48

Romance Completed 306520

*** Lepas***

" Mana Dia?" Mawar hadir Di bilik Hotel Terry . Dia telah merasakan Keterujaan dirinya ingin melihat wajah Anggerik. Atau kata lain, wanita yang ditahan. Senyuman di bibirnya semakin melebar, namun reaksi dari Terry masih bersahaja tiada reaksi.

" Duduk dulu, sekejap lagi aku kita lihat dia." Ketenangan wajah Terry pagi itu Dan Isyarat Minum yang diberikan Terry menggunakan matanya kearah Mawar. Dua gelas air telah terhidang dihadapan mata Mawar .

Mawar sedikit was - was dalam diri. Takut Blue rancangkan sesuatu.

Tapi dia tidak hiraukan, Dia Hanya memilih untuk tidak minum air di  bilik lelaki itu. Dia tahu Blue Licik. Dari jadi sesuatu kepada dirinya  lebih Baik dia mengelak.

" Kenapa tak minum air itu?" Suara Terry yang tenang memulakan helah. Reaksi wajah Mawar yang berubah buatkan Terry tersenyum sinsis.

" Saya tak dahaga!" Alasan Mawar yang mmebuatkan Senyuman Terry melebar.

" Aku tak letak ubat tidur dalam minuman itu, aku takut Engkau akan menyesal nanti " tajam bicara Terry, namun bicaranya ada unsur Perlian ditelinga Mawar.

" Kenapa mulut Awak Blue, pagi tadi saya lihat Awak tak ada lebam macam itu!" Jelas dimata Mawar tanda kebiruan di bibir Blue Dan muka Terry mula membengkak. Kelihatan lelaki itu baru lepas ditumbuk. " Awak bergaduh" telahan Mawar melihat kesan tinggalan bukti dimatanya.

" Hmmm, biasalah kerja aku, sebab aku buat kerja sambil lewa, aku kena tipu. Ini lah natijahnya bila aku tahu hal sebenar. Tapi aku tahu Mawar engkau Takkan buat aku macam ini kan?"

" Saya buat apa?" Mawar terketar - ketar dalam bicaranya, tersenyum kecil Tapi wajah yang tadi Teruja sedikit pucat. Nafas Mawar Seakan tersekat Dan dadanya berdegup kencang.

Matanya melihat kearah Blue, yang memandang kearah lain disudut pandangan bilik itu. Mata lelaki itu tidak terarah kearahnya. Dia lega dalam masa yang sama Dia takut.

" Ketua Mafia dia tipu! Entah apa hukuman pada diri dia jika lelaki itu tahu."

" Tipu! Aku harap Engkau tak tipu aku dengan penculikan itu. Jadi Mawar? Aku nak tahu apa persengkataan engkau dengan yang dekat dalam itu. Siapa dia?"

Terry Licik sengaja Dia mahu Mawar sukar bernafas dengan soalan dia. Dia mahu melihat reaksi Mawar, Sejauh Mana Mawar mahu menipu dia Dan melihat Sejauh Mana Mawar boleh bertindak.

" Dia, Maksud saya dia jiran saya, Tapi saya dah Anggap dia kakak? Tapi Terry dia tu jahat selalu sakit kan hati saya, suka buat hidup saya menderita. Dia tak bagi saya hidup dengan tenang.

Dia akan mempengaruhi orang yang rapat dengan saya, Dan mungkin Awak tak terkecuali!" Fikiran Mawar tak dapat nak berfikir apa lagi pembohongan yang boleh dia cerita kan untuk menipu tiru.

Disebalik penceritaannya dia gugup. Tak sangka Blue bertanya details, selalunya lelaki itu tidak ambil peduli. Dari Setiap perjumpaan dengan Blue, lelaki itu tak pernah ambil peduli Tentang hal - hal melibatkan dirinya Tapi kenapa sekarang? Mungkin selepas penipuan yang terjadi tadi.

Kali ini lain, kalau dia tahu awal, dia akan membuat persediaan dengan cerita buruk dengan sikap Anggerik. Sebaliknya dia gugup dalam ceritanya. Kerana itu dia meneguk air dihadapannya.

" Bingo!" Mata Terry melihat kearah Mawar yang pucat Dan gugup sedang meneguk air didalam gelas dihadapannya. Setelah habis minuman yang diminum Mawar, baru lah Terry berdiri dan melangkah untuk meninggalkannya tanpa sepatah perkataan.

" Awak nak pergi mana?" Sesuatu dirasakan Mawar pelik pada dirinya. Tiba - tiba sahaja matanya menjadi Kabur bersama pening yang mulai menganggu sistem tubuhnya.

Mawar cuba bereaksi dengan tenang bila dilihat Blue melangkah bersahaja meninggalkan dirinya. Mawar cuba bangun Tapi pening dikepalanya semakin kuat, tangannya memicit dahi dengan segera.

Kesakitan yang amat sangat dirasakan Mawar. Dalam kekaburan pandangan Sempat Mawar berfikir Dan matanya melihat kearah cawan yang kosong, isinya yang telah berada dalam tubuhnya.

" Takkan dia buat sesuatu pada aku? Minuman itu!" Dunia Mawar bergelap Dan dia tidak ingat apa - apa.

****

" Terry melangkah mendapatkan Mawar yang telah terbaring kaku. Sinis dari senyuman dibibirnya, sambil Jari jemarinya mengelus lembut kulit pipi wanita yang berada dihadapannya.

Dia dibuai perasaan kenangan mereka dulu. Tanpa disangka wanita dihadapannya Mawar, Dan akan menjadi " Watak Utama" dalam hidup dia. Pertama kali Terry ditipu Dan penipuan itu dilakukan oleh seorang Perempuan.

"Tom and Jerry Mawar, Tapi kali ini versi aku Jerry dalam Gengaman aku!"

Pembantu Terry telah hadir disitu dengan panggilan dari dari Terry sebentar tadi!

" Angkat dia Dan bawa ke tempat sepatutnya. Pastikan semua selamat." Arahan Terry bersama senyuman sinis dibibir.

Satu panggilan keluar dibuat Terry untuk Maklumkan kepada seseorang. Dia mahu segala kerjanya tertutup Dan segala perbutannya tidak dihidu sebelum kerjanya melibatkan kes Anggerik ditamatkan.

" Apa lagi Terry?" Suara Adam yang Jelas kedengaran masih tidak berpuas hati dengan dirinya.

" Aku dah jumpa Dalang itu Dan aku akan tamatkan segalanya Adam. Anggerik selamat selamanya!" Terry memberikan jaminan, cuma berharap kepercayaan Adam selama ini kepada dirinya dapat kembali.

" Pastikan itu Terry jangan buat kesilapan kali Kedua. Engkau lihat bagaimana Cara engkau bekerja dalam masa yang sama kesan engkau tak serius dalam hal itu. Selamat semuanya masih dalam selamat."

"Kalau aku tahu engkau buat silap lagi Terry, kali ini aku takkan berikan peluang kedua. Engkau akan terima akibat!"

Adam marah dengan semua apa yang terjadi, Tapi dia amat bersyukur Anggerik selamat. Dia telah melepaskan geramnya sebentar tadi kepada Terry, kesilapan adiknya dalam menculik Anggerik.

Reaksi wajah Terry yang begitu menyesal hal itu, membuatkan Adam terdiam Dan berharap Terry akan kotakan segala janjinya.

Menyelesaikan Dan tamatkan perkara itu jauh dari Anggerik. Anggerik akan selamanya selamat. Itu yang telah dihanjikan oleh Terry kepadanya.

" Baru Adam terfikir? Apa Maksud Terry Tentang menjauh?" Tapi kerana kesibukan Adam untuk kembali ke negaranya membuatkan pemikiran Adam terbatas. Dia mulai menumpukan perhatian Kepada kerjanya selepas dipastikan Anggerik selamat sepenuhnya."

Sekarang dia perlu risaukan tentang Maddy? Selesaikan percintaan adik perempuan seorang dalam keluarganya dengan Cinta dari musuh keluarga mereka. " Cinta", sesuatu yang memeningkan hidup Adam. Dia juga dengan percintaan terlalu hanyut hingga sukar untuk membuka kan hati kepada wanita lain.

" Maddy" Dia takut juga adik perempuannya mempunyai hati Dan perasaan Cinta sepertinya.

Hal itu akan parahkan lagi hidup Adam. Dia sayangkan Maddy Dan tidak mahu melihat Maddy kecewa dengan keputusannya.

Jika Maddy bersedih, Adamlah yang paling teruk menderita. Maddy tidak pernah sekali dimarahi oleh Adam. Tidak seperti Terry Dan James yang selalu menjadi mangsa kemarahannya, terutama Terry.!

Kali ini Adam terpaksa membuat keputusan Demi Organisasinya, menjaga legasi keturunan dirinya yang besar. Tanggungjawab dirinya tidak mudah, dia perlu mengatur strategi yang boleh Selesaikan masalah itu tanpa Maddy adiknya kecewa Dan bersedih. Disamping itu segala keputusannya tidak akan melibatkan legasi kelak..

" Dasar lelaki hidung Belang, Maddy kenapa engkau terlibat dengan semua ini. Abang dah Suruh engkau Jauh kan diri dari legasi. Kenapa dia ?" Raut

wajah Adam yang tenang kembali serabut, tangan diraupkan kewajah untuk menyedarkan Adam. Suatu yang perlu dilakukan kini, kejam Atau mengalah dengan kehendak Maddy.

****

Kereta berhenti Segera secara mengejut, bagaikan sedang dalam perlumbaan, sepasang lelaki turun dari kereta tanpa menunggu pembantu membukakan kereta Di luar.

Terlihat Terry bergegas dengan pecutan mengarah ke Pintu Utama. Tanpa sebarang reaksi Dan arahan kepada pembantu, Jelas Hanya dia yang kelam Kabut dalam hal itu. Sekilas Terry tidak memandang kearah belakang. Dia terkejar dengan masa, langkah kaki yang panjang digerakkan dengan menaiki tangga untuk dia Segera sampai ke bilik.

Dia perlu Segera sampai dulu disitu sebelum abangnya, Adam!

Termengah - mengah Terry meniti Satu persatu tangga mengarah kearah biliknya. Tidak pasal - pasal tangga yang selama ini Terdapat Di Hotel itu, dimaki oleh Terry kerana hari itu tangga itu telah menyusahkan dirinya.

Semua itu disebabkan Kerana Terry perlu meniti anak tangga yang tinggi dan Sempat. Tidak sesuai dengan tapak kakinya yang lebar dan panjang bersaiz barat.

Dia Tiada istilah rehat sepanjang dia bergegas, dia perlu mencapai tujuan dirinya yang Satu. Sampai dahulu di destinasi tujuannya.

" Cepat buka pintu!" Arahan Terry sambil kelelahan dirinya sebentar tadi memanjat tangga telah menghuni seluruh tenaga Dan angota badannya. Semput, lelah , tidak Cukup pernafasan semua ada. Tujuan Terry Satu dia perlu mendapatkan Anggerik.

" Pintu telah dibuka tanpa kunci oleh pembantunya. Tubuh Terry memasuki ruangan laluan Pintu rumahnya Dan terus berjalan kebilik dipercayai Terdapat Anggerik.

" Plak!"

Pernafasan Terry lega bila melihat sesusuk tubuh wanita masih disitu. Perasaan bersalah menghantui Terry bila dilihat, perempuan yang berada dalam tawanan dirinya bertopeng. Tidak menampakkan wajah.

Segera Terry mendapatkan Anggerik Dan topeng Di bahagian wajah yang menutupi wajah Anggerik dibuang.

Tiada sebarang suara yang keluar dari Suara Terry. Dia sungguh tidak menyangka Dia telah membuat kejam Kepada Anggerik dalam tidak tersedar Dia yang sepatutnya ditugaskan menjaga keselamatan Anggerik, Tapi dia juga yang membuatkan Nyawa Anggerik dalam bahaya.

Sungguh waktu itu, Terry rasakan dia Tak guna kerana mendapat sepenuh kepercayaan dari Adam.

Perkara pertama yang dapat dilihat Terry. Mata Hazel Anggerik yang terjegil memandang kearahnya bagaikan tidak percaya Terry dihadapannya.

" Terry!" Bersama tangisan diwajah Anggerik. Terry yang tidak mahu berlengah, semua ikatan yang Terdapat di Tubuh Anggerik dileraikan tanpa sebarang reaksi dari Terry.

Sebaik sahaja ikatan dileraikan Anggerik terus memeluk Terry kerana lelaki itu telah menyelamatkan dirinya.

" Terry!" Bersama esakan ditubuh Anggerik yang telah menggila. Anggerik meluahkan segala ketakutan Dan trauma yang berlaku kepada dirinya selepas 2 hari dalam tahanan akibat diculik. Lebih menyedihkan Anggerik, dia tak tahu dia diculik disebabkan apa.

Dari seorang penculik, kini Terry telah
Menjadi penyelamat bagi Anggerik. " Tapi perkara itu semua bolehkahAdam percaya. " Dia penyelamat Anggerik?"'

Plak!

Adam muncul sewaktu Terry Dan Anggerik sedang berpelukan. Matanya meliar melihat siapa wanita yang dalam pelukan Terry.! " Anggerik!" Kejutan Adam yang berwajah bengis melihat kearah Terry.

" Engkau buat apa Terry?" Suara kasar Adam yang membuatkan pelukan Anggerik dilepaskan.

Anggerik pun tidak tersedar dengan ketelanjuran dirinya memeluk Terry sebentar tadi. Dia sebenarnya takut dengan apa yang telah terjadi. Sebaik Terry terlihat di mata Anggerik, Anggerik bersyukur Dan terlepas pandang dengan hubungan dirinya dengan juga adik Adam.

" Adam! Bukan yang macam Awak fikirkan. Terry yang selamatkan saya!" Penjelasan Anggerik bersama tangisan Anggerik yang masih tidak boleh melupakan dengan apa yang telah berlaku kepada dirinya, sepanjang dia diculik. Betapa Anggerik takut dengan kehidupannya yang akan berakhir tanpa sesiapa menyedari dirinya telah diculik.

" Anggerik! Syukur pada tuhan Anggerik Awak selamat. Saya tak tahu macam mana saya fikir, kalau disebabkan hal ini saya Kehilangan Awak Anggerik. Saya sangat - sangat mahukan Awak selamat dan tidak mahu Awak melalui semua ini Anggerik.! Dah banyak Awak menderita sebelum ini.”

Mata Adam melihat kearah Terry. Pandangan kerlingan tajam. Anggerik telah berada dihadapannya. Dia Dan Angegerik kini saling berpandangan, dalam usaha Adam untuk menenangkan Anggerik dalam kesedihan dirinya yang masih trauma dengan apa yang jadi.

Terry masih kaku tiada bersuara, Dia tidak berganjak dari tubuhnya berdiri. Hanya mata Terry yang masih memandang Anggerik.

Bukan sesuatu dari perangai Terry yang Adam rasa. Adam mengesyaki ada sesuatu yang Terry sorokkan dari dia. Dan penemuan Anggerik Di sini menbuatkan Adam semakin mencurigai adiknya.

" Apa yang Terry sorokkan?"namun dia akan mendapatkan jawapan selepas dia Selesaikan urusan dengan Anggerik.

" Awak dah selamat Anggerik! Tak Perlu bersedih. Saya disini temankan awak ." pujukan Adam yang membuatkan Anggerik tenang. Tapi tangisan Anggerik masih tersisa menyingkap segala yang terjadi.

" Penculik itu macam mana Adam. Saya takut kalau mereka Cari saya lagi!" Anggerik meneruskan dengan kerisauan dalam hatinya. Dia belum lagi dimaklumkan cerita sebenar apa yang terjadi pada penculik, hanya Terry Dan Adam yang berjaya menemui Anggerik.

Adam mengetap bibir Dan matanya terarah Kepada Terry untuk menjawab Kepada Anggerik bersama Reaksi Adam ingin mengetahui jawapan Terry, Tentang penemuan Anggerik.

" Engkau selamat aku akan Pastikan perkara itu Anggerik. Selamanya akan aku Pastikan!" Wajah Terry renungan matanya Hanya terlihat memandang Anggerik dimata Adam, tidak berpaling memandang kepadanya. Menguatkan lagi syak Adam, memang ada sesuatu.

" Aku panggilkan Mukhriz kesini Anggerik dia juga perlu tahu engkau telah dijumpai, dia juga sedang risaukan keadaan engkau."

Dengan pantas Adam membuat panggilan kepada Muhriz, namun penemuan Anggerik Perlu dirahsiakan dulu, kerana Adam masih tidak mengetahui Dalang Siapa yang terlibat. Hanya Anggerik yang ditemui, Mana penculiknya? Itu yang Adam semakin bengang dengan Terry.

" Adam! Suara Mukhriz Di panggilan yang membuatkan hatinya tidak tenang. Panggilan dari Adam menandakan panggilan itu berkaitan dengan Anggerik. Lebih lemah diri Mukhriz jika panggilan itu menandakan sesuatau yang buruk terjadi pada Anggerik.

" Adam kenapa dengan Anggerik?" Suara kerisauan Mukhriz Jelas menunjukkkan hatinya tidak tenang.

" Mukhriz Anggerik ada dengan aku. Engkau datang Hotel XXX. Anggerik di sini. Aku rasa dia Perlukan engkau. Aku nampak Dia takut lagi dengan kejadian yang menimpa dia." Bicara Adam panjang Tapi terpaksa diringkaskan untuk Mukhriz faham Dan Segera mendapatkan Anggerik.

Dia mahu memeluk Anggerik untuk meredakan perasaan Anggerik yang masih trauma diculik. Tapi dia tidak layak, yang Lebih layak mendapatkan Anggerik Mukhriz.

" Aku datang sekarang Adam!" Suara keterujaan Mukhriz bersama panggilan ditamatkan.

Adam kembali mendapatkan Anggerik yang masih diam. Tapi dapat dilihat Adam Anggerik seperti kepenatan.

" Aku ganggu engkau Anggerik?" Adam memulakan perbualan Ingin mengetahui perkara sebenar Tentang Kehilangan 2 hari Anggerik yang lebih dikenali Penculikan Anggerik. Dia tahu Anggerik penat Tapi dia perlu tahu sesuatu dari kejadian itu.

Anggerik Hanya mengelengkan kepala, menandakan Adam tidak menganggu dia. " Cakaplah apa Engkau nak tanya Adam?" Suara Anggerik lemah tapi dia sehabis upaya untuk kuatkan semangatnya. Adam disitu untuk membantunya.

" Adam aku rasa biarkan Anggerik berehat dulu. Tak Baik engkau kacau mood dia sekarang. Biarkan emosi Anggerik tenang tanpa gangguan!" Terry sehabis baik tidak mahu Anggerik menceritakan apa yang terjadi. Tersilap langkah dari bicara Anggerik, rahsia dirinya akan terbongkar.

Adam dengan otak genius dia dalam perkara begini, boleh buatkan Terrry mengelabah lebih - lebih lagi jelingan Adam sebentar tadi. Terry telah Kecut perut sebentar tadi. Lihat Adam muncul selepas dia melepaskan Anggerik. Nak gugur jantung Terry, seminit tidak terlewat dia berjaya melepaskan Anggerik dari ikatan.

" Ikatan?" Baru Terry ingat? Ikatan Anggerik dan Tali. Pucat mayat wajah Terry bila dia ingatkan Tentang Tali ikatan tangan Anggerik yang dibuka sebentar tadi. Dia lupa dia letak kan dimana tali - tali itu semua.

Sungguh Terry menyesal, dia yang menyuruh Scoth mengikat pergelangan tangan Anggerik disebabkan dia sedang sibuk memburu Alex. " Bodoh". Reaksi wajah Terry berubah. Yang melihat Adam memandang kearahnya.

" Engkau Lihat apa Terry?" mata Adam turut memandang ke lokasi yang sama linkungan mata Terry melihat.

" Fuck!" Sesuatu terlihat di mata Adam. Dia telah tahu sessuatu. Tajam mata Adam melihat Terry. Dia tiada pilihan, dia perlu Segerakan Anggerik Keluar dari bilik itu. Jika Mukhriz perasan apa yang dilihat matanya. Tentu lelaki itu juga syak apa yang terjadi.

" patutlah mereka gagal menjejak Anggerik. Rupanya kerja Terry, adiknya. Adam akan Arahkan Terry untuk Jelas kan semua itu kepada dia. Tapi bukan sekarang, sebab sekarang Anggerik masih disitu dan jika perkara ini terbongkar, Terry akan terlibat sama dengan amukan keluarga Mukhriz, lebih - lebih lagi Datuk Mumtaz. Keluarga Mukhriz juga Adam tahu tidak kurang hebatnya.

" Anggerik kejap lagi Mukhriz akan sampai aku harap Engkau tak Terasa kalau aku yang hantar engkau ke rumah Datuk Mumtaz?" Plan Adam berjalan lancar dalam menutup jejak Terry. Tapi itu semua akan berjaya dengan persetujuan Anggerik.

" Saya dah tak duduk situ lagi Adam. Saya dah berpindah rumah Mukhriz, rumah kami." Anggerik menahan nafas dalam masa yang sama dia sukar untuk menelan ditekaknya memikirkan dia akan keseorangan tinggal dirumahnya sementara menunggu Mukhriz. Dia takut penjenayah itu kembali. Dia masih trauma dengan apa yang terjadi.

" Awak tak keberatan kalau saya hantar Awak kesana Anggerik?" Adam masih mencuba untuk Anggerik setuju dengan cadangannya.

" Adam Apa engkau buat ini?"Terry tidak berpuas hati melihat tindakan abangnya, seperti Adam memaksa Anggerik untuk keluar Segera dari situ.

Namun sebaliknya dilihat Terry diwajah Adam. Reaksi Adam jelas dilihat Terry, bengis sambil memandang kearahnya, bagaikan ada yang tidak kena. Dan renungan itu bagaikan arahan untuk dia diamkan diri.

sekali lagi Terry kecut melihat perubahan Di muka Adam. Terry tahu Adam bukannya seorang yang pemarah, telah banyak kali dia membuat perangai, banyak kali Adam akan bersabar, namun Panas dihati Adam akan menaik sekiranya dia berjaya ditangkap membuat sesuatu hal yang Betul - Betul besar.

Dalam kes kali ini, penculikan. Tapi hal itu bukan penculikan biasa yang selalu dijalankan Terry, penculikan kali ini melibatkan Anggerik. Jadi perkara itu Tentu besar bagi Adam. " Adam dah tahu pasal itu." Kuat firasat Terry, mengatakan Adam telah tahu mengenai hal itu.

Anggerik yang dapat melihat perubahan di wajah Adam Dan Terry mula memainkan peranan. Mungkin salah faham tadi disebabkan pelukan dia dengan Terry. Tapi bagi Anggerik adik Adam tidak bersalah. Untuk jernihkan kembali keadaan Anggerik perlu keluar dari situ.

" Saya ikut Awak Adam, lagipun saya rasa Mukhriz masih jauh lagi nak kesini, Awak telefon kembali Mukhriz, mungkin Awak boleh tumpangkan saya dimana - Mana."

" Saya minta maaf kalau hal itu susah kan Awak Anggerik, Tapi saya perlu Segera serahkan Awak pada Mukhriz, Awak tanggungjawab dia!" Adam bangun dari duduknya memberikan laluan Kepada Anggerik. Mereka perlu Cepat sebelum Mukhriz tiba. Dari jarak masa yang ditilik Adam dari segi masa, Mukhriz akan tiba lebih kurang dalam 20 minit lagi. Hal itu Sempat untuk Adam menghantar Anggerik di tanah lapangan yang akan menurunkan Mukhriz.

" Saya faham Adam. Lagipun saya sudah terlalu rindukan Adham. Saya dah dua hari tak lihat dia. Wajah Anggerik kembali tersedih membayangkan anaknya yang ditinggalkan dua hari bukan disebabkan dirinya yang meninggalkan Adham. Tapi keadaan yang memaksa.

" Kita pergi sekarang Anggerik!" Cepat tindakan Adam. Anggerik dilihat terus mendapatkan Terry mengucapkan terima kasih atas pertolongan lelaki itu tadi, tanpa Anggerik ketahui perkara sebenar.

" Terry Hanya menganggukan wajah.!" Sedangkan hatinya rasa bersalah Kepada Anggerik.

Kini tiba Giliran Adam yang terarah Kepada Terry. Anggerik telah menuju melangkah kepintu Utama Hotel.

" Aku akan kembali Terry, sekejap lagi. Ada perhitungan yang masih belum selesai!" Sinis bicara Adam bersama jelingan meninggalkan Terry yang diam seribu bahasa.

***

" Anggerik!" Mukhriz memeluk diri Anggerik selepas diserahkan kembali oleh Adam di lapangan. Sebaik diserahkan Dan dalam pelukan Anggerik. Adam menghilang selepas kedua- duanya tersedar dengan keterlanjuran mereka berdua tadi.

Bermesra dihadapan Adam, membuatkan mereka menyesali perbuatan mereka. Tidak sepatutnya mereka lakukan hal itu tanpa fikirkan perasaan lelaki itu. Mukhriz meraup wajah tersedar, begitu juga Anggerik yang lalai Tentang hal tadi.

" Kita balik Anggerik, Awak Perlu berehat, ramai yang risaukan keselamatan Awak Anggerik.!"

" Saya ingatkan tak ada siapa yang sedar Kehilangan saya Mukhriz!" Mata Hazel Anggerik kembali berair kembali mengingati kejadian hitam hidupnya. Ketakutan hidup didalam bilik yang gelap Dan berair dengan bunyi - Bunyian yang Anggerik tak tahu datang dari Mana, kerana kawasan kurungannya gelap.

Segala yang dikatakan lelaki Asing itu benar - benar tejadi, tepat jam yang dimaksudkan kurungan Anggerik akan bergelap. Tinggalah Anggerik keseorangan melayan perasaan Dan tidur dalam kesejukan.

" Selepas Awak berehat Anggerik kita jumpa Ayah dulu. Tentu Ayah tidak sabar nak lihat Awak kembali Anggerik!"

Anggerik Hanya menganggukan wajah tidak mahu mengiyakan ataupun menidakkan.Waktu ini dia perlukan rehat secukupnya. Dia terlalu penat dengan apa yang terjadi.

" Mukhriz nanti Tolong kejutkan saya kalau kita telah tiba." Lemah Suara Anggerik yang membuatkan hati Mukhriz bersedih dengan nasib yang menimpa Anggerik. Kali ini Anggerik terselamat. Bagaimana jika lain kali?

Satu ciuman Mukhriz berikan kepada dahi isterinya Dan Di ubun - ubun Anggerik. Melihat kearah isterinya yang telah terlena dibuai minpi.

" Tidur Anggerik, Esok semoga kita masih bersama lagi?" Persoalan yang menganggu fikiran Mukhriz. Keselamatan Anggerik yang paling Utama kini bagi Mukhriz. Bolehkah dia menjaga Anggerik lagi, sedangkan kali ini juga Adam yang berjaya selamatkan Anggerik. Bukan dia ?"

***

"Buk!"Bahagian bibir kanan Terry berdarah.

"Arghhhhh!" Suara kesakitan Terry Tapi dia tidak melawan. Masih tegap berdiri.

Buk!" Satu lagi tumbukan pada hidungnya, yang membuatkan Terry kesakitan menahan hidungnya berdarah dengan tangannya.

Hmmmmmm! Ssssssaskkkk! Terry menahan kesakitan.

Adam memang mengamuk gila dengan adiknya. Terry pula tidak melawan Adam. Segala yang boleh dijadikan senjata oleh Adam digunakan untuk membelasah Terry. Wajah tenang Adam yang selalu menghiasi wajahnya menghilang, diganti dengan wajah Devil Nicholas.

" Buk.!" Kali keberapa!!!! Adam menumbuk Terry kali ini juga Terry tidak melawan. Badannya yang melayang Dan terjatuh kearah sofa kembali dibangunkan. Dia tak sangka tumbukan Adam membuatkan dia tersungkur jatuh di sofa. Kali ini Terry tewas, nyawanya tinggal nyawa - Nyawa ikan baru Adam Lepaskan dia.

Adam berehat dari lelah membelasah adik sendiri, memberikan masa untuk Terry pulih. Selepas itu dia akan buat keputusan tamatkan Atau teruskan lagi.

Terry mencuba bangun sambil tersenyum sinis melihat Adam..

" Nyawa ikan engkau belasah aku Adam,! Tapi aku tetap boleh berdiri..Apa engkau tak puas hati lagi?" Terry menaikkan lagi api kemarahan Adam.

" Apa engkau dah buat pada Anggerik? Engkau yang culik dia?" Gigi Adam dilketapkan geram sambil matanya tajam memandang Terry.

" Aku tak sengaja, salah sangka? Bukan niat aku?"

" Macam mana engkau boleh culik dia? Tanpa engkau siasat siapa yang engkau culik! Tak guna?" Bentak Adam geram dengan sikap Terry yang sambil lewa.

" Aku percayakan orang itu, aku tak sangka dia Anggerik. Kes berjalan dalam masa yang sama . Aku keliru?"

"Itu Sebab bila bekerja Engkau tak gunakan otak engkau tu Terry. Beku Sebab engkau selalu gunakan Arak tu untuk engkau Selesaikan masalah engkau!" Mengarut Terry? Engkau dalam dunia ini, Takkan Engkau tak tahu permainan dunia gelap ini.
" Siapa yang engkau percaya?"

" Kawan aku!" Terry tidak mahu rumitkan keadaan. Dia tidak mahu jika dia cerita kan segalanya, perkara itu Selesai Di situ. Dia akan mengambil tindakan mengikut kepala dan peraturannya. Tanpa campur tangan ahli keluarga yang lain. Dia pasti Anggerik akan berlembut hati lagi dengan Mawar.

" Siapa kawan engkau? Adam tidak puas hati!"

" Aku tak pernah masuk canpur hal engkau Adam, aku yang mula kan masalah ini? Biar aku yang Selesaikan? Aku tak perlukan cadangan engkau. Ini dunia aku?" Wajah Mawar terjalur dalam fikiran Terry. Wajah Licik disebalik semua yang Jadi.

" Pastikan kali ini engkau buatkan kerja tamat Terry jangan engkau kejutkan aku lagi dengan semua perkara mengarut ini." Adam masih belum puas.

" Aku menyesal Adam apa yang jadi, Kali ini aku Pastikan Angerik selamat selamanya."

" Buktikan!" Adam keluar tanpa berpaling. Kali Ini kata - kata Terry dia pegang. Sekali kesilapan akan buatkan Terry akan ingat kesalahannya Dan dia takkan lagi lakukan kesalahan yang sama.

Adam berlalu pergi Dan Terry yang menunggu merawat Luka diwajah Dan dihatinya yang menunggu Mawar..!"

                       ************

PB

Rewards..Vote, komen..Rate..         TQVM ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience