04

Romance Completed 306520

***** Takdir***

Anggerik meneruskan perjalanan, namun sedari dari tadi tiada siapa disitu. “ Mana dia Pengawal yang gadis kaunter tadi beritahu?”
Matanya masih mencari meliar melihat sekitar kawasan.

Laluan yang kelihatan, kosong Tanpa penghuni. Hanya blok- blok bilik disitu.

“ Ehem.!”

Terdengar Anggerik Suara berdehem dibelakang badannya, yang membuatkan Anggerik segera menoleh ke arah belakang.

Seorang lelaki telah berada dihadapan Anggerik. Tegap berdiri sambil mata lelaki tadi tidak lepas dari memandang anak mata Hazel miliknya.

Cepat pandangan Mata Hazel milik Anggerik dilarikan dari memandang wajah lelaki yang sememangnya dia benci seumur hidup.

“Mukhriz”

Anggerik dapat rasakan itu Mukhriz, Walaupun wajah lelaki itu telah ditumbuhi kumis nipis dia masih dapat cam wajah itu dengan jelas.

Lelaki yang Tiga tahun dulu pernah diperkenalkan oleh Datuk disebuah restoran. Kerana lelaki itu juga, dia mengandungkan Adham.

“ Cari siapa..?”
Sebaik sahaja pandangan Anak mata Hazel itu dilarikan, barulah Mukhriz tersedar. Dia seakan terpaku melihat gadis dihadapannya. Dia cuba mengingati sesuatu tentang mata itu, Sehingga dia tidak tersedar dia telah memandang lama wajah gadis Cantik itu dihadapannya.

sehingga menganggu emosi si gadis....Riak tidak selesa Mula kelihatan....

“ Maaf saya tersesat “,
Anggerik terus melajukan langkah kakinya, dia tidak mahu lebih lama berada disamping lelaki itu. 3 tahun dirasakan Anggerik Cukup lama untuk dia Lupakan segala yang berlaku, namun kemunculan semula lelaki itu kini . seakan membangkitkan Sejarah Hitam itu kembali.

Anggerik melajukan langkah segera keluar dari situasi itu...dia Tak mahu Mukhriz kenal dia...tahu siapa dia...hubungan mereka...

Tunggu..!

Mukhriz ingin mengejar gadis itu, namun langkah gadis itu pantas menghilang seakan berlari darinya.

“ Mana dia hilang..?”
Mukhriz menghempaskan tangannya pada angin Bila dia tidak dapat mengejar gadis itu untuk bertanya. Ada sesuatu yang ingin dia tanyakan...Kenapa wajah gadis itu dia Macam kenal....Perasaannya sahaja yang pasti mereka pernah berjumpa...Tapi fikiran dia Tak ingat apa - apa dimana.... Dia pasti, itu yang jadi...Tapi fikirannya masih buntu..

********

Anggerik menahan nafas bagaikan telah berlari 1000 kilometer.. Dia termengah - mengah berlari dengan anak kasut tingginya.

Dia telah tiba Di Lift dengan tergesa - gesa kerana dia dapat rasakan lelaki itu juga mengejarnya. Baru dirinya ingin kembali bernafas normal sekali lagi dirinya dikejutkan seseorang.

“ Cik, Dekat sini rupanya, puas saya cari Cik tadi. Mari saya hantarkan Cik pada Tuan Mumtaz.” Ada nada kelegaan dari Pengawal yang menegur dirinya waktu ini...

Anggerik yang masih terkebil - kebil, hanya menurut Dan langkahnya Segera memasuki pintu Lift Tanpa sebarang bantahan.

“ Terima kasih Sebab selamatkan saya tadi.”
Ucapan Anggerik yang membuatkan Pengawal itu mengerutkan dahinya.

“ Cik dah jumpa dengan Tuan Mukhriz ker..?” Wajah pengawal kelihatan pucat.

“ Hampir,”
Anggerik membalas dan dia tidak mahu lagi meneruskan perbualan mengenai Mukhriz.

“ Ting !”

“Cik Kita dah tiba, mari saya tunjukkan pejabat Tuan Mumtaz. “
Pak Hamid Sukarela membantu Anggerik untuk dibawa menemui Tuan Mumtaz kerana Dia ingin menebus kesalahannya kepada Anggerik sebentar tadi.

Seorang lagi Pengawal yang berada di bangunan itu mendapatkan En. Hamid sambil Langkah Anggerik turut sama terhenti bila lelaki pengawal itu berhenti...

“ Kenapa En. Hamid, ada apa - apa masalah..?”

“ Tak ada apa- apa Hadi, Aku nak hantar sendiri tetamu ini jumpa Tuan Mumtaz, tadi ada berlaku salah faham, itu Sebab aku nak hantar dia sendiri. Engkau boleh teruskan kerja. Aku hantar dia pada Tuan, lepas itu aku beredar."

Panjang Lebar Pengawal yang dikenali sebagai Pak Hamid itu menerangkan kepada Pengawal seorang lagi yang bernama Hadi. Itu yang Kedengaran ditelinga Anggerik, dia tidak tersilap “ Tapi apa yang En. Hamid ini buat salah dengan aku?” Anggerik bertanya sendiri

Kerana tidak berpuas hati, Anggerik bertanyakan soalan untuk dia dapatkan jawapan dari lelaki itu. Sebenarnya lelaki itulah tadi yang telah membantunya melarikan diri dari Mukhriz.

“ Pak Cik ada buat salah ker pada saya..?” Lembut Suara Anggerik bertanyakan kepada pengawal dihadapannya.

Seorang yang bengis, Tapi penuh dengan budi pekerti yang terpuji sempat Anggerik memuji sikap lelaki itu dihadapannya.
Dapat dilihat Anggerik dia menjalankan Amanah kerjanya dengan beretika.

Sebabnya, lelaki itu kembali mencarinya Sebaik sahaja dia tahu Anggerik telah tersesat sebentar tadi.

“ Iye, tadi Pak Cik tak sempat nak halang kamu keluar dari Lift, untuk pengetahuan kamu Tingkat yang kamu keluar tadi tingkat Tuan Mukhriz, Tingkat 39. Kamu nak pergi Tingkat 40 kan, jumpa Tuan Mumtaz.”

“ Bukan salah Pak Cik, Saya yang salah terus keluar saya ingatkan Tingkat Saya nak pergi tu dah sampai, lagipun saya pun tak tahu tingkat berapa Saya nak pergi.” Jujur Anggerik menerangkan kesilapan dirinya.

“ Iyelah kamu dengan Pak Cik sama - sama silap. Itu Sebab Pak Cik cari kamu. Ini Pak Cik hantarkan kamu Pada Tuan Mumtaz, kamu memang ada temujanji jumpa dia kan.”

Mereka berdua berjalan ke arah sebuah pintu yang diluarnya telah tertulia nama MUMTAZ MOKHTAR.

“ Ini bilik Tuan Mumtaz, Pak Cik hantar kamu sampai sini, ketuk dulu baru kamu masuk . Pak Cik pergi dulu.”

Selepas Anggerik menganggukkan kepala barulah lelaki itu meninggalkan Anggerik Di hadapan bilik Datuk.

Tok, Tok, Tok...
Tiga kali ketukan..

“ Masuk”, Kedengaran suara dari dalam.

Anggerik membukakan pintu bilik Dan menapak ke dalam bilik Datuk.

“ Anggerik.! Masuklah kenapa tercegat lagi.” Datuknya tersenyum dengan kelakuan Anggerik yang seakan malu - malu.

“ Besar bilik Datuk, kemas Dan Cantik.” Anggerik memuji sambil langkah ke arah meja Datuk.

“ Macam mana Anggerik dah bersedia dengan pembentangan hari ini, hari ini hari penting Anggerik Dan Datuk percaya dengan kemampuan kamu.” Datuknya memuji .

“ Anggerik cuba Datuk, segala persiapan Anggerik dah aturkan. Kita dah plan lama benda ini, Anggerik harap mereka boleh terima cadangan kita. Jika hal ini berhasil semua Sebab pertolongan Datuk, Anggerik cuma jalankan sahaja." Anggerik merendahkan dirinya.

“ Kamu tetap merendah diri kamu Anggerik, Walaupun kamu berjaya Capai kejayaan luaskan perniagaan kamu, kamu sama seperti Arwah Lily, sentiasa bersabar Dan cekal.” Datuknya sekali lagi memuji.

“ Terima kasih Datuk Sebab percayakan Anggerik, sama macam Datuk percayakan pada Arwah Mama. Tentu Mama tenang disana dengan kejayaan Kedai Mama. Semua hasil bantuan Datuk yang banyak ajar Anggerik kembangkan perniagaan Bunga Arwah Mama.”

“ Iyelah,” Berlawanan cakap dengan Anggerik tak kan habis kesudahan. Anggerik Takkan Ego Dan Bangga dengan pujian. Itu sesuatu yang dia belajar mengenai gadis yang bernama Anggerik.”

“ Macam mana dengan Adham, dia sihat.? Datuk Semakin rindu dia, lebih - lebih Opah.”

Topik perbualan bertukar kepada Adham Mikhail.

“ Adham sihat Datuk dia dirumah Pengasuh Mek Ani.” Anggerik menerangkan situasi anaknya.

“ Opah rindu dia, Datuk Mumtaz ingin menyatakan sesuatu tentang Maksud itu Dan harap Anggerik boleh faham dengan hal itu.

“ Opah Dan Datuk dialu- alukan bila - bila masa untuk jumpa Adham. Anggerik tiada halangan Datuk.” Lembut Anggerik bicara.

“ Kamu tak nak ubah keputusan Anggerik.? “Datuknya masih mencuba berharap Anggerik akan terima keputusannya.
“ Maksud Datuk cadangan Untuk kamu berpindah kerumah Datuk. Datuk cuma tinggal dengan Opah sahaja Anggerik, sekurang - kurangnya bila ada Adham, ceria kembali rumah Datuk.

“ Anggerik bukannya Tak nak Datuk tapi.... Perasaannya terbesar bahagi kerana seseorang.”

“ Kamu risaukan Mukhriz?. Dah Tiga tahun Anggerik, Mukhriz tinggalkan rumah itu, Dia hanya datang sekejap, itupun Sebab nak jumpa Opah. Kamu jangan risau rahsia kamu masih tersimpan.”

“ Sebab dia Dan Sebab Junaidah Datuk, Anggerik kena fikirkan semua itu, Anggerik Dan Junaidah dah lama tinggal bersama. Dia ada untuk Anggerik waktu susah dengan senang. Tak adil bagi Jun. Lagipun Adham Dia dah anggap macam anak dia sendiri.”
Anggerik menerangkan situasi sebenar dirinya.

“ Kalau macam itu, kamu ajak Junaidah tinggal sekali dengan Datuk. Lagipun rumah Datuk banyak bilik dia boleh pilih bilik mana satu yang dia berkenan.” Datuk memberikan cadangan lain.

“ Anggerik faham niat Datuk Dan Opah untuk jaga Anggerik Dan Adham, Tapi buat masa ini Anggerik terpaksa tolak cadangan itu dulu. Anggerik dapat rasa Junaidah Takkan setuju dengan cadangan ini. Anggerik harap Datuk faham, Tolong bagi masa Anggerik fikirkan tentang hal ini.”
Penolakan Anggerik untuk tidak menguris hati tua lelaki itu.

“ Kalau ditakdirkan Anggerik untuk kamu..?”

“ Maksud Datuk..?” Kening Anggerik dikerutkan cuba memahami.

“Takdir, kamu dengan keluarga Datuk.”

“ Anggerik akan terima,” bersama senyuman Mekar Di bibirnya.

Perbualan mereka terhenti bila Terdapat ketukan Di pintu.

Tok.. Tok.. Tok..

“ Masuk”, suara Datuk bergema .

Muncul seorang perempuan Separuh umur berjubah, bertudung litup masuk ke dalam bilik Datuk.

“ Datuk maaf menganggu, pelanggan dari Perancis telah sampai, mereka sedang menunggu Datuk untuk mula kan Mesyuarat.” Lembuat Suara Setiausaha Datuk menerangkan maksud kedatangan dirinya disitu.

“ Mukhriz hadir sekali Riana.”

“ Saya tak pasti Datuk, Tapi Saya dah maklumkan kepada Setiausaha Tuan Mukhriz.” Terang Setiausaha Datuk lagi, menjalankan tugasnya.

“ Baiklah.”

Setiausaha Datuk keluar dengan mendapatkan keizinan dari Datuk terlebih dahulu.

“ Kamu tiada masalahkan dengan kehadiran Mukhriz dalam Mesyuarat.”
Datuk bertanyakan soalan.

Anggerik hanya mengelengkan kepala. “ Tiada masalah Datuk”, Tapi jantungnya tetap berdebar memandangkan dirinya Dan Mukhriz akan bertemu sekali lagi. Selepas perjumpaan sebentar tadi.

“ Bersedia Anggerik sekejap lagi merupakan pembentangan kamu, Dan berjaya perbincangan kali ini terletak di atas tangan kamu.”

“ Anggerik cuba Datuk.”

“ Bagus, mari kita keluar sekarang, jangan bagi pelanggan kita menunggu lama.”

Langkah diatur mengikut kemana arah Datuk Mumtaz berjalan. Sesekali pandangan Anggerik melihat wajah Datuk Mumtaz dari tepi, Dia seorang lelaki yang berpegang pada prinsip, berkebolehan Dan sentiasa memandang ke arah hadapan.

Satu perasaan meresap ke dalam diri Anggerik, Inilah yang dia perlukan dalam hidupnya. Perasaan selamat bila setiap kali dirinya berada disisi lelaki itu.

Perlukah dia memikirkan kembali cadangan itu Dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada hidupnya untuk dihabiskan bersama mereka, Datuk, Opah Dan juga Adham.

*********
Anggerik telah bersedia sepenuhnya, dia telah menyampaikan segala pembentangan dengan teliti Dan berkaliber tanpa menampakkan sedikit pun kekok semasa pembentangan.

Matanya masih memerhati Di Setiap Penjuru kerusi dalam bilik Mesyuarat, hatinya lega sepenuhnya , sepanjang pembentangan tiada kelibat lelaki itu Mukhriz bersama - sama ahli Dan wakil pelanggan dari Perancis dalam Mesyuarat.

Selesai Mesyuarat, wakil Perancis disediakan jamuan ringan Di restoran yang telah ditempah Khas oleh Datuk. Anggerik Dan Datuk turut sama bagi menemani mereka bersama kakitangan Datuk yang lain.

**********

Dia bergegas berlari menaiki Lift ingin menuju ke bilik Mesyuarat yang telah diberitahu oleh Setiausahanya Indah pagi tadi.

Dia ingin melihat sesuatu dan ingin melihat kebenaran apa yang difikirkan sebelum ini.

“ Mesyuarat dengan pembekal bunga, belum pernah lagi dia mendengar Datuknya Melabur pada sesuatu yang tidak berfaedah pada syarikat mereka. Tentu ada sesuatau yang Datuk sorokkan. Syaknya Semakin kuat Bila dia menemui wanita bermata Hazel tadi. Cara gadis itu melarikan diri darinya menguatkan teorinya.

Pintu Bilik Mesyuaray dibuka kasar..

“ Shit!” Dia menghempas geram.
Dia terlambat untuk ke Mesyuarat di situ. Segera langkahnya menuju ke ruangan Bilik Setiausaha Datuknya berada.

“ Riana, berapa lama Mesyuarat dalam bilik itu tamat.” Matanya meliar mencari susuk tubuh seseorang, sekiranya gadis itu dapat ditemui disitu.

“ Dalam setengah jam lebih Tuan Mukhriz, ada apa - apa yang Saya boleh bantu.”

“ Mana Datuk dengan Wakil Kedai Bunga itu..?” Dia masih tidak berpuas hati terlambat untuk menghadiri Mesyuarat.

“ Mereka sedang jamuan makan bersama Wakil dari pembekal syarikat Perancis Di restoran.” Takut - takut Riana memaklumkan, bila melihat wajah ketat Mukhriz.

“ Damn.!” Mukhriz tahu sekiranya semua ahli dalam Mesyuarat itu telah tiba di restoran, bermakna waktu itu tidak boleh diganggu. Itu adalah waktu makan dengan pelanggan Dan privasi Di tempat tertutup untuk menjaga nama syarikat mereka. Habis peluangnya untuk menyiasat kali ini.

********
Sesuatu dibisikkan oleh penterjemah bahasa yang bekerja Di syarikat Datuk, bisikan itu hanya didengari oleh Datuk.
Datuk hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali Dan meneruskan perbualan dengan wakil dari Perancis.

Lebih mengusarkan hati Anggerik, lirikan mata Datuk yang melirik kearahnya sambil tersenyum.

Anggerik masih bertenang, Datuk tiada sebarang respon kepadanya semasa jamuan makan itu. Itu menandakan segalanya berjalan lancar.

Senyuman yang terukir di bibir Datuk sepanjang jamuan itu, dapat disimpulkan Anggerik, segalanya berjalan dengan lancar.

Selesai jamuan. Hanya yang tinggal di restoran itu Anggerik , Datuk dan penterjemah bahasa yang dilantik oleh Datuk.

“ Anggerik, Datuk mahu cakapkan sesuatu.” Tangan Anggerik dipegang dalam gengamannya, sambil diperhati kan penterjemah yang hadir bersama disitu.

“ Kenapa Datuk?”Dapat dilihat wajah serius Datuknya memandang kearahnya, Dan beralih kepada penterjemah bahasa.

“ Begini Cik Anggerik, pembekal dari Perancis sangat berpuas hati dengan pembentangan yang Cik Anggerik jalankan semasa mesyuarat tadi, Dan untuk kerjasama akan datang wakil dari syarikat sangat berbesar hati untuk menjemput Cik Anggerik Dan sebahagian kecil pekerja syarikat ini untuk turut sama dalam lawatan ke Ladang Dan syarikat mereka Di Perancis.”
Penterjemah menghabiskan ayatnya Dan menunggu reaksi Anggerik.

“ Saya dijemput ke Perancis? “Anggerik
Bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengari oleh telinganya.

“ Iya Cik Anggerik Dan disana Cik Anggerik perlu membuat pembentangan semula pada wakil disana. Untuk makluman segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat Florist.

“ Maksud awak syarikat Florist Perancis.?” Anggerik terkejut dengan khabar tentang hal itu.

“ Iye, sepenuhnya”, penterjemah yang dikenali sebagai Sally itu tersenyum.

“ Sally akan ikut Anggerik Sekali ke sana, dia akan jadi teman Anggerik Kalau itu yang merisaukan Anggerik.”

“ Bukan pasal itu Datuk, Tapi Adham macam mana dengan dia nanti, Anggerik ke sana dalam Seminggu. Dia belum pernah berpisah dengan Anggerik.” Ada nada keluhan dalam Suara Anggerik.

“ Bila saya kena bertolak ke sana Sally.?” Anggerik cuba mengangak tarikh Dan ingin meminta pertolongan dari Sahabatnya Junaidah tentang Adham.”

“ Dua minggu dari sekarang, dalam 9 haribulan kita akan bertolak ke sana. Kenapa Cik Anggerik, ada sebarang masalah.?”

“ Penjaga anak saya. Itu masaalah saya sekarang. Wajah Anggerik mencuka, bagaimana dia nak tinggalkan Adham pada seseorang, rindu dia pada Adham. Perlu lah dia tolak cadangan itu.”

“ Datuk, ......

“ Serahkan Adham pada Datuk dengan Opah Anggerik, kami akan jaga dia sepanjang kamu disana. Tentang Adham Datuk akan uruskan, ini satu peluang besar untuk kamu teruskan legasi LILY, doa Datuk sentiasa untuk kamu.”

“ Anggerik Kalau boleh tak nak libatkan Datuk, susah kan Datuk. Bagi Anggerik fikirkan pasal ini dulu Datuk. Anggerik perlu bincangkan dengan Adham Dan Junaidah. Anggerik takut Adham nanti tak biasa. Datuk pun tahu Adham macam Mana." Anggerik mengelak, jika diberikan pilihan dia lebih rela meletakkan Adham dibawah jagaan Junaidah Dan Mek Ani. Dia tidak akan mengambil risiko untuk Adham Dan Mukhriz berjumpa.
Dia takut pertaliaan yang ada pada mereka akan mencipta sesuatu.

“ Datuk Anggerik pergi dulu, keputusan tentang ini Anggerik akan maklumkan pada Datuk Segera.”

“ Datuk Mumtaz hanya mengangguk setuju, dia tidak memaksa kerana dia tahu Anggerik akan membuat keputusan terbaik untuk cicitnya, Adham Milhail.”

********
“ Takkan engkau dah lupa Anggerik, 09 Haribulan yang engkau maksudkan itu kan aku kena pergi ke Japan sekali lagi program yang sama macam dulu. Aku dah maklum pada engkau Awalkan.” Tangan Jun mengusap lembut Mikha yang berada dipembaringan Anggerik.

“ Ya Allah, aku Lupalah pasal itu, aku pun tak ingat. Masaklah aku macam ini.” Anggerik menggaru kepalanya yang tidak gatal, dia masih mencari Idea.

“ Mek Ani, engkau dah tanya dekat dia ..?” Jun memberikan cadangan.

“ Mek Ani cuti, Sebab dia nak kena jaga anak sulung dia berpantang, tak silap aku dalam 2 minggu itu jugalah." Anggerik menerangkan kepada Jun situasi dirinya Dan Adham, yang tiada penjaga.

“ Datuk..?” Mata Jun dikelipkan bagi tidak menampakkan sangat, Anggerik terdesak dengan pilihan itu. Dia tahu seboleh - bolehnya Anggerik tidak mahukan bantuan keluarga mentuanya, Walaupun bantuan tetap diberikan oleh mereka.

“ Engkau rasa aku tak terdesak sangat ker Jum minta bantuan mereka."

“ Engkau anggap jer la engkau dah tak ada pilihan. Kalau aku tak pergi mana - mana aku Tolong engkau, Tapi sekarang ini kita dua - dua tak ada Dekat sini, Mek Ani pun tak dapat.

Apa pilihan yang engkau ada..? Engkau nak Adham itu Mawar yang jaga. Habis dideranya anak engkau engkau Adham itu. Dia itu busuk hati. Aku tak nak Anggerik anak aku kena dera. Memang aku sumbat Mawar tu nanti dalam lokap, engkau tengok lah.
Jun memberikan amaran.

Anggerik terdiam, mungkin dia sedang fikirkan kata - kata Jun kepadanya, anaknya yang sedang tidur dipandang. Dia perlu buat keputusan untuk kepentingan Adham bukan dirinya.

“ Engkau tunggu apa lagi Anggerik, telefon lah sekarang. Buatnya pasangan Datuk itu pergi Honeymoon kan dah susah.

“ Iye aku telefon, aku tengah Karang ayat ini, petang tadi mentah - mentah aku tolak cadangan Datuk.” Anggerik menerangkan segalanya kepada Jun.

Telefon diambil Dan Sebaris nama yang tersimpan ditelefonnya didail panggilan..

“ Anggerik, suara wanita dalam penggilan dikenali.”

“ Opah, Maaf Anggerik ganggu Opah malam- malam ini, sebenarnya Anggerik mahukan bantuan dari Opah Dan Datuk.”

“ Tak menganggu Kami pun Anggerik, kami sedang tonton Tv sambil bual kosong. Bantuan apa Anggerik.?” Ada nada kerisauan dalam Suara Opah, dan dapat didengari Suara Datuk yang bertanya kepada Opah.

“ Anggerik Mohon bantuan Opah Dan Datuk jagakan Adham untuk 2 minggu , Sebab Anggerik terpaksa pergi ke Perancis Opah.” Segalanya diterangkan dalam satu Nada Dan bahasa yang mudah difahami oleh orang yang seusia opah.

“ Boleh, Boleh, Boleh. Opah pun dah rindu sangat dengan Adham. Anggerik pergilah uruskan kerja Anggerik, jangan risau kan pasal Adham, pandailah Datuk Dan Opah jaga dia.”
Nada kegembiraan bersama caria dalam Suara Opah.

“ Anggerik minta maaf susahkan Opah dengan Datuk, dengan semua ini.”

“ Jangan cakap macam itu Anggerik, itu tanggungjawan kami pada kamu, Adham cicit Opah. Tiada masalah. Bila kamu nak hantar dia lagi cepat lagi Bagus Anggerik, untuk dia biasakan suasana.” Opah Semakin Teruja.

“ Mungkin Anggerik akan cuba hantar dia selang sehari Opah untuk biasakan Adham, Anggerik takut dia nanti tak biasa.”

“ Okay, kamu jangan risau, Adham tu kenal Opah pandailah nanti kami jaga dia Anggerik. Opah memberikan kata semangat yang membuatkan hati Anggerik tenang dengan keputusan dirinya malam itu.

Panggilan ditamatkan.. Jun masih menunggu jawapan dari Anggerik yang telah matikan panggilan.

“ Macam mana, Opah dengan Datuk setuju..?” Jun Teruja untuk mengetahui, dimanakan anaknya Mikhail akan ditempatkan sepanjang mereka tiada disitu.

“ Setuju.”.

******
Kereta diparkir ditempat Parkir kereta.
Tubuhnya keluar dari kenderaan. Penat, itu perasaannya bila sampai dirumah itu. Tapi dia ada tanggungjawab di situ yang perlu dia jalankan setiap seminggu sekali.

“ Balik pun kamu.? Dahi berkedutnya dicium tidak melepas, menandakan perempuan itu dirindu.

“ Hari ini hari minggu kan Opah, Tentu lah Riz balik. Mana Atuk tak sarapan sekali.?” Matanya meliar melihat kearah pintu.

“Datuk dekat atas tengah pujuk.... “ayat Opahnya terhenti.

“ Pujuk.? Pujuk siapa Opah.?” Rasanya aku tak salah dengar tadi. Siapa pula yang Atuk kena Pujuk..?”

Kedengaran ditelinganya suara budak menanggis, berselang seli dengan suara Datuknya memujuk.

“ Huhihihihii, Dah, dah kita makan dulu yer Sayang, Oyang dah masakkan untuk Adham, sedap..! Huhuhuhu.. tangisan budak lelaki masih tidak berhenti.

Muncul Datuk Dan seorang kanak - kanak kecil dihadapan mata Mukhriz.

Terlopong Mukhriz melihat seorang budak kecil sedang dipangku dalam dukungan Datuknya.

“ Anak siapa ni? Matanya memandang kearah budak yang masih menanggis.

Datuknya masih memujuk Tanpa mempedulikan soalan Mukhriz Termasuk juga Opah yang turut membantu suaminya menenangkan budak yang telah berada diribaan suaminya.

“ Siapa punya anak ini Opah, Atuk.? Tak henti - henti menanggis.?” Matanya melihat kearah budak yang masih menanggis dari tadi.

“ Anak kawan Atuk, Mak Bapa budak ini tinggalkan dia kejap dekat sini.?” Datuk memberikan alasan kepada Mukhriz.

“ Berapa lama,? Sian dekat budak ini, agaknya dia tak biasa kena tinggal. Atuk dengan Opah Selalu ker jaga budak ini.?”

“ Kami baru pertama kali jaga dia, kebetulan keluarga dia perlu ker luar negara. Tak lama pun Mukhriz, dua minggu jer kami jaga.”

“ Dua minggu Opah dengan Atuk kata tak lama, kalau budak ini Okay tak per. Ini menanggis tak henti - henti macam ini. Macam mana Opah, Atuk. Mukhriz tak ada Dekat rumah ini, jangan buat sesuatu yang susahkan hidup Opah dengan Datuk.” Mukhriz menyuapkan makanan, matanya masih tidak lepas melihat ke arah budak yang berada dalam ribaab datuknya yang masih cuba dipujuk.

“ Kami sunyi Mukhriz nak harapkan kamu Selalu balik sini, memang seminggu sekali jer lah. Itupun kalau kamu nak balik ingatkan kami.” Opah meluahkan selanjutnya Sebab yang membuatkan Mukhriz menghentikan makanannya diusap ke mulut.

“ Bagi budak itu dekat Mukhriz Datuk, Biar Mukhriz Pujuk dia.” Dia Terasa dengan kata - kata Opahnya, dia berasa bersalah kerana mengabaikan opahnya, mungkin wanita itu sunyi.

Mata Datuk Dan mata Opah Saling berpandangan.

“ Apa nama budak ini, Opah, Datuk..? Pandangan Mukhriz berpaling kepada kedua- duanya.

“ Adham.”

“ Adham diambil Mukhriz dalam dukungannya Dan dibawa kemeja, satu pinggan diletakkan dihadapan Adham.

Pap, satu sudu diketuk Mukhriz Di atas meja yang membuatkan Adham terdiam. Tumpuan anak mata Adham berpaling ke arahnya.

“ Mata Hazel”, sempat Mukhriz melihat kecomelan Adham dimatanya selepas budak itu berhenti menanggis.

“ Adham nak lagi,” Mukhriz bertanyakan soalan Dan terlihat senyuman di wajah comel Adham.

Satu ciuman Mukhriz buangkan Di pipi Adham, menandakan dia mula senang dengan kehadiran Adham Di rumah itu.

“ Budak ini macam muka Mukhriz kan Opah ?” Ayat yang tak sengaja dikeluarkan dari mulutnya.

“ Muka kamu Tapi budak ini lagi hensem dari kamu Mukhriz, Sebab mata dia Hazel.” renungan mata bersama Maksud tersirat kepada suaminya.

Suaminya hanya menyaksikan keserasian Adham Dan Mukhriz, berharap rahsia tentang itu tidak terbongkar..

Dia tidak menjangkakan kehadiran Mukhriz pagi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience