Bab 26 (A2)

Romance Completed 306524

“ Kenapa Cari saya? Apa yang nak Awak cakap! Cepatlah Saya tak ada masa.” Wajah jelak Sherry ditayangkan menyampah melihat kearah Anggerik.

“ Meluat!” Itu yang dirasakan oleh Sherry sekarang. Tak pasal - pasal dia kena hadap Isteri Mukhriz. Wanita yang paling dia Benci Tentu sahaja Anggerik.

Pesaing bagi Sherry. Itu yang dia rasakan waktu ini.

“ Saya janji Saya tak ambil lama masa Awak Sherry. Saya tahu hari ini kedatangan saya kesini menganggu awak kerja. Tapi saya ada hal penting yang Hendak dibincangkan. Saya harap Awak sudi.” Nada Suara Anggerik mengalah.Hari ini dai tiada niat untuk bermusuhan dengan Sherry. Dia mahukan Sebaliknya.

“ Apa dia? Cepat boleh tak. Kalau Saya rasa benda itu tak penting saya angkat Kaki Anggerik. Saya tak suka hubungan tiga segi. Samada Awak dengan Mukhriz Atau saya dengan Mukhriz. “ Sherry tegas dalam bicara. Wajah tak berpuas hati masih bertopeng diwajah Sherry.

Melihatkan reaksi Anggerik yang tidak membalas membuatkan Suara Sherry yang tadi meluat ditukarkan Nada.

“Setakat Ini Saya boleh bersabar.” Pandangan mata Sherry menjeling ke arah Anggerik.

“ Saya kesini di Sebabkan Mukhriz!” Pandangan mata Anggerik menunduk melihat kearah lantai.

“ Warhghhhhh! Pap.” Tangan Sherry menepuk.

“ Ada berita Baik yang Awak nak sampaikan. Kenapa Mukhriz dah terus terang hubungan kami. “ bersama ketawa jelik dari Sherry sengaja menambahkan sakit dihati Anggerik.

“ Bukan!” Anggerik menjawab pangas.

“ Kalau bukan Apa dia?” Semakin Panas hati Sherry. Wajah dah mencuka kegelisahan. Tiba - tiba suasana panas yang Ingin diwujudkan Sherry tak menjadi. Anggerik kelihatan tenang dengan segala perangai Sherry, yang mencabat kesabaran Anggerik.

“ Awak setuju terima Mukhriz dalam hidup Awak Sherry. Awak ikhlas terima dia.” Tanpa berahsia Dan raut wajah yang tenang, Anggerik meluahkan segala yang terbuku dalam hati Anggerik.

“ Apa!” Sherry terkejut. Namun riak diwajah cuba dikawal sehabis baik. Baru sebentar tadi dia telah menunjukkan perilaku buruk Kepada Anggerik. Dia ingatkan niat Anggerik kesitu untuk menghalang dia, Tapi sebaliknya yang jadi.

Semua yang disangka selama Ini meleset. Semakin Sherry Teruja untuk mengetahui apa yang berlaku.

“ Apa Maksud awak?”kedudukan duduk Sherry dibetulkan dengan kaki merapat Dan tumpuan diberikan kepada Anggerik. Sepenuhnya.

“ Saya nak Awak bahagiakan Mukhriz!” Suara Anggerik perlahan, namun keputusan dia saat ini nekad.

“ Cup? Maksud awak apa? Awak nak sedekahkan Mukhriz dekat saya ke macam mana? Saya tak faham!”

Tiba - tiba Otak Sherry jadi Blur. Kedatangan Anggerik dengan niat dalam hati dia. Benar - benar buatkan hati Sherry gelisah. Dia Seakan menemui Anggerik yang baru.

“ Mukhriz akan ceraikan saya. Saya Takkan kembali lagi dalam hidup dia. Saya akan buatkan Mukhriz kahwin dengan Awak Sherry. Tapi sebelum itu kami akan bercerai.” Anggerik tegas dalam bicara. Dia berterus terang dengan apa yang jadi.

Hati Anggerik hancur, namun semua yang dia buat Demi Mukhriz Dan kehidupan lelaki yang dia pernah sayangi.

“ Bercerai? Bila ? Awak nak buat lawak. Bukan dulu Awak yang berkeras Tentang Mukhriz? Kenapa sekarang?”

“ Bila yang Awak tanya. Saya tak boleh bagi tarikh yang sebenar. Maaf benda itu bukan sekarang. Bukan dalam tempoh terdekat ini. Mungkin lepas saya berpantang. Tapi Awak jangan khuatir, saya akan tunaikan janji saya pada Awak. Saya pegang janji ini. Saya nak Mukhriz bahagia.”

“ Awak mengandung dan Awak tak main- main. Anggerik Awak memang seseorang yang menyedihkan.” Sherry tersengih mengejek.

“ Saya tak main - main? Apa yang saya cakapkan Betul Sherry. Mukhriz akan jadi suami Awak. Itu yang Awak kena percaya.” Anggerik tak main -main.

“ Mukhriz perlu datang sini terangkan semua itu Anggerik. Baru saya percaya. Awak nak saya patah hati lagi dengan Mukhriz pasal awak? Takkan lagi kali ini.” Sherry tegas..

“ Habis itu apa Awak nak saya buat bagi Awak percaya Sherry.” Anggerik mengigitkan bibir. Dia sangka mudah untuk serahkan Mukhriz pada Sherry. Nampaknya perbincangan dengan Sherry agak sukar.

“ Bawa Mukhriz kesini. Baru saya percaya! Ada apa - apa lagi?”

“ Sherry!” Suara seseorang yang dikenali memanggil..

“ Sekejap!” Suara Sherry menjerit sambil pandangan dialihkan kepada Krew yang berada disekitar kawasan yang masih menantikan kehadiran Sherry untuk lakonan.

Sebaik sahaja pandangan mata Sherry kembali kearah Anggerik. Anggerik bersuara.

“ Saya akan datang lagi Sherry untuk perbincangan ini. Kali ini saya akan pastikan Mukhriz ada sekali dalam perbincangan itu untuk Awak percaya. Kebahagian Mukhriz terletak pada tangan Awak Sherry. Saya ikhlas Tentang hal itu.”

“ Saya pergi dulu!” Anggerik mengundurkan diri Dan menghilang dari sisi Sherry.

Sherry masih tergamam dengan apa yang berlaku dihadapan mata. “ Apa Maksud Perempuan itu? Kebahagaian Mukhriz dalam tangan aku? Kenapa bukan tangan dia?”

“Huh..! Masalah, bila ada masalah baru nak cari aku.” Keluhan yang dilepaskan Sherry sebelum langkahnya panjang menuju kearah Krew.

“ Yunk! Kenapa lambat! Make Up dah cair? Meh sini duduk dulu kita touch up!” Nad memberikan arahan kepada Sherry. Dengan tangan yang lemah gemalai memanggil jurumekap Artis untuk menjalankan tugas.

Muka Sherry ditouch up dengan segera Dan Nad masih disisi menunggu jawapan dari Sherry.

“ Ambilkan air Nad. Haus, banyak pula cakap dengan perempuan tadi!” Pandangan menyampah dilemparkan kepada Nad. Pembantu peribadi Sherry.

“ Nah! Satu air botol mineral diserahkan kepada Sherry. Botol yang selalu menjadi Simpanan Nad. Dia dah masak dengan perangai diva Sherry.

“ Thanks. Nanti dulu ! Saya nak minum air.” Sherry memberikan arahan kepada Juru Mekap sambil meneguk minuman botol yang telah dibukakan oleh Nad untuknya.

“ Siapa datang tadi? Macam kenal. Kenapa lama sangat berbincang?” Nad tak puas hati.

“ Anggerik isteri Mukhriz. Ada benda personal dia nak bincangkan. Nanti kita bincangkan Nad. Dekat sini banyak sangat mata - mata.” Sherry membuang pandangan kepada jurumekap yang boleh menjadi mata - mata.

Semua perbuatan Sherry buatkan Nad terdiam. Dia pun Faham dengan Maksud Sherry.

“Pasal jantan tu ker?” Nad masih tidak puas.Dia mahu dapatkan jawapan Walaupun jawapan itu pendek.

“Hmmmm pasal dia. Belum habis lagi Tapi aku rasa kali ini mungkin aku menang Nad.” Sherry Teruja dengan bicara dia kepada Nad nanti. Tapi waktu ini dia perlu selesaikan tugas dulu.

“ Sherry jangan cakap engkau akan kembali pada dia. Tak berbaloi untuk Karier engkau. Engkau pun tahu dia tu macam mana?” Nad masih tak puas hati. Entah apa cara Sherry guna untuk dapatkan Lelaki yang dimaksudkan tadi oleh Sherry.

“ Aku tak buat apa- apa Tapi dia yang serahkan Dia. Tapi aku nak tengok sejauh Mana. Aku belum setuju pun hal itu. Engkau ingat aku ini bodoh sangat nak percaya permainan mereka tu.” Sherry jeling kearah Nad.

“ Baguslah engkau Fikir. Aku nak ingatkan sahaja. Tak elok jadi perampas hak orang?” Nad memberikan jelingan balas.

“ Aku pun ada jelingan mautlah Sherry.! Menyampah!” Nad menghilang disebalik Sherry sedang mengetap geram atas Perlian Nad kepada dia sebentar tadi...

“ Tak Guna!” Mata Sherry memandang tubuh Nad yang berjalan melenggang kearah krew produksi.

****

“ Mommy Daddy Mukhriz dah tak datang sini ker? Lama dah Adham tak nampak?” Adham memandang k arah Anggerik. Soalan Adham buatkan Anggerik lemas.

Anggerik kematian Idea nak jawab soalan Adham. Lagipun dia tak tahu mana Mukhriz berada sekarang ini.

Dulu Mukhriz muncul dalam hidup mereka. Baru kasih mereka Hendak bertaut. Lelaki itu sekali lagi menghilang.

Kali ini pemergian Mukhriz akan selama - lamanya. Buat masa sekarang Hanya Anggerik Dan Adham. Sebelum Bayi dalam kandungan Anggerik lahir. Keterujaan Anggerik dalam menyambut kelahiran anaknya masih tak berubah.

Perut Anggerik digosok lembut. Seakan Anggerik berfikir Tentang masa hadapan dia Dan anaknya nanti.

“ Kalau Mommy tak nak jawab soalan itu boleh? Kan Mommy ada kuasa Imuniti. Mommy boleh pilih nak jawab Atau tidak soalan Adhamkan dalam Satu hari. Malam ini Mommy pilih soalan yang ini.” Suara Anggerik lembut memujuk anaknya Adham.

“ Okay Mommy?” Adham benarkan. Lemah suara Adham dengan jawapan.

“ Sekarang anak Mommy tidur awal. Mommy penat dengan Baby Tendang - tendang perut Mommy.” Anggerik Tersenyum Ikhlas, berharap Adham faham situasi diri dia waktu ini.

“ Daddy dah tak Sayang Adham ker?”

“ Huh!” Anggerik sekali lagi kematian Idea.

“ Tak Daddy tetap Sayang Adham macam mana Mommy sayangkan Adham dengan baby. Kenapa Adham tanya? Adham rindu Daddy? Kalau rindu doakan Daddy.” Anggerik kehabisan kata- kata.

“ Kesian Baby Mommy? Dulu Adham ada Ibu bila Daddy tak ada. Tapi Kalau Daddy dah tinggalkan kita, Baby macam mana Mommy. Baby belum lahir Daddy dah tak ada Di sisi kita.” Adham mengeluh dalam riak kecewa.

“Plak!”

Seseorang muncul Di Pintu bilik yang membuatakan pandangan Adham Dan Anggerik berpaling pada sesusuk tubuh yang dirindui..

“ Daddy pun rindukan Adham!”

“ Daddy!” Adham Turun dari katil mendapatkan Mukhriz.

“ Mukhriz! “ Reaksi Anggerik terkejut Tapi wajah yang berubah di wajah Anggerik selepas itu berubah biasa.

Anggerik kembali mengingati janji diri dia sebentar tadi. “ Sherry!”
“ Keputusan aku tak boleh berpaling lagi. Mukhriz perlu bahagia!” Bicara dalam hati Anggerik dalam hati bersama pandangan dibuang keluar Pintu bilik bersama langkah Anggerik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience