20

Romance Completed 306524

*** Pertemuan***

" Puan ada tetamu dekat depan, saya Dah maklum untuk Puan tidak diganggu, Tapi dia cakap ada hal penting nak jumpa Puan.. Kecemasan!" Seha pembantu Anggerik menerangkan apa yang diterangkan sebentar tadi oleh tetamu kepadanya..

Satu persatu perkataan disusun rapi dalam bicara Seha kepada Anggerik disebabkan kerana dia tahu untuk hari itu sahaja Anggerik, bosnya sibuk menyiapkan tempahan untuk pelanggan...

" Awak ada tanya pasal nama dia ker?” Tangan Anggerik masih sibuk dengan gubahan, beberapa jenis bunga hiasan kecil dipilih Anggerik untuk melengkapkan rekaan gubahannya.. Tapi Anggerik tetap heran dengan kekerapan penerimaan tetamu yang banyak pada bulan ini.

Semua pelanggan mahukan sentuhan tangan darinya untuk setiap gubahan, mati lah Kalau hari - hari dia macam ini..

Pembantu Anggerik tidak banyak membantu untuk menyembunyikan dirinya dari pada pengetahuan pelanggan dengan alasan.. bahawa menyembunyikan keadaan dirinya yang berada didalam kedai..
" Masaklah aku hari ini." Dia terlalu sibuk...

Jambangan bunga yang berada ditangannya dibelek untuk Entah keberapa kali. Dalam hari ini sahaja telah 5 gubahan jambangan bunga telah disiapkan mengikut sentuhan Tangan Anggerik, belum lagi dua jambangan untuk perkahwinan Majlis India.

Dia penat separuh mati hari ini, memikirkan Konsep baru untuk dipertengahkan dalam dua Majlis itu nanti.. Dan Anggerik tidak mahu sentuhan tangannya sama, dia perlu pastikan sentuhan gubahannya berbeza tiap satu, agar kesenian dalam gubahannya akan menjadi sesuatu yang diingati dalam Memori pasangan Pengantin..

Anggerik mengimbau kenangan lama bila satu gubahan Versi perkahwinan itu berjaya disiapkan.. Dia memerhati gubahannya, sambil menikmati setiap maksud yang tersirat disitu...lebih - lebih lagi gubahan perkahwinan, sentuhan Anggerik pada gubahannya meresap ke dalam hati..

" Kenapa dulu masa aku kahwin bukan aku sendiri yang gubah untuk majlis itu,” Anggerik tersenyum sendiri.. “Mungkin Sebab dulu aku dengan Mukhriz kahwin paksa, sebab tu aku tak terfikir pasal benda itu. Tapi boleh ker semua itu diulang?"

Bila Anggerik ingatkan Mukhriz, dengan sifat Pyscho Romantik Mukhriz mesti hal itu Takkan terjadi..Mukhriz masih ada ego tersendiri.. Dia Takkan benarkan hal itu terjadi..

" Kalau Mukhriz boleh ubah keputusan dia Dan kami sekali lagi... kan seronok, “ Dengan kehadiran Adham, Anggerik masih berangan dalam diri..Tangan Anggerik masih sibuk mengubah tempahan yang telah berada dihadapannya. Entah kenapa waktu ini ideanya mencurah - curah mendatang dalam fikiran..

" Puan" sekali lagi Seha menyedarkan Anggerik yang masih sibuk dengan gubahannya..

" Awak suruh dia tunggu dulu Seha Atau Kalau dia tak boleh tunggu, Awak ucapkan Salam selamat saya pada dia. Saya banyak sangat tempahan Dan gubahan yang saya kena siap kan hari ini.. Saya tak boleh jumpa pelanggan dalam masa ini.Awak terangkan pada dia sebaiknya."

Anggerik membalas, dia tiada pilihan.. Bukan dia mahu mengelak, Tapi disebabkan masa dia terpaksa tidak menerima lagi pelanggan untuk hari itu..

" Saya cuba Puan, Kalau dia tetap berkeras macam mana..?" Kecut perut Seha membayangkan wajah dan tubuh  lelaki yang baru berjumpa dengannya sebentar tadi..
Seakan ada perasaan seram yang menjelma dalam dirinya bila mata lelaki itu bertentang mata dengan mereka..
Seakan ada suatu Aura pada lelaki itu, itu yang dapat mereka rasa bila lelaki itu masuk ke Kedai itu..

" Seha Awak boleh bawa dia Dekat sini, Kalau dia berkeras nak jumpa saya.. Saya nak dia lihat sendiri kesibukan saya Di belakang ini Kalau dia tak percaya.. Okay..? Awak boleh pergi sekarang, Selesaikan hal itu dekat luar, jangan ganggu saya Seha. Saya runsing sangat ini nak siap kan semua tempahan. Tutup pintu sebelum Awak keluar ye. Terima kasih."

Panjang Lebar Anggerik memberikan Arahan, Kalau boleh dia nak bagi arahan itu Sebaris ayat dalam satu maksud untuk mudah kan Seha faham, masalahnya beberapa patah perkataan itu hilang dari radar fikiran Anggerik....Anggerik meneruskan kerjanya tanpa melihat kearah pembantunya..Dia sangat sibuk..

10 minit kemudian, Anggerik terdengar bunyi bising seakan terdapat kekecohan diluar, Tapi dia masih sibuk dengan tumpuan untuk hasil rekaan gubahannya..

Kekecohan Dan bunyi bising yang dibiarkan Anggerik, semakin kuat menganggu konsentrasi Dan tumpuan Anggeirk dalam gubahan.. Anggerik mengeluh kerana hal itu masih belum dapat diselesaikan oleh pembantunya Walaupun jam telah menganjak ke 10 saat, Tapi Kekecohan itu masih belum menampakkan suasana itu akan reda..

Anggerik tiada pilihan, dia perlu juga keluar dalam keadaan dirinya masih dalam tekanan untuk menyiapkan tempahan.. Dia perlu selesaikan dulu kekecohan di luar, sebelum dia kembali tenang dalam fikirannya untuk mengubah semula gubahannya..

Anggerik melangkah perlahan sambil pintu yang memisahkan dirinya Dan bahagian kedainya diluar dihempas kuat tanda protes..

Pang!
Anggerik menghempaskan pintu yang membuatkan semua mata tertumpu kearahnya..
Kali Ini Anggerik tak peduli, dia juga akan menunjukkan ketidakpuasan hatinya yang telah mengganggu konsentrasi fikirannya sebentar tadi...

" Apa yang bising - bising Dekat sini..? Siapa yang mula kan..?" Setiap satu wajah dihadapannya dipandang tidak berkelip.. Anggerik kelihatan seperti Singa betina yang sedang marah bila sarangnya diganggu..

Satu persatu wajah dihadapannya dipandang tidak berkelip.. kelihatan dihadapan Anggerik telah ada beberapa orang lelaki, Adam, seorang lelaki asing Dan lelaki yang dikenali Anggerik dalam hidupnya. Kerana lelaki itu, dia akan selamanya terkurung hidup bersama dia.. " Mukhriz!
Sebaik sahaja lelaki Ketiga berpaling melihat kearahnya..

" Apa yang berlaku? Anggerik mengetapkan giginya menahan geram Dan dirinya memeluk tubuh! Memandang ketiga - tiganya dengan geram..

“ Mereka ini dah tak ada kerja lain menganggu ditempat kerja aku, kenapa tak tinggalkan ketenangan pada aku. Tak tahu ker yang aku sibuk dengan tempahan .” Anggerik mengeluh dalam dirinya. Satu persatu wajah - wajah itu dipandang melihat siapa yang akan memulakan dulu menerangkan hal itu..

" Lihat nasib baik aku macam mana,” Mata galaknya dilarikan kearah Adam... “aku akhirnya berjaya jumpa dia.. Akhirnya, takdir Anggerik , Selamat berkenalan Kakak Ipar.." seseorang yang tidak dikenali mengucapkan selamat kepada Anggerik..

“ Kakak Ipar?”
Anggerik sendiri terkejut dengan bicara pemuda yang tidak dikenali dirinya.. “ Mukhriz ada adik ker?” Pertanyaan Anggerik dalam diri, matanya melihat kearah Mukhriz, untuk penjelasan..

Mukhriz bersedia dengan tindakan selepas lelaki dihadapannya mengarut dihadapan Anggerik.. Entah dari Mana datangnya lelaki itu, suka - suka hati panggil Anggerik dengan panggilan Kakak Ipar.. “ Siapa Dia ?” Mukhriz tak peduli, Darah dalam dirinya menyirap panas dengan wajah bersahaja lelaki itu dihadapan wajahnya....

Tangan Mukhriz sudah mencekak kolar baju lelaki itu, tetapi dapat dihalang oleh Adam, yang membantu meleraikan perkara itu.. Namun mata Adam Dan Mukhriz tidak melepas dari merenung sesama sendiri..

" Kurang Ajar! Engkau ingat engkau siapa nak cakap macam itu dekat Isteri aku? Bila aku dengan engkau jadi adik beradik?" Mukhriz semakin tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi..

" Berhenti Terry, kenapa engkau buat kacau disini, aku dah bagi amaran kan..?" Suara Adam juga Bergema marah kan adik lelakinya... dalam masa yang sama Adam menghalang Mukhriz dari membelasah Terry, dia takut tindakan balas Terry pada Mukhriz, memandangkan Mukhriz akan dianggap sebagai penghalang untuk Anggerik Dan Adam bersatu...

" Berhenti Terry!" Sekali lagi suara Adam bergema, bila Terry masih dengan sikap degilnya tersenyum sinis kearah Mukhriz Dan Adam..
Lebih sakitkan hati Adam, mata Terry yang memandang Teruja pada Anggerik... “ Tak guna Terry ini.” Adam semakin Panas dengan Terry kerana datang kesitu menganggu Anggerik, walaupun perkara itu telah cuba dihalang..

" Apa Maksud semua ini Adam..? Anggerik tergamam, Rasanya telinganya tidak tersalah dengar tadi.. "Kakak Ipar".. Mata Adam dilihat untuk dia dapat kan jawapan Dan Kemuadian matanya terarah pada lelaki yang tidak dikenali tadi..

" Awak maksudkan ini Terry..? Tom And Jerry?" Anggerik bagaikan tergamam melihat wajah matang lelaki itu sekarang, berdiri dihadapan dirinya..

" Terry." Sekali lagi Anggerik mengucapkan Sebaris nama itu dalam nada terkejut..

Terry Tersenyum bahagia bila Anggerik masih mengingatinya.. Pegangan Tangan Mukhriz Di kolar Terry mula melonggar bila Anggerik mengenali lelaki itu, Tapi hati Mukhriz belum puas..Dia tidak mengenali sesiapa tentang lelaki itu, dia perlu berwaspada..

" Engkau kenal dia Anggerik?" Mukhriz masih belum puas bila lelaki tidak dikenali itu belum dikenalkan sepenuhnya Anggerik kepadanya.

" Kenal, dia Adik Adam. Jerry, itu panggilan kami dulu pada dia.. "kenapa tak kenal kan pada saya Adam.Kenapa buat kejutan macam ini." Anggerik sedikit gembira, telah lama dia tidak berjumpa dengan Ahli keluarga Adam.. Dulu mereka rapat, bermain bersama tapi sejak perpindahan itu terjadi mereka tidak lagi berhubung..

“ Selamat berjumpa kembali Jerry, Tak sangka kamu akan balik kesini lagi..!" Anggerik semakin Teruja, dalam masa yang sama gembira dengan kehadiran Terry, manakala Mukhriz telah mendekat kearahnya..

Anggerik tahu dia perlu berterus terang dengan semua itu.. Dia faham sikap Mukhriz, lelaki itu suaminya tidak suka pada penipuan..

" Mukhriz saya pun tak tahu pasal semua ini, Tapi percayalah semuanya Kisah silam dulu, kenalan saya masa kecil, adik Adam. Adam Tiada kaitan dengan semua ini, mungkin dia pun tak tahu. Dia kawan silam saya, Kalau Awak tak Kisah Awak boleh disisi saya sepanjang masa, sekali temankan saya..?" Anggerik memberikan alasan tidak mahu Mukhriz salah faham..

" Aku akan temankan engkau Anggerik disisi Tapi aku masih tak percaya kan dia!" Mata helang Mukhriz menjeling kearah Terry Dan Adam.." Alangkan Adam dia tak percaya, sekarang Adam dengan adik dia.. lagikan Mukhriz tak puas hati tentang perkara itu..” Buat apa pula adik Adam menyemak Dekat sini, tak habis menganggu hidup aku dengan Anggerik!” Mukhriz marah dalam diam apa yang terjadi..

" Aku rasa macam aku nak bunuh dia!" Terry berbisik Dan bergurau dengan Adam.. Mata masih tidak lepas memandang kearah Mukhriz tang telah merangkul pinggang Anggerik..

" Jangan mengarut Terry aku dah suruh engaku jauhkan dirikan, kenapa engkau degil..?" Adam berbisik membalas gurauan diri Adiknya sebentar tadi..

" Aku rasa aku akan berjaya putuskan hubungan mereka Adam, percayalah..hubungan mereka berdua ini rapuh.." Terry Senyum sinis memandang kearah Anggerik Dan Mukhriz, mereka berdua saling berbisik bercakap secara perlahan tanpa sebarang butir dari percakapan itu dapat didengari dari perbualan..

“ Percaya cakap aku Terry, engkau buat benda itu aku takkan teragak - agak untuk sumbat engkau dalam lokap! Engkau Takkan percaya dengan semua Kes yang akan wujud atas nama engkau Dan kesalahan Engkau Takkan percaya dengan apa yang aku akan wujudkan . Engkau akan meringkuk selamanya.. percaya cakap aku!" Adam dengan berani bertentang mata dengan adiknya, dia pasti Terry tahu ugutan dari dirinya tidak main- main, dia Serius..

Mereka keturunan Bernard, Dan keturunan itu tidak main - main dengan perkataan Dan ugutan yang mereka lafazkan..

" Engkau Takkan berani Adam..aku masih ada orang - orang yang akan membantu aku..!" Terry Senyum kembali, memandang kearah Abangnya.

" Percaya cakap aku Terry!” Orang - orang itu Takkan berani Ingkar arahan aku...!”
Adam pastikan perkara itu dalam bicaranya..

“ Buat peringatan Terry, aku akan bekukan akaun bAnk adik beradik kita yang lain mulai hari ini. Aku tahu mereka turut membantu engkau disini.”
Licik Adam dengan permainannya satu langkah dari Terry...

“ Aku dah bagi amaran Dan engkau masih langgar perturan itu. Aku tak ada pilihan..engkau akan dapat laporan itu malam ini." Adam Senyum sinis memandang kearahnya..
Dia pasti James Dan Maddy akan hubungi dirinya Dan Terry Sebaik sahaja perkara itu mereka dapat tahu..

" Engkau tak boleh buat macam itu Adam, kenapa kaitkan James dan Maddy,bagaimana Jasa aku dalam tempoh masa in aku korbankan untuk syarikat, Organisasi keluarga kita..?" Terry masih belum puas...

" Aku dah bagi amaran Dan engkau langgar. Engkau perlu terima dengan hati yang tenang Terry.. Hidup bukan mudah Bila kita langgar peraturan." Adam menasihati Adiknya..

“ Aku akan minta bantuan Mommy, banyak lagi pilihan lain Adam, engkau tak boleh halang aku.” Terry masih berkeras dengan keputusannya ingin menolong Adam dengan Anggerik..

" Mommy? Serius engaku takut kan aku dengan sesuatu perkara untuk libatkan Mommy ?Aku tak takut Terry engkau boleh jelaskan semua...” Tapi aku ingatkan jangan libatkan Mommy, engkau akan menyesal...

“ Shit....!” Terry mengamuk Dan matanya masih belum lepas melihat kearah Adam yang telah tenang dihadapannya...

******

" Anggerik dah lama tak jumpa Jerry, kamu semakin matang Terry, thanks sudi jumpa  dengan Anggerik dekat sini.. Anggerik  sangat hargai usaha Terry.. Tapi Adam...?” Wajah lelaki berdua itu dipandang Anggerik Mohon kepastian Tentang hal itu.. Sekejap tadi terlihat ada sedikit ketegangan dari bicara Terry Dan Adam, butiran perbualan tidak dapat Anggerik pastikan..

" Anggerik Rasanya kami terlalu banyak mengambil masa kamu berdua," Adam terlebih dulu berucap tidak membenarkan Terry bersuara..

" Apa tunggu lagi ?" Mukhriz tersangat mendesak Kedua- duanya untuk beredar Segera dari situ.. Perasan dirinya telah mendidih dengan segala perbuatan Kedua - dua lelaki dihadapannya..

" Mukhriz tak baik layan tetamu saya macam itu. Ini bisnes saya, Biar saya yang Tangani pelanggan saya.. Awak jangan buat macam itu lagi. Lagipun kami pernah rapat dulu...” Anggerik masih belum puas berjumpa dengan Terry..

" Anggerik... Mukhriz masih belum puas Tapi disebabkan bisnes dia memberikan peluang..

Mata Terry memandang kearah Anggerik, dia tidak mahu melepaskan peluang...

Alang - alang Anggerik dah buka jalan lebih baik dia mencari jawapan dalam diri sebenar wanita dihadapannya..
" Anggerik Awak masih Cintakan Adam?" Terry bertanyakan soalan spontan yang membuatkan semua yang ada disitu terdiam, menunggu jawapan dari Anggerik..

" Jangan takutkan suami saya Terry dengan kejutan seperti itu, selamat suami saya masih muda tiada penyakit jantung. Terry Saya tak salahkan Awak pasal salah faham ini.. saya dah berkeluarga Dan saya rasa kita patut Lupakan Kisah yang silam. Kita perlu terus kehadapan Terry, kami tetap berhubungan baik selamanya." Anggerik merujuk hubungan dirinya dengan Adam..

Anggerik sebolehnya memberikan jawapan yang tidak mahu melukakan perasaan semua orang yang berada disitu termasuk Mukhriz..

“ Engkau tahu engkau telah kerugian sesuatu yang paling berharga dalam hidup Engkau Adam,” Terry sempat berbisik perlahan kepada Abangnya..

“ Diam Terry,” Adam merengus geram..

“ Banyak yang engkau akan terlepas!” Dia masih belum mengalah menghidupkan sensasi dalam diri Abangnya, Adam..

" Awak seorang wanita yang dipenuhi dengan kasih sayang, aku semakin sukakan Awak , Dan aku masih menunggu saat itu,Anggerik . " Matanya memandang kearah Mukhriz, yang menyinga memandang kearahnya..Tanpa Segan silu dia menyuarakan segala pendapatnya..

Anggerik telah bersedia menghadapi situasi itu, kehadiran Terry disitu semakin diketahui tujuannya...Tapi Anggerik tahu itu semua bukan kehendak Adam... Terry boleh mencuba, Tapi selebihnya Anggerik yang perlu lebih memainkan peranan...

" Apa selama ini aku tidak menyayangi kamu Terry, kamu ingat lagikan Terry Sebab apa kamu dipanggil Tom and Jerry, ?"
ketawa Anggerik bersama lirikan mata dirinya telah terarah kepada Adam.. Kisah zaman kanak - kanak mereka..

" Wajah Terry telah pucat Dan kelihatan resah, jatuhlah prestasi Dan imejnya bila hal itu dibicarakan dihadapan Mukhriz, orang luar...yang baru sebentar tadi baru diistiharkan sebagai musuhnya, kerana merampas Anggerik dari Adam.." Tak guna Betul", Terry melepas geram dalam diri..

Tapi tidak pada Adam, dia akan kenakan Terry seteruk- teruknya malam itu, termasuk Plan jangka panjang Adam yang akan menjatuhkan kedudukan Terry dalam Organisasi..

" Jerry Sebab dia tak habis- habis masa kecil itu kejarkan Mawar untuk dia." Tapi Sayang dia bertepuk sebelah tangan, Mawar larikan diri dari Dia." Adam tidak kalah dalam permainan itu, cepat sahaja Adam memaklumkan perkara itu, tujuan untuk menjatuhkan Terry untuk lelaki itu menjauh Sebaik sahaja perkara memalukan dirinya itu diketahui..

" Serius, ?" Mukhriz semakin berminat bila hal itu diceritakan dikaitkan dengan Mawar... Wajah Terry yang pucat membuatkan Muhriz geli hati ..

" Hmmmm..! Terry Obses dengan Mawar, agaknya Kalau Terry jumpa Mawar lagi, adakah perasaan kamu akan bertukar kembali Terry..?" Anggerik sekadar bertanya, namun tawa nya masih belum dapat dikawal, geli hati dengan sikap Terry yang suka mengejar Mawar...

" Aku belum terfikir untuk memotong kemaluan aku macam apa yang Adam telah lakukan sebelum ini Anggerik, Dan aku nak keputusan itu dihormati ." Tegas dan terang dengan wajah Serius Terry bicara tentang hal itu..Dia tak Kisah Alang - Alang perkara memalukan dirinya diceritakan, dia akan lakukan benda yang sama kepada Adam..
“ Adik Dan Saksama.”

Ketawa Anggerik terhenti.. seakan Irama ketawanya tadi menghilang.....Di tamatkan.. Off..

"Hmmmmmm..."Anggerik terdiam tidak lagi bertanyakan soalan, Dia kematian kata - kata....hanya memandang kearah Mukhriz...

Dua lelaki lain yang berada dihadapannya telah tercengang Dan tergamam....

Mukhriz tidak menyangka lelaki dihadapannya akan menjadi kasar begitu, Dan terang - terangan tanpa berlapik membincangkan Tentang sesuatu yang sulit Tentang Adam, dihadapan Anggerik...

Adam semakin menyirap marah dengan perangai adiknya Terry Bila Terry yang sepatutnya dimalukan telah memalukan dirinya dihadapan Anggerik..  Bercakap sesuatu tentang alat sulitnya pada Anggerik adalah suatu yang tidak masuk akal dalam fikiran Adam..

" Apa adik aku si Terry ini fikir bincang kan pasal Bab itu hadapan Anggerik. Sesuatu yang tak diterima akal langsung.!"
Adam picit kepala masih terdiam dengan apa yang terjadi..

" Cukup Terry aku rasa tiba masa kita pulang, jangan ganggu Anggerik untuk meneruskan kerjanya. Engkau tahu dia sibukkan..?" Adam mencelah menamatkan perbualan dia takut Entah apa lagi rahsia sulitnya yang keluar dari Mulut celupar Terry..

Dengan isyarat mata Adam mahu Terry keluar mengikuti dirinya..

" Anggerik terima kasih dengan layanan sebentar tadi, tangan Terry dihulur untuk menyalami Anggerik, namun Huluran tangan Terry, Segera ditahan oleh Adam.. 

Mata Adam terarah pada huluran tangan Terry Dan tangannya yang menahan...

" Apa ?" Terry tidak memahami apa yang telah terjadi, Sehingga tangannya ditahan oleh Adam..

Adam Faham tanda kerutan dikening Terry.. Kerana Itu dia terangkan Sebabnya dalam bahasa yang senang difahami adiknya....
" Macam mana aku potong Alat sulit aku Terry, macam itu engkau tak boleh Salam wanita islam. Haram dan berdosa ..!" Terang Adam dalam bahasa kasar kepada adiknya menandakan dia sedang marah Dan Tegas dalam Adam mengajar adiknya tentang hukum Hakam islam..

Tangan Terry kembali ditarik kebelakang... dia terlupa akan perkara itu, perkara yang pernah masuk dalam telinganya dulu. Nampaknya Adam masih belum berputus asa berdakwah kepada keluarganya. Namun Terry masih berdegil, dia masih belum mendapatkan sesuatu dalam hidupnya, termasuk adik beradiknya yang lain..

*****
" kenapa Abang letakkan Mawar dalam bilik Stor fail tu. Abang tahu tak bilik Stor itu berhabuk, fail tak disusun, dengan fail hilang entah kemana..Apa laporan yang penting sangat untuk Mawar kira kembali benda itu..?

" Banyak Mawar, Kalau Awak tahu segala perjalanan syarikat ada dalam tu..? Awak tak buka ker Setiap helaian dalam fail itu. Sebab itu saya nakkan laporan awak, untuk saya nilai setakat Mana Awak faham pasal pasaran itu..!"

Mukhriz telah berjaya melaksanakan projek tu dulu dan  dia mahu Mawar besusah payah mencari rekod fail dalam syarikat, sebab utama dia suruh Mawar pergi dari situ, bagi mengelakkan Mawar berada dihadapan biliknya..

" Mawar tetap tak suka kerja disitu Mukhriz, Mawar nak kerja Dekat sini.. Kenapa Mawar yang terpilih dalam pengisian kerja distor tu.. Berhabuk.." Mawar masih dalam protesnya..Dia tidak berpuas hati bila Indah masih dibiarkan disisi Mukhriz sedang kan dirinya dibiarkan kerja seorang dalam Stor..

" Saya Takkan berkompromi, siap kan laporan itu Dan Mawar Awak boleh mula kan sekarang..” Mukhriz tegas dengan Arahannya..

“ Saya Takkan buat Mukhriz semua kerja- kerja orang bawah itu, Awak ingat saya apa? Layak ker saya buat kerja dalam Stor berhabuk itu.. Saya akan adukan perkara ini pada Daddy. Awak buli saya ?” Mawar mengugut Mukhriz..

“ Teruskan Mawar dalam ugutan itu, Awak datang sini sebagai pengajar untuk mendapatkan ilmu disyarikat ini bawah arahan saya, bukan awak tetamu VIP disini untuk awak dapat kelebihan.. Awak tetap pekerja bawahan saya.” Mukhriz mula menyirap dengan kemarahan dalam dirinya. Mawar jenis pekerja yang tak faham biasa.

“ Mukhriz..”Mawar menahan geram sambil Tangannya mengigil menahan marah..!

“ Saya mahukan laporan saya siap Dan diletakkan diatas meja saya pagi Esok Mawar. Kalau Awak rasa Awak tak boleh bekerja sama dalam menyiapkan tugasan itu Esok pagi. Pastikan saya terima surat perletakan jawatan Awak Di atas meja saya. Terang saya bagi arahan Mawar?” Mukhriz masih dalam mood memberikan peluang kepafa Adik iparnya..

“ Awak akan menyesal Mukhriz..” Mawar meninggalkan pejabat itu, dengan sakit hatinya yang masih membuak- buak. Pintu dihempas kasar...

Banyak plannya yang gagal mengikut perancangan dirinya. Hanya 1 yang berjaya dulu, Pertemuan Anggerik Dan Adam.. Dia ingatkan dia akan berjaya muncul kan Adam dalam hidup Anggerik, Tapi dia tersilap... Sikap Mukhriz pada dirinya masih tidak berubah. Dingin..!

Dia telah tidak dapat berfikir waktu ini.. Penerimaan Mukhriz yang semakin dingin padanya, Adam yang semakin menjauh dari plannya... kepalanya sakit bila dilihat Anggerik semakin bahagia dengan hidupnya...
“ Arghhhhhhhh, apa lagi aku nak buat dengan Anggerik ini,” dia masih belum berputus asa.

“ Hei engkau kenapa sweety , engkau ajak aku teman sebab nak lihat wajah masam engkau ini ker? Lebih baik aku pesan air Oren dari lihat wajah engkau ini.!” Mata lelaki Alex merenung wajah wanita dihadapannya...

“ Engkau temankan aku Alex, aku Hari ini tak ada mood nak kerja, aku rasa aku nak berhenti kerja dekat situ..Aku dah tak tahan, aku kena buli.” Minuman Arak diteguk Mawar dalam dirinya bagi menghilangkan tekanan.

“ Siapa buli engkau, Alex juga meneguk minuman keras itu menemani Mawar..” Dia hanya tersenyum melihat wajah Cantik Mawar yang semakin serabut dengan masalah..

“ Mukhriz”, Mawar meneruskan minuman. Dia terlalu tekanan..

Dengan beberapa botol telah diteguk.. Mawar telah Mabuk Dan menjadi tugasan untuk Alex memapahnya seperti kebiasaan..

Tubuh Mawar diusung Alex untuk dibawa ke rumah kondonya, Tubuh tinggi gadis itu yang kurus Dan seksi dibawa mencapung dalam tangan gagahnya.Wajah Mulus Mawar didalam pembaringan diatas katil telah selamat dibaringkan...

Satu persatu baju yang menutupi tubuhnya ditanggalkan dari tubuh Mawar.. Terdengar erangan kecil Mawar menghalang dari perkara itu.. Dia dalam keadaan separuh sedar namun dia tidak dapat membuat apa - apa..

Alex hanya Tersenyum sinis dengan penolakan Mawar bila tanganya menyentuh kulit dan bahagian sensitif Mawar bila dengan sengaja Alex membelai tubuhnya..

Alex memerhati tubuh yang telah berbogel dihadapannya tanpa Seurat benang, menghayati keindahan dimatanya, Cantik hampir sempurna dimatanya, Tubuh Mawar yang tiada sebarang celar.. Mawar masih dengan rungutan kecil yang masih berbisik keluar dari bibir Mulusnya..

Selimut ditarik kan Alex untuk menutupi tubuh Mawar dari kesejukan, lampu tidur ditutupkan Dan Pintu bilik ditutupkan..

Alex Senyum sinis sendiri. “ Kalau engkau lelaki Mawar dah lama aku kerjakan tubuh engkau tu cukup- Cukup sampai aku puas. Tapi Sayangnya engkau perempuan, aku tak ada nafsu.”

Alex terus sahaja melangkah kebiliknya untuk beradu..
Dia pasti Mawar akan tersedar Esok pagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience