34

Romance Completed 306520

*** Alex ***

Suasana sesak membingitkan suasana sekitar. Mata liar lelaki Memandang satu persatu Makhluk Manusia yang sedang keseronokan dalam melayani Dunia.

Tubuh gadis meliuk lentuk mengikut irama tarian Dan nyanyian Muzik yang berkumandang. Lelaki meneguk minuman bersama kehausan. Keseluruhan ruang dipenuhi pasangan yang menikmati setiap hiburan. Ada yang telah hanyut dalam gelombang dosa Dan Masih ada yang sedang mencari pasangan.

" Engkau pasti dia Dekat sini?" Wajah Terry memandang ke arah lelaki hitam yang membawa dirinya kesini.

Satu kawasan tempat duduk dilabuhkan untuk dia Dan segala pembantunya menikmati suasana malam hari itu. Bunyi Muzik membingitkan menghilangkan tekanan Terry yang kehabisan Idea untuk menjejaki masalah yang mereka hadapi.

Adam masih tidak putus - putus bertanya setiap hari berkenaan hal itu Dan Terry merasakan segalanya semak bagi hidup dia. " Adam tak tahu macam mana dia Gila mencari Dan menyiasat hal itu. Lelaki itu hanya tahu dengan maklumat.

Mata Terry kembali terarah kepada Lelaki hitam Nathan, menunggu jawapan..

" Pasti Bos, selalu kelab ini yang dia lepak cari hiburan." Air minuman ditegukkan, terasa peluh membasahi dirinya. Dia telah berjanji kepada Terry untuk menunjukkan siapa Alex sebenarnya, disitu, namun kelibat Alex tiada di Kelab dalam minggu tu. Entah kemana lelaki itu menghilang. Untuk bertukar kelab malam, Dia pasti lelaki itu tidak akan Tukar sesuka hati. Masa Alex lebih banyak terluang Di kelab ini.

" Kemana Dia," Cuak Nathan bila dia tak dapat memenuhi permintaan Terry, Tubuh Dan Wajah Alex masih belum muncul Di situ. Jam telah menunjukkan angka 2 pagi.

" Nathan memikirkan satu muslihat untuk dia lepas dari Terry. Seminggu Dia telah berusaha mencari Alex, Dan dia berjaya menjejaki lelaki itu tapi kenapa kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan. Apa dia nak berjawab dengan Terry nanti. Nathan mencari jalan, Dan dia satu sudut ruangan kelab itu dia ternampakkan sesuatu.
Penjaga Bar, merupakan orang yang kenal dengan semua yang berkunjung Di Kelab Malam itu.

" Lebih baik aku kesana," Nathan memberikan cadangan kepada dirinya Dan meminta keizinan kepada Terry terlebih dahulu.

" Nick, engkau nampak Alex tak malam ini. Aku ada bawakan sesuatu yang baru untuk Dia?" Nathan sebaiknya membuat reaksi biasa bila perkara itu diutarakan kepada pekerja Bar.

" Kenapa ramai sangat yang tanya pasal Alex? Apa Sesuatu yang baru , yang Engkau nak kenalkan pada Dia?" Nick cuba menguji lelaki dihadapannya melihat sejauh Mana lelaki itu kenal Alex.

" Tu, engkau nampak tu? Dia pun sedang cari lelaki untuk jadikan peneman malam ini?" Alex mesti kerugian Kalau dia tahu siapa menanti dia malam ini. Wajah kacak Terry yang berwarna biru ditunjukkan sebagai umpan kepada Nick, bagi mengaburi mata lelaki itu. Dia tahu Alex tak sukakan perempuan, jadi itu peluangnya menggunakan wajah dan susuk Tubuh Terry yang sempurna untuk dijadikan bahan untuk Nick percaya segala cerita - cerita dia.

" Mengancam?" sempat Nick memuji. Lambaian tangannya memberi isyarat pada Terry, namun tiada reaksi. Lelaki itu dilihat Nick bengis, Versi yang kacak dimata Nick.

" Alex tiada disini, Dia ada kerja diluar negara. Mungkin dalam minggu depan dia balik sini. Itupun aku tak tahu bila."
Nick Tersenyum. matanya kembali terarah pada Terry yang masih tiada sebarang reaksi..

"Alex akan kerugian sebab tinggalkan lelaki itu terlalu lama." Nick sekadar meluahkan, dia tahu perangai ramai pelanggan - pelanggannya Di Bar itu. Macam - macam Ragam Dan masalah. Tapi itu semua dia hanya ambil pusing dalam bisnesnya untuk mengenali pelanggan mereka.

" Nampaknya bukan rezeki Alex nak jumpa dengan dia malam ini. Terpaksa lah aku cari pengganti." Bahu Nick ditepuk menunjukkan hubungan mesra mereka.

Mata Nick memandang tangan Nathan yang menepuk bahunya. Dia kenal Nathan Tapi meraka berdua tidak serapat itu untuk kedua- duanya bersama dalam gurauan. Nick tak selesa dalam keadaan itu.

" Aku hubungi engkau Kalau Alex telah kembali? Tapi aku tak janji pasal benda itu. Engkau pun tahu aku sibuk." Nick menghabiskan ayatnya untuk Nathan pergi dari situ.

Nathan kembali Kepada Terry Dan dapat dilihat dimata lelaki itu. Terry memandangnya dengan pandangan yang tajam.

Tanpa menunggu Nathan kembali duduk, namun belum sepenuhnya buntut Nathan melabuhkan, suara Terry telah bertanyakan kepada dirinya dengan pertanyaan, Dan maklumat tentang Alex.

" Mana Alex Nathan? Dah berapa Jam aku tunggu dengan maklumat yang engkau kata tadi Dan perkara itu Selesai hari ini. Kenapa Alex belum muncul.?" Terry mahukan kepastian dari intipan pembantunya. Namun usaha itu masih menemui jalan buntu.

" Maaf Bos menunggu, Saya baru dapatkan maklumat.Alex tiada disini dia keluar negara dalam minggu ini, mungkin lagi dua minggu dia kembali. Saya dah tanyakan kepada Pelayan Bar tadi."Nathan terus sahaja memberikan jawapan tanpa menunggu Terry bertanyakan kali Kedua.

" Huh! Nampaknya Panas Lagilah telinga aku nanti Nathan.Kenapa susah sangat aku nak jumpa Alex ini. Nampaknya kita kena cuba cari jalan baru, kita cari perempuan itu dulu dalam minggu ini kemudian kita dapatkan Alex.?" Terry masih dalam reaksi dirinya, kembali fikiran dalam mengenangkan perkara yang membelenggu, mencari seseorang bukan mudah. Dia perlu mencari alternatif lain, tanpa disedari Terry ada seseorang sedang memerhati gerak gerinya sejak tadi.

Kedua - dua mata melihat Tapi pandangan itu hanya Singgah sekejap dari wajah lelaki itu, untuk tidak menimbulkan Syak..

" Itu dia lelaki yang cari Alex tadi? Aku dah kata Alex keluar negara. Pandai- pandailah engkau Mawar uruskan lelaki itu." Pelayan Bar menunjukkan isyarat mata, terarah kepada seorang lelaki asing yang bermata biru. Lelaki kacak pada pandangan wajah Mawar.

" Lelaki asing  yang kacak itu Nick?" Mulut Mawar bagaikan hendak terkeluar dari rahangnya melihat ketampanan Dan Tubuh lelaki yang Seksi dihadapannya. Lebih - lebih lagi mata lelaki itu yang membiru yang membuatkan nafas Mawar tak tenang.

" Lelaki itulah? Kenapa Mawar?" Nick meneruskan kerjanya dalam menyediakan beberapa lagi minuman mengikut permintaan pelanggan yang berada dihadapan mereka. Setelah Selesai, dia kembali mendapatkan Mawar, pelanggan tetap disitu termasuk Alex.

" Ssssssh, engkau jangan panggil nama penuh aku dekat sini, nanti Jenuh aku nak berjawab kenapa nama aku bunga?"!sesuatu yang Mawar tak suka dengan dirinya.

"Mawar." 

Setiap kali dia berjumpa dengan kenalan baru Dan nama itu disebut, semua kenalan akan terdengar kejutan. "Kenapa bunga?" Itulah soalan yang paling dibenci Mawar untuk menerangkan hal itu. Dia perlu menerangkan panjang Lebar, Sedang kan itu hanya lah Sebaris nama.

Manakan tidak, bunga yang dikaitkan selama ini dengan diri Dan Ibunya adalah berkaitan dengan diri LILY, arwah Ibu Anggerik. Perempuan itu mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan bapannya Sehinggakan dia Dan Ibunya terpalit sama dalam perkara itu.

Bagi Mawar apa yang berkaitan dengan Anggerik dia tak suka termasuklah arwah Ibu Anggerik yang sebelum ini dia tak pernah jumpa, hanya melihat dari gambarnya.

" Nah ini Air engkau Mel, Maaf sebab tadi aku panggil engkau bunga. Aku selalu tersasul panggil nama engkau tu. Dulu kita study, tak pula engkau ubah nama itu dekat sana. Balik sini engkau ubah. Lidah aku jadi tersasul Mel. Maaf!"

" Tiada masalah. Aku Benci nama itu Dekat sini. Aku ada alasan Tentang tu. Engkau pun tahu Nick, dekat sana Bunga, panggilan disana lain " FLOWER" Satu persatu Mawar eja, menampakkan keganjilan pada sikapnya. Dan Nick ketawa terbahak melihat reaksi Mawar yang kelakar.

" Berhenti Mawar engkau buat semua orang Memandang kearah kita." Nick masih menahan ketawa dengan reaksi Mawar yang kelakar, membuatkan hidupnya ceria hari itu.

Pandangan dari Mata biru itu juga tidak lepas memandang kearah mereka..

" Biarlah Nick, bukan selalu aku lihat engkau ketawa macam ini. Kalau Alex ada Dekat sini tentu dia gembira dengan reaksi engkau sekarang ini. Banyak yang berubah Nick" wajah Nick yang tiba - tiba menghentikan reaksi diwajahnya dipandang Mawar dengan dengan penuh Maksud.

" Aku masih Nick yang sama  Mawar tiada yang berubah dengan aku?" Suara Nick seakan tersekat dalam kerongkongnya untuk dia meneruskan percakapannya.

" Engkau Cintakan orang yang salah Nick, Sedang kan engkau layak berbahagia. Tak Perlu tunggu dia?" Mawar memberikan nasihat, sambil tindakannya diperhati Nick tajam.

" Engkau pun sama Mel, Lupakan Dendam engkau pada dia. Kenapa engkau nak seksa dia. Aku dah cakap aku dah boleh terima apa yang jadi dulu. Memang aku yang bertepuk sebelah tangan. Engkau tak perlu balas semua itu untuk aku.!" Nick kembali dengan sikapnya sebelum ini. Mengawal kemarahan dirinya Amat susah, sebab itu dia lebih suka menyendiri Dan berdiam.

" Nick aku dah janji tolong engkaukan, balas semua itu untuk engkau. Apa yang dibuat pada engkau aku takkan maafkan sampai bila- bila. Dia sakit kan engkau, buang engkau macam engkau tak ada perasaan. Dia tak layak untuk hidup dengan lelaki. Dia patahkan hati engkau macam dia tu hebat sangat. Dia kakak aku, aku tahu. Tapi perbuatan dia aku tak boleh terima."

" Mungkin dia ada alasan Tentang itu. Aku tak nak engkau Benci dia Mel. Cukup apa yang berlaku. Jangan ungkit lagi pasal hal ini. Lagipun aku dah lihat dia bahagia." Suara Nick kedengaran sayu dipendengaran Mawar.

" Tak semudah itu?" Minuman di tangan Mawar dihirup habis dalam tekaknya. Marahnya pada Anggerik pasal Nick masih bersisa dengan segala perbuatan Anggerik.

Nick hanya memerhati segala tingkah laku Mawar, Tapi menghukum Anggerik bukanlah jalan terbaik. Dia juga bersalah dalam hal itu. Tapi payah untuk Nick memujuk Mawar dengan apa yang berlaku.. dia cuma berharap, perkara sebenar akan terbongkar Dan Mawar akan memaafkan Anggerik seperti dirinya yang telah menerima kejadian itu..

" Mel aku lihat lelaki mata biru tu masih membuat pandangan ke sini?” Nick mengangkat keningnya memberikan isyarat kepada Mawar Tentang reaksi lelaki itu pada mereka.

“ Biarlah dia bukan citarasa aku? Lagipun dia Gay, aku tak minat lelaki yang sukakan kaum sejenis. Aku mahukan yang original, macam Mukhriz.” Kening Mawar terangkat memberikan Maksud kepada kepada Nick denvan kebenaran Tentang hal itu.

“ Engkau masih nak rampas dia? Macam mana dengan Anggerik?” Nick masih tidak berpuas hati dengan rancangan Mawar untuk mendapatkan Mukhriz kembali akan melibatkan penderitaan Anggerik.

“ Engkau ada?” Tersenyum sinis Mawar, Dia telah membuat perancangan lagi Tentang perkara itu. Dia tidak kisah apa pun yang berlaku, asal kan Mukhriz jadi miliknya. Lelaki itu yang diidamkan Mawar. Jika Nick tahu apa yang terjadi pada Anggerik sebelum ini atas perbuatan dia, mesti Nick Takkan lagi melayan dia Dan mebuangnya. Tapi dia pastikan hal itu Takkan berlaku.

Dia telah pasang strategi membenci dalam diri Nick untuk lelaki itu berjumpa dengan Anggerik. Bijak Mawar.

“ Engkau kena Segera pulang hari ini Mel. Tubuh engkau hari ini terlalu terdedah pada pandangan lelaki, Engkau pun tahu Alex tak ada hari ini, aku sibuk dengan kerja aku. Jaga diri Mel , jangan buat benda bukan - bukan.” Nick masih tidak lepas menasihati Mel Untuk tidak pulang lewat berhibur. Itu semua untuk kebaikan Mawar.

“ Hai!” Suara Husky seorang lelaki menegur Mawar disebelahnya. Namun reaksi Mawar hanya biasa dan tenang. Malam Ini dia Takkan mabuk, dia akan lebih berhati - hati kerana Alex tiada disisi Kalau ada sesuatu terjadi.

Pandangan Mawar telah terarah kepada seorang lelaki yang telah berada disisinya.

Pandangan Mawar tiada sebarang reaksi pada lelaki Di hadapannya. Teruja? Mawar rasakan tidak, tadi baru sahaja rahangnya keluar melihat lelaki itu tadi, Dan kini dia boleh kawal reaksinya pada lelaki dihadapannya.

“ Saya tak berminat dengan lelaki Gay ataupun dua alam. Saya tahu Awak lelaki jenis itu, jadi jangan ganggu saya?” Sempat Mawar menjeling kearah Terry, menyatakan Maksud dia tidak mahu diganggu.

“ Nice perkataan itu? Tapi kita belum Sempat berkenalan lagi. Jangan mudah sangat buat kesimpulan pada pilihan saya pada pasangan yang Awak masih belum tahu Citarasa saya kearah mana, Kalau Awak tak cuba!” Terry cuba bermain helah, wanita disisinya dilihat sukar Dan perkara itu Semakin membuatkan Terry Teruja.

Belum ada lagi lelaki yang menolak Terrry disisi mereka. Dia lelaki yang mempunyai pakej lengkap untuk mencairkan Dan menundukkan perempuan dalam hubungan. Lebih - lebih lagi aksi panas dan hebat dirinya diranjang.

“ Siapa nama Awak? Terry memulakan jerat dalam memerangkap Mawar dalam perhubungan dengan dirinya. Ternyata Tubuh Dan wajah Mawar yang menarik perhatian dirinya malam itu, sangat mempersona dengan Aura tersendiri dalam diri wanita itu.

Lelaki itu masih lagi tidak berputus asa dengan penolakan Mawar, dia membuat keputusan untuk permainkan lelaki itu.

“ Apa yang Awak suka panggil kebiasan kepada lelaki yang senang- senang Awak bawa diranjang?” Mawar bermain helah sambil tersenyum sinis memandang kearah Terry. Lelaki Gay Dan dua alam seperti Terry Perlu diajar, Jijik Mawar dengan lelaki mempunyai nafsu seperti itu.

“ Hots, sebab mereka biasakan Panas kan tubuh pasangan mereka di diranjang. Aku akan panggil engkau Hots selepas ini. Dan pertemuan ini bukan kali terakhir. Akan ada lagi?” Senyuman menggoda Terry buang pada Mawar. Entah kenapa Terry membuang masa dengan Wanita dihadapannya, Sedang kan dia akan dapat wanita yang tertarik kepada dirinya dengan Aura dari tubuhnya.

Begitu juga Mawar. Bisikan Dan kata - kata lelaki itu membuatkan Mawar terbuai dalam fikirannya. Dia mahukan lelaki itu disitu lagi untuk dia ditemani. Namun lelaki itu hendak Segera beredar dari dirinya..

“ Apa nama Awak ? Mawar juga ingin mengenali lelaki Gay Dan dua alam yang baru sahaja dikenali sebentar tadi. Bicara lelaki itu dirasakan menggoda. “ Hots”, suatu nama yang dirasakan Mawar baru Dan hati Mawar Tersenyum dengan nama jolokan yang diberikan oleh lelaki itu.

“ Sama macam Awak Hots? Awak boleh panggil saya dengan panggilan yang Awak suka. Giliran awak?” Terry tersengih, dirasakan plannya menarik perhatian wanita itu telah berjaya. Mawar telah masuk perangkap. Dia akan memulakan plan baru untuk wanita dihadapannya jatuh dalam pelukan dirinya.

“ Blue!” Saya rasa nama itu sesuai dengan awak. Mata Awak lain dari yang lain. Mata ini macam saya pernah lihat? Wajah Terry Mawar tilik keseluruhan untuk dia mengenali namun fikirannya terus terhenti. Dulu dia belajar diluar negara Dan tidak mustahil dia terkeliru dengan wajah - wajah yang pernah dilihatnya sebelum ini.

“ Blue? Nice nama itu. Jadi saya boleh temankan Awak malam ini?” Terry Semakin bermain- main dengan kata - kata, dengan harapan Hots dihadapannya akan Segera jatuh hati padanya. Itu memudahkan tugas Terry selanjutnya. Tanpa Terry sedari, perempuan dihadapannya adalah perempuan yang sama dicari sebelum ini. “ Tom and Jerry.”

Mawar tersenyum dengan bermakna. Dia akan siasat kenapa Blue sebentar tadi datang kesitu mencari Alex. Adakah benar dia mencari pasangan diranjang Atau sesuatu?
Tapi melihat reaksi Blue yang sedang bermain kata - kata dengannya. Mawar Semakin was - was dengan serkap jarangnya tadi Dan menganggap Blue adalah seperti lelaki yang pernah hadir dalam hidup Mawar. Tapi untuk diserahkan hati Dan tubuhnya pada Blue. Takkan sesekali. Dia Perlu menjaga semua itu untuk Mukhriz selepas rancangannya berjaya..

“ Hots Awak sangat wangi” Terry memulakan langkahnya, memegang tubuh Mawar.

“ Ya saya tahu Blue, Tapi Awas dengan tangan itu. Awak Takkan tahu apa yang saya boleh buat dengan awak , Kalau Awak sentuh tempat itu lagi. Mawar berkeras sambil matanya tajam memandang Blue.

Dia hanya perlukan peneman, bukan seorang penggatal..

“ Terpulang Tapi Awak akan menyesal bila awak sedari nanti, Saya adalah pemain terbaik dalam sentuhan.”

“ Saya tak perlukan semua itu, Mengarut! Saya hanya Perlu kan teman.”

“ Terpulang. Terry ingin berlalu, namun ada sesuatu yang mengunci kakinya untuk dia kekal bersama wanita itu.”

****

“ Saya nak jumpa Sherry Mukhriz?” Wajah Anggerik yang terbenam didada Mukhriz diangkat melihat ke mata suaminya mencari jawapan dari lelaki itu.

Wajah Anggerik yang dihadapan dadanya dielus lembut Mukhriz sambil berfikir. “ Siapa Anggerik yang mulakan semua ini. Soalan itu engkau belum jawap?” Mukhriz memandang Anggerik pelik. Kenapa Anggerik mahu rahsiakan perkara itu dari dirinya, Sedang kan Mukhriz tahu, Anggerik tidak menjumpai Datuk untuk dia kesini. Cara percakapan Anggerik Dan Datuk sebentar tadi pun Jelas. Datuk terkejut dengan dirinya Anggerik yang telah bersama dengannya diMelaka. Dia pasti ada seseorang yang telah meracuni fikiran Anggerik. Hinggakan Anggerik boleh fikirkan macam - macam Tentang hubungan dia dengan Sherry. Semua itu tak masuk akal Bagi Mukhriz.

“ Awak tak jawab soalan saya Mukhriz ? Macam mana Saya nak bagi jawapan?” Anggerik bermain helah, dia tahu Mukhriz akan Korek rahsia Tentang hal itu. Tapi dia Takkan benarkan Mukhriz tahu segala maklumat tentang semalam senuanya Anggerik dapat dari Firhad.

“ Kalau aku benarkan engkau jumpa Sherry, Engkau akan beritahu siapa yang beritahu pasal hal itu?” Reaksi Anggerik Mukhriz lihat, memandang setiap perubahan sifat Anggerik jika wanita itu tidak tenang.

“ Kenapa susah sangat Awak nak bagi saya jumpa Sherry? Awak takut? Takut yang selama ini hubungan itu terbongkar?” Anggerik Semakin tak faham Mukhriz, kenapa lelaki itu takut jika dia tidak membuat salah pada dia. Kalau percintaan itu tak Betul. Tapi wajah Mukhriz Anggerik lihat tetap tenang. Itu yang Anggerik keliru dengan suami sendiri.

“ Kenapa susah sangat nak percaya suami sendiri Anggerik. Sherry tak ada kaitan dalam hal ini, Dan aku tak takut untuk mengaku!” Sinis Mukhriz membalas setiap bicara Anggerik yang Semakin pedas di pendengaran Mukhriz.

“ Jangan Cepat mengelabah Mukhriz . Saya cuma nak jumpa dia, berkenalan dengan dia. Dia kan Artis jadi tak salah Kalau saya nak jumpa. Lagipun saya Takkan seorang dia. Awak pun tahukan saya Takkan buat kerja bodoh itu semua.” Anggerik memberikan Jaminan pada Mukhriz Tentang hal itu.

“ Kalau saya benarkan Awak nak buat apa? Apa yang Awak nak bincang kan dengan dia Anggerik?” Mukhriz masih menunggu jawapan Dan sebab sebenar Anggerik ingin bertemu Sherry.

“ Saya tak fikir lagi pasal hal itu. Mungkin luahan hati ke hati saya dengan Sherry. Saya akan pertimbangan perasaan dia Dan saya." Mata Anggerik melihat kearah Mukhriz untuk Cadangan itu dipersetujui.

“ Aku tetap tak setuju dengan cadangan itu? Apa yang nak diluahkan dalam perbincangan itu Kalau aku dengan Sherry memang tak ada apa - apa hubungan. Jangan mulakan Anggerik semua yang mengarut ini.” Lemas Mukhriz dengan sikap Anggerik akhir- akhir ini, entah siapa yang menghasut Anggerik hingga Anggerik buat keputusan yang serabut kan otak Dan fikiran dia dua hari ini. Benda yang sama Angerik ulang.

“ Awak memang ada rahsiakan sesuatu pada saya Mukhriz.” Anggerik merajuk dengan sikap Mukhriz, lelaki itu tinggalakan Anggerik tadi sambil meraup wajahnya, bagaikan Anggerik benar - benar kusutkan fikiran dia waktu itu. Anggerik rasa nak menanggis.

“ Dengar Anggerik kenapa susah sangat nak faham pasal hal itu. Gambar aku dengan Sherry mereka tangkap Di restoran, Kedua- duanya bukan diranjang untuk engkau tuduh aku bukan - bukan macam ini.” Mukhriz menjelaskan hal yang sebenar- benarnya bagi Anggerik faham.

“ Itu yang saya nampak Mukhriz, benda yang saya tak nampak Awak dengan dia? Perempuan lain..

“ Berhenti Anggerik!” Berhenti!” Belum sempat Anggerik nak luahkan lagi Mukhriz dah kepanasan dalam menahan marahnya dengan segala kata - kata Anggerik.

“ Cukup..” Kali Ini Anggerik telah melampaui batas..

“ Jangan tuduh aku diranjang dengan perempuan lain Anggerik, Aku tak pernah buat semua itu...Sedang kan engkau Anggerik.. Engkau yang aku nampak separuh berbogel dengan Adam. Engkau ada penjelasan Tentang hal itu?”

Mata Mukhriz telah merah memandang ke arah Anggerik. Dia tidak dapat kawal perasaan bila hal Aib seperti itu dituduh kepada dirinya Sedang kan semua itu dia tak buat. Hanya gosip, Tapi bila Anggerik tak habis menuduh Dia tak dapat lagi kawal perasaannya dengan perkara itu. Mukhriz menyesal..

Anggerik dilihat Mukhriz telah tergamam dan kaku... Anggerik Memandang Mukhriz tidak berkelip dalam fikirannya Mukhriz tahu ingin mengingati sesuatu tentang kejadian itu..

“ Anggerik!” Mukhriz tersedar dengan kesilapan Dirinya sebentar tadi. Kembali mengungkit kisah malam itu. Sedang kan dia tahu Anggerik tidak tahu apa - apa Tentang apa yang jadi..

“ Ssssssaya bbbogel depan Adam..!” Lutut Anggerik lemah dan dia terduduk disofa.. mengigil tubuh Anggerik tersedar dengan kenyataan itu.. Perkara itu Mukhriz telah katakan dulu Dan Dia cuba ingat. Tapi hari ini perkara itu diulang..

“ Apa lagi saya buat Mukhriz?” Air mata Anggerik mengalir laju. “ Saya tak ingat apa - apa?”... “ Apa Saya dah buat malam itu?” Tubuh Mukhriz Anggerik goyang untuk dia dapatkan jawapan apa yang telah terjadi pada malam itu..

Vote and Komen........:) PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience