14

Romance Completed 306520

**** Seseorang yang ditinggalkan*****

" Jun Betul ker tempat ini? Macam seram jer Jun. Gelaplah.. Betul ker engkau cari? Mana engkau jumpa tempat tu ?"

Beg plastik dalam tangan Anggerik dipeluk kemas didada. Mata masih memerhati jalan sekitar yang dilalui mereka. Sunyi Dan kosong jalan yang baru dimasuki oleh Junaidah yang memandu disebelahnya.

" Engkau jangan lah takut kan aku Ada ini? Aku tengah Drive ini, engkau tengok wave tu Betul lah ini rumah dia. Aku dah confirmkan Anggerik, memang jalan ini."

Mana engkau jumpa?" Anggerik gelisah..

Aku cari Pengamal perubatan tu dekat FB. Aku pun dah messenger dia. Betul ini aku tak salah. Duduk diam- diam jangan buat bunyi takut. Insyaallah tak ada apa- apa." Jun menenangkan diri, sedangkan tadi dia Juga telah cuak kerana dirasakan mereka berdua telah sesat...

Jun mengawal perasaan takut Dan cuak, dia telah kesitu waktu Siang 2 hari lepas, tak Sangka pula Bila malam boleh sunyi Dan gelap sekitar kawasan ini...Hati Jun jadi lebih gelisah..

Kalau dia tahu dia dengan Anggerik takkan datang pada waktu malam, Tapi mereka berdua kerja di waktu siang..Masa terhad dengan Anggerik sibuk dengan bunga, Jun dengan kerjanya. Itu sahaja masa lapang yang mereka ada. " Jun percaya pada diri,

" Betul jalan ini." Jun pujuk hati.

Setengah Jam kemudian.... Jun memberhentikan kenderaanya.

" Hah Jun apsal Engkau berhenti tengah - tengah hutan ini. Engkau jangan cakap engkau dah sesat Jun. Aku takut ini..?"

Anggerik semakin takut, keliling kawasan dipenuhi hutan. Tiada satu Manusia pun yang kelihatan. Mana dia tak cuak, mereka berdua perempuan.

Menyesal Anggerik dengan dirinya sendiri, sebab mimpi itu dia buat keputusan untuk rawat mimpi Dan libatkan Jun. Tapi tak sangka mereka boleh sesat malam ini. Dia ingat berubat terus balik. Tak sangka musibah Jadi terjadi.

" Anggerik jangan takut kan aku ada. Aku berhenti Sebab aku nak tengok balik Alamat ini. Mungkin aku dah tersalah taip ker apa. Siang tadi taklah Aku Rasa jauh macam ini...

setengah jam Kita buang Masa dari jalan besar..Tadi aku Rasa dalam 10 minit jer rumah Aku datang siang tadi...

Sekarang setengah jam Kita buang masa, masih Tak jumpa lagi rumah orang tu. kejap aku Selesaikan benda ini. Engkau tengok sekeliling Mana tahu Kalau ada orang kampung lalu sini, boleh kita tanya."
Jun sibuk kembali dengan telefonnya tanpa mempedulikan Anggerik.

" Jun ada ker orang kampung lalu kawasan Hutan ini, seramlah aku Jun." Macam dalam filem Thriller, aku rasa Jun.

" Engkau dah kenapa cakap  bukan - bukan malam ini. Aku cepuk juga budak Anggerik ini. Memang lah suasana kampung macam ini. Jangan takutlah aku kan ada dengan engkau. Jap aku dah jumpa jalan, Mari kita gerak." Jun kembali mengerakkan kenderaannya yang melegakan hati Anggerik.

" Lega aku engkau cakap macam itu Jun, bukan apa aku takut juga malam - malam ini kita berdua jer perempuan. Takut jadi sesuatu, anak aku macam mana.?" Anggerik melepaskan fikiran buruk yang difikirkan sebentar tadi.

" Kita pergi berubat Anggerik untuk engkau, bukan kita Pergi Clubbing.Dah jangan fikir negatif sangat. Adham tu tak ada apa - apa . Opah ada jagakan dia kan.
Mukhriz engkau dah maklum pasal benda ini." Wajah Anggerik Jun renung dalam gelap, masih nampak mata Hazel miliknya.

" Aku tak beritahu Mukhriz, gila engkau aku nak cakap apa.? Takkan engkau nak aku cakap dekat dia, aku mimpi basah dengan dia .
Malu lah aku Jun, Aku pun tak faham tubuh aku sekarang ini. Fikiran aku asyik teringat Mukhriz. Sebab aku selalu jumpa dia ke Jun, aku jadi macam ini." Anggerik bertanyakan pendapat Jun tentang hal itu.

" Engkau dah kena guna - guna ker Anggerik, Tapi Takkan lah Mukhriz macam itu kan?" Jun Cepat membuang fikiran buruk tentang Mukhriz tadi.

" Guna - guna? Takkan lah Mukhriz nak buat aku macam itu? Dia dapat apa pun dari aku Jun. Banyak lagi perempuan lain dia boleh dapat." Anggerik membidas perkara itu.

" Atau.... lama Jun berfikir, mata Anggerik dipandang. " Engkau suka dia Angggerik, Jatuh hati pada Mukhriz. Engkau kan tak pernah bercinta selama ini, engkau tak sedar engkau Cinta dia. Engkau pun pernah dengar Benci jadi Cintakan." Jun masih tidak puas meneka .

" Aku pernah Cinta dulu sekali. Tapi perasaan itu tak sama dengan aku rasa sekarang ini." Anggerik meluahkan perasaannya.
Dulu dia masih ingat perasaan cintanya pada Nicho. Lelaki yang berjaya Bukakan hatinya pada Cinta. Indah dan mengasyikkan Anggerik rasa. Tapi hubungan itu tak kekal lama bila Nichol berpindah....

****

"Hazel" suara Dia..

sayup kedengaran di telinga aku, suara yang membuatkan perasaan Aku berdebar dalam senyap..Tidak bisa diluahkan, tapi debaran dihati kami berdua Dan lirikan mata membuatkan kami berdua faham dengan segala yang tersimpan dihati..

Tiap Kali dia datang kearah Aku...Aku Tak dapat kawal perasaan hati...tiada Aku rindu, dekat ...Aku sengaja Cari pasal, untuk dia berikan perhatian untuk Aku..

" Nicho, jangan kacau Anggerik? Anggerik nak study." Rumah Kotej Biru itu Jadi bilik mainan aku dan dia, tempat bermain Dan tempat kami menghabiskan waktu terluang.

Nicho Atau nama sebenarnya Nicholas, merupakan  Anak Jiran berbangsa Mat Salleh yang  tinggal di sebelah rumah kami. Tuan Thomas dan Madam Medilne,Kedua ibu bapa Nicho.

" Hazel, aku jer yang boleh panggil engkau nama tu".  Mata Nicho mengenyit manja menyakat. Mulut lelaki itu dan bibirnya, tidak lokek dengan pujian.  Cantik  warna anak mata tu.

Engkau lain hazel. Lain dari gadis Melayu yang aku kenal. Suara bisikan Nichol yang lembut dan berbisik, sangat memberikan peransang bagi aku Anggerik.

Tapi setiap pujian Nichol, menjadi penawar bagi hati aku, tapi aku tak pandai untuk tunjukkan pada dia..berterus terang yang sebenarnya aku rindukan pujian itu, hanya khas dari dia....

Nicholas Love Anggerik...
........

Setiap hari kami dihiasi dengan kecerian, walaupun waktu itu hidup aku sebagai Anggerik, hanyalah anak yang dilupakan dalam keluarga.  Ayah sibuk dengan bekerja, hanya aku yang tinggal dengan Mama, dan Mawar...

Kehadiran aku hanya sekadar untuk menumpang kasih mereka.....

Rumah Kotej Biru itu adalah saksi segalanya kehidupan aku, dan disitu juga sekali lagi tempat itu Saksi menjadi tempat pemusnah bagi kehidupan perkahwinan aku dengan Mukhriz..

Nichol tidak berhenti menyakat, Aku masih ingat lagi semua kenangan kami berdua....
..... kebahagian Dan kecerian yang dibawa oleh Dia dalam hidup aku dan satu bicara dari elaki itu yang masih segar dalam ingatan aku, untuk permulaan Hari bahagia Dan hari untuk kami ketawa...

" Hazel", Hanya Dia seorang yang aku benarkan untuk memanggil aku dengan nama khas seperti warna Anak Mata Aku..

Dia suka panggil aku dengan nama itu, nama yang aku rasakan makin meresapkan perasaan aku dan perasaan  dia dan itu sesutau yang membawa aku pada ingatan memori lelaki itu

Pap..!

Pensil ditangan Anggerik diletakkan kasar.
" Nichol jangan panggil nama itu.. Sesuatu yang aku nafikan dulu.. kenyataannya bila nama itu disebut Nichol, aku jadi Melting, kerana itu aku selalu pangkah kata nichol... Dengan alasan ..

" Hazel....kenapa aku Tak boleh panggil?berikan sebab?" Nichol sengaja menganggu..


.."Sebab aku anak Melayu  yang bermata warna Hazelkan. Engkau pun tahu sebab apa Nicho, sebab waktu Ibu aku mengandungkan aku, engkau lah selalu main perut dia. Sebab itu mata aku dengan engkau sama. Hazel." 

Anggerik merengus geram tentang hal itu. Telah berapa kali, dia ulang benda yang sama.

Tapi lelaki itu tetap usik dia.

" Engkau permaisuri hati aku Hazel, tak ada siapa boleh pisahkan kita. Lagipun aku kan penyelamat engkau, peneman engkau waktu kesiangan. Kalau kita dah besar Hazel, aku akan Pinang engkau untuk aku." Serius wajah Nicho pandang Anggerik..

Anggerik telah tersenyum... " Benda itu aku fikirkan dulu, Tapi engkau tahukan agama kita tak sama.. engkau sanggup.?"  Anggerik Senyum sinis, menyakat Nicho hadapannya.

" Demi engkau Hazel, Nicho sanggup sambil Nicho dengan bergurau menyangkan tubuhnya. Tersenyum. Mereka selalu bergurau begini dan kerana itu hubungan mereka erat.

" Tak guna Nicho, engkau memang lah, kemaruk.. Anggerik ketawa  dengan gurauan Nicho tentang Khatan, Atau dalam Melayunya Bersunat. Tangan Anggerik membelasah Nicho dengan kain, tak Cukup dengan itu dia mengejar lelaki itu dengan penyapu..

" Anggerik"
Suasana riang tadi Bergema dengan suara Mama.

" Mama", Angggerik dengan Nicho.... tiada ucapan Anggerik hanya tergamam. Tiada perkataan..

" Nicho, auntie nak jumpa Nicho untuk Mawar, dia tunggu Nicho untuk ajarkan pada dia tentang masalah pelajaran.   Nicho boleh tinggalkan Auntie.  Auntie ada benda nak cakap pada Angggerik.
Jelingan Mata mama terarah pada Anggerik, bagaikan nak ditelan.

" Maaf Auntie, Nicho tak rasa Anggerik kena tinggal Dekat sini, sebab Nichol Janji, Nichol akan ajar Kedua - duanya sekali. Takkan Nichol nak ajar asing - asing. Pasal perjumpaan Auntie dengan Anggerik tu boleh lain kali Auntie." Nichol menyelamatkan Anggerik, dia tahu apa yang menanti Anggerik selepas itu.

Hmmmm...Mata mama masih tidak berpuas hati. " Masuk Anggerik bawa Nichol, Tapi jangan lupa sediakan air." Arahan Mama pada Anggerik.

" Nanti Anggerik buat kan Mama.!" Patuh Anggerik pada Arahan Mama.

Puan Dianara berlalu dari mereka dengan langkah Anggerik Dan Nicho Di belakang.

" Aku nak air Cinta engkau Anggerik," Nichol bergurau bersama reaksi terkejut Anggerik yang membuatkan mereka Tersenyum menahan ketawa.

..........

" Hazel, kenapa basuh kolam tak beritahu aku!" Nichol mengambil perkakasan kolam Dan menolong Anggerik.

" Nichol tak perlulah nak Tolong Anggerik, nanti Mama nampak." mata Anggerik memandang ke arah  rumah dirinya.  Lelaki degil disebelahnya dipandang telah siap dengan perkakasan. " Degil" Anggerik mendengus.

" Jangan risau nanti aku bagi alasan dekat dia macam semalam?" Nichol Senyum, Tapi senyuman Nichol Anggerik rasa lain.

" Kenapa Nichol,ada yang tak kena ker?" Anggerik pandang Nichol dengan perasaan pelik. Nichol dah banyak Tolong dia Selesaikan  masalah Dan kerja - kerja dirumah yang diarahkan oleh Mama.   

Masa untuk Anggerik berehat telah dipenuhi dengan kerja - kerja yang dirasakan dia boleh menguruskannya.  Nicho adalah pembantunya dan bantuan dari Lelaki itu, dipenuhi dengan kecerian kerana Nicho  sentiasa Tersenyum Dan membantu dirinya dengan wajah ceria.  Kerana itu....

Setiap perubahan pada diri Anggerik, Nichol orang pertama yang akan tahu. Begitu juga Anggerik..

                                Anggerik Dan Nichol benar - benar dilamun cinta, tidak dapat dinafikan oleh hati masing - masing . Pecintaan  mereka hanya berjalan secara senyap... semua disebabkan mereka berlainan bangsa Dan agama.

Lelaki itu kebahagian dirinya begitu juga Anggerik..

" Kenapa?apa yang berlaku?" Dapat dilihat mata Nichol seakan menyembunyikan sesuatu..

" Nichol Cinta Hazel..." Suara halus berbisik ditelinga Anggerik, gemersik,  lelaki itu berterus terang, tapi perkara itu Anggerik telah tahu, dan Nicho tak pernah sebelum ini luahkan perkataan itu. Apa yang jadi pada dia?" Anggerik dalam kerisauan.

" Iye Anggerik tahu, Anggerik pun Sayang Nichol, Tapi apa terjadi semalam..? Anggerik semakin tidak puas hati. Nichol masih membisu..

" Mommy dengan Daddy dah tahu pasal kita, Nichol dah terangkan semuanya.. Nichol Cinta Hazel....
Anggerik hanya mengangukkan kepala dia tahu itu, Dan lelaki itu memang dia Cinta sepenuh hati...

Mereka tak setuju hubungan kita Dan.... Nichol meraup wajah kacaknya memandang mata Hazel milik Anggerik...

" Kami akan berpindah Anggerik, balik ke tempat Asal kami.. wajah Anggerik Nichol usap dalam tangannya secara lembut.. 

Anggerik hanya pejamkan matanya, hatinya mula Terasa kesedihan.  Perpisahan dirinya dengan Nichol semakin dekat.

*******

" Nicholas, lelaki pertama yang aku cinta. Aku tunggu dia sebelum ini, tapi aku terpaksa kahwin dengan Mukhriz. Engkau faham Jun perasaan aku.  Sebelum ini engkau kenal aku macam mana.?" Aku sorokkan tubuh aku, penampilan aku hanya untuk Nicho..Semua sebab dia.

 Tapi sebab Ayah, aku terpaksa terima keluarga Mumtaz. Mukhriz sepatutnya dengan Mawar bukan aku. Aku tak dapat fikir aku akan kahwin dengan lelaki lain selain Nicho...?" Kesedihan di hati Anggerik jelas di mata Jun, pertama kali dilihat Anggerik bersedih begitu disebabkan lelaki.

" Patutlah dulu engkau pakai macam itu, sebab Nicho ?Kenapa aku tak tahu sebelum ini Anggerik ? Engkau tak pernah cerita dekat aku ?Jun terkejut dengan kelakuan Anggerik malam itu, rahsia sebenar dirinya kerana dia tidak terima Mukhriz sepenuh hatinya. Hatinya telah dihuni seorang lelaki lain.

" Aku jumpa engkau lepas aku kehilangan Nicho, engkau penyelamat kedua aku. Aku nak lupakan kisah kami, tapi tiap kali aku lihat Kotej Biru itu aku ingatkan dia ? Aku tak boleh lupakan dia" Anggerik teruskan ceritanya tentang Nicho.

" Sebab itu engkau tak keluar dari rumah itu Anggerik, sebab engkau nak dia kembali pada engkau cari engkau dekat situ. Tapi lepas Mukhriz dengan engkau kahwin, engkau putus harapan tentang Nicho. Engkau tak layak untuk dia, sebab itu engkau keluar dari rumah itu, tinggal dengan aku.

Sebab engkau nak lupakan dia, semua tentang dia ?" Jun semakin hebat membuat keputusan tentang cerita Anggerik, dari versi yang dia tak kenal sebelum ini.Perasaan yang Anggerik pendam sebelum ini.

" Aku ingat aku dah kenal engkau sepenuhnya Anggerik, tak sangka engkau ada rahsia lagi dari aku ?"

" Jun maafkan aku pasal Nicho, tapi aku tak kuat sebab dia. Dia yang banyak korban untuk aku ?"

" Aku heran waktu pertama kali jumpa engkau Anggerik, Maafkan aku, tapi waktu dulu,waktu  aku jumpa engkau, pakaian engkau Old Fashion sangat  dengan gigi engkau tu ? Jun sempat tergelak mengingati penampilan Anggerik. 

Engkau nak sorokkan semua kecantikan itu untuk Nicho, kuat  cinta engkau pada dia ?"

Jun turut rasakan kesedihan dalam hati Anggerik yang tidak kesampaian dengan lelaki yang dicintainya.

*****

                      "Ramainya orang hari ini macam mana aku nak pergi dekat sana" Mata Junaidah  meliar disetiap kawasan kampus mencari barisan kosong untuknya beratur, namun barisan yang dilihat tidak putus - putus dipenuhi manusia. Jun tidak tidak tersedar laluan kakinya, dihadapannya telah terdapat longkang besar.

" Cik" ,
seseorang menarik tangannya dari meneruskan langkah yang menyebabkan Jun tergamam.

" Apa yang jadi ?" Jun merengus berat... Huh terkejut dengan apa yang baru jadi Dan melihat kearah seseorang yang telah berada ditepinya. 

"Awak tak nampak longkang, tu?" matanya menunjukkan kearah longkang.

Jun beliakkan matanya  besar - besar. Dia melihat sesorang pelik dalam penampilan dihadapannya ...beberapa mata digosokkan dan beberapa kali dia menilik dari atas hingga ke kaki. Pelik ...

Sempat dia bicara dalam hati ..” orang lain datang mendaftarkan diri berpakaian dipenuhi dengan stail dan pelbagai fashion, tapi tidak dengan dia ini.”
seseorang dihadapannya.

Rambutnya hitam, jenis Afro , cermin mata yang dipakainya Besar tak sesuai dengan bentuk wajahnya, baju dan seluar yang dipakai semua kelihatan besar.
“Versi  Ugly Betty Malaysia, “itu tanggapan jun pada gadis dihadapannya.

" Ada juga orang macam ini. Aku ingatkan dalam telenovela je?"sekali lagi Jun berbisik dalam hatinya.

" kenapa tengok aku macam itu, macam nampak malaikat ? Aku tolong engkau jer,bukan aku buat apa - apa pun sampai lihat aku macam tu. Engkau dah daftar ker ? Baik cepat aku gerak dulu, nak cari bilik. Ok, Chow ?"

Tubuh seseorang itu berlalu dari matanya,  Jun tidak mengambil masa yang lama untuk tersedar dengan apa yang terbentang dimata. Suasana di Kampus benar - benar memeranjatkan dia.

Dia bergegas ke tempat bahagian pendaftaran beratur panjang, jika lebih lama dia menunggu, entah jam berapa dia akan dapat pendaftaran dan mencari bilik.

Langkah kakinya penat melangkah ke tingkat 3, tempat terletaknya Bilik yang didaftarkan untuknya Bilik 1302,  Jun memulas tombol pintu yang ternyata tidak dikunci, hari pertama pendaftaran, ramai pelajar lain di laluan sama sepertinya, masing - masing menguruskan sendiri pencarian.

Sebaik sahaja melangkah Jun lihat sebelah katil telah ada penghuni. Bermakna rakan biliknya telah terlebih dahulu sampai daripadanya. Jun cuba mengemas segala peralatan dan segala bagasi, sebelum dirinya dikejutkan dengan bukaan pintu Bilik. Kedua - duanya terpaku melihat satu sama lain.

" AWAk?" Masing - masing tercengang.

Gadis Afro dihadapan Jun. "Tak sangka awak rakan sebilik saya, terima kasih selamatkan saya tadi. Saya Junaidah, awak boleh panggil saya Jun. Senyuman Jun terukir tanda pengenalan Jun masih terpegun melihat penampilan gadis dihadapannya.

" Saya Anggerik" Gadis Afro mengenalkan diri, pakaian sama dilihat Jun masih menghuni tubuhnya.

" Awak nak lihat saya ker, atau awak ada apa -apa yang awak nak bertanya?" Anggerik dapat lihat gadis dihadapannya pelik memandang kearahnya.

" Tak ada apa Anggerik, saya cuma pelik dengan penampilan awak, tapi saya tak kisah semua itu, awak dah tolong saya tadi pun saya dah tahu hati awak bagaimana " Saya kemaskan barang saya dulu,dan saya ada urusan diluar,  nanti kita sembang lagi.Jun mengundur diri untuk bertemu kali terakhir dengan keluarganya.

Jun tiba kembali di bilik setelah malam menjelma, kelihatan gadis Afro telah tertidur dengan selimut menutupi dirinya.  Jun yang kepenatan hanya membuka lampu tidur, selepas menyusun sedikit barangannya dia mengambil tuala untuk membersihkan diri sebelum masuk tidur untuk perjalanan hari mereka esok hari. Jun sangat kepenatan, letak sahaja dirinya, matanya terlelap.

" Jun,! Jun! Jun! "Kedengaran suara memanggil dirinya.

Jun membukakan mata dan dilihat seseorang dihadapannya..Jun terkejut dan segera bangun dari pembaringannya.

" Jun, bangun nanti kita lambat, pergi mandi dulu ?"

" Awak siapa ?" Jun beberapa kali mengosokkan matanya.

" Anggerik, awak kena mandi sekarang Jun,nanti kita terlewat . Pergi mandi sekarang ?" Anggerik mengambil cermin matanya dan disarungkan ke matanya. Wajahnya dipalingkan menghadap Jun.

" Kenapa awak sorokkan semua itu ........?" Jun tergamam melihat kecantikan gadis dihadapannya tanpa memakai rambut Afro.Gadis itu benar - benar cantik tanpa sebarang make up di muka. Benar gadis hadapannya adalah Gadis Afro.Hanya rambutnya sahaja belum diletakkan.

" Awak nak saya terangkan dekat awak Jun,atau awak nak kita terlewat untuk hari ini. Banyak masa lagi saya jadi rakan sebilik awak Jun, dan awak ada masa untuk itu. Cepat Jun." Anggerik mengingatkan rakan sebiliknya.

" Tergesa - gesa Jun bangun dari pembaringannya dan hilang  menbersihkan diri....Anggerik masih menanti.  Hari pertama mereka bersama sepanjang hari.

kembali ke bilik bila malam menjelma....

Jun hanya memerhati setiap tindakan Anggerik, satu persatu pakaian ditubuhnya dibuang diganti dengan pakaian berkemban, tapi masih labuh dan besar tidak menunjukkan tubuh dirinya yang sebenar. T- Shirt disarung ke tubuh.

Dia masih terpaku dengan segala rahsia dari gadis hadapannya. Kembali Anggerik, Jun masih tidak berganjak dari kedudukannya,mahu melihat kejutan apa lagi gadis cantik dihadapannya.

Anggerik yang tidak mempedulikan Jun, menanggalkan satu persatu Kanta lekap dimatanya dan terlihat anak mata sebenar Anggerik.  

" Hazel" Anak mata dia Hazel? kenapa dia sorokkan kecantikan dia ??? Persoalan yang Jun belum dapat jawapan waktu itu.

*****

" Mak Cik tolong ubatkan rakan saya ini, saya dah terangkan masalah rakan saya sebelum inikan." Jun lancar menyatakan maksud kedatangan mereka kesitu.

" MakCik tengok tak ada apa masalah kawan kamu ini, tapi kita ikhtiar cara yang baik. Anggerik dilihat dengan mata kasarnya. Tiada sebarang masalah, cuma zaman silam yang menganggu menjadikan gadis hadapannya dalam tekanan.

" Apa rawatan itu?" Anggerik tidak sabar untuk mengetahui tentang rawatan ke atas dirinya.

" Kamu ada bawa bunga,nanti Mak Cik terangkan apa yang kamu kena buat dengan bunga itu. Itu untuk pulihkan semangat kamu. Jangan risau? Mak Cik itu memberikan jaminannya.

Anggerik hanya anggukkan kepala begitu juga Jun, dan bunga ditangannya diserahkan.

' Semoga segala mimpi ngeri dirinya akan hilang dari tidur'

********

" Saya jumpa Mawar dengan Ayah awak Anggerik? Awak pergi mana ?" Mukhriz belum tidur selepas Anggerik balik dari rawatan dirinya. Mata Mukhriz melihat ditangan Anggerik terdapat satu bekas plastik. Tapi dia tidak tanyakan hal itu.

" Saya keluar dengan Jun,ada urusan Mukhriz. Bila awak jumpa mereka ?" Anggerik kelihatan beriaksi pelik dimata Mukhriz.

" Ayah awak dengan Mawar datang pejabat saya". Dilihat Anggerik tidak berminat meneruskan perbualan dengan dirinya. Anggerik saya nak bincangkan sesuatu pasal kita ?" Nada Mukhriz kelihatan serius dari pendengaran Anggerik.

"Pasal apa ?" ada sesuatu yang serius awak nak bincang ?" Anggerik masih menunggu. Pasal Mawar dia tidak berminat untuk ambil tahu.

" Awak dengan saya Anggerik,sampai bila kita nak macam ini, saya dah cuba untuk terima awak Anggerik,dan saya dah cukup sabar dengan perangai awak layan saya. Tapi sampai bila ?" Bila awak nak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri sepenuhnya... Awak tahukan kesabaran lelaki  boleh setakat,sekurang - kurangnya bagi saya satu tempoh masa Anggerik.

Anggerik masih dilihat Mukhriz terdiam...

" Anggerik ?" sekali lagi suara Mukhriz bersuara.

" Saya dah penat Mukhriz, nanti kita bincangkan hal ini. saya bersihkan diri dulu." Anggerik berpaling dan melangkah kaki kebilik air. Disana dia termenung memikirkan kata -kata Mukhriz sebentar tadi. 

Sampai bila dia dengan mukhriz hidup dalam keadaan begitu. Anggerik pejamkan matanya sambil Air simbahan turun menyirami dirinya yang masih berbaju. Dia cuma berharap segala masalah dirinya dan mukriz dulu boleh menghilang mengalir seperti air dari dirinya. 

" Mawar,buat apa dia jumpa Mukhriz? Mungkin sebab bisnes. " Anggerik pujuk diri sendiri.

******

Mawar tiba di syarikat Mukhriz, pakaian dirinya dipakai sendat versi pakaian pejabat menampilkan gaya Elegen bagi menampakkan susuk tubuhnya. Cantik dan bergaya sehingga membuatkan mata - mata lelaki disyarikat itu memandangnya beberapa kali.

Mawar bangga dengan dirinya.. Tapi itu masih belum puaskan hatinya...

Indah seperti biasa menjalankan rutin hariannya membacakan segala jadual untuk Tuannya untuk hari ini.  Bacaan indah terhenti menandakan dirinya telah tamat.

" Ada apa- apalagi Indah, Mukhriz hanya menjeling Setiausahanya,jika terdapat sesuatu lagi yang tertinggal dalam diari pekerjanya.

" Pekerja  baru syarikat kita, Cik Mawar telah tunggu untuk berjumpa Encik di hadapan". Indah memaklumkan.

" Mawar? kerusi Mukhriz dipusingkan.Bukan semalam saya dah arahkan untuk dia jumpa Firhad ker ? Dia akan bekerja disana,Firhad akan pantau dia,kenapa dia di sini ?" Heran mukhriz dengan Mawar.

" Saya dah terangkan pada dia tapi dia membantah,dia nak jumpa En.Mukhriz, kata dia En.Mukhriz abang ipar dia ?" Indah mengulangi semula percakapan Mawar yang telah diluahkan sebentar tadi kepadanya.

" Keputusan saya tegas Indah, kerja tetap kerja Opah saya pun saya suruh dia buat temujanji untuk saya. Dia pun sama. Suruh dia buat temujanji dulu kalau nak jumpa saya. Ada apa -apalagi ?" mukhriz tegas memberikan arahan. Dia dilihat Indah telah meneruskan kerjanya.

..........

" Maaf Cik Mawar, cik Mawar diarahkan Tuan Mukhriz untuk lapor diri pada Tuan Firhad,mari saya tunjukkan biliknya.' Indah menjalankan tugasnya.

" Mukhriz cakap macam itu, kenapa dia tak nak jumpa saya? Mawar geram penat dirinya berhias hari ini,berpakaian seksi,sikit pun Mukhriz belum lihat diri dia.Mana dia tak geram. mendidih darahnya pagi -pagi sejuk ini.  Dia dahlah pakai singkat. Kalau dia tahu.  

Seseorang telah berada dihadapan Mawar, seorang gadis cantik yang berjalan terus menghala ke setiausaha Mukhriz Indah. Jelingan matanya dapat jelas di mata Mawar.

" Cik Sherry boleh saya bantu ? Indah kelihatan sangat serasi dengan gadis yang bernama Sherry dihadapannya.

" Saya nak jumpa Mukhriz dia ada?" lembut bahasa yang digunakan Sherry, yang membuatkan tekak Mawar nak termuntah. Dia dapat rasakan gadis itu persaingnya.

"En.Mukhriz ada nanti saya maklumkan dia dulu ?"indah membuat panggilan dan dari panggilan yang dibuat Indah gadis itu tersenyum. Cik Sherry boleh masuk sekarang, tuan Mukhriz benarkan ."

Mawar melihat segalanya di hadapan matanya. Sherry telah masuk ke dalam bilik Mukhriz, manakala Mawar mendapatkan Indah dengan perasaan marah dihatinya.

"kenapa awak benarkan dia masuk Indah sedangkan saya nak jumpa nak Mukhriz pun awak tak benarkan?" Mawar telah naikkan suaranya, hati dia telah berang dengan layanan kepada dirinya pagi tu.

" Jangan salah faham Cik Mawar, itu semua arahan Tuan,bukan saya. Cik Sherry kenalan lama Tuan, saya pun minta izin Tuan dulu ."
Indah menerangkan salah faham itu bukan berpunca darinya, dia cuma mengikut arahan semasa dari bos mereka,Tuan Mukhriz.

" Saya nak masuk sekarang jumpa Mukhriz,saya nak lihat siapa nak halang saya ?" Mawar geram dan dalam keadaan marah dia telah merempuh masuk bilik Mukhriz.

Indah cuba menghalang,tapi Mawar lebih pantas dari dirinya....

Mata mawar dan Indah terpampam melihat apa yang berlaku dihadapan mata mereka.

Mukhriz dan Sherry sedang berpegangan tangan saling berhadapan.  Sebaik sahaja mereka berada dihadapan mereka tangan itu kedua - duanya dilepaskan.

" Maaf tuan Mukhriz,saya dah cuba halang" Indah menunduk menerangkan kedudukan sebenar dirinya yang telah mencuba menghalang Mawar dari masuk kebilik Tuannya.

Mukhriz merengus geram, tapi dia masih tenangkan perasaannya." Awak boleh pergi Indah, saya akan uruskan dekat sini. Mukhriz memberikan senyuman pada indah tanpa mempedulikan Mawar dihadapan matanya. Mukhriz mendapatkan Sherry, tanpa mempedulikan renungan tajam mawar, sekali lagi tangan wanita itu dalam gengaman tangannya, satu ciuman diberikan Mukhriz di tangan Sherry. " I ada urusan dekat sini Sherry, boleh u tunggu dulu dekat sini, nanti i kembali." lembut suara Mukhriz memujuk.

" Okay" Dilihat Mawar Sherry duduk di sofa tidak mempedulikan dirinya, bagaikan dia tidak wujud. Sakit hatinya dengan permaian Mukhriz dan persaingannya.

" Mawar, silakan, " Mukhriz menunjukkan kerusi dihadapan mejanya.

Sebaik sahaja kedua - duanya duduk, mukhriz memberikan pandangan pada gadis dihadapannya. "Elegen, seksi dan Keras Kepala,itu yang dapat dilihat dari sikap mawar. Pakaian Mawar yang tidak dapat diterangkan selanjutnya oleh Mukhriz, terlalu terdedah pada pandangan matanya.

" Selamat Datang Mawar? Ada apa -apa yang Mawar nak katakan ?" mukhriz tidak menunjukkan minat.Tangannya hanya bermain di sekitar mejanya,dan mata tidak lepas memandang kerah Sherry.

" Mawar sakit hati dengan pemandangan hadapannya, sikap Mukhriz terhadapnya. Tapi diteruskan juga tujuannya. " Mawar nak ucapkan terima kasih pada Mukhriz, sebab terima mawar kerja di syarikat ini. Mawar harap di masa akan datang, Mawar dan Mukhriz boleh bekerjasama." Panjang ayat mawar dia mahu melihat reaksi mukhriz yang hanya menundukkan wajah.

"Bagus Mawar,  Selamat datang dan Selamat bekerja,tapi sepanjang bekerja tolong jangan panggil Mukhriz, walaupun kita ada talian.panggil Tuan, itu lebih baik. Sekarang Mawar boleh pergi pada Firhad."  Mukhriz telah mendapatkan Sherry tanpa menunggu tubuhnya keluar dari situ.

"Engkau Tunggu Mukhriz,"Mawar meningglakan pejabat Mukhriz dengan kemarahan berbekam dalam dadanya. 

*******

Makan malam di ruangan makan keluraga MUMTAZ...Mukhriz memulakan perbualan..

" Datuk, hujung minggu ini ada majlis di rumah keluarga  Anggerik, kita sekeluarga dijemput kesana untuk majlis sambutan kepulangan." Mukhriz menunggu reaksi dari Datuknya yang telah melihat kerah Anggerik yang masih terdiam.

" Sambut kepulangan siapa Anggerik? Wajah Anggerik yang menunduk menjamah makanan dilihat tenang. Mata Anggerik menghala ke arah Mukhriz, kerana dia tidak dimaklumkan tentang perkara itu.. Kenapa Mukhriz boleh tahu tentang tu sedangkan dia tidak dimaklumkan sesiapa." anggerik jauh hati dari keluarganya,terutama ayahnya.

" Kepulangan Mawar, adik Anggerik. mukhriz bersuara membantu.Dia tidak tahu Anggerik belum tahu tentang perkara itu.

Datuknya hanya menganggukkan kepalanya. " Kamu pergilah mukhriz temankan Anggerik, bermalam disana. Syarikat Datuk akan uruskan."lembut sahaja suara itu bertutur.

"Anggerik rasa, anggerik pun tak diperlukan dekat situ,anggerik pun tak mahu pergi ?" Anggerik meneruskan kata hatinya, dia masih sakit hati dengan layanan keluarganya yang selalu sisihkan dirinya.

"Kita pergi Anggerik, saya dah setuju dengan Ayah ?" Mukhriz menjamahkan makanan dirinya kembali.  Mata Anggerik dikerling tajam mengingatkan kembali dirinya yang bertanyakan hal itu kepada Anggerik semalam. Ternyata Anggerik yang tidak berminat dengan Isu itu. Kenapa dia tidak pasti. Perbualan itu ditamatkan begitu tergantung bersama perbincangan dirinya bersama Anggerik sebelum ini. mukhriz pening kepala dengan sikap Anggerik yang selalu lari dari masalah. Jika begini bagaimana mereka akan teruskan kehidupan bersama.

*******

Tiba hari majlis sambutan kepulangan... Mukhriz dan Anggerik tiba awal. Adham awal - awal lagi telah berubah tangan kepada Datuknya, datuk Johar.

" Ayah dah siapkan bilik Adham sebelah bilik dengan bilik kamu Anggerik," Keceriaan di wajah ayahnya  bila Anggerik telah kembali di rumah itu. Tubuh Adham masih dalam dukungan tangannya.

" Anggerik tak rasa Adham akan tinggal dalam bilik itu. tak per ayah Anggerik akan uruskan tempat tidur Adham dalam bilik tidur Anggerik." Anggerik berlalu dari ayahnya dan Mukhriz untuk mereka berdua bersembang. Anggerik terus kearah biliknya, biliknya yang telah ditinggalkan terlalu lama dalam hidupnya.

Anggerik melangkah dalam biliknya, dapat dilihat barangannya masih tersusun kemas dan bersih seperti baru ditinggalkan. Tentu pembantu tolong mengemaskan bilik itu setiap hari.  Tilam katilnya dirasa dengan tangannya, mengenang kembali masa remajanya disitu dan separuh hidupnya dihabiskan dalam bilik itu.  Bilik yang menyaksikan segala sejarah dalam hidupnya.  

Langkah Anggerik diteruskan kepada jendela cermin kaca. Pandangan matanya tertumpu di satu bahagian banguna, Rumah Kotej Biru yang berada dihadapannya.  Memori dengan sesorang kembali disitu, bagaikan dia baru ditinggalkan oleh lelaki itu semalam. Anggerik masih tersenyum dengan gelak ketawa mereaka, larian mereka......

" Anggerik" dirinya disedarkan seseorang....

Air mata yang tumpah dimatanya diseka untuk tidak menampakkan perasaannya waktu itu. Segala memori yang sepatutnya dipadam dari memorinya.

" Ada apa? Anggerik segera berpaling agar lelaki itu tidak mengesyaki sesuatu dari perubahan dirinya.

"Adham cari?Saya nak lihat kawasan sekitar." mukhriz menghilang dari situ setelah menghantar Adham pada Anggerik.

" Mommy nangis? Jangan cakap mata Mommy masuk Habuk ? Adham menyeka anak mata dipipi mommynya, sambil melarang dari Anggerik menipu dirinya.

" Mommy nanggis tapi semua itu rahsia Adham, nanti bila Adham dah besar, Adham akan faham sebab apa. Sekarang Adham nak Mommy buat apa ?" Anggerik melayan karenah anaknya.

"Susu "Adham bersuara manja menandakan tubuhnya telah penat dan mahukan tidur untuk berehat.

" Okay Mommy buat susu, Adham baring atas katil. Cepat!"  Tubuh Adham dibawa Anggerik di tilamnya. Biarlah Adham tidur disitu, sebelum satu katil akan dipindahkan untuk Adham dalam biliknya nanti.

Adham telah tertidur selepas bancuhan susu yang telah disediakan oleh Anggerik... Peluang itu digunakan Anggerik untuk memindahkan katil kanak - kanak yang telah disediakan oleh Ayah untuk cucunya.  Dengan pertolongan pembantu,katil telah berjaya dipindahkan tanpa mengejutkan tidur Adham yang lena.

Mawar dan Mama masih belum Anggerik temui, dia hanya memerapkan tubuhnya di dalam bilik.  Bila Malam menjelma setelah bersiap satu keluarga,barulah Anggerik,Adham dan Mukhriz keluar melayani tetamu.

Mata Anggerik terlihat susuk tubuh yang jadi tumpuan malam itu siapa lagi kalau bukan anak kesayangan Keluarga Datuk Johar "Mawar."

Mukhriz banyak berdiam dari bertanya, dia dapat melihat suasana di rumah Anggerik yang bagaikan tiada pertalian. Anggerik dengan halnya sendiri begitu juga Mawar dan Mama, Wanita yang baru dikenali Mukhriz petang tadi, dikenalkan kepadanya oleh Mawar sendiri. 

 Mawar dilihat Mukhriz pada malam ini memberikan layanan berlebihan padanya, dan dia nampak Anggerik perasankan perubahan itu.  Mukhriz hanya menurut tanpa bantahan, kerana dia sedang mencari seseorang dan semua itu perlukan siasatan dirinya sendiri.

" Anggerik hanya ditemani oleh Adham disisi, Mukhriz telah dibawa oleh Mawar, diperkenalkan pada semua tetamu.  Dari pendengaran telinga Anggerik dapat diketahui bahawa Mawar perkenalkan Mukhriz sebagai Bosnya ditempat dia bekerja. Sesuatu yang baru bagi Anggerik.

"Mommy, Adham rasa bosanlah, Adham nak tidur dalam bilik, jom mommy temankan Adham" telah terlihat kepenatan diwajah anaknya, sepanjang majlis Adham hanya melekat dengan dirinya, dia yang melayan segala keperluan Adham. mukhriz jika ada terluang akan kembali mendapatkan mereka, dan kembali semula bila dipanggil oleh ayahnya.

"Mommy pun bosan,Mari Mommy temankan Adham masuk bilik. Tapi Mommy maklum Daddy dulu, takut nanti Daddy cari" Anggerik memujuk, sebenarnya dia sengaja ingin menganggu Mukhriz, dia dapat rasakan Mawar sengaja menjarakkan Mukhriz dari dirinya malam itu.

" Mukhriz", Anggerik berbisik ditelinga Mukhriz..

"Ada apa ? tumpuan Mukhriz terus terarah ke Anggerik,bila wanita itu memanggilnya. Perhatiannya hanya tertumpu pada Anggerik,walaupun dirinya selalu dipanggil oleh Mawar dan Ayah mentuanya.

Niat Anggerik untuk memaklumkan pada Mukhriz, tapi melihat kearah Mawar niatnya dilencongkan.

" Temankan saya ke bilik, anak awak Adham nak awak temankan dia ?" Anggerik berbisik ditelinga suaminya, perlahan takut didengari oleh Adham, jika anaknya mendengar rosak plannya nanti. Adham tak pandai berbohong.

Mawar cuba menghalang mukhriz dari dibawa pergi oleh Anggerik...

"Mukhriz,mari Mawar....

" Mereka boleh tunggu, saya nak temankan keluarga saya dulu " kening mukhriz dinaikkan untuk masanya tidak diganggu.

Anggerik tersenyum pada Mawar. Entah kenapa dalam hatinya dia terasa riang, sebab Mukhriz tak abaikan dirinya dan Adham sebentar tadi.  Wajah Mukhriz dipandang Anggerik, serius dengan perwatakannya yang mencuit hati.

Adham telah tertidur kembali dengan Nyenyak dengan bantuan Mukhriz, Anggerik hanya memerhati dari jauh, di atas katilnya. Setelah dipastikan benar - benar terlena,Mukhriz mendapatkan Anggerik.

" Saya nak kembali kesana,  awak macammana Anggerik? Mukhriz menyoal kembali  kepada Anggerik.

" Saya ikut awak Mukhriz ?" tujuan Anggerik hanya untuk tidak membenarkan Mawar terlalu mendekati Mukhriz.

Mereka tiba di kembali semula berjalan seiringan.. hanya tinggal beberapa tetamu dalam majlis itu, malam sekian pekat dalam kegelapan.....hinggalah matab Anggerik terpandang seseorang yang menghilang dari pandangan matanya.

" Mukhriz saya nak ambil makanan, awak berbuallah dulu"tujuan Anggerik kesitu berubah.  Dia terpaksa mencari alasan untuk dia mencari sesuatu.

"Mukhriz yang kembali berbual membuatkan Anggerik terus  ke meja makanan, sebaik sahaja dilihat tumpuan Mukhriz telah tidak lagi memberikan perhatian pada dirinya, barulah Anggerik menghilang mencari...

Anggerik mencari seluruh kawasan keliling rumahnya, tapi tidak berjumpa apa yang dicari. " Aku tersalah nampak ker? atau aku masih rindu dia ?" Anggerik salahkan dirinya yang kembali kesitu, dan memori yang dia belum padam dari fikirannya. Langkah Anggerik telah terhenti dikolam renang milik keluarganya.

" Hazel" suara lelaki yang memanggil dirinya dengan sebaris nama itu... Anggerik segera menoleh melihat ke arah belakangnya..Dia tidak tersalah melihat lelaki itu dihadapan matanya.

" Nicholas", Air mata Anggerik mengalir laju, terdiam. Kakinya tidak berganjak dari kedudukannya. Hanya langkah kaki lelaki itu yang melangkah mendapatkannya.

" Nicho....."sekali lagi nama itu disebut dari bibirnya...lelakiitu hanya menganggukkan wajahnya beberapa kali..

"Mana awak menghilang?" telah lama ayat itu disimpan Anggerik untuk ditanya kepada lelaki itu. Cerita sebenar,kenapa lelaki itu tidak lagi hubungi dirinya.  Dia masih menunggu di rumah itu, semua media sosial Anggerik telah guna untuk hubungi lelaki itu, tapi semuanya hampa tiada balasan.

Nicho, hanya mampu mengelengkan kepalanya, tiada bicara dari suaranya... Bukan Nicho... nicholas Anggerik. Adam.. saya ADAM.. lelaki yang sama cintakan awak dulu.

"Adam?" Anggerik terkejut,bagaimana dia nak maklumkan pada Nicho, dia dengan Mukhriz....Tangan Adam telah menyentuh wajahnya,dan sentuhan tangan lelaki itu membuatkan Anggerik memejamkan mata.....

" ANGGERIK, engkau buat apa dekat situ ?"suara Mukhriz bergema melihat kejadian di depan matanya. Mawar dilihat Anggerik tercegat disebelah Mukhriz.

Mukhriz, saya terangkan dulu. Anggerik gugup bila kedua - dua lelaki dihadapannya, dia dapat rasakan kemarahan Mukhriz dimatanya dan Adam kelihatan tenang mengawal situasi. Anggerik tiada pilihan...

" Mukhriz, please,kita bincang dalam bilik, jangan mulakan pergaduhan dekat sini. Saya akan terangkan semua pasal dia." Please, Anggerik merayu...

Mata Mukhriz merenung tajam pada Anggerik yang masih membengkak matanya dengan air mata. Hati lelakinya sakit, pandangan mata terarah kepada lelaki Mat Salleh yang kelihatan tenang tiada reaksi dari wajahnya.

"Terangkan semua Anggerik", tangan Anggerik ditarik paksa mengikuti langkahnya. Mereka melalui Mawar yang melihat kearah mereka..

" Mawar tak sangka jumpa Adam dekat sini ?"

" ADAM,sekali lagi mata Anggerik Mukhriz renung tajam. Fikiran lelakinya tidak dapat dikawal lagi.

" Siapa Adam Anggerik, Wajah Mukhriz diraup beberapa kali, menunggu penjelasan Anggerik,ikutkan hatinya yang marah,mahu sahaja wajah Mat Salleh itu dikerjakan. Itu belum nama lelaki itu yang sama dengan nama anaknya, ADHAM.. Macam - macam persoalan dalam fikiran Mukhriz.

"Siapa Adam dan apa hubungan engkau dengan dia Anggerik.?" Sekalilagi soalan itu ditanya.

" Kawan zaman kecil saya dengan Mawar"Anggerik menjawab.

Mukhriz masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Anggerik.

" Hubungan engkau dengan dia ?beritahu aku,aku tak main -main?" Hati Mukhriz panas menunggu.

" Dulu sebelum kita berkahwin, tapi dia berpindah Mukhriz, saya dah tak hubungi dia sehinggalah malam tadi," Anggerik menjelaskan segala tentang perasaannya.

" Perasaan engkau pada dia ? apa perasaan engkau terangkan dekat aku. Aku nampak apa yang korang buat tadi. Cakap Anggerik ?"

" Saya tak cintakan dia..... Anggerik sendiri tak pasti dengan perasaannya pada NIcho dan juga perasaannya pada Mukhriz."Perkara itu masih baru dan dia ditangkap oleh suaminya, perasaan takut pada Mukhriz dan penjelasan yang tak masuk akal dalam dirinya. kenapa dia masih mencari Nicho, sedangkan dia telah ada Mukhriz suaminya. paling Pentinga Adham,anaknya.

" Aku tak percaya Anggerik, apa perasaan engkau pada dia?apa lagi engkau sembunyikan dari aku." Mukhriz masih belum dapat jawapan jelas tentang perasaan Anggerik.

" Percaya pada saya Mukhriz,  saya tak ada perasaan pada dia... Dia kisah lama" Anggerik cuba mendapatkan kepercayaan lelaki itu kembali.

" Buktikan Anggerik,?" Mukhriz memberikan kata putus pada Anggerik.

Adham direnung Anggerik dalam lenanya..

"Saya akan buktikan mukhriz," 

Anggerik masih tidak lelapkan matanya. Mukhriz disebelahnya telah terlena.  Beberapa tahun berpisah malam itu Anggerik menunaikan tugas isterinya sekali lagi. Kali ini berbeza, tiada paksaan dan semua terjadi atas kerelaan dirinya.

Langkah Anggerik menuju kejendela,dia hanya ingin mengimbau kembali memori semalam, jelas dalam cahaya, Rumah Kotej Biru dipandangan matanya. Tanpa disangka dilihat Adam masih disitu, termenung dan matanya melihat kearah Anggerik..bertentangan mata..  Adam tidak dapat melihat dirinya disitu berdiri memandang kearah anak mata lelaki itu,  itu Anggerik pasti..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience