21

Romance Completed 306514

*** Tenang***

" Kamu dah kenapa Mukhriz, Cepat pula kamu balik pejabat. Bukan tadi kamu kata nak jumpa Anggerik? Datuk mengelengkan kepala melihat reaksi Mukhriz yang telah duduk dihadapannya, wajah Mukhriz dipalingkan menghadap dinding seperti sedang memikirkan sesuatu...

"Mukhriz dah jumpa Tapi batalkan pasal perjumpaan itu.. Mukhriz balik kesini nak jumpa Datuk.." Ringkas sahaja bicara Mukhriz menjawab persoalan Datuknya sebentar tadi...

Seseorang didalam perbualan mereka yang turut hadir disitu juga hanya menjadi pemerhati senyap bicara...

Kenapa masam lagi muka tu..? Selalu Kalau keluar dengan Anggerik, malam baru muncul kan diri..!" Datuk Mumtaz tersenyum melihat kearah cucu - cucunya, kebetulan turut ada disitu dibiliknya, Firhad yang hadir kesitu bertujuan asalnya menggantikan Mukhriz..

Wajah mencuka Mukhriz dipandang oleh Firhad Dan Datuk Muntaz, cuba meneka  apa yang telah berlaku.. masing - masing mengerutkan kening memikirkan apa lagi masalah dengan lelaki itu..

Nanti lah Mukhriz cakap pasal benda itu, Mukhriz datang dekat sini nak bincang kan balik pasal projek tu. Tumpuan Mukhriz mula ditumpukan kepada kerja..
Firhad yang memandang pelik kearahnya dijeling sebagai amaran..

Firhad tersenyum dalam hati memikirkan perangai Mukhriz yang masih tak berubah.. dalam fikiran Firhad dia meneka, Mukhriz jadi macam itu tentu disebabkan Anggerik, hanya gadis itu mampu buat hidup Mukhriz huru hara.. Firhad tersenyum lagi, dia juga turut menumpukan perhatian kepada perbincangan bersama mereka..

" Baguslah Kamu dah cakap macam tu. Firhad pun ada Dekat sini, kita bincang kembali pasal projek dekat Shah Alam tu, Datuk nak dengar pendapat kamu Mukhriz, pendapat Firhad Datuk dah dengar pasal tu. " Datuk mencelah dalam perbualan yang dirasakan Sunyi kerana Mood Mukhriz sebentar tadi...

" Macam mana pendapat kamu, ada halangan pasal syarikat kita akan mulakan projek ini?" Datuk Muntaz Dan Firhad sama - sama berpaling memandang kearah Mukhriz.. Pendapat lelaki itu perlu sebelum projek itu dijalankan..

" Datuk Bagi masa dekat Mukhriz pasal projek ini." Satu fail ditangannya ditutup dan ditolak menjauh..

Kedua - dua mata melihat segala tindakan Mukhriz, Tapi masing - masing masih menunggu reaksi Mukhriz selanjutnya..

" Mukhriz sebenarnya ada hal nak bincang dengan Datuk pasal Datuk Johari." Duduk Mukhriz diperkemaskan dengan tubuh badannya disandarkan Di kerusi..

" Johari? Kamu maksudkan Ayah Anggerik? Kenapa dengan dia?" Kedudukan Datuk juga sedikit berubah bila Sebaris nama itu dibicarakan dari bibir cucu lelakinya..

" Datuk Johari mahu adakan kerjasama dengan syarikat kita . Mukhriz kesini Sebab nak tahu apa pendapat Datuk tentang projek yang akan dijalankan di sini.."

Ketiga - Ketiganya masih berdiam, menunggu Mukhriz menjelaskan lagi hal itu..

" Projek yang dicadangkan tu Datuk mungkin mengambil masa dalam 3 tahun untuk disiapkan Dan tempoh masa projek tu sama dengan tempoh masa projek kita Di Shah Alam. Jadi apa pendapat Datuk tentang hal ini?" Mukhriz menunggu Datuknya beraksi memikirkan tentang kerjasama dua hala, projek Mentua Dan Syarikat Datuknya..

" Bila kamu ada jumpa dia Mukhriz?" Datuk Muntaz bertanyakan kepada Cucunya, puas dia memikirkan Tentang hal itu Dan tiada pula dia dimaklumkan syarikatnya menerima kedatangan Johari. Tiada pula sesiapa yang memaklumkan perkara itu.

" Dia datang kesini berjumpa dengan Mukhriz untuk kerjasama ini, Tapi Mukhriz terlupa nak bincang kan perkara itu dengan Datuk, kebetulan waktu itu Datuk sakit teruk.. Mukhriz tak mahu benda ini menganggu Datuk, sebab tu Mukhriz hold dulu benda ini, tunggu sampai Datuk Betul - Betul sihat.."

" Oh macam itu! Projek apa yang dia Ajak kita kerjasama.?" Datuknya menunjukkan minat Tentang perkara yang akan Dibincangkan , sambil Mukhriz memberikan sesuatu kepada Datuknya lebih kepada fail maklumat penting tentang projek..

" Ini Datuk projek yang dia mahukan kerjasama dari syarikat dia." Satu fail Tebal diserahkan Mukhriz kepada Datuknya. Dengan segera Datuk Mumtaz menyelak Satu persatu maklumat - maklumat terperinci tentang projek tersebut..

Mukhriz Dan Firhad masih memerhati segala tindakan Dan Memek muka Datuknya yang memberikan pelbagai reaksi pada helaian yang telah Diselak, hinggalah ke helaian terakhir fail itu..

" Slap, Pap!"

Kedua - dua mata Firhad dan mata Mukhriz dipandang Datuk Mumtaz.. " Projek ini Kalau tak silap Datuk projek yang terbengkalai dalam 10 tahun sudah. Sudah banyak syarikat yang terikat dalam kontrak projek ini, Dan banyak juga yang terbengkalai Dan Muflis."

Reaksi Mukhriz Dan Firhad dilihat sebelum dia meneruskan pendapatnya..
Datuk tak rasa kita nak ambil risiko dalam jalankan kerjasama itu. Memandangkan banyak undang - undang dalam kontrak sebelum ini yang masih  tak pasti dengan kontrak penyelesaian, syarikat terdahulu..Datuk takut syarikat kita yang terpaksa tanggung kerugian itu.." Datuk Mumtaz menjelaskan isu itu..

" Jadi apa pendapat Datuk tentang hal ini, Mukhriz kena tolak kerjasama ini.?" Mukhriz lega begitu juga dengan Firhad, keputusan Mukhriz dalam perbincangan itu yang belum menyatakan persetujuan dalam kerjasama merek sewaktu perbincangan dulu menyelamatkan syarikat mereka dari terlibat isu hutang projek itu..

" Datuk rasa itu yang terbaik. Jangan libatkan diri Mukhriz, Dan kamu Datuk pertanggungjawabkan Tentang hal ini. Bincang kan kembali dengan Johari." Datuk Mumtaz tegas dengan pendiriannya Dan dia tidak tersilap memilih peneraju baru Mukhriz dalam menggantikannya. Ternyata Mukhriz tidak tergesa- gesa dalam membuat keputusan dalam perniagaan. Segala tindakannya dibincangkan terlebih dahulu..

" Mukhriz akan Selesaikan hal itu Datuk, nanti Mukhriz akan kesana bincangkan kembali hal ini, Mukhriz akan maklumkan kerjasama itu terpaksa kita batalkan, berikutan beberapa syarat yang belum pasti.."

Mukhriz mencari alasan yang kuat untuk kerjasama itu terbatal dengan sendiri tanpa melibatkan persengketaan keluarga. Dia juga perlu menjaga hubungan kekeluargaan itu..

****
" Aku nak jumpa Anggerik? Panggil pengurus engkau datang kesini.!" Mata jegil wanita itu memandang kearah pembantu sementara Di Kedai Anggerik, Ika..Sejak  wanita itu muncul dengan lagak gayanya, suasana dalam Kedai itu sunyi sepi. Tiada yang berani bersuara..

Seha awal - awal lagi telah mendapatkan Anggerik Setelah melihat pembantu dikedai mereka Ika, diherdik.

" Puan Anggerik ada orang buat kecoh dalam kedai!" Tercungap- cungap Seha memaklumkan hal itu, dia berlari mendapatkan Anggerik dengan segera Setelah kejadian itu tadi.

" Hah!" Terkejut Anggerik..
Minggu lepas sahaja Tiga orang lelaki itu telah membuat kacau didalam kedainya, membuatkan pelanggan - pelanggan dikedainya melarikan diri. Dia ingat itu adalah kejadian terakhir mereka bertengkar, Tak sangka pula ada sambungan lagi..

Kemarahan Mukhriz Seminggu yang lalu juga masih bersisa, tiba pula Bala, masalah datang lagi. Kali ini Anggerik tak tahu isu apa yang digaduhkan pula oleh mereka.

                 ••••

" Aku dah kumpulkan Cukup point untuk kita Anggerik. Lagi seminggu jumlah itu aku rasa Cukup"

Mukhriz membaringkan tubuhnya di atas tilam, Anggerik masih memerhati segala tindakan Mukhriz dari Sofa tempatnya duduk membuat kerja kedainya yang tergendala petang tadi..

" Point apa Awak maksudkan ini?" Anggerik telah mendengar beberapa kali Point itu dibicarakan oleh suaminya, Tapi dia buat Endah tak Endah dengan perkara itu. Pada sangkaan Anggerik, Mukhriz hanya main - main Dan perkara itu akan dilupakan sahaja oleh Mukhriz.. Tapi hal yang terjadi sebaliknya..

Adham masuk kedalam bilik Dan terus mendapatkan Anggerik yang berada Di Sofa. Anggerik segera menghentikan segala kerja- kerjanya, memberikan sepenuh perhatian pada anaknya. Satu hari Ini masa dihabiskan Anggerik hanya dikedai bunga.

Masanya bersama Adham juga telah kurang.. Nasib baik Opah ada untuk menemani Adham, tidak lah Anggerik serba salah dengan kekurangan masanya kini dengan Adham..

" Lagi 10 point Anggerik Dan engkau akan tahu apa jawapan pasal hal itu?"

Adham dibelai Anggerik hingga membuatkan anak lelakinya hampir terlena dengan belaian.. Mata Adham telah menguncup lelah untuk tertidur.. kuyup..

" Apa Maksud awak Mukhriz, Point apa Awak maksudkan.?" Anggerik merenung kembali kearah suaminya yang sedang termenung melihat kearah siling katil mereka, memikirkan sesuatu.

"Aku rasa Anggerik Adham perlukan kawan, kita berserah pada takdir.. Cukup 99 point yang engkau cipta Anggerik, kita akan ciptakan Adik untuk Adham..Itu saya anggap sebagai Takdir, Hint dari Tuhan...Dah lama kita buang masa bersama." Senyum sinis Mukhriz memandang kearah Anggerik.

" Psycho, mengarut Mukhriz Awak ingat saya ini apa? Kenapa tak bincangkan sahaja perkara besar ini dengan saya. Kenapa nak mengarut sampai macam ini ?"

Anggerik mengeluh dengan sikap Mukhriz dengannya. Bukannya buat anak boleh dibuat macam perniagaan, bincang, setuju, pembinaan Dan projek siap..

" Jangan mengarut Mukhriz, apa Awak Fikir Sebenarnya?" Hati Anggerik masih tak puas dengan segala jawapan mengarut dari suaminya..

" Takdir. Buat anak kan macam takdir, semuanya urusan tuhan, kita rancang , bincang bersama ada rezeki baru kita dikurniakan zuriat kan. Macam itulah Tuhan bagi HINT dekat saya Anggerik untuk tujuan itu tercapai. Saya buat kerja yang senang untuk Hint itu, Awak buat benda yang saya tak suka, semua itu saya kira 1 point, saya tunggu sehingga 99 point." Mukhriz menunjukkan belangnya malam itu.

" Apa yang saya buat untuk awak kira semua Point- Point tu? Apa saya dah buat?" Anggerik masih tak puas hati. Entah lah macam mana Mukhriz dapat Idea tentang kiraan itu. 99 Point untuk Adik Adham, Dia ingat Anggerik kilang, cukup Output boleh keluarkan anak ..Anggerik belum puas..

" Apa contohnya Mukhriz, sampai Awak boleh masukkan Kesemua Point mengarut Awak tu.?" Awak ingat kita tengah bercinta ker, Awak nak buat mainan itu semua?"
Anggerik melihat Mukhriz dengan geram, banyak Betul helah lelaki itu bila dia diterima kembali dalam hidupnya. Ada sahaja Idea Mukhriz yang tak boleh diterima akal Anggerik..

" Contohnya engkau  nak jumpa Adham tanpa pengetahuan  saya Anggerik, Awak dah tahu Saya tak suka pasal benda itu kan. Tapi Awak nak buat juga benda yang saya larang? Jadi saya bagi bonus Point untuk awak Anggerik, 3 point untuk kesalahan itu.!"
Mukhriz masih tersenyum makna memandang Anggerik..

Adham telah tertidur dalam pangkuan Anggerik. Selamat Adham telah tidur, fikir Anggerik tidak lah anaknya mendengar perkara mengarut dari Daddynya ketika ini. "Adik untuk Adham dalam kiraan Point, oleh Mukhriz.. Mengarut.!"

" Apa Maksud sebenarnya Awak Mukhriz pasal benda ini. Awak Takkan mengarut macam Ini kan Kalau tak ada sesuatu yang mengugat Awak kan! Awak takutkan Adham?"
Anggerik cuba bermain helah untuk  jawapan.. melihat reaksi Mukhriz Tentang perkara itu..Dia tahu mesti Mukhriz rahsiakan sesuatu.

" Mungkin ! Tapi saya tak takutkan Adam Atau Nicho Awak tu Anggerik. Saya ada penyelesaian yang lain Tentang perkara itu. Saya ada cara saya sendiri untuk pastikan Adam Takkan lagi dekat dan pandang awak Anggerik.Awak akan tahu nanti!" Licik Mukhriz memainkan peranannya dalam hal itu.

" Awak nak buat saya mengandungkan Mukhriz, untuk Adam tidak lagi pandang saya bila lihat saya dah tak Cantik depan mata dia. Itu yang Awak fikirkan? Saya tak sangka lah Awak boleh buat saya macam ini." Anggerik Betul - Betul geram dengan Mukhriz..

" Awak nak kemana tu?" Mukhriz mengelabah bila dilihat Anggerik meninggalkan dirinya dalam bilik, melangkah keluar dari bilik mereka."

Anggerik sempat menjeling kearah Mukhriz. " Saya nak tidur bilik Adham, Awak tidur dekat sini dengan Adham, Saya tak boleh terima perangai mengarut Awak tu!" Anggerik meneruskan langkah ingin meninggalkan Mulhriz..

" Damn,! "Mukhriz merengus dalam hati, Tak sangka Anggerik akan bereaksi begitu. Mukhriz mencari helah, dia perlu fikirkan sesuatu Tentang perkara itu, dia tak boleh kalah. Lebih - lebih lagi malam ini dengan Anggerik..

" Angggerik . Dengar..!"

" Apa Awak nak saya dengar perkara mengarut dari awak lagi Mukhriz. Awak tak percaya kan saya, buat apa Saya nak tinggal dalam bilik ini lagi. Saya bawa diri, Awak jaga Adham malam ini."
Anggerik terus melangkah kearah Pintu, meninggalkan Mukhriz..

" Bagus Anggerik, keluar dari pintu tu aku cukupkan 10 Point tertunggak sebelum ini, cukup 99 point penuh malam ini!"

Wajah Mukhriz Serius, entah macam mana boleh timbul Idea bernas itu untuk menakutkan Anggerik, dia tahu Anggerik akan terkesan dengan tindakannya.

" Awak tak boleh buat macam itu, saya yang merajuk dan marah semua pasal sikap mengarut awak Mukhriz, saya bantah! Saya tarik balik 10 point yang Awak simpan selama ini. Saya tak setuju!"
Anggerik menyuarakan pendapat tidak puas hatinya dengan ugutan Mukhriz..dia bertegas..

" Pilih Anggerik, dalam bilik ini Atau bilik Adham?" Mukhriz masih Serius dengan ugutannya..

" Awak dah tak waras Mukhriz ugut saya macam itu?" Saya nak lapor kan pasal ini pada Datuk, Biar dia yang tentu kan." Anggerik Merengus geram dengan sikap Mukhriz yang masih belum ada tanda- tanda ingin mengalah.

" Engkau keluar Anggerik aku akan tambah 10 points, Tapi Kalau engkau kekal tidur disebelah ini, 10 point tu aku tarik balik macam Perjanjian." Mukhriz memandang reaksi Anggerik yang menatap tajam kearahnya.

Anggerik melangkah kembali kebelakang tapi bukan terarah pada dirinya diatas katil, sebaliknya Anggerik terarah ke sofa..
" kemana lagi Anggerik, aku maksudkan 10 point yang aku tarik tu disini, diatas katil ini sebelah dengan aku!"
Kemarahan Mukhriz telah menyirap dengan kedegilan Anggerik yang masih berdegil tidak mahu mengalah.

Anggerik berpaling memandang kearah Mukhriz.. " Saya nak ambil anak saya Dekat sini Takkan Saya nak Biar kan Adham tidur atas Sofa ini sorang- sorang !"
Anggerik melepaskan kemarahan pada Mukhriz.

" Kembali kesini Anggerik,  Biar aku uruskan Adham. Dengar sahaja cakap aku Anggerik!"
Mukhriz memberikan arahan, sambil langkahnya datang mendapatkan Adham..

             •••••

" Mereka lagi ker yang  buat kecoh hari ini?" Anggerik ingin mendapatkan jawapan dari Seha, siapa yang menganggu untuk hari ini..

" Bukan lelaki hari itu Puan, kali ini seorang perempuan. Tak pasti apa malang kita bulan ini, Kedai asyik diganggu orang."
Seha melepaskan ketidakpuasan hatinya bila ada sahaja kekecohan yang terjadi dikedai mereka.

"Perempuan? Dia nak apa?"
Fikiran Anggerik memikirkan beberapa nama dalam fikirannya. Rasanya dia tiada musuh dalam perniagaan. Perniagaannya pun baru ingin menapak dalam perniagaan besar, itupun atas bantuan Datuk, baru lah perniagaannya berkembang. Siapa yang ingin bermusuh dengan dia.

" Joomlah kita jumpa dengan perempuan itu, saya pun nak tahu siapa yang buat kecoh hari ini." Anggerik meneruskan langkah dengan laju tak sabar ingin melihat siapa tetamu yang tidak diundang datang kekedainya..

Mereka berdua tiba dipintu...

" Mak Cik"
panggilan itu keluar Sebaik sahaja tubuh itu dipandang dihadapan matanya..Dia masih terkejut dengan kehadiran Dianara disitu..

" Mak Cik Puan ke? " Terkejut sahaja nada suara Seha bila perkara itu dimaklumkan kepadanya.

" Mak Cik saya, Ibu tiri. " Anggerik menerangkan hubungan dirinya dengan tetamu perempuan yang sedang menunggu.

" Kenapa garang sangat,?" Seha masih tidak berpuas hati dengan sikap kurang ajar wanita itu. Melihat kan riak Dan sikapnya sahaja boleh membuatkan orang meluat dengan perempuan itu..

Anggerik hanya memandang kearah pembantunya. Dia tidak salahkan Seha, dia pasti tentu ada sesuatu yang telah dilakukan oleh Mak Ciknya..
Belum pernah lagi Mak Ciknya datang kekedainya, "apa yang membuatkan perempuan itu kesini hari ini." Anggerik masih berfikir tujuan Mak Ciknya kesitu.

Anggerik tiada pilihan...

" Mak Cik, Tak sangka Anggerik Mak Cik datang hari ini, ada yang Anggerik boleh bantu!"
Akhirnya Anggerik berani kan diri, melangkah mendapatkan Mak Ciknya yang sedang menanti kehadirannya disitu..

Mata Mak Ciknya memerhati sekeliling kedainya dan beberapa pekerja disitu dilihat dengan wajah tidak berpuas hati.
" Pandai engkaukan Anggerik, engkau jalan kan perniagaan ini tanpa pengetahuan aku, Tak sangka aku Kedai bunga ini boleh jadi sebesar macam ini. Pandai engkau sorokkan benda ini. Tapi bukan Sebab itu aku kesini Anggerik?"
Matanya dijegilkan memandang kearah Anggerik dalam wajah yang masih tidak berpuas hati.

" Apa Maksud Mak Cik Tentang kedai ini? Dan Apa Maksud Mak Cik tentang tujuan Mak Cik kesini? Anggerik berbelah bahagi untuk menjawab, dia seboleh - bolehnya tidak mahu menimbulkan salah faham dengan Mak Ciknya, dia akan cuba mengelak.. seperti dirinya mengelak dari pergaduhan dalam kehidupannya yang lalu..

" Engkau masih tak faham Atau buat - buat tak faham Anggerik..? Engkau nak naikkan Darah aku?" Mulut Dianara semakin berbisa dirasakan Anggerik..

Anggerik tak faham, apa yang Anggerik sorokkan dari Mak Cik?"
Tak faham Anggerik tujuan perempuan itu kesitu, selama ini hidupnya sendiri, tak pernah wanita itu campur tangan. Lebih - lebih lagi di Kedai bunga yang dikatakan dulu bisnes kecil yang tidak menguntungkan.

Dia hanya menganggap kedai Bunga Ibu Anggerik sebagai Gerai Sampah yang tidak mendatang kan sebarang Faedah sebelum ini. Tapi kenapa sekarang perempuan itu peduli..

Anggerik masih mahu melihat muslihat sebenar wanita itu kesitu..! Kerana itu dia masih bersabar lagi sebelum ini..

" Apa Engkau dah hasut Mukhriz sampai engaku buat Mawar dipecat dari syarikat itu Dan engkau yang suruh Mukhriz tarik balik kerjasama syarikat Mukhriz dengan syarikat kami kan.Engkau memang Manusia yang tak kenang budi Anggerik. Aku yang bela engkau selama ini, sanggup engkau buat Mawar macam itu?"
Mak Ciknya melepas kan kemarahan kepada Anggerik, Dan dia masih belum puas..

" Apa yang Mak Cik Diana merepek ini, Anggerik tak tahu menahu pasal hal itu. Anggerik Takkan masuk campur urusan kerja Mukhriz, kenapa Mak Cik cari Anggerik kenapa tak tanya Mukhriz?"
Anggerik rasakan dirinya telah disalah faham oleh Mak Ciknya, dia tahu Mawar adiknya bekerja dengan Mukhriz, Tapi tak sangka Mawar telah dipecat. Mukhriz tidak mengatakan apa - apa pun berhubung hal itu. Lagi - lagi tentang Mawar..

" Engkau tak faham? jangan engkau pandai sangat Anggerik, aku tahu ini semua kerja engkau kan. Engkau dengki dengan Mawar Sebab Anak aku tu kelulusan luar negara, Cantik, bukan macam engkau Anggerik, bila - bila masa Mukhriz akan cari lain."
Dia semakin Panas hati bila dia tidak menyangka perniagaan Anggerik akan berjaya Dan Kedai perniagaan bunga itu akan sebesar macam ini. Dia ingatkan Kedai itu sama sahaja macam dahulu. Sebab itu dia tidak pernah masuk campur urusan Kedai bunga ini, Kalau dia tahu dia akan ambil alih untuk keuntungan Kedai itu dari dulu..

" Iye Anggerik tahu Mawar itu pandai, lebih pandai dari Anggerik Dan lebih cantik.. Tapi kenapa Mawar tak bantu Ayah dalam kepandaian dia kenapa dia sibuk nak bekerja dengan Mukhriz. Sepatutnya dia majukan syarikat kita bukannya bantu syarikat luar." Anggerik Panas hati , dia dituduh tanpa bulrushes..dulu Dia hanya akan diamkan diri, kerana dia tiada sesiapa yang membantu..

Tapi kali ini dia akan membalas segala perbuatan yang dirasakan tidak kena dalam fikirannya. Dia tidak akan dibuli lagi. Cukup dirinya sebelum ini dibuli dua beranak itu dalam kehidupannya yang lalu.

" Mawar bukan macam engkau Anggerik lupa daratan, dia mencari pengalaman untuk dia bawa ilmu tu bagi majukan lagi syarikat. Anak aku tu bijak dalam plan dia untuk bantu Ayah."
Puan Dianara masih menangkan anaknya, dia tidak mahu mengalah. Dia akan pastikan Anggerik tidak menang dalam perbalahan mereka..

" Banyak lagi syarikat lain Mak Cik, Tapi kenapa Mukhriz.. kenapa syarikat Mukhriz? Mak Cik ada jawapan untuk itu?"
Sengaja Anggerik memberikan soalan Tentang itu, bagi Ibu tirinya tersedar..

" Aku percaya kan Mawar dari engkau Anggerik dia tentu ada alasan Tentang perkara itu. Engkau jangan nak tuduh dia. Kalau engkau pandai jaga suami apa Engkau nak takut?"
Ibu tirinya membalas kembali, dia tidak akan mengalah lagi. Dia akan lepaskan semua yang dirasakan tidak puas hati dalam dirinya..

Makluman Tentang pembatalan syarikat itu pun dia sakit hati, tambah pula Mawar yang menangggis kepadanya mengenangkan dirinya telah dipecat oleh Mukhriz. Itu semua mesti kerja Anggerik, itu yang dikatakan oleh Mawar, anaknya.. Sebab itu dia tanpa usul periksa telah datang kesitu. Niatnya memang utuk menyerang Anggerik..

Cuma dia tidak menyangka Kedai bunga kecil dulu yang dipanggil gerai sampah telah berubah menjadi gudang besar.. lagikan dia sakit hati dengan kejayaan Anggerik..
Sedang kan Mawar ketika ini telah diberhentikan kerja..lagilah dia sakit hati..

" Anggerik dah habis bicara Mak Cik, ada apa - apa lagi? Terpulang pada Mak Cik nak dengar Tapi Anggerik tiada kaitan dengan semua itu. " Anggerik berpaling matanya terarah ke pintu keluar Kedai bunganya . Seakan isyarat untuk wanita dihadapannya beredar..

" Engkau ingat engkau dah kahwin dengan Mukhriz.engkau boleh lawan aku Anggerik..Kedai ini!" Matanya terarah melihat ke sekeliling Kedai bunga Anggerik.

" Kenapa dengan kedai ini?" Anggerik membalas Ingin mengetahui apa yang ada dalam fikiran Ibu tirinya Dan rancangan wanita itu.

" Engkau ingat Kedai ini akan selamanya milik engkau Anggerik? Engkau pun tahu Bapa engkau macam kan. Engkau tunggu hari itu tiba Anggerik, semua milik engkau akan dirampas, waktu tu engkau akan menyesal sebab lawan aku selama ini." Diana berpaling dari melihat kearah Anggerik, dia ingin melangkah keluar dari situ Tapi dihalang oleh Anggerik..

" Mak Cik nak cuba main api dengan Anggerik? Tapi pastikan Mak Cik siap kan dulu payung sebelum Mak Cik datang sini ugut dalam sesuatu yang Mak Cik tak tahu."
Anggerik membalas dengan semua muslihat dan tekaan yang akan membuatkan perempuan itu lagi dalam tekanan..

" Apa yang engkau rahsiakan dari aku Anggerik? Apa yang aku tak tahu?" Darahnya semakin menyirap bila dirinya dimainkan oleh anak tirinya. Dia lagi sakit hati bila dia tak tahu apa yang dibicarakan Anggerik dari pengetahuannya..

" Mak Cik akan dapat jawapan itu Mak Cik, sekali dengan Mawar Tapi Anggerik ingatkan, sediakan baju sebelum Hujan." Sinis senyuman Anggerik sambil berpaling..

Dengan tenang Anggerik meninggalkan Ibu tirinya di belakang. Dia akan mendapatkan kebenaran tentang perkara yang terjadi pada Mawar daripada Mukhriz nanti. Tapi kini hatinya puas, puas dalam dia menimbulkan tanda tanya persoalan di benak Ibu tirinya..

" Mesti Ibu Takkan tidur Lena malam ini, nasib dia Sebab cari pasal dengan aku lagi. Kali ini aku takkan berserah..!"

Anggerik Nekad, dia tidak akan berganjak dengan keputusannya.. keputusan untuk masa depannnya.. dimana dia yang akan tentu kan perkara itu....

Share this novel

Rohani Abd Rahman
2020-11-11 10:05:37 

Hebat


NovelPlus Premium

The best ads free experience