Datuk dengan Opah suka.

" Alhamdulillah, apa Anggerik bagi pada kami , semua kami suka, terima kasih Anggerik. Ucap Opah wajahnya masih gelisah akan sesuatu.

" Anggerik naik atas dulu Opah nak ambil Adham, Anggerik rindukan dia." Wajah Anggerik sangat Teruja Dan gembira bila dirinya akan menemui permata hatinya.

"Pergilah Adham ada dekat bilik atas sedang main agaknya. Nanti Anggerik turun sini, minum sekali dengan Opah Dan Datuk. Kita jumpa dekat ruang tamu."

" Baik Opah, Anggerik naik dulu tak sabar nak jumpa Adham."

Mata Opah melirik melihat tubuh Anggerik menghilang disebalik tangga ke Tingkat atas. Dia Segera mendapatkan suaminya, ditangannya telah terhidang makanan Dan dulang untuk minuman ringan tengahari itu.

Hidangan diletakkan diatas meja sambil duduk dihadapan suaminya.

" Macam mana abang tak per ker Kalau Anggerik dapat tahu pasal hal itu. ?" Wajah tuanya gelisah, takut dengan penerimaan Anggerik pada Mukhriz.

" Biarkan sahaja benda itu, kita tengok jer apa yang berlaku pada mereka. Awak tak perlu riasu pandailah saya uruskan perkara ini." Tangan diletakkan secara lembut diatas tangan isterinya, untuk menenangkan perasaan isterinya.

Anggerik melangkah laju. Dia telah tidak sabar melihat Adham permata hatinya. Kali terakhir dia melihat Adham melalui panggilan Video yang dibuatnya Setiap hari bagi melepaskan rindu pada anak lelakinya.

Pintu bilik dibukakan Anggerik sambil senyuman untuk satu- satunya Anak lelakinya. Dia mahu mengejutkan Adham Tentang kedatangan dirinya disitu.

Sebelum Anggerik yang terkejut dengan sesuatu..??!

" Adham" Anggerik membuka pintu sambil mulutnya turut sama memanggil.

" Mommy,"
suara Adham Dan anaknya berlari mendapatkan Anggerik.

Tumpuan Anggerik hanya kepada anaknya melepaskan kerinduan dalam hatinya yang rindu. Rindu . Rindu akan anaknya.

" Mommy rindu Adham sangat. Pipi Adham digomel Anggerik beberapa kali Dan Tanpa tersedar oleh Anggerik, Terdapat susuk tubuh asing disitu yang tidak berbaju.

Mata mereka berpandangan segenap seketika.

" Engkau Dekat sini, buat apa dekat rumah aku ini.?" Dia telah menyaksikan segala drama dihadapannya. Dan dia tahu wanita itu Mommy kepada Adham, wanita yang Selalu menimbulkan persoalan dalam hidupnya.

Sebaris mata Hazel yang sama milik Adham. Kenapa dia tak perasankan benda itu selama ini ? Dia gadis sama yang dia cari waktu di pejabat hari itu, Dan gadis sama yang dia jumpa dengan Datuk Di restoran. Dia telah mengingati wanita itu.

" Aku tak silap kali ini.!"

" Saya cuma datang nak ambil kembali anak saya." Anggerik Segera berpaling dia tidak dapat lagi melihat wajah lelaki yang dibencinya.

Perasaan Anggerik tidak sedap hati melihat Adham Dan Mukhriz serapat ini. Inilah perkara yang sebolehnya dia elakkan, dari dirinya Dan Adham bertemu Mukhriz.. Segala kemungkinan telah difikirkan, dia takut hubungan Adham Dan Mukhriz akan membuatkan sesuatu. Dia takut Adham dirampas darinya.

" Adham mari ikut Mommy."
Anggerik Segera menarik Adham dalam rangkulannya Dan terus berjalan keluar dari bilik, dia Takkan sesekali berpaling.

" Tunggu ! aku belum habis cakap lagi,"
Mukhriz keluar dari bilik, sebelum dia menyedari sesuatu.

" Aku belum berpakaian.

“Shit,”
dia menyumpah dirinya sendiri. Dengan pantas dia Segera kembali ke biliknya, sebuah T- shirt disarungkan ketubuhnya Tanpa memilih Dan dengan pantas dia kembali untuk menemui gadis itu Dan Adham.

.........

Anggerik tiada pilihan, Sebaik sahaja Adham dalam rangkulannya, dia tidak akan menunggu lebih lama lagi di rumah itu. Segera Adham dibawa berjumpa dengan Opah Dan Datuk sebelum Adham akan dibawa pulang kerumahnya menaiki teksi.

Kedua - duanya dilihat Anggerik sedang berada di ruang tamu sedang menjamu makanan ringan, Segera Anggerik mendapatkan mereka.

" Datuk , Opah Anggerik nak pergi dulu dah lama Anggerik rasa pemandu teksi tu tunggu Anggerik. Adham Salam tangan Datuk Dan Oyang, “ Anggerik memberikan arahan kepada Adham.
Sebaik diberikan Arahan, Adham menyalami mereka berdua, tak lupa mengucup Kedua Belah pipi mereka.

" Kenapa nak Cepat sangat Anggerik, Datuk dengan Opah boleh hantarkan kamu nanti. Anggerik minum dulu dengan kami." Pujuk Opah, Berat hatinya untuk melepaskan Adham.

" Anggerik tak boleh lama Opah, Datuk Anggerik kena ambil Jun kejap lagi. Jun pun balik hari ini, Anggerik nak sediakan apa yang patut dekat rumah.”

Anggerik tidak sampai hati untuk menghampakan perasaan Kedua - dua orang tua dihadapannya. Namun dia tiada pilihan. Mukhriz disitu..!

“Maaf, Anggerik pergi dulu.”Tangan Kedua- duanya dikucup sebelum Anggerik Dan Adham keluar dari rumah itu Dan terus mendapatkan teksi yang telah menunggu mereka.
Permergian mereka dihantar oleh Datuk Dan Nenek Sehingga ke pintu teksi.

"Huh, "Anggerik melepaskan kelegaan Sebaik sahaja kereta teksi yang ditumpangnya telah berjalan.

Adham hanya memerhati dari sisi segala perbuatan Anggerik yang kelihatan resah dimatanya.

" Mommy kenapa mengeluh, ada yang Mommy sembunyikan dari Adham.?" Mulut kecilnya betah bertanyakan soalan kepada Anggerik.

" Adham, Mommy penat Sikit hari ini, jangan risau nanti kita tiba rumah Mommy rehat, mesti Mommy Okay balik."

" Tapi tadi Mommy tak ambil beg pakaian Adham pun, nanti Adham nak pakai baju apa. Kita terus keluar. Kenapa tak tunggu dulu."

" Mommy lupa Sayang, macam Mommy lupa beg baju Adham dekat Mek Ani, nanti ada masa lapang Mommy ambil boleh.?"

Anggerik terpaksa terangkan segalanya kepada Adham, kerana dia tahu anaknya telah memahami perkara itu.

" Okay Mommy, nanti Datuk nak Bawa Adham pergi pejabat dia, nanti Bolehlah Mommy minta Datuk bawakan pakaian Adham." Mata bulat Adham merenung wajah Mommynya meminta persetujuan.

" Adham tahukan Kalau Adham nak pergi mana - mana kena maklum Mommy dulu."

" Adham tahu, Mommy dah banyak kali pesan pada Adham." Wajah comel Adham bertukar kuyu untuk meraih simpati Anggerik.

" Bagus, Mommy belum bagi kata putuskan untuk Adham pergi pejabat Datuk."

" Mommy Tapi, Datuk dengan Oyang kan dah jaga Adham, apa salahnya Kalau Mommy balas jasa diorang. Adham pergi sekejap jer, itupun Datuk ada jagakan Adham."

" Mommy tak kisah pasal Datuk dengan Oyang Tapi pasal benda lain. Adham cuma kena faham, Adham kena dengar cakap Mommy, Mommy buat semua ini untuk kepentingan Adham."

" Adham tak faham Bab Mommy kata untuk kepentingan Adham. Kalau penting, Mommy benarkan Adham jumpa Datuk. Tolong Mommy kali ini jer, Datuk banyak cerita pada Adham pasal pejabat Datuk, Adham nak Lihat dengan mata Adham. Bolehlah Mommy." Adham masih merayu.

“Payah juga Kalau dapat anak bijak macam Adham ini, Mana lagi aku nak cari Idea.”

Anggerik pening dengan sikap Adham yang memaksa dirinya untuk setuju.

" Apa aku nak cari alasan lagi ini untuk Adham. Banyak sangat jawapan dia."

" Mommy bincang dulu dengan Ibu pasal benda ini, kalau Ibu setuju Mommy tak ada masalah. Adham kena tunggu Ibu balik malam ini."

" Yeaaaayyy.! Ibu balik. Adham tak sabar nak jumpa Ibu, Adham rindu Ibu Dan Ibu mesti sokong Adham Mommy."

Anggerik terpaksa Senyum Pahit pada Adham. " Matilah dia Kalau Jun bersekongkol dalam perkara ini dengan Adham." Jun dengan Adham boleh tahan juga berdua satu kepala. Anggerik mati akal.

*****

Menanti ketibaan Jun pulang dari Japan, Anggerik menyediakan makan malam untuk mereka bertiga.

Makan malam telah disiapkan sepenuhnya oleh Anggerik, Adham telah bersiap kemas Setelah dimandikan oleh Anggerik Dan diganti dengan baju salinnya.

Adham masih melihat jam didinding, Separuh pandangannya memerhati gelagat Anggerik yang sibuk mengemas Di dapur.

Kedua - duanya tidak sabar menanti kehadiran Jun, sahabat Anggerik Dan merupakan Ibu kepada Adham.

"Mommy Adham rasa Adham dah ngantuk la, lambat lagi ker Ibu nak balik." Wajah jebik ditunjukkan kepada Anggerik memohon simpati Anggerik, kalau boleh Dia mahu Anggerik membawa Jun, Ibunya pulang Segera ke rumah mereka.

" Adham penat sayang, mari Mommy gosok belakang Adham, bagi hilang penat anak Mommy ini."

" Nak, Nak, Nak Mommy, Adham melompat - lompat menunjukkan perangai sebenar dirinya yang masih budak berusia 3 tahun."

Anggerik ketawa dengan gelagat Adham, baru sebentar tadi dia mengatakan dia letih, Sebaik sahaja Anggerik mengumpannya, sikap Keanak -anakannya telah berubah sekelip mata.

Anggerik mengosok belakang Adham, telah lama dia tidak menyentuh anaknya, 2 minggu dia tinggalkan Adham. Dalam dua minggu itu dia dapat melihat perubahan Adham yang Semakin pintar dalam pemahaman bahasa.

Sedang Adham leka dalam belaian Anggerik mengosok badannya, dapat didengari telinga Anggerik Dan Adham, kunci dimasukkan ke dalam lubang pintu.

" Ibu." Adham yang paling teruja, dia telah berlari ke muka pintu, Menunggu.

" Huwarghhhhhhh, Sebaik sahaja pintu dibuka, Jun telah siap sedia menjergah Adham yang dia tahu telah menunggunya dimuka Pintu.

Adham tetkejut Dan berlari mendapatkan Anggerik dalam pelukan. Selepas diketahui yang menjergah sebentar tadi adalah Mommy, Adham turut ketawa.

" Jun, engkau ini main sergah jer, bukan nak bagi salam dulu. Melekat Setan Jepun dekat engkau baru kau tahu." Anggerik sengaja menyakat Jun, melihatkan perangai menyakat Jun yang belum berubah kepada Adham. Anggerik Beli hati.

" Tahu takut Adham," Jun masih menyakat Adham dalam pelukan Anggerik.

"Ala biarlah sesekali aku sakat Adham ini, bukan selalu pun Anggerik. Karutlah semua cerita engkau tu, kan Adham. !”’

“ Mana pula hantu Jepun boleh ikut Ibu balik sini, hantu - hantu tu semua mana boleh masuk Malaysia, tak lepas diorang Laut China Selatan itu. Pernah dengar tak Anggerik hantu tak boleh lepas sempadan laut.”

" Mari Sayang dekat Ibu, rindunya Ibu dekat Adham." Tubuh Adham dipeluk erat Jun.

" Hantu sekarang dah maju mana tau Kalau diorang tumpang kapal engkau tu, ingat Manusia jer Maju."

Jun ketawa dengan cerita Anggerik. " Engkau dah kenapa Anggerik, baru balik dari Perancis asyik cakap pasal hantu, engkau ada jumpa sesiapa ker yang Engkau rasa menghantui hidup engkau ini?" Siapa ..?" Wajah Anggerik Jun lihat telah pucat. Dia pasti dengan sikap Anggerik, kalau tidak terjadi sesuatu, Anggerik Takkan Kalut macam ini. Jun dapat lihat perubahan dari reaksi wajah Anggerik. Mata rakannya tertumpu pada Adham.

" Kenapa Anggerik lihat Adham," hati Jun tak sedap dengan situasi itu. Dia masih menunggu reaksi Anggerik untuk membalas soalannya.

" Jun engkau Mandi dulu lah, Lepas itu kita makan. Aku tengok pun engkau penat."
Anggerik memberikan alasan untuk mematikan perbualan waktu itu. Dia takut Adham mencuri dengar perbualan mereka.

Jun faham Anggerik memberikan isyarat mata, dia tahu sesuatu telah terjadi, Tapi dia tidak dapat fikirkan Maksud sebenar dari Isyarat anak mata Anggerik.

" Ibu ? Mikha nak tanya sesuatu pada Ibu?” Jun yang baru ingin bangun untuk membersihkan diri terpana mendengar Suara lunak Adham memanggil dirinya.

" Mikha nak tanya apa?” Anak mata bulat Mikha dipandang, tak habis lagi rindunya kepada si kecil dihadapannya.

" Esok Mikha nak jumpa Datuk boleh? Datuk dengan Oyang. Mikha rindu.”
Adham membuat muka comelny, bertujuan untuk meraih simpati Jun kepada dirinya.

" Datuk dengan Oyang, semestinya boleh sayang, kenapa pula Mikha tak boleh jumpa. Mikha rindu Datuk dengan Oyang, sekarang Ibu boleh Bawa Mikha.”
Jun bergurau sambil menunggu reaksi Mikha dengan jawapan darinya.

Anggerik yang mendengar dari kejauhan telah Melopong wajahnya dengan bicara Jun yang membenarkan Adham berjumpa dengan Datuk di Ofis. Jun belum tahu perkara sebenar.

Pandai Adham mainkan peranan dirinya untuk mendapatkan kata putus setuju dari Jun. Anggerik tiada pilihan lagi. Dia telah berjanji dengan Adham.

" Yeaaayyyyy, Kedengaran Adham menjerit keseronokan bila diberi peluang untuk melawat ke Ofis Datuknya esok. Peluang itu akan digunakan Adham sebaik- baiknya.

Jun yang melihat reaksi gembira Adham Tersenyum gembira Dan turut sama - sama ketawa bersama Adham, sebelum dirinya memandang kearah Anggerik yang telah diam terkaku, tiada respon.

" Engkau Okay ker Anggerik, kenapa diam jerk.?" Jun berasa tidak sedap hati. " Aku ada salah cakap ker. ?" Jun mencuba memahami Anggerik waktu itu, tapi Anggerik masih berdiam.

" Jun Anggerik rasa engkau Mandi dulu, lepas Anggerik tidur kan Adham kita bincang." Ringkas sahaja jawapan Anggerik yang membuatkan Jun Segera menganggukkan wajahnya menurut segala arahan dari Anggerik.

Jun masih tertanya - tanya dalam hati sambil langkahnya segera menapak ke bilik Mandi. Dia Perlu segera menyegarkan kembali tubuhnya. Dengan itu perbincangan dirinya Dan Anggerik dapat dibincangkan Dalam keadaan dirinya yang waras.

Mereka telah makan malam bersama. Selepas ucapan selamat malam, Adham ditidurkan Anggerik kedalam biliknya, lampu tidur dibuka, untuk memastikan jika Adham terjaga, anaknya tidak terkejut dengan bilik gelap tanpa ada mereka berdua disitu.

Anggerik dengan Jun Perlu berbincang ditempat lain. Untuk tidak Adham mencuri dengar..

Setelah dipastikan Adham terlena, barulah Anggerik melangkah keluar dari bilik Dan Pintu bilik ditutup sepenuhnya sebelum dia kembali mendapatkan Jun yang menantikan Kehadirannya di ruang tamu.

" Aku salah cakap ker tadi Anggerik, pasal Adham nak jumpa Datuk.?" Jun serba salah dengan jawapan dirinya kepada Adham sebentar tadi.

" Bukan salah engkau Jun Tapi aku Sebenarnya. Aku takut Adham dengan Mukhriz berjumpa."

Anggerik memang tidak dapat menyimpan apa - apa rahsia dari Jun. Jun adalah tempat dia meluahkan segala masalahnya.

" Maksud engkau, hantu yang Engkau cakap tu Mukhriz? Mana engkau jumpa dia.?"

Jun Semakin Teruja, tambah - tambah cerita berkaitan dengan lelaki yang tinggalkan sahabatnya. Dia melihat sendiri kesengsaraan Anggerik dalam 3 tahun ini membesarkan Adham. Lelaki itu tak pernah muncul mencarinya. Dan tidak juga Muncul untuk mencari Anggerik.

" Tengahari tadi aku jumpa dia Dekat rumah Datuk dengan Opah." Anggerik menerangkan.

" Habis itu Engkau cakap apa Dekat dia? Dia kenal engkau?"
Bermacam - macam soalan bermain Di fikiran Jun, Tapi fikiran dia Hanya keluar sebahagian. Dia takut Anggerik akan tekanan menjawab soalan yang banyak terfikir darinya.

" Aku jumpa Mukhriz dengan Adham dalam satu bilik dalam rumah Datuk, mereka berdua main bersama." Anggerik Jelas dengan apa yang berlaku didepan matanya.

" Bukan dulu Datuk dengan Opah engkau kata Mukhriz dah keluar dari rumah itu ker? Engkau tak minta penjelasan dari mereka berdua Tentang Mukhriz?"

" Tak, Anggerik tak sempat nak tanya tentang tu. Anggerik Bawa lari Adham keluar dari rumah tu, sampai Anggerik lupa nak ambil beg pakaian Adham."

" Engkau keluar dari situ naik apa?" Jun cuba mengagak bagaimana Anggerik boleh terlepas dari situasi itu.

" Naik teksi dengan Adham. Kali ini aku terlepas Jun, Anggerik takut lain kali macam mana.? Adham nak jumpa Datuk lagi dekat ofis dia. Macam mana?"

" Kenapa engkau tak maklum Dekat Jun awal - awal senang Jun nak bagi jawapan pada Adham. Sekarang ini Takkan Kita nak hampakan Adham pasal Mukhriz. Tak Anggerik, Jun dapat rasakan rahsia ini belum terbongkar. Kalau dah terbongkar, lama dah dia cari engkau Anggerik.”

" Anggerik harapkan pun benda yang sama Jun."

" Esok apa plan engkau Anggerik?" Baju Adham, Anggerik nak ambil sendiri atau nak suruh Datuk bawakan sekali ke Ofis."

" Kalau engkau Jun, engkau pilih yang mana?"

Kedua - duanya berpandangan sesama sendiri, mencari jawapan untuk pilihan yang tepat berkenaan perkara itu.

*******

Mukhriz berlari - lari anak menuruni anak tangga. Tujuan dirinya satu, Dia mahu menemui wanita itu lagi, dia masih belum puas untuk menyiasat.

Terlihat dimatanya, Datuk Dan Opahnya sedang mengarah kedalam rumah, melalui cermin Sliding yang Terdapat diruang tamu rumah itu dia melihat.

Sebaik sahaja tubuh Kedua - duanya memasuki rumah, Mukhriz telah siap sedia dengan soalan.

" Mana Adham dengan perempuan itu ?" Mukhriz kerutkan kening dan matanya meliar mencari Adham Dan Perempuan yang dipanggil Mommy oleh Adham. Itu yang disebut Adham sebentar tadi ditelinganya .

" Mereka dah balik" pendek sahaja jawapan yang diberikan Datuknya kepada Mukhriz.

" Siapa perempuan itu Datuk, kenapa Mukhriz tak tahu pun pasal dia?" Mukhriz tak puas hati dengan jawapan dari Datuknya.

" Kawan Datuk Mukhriz, kamu tak Perlu tahu pasal dia. Bukan tanggungjawab kamu." Tegas Dan terang Datuk memberikan jawapan yang Semakin membuatkan Mukhriz mengesyaki sesuatu.

" Bukan dia gadis yang sama ker yang Mukhriz jumpa dengan Datuk di Restoran dulu. Mukhriz ingat lagi wajah dengan anak mata Hazel dia. Dia ada sesuatu dengan Datuk kan.?” Mukhriz mengagak Tapi dia tak pasti kebenarannya.

" Apa Maksud kamu Mukhriz? Datuknya telah Panas hati, dia tahu apa tuduhan Mukhriz kepadanya Tanpa tersedar kesalahan diri.

" Untuk pengetahuan Opah, Datuk ada buat pelaburan dalam bisnes bunga diakan, Dan Datuk ada jemput dia dalam mesyuarat dengan pembekal bunga Perancis. Apa yang jadi sebenarnya Datuk. Dan sekarang Datuk Bawa balik dia untuk Opah jaga anak dia. Siapa dia bagi Datuk.” Mukhriz melenting dengan kebenaran yang terlihat dimatanya.

" Datuk tipu Opah lagi. Itu yang Datuk nak sorokkan."

" Mukhriz! tarik balik cakap kamu tu pada Datuk. Opah tahu segalanya yang Datuk buat selama ini. Dulu Opah yang bersalah bukan Datuk kamu." Opahnya sedih dengan segala tuduhan Mukhriz pada suaminya.

Mukhriz masih belum habis dengan hujahnya. Dilihat Datuknya masih mendiamkan diri. Ini peluang terbaiknya.

" Sayarikat kita tak pernah melabur dalam bisnes yang tak menguntungkan sebelum ini. Jangan Datuk nak bagi alasan Datuk melabur dalam bisnes itu untuk keuntungan.”

“Mukhriz Takkan percaya. Bisnes macam itu, hanya sampah." Mukhriz Semakin tidak berpuas hati selagi dia tidak dapat kebenaran tentang hal itu.

Datuknya melihat Mukhriz dengan wajah menyinga dengan keadaan menahan marah.

" Dah Cukup kamu buat andaian Mukhriz. Kamu cari Isteri kamu dulu Mukhriz, Bawa dia kesini. Lepas itu Datuk akan bagi jawapan segala persoalan kamu."

" Apa hubungan dia dengan Aku.?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience