39

Romance Completed 306520

*** Sherry dalam dunia Hiburan***

"Engkau dengar tak aku cakap ini Sherry?" Nik memandang dengan geram kearah Pelakon dibawah jagaan dirinya, Dan merupakan Model sambilan dibeberapa Agensi dibawah kelolaan dia. Semua jadual perjalanan karier Sherry semuanya terikat dengan dia. Dia merupakan pengatur utama jadual Harian Sherry Dan Nadi untuk wanita itu bernafas.

Fikiran Sherry tidak lagi terarah kepada Nik, sebaliknya Tumpuan Sherry kepada barangan Online yang Mewah. Sherry gila shopping, itu salah satu kekurangan Sherry yang perminat dia tak tahu.

Melihatkan Sherry masih belum memberikan tumpuan pada dia. Nik sakit hati dengan sikap Sherry yang selalu belakangkan diri dia, menolak Job sesuka hati. Dia pengendali Dan Sherry merupakan pengantara untuk menunjukkan bakatnya menyerlahkan penampilan dalam dia menemui Layar ataupun peminatnya.

Betul ker engkau tolak Job itu tanpa maklum pada aku dulu Sherry? Suara Nik bergema nyaring yang membuatkan tumpuan Sherry menghilang dalam Moodnya untuk tenang.

"Berapa kali aku nak cakap ini Nik, yer aku tolak Job tu, sebab aku nak tumpuan masa aku pada Mukhriz. Engkau pun tahu.. tarikh yang diorang nak booking aku  jadi Model diorang, jatuh pada hari yang sama Hari Jadi Mukhriz. Engkau tak ingat?" Mulut Sherry berkumat- kumit dengan beberapa perkataan menjurus kearah Nik Di hadapan dirinya.

" Kutuk Aku Sherry!" Mengomel Mulut Nik. "Engkau memang nak kena dengan aku." Mata Nik menjerling ke arah Sherry meluat dengan Sherry yang masih terkejar- kejar dengan Mukhriz, yang Nik dah tahu status Mukhriz yang sebenar.

" Well siapa lagi aku nak kutuk Dekat sini? Dah tentulah engkau Nik." Pandangan menyampah Sherry tayang pada Nik, yang masih belum selesai dengan bebelan.

" Engkau nak tunggu dia berapa lama lagi?Engkau pun tak lama lagi tua Sherry, lebih baik engkau tinggalkan dia Move On, cari Pengganti?"

" Stop Dekat situ Sherry jangan nak terlebih cakap aku tak suka!" Amaran keras Sherry kepada Nik yang dirasakan Sherry semakin melampaui batasnya, Tugas Nik cuma mangaturkan jadual Kerjaya dia bukan melibatkan hal peribadi Dan perasaan Sherry. "Dia tak boleh campur, " sekali lagi jelingan mata Sherry terarah kepada Nik.

" Engkau tak Dengar nasihat aku? Baik engkau bagi tempoh dekat aku Sherry, sampai bila engaku nak tunggu dia? Engkau dah tunggu dia 3 tahun? Lagi berapa bulan Sherry 4 tahun engkau tunggu dia?" Sengihan dan Perlian Nik tuju kepada Sherry.

" Itu Masalah aku lah Nik, bukan masalah engkau. Tak perlu masuk campur hal itu." Sherry menahan geram dalam hati dengan perbuatan Nik yang sengaja menaikkan Darah dia pagi - pagi ini.

" Aku bagi nasihat Sherry, Tapi Sherry, engkau yang kena fikir pasal hal ini? Tiga tahun engkau tunggu dia, dalam dia kata tak ada apa - apa dengan bini dia, tup tup keluar anak umur 3 tahun.Engkau rasa macam mana Mukhriz dapat anak tu, jatuh dari langit?" Sengihan Nik yang membuatkan pendirian Sherry goyang.

" Itu mungkin dia yang goda Mukhriz? Mana kita tahu apa yang jadi malam itu?"Sherry masih tidak mahu kalah. Ada kebenaran dalam kata - kata Nik. Tapi dia tak nak menunjukkan kelemahan dalam perhubungan dirinya.

" Tergoda Atau digoda Sherry engkau kena faham, Budak itu Takkan jadi kalau bukan sama- sama ?" Jelingan yang membawa Maksud tersendiri kepada Sherry. Dia tahu Sherry sedikit sebanyak telah terpengaruh dengan hal itu. Sengihan Nik semakin menjadi - Jadi.

Sherry dilihat masih berdiam diri membuatkan Nik semakin semangat untuk menyakatnya dengan hal berkenaan perhubungan Sherry.. “ Ini point aku Sherry untuk dapatkan Job itu balik.” Kening Nik bercantum dalam hati.

" Engkau dah kenal bini dia Sherry, aku dengar dia pun tak kalah dengan engkau. Meletop Kebabom." Sengaja Nik menyakat Sherry sedangkan dirinya pun tak pernah jumpa dengan Isteri Mukhriz yang pernah Sherry hebohkan dulu, perampas kebahagiaan dia. Pelik Nik waktu itu, sebab dari penceritaan Sherry, tak pernah Mukhriz luahkan perasaan pada pelakon itu. Cuma Sherry yang selalu mengaku perkara sebaliknya. Dunia Artis yang kadang- kadang, Nik sendiri tak faham.

" Engkau pernah jumpa dia ker? Engkau rasa Nik aku kena jumpa bini dia ker pasal hal ini?" Hati Sherry rasa tak sedap dengan semua yang jadi, pendapat Nik diperlukan untuk membantunya membuatkan keputusan terbaik dalam perhubungan dirinya dengan lelaki.

" Mana aku tahu,? Aku kan penjaga Kerjaya engkau jer. Personal bukan kerja aku!" Nik membalas, balasan bersama wajah dipalingkan dari memandangnya kearah Sherry. dia kadang - kadang kecik hati dengan pelakon meningkat naik seperti Sherry, yang selalu membelakanggi dia.

" Okay, Fine! Aku dengar cakap cakap engkau Nik lepas ini. Aku tak belakangkan engkau lagi.. Nik engkau Tolong lah aku? Aku silap tadi Nik, Maafkan aku?" Sherry merayu agar Nik menolongnya bertemu dengan bini Mukhriz Atau membuat keputusan bagi Sherry pasti dengan hubungan dirinya dengan Mukhriz.

" Betul engkau nak aku Tolong engkau Sherry, engkau Takkan menyesal lepas ini?" Mata Nik melirik tajam dengan makna. Dia tidak main- main Tentang hal itu. " Tapi ada syarat Sherry, kalau engkau tak dapat jawapan Tentang hal itu, engkau tinggalkan Mukhriz. Tak Bagus untuk Kerjaya engkau Sherry!" Nik memberikan amaran.

" Pasal tu aku fikir dulu Nik, wajah Nik dipandang Sherry, untuk jawapan! “apa aku perlu buat.?”

Sengihan diwajah Nik semakin melebar dipandangab Mata Sherry..

" Setiap tahun engkau pergi Majlis Mukhrizkan. Dan tahun ini engkau tahu apa yang berbeza ?" Lirikan mata Dan soalan yang menanti Sherry untuk mejawab segalanya Tentang hal itu.

" Maksud engkau Nik? Apa yang berbeza dari tahun sebelum ini.?” Sherry mengerutkan wajahnya yang membuatkan tangan gadis itu ditampar.

“ Sherry berapa kali aku dah ingatkan engkau, wajah engkau tu jangan berkerut, jatuh Saham engkau nanti, Cepat tua. Dah tak perlu fikir sangat pasal hal itu. Bagi aku yang Selesaikan semua itu.”
Sherry pelik. Dia kembali membuat senaman dimuka untuk menghilangkan segala kedutan yang mungkin terjadi di wajahnya atas perbuatan dirinya sebentar tadi,,
“Apa perlu aku buat?" Dia masih tidak berpuas hati kerana tidak dimaklumkan Nik dengan perancangannya.

" Kita uji Mukhriz, sama ada dia pilih Atau tingalkan engkau untuk sambut Hari Jadi dia?" Licik helah Nik dalam membuatkan Mukhriz untuk memilih.

" Aku tak faham, Maksud engkau aku kena ada Dan pergi Majlis itu. Engkau nak aku bersemuka dengan bini dia disana ? Gila Engkau pun tahu siapa yang ada dekat situ. Semua kenalan dan sedara Mara Mukhriz berkumpul disitu." Sherry mengingatkan Nik. Mata Sherry seakan hendak terkeluar mendengar cadangan Nik. Dah Tentu - Tentu Mukhriz Takkan benarkan itu terjadi. Selama ini pun hanya beberapa majlis sahaja yang dibenarkan oleh Mukhriz untuk Sherry hadir terlibat. Itupun Hanya sebagai peneman Mukhriz. Selebihnya mereka sambut berdua.

" Sebab itulah aku suruh engkau jangan tolak Job tu Sherry, sebab engkau akan jadi Model Utama malam itu. Engkau tahu penampilan Model Utama macam manakan, Engkau yang akan menyerlah malam itu dari Sherry dari Bini Mukhriz." Senyuman bangga Nik kerana mendapatkan Idea yang bernas kepada Sherry.

Terngangga Sherry, tak sangka Nik fikirkan idea bernas untuk dia. Perasaan Teruja Sherry kembali menghantui diri Dan dia peluk Nik untuk Idea itu..

" Engkau aturkan untuk aku malam itu Nik. Dapatkan balik Job tu. Aku dapat bayangkan apa yang Jadi nanti.” Sherry dah mula mengelamun terbayangkan Majlis Mewah dihadapan matanya. Majlis sambutan Hari Jadi Mukhriz, Siapa yang tak Teruja..

“Nik Siapa Agensi yang panggil Job itu untuk aku?" Kembali teruja Sherry dalam masa yang sama dia Ingin mengetahui Agensi Model Mana yang akan mengupah dia.

" Berapa kali aku nak sebut dekat engkau ini? Ingat baik- baik dalam otak engkau tu.” Tangan Nik mula bermain dengan telefon Bimbit di tangannya..

“ Agensi ALEX MARK!" Mata Nik yang menjerling kearah Sherry, kelemahan Sherry otaknya gagal untuk memgingati Company yang mengambil dia bekerja sebagai Job sampingan.

" Alex Anthony yang model itu ker? Seraut Wajah kacak itu terbayang Di mata Sherry, Sherry akui dengan bentuk wajah yang Unik dari wajah lelaki itu, membuatkan wajah Alex sering menjadi penghias Dunia Antarabangsa, Mereka dari Dunia yang sama. Disebabkan itu Sherry mengenali lelaki itu bila melibatkan pekerjaan mereka.

" Ya Dia! Alex Marc Anthony Sherry. Gorgeous, jangan harap Engkau nak dapat dia. Dia aku punya.!" Nik membalas dengan lengok Gaya tangannya yang membuatkan Sherry Ketawa.

" Serius Nik? Engkau kenal ker dia siapa?"

" Aku kenallah, dia tak pilih bulu. Semua dia layan, entah bila sampai turn aku jumpa dia Sherry."

" Perasanlah Nik Dia Takkan Suka dekat engkaulah, jangan merepek. Takkan dia Sonsang?" Sherry membalas tidak percaya Wajah setampan Alex akan memilih pasangan sejenis.

" Ini Dunia Aku Sherry, aku kenal siapa yang lurus , siapa yang Bengkok !" Wajah Nik serius, namun Sherry tak peduli dia masih tidak percaya dengan hal itu.

*****

" Apa yang kamu semua tercegat lagi dekat situ? Dah tak ada kerja nak buat dah?" Suara Mawar bergema dalam bangunan bila dilihat beberapa pekerja sedang bersembang dalam kumpulan sedang membisikkan sesuatu.

" Cik Mawar.."

" Cik Mawar.."

" Apa yang kamu semua bincangkan?"
Semua wajah yang pucat dihadapannya dipandang untuk dia diberikan jawapan.

" Kami sembang pasal kakak Cik Mawar,Puan Anggerik. Tak sangka Cik Mawar ada kakak Cantik sama macam Cik Mawar !" Seorang dari lelaki memuji Anggerik, yang membuatkan hati Mawar menjadi Panas. Ayat selebihnya memuji Mawar dari lelaki tadi Mawar tahu, pujian untuk diri dia bagi menjaga hatinya.

" Kamu semua boleh pergi, Saya tak nak perkara ini berulang?" Tegas ucapan Mawar sambil dia kawal segala perasaan dalam hatinya.

“ Tak guna Anggerik!” Bicara Mawar dalam hati.

satu persatu orang yang berada dalam kumpulan mula bergerak meninggalkan kawasan tempat bersembang tadi, bila dilihat bos Kedua syarikat tadi telah tercegat mendekat, memerhatikan mereka semua.

Mawar Tenang dalam mengawal emosinya sehabis baik untuk tidak menampakkan emosi dirinya yang mulai tidak stabil..

" Mana fail yang saya nak tadi Laila? Kenapa Biarkan saya tunggu lama?" Wajah mencuka Mawar memandang kearah Pembantu Ayahnya.

" Maaf Cik Mawar tadi waktu saya mahu dapatkan Fail itu, Tuan tidak benar kan Sebab dia nak semak dulu Fail itu, kebetulan kakak Puan Mawar ada Sekali dalam itu." Laila gementar dengan reaksi dari Mawar yang kelihatan mengeluh dihadapan dia.

“ Dia itu memang menyusahkan.”’Luahan Mawar yang membuatkan Laila tergamam mendengar bicara Mawar.

“ Maklumkan saya Laila jika perempuan itu dah keluar dari bilik Tuan” habis bicara Mawar kembali ke biliknya tanpa memandang lagi kearah Laila tanpa menunggu.

“ Perempuan?” Biar betul Cik Mawar ini.! Kepala Laila digelengkan mengenai sikap Mawar kepada kakaknya.

****

“ Kenapa Ayah panggil Anggerik ke sini?” Keadaan yang tidak selesa bagi Anggerik, Tapi atas desakan Ayahnya, Datuk Johari. Dia terpaksa juga menjejakkan kaki disitu.

“ Apa Khabar kamu Anggerik?” Senyuman di bibir Ayah. Dia rindu ingin berbual dengan Anggerik Dan kerinduan dia juga kepada Adham, cucunya.

“ Anggerik baik!” Senyuman Anggerik kepada Ayah, Tapi hati Anggerik berwaspada takut Ayahnya mengesyaki sesuatu.

“ Bagus! Mukhriz dengan Adham?” Ayahnya bertanya tentang lelaki dalam hidup Anggerik selain daringa.

“ Sihat! Semua sihat Ayah.” Hati Anggerik berdebar, dia cuba menenangkan hatinya. Adham memang dia tahu Sihat, kerana anaknya Sihat sewaktu dia keluar tadi. Tapi Mukhriz, lelaki itu yang Anggerik khuatir. Dia dengan Mukhriz, tinggal asing, takut Ayahnya telah tahu tentang sesuatu tentang hal itu.

“ Bagus kamu semua Sihat, Tentang kedatangan kamu kesini. Ayah nak bincangkan sesuatu.” Tubuh badan Ayah dapat dilihat Anggerik bersandar bagi kelesaan dirinya. Wajah ayah masih tenang disitu.

“ Ayah nak bincangkan apa dengan Anggerik?” Wajah Anggerik serius, jarang Ayahnya berbincang dengan Anggerik, boleh dikira dengan jari. Ayahnya sibuk, Anggerik tahu disebabkan itu dia tidak mahu masalah yang membelengu dirinya disebabkan Mawar Dan Mak Cik Diana, merunsingkan lagi ayahnya. Perkara itu disimpan sahaja dalam diri Anggerik untuk dipendam dan menjadi rahsia dalam dirinya sendiri.

“ Ayah nak bincangkan dengan kamu pasal projek kerjasama syarikat ini dengan syarikat Mukhriz.” Habis bicara Ayah kembali menatap wajah anaknya, menunggu reaksi dari Anggerik.

“ Kenapa dengan projek itu, kenapa Ayah tak bincangkan sendiri dengan Mukhriz?” Anggerik tak sedap hati bila perkara berkenaan projek dibincangkan. Dia tidak tahu menahu Tentang perniagaan Dan Dunia yang diceburi Ayah Dan Mukhriz. Yang menjadi keutamaan Anggerik Hanya LILY, tinggalan Kedai bunga Ibunya.

“ Ayah nak minta pertolongan kamu untuk pujuk Mukhriz Melabur dalam projek itu! Ayah dah buat kerjasama dengan syarikat Datuk Mumktaz Tapi usul itu ditolak. Kami tak dapat persetujuan bersama, Tapi Projek itu terpaksa juga dijalankan, menjadi masalah Ayah sekarang ini, Ayah kekurangan Modal Dan ayah Perlukan pelabur untuk Ayah Selesaikan projek itu.”

Panjang lebar Datuk Johari menerangkan kepada Anggerik. Dia tahu anak Sulungnya tidak berminat dalam perniagaan yang sedang diusahakan. Anggerik tidak seperti Mawar yang berani Dan sentiasa sukakan cabaran.

Anggerik lebih memilih untuk sentiasa besederhana dalam semua kerjanya. Dia suka mengelak dari mempunyai masalah Dan mencari penyelesaian yang boleh menyenangkan semua pihak . Dia selebihnya suka memaafkan Dan kurangkan cabaran mencari masalah dalam hidupnya.

Anggerik gigit bibir Dan mata Hazelnya memandang kearah Ayah. “ Maafkan Anggerik Ayah, bukan bermaksud Anggerik tak nak Tolong. Tapi Anggerik Sebolehnya tak mahu masuk campur dalam hal itu, lebih - lebih lagi tentang perniagaan Datuk Dan Mukhriz.” Anggerik berterus terang, Mukhriz Anggerik dah lama tak jumpa macam mana dia nak terangkan pasal hal itu dengan Mukhri. Lebih baik Anggerik tolak awal berharap Ayah faham situasinya.

“ Anggerik tak boleh Tolong Ayah pujuk Datuk.” Sekali lagi Ayah cuba memujuk Anggerik untuk lakukan hal tersebut.

“ Anggerik tak Janji Ayah dengan semua itu, takut Datuk dengan Mukhriz syak nanti dekat Anggerik. Sebelum ini memang Anggerik tak pernah ambil tahu.!” Serba salah Anggerik, untuk menolak permintaan Ayah kali kedua. Dari reaksi wajah Ayah dapat dilihat Jelas Anggerik. Ayahnya dalam masalah.

“ Tak per Anggerik Kalau kamu dah cakapkan macam itu. Ayah faham. Tapi jangan pula pasal benda ini kamu tak balik rumah kita lagi Anggerik. Ayah faham keadaan kamu.” Bicara terakhir Ayah lembut, Tapi tutur bicaranya mampu menangkap dalam segala perasaan Anggerik.

“ Maafkan Anggerik!”

****

“ Cik Mawar, Puan Anggerik dah keluar.” Lalila memaklumkan kepada Mawar keberangkatan Anggerik yang baru keluar dari bilik Ayahnya.

“Okay!” Panggilan ditamatkan Dan Mawar keluar dari bilik, langkah Segera diatur ke suatu ruangan untuk menunggu kehadiran Anggerik.

Dari jauh dapat dilihat Anggerik telah terarah kearahnya dengan lengok Anggerik yang memberikan Senyuman kearah kakitangan yang bekerja Di syarikat Ayahnya.

Suatu pandangan yang membuatkan Mawar nak termuntah dengan sikap Anggerik yang sengaja menyakitkan hatinya pagi ini.

Wajah Mawar dilihat Anggerik masam mencuka memandang kearahnya, sinis Dan bengis, membuatkan Anggerik serba salah untuk melangkah atau pun berpatah balik ke bilik Ayah. Selepas difikirkan Anggerik, tak perlu lagi dia untuk mengelak dari Mawar, lebih baik dia bersemuka dengan adiknya.

“ Mawar!” Senyuman Anggerik sambil Senyuman Kepada adiknya. Telah lama dia tidak bercakap dengan Mawar selepas kejadian dulu, tamparan Anggerik pada Mawar Dan kisah penipuan Mawar dulu. Dia tak sanggup maklumkan hal Mawar pada Mukhriz, berharap semua itu akan berlalu.

Balasan Mawar dari segala perbuatan Anggerik tadi, dapat dilihat Jelas Di matanya. Wajah bengis Mawar Dan kemarahan dalaman Mawar yang Anggerik sendiri tak faham, kenapa hubungan mereka sekeruh itu.

“ Buat apa disini Anggerik?” Suara Mawar tegang dalam dia Ingin mengetahui tujuan Anggerik pagi - pagi telah kesitu.

“ Ayah panggil Angerik kesini, kami bincangkan sesuatu.” Suara Anggerik membalas soalan Mawar tetap lembut. Dia tidak mahu salah faham dahulu diungkit, dia telah Maafkan Mawar dengan kejadian dulu.Anggerik juga menyesali sikapnya yang terlepas tangan menyakiti hati Mawar dengan menampar pipinya. Ternyata Anggerik masih sayangkan Mawar.

“ Mawar sihat, Anggerik dah lama tak jumpa Mawar. Kita dah lama tak berborak macam dulu.” Perasaan Anggerik sedih dari dalaman hatinya. Kenapa hubungan dirinya Dan Mawar tak Sebaik adi beradik dalam keluarga yang lain. Dimana mereka tersilap dalam menjaga hubungan itu.

“ Tentu aku sihat. Kenapa Engkau doakan aku mati Anggerik?” Sinis bicara Mawar yang membuatkan Anggerik bersedih dalam diam. Namun Anggerik masih tenang menghadapi Adiknya waktu ini.

“ Kalau tak ada apa - apa Anggerik pergi dulu, semoga berjumpa lagi Mawar.” Anggerik tiada niat untuk keruhkan lagi keadaan, selamanya dia beralah. Untuk beralah lagi kali ini dia tidak kisah. Asalkan kehidupan Mawar tak terganggu dengan kehadiran dia disitu.

“ Engkau dah buat masalah Dekat sini Anggerik..! lepas itu engkau nak tinggal macam itu jer?” Mata Mawar masih tajam memandang Anggerik. Dia mahu kan jawapan kenapa Angggerik muncul disitu.

Kaki Anggerik yang melangkah terhenti.. “ Apa Maksud Mawar, dia tak lakukan apa - apa kesalahan disitu, kenapa dia yang dituduh Dan dipersalahkan. Dia tak ada kena mengena dengan segala percakapan Mawar.

“ Apa Maksud Mawar?” Pandangan Mawar diwajahnya Angggerik balas. Mata Hazelnya memandang wajah adiknya tajam.

“ Engkau suka perkerja - pekerja disini sanjung engkau, puji engkau Anggerik, sebab itu engkau kesinikan?” Wajah Mawar tak ubah bagaikan mahu menelan Anggerik Di hadapannya.

“ Ini pertama kali aku datang sini Mawar?lagipun aku tak tahu yang engkau di sini. Kita dah lama tak jumpa.. Aku dah cuba elak dari aku dengan engkau tinggal dan berada dalam tempat yang sama. Tapi masih salah aku, Kalau hari ini aku muncul disini dalam masa yang tak sampai beberapa jam, sebab semua benda Dan pemilihan bodoh engkau itu.” Anggerik mula merasakan alasan Mawar yang menuduhnya tidak logik. Kenapa dia sahaja yang disalahkan, sedangkan Mawar dia masih tak ubah dengan perangainya, walaupun Mawar telah bertahun berpisah dengannya.

“ Engkau dah tahu aku tak suka kehadiran engkau, kenapa engkau muncul lagi hadapan aku?” Suara Mawar terpekik, membuatkan ada mata - mata yang berani memandang ke arah mereka.

“ Ayah”..
Satu jawapan Anggerik yang membuatkan Mawar terdiam..

“ Kenapa engkau terdiam, kenapa tak tanya Ayah sendiri sebab apa Ayah paksa aku kemari?”
Kali ini tiba Giliran Anggerik untuk bersuara.

“ Lupakan semua persengketaan kita Mawar. Apa lagi yang Engkau nak buat dalam hidup aku. Setiap kali engkau musnahkan hidup aku Mawar, tuhan pasti bantu aku. Engkau tak nampak apa yang jadi dulu?” Kedudukan Mawar disisi Anggerik

“ Anggerik dah tahu?” Berkerut dahi Mawar memikirkan jika Anggerik dah tahu Tentang perbuatannya malam itu, yang membuatkan Anggerik tidak tersedar. “ Tapi mustahil”..bicara Mawar sambil menunggu reaksi Anggerik.

“ Apa yang engkau dah tahu Anggerik?”Mawar Was - was dengan bicara Anggerik yang semakin membuatkan dadanya berdebar.

“ Hubungan aku dengan Mukhriz Mawar. Sebanyak Mana engkau sakit kan hati aku Dan kacau kehidupan aku, sentiasa ada lelaki disamping aku Mawar. Lelaki yang Cintakan aku. Itu yang engkau kena tahu!”

“ Lelaki - lelaki itu semua engkau perangkap Anggerik dengan wajah engkau itu. Sebenarnya engkau Manusia hipokrit yang pernah aku jumpa!”

Mawar masih belum puas dengan Anggerik. Sebolehnya dia tidak mahu hari itu berlalu dengan Anggerik mendapat kemenangan, hatinya sakit memikirkan segala yang telah terjadi sebelum ini.

Segala plan dirinya memisahkan Angerik dengan lelaki selepas Nicho tak menjadi. Paling menyakitkan hati Mawar, tuhan gantikan pasangan Anggerik dengan lelaki yang Dia paling Sayang Dan cinta , lelaki yang sepatutnya menjadi jodoh dia. “ Mukhriz”

“ Terpulang Mawar Tapi engkau boleh lihat sendiri dari kejadian sebelum ini siapa yang bahagia dari semua ini.”
Anggerik Hanya mahu Mawar tersedar dengan perbuatan Dan sikapnya sebelum ini. Berharap Mawar Takkan Benci Dan menganggunya lagi.

“ Engkau ingat kebahagiaan itu akan selama - lamanya milik engkau Anggerik?” Suara Mawar kembali sinis dari sisi dirinya dengan Anggerik.

“ Tiada jawapan untuk itu Mawar, Tapi yang aku tahu Doa engkau untuk kebahagiaan aku sentiasa aku nanti Walaupun aku tahu engkau tak pernah terima aku!”

Habis bicara Anggerik tinggalkan Mawar. Tiada guna dia lebih lama disitu, memburukkan lagi keadaan Dan kemarahan Mawar pada dia.

Dia cuma berharap Mawar dapat beri peluang Dan ruangan sedikit dalam hati adiknya, dalam menerima dirinya menjadi sebahagian dari kehidupan Mawar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience