Bab 5 ( A2 )

Romance Completed 306520

"Sabrina" Suara Alex lantang kedengaran memecahkan suasana dalam rumahnya.

" Sab- ? Baru panggilan Kedua Alex ingin lontarkan. Tubuh kecil Sabrina telah berada dihadapannya. Baju kemeja, seluar Jeans Besar dengan Topi menutup wajah Sabrina.

" Alex!" Awak panggil saya?" Mata bulat Sabrina telah berada dihadapan Alex. Dia masih dalam keadaan tercunggap - cunggap. Namun panggilan Alex tadi membuatkan dia Segera. Segera dalam menguruskan dirinya.

Baru sebentar tadi dia baru sahaja Selesai Mandi. Selamat sewaktu Alex memanggil dia cuma perlu memakai topi. Kalau dia masih berkemban, alamatnya menyingalah Alex. Tapi menyinga yang dirasakan Sabrina dalam fikirannya tidak lah menunjukkan sifat Alex. Lelaki itu Hanya tegas, Tapi untuk memarahinya perkara itu boleh dikira. Tegas dalam cara lelaki itu yang tersendiri.

" Engkau pergi mana?" Mata Alex masih belum melepas melihat susuk tubuh Sabrina yang telah berbaju. Lebih menyakitkan hati Alex, penampilan Sabrina yang sedikit selekeh petang ini.

" Saya baru Lepas mandi!" Wajah Sabrina yang tenang memaklumkan kepada Alex.

Hidup dengan Alex Amat mudah dirasakan Sabrina. Dia Hanya perlu tinggal dirumah, masak Dan menunggu Alex pulang.

Jika Mood Alex Baik mereka berdua akan berbual disepanjang malam Dan menonton TV, Namun jika Mood Alex sebaliknya Alex akan berkurung dalam bilik bersendirian sepanjang malam. Tinggallah Sabrina melayan perasaan seorang diri.

" Esok engkau kena ikut aku, ada seseorang yang nak jumpa engkau nanti." Terlihat dimata Sabrina, Alex memicitkan kepalanya.

Alex pening memikirkan masalah ditempat kerja, Agensi Dan masalah dirinya dengan Sabrina. Hal Tentang dirinya telah ditanya beberapa kali oleh Marc. Disebabkan sibuk perkara itu Alex diamkan diri.

Tanpa disangka Alex, ketiadaan dirinya disini membuatkan Marc ingin mengambil tindakan kepada keluarga Sabrina. Alasan Marc Dia telah membuat pembayaran pada Sabrina tanpa dia ketahui apa hasil malam itu.

" Kita nak kemana?" Sabrina hanya Ingin mengetahui kemana dia dengan Alex akan pergi esok.

" Jumpa Marc, dia yang bayar engkau sebelum ini. Dia mahu tahu hasil malam itu." Mata Alex melihat reaksi dari wajah Sabrina. Budak bawah umur yang Alex rasakan tiada tahu apa - apa.

" Habis itu apa kita nak Maklumkan pada Marc?" Sabrina ingat kes malam itu akan Selesai, Tapi tak sangka semuanya baru permulaan dalam hidupnya .

Dia cuma berharap Marc tidak menganggu keluarganya. Dia telah menjalankan segala suruhan seperti yang diarahkan , Tapi nak buat macam mana Kalau semua keputusan itu bukan dari Tangan dia. Semua keputusan itu datang dari Tangan Alex.

Alex yang tinggalkan dia malam itu.

" Aku uruskan pasal hal itu. Tapi hari ini aku penat sangat. Engkau Tolong buatkan air dekat aku. Aku nak rehat Dekat sini."

Alex melabuhkan kepalanya sambil matanya dipejamkan. Dia baru sahaja habis beraksi sebagai peraga lelaki Di pentas. Jadual yang semakin padat membuatkan dia bosan. Dia gembira dalam masa yang sama dia penat. Penat dengan karenah Manusia yang masih menganggu hidup dia.

Sabrina melangkah meninggalkan Alex. Satu Teh O Halia dibancuh Bagi mengurangkan tekanan Alex. Dia tahu Alex kepenatan, telah dua hari Alex berpergian bekerja ke luar negara. Itu yang dimaklumkan Alex sebelum dia melangkah keluar meninggalkan rumahnya.

" Alex", Suara kecil Sabrina memanggil Alex. Kelihatan Alex telah terlena terbaring bersama Tangan di dahinya.

Sabrina melangkah kearah Alex. Jelas menampakkan kepenatan dimata lelaki itu. Perlahan - lahan, Tangan Alex diturunkan Dan dia dengan lembut mulai memicit pelipis dahi Alex secara lembut. Dia ingin menghilangkan tekanan perasaan Alex yang kepenatan dengan kerja.

Alex Terasa Satu Tangan kecil memicit dahinya lembut. Perlahan - lahan Dan membuatkan dia terbuai dengan layanan Tangan kecil yang memicit kepalanya yang sedang pening.

Dia merasakan sedikit tekanan menghilang Dan kesakitan yang dirasakan tadi mengurang . Justeru itu bila tersedar hidungnya dapat menangkap bau yang membuatkan dia tergamam, bauan badan yang segar, bauan seseorang.

Perlahan - lahan Alex membukakan matanya melihat kearah Sabrina dihadapan matanya Dan lebih memeranjatkan Alex, Tangan Sabrina yang berada di atas dahinya.

" Engkau buat apa?" Perlahan mata Alex digerakkan memandang kearah Sabrina.

Jelas kelihatan riak wajah Sabrina yang menunduk malu. Kedudukan jarak mereka yang rapat membuatkan Sabrina kaku.

" Engkau buat apa datang sini Sabrina bukan tadi aku Suruh engkau buat minuman. Mana minuman yang aku mintak tadi?" Tubuh Alex tidak lagi terbaring. Dia telah duduk dalam keadaan tubuh badannya selesa untuk menghadapi Sabrina.

" Saya dah buatkan Alex, saya letak kan disitu!" Mata Sabrina mengarah ke arah cawan yang telah disisapkan Teh O Halia untuk Alex.

" Kenapa tadi tak kejutkan aku?" Mata Alex tidak lepas lagi memandang kearah Sabrina. Setiap tindak tanduk Sabrina yang mengetap bibir, mata yang menunduk, pipi yang memerah dan Tangan yang menguis- guis, sungguh lucu dipandangan mata Alex.  Setiap tindakan Sabrina dilihat Alex Comel.

" Saya lihat awak penat sangat Alex, saya tak mahu menganggu." Wajah Sabrina tetap menunduk apa bila bercakap dengan Alex. Pandangan dia dilarikan menjauh dari bertembung dengan Alex.

Dia dapat rasakan getaran didadanya tiap Kali mata dia Dan Alex bersama melihat. Perasaan itu baru dirasakan Sabrina, Tapi dia pasti. Hatinya mulai dicuri oleh Alex.

Alex menapak ke arah cawan yang telah dimaklumkan sebentar tadi oleh Sabrina. Minuman yang telah Suam Segera dihirupkan ke dalam tekaknya. Bauan Halia menusuk kedalam hidung Alex.

Terasa kelegaaan dalam diri Alex bila haruman Halia memasuki keseluruhan sistem tubuhnya. Dia kembali tenang, Dan keletihan sebentar tadi beransur menghilang.

" Thank ! sebab buatkan aku minuman herba ini! Banyak membantu aku Sabrina."

Alex tersenyum sambil mengharapkan pujian daripada dirinya sebentar tadi sampai Dan difahami Sabrina. Untuk dia olah dunia sebenar bagi gadis seusia Sabrina, bukan lagi menjadi Kepakaran Dan minatnya.

Dia bukan lagi hidup di alam remaja seperti imaginasi Sabrina. Dia adalah seorang lelaki Dewasa.

" Saya cuma buat air Alex, Saya tak buat apa - apa pun dekat rumah ini."

" Hmmmm, nanti lah aku usahakan pasal benda itu Sabrina aku pun tak nak engkau bosan duduk dalam rumah ini. Nanti aku akan kenal kan engkau dengan Ivvy."

" Siapa Ivvy?" Sabrina Teruja. Perkenalan yang dimaksudkan oleh Alex membuatkan dirinya terfikir. Perkenalan itu menandakan dia akan bebas. Dia akan mulai dibenarkan keluar oleh Alex dari terperup dalam rumah itu.

" Pembantu Peribadi aku di Agensi. Nanti aku perkenalkan dia pada engkau Sabrina." Alex menghabiskan minuman yang dibancuhkan Sabrina, Setelah Selesai Alex bangun Dan melangkah menuju ke dapur diikuti dengan langkah Sabrina dibelakangnya.

" Alex!" Suara Sabrina bergetar. Ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya sebentar tadi. Perkara itu perlu dilunaskan malam ini, untuk dia tidak dipersalahkan jika hari esok menjelma.

Alex yang sedang membasuh cawan terkejut dengan panggilan Sabrina. Dia tidak menjangka Sabrina akan mengikuti langkahnya kedapur. Dia ingatkan Sabrina masih menunggunya diruangan tadi.

Selamat pegangan Tangan Alex kuat. Jika tidak cawan Di dalam pegangan tangannya terlucut Dan berderai menjadi serpihan.

Sebelum berpaling sekali lagi menghadap Sabrina, Cawan yang sudah dibasuh diletakkan ditempat yang dikhaskan oleh Alex. Selepas semuanya Selesai barulah Alex mendapatkan Sabrina.

" Apa dia Sabrina? Apa yang penting, kenapa tak tunggu aku kembali." Tubuh badan Alex disandarkan ditepi singki dapur. Menampakkan tubuh sasa Alex yang kekar Dan wajah kacak Alex yang unik membuatkan jantung Sabrina semakin bergetar.

" Apa kata Kalau kita mulakan semula malam ini. Maksud saya malam yang terlepas sebelum ini." Wajah Sabrina serius bila mengucapkan Tentang hal itu.

Alex yang mendengar Hanya melihat kearah Sabrina tenang. Dia faham kerisauan yang dialami oleh Sabrina Tapi dia tak dapat memaklumkan Tentang dirinya. Budak sebaya Sabrina tidak akan faham dengan naluri dirinya yang meminati lelaki.

" Tenang Sabrina  hal itu aku akan uruskan .Jangan khuatir aku boleh handle lagi hal semua itu."

" Tapi Alex macam mana Kalau Marc ugut saya nanti? Saya tak takut ugutan Marc, Tapi keluarga saya Alex!" Segala yang diluahkan menunjukkkan  kesedihan dalam hati Sabrina.

Tak disangka Alex dalam usia muda seperti Sabrina dia sudah terpaksa menempuh Dan lalui  kesusahan hidup seperti itu. Tubuh Sabrina kering Dan keding. Namun bebanan yang dipikul oleh Sabrina berat.

Alex kagum dengan Sabrina, Walaupun dia masih  mentah Tapi gadis seperti Sabrina  kuat dalam pengorbanan dirinya Demi Keluarga.

" Aku uruskan semua. Aku akan carikan semua itu dalam masa terdekat ini. Tapi engkau kena bersedia Sabrina dengan perubahan diri engkau nanti."

" Saya bersedia Alex saya tiada pilihan lagi Tentang hal ini." Wajah serius Sabrina memandang kearah Alex. Andai diberikan pilihan dia sanggup segalanya berakhir pada waktu itu juga. Dia telah bertekad dengan hal itu, Dan dia tiada jalan keluar yang lain.

Jika diberikan pilihan, dia sanggup berdepan dengan Alex, segala kesengsaaraan Dan kesakitan yang Semalam dengan Alex, dari dirinya berdepan dengan Marc Esok. Lelaki yang telah membayar dirinya dulu merupakan seseorang yang menakutkan bagi Sabrina.

" Engkau tak perlu takut Sabrina, kita akan pergi berdua. Biar aku yang berurusan dengan Marc, engkau Hanya berada disisi aku. Hal itu aku akan uruskan kemudian."

" Kenapa hal itu Kita tak lakukan sekarang Alex. Saya rela serahkan segalanya pada Awak malam ini, Walaupun saya tahu hal itu sukar!"

" Sabrina!"
Tubuh Sabrina dibawa dalam pelukan Alex, dia tak bermaksud untuk menyakitkan Sabrina seperti yang pernah terjadi pada dirinya dulu " Janet". Kisah hitam Alex kembali dalam ingatan.
" Bagi aku masa Sabrina, Engkau tak perlu lalui semua ini. Engkau tak tahu sesuatu tentang aku. Bersabarlah Setiap masalah ada penyelesaian. Selagi dengan aku, aku janji engkau takkan sekali aku sakiti." Dahi Sabrina Alex cium bersama pelukan erat ketubuhnya oleh pegangan Alex.

Itu adalah detik pertama dalam hidup Alex memeluk perempuan kembali. Jika sebelum ini, dia hanya memeluk " Janet" Dan pengalaman itu menjadi sejarah hitam dalam hidup Alex.

Perasaan Alex semakin Samar - Samar, dia tidak menyangka pelukan dirinya kedalam Tubuh Sabrina membuatkan hati lelakinya tenang.

Pelukan dieratkan Alex lagi ketubuh Sabrina, dia ingin menghidu bauan tubuh Sabrina dalam dakapannya.

Topi yang membaluti rambut Sabrina dibuka, kelihatan rambut panjang Sabrina jatuh terurai lembut dalam ikatan, yang membuatkan Alex tercegang..!

" Alex", Suara Sabrina yang terkejut dalam tindakan Alex.. Rahsia dirinya kini terbongkar.

******

" Datuk tak ikut sekali Mukhriz pergi mesyuarat?" Anggerik baru perasan, baru sebentar tadi Mukhriz keluar pergi Mesyuarat. Tapi yang pelik Datuk Mumtaz masih disini, tidak berganjak untuk keluar.

" Tidak! Datuk temankan Anggerik Dekat sini. Dah lama kita tak berbual berdua Anggerik." Wajah tenang Datuk Mumtaz memandang kearah Anggerik.

Pandangan Datuk Mumtaz seperti sesuatu. Riak wajah yang tenang namun dipenuhi dengan persoalan.

" Datuk ada sesuatu ker nak tanya pada Anggerik?" Anggerik masih memberikan Senyuman Ikhlasnya kepada Datuk. Membuatkan suasana mereka berdua yang berada dalam bilik itu selesa.

" Hmmm! Pasal kes kamu dulu tu Anggerik? Datuk dah tahu pasal Siapa dalangnya. Tapi yang herankan Datuk kenapa Anggerik tak pernah ceritakan pasal Keluarga Anggerik dekat Datuk."

Anggerik sedikit terkejut? Keluarga? " Apa yang Datuk dah tahu? Tapi kaitan Keluarga dengan kes dia dulu. Apa kaitan dengan keluarga dia?. Wajah Anggerik berkerut bersama persoalan yang bermain di Fikiran dirinya.

" Kenapa Datuk ? Datuk kenal Siapa Dalang dalam kes itu? Apa kaitan dengan Keluarga Anggerik?" Anggerik semakin tak faham. Apa yang dia tahu dia telah selamat. Itu yang dikhabarkan oleh Mukhriz. Siapa lelaki Dan kumpulan yang menculik dirinya pun dia tak tahu.

Sampai sekarang hal itu tidak dibincangkan oleh Mukhriz dengannya. Perkara itu dirahsiakan Dan tidak wujud lagi. Jika ada persoalan Tentang hal itu, Cepat - Cepat Mukhriz akan pangkah Dan membuka cerita yang lain.

Anggerik ada bertanya beberapa kali pada Mukhriz. Siapa Dalang yang membuat hidupnya begini. Namun jawapan Mukhriz mudah.

" Tak perlu nak ingat Anggerik, benda hitam dan memori pahit jangan diingat, hidup perlu diteruskan yang penting awak selamat. Ada saya untuk jaga Awak selepas ini. Keselamatan Awak Saya akan Jamin mulai hari ini."

" Tapi Mukhriz Saya nak tahu siapa Dalang yang nak buat hidup saya musnah sampai macam itu. Saya rasa Dalang itu nak saya mati?" Anggerik masih tidak putus harapan. Cukup lah dia mengetahui Siapa Dalangnya. Untuk berdendam dia bukan seseorang seperti itu.

Cukuplah dia Hanya mengetahui. Dia juga bukanlah Maksum, seperti Nabi yang boleh memaafkan kesalahan orang lain, tanpa merasa apa - apa kesakitan Di hatinya. Dia juga Manusia biasa, bila untuk memaafkan seseorang, bukanlah suatu yang mudah.

" Anggerik Lupakan, Awak masih trauma dengan kejadian itu Dan Awak dengar nasihat saya, Lupakan apa yang terjadi.Kita tumpu pada dia, tanpa abaikan Adham." Tangan Mukhriz memegang perut Anggerik, mengusap Kandungan Anggerik yang telah hidup dalam rahim isterinya.

Satu kucupan Di dahi Anggerik dikucup Mukhriz, untuk Anggerik kembali tenang dalam perasaan mengolah segala perkara yang telah berlaku.

" Datuk tak sangka hidup kamu dulu menderita Anggerik! Kalau Datuk tahu yang kamu diseksa, Dah lama Datuk bawa kamu pergi dari rumah itu. Datuk tak sangka Johari boleh biarkan hal itu terjadi pada kamu!"
Wajah kesedihan telah terpamer pada wajah Datuk Mumtaz.

Tapi sesuatu yang Anggerik tak faham. Macam mana Datuk tahu hal itu. Siapa yang Maklumkan Datuk? Anggerik hanya Maklumkan hal itu kepada dua orang yang paling dipercayai dirinya. " Adam dengan Junaidah", Tapi tak mungkin Adam Dan Jun.

" Datuk macam mana Datuk tahu pasal hal itu? Siapa yang Maklumkan Datuk?" Anggerik percaya bukan mereka berdua yang Maklumkan hal itu kepada Datuk Mumtaz. Mereka berdua Anggerik percaya tidak akan bocorkan rahsianya.

Adam sifatnya seseorang yang Anggerik percaya, seorang lelaki yang paling dipecayai Anggerik. Dia seorang lelaki yang sentiasa tenang Dan bersifat melindungi. Segala rahsia Anggerik dulu sewaktu mereka bersama akan diluahkan Anggerik kepada Adam tanpa prejudis. Dia seorang lelaki yang menjaga hubungan dan pergaulan. Untuk Adam membocorkan rahsia Kisah silam Anggerik. Perkara itu adalah mustahil.

Junaidah Atau Jun, seorang kawan perempuan yang paling memahami Anggerik. Seorang sahabat sejati, Walaupun diri Anggerik dipenuhi dengan masalah, namun Jun tetap Setia dengan dirinya Dan sentiasa membantu Anggerik yang dalam kesusahan.

Jun menjadi tempat Kedua luahan perasaan Anggerik Dan rahsianya selepas Anggerik Kehilangan Adam. Wanita itu dia percayai, Dan untuk Jun membocorkan Kisah silamnya adalah sesuatu yang juga mustahil.

Jun tiada motif untuk membongkarkan rahsia kehidupan Anggerik dulu, memandangkan Jun ketika ini telah tiada disini. Jun juga telah mengenali Datuk Mumtaz sebelum kemunculan Mukhriz kembali dalam hidupnya. Jadi untuk Jun disyaki adalah Zero bagi Anggerik.

" Jadi Siapa?"

Pasti orang lain, Dan orang itu seseorang kenalan lamanya Dan tahu pasal Kisah hidupnya dulu. " Ayah"

" Datuk tahu semua hal itu Anggerik, Tapi Datuk minta maaf. Datuk terlewat untuk Betul kan kembali semua keadaan itu. Hinggakan semua perbuatan itu menjadi racun."

Lagi Anggerik tak faham. Apa kena mengena kehidupan Anggerik dulu dengan kejadian penculikan dirinya kini. Lagi memeningkan kepala Anggerik. Siapa yang menjadi racun dalam semua masalah ini.

Yang Anggerik tahu watak Antagonis dalam kehidupan dirinya dulu. Mawar dengan Dianara, Ibu Tirinya. Tapi Anggerik telah anggap mereka Keluarga.

Mawar tetap adiknya, Satu - Satu adiknya yang dia berjaya dapat dalam dunia. Tiada siapa yang boleh pertikaikan hubungan mereka berdua, Walaupun Mawar anggap Anggerik musuh dalam semua perkara.

Manakala Dianara tetap Ibunya Walaupun title tiri masih dipegang Di penghujung ayat " Ibu" Setiap kali hubungan itu dipertanyakan oleh orang luar. Bagi Anggerik Dia tidak Kisah, ada Pn. Diana disisinya, sudah memadai. Dia Hanya menumpang kasih. Mereka tetap orang - orang yang Anggerik Sayang Dan hormati.

" Datuk tahu siapa yang jadi Dalang dalam hal ini. Datuk boleh beritahu tahu Anggerik. Sekurang- kurangnya, Anggerik boleh berwaspada Datuk!" Anggerik Amat berharap Datuknya akan memaklumkan kepada dirinya Tentang Siapa yang terlibat dalam kejadian dulu.

" Kamu naïf Anggerik, kamu tak sedar dengan orang - orang sekeliling kamu yang mungkin kamu anggap baik. Tapi untuk pengetahuan kamu mereka lah musuh ketat kamu!"

Datuk Mumtaz masih beriak tenang. Dia Hanya berkias. Untuk dia Maklumkan hal sebenar, hati tuanya tidak sampai hati. Dia tak sanggup melihat kesukaran Dan kesedihan dimata Hazel Anggerik. Wanita mengandung dihadapannya telah banyak menderita dengan kesedihan dalam hidupnya.

Anggerik selayaknya bahagia. Untuk itu Siapa Dalang disebalik kejadian itu akan disimpan menjadi Rahsia dirinya Dan Mukhriz. Perjanjian dia dahulu dengan seseorang akan membuatkan hidup Anggerik selamat selagi Dalang sebenar tidak lagi menjejakkan lagi disitu.

" Datuk boleh bantu Anggerik?" Tangan Datuk Mumtaz dipegang erat Anggerik lembut dalam pegangan tangannya.

" Katakan Anggerik. Datuk pasti bantu kamu?" Tangan tua Datuk Mumtaz mengusap lembut rambut Anggerik. Dia menahan kesedihan dengan segala apa yang pernah terjadi dulu dengan kehidupan Anggerik. Jika dia tahu hidup Anggerik menderita selepas kematian Lily. Dia akan mengambil tindakan waktu itu bagi selamatkan Anggerik. Tapi takdir Seakan mempermainkan dirinya sekali lagi. Dia terlambat tersedar dengan apa yang telah terjadi.

" Anggerik nak tahu Dalang sebenar yang mahu musnahkan hidup Anggerik. Anggerik tahu ! Datuk tahu siapa Dalang sebenar?" Mata Hazel Anggerik penuh pengharapan. Berharap permintaan dirinya yang Satu dipenuhi.

Datuk Mumtaz melihat Anggerik dengan tenang. Tangan yang mengusap lembut Anggerik tadi, dilepaskan.

" Kenapa Datuk? Kenapa benda ini jadi sangat rahsia dengan Anggerik. Tak salah Kalau Anggerik nak tahu?" Cubaan kali Kedua Anggerik untuk mengetahui Dalang bagi kehancuran hidupnya.

" Lebih Baik perbualan ini ditamatkan disini Anggerik, itu Lebih Baik bagi kamu dengan Mukhriz. Perkara penting yang kamu perlu tahu. Keselamatan kamu selepas ini akan terjamin. Dalang bagi semua perkara ini takkan lagi kembali?"

Anggerik terkejut, jadi betullah Datuk tahu siapa Dalang yang buat perkara ini semua. Anggerik belum puas selagi Dia tidak dapat jawapan .

" Siapa???" Datuk beritahu Anggerik." Rayuan Anggerik yang masih belum berputus asa.

" Lupakan Anggerik!" Langkah perlahan Datuk Mumtaz meninggalkan Anggerik.

" Datuk", Suara perlahan Anggerik bersama kesedihan bila permintaan dirinya sebentar tadi tidak ditunaikan.

Datuk Muntaz telah menghilang dari pandangan Anggerik, hilang sahaja bayangan lelaki itu membuatkan hati Anggerik mulai resah.

Keresahan yang membuatkan Anggerik kembali mengingati Mukhriz. Minda Anggerik kembali memikirkan suaminya, Dan dia membuat keputusan untuk mengetahui dimana Mukhriz berada.

Orang pertama yang Anggerik akan jumpa, Tentu sekali Indah. PA Mukhriz, wanita Cantik yang telah lama lali menahan karenah perangai Mukhriz sewaktu bekerja. Macam mana Indah dapat menahan, Anggerik puji dalam hati. Dia faham segala - galanya Tentang Mukhriz lebih - lebih lagi sewaktu lelaki itu sedang bekerja.

Bukan semua pekerja Di syarikat mereka tahan bekerja dibawah naungan Mukhriz. Mukhriz dikatakan tegas Dan disiplin tinggi dalam menjalankan kerja - kerjanya, selain wajah serius Dan sinis Mukhriz, yang menjadi Plus kepada kebencian kakitangan kepada lelaki itu.

Mana Anggerik tahu ? Semua itu diceritakan oleh Firhad Kepada Anggerik. Cerita yang masih diingati dalam fikiran Anggerik.

" Indah, dekat mana bilik Mesyuarat Mukhriz?" Anggerik Senyum manis kepada Indah. Dia tahu segala perjalanan kerja Mukhriz, Indah yang banyak membantu menguruskan masa Mukhriz.

Kemunculan Anggerik dihadapannya membuatkan Indah kecut perut Dan menahan pucat. Beberapa kali air liur diteguk sukar oleh indah.

Dihadapan matanya tadi, Jelas Mukhriz Dan Sherry berdua meninggalkan pejabat itu tadi. Tidak pula dijelaskan oleh Mukhriz kemana?. Belum sempat Indah memanggil kedua - duanya tergesa- gesa menghilang.

Lebih memburukkan keadaan alasan yang Mukhriz berikan Kepada Anggerik " Mesyuarat", memang tak masuk akal dalam fikiran Indah. Alasan itu adalah untuk Lepaskan diri Bosnya tadi. Perkara sebetulnya Mukhriz tak ada mesyuarat pagi itu.

Hal itu yang memeningkan Indah. Dia dalam dilema. Jika dimaklumkan perkara sebenar Kepada Angerik, tentu dia yang kena dengan Mukhriz, Tapi kalau dia menipu dimana tempat dia nak hala akan langkah Anggerik bagi mendapatkan Mukhriz. Mukhriz tidak memberikan sebarang petunjuk dimana dia berada.

Akhirnya dia yang terperangkap di Tengah - Tengah. Hanya yang mampu dibuat Indah menelan air liurnya yang semakin kelat.

" Indah Awak Okay? Awak tak sihat ker?" Suara Anggerik yang memberhentikan lamunan Indah.

" Hmmmm.. saya Okay, Puan Anggerik? Cuma terkejut sedikit!" Bicara Indah yang tergagap - gagap menjawab persoalan Angggerik.

" Jumpa Doktor Kalau tak sihat Indah. Mana saya nak cari Mukhriz Indah?" Sekali lagi pertanyaan Anggerik yang membuatkan Indah semakin berpeluh.

" Tuan Mukhriz? Dia..Dia.. Dia ?????

Vote , Komen, Rate, Rewards Kalau Anda sukakan Novel PB..:)


Anggerik 2.


*******

Luv PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience