Bab 39 ( A2)

Romance Completed 306520

"Apa maksud engkau Terry? wanita yang dalam bilik tu diaaaa...dia Mawar! "

Terbeliak Mata Mukhriz bersama pandangan Mata terarah melihat kesebuah bilik asing..

" Dia memang Mawar! lagipun Aku dah Tak Ada sebab nak sorokkan Hal ini. Dia dah mati, Aku Ada penjelasan untuk semua ini Mukhriz, Dan aku akan jelaskan Hal yang sebenar kepada Adam."

" Mawar? Dia... Mawar adik Anggerik? Tapi Macam Mana engkau....? Engkau, dia Roselle dengan ..kandungan itu..? Apa yang jadi sebenarnya..? Mukhriz masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Terry.

Jika sebelum ini kehilangan Mawar hanya diketahui dengan alasan Mawar lari ke luar negara kerana sesuatu..Tapi Macam Mana boleh dengan Terry?

Roselle dengan Aku selama ini.Tanpa pengetahuan dari Adam.Sebab Aku buat semua itu,semua disebabkan Anggerik.

" Anggerik? engkau cakap apa ini? Pasal Mawar hilang Anggerik pun terlibat sama!...Itu maksud engkau Terry?

TING..

Bunyian Pintu kecemasan mengejutkan perbualan diantara Terry Dan Mukhriz.

****

" Takziah atas kehilangan !" beberapa orang - orang yang hadir mulai meninggalkan pusara yang tanah di pekuburan masih Merah.

" Terima kasih sebab sudi hadir!" suara Ayah tenang melayani tetamu yang mulai meninggalkan majlis.

" Bersabarlah, takdir arwah pergi dulu dari Kita. Bertabahlah semoga semua urusan arwah mudah.

Beberapa tetamu meninggalkan Pusara Mawar Dan bersalam dengan Ayah.Semua yang terjadi tidak terlepas satu pun dari pemerhatian Mukhriz termasuk seseorang yang turut hadir di pusara majlis pengebumian Mawar.

Kemesraan dari perbualan lisan Dan liuk lentur perbuatan Datuk Mumtaz Dan Terry menimbulkan persoalan dibenak Mukhriz, Adam Dan seseorang yang turut hadir dalam majlis pengebumian. Nick...

Kuntuman bunga Segar dibawa Nick ke pusara Mawar disamping Sherry yang disisi menemani Nick.

" Maaf Nick, I betul - betul Tak tahu yang mangsa ini kawan you.Sahabat yang You harap selama ini.Kejadian itu berlaku pantas Nick. Nik Tak sengaja langgar dia...
Lagipun dia muncul tiba - tib.....

" Sudah! jangan bincangkan Hal itu dekat sini.Selesai majlis ini, balik.. Jangan lagi merayau Tak tentu Hala.Ada Hal yang perlu aku selesaikan dalam Hal ini." Nick Nekad.Kematian Mawar Dan perubahan drastik tubuh Mawar, benar - benar mengejutkan Nick..

Dia hampir - hampir tidak mengenali Mawar. Namun susuk tubuh wanita itu dia amat pasti. Dia Tak Salah melihat orang. Wanita yang sedang bertarung nyawa dalam bilik kecemasan itu adalah sahabatnya yang dicari sebelum ini.

Hikmah dari pelanggaran itu.Mawar dapat dijumpai kembali dalam keadaan cedera parah.Namun yang tidak boleh dilawan hanyalah takdir.

Mawar kembali ke hadrat Ilahi .Tubuhnya benar - benar lemah untuk diselamatkan.

" Saya nak ikut awak Alex.Saya nak tebus kesalahan Saya pada dia. Sebab Saya dia meninggal, Anak dia Alex..awak takkan faham perasaan Saya.Walaupun bukan Saya yang langgar dia.Tapi semua kejadian jelas Alex depan Mata Saya." Sherry merayu dengan harapan Alex termakan pujukan.

" Dengar sini Sherry, perkahwinan Kita terjadi disebabkan takdir. Untuk perasaan Kita berputik perlukan Masa. Jadi sekarang ini Sherry Cermin dulu diri engkau tu, muhasabah kembali hidup engkau itu tentang peraturan Alam rumah tangga. Cuba jadi isteri yang baik dalam Keluarga.

Aku Tak minta banyak Sherry, jangan Cuba langgar arahan Aku. Ini kesabaran aku yang aku rasa dah sampai kepenghujung.

Nik langgar Sahabat Aku tanpa sebab..Itu aku belum ambil keputusan apa akan Aku buat pada malaun itu. Jadi sebelum aku hilang sabar, jalankan tanggungjawab isteri dalam Keluarga. Sekarang engkau boleh pergi.Kembali kerumah Sherry!" Kasar Dan tegas suara Alex, kehilangan Mawar Dan kematian Mawar yang serentak mengejutkan Alex. Lebih - lebih lagi Mawar telah berbadan dua tanpa tahu siapa bapa kepada kandungannya.

***

" Uncle, Alex! kawan kepada Mawar. Maaf sebab lewat jumpa Pak Cik, tapi Saya Ada sesuatu yang nak Tanya pada arwah.

" Alex!" Maafkan Pak Cik, Tak kenal kawan - kawan arwah.Dulu Pak Cik sibukl.Terima Kasih kerana datang beri penghormatan terakhir pada Mawar." Biarpun tenang dalam berbicara, namun masih tetap ternampak kesedihan di Mata Ayah.

" Maaf kalau Saya terlanjur pertanyaan.Tapi apa yang Saya nak Tanya ini pasal Mawar Dan Hal ini penting Pak Cik..

" Serius jerk bunyinya Alex? " Hati Ayah Tak sedap hati

" Siapa Suami Mawar?'

" Suami !......Pak Cik Tak tahu pasal perkahwinan dia.

" Anak dalam kandungan itu????" Alex semakin pelik dengan Mawar. Pandangan Mata lelaki tua dihadapannya teralih ke wajah seorang lelaki Mat Salleh yang menjadi tumpuan Mata tua, Ayah Mawar..

"Dia?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience