Bab 25 (A2)

Romance Completed 306520

" Firhad kamu ada nampak seseorang waktu Kamu kesini?" Opah membuang pandangan mata disekitar laluan perjalan Kaki dilorong Wad Datuk.

Sekejap ke kanan Dan sekejap kepala Opah kekiri melihat dikejauhan disana..

" Opah Cari Siapa? Tiada sesiapa .. cuma Firhad jer dekat sini. Kenapa Opah? Apa yang Opah Cari?" Pandangan mata Firhad pelik. Mata Firhad juga turut memandang kearah laluan sama yang dilihat oleh mata Opah.

Pandangan mata Opah masih tidak berganjak dari tadi. Semua itu Firhad perasan.

Sehingga lah kemunculan Mukhlas menyapa mereka berdua.

" Firhad!" Suara Mukhlas memanggil bersama senyuman memandang kearah anak sedaranya.

" Pak Ngah!" Firhad menghulurkan tangan secara bersopan dan huluran tangan Firhad disambut Mukhlas ikhlas.

" Dah lama Pak Ngah tak jumpa dengan kamu. Macam mana kamu sekarang? Ibu kamu sihat!" Senyuman Mukhlas memanjang manis mendapatkan anak sedaranya. Anak kepada kakaknya yang sulung.

" Ibu sihat Pak Ngah. Dia selalu tanya pasal Pak Ngah. Tak sangka Pak Ngah dah kembali." Firhad buat muka teruja.

" Kamu ini pandai Firhad! Tentu Kamu dah tahu Pak Ngah pulang. Datuk dah maklumkan kamu kan!" Mukhlas mengusik Firhad yang sekarang telah termangu malu sendiri.

Firhad Hanya mampu Tersenyum sendiri. "Habis aku kali ini!" 

" Pak Ngah pergi dulu. Ada kerja yang kena Pak Ngah siap kan .Kamu pergi lah jenguk Datuk kamu tu. Kirim Salam pada Ibu kamu Firhad, dari Pak Ngah." Senyuman Mukhlas masih belum menghilang.

" Pak Ngah tak nak singgah rumah dulu jumpa Ibu. Rasanya dah lama Pak Ngah dengan Ibu tak jumpa. Mungkin Ibu dah rindu pada Pak Ngah." Firhad memberikan Sebab.

" Pak Ngah tak janji. Kalau ada masa lapang, Pak Ngah akan singgah." Kamu jaga diri Firhad. Pak Ngah pergi dulu.

Mukhlas mendapatkan Emaknya. " Emak Mukhlas minta diri dulu. Petang nanti Mukhlas datang lagi. Kalau ada apa - apa bantuan telefon Mukhlas."

Ringkas Dan masih bersopan. Sedangkan sebentar tadi dia baru sahaja menerima tamparan dari Emaknya.

" Iyelah' kamu hati - hati Mukhlas. Jaga diri." Pesanan Opah kepada anaknya. Ringkas Tapi dipenuhi dengan isi yang Kedua- duanya sahaja yang faham.

Disebalik perbincangan sebentar tadi.

Semua itu dapat dilihat Jelas oleh mata Firhad, Pandangan mata Opah Dan Mukhlas bertaut. Bagaikan ada sesuatu yang Ingin disampaikan.

Semua Kejadian yang berlaku buatkan Sifat Ingin tahu dalam diri Firhad semakin meninggi.

Mukhlas telah menghilang dari pandangan mata mereka berdua.

Kini tibalah giliran Firhad mengorek rahsia. Namun sebentar tadi dia telah menemui seseorang dengan wajah yang kusut.

Firhad yang bertembung mata dengan seseorang itu Hanya membiarkan lelaki itu berlalu pergi. Mungkin dia ada masalah yang sukar untuk Firhad Dan dia hadapi nanti.

****

" Datuk?" Firhad mendapatkan Datuknya yang sedang termenung Di katil. Entah apa fikiran yang sedang difikirkan oleh tubuh tua itu. Tentu ada sesuatu yang penting Fikir Firhad.

Kelihatan wajah tua itu mengeluh bagaikan menyimpan Satu bebanan masalah yang berat dalam diri.

" Kenapa Kamu kesini Firhad? Aku hidup lagi." Senyuman Mumtaz kepada cucu lelakinya yang datang melawat.

" Datuk sihat? Macam mana dada Datuk, Dah okay?" Firhad Cuba berkias pada Datuknya yang telah berada disisi tubuhnya.

" Kalau aku masih bercakap ini Firhad, maknanya aku belum matilah. Buat apa aku bayar mahal hospital ini Kalau Doktor- Doktor dengan pekerja dalam hospital ini tak boleh sembuh kan aku."

Datuk mengelengkan kepala dengan reaski Firhad yang kelihatan telah malu - malu Alah dengan perbuatan dirinya tadi.

Firhad tahu dia masih belum dapat menandingi kehebatan Dan keterampilan dengan Datuknya dalam bidang berdebat.

Kalau dalam perempuan, Firhad adalah Nombor Satu.

" Abang ini!" Opah marah kepada Datuk yang suka menyakat Firhad. Opah mendapatkan Firhad Dan memegang bahunya secara Lembut.

" Cakaplah Firhad, Datuk kamu dah sembuh. Dia dapat terima semua benda sekarang ini. Lebih Baik Datuk tahu sekarang dari Datuk tahu secara mengejut nanti." Opah menganggukkan Kepala memberikan isyarat kepada Firhad.

" Kamu nak bincangkan Tentang syarikat ker Firhad? Kamu cakaplah Nanti aku uruskan benda itu. Apa dia?" Datuk bertenang menunggu jawapan dari Firhad.

" Memang pasal syarikat Firhad datang kesini. Pasal Mukhriz, Datuk. Mukhriz dah tak bekerja lagi dalam syarikat. Dia dah tarik diri!" Firhad akhirnya berterus - terang." Akhirnya berjaya juga diluahkan masalah yang membelengu fikiran Firhad.

" Aku dah Agak dah budak Mukhriz itu buat macam itu.Hmmmmm! Habis itu apa tindakan kamu lepas ini Firhad? Aku ini dah sakit. Kamu jer yang Datuk harapkan sekarang ini, sebelum aku pulih." Datuk Mumtaz mengeluh berat dengan segala yang terjadi. Kekusutan dalam Keluarga dia kembali.

" Da.. Datuk tak nak pujuk Mukhriz balik? Datuk pun tahu macam mana kebolehan Mukhriz Selesaikan masalah dalam syarikat. Firhad bukan tak boleh Datuk, Tapi pengalaman Firhad masih baru. Kalau setakat nak Selesaikan masalah kecil- kecil Firhad tak ada masalah. Tapi Firhad takut hal besar!” Perlahan Dan lambat Suara Firhad bicara, alasan dia dirasakan kuat untuk dia memikul tanggungjawab menggantikan tempat Mukhriz. Dia dapat rasakan ada seseorang lain yang layak.

“ Kalau bukan kamu aku nak harapkan. Siapa lagi Firhad. Kamu pun tahu syarikat itu untuk cucu aku. Setiap seorang anak aku dah dapat bahagian masing - masing. Hanya kamu dengan Mukhriz yang patut terajui syarikat itu. Apa yang Kamu nak tunggu lagi?” Datuk memberikan pandangan tajam kepada Firhad bersama pandangan tajam yang seterusnya dihala ke arah Opah untuk memujuk.

“ Kalau Mukhriz dah tak mahu Firhad. Kamu jerlah yang ganti kan tempat Mukhriz, sementara masalah keluarga kita Ini Selesai.” Opah memujuk Firhad. Segala pandangan mata suaminya dia mengerti.

“ Bukan Firhad tak nak Opah, Tapi sekarang ini masih waktu yang belum sesuai, banyak yang Firhad kena belajar lagi. Nak pegang jawatan besar itu sekarang. Firhad dapat rasa, diri sendiri tak mampu.” Firhad memberikan pandangan mata yang menjauh ke bawah.

“ Kamu ada cadangan Firhad!” Datuk tahu cucu lelakinya yang seorang ini sangat bijak dalam menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan Dan siasatan. Kalau tak tidak lah rahsia Mukhlas yang tersimpan lama sebelum ini terbongkar.

“ Firhad rasa! Pak Ngah yang layak Datuk. Untuk tampunng jawatan Mukhriz sementara waktu ini. Tunggu hingga Datuk benar - benar sembuh.” Firhad memberikan pendapat. Kelihatan Datuk Mumtaz Hanya bertenang dalam menghadapi situasi asing bersama Firhad.

“ Apa Sebab kamu pilih Mukhlas? Kamu ada Sebab tersendiri Firhad?” Segala kemungkinan difikirkan untuk mengetahui kenapa Mukhlas yang dipilih Firhad dalam rencana itu.

“ Mukhriz akan kembali pada legasi Pak Ngah Datuk. Dengan pengalaman Dan Cara Mukhriz menjalankan perniagaan, dengan situasi keluarga kita, Hubungan Mukhriz sekarang ini. Firhad takut Mukhriz akan lakukan sesuatu untuk jatuh kan syarikat Datuk!” Firhad memberikan pendapat. Dapat dilihat Firhad Pemergian Mukhriz sebelum ini seakan menghancurkan hidup lelaki itu.

“ Maksud kamu dengan apa yang aku buat sebelum ini dalam hidup dia? Pasal Anggerik?” Sebab itu dia nak buat semua ini?” Datuk Mumtaz tersenyum pada Firhad.

“ Kamu dah banyak tersalah tafsir pasal Mukhriz. Dia Takkan tergamak buat Dekat aku macam itu. Walaupun Mukhriz marah macam mana pun Dia Takkan sanggup!”

Opah Hanya menundukkan wajah. Segala kata - kata Firhad ada kebenaran.

“ Cadangan kamu pasal Mukhlas aku pertimbangkan Firhad. Mungkin ada kebaikan untuk syarikat aku. Pandai kamu berikan Idea!” Datuk tersenyum, namun pandangan Datuk Mumtaz pada Firhad Seakan dia menyatakan maksud sesuatu.

Firhad Hanya tergamam.. Hanya yang mampu dibuat menundukkan wajah berharap wajahnya tidak menunjukkan rupa berlainan.

****

Suara seseorang sedang ketawa kuat membingitkan telinga Firhad. Suara yang waktu ini sangat Firhad menyampah.

“ Sampai Bila nak berhenti ketawakan aku ini, Gila!” Firhad dah tak peduli makin banyak yang dia cerita. Makin kuat ketawa kedengaran Suara lelaki ditelinga dia.

“ Engkau memang tak boleh Simpan rahsia Betul. Cepat gelabah, baru sikit aku plan, engkau dah cuak dengan Datuk. Dah kenapa ?kata Progesional Bab - Bab macam ini.” Pandangan mata Mukhriz menjeling kearah Firhad.

Tadi suaranya kuat ketawa. Kini suaranya hilang ditelan Muzik yang membingitkan. Dia perlu melepaskan tekanan dalam diri.

“ Bukan aku tak Simpan Mukhriz! Tapi Datuk tu, pandangan mata dia menakutkan aku. Engkau rasa dia tahu ker plan Kita pasal Pak Ngah.”

“ Engkau rasa?” Mukhriz melayangkan pandangan tajam pada Firhad.

“ Aku dapat rasakan yang Datuk tahu. Aku dapat lihat dari pandangan Datuk yang menakutkan pandang mata aku.”

“ Perasaan engkau jer tu. mana boleh Datuk baca fikiran engkau Firhad. Jangan mengarut sangat.”

“ Entahlag! Tapi pasal Pak Ngah. Apa yang engkau nak buat pada dia?”

“ Aku nak lihat dia uruskan syarikat tu. Lepas itu Satu persatu syarikat yang dia uruskan, aku akan Lingkupkan, macam mana dia musnahkan hidup aku dulu dengan sekarang Firhad. Begitu lah aku nak dia terima hidup dia lepas ini.”

“ Aku nak ingatkan engkau sesuatu Mukhriz. Pak Ngah pun bukan calang - calang orang?” Air oren di sisipkan nipis Di bibirnya.

“ Habis itu engkau ingat aku ini apa? Tunggul?”

“ Bukan aku maksudkan macam itu. Tapi Engkau pun kena berjaga - jaga. Orang yang engaku nak lawan itu bukan orang lain. Darah kita sama Mukhriz.” Firhad mengingatkan sepupunya yang sedang kemarahan dalam diri.

Kelihatan Mukhriz hanya menundukkan wajah memandang di kejauhan disebalik keramaian Manusia - Manusia yang terkinja - kinja mencari keseronokan.

“ Apa yang engaku menungkan Mukhriz? Engkau pun nak turut Serta dalam keseonokan dalam tu?” Mata Firhad menjeling.

Mukhriz masih terdiam.

“ Itu bukan tempat engkau Mukhriz? Kebahagian dengan keseronokan engkau tu dalam Keluarga engkau tu.

Aku tak tahu apa yang engkau fikir dalam fikiran engkau tu Atau otak kosong engkau tu.

“ Apa yang Jadi aku harap engkau buat iktibar? Adham anak engkau tu? Engkau nak jadikan Adham dengan adik dia tu bencikan engkau nanti Mukhriz? Bayangkan kehidupan mereka berdua tanpa engaku nanti!”

“ Aku tahu engkau tak pernah fikir pasal hal itu. Dan aku pun tak pernah nasihatkan engkau pasal hal itu. Tapi Cuba engkau fikir balik sebelum Engkau buat keputusan itu.”

“ Keputusan itu lebih sakitkan engkau Atau Lebih bahagiakan hidup engkau nanti.”

“ Maaf itu perlu Mukhriz dalam sesuatu hal. Aku tak halang engkau nak lakukan sesuatu pada Mukhlas. Tapi Anggerik? Engkau rasa dia ada kena mengena dengan Kisah Mukhlas Dan hidup keluarga engkau dulu.”

“ Kenapa dia yang perlu dihukum?”

Mata Firhad terarah pada Mukhriz. Dia tahu Mukhriz ada alasan tersendiri Tentang hal itu. Tapi dia kesian kan Anggerik. Anggerik tak bersalah.

“ Aku pun tak bersalah dalam hal itu Firhad, Tapi aku pun jadi mangsa keadaan mereka berdua. Tak ada siapa tang ambil tahu Tentang aku!”

“ Habis itu Engkau nak Adham dengan anak dalam kandungan Anggerik itu dapat nasib yang sama? Tak ada sesiapa yang peduli. Engkau nak mereka pun buat benda yang sama macam engaku buat sekarang ini?”

Mukhriz Kehilangan kata - kata.. Segala yang dibicarakan Firhad ada Betul difikiran Mukhriz. Dia mulai tersedar sesuatu.

“ Apa aku dah buat Firhad? Aku dah luahkan semua pada Anggerik. Adham dengan Anak dalam kandungan Anggerik. Aku dah maklumkan pada Anggerik, aku dengan dia akan berpisah! Aku nak buat apa lepas ini!”

“ Engkau rasa semua itu dah terlambat ker Mukhriz? Pasal engkau dengan Anggerik? Dia masih mengandungkan. Benda itu boleh bincangkan balik.” Senyuman sinis Firhad terukir. Dapat juga dia sedarkan Otak Mukhriz yang Sewel.

“ Kalau Angerik tak terima aku Firhad? Anggerik berkeras tak mahu?”

“ Engkau kan tak pernah dengar arahan sesiapa sebelum ini. Buat apa benda kecil itupun Engkau nak takut. Aku rasa Anggerik senang - senang engkau nak handle. Lagipun Anggerik? Dia Cepat cair.!” Firhad bergurau.

“ Cair? Lagi Beku adalah Firhad? Tambah - tambah lagi dia Tengah mengandung ini. Tapi aku takut Firhad, macammana kalau hubungan aku dengan Anggerik, Mommy aku tak restui. Doa Ibu kan berkat!”

“ Mana engkau belajar semua itu Mukhriz. Oh pasal Mak Ngah tak Di peduli dulu, dia buat wasiat tak bagi engkau kahwin dengan anak musuh engkau ker?”

“ Tak!” Ringkas jawapan Mukhriz.

“ Habis itu? Sebab apa?” Firhad yang jadi binggung,

“ Sebab aku rasa macam aku Khianati Mommy. Engkau pun tahu macam mana Mommy aku merana. Tak ada seorang yang peduli pasal dia, hingga dia mati Firhad. Semua Sebab Mukhlas Cintakan Mama Anggerik. Kubur yang kita lihat hari itu.”

“ Jadi semua yang Engkau buat tu Sebab hal itu?” Hmmmmmmm. Mukhriz! Nak Ngah dah mati, Walaupun dia merana dulu, dia pun tak nak engkau jadi macam dia dulu.

Aku faham perasaan Mak Ngah, aku nampak dia sayangkan engkau. Tapi Sebab Pak Ngah, Sayang itu Mak Ngah tak tunjuk. Tapi aku percaya dia nak engkau bahagia. Aku tahu semua itu.”

“ Engkau tak akan faham Sebab aku dengan dia yang lalui semua itu.”

“ Cakap engkau Mukhriz Tapi Engkau jangan lupa. Aku yang pandai siasat dalam keluarga kita. Mak Ngah nak engkau gembira.”

“ Maksud engkau? Engkau nak tahu sesuatu pasal Mommy! Dia selalu marah aku, bila aku tak berjaya pujuk Mukhlas untuk tinggal lama dalam rumah kami. Aku cuma 3 tahun waktu tu Tapi aku ingat Jelas semua itu.” Mukhriz Senyum sinis mengingati detik derita dalam hidup dia.

“ Perkara derita itu dah berlalu Mukhriz. Apa yang penting sekarang ini engkau tu kena Pastikan Keluarga engkau tu Bahagia. Jangan jadi macam Keluarga engkau dulu. Waktu tu Engkau baru 3 tahun, tak mampu nak bahagiakan Keluarga engkau. Bukan engkau yang Jadi ketua keluarga.”

“ sekarang engkau lihat Mukhriz? Siapa yang jadi ketua keluarga. Kalau Keluarga engkau tak bahagia. Engkau nak cari salah orang lain lagi?” Firhad menjeling tajam. Segala Maksud yang disampaikan diharapkan Mukhriz akan faham semua.

Segala kata - kata Firhad dirasakan berbisa namun semua itu adalah perkara sebenar yang dia harus hadapi,

****

“ Macam mana dapat tahu siapa yang datang tadi?” Datuk membuangkan pandangan pada isterinya Opah Sebaik sahaja Firhad menghilang dari pandangan mereka berdua.

“ Tak ada sesiapa dekat situ. Saya dah tengokkan tadi. Hanya Firhad, tapi dia baru keluar dari Lift. Lift tu baru tertutup!”

“ Dalam Lift tu ada nampak sesiapa?” Datuk Mumtaz menunjukkan wajah tidak berpuas hati dengan jawapan Opah,

“ Saya dah tanyakan Firhad. Dia kata tak ada sesiapa dekat situ!” Opah pelik dengan pertanyaan Datuk.

“ Aku harap Firhad tak tipu kita. Tapi naluri aku kuat katakan Mukhriz yang Datang tadi. Mungkin dia dah dengar semuanya. Aku takut dia salah faham dengan kita.”

“ Betul ker Awak nak bagi Mukhlas terajui syarikat itu. Habis itu Mukhriz macam mana. Bukan syarikat itu untuk Mukhriz dengan Firhad abang!” Opah mengerutkan kening masih tak percaya dengan Datuk yang setuju dengan cadangan Firhad.

“ Apa aku boleh buat lagi? Mukhriz itu degil. Kita tunggu sampai hati dia terbuka terima kita balik. Anggerik pun dia buang ini kan pula kita. Orang tua yang tak ada apa- apa Bagi dia!”

“ Plak!”
Pintu bilik Wad dibuka dari luar bersama muncul seseorang dihadapan mereka. Membuatkan Kedua - dua mata Datuk Dan Opah melihat kearah yang sama..

Kedua - duanya tercengang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience