Bab 34 (A2)

Romance Completed 306524

" Mana Anggerik? Aku nak dia Ada dekat sini.Kalau Tak jangan harap majlis ini akan berlangsung." Mukhriz nekad selagi Anggerik tiada disisi takkan Ada sesiapa yang dapat menghalang apa yang dia mahu lakukan kelak.

Anggerik perlu Ada disitu, menyaksikan sendiri dia bernikah dengan Sherry.Mukhriz mahu melihat dengan mata Dan kepalanya sendiri.Sikap kedegilan Anggerik.Ini yang dia mahukan, Dan ini yang dia akan dapat.

Mukhriz tahu hati Anggerik akan tercalar Dan terguris dengan pernikahan itu.Tapi apa boleh Mukhriz buat. Itu Jalan yang dipilih Anggerik dalam kehidupan itu.

Sakit , sedih Dan hancur. Itu semua perasaan yang perlu ditanggung Anggerik Dan dia sendiri. Mukhriz lebih merana dengan segala perancangan Anggerik.Tidakkah Anggerik tersedar hati lekakinya lebih parah merana dengan kelakuan isteri sendiri. Walaupun kelukaan itu akan diubati dengan Masa.Parutnya masih akan tinggal dalam Dan meninggalkan kesan sepanjang hidup Mukhriz.

" Daddy Mana Mommy?" Adham yang tidak tahu apa - apa juga terkesan dengan ketiadaan Anggerik. Sejernih sinaran Mata Adham yang memandang kearahnya buatkan Mukhriz tidak tenang.

Mukhriz hanya mampu memeluk Adham dalam sepersalinan baju melayu putih lengkap bersamping.Hanya songkok yang menghiasi kepalanya ditanggal untuk menghilangkan serabut di kepalanya, tentang misteri kehilangan Anggerik.

Dalam kekalutan itu muncul seseorang lelaki yang tergesa - gesa mendapatkan Mukhriz.Bagaikan Ada sesuatu Hal penting yang ingin dibicarakan. Kali ini dari riak lelaki itu dapat Mukhriz simpulkan yang lelaki itu datang kearahnya membawakan berita yang serius.

Kedengaran sesuatu dibisikkan ditelinga Mukhriz,bersama reaksi Mukhriz yang mengerutkan kening Dan aksi Mukhriz yang merenung Adham lama sebelum dia meninggalkan Adham tanpa bicara kepada pembantu.

Mukhriz hilang dalam Majlis...

****

" Dah cukup - cukuplah itu Sherry. I dah pesan pada you dulu.Jangan! tapi You yang degil Tak percaya dengan cakap I, dahlah itu sekurang - kurangnya you akhir nya berkahwin jugakan. Alah dengan siapa pun Tak kisahlah lagipun bakal Pengantin Lelaki you selamat inikan dirahsiakan. Jadi Tak perlulah nak sedih sangat." Nik memujuk dalam Masa yang sama dia juga bersedih dengan segala peristiwa yang menimpa Sherry.

Dalam satu masa, Sherry terpaksa berkahwin dengan lelaki yang jauh menjangkau dari lelaki idaman dirinya selamanya. Entah apa Malang yang menimpa hidup Sherry, pada majlis perkahwinannya Pengantin Lelaki telah bertukar. Hal Yang hanya diketahui oleh orang - orang terdekat dengan mereka.

" Nik Mana aku nak letak muka aku ini.Engkau pun tahu lelaki yang menikah aku tu macam Mana. Dia tu Tak normal.Engkau agak sebulan lepas ini dia ceraikan aku Tak." Sherry dah berasa tidak sedap hati.Dari pandangan Mata lelaki yang menikahnya tadi,dapat dirasakan Sherry lelaki itu terpaksa. Itu semua mesti disebabkan perancangan Mukhriz.

" Tak guna last minute macam ini , Anggerik boleh hilang. " tapi kuat firasat Sherry rasakan itu bukan sebahagian dari plan Anggerik.Dia dapat rasakan sesuatu yang bahaya menimpa Anggerik.

" Huishhhhh, Mana boleh cerai, engkau pun tahu engkau Ada kontrak dengan Syarikat yang taja Kita untuk pakej perkahwinan ini. Engkau Gila nak langgar kontrak ! Mana nak Cari duit bayar denda lagi. Engkau ingat masalah boleh selesai kalau Jalan itu engkau pilih.

Alah engkau nak takut apa. Engkau pun tahu dia tu minat apa? Kehidupan engkau Sherry Tak berubah pun, Still macam ini. Engkau takkan mengandung sebab dia...Opsssss! Nik meliuk lentukkan badannya. Suka hati dengan lelaki bidan terjun dalam hidup Sherry. Seseorang yang diidamkan Nik sebelum ini.

" Malam ini macam Mana? takkan aku nak sebilik dengan dia. Aku tahulah dia takkan sentuh aku tapi aku seramlah Nik, plus jijik." Sherry buntu.

" Engkau nak takut apa!" Nik menghentakkan kaki Tanda protes akan mulut celupar Sherry dalam mengutuk kaum seperti sejenisnya.

" Susah - susah sangat Malam ini Kita tukar tempat, engkau jadi Pengantin." Sherry kehabisan idea. Hanya itu yang terfikir di kepalanya yang berserabut dengan masalah.

" Done " Nik senyum mekar sampai ketelinga.

*****

" Fuck! lampu bilik dibukakan kasar dengan tangan mekar lelaki cepat membukakan lampu bilik tempat lokasi penginapan Pengantin di hotel. Mujur hiasan penginapan itu tidak dibatalkan.Hanya ditambah dilokasi rumah Anggerik.

" Apa engkau buat dekat sini? Mana Sherry?" Kemarahan di mata lelaki itu buatkan Nik terkejut.Dia menjadi cepat mengelabah.

" Dia.... Sherry dekat bbbbbbbb bilik sebelah." Nik lambat - lambat bertutur bersama tangan membetulkan gaun tidur satin yang terbelah menampakkan pehanya.

" Engkau buat apa dekat sini? Nak aku panggilkan polis." lelaki itu mengugut.

" Tak Tak Tak jangan, Saya panggilkan Sherry sekarang.Saya ingatkan awak nakkan perkhidmatan Saya. "Nik masih mencuba dalam Bahasa lembut seakan memujuk.Dia mahu cairkan hati lelaki Sado hadapanya dengan meraih simpati.

" Engkau dah Gila apa? panggilkan isteri aku sekarang sebelum aku hebahkan pasal benda ini dekat wartawan. Engkau nak aku buat semua itu Dan kontrak Anak didik engkau itu ditarik balik.Engkau tahu berapa kos kamu berdua kena tanggung, jadi jangan cabar aku dengan benda mengarut ini semua."

" Panggil dia kesini sekarang sebelum aku buat keputusan yang kamu berdua akan menyesal. Cepat!" lelaki itu mengamuk habis dengan layanan Nik Dan perbualan Sherry kearahnya.

Nik yang terkejut dijerkah,cepat - cepat meninggalkan katil sambil tangannya mencapai telefon untuk menghuhungi Sherry segera.

" Oiiiiiiu! matilah aku kalau si Sherry ini dah tidur mati.Cepatlah angkat Sherry! matilah Kita kalau dia dah mengamuk.

36 Kali deringan barulah panggilan Nik dijawab.

" Hello!" suara lemah Sherry yang kepenatan terdengar dicorong telefon.

" Sherry! buka pintu ini.Engkau ini memang tidur mati. Penatlah tangan aku ketuk tapi engkau Tak sedarkan diri.Cepat buka pintu.Nik menghembur dengan kata - kata kesat kepada Sherry.

" Dah kenapa!" Sherry laju menuju kearah pintu dalam kadar penglihatan yang masih mamai.Dia penat bercampur mengantuk.

Plak! " Apa Hal ?" Sherry tidak menunggu Masa yang lama.Sebaik sahaja Nik muncul dia memulangkan soalan.

" Sekarang engkau kena bersiap. Dia tunggu engkau dalam bilik." Nik menjeling menyampah kearah Sherry Segala plan sebelum ini Tak menjadi.

" Kenapa nak jumpa aku. Apa Hal?" perasaan Sherry Tak sedap hati. Dia mulai fikirkan yang bukan - bukan.

" Tak tahu sebab apa, tapi nampaknya dia dingin Dan dari gaya dia mungkin dia nak bincangkan sesuatu.Pergilah, tadi dia dah ugut pasal kontrak itu.Sebab itu aku kembali kesini.

" Hah dia tahu pasal benda itu?"

Nik hanya menganggukkan kepala mengiyakan.

" Sekarang engkau kena pergi.Dia dah tunggu dekat Sana."

" Hmmmmm! tapi kalau dia buat lebih - lebih nanti macam Mana Nik?" Sherry gigitkan bibir Cuba mencari jawapan dari Nick.

" Dia Tak Suka perempuan, itu yang engkau kena pegang."Nik memberikan kata peransang pada Sherry.

*****

" Alex!" Sherry muncul dihadapan suaminya. Ternyata suaminya belum tidur.
" Engkau pergi Mana? Hey perempuan jangan nak susahkan hidup aku!"

" Awak boleh jaga sikit Tak Bahasa awak itu, jangan nak kurang ajar sangat.Saya pun Tak sangka jadi macam inilah." Sherry menjeling kearah Alex.

" Kurang ajar! habis itu tadi? macam Mana Nick boleh Ada dalam bilik ini.Siapa isteri aku yang sebenarnya? Engkau ker dia?" Alex semakin panas dengan segala sikap Sherry.

Model Dan pelakon hadapannya menyusahkan hidupnya. Belum sehari usia perkahwinan mereka perempuan depannya dah buat perangai yang menyakitkan hati. Itu Baru sehari, entah apa lagi perangai menjengkelkan akan ditunjukkan lagi.

Pelakon ala - ala Diva. Alex da masak.

" Apa awak nak sebenarnya? Tak payah nak alim - alim kucing. Sebelum awak Mualaf Alex semua orang tahu nafsu sonsang awak tu.Jadi jangan nak berangan bila awak dah bernikah dengan saya, awak ingat Saya boleh terima semua itu.Awak dah Mualaf, tahniah Saya ucap pasal Hal itu. Tapi yang pasti awak tetap Alex, tiada yang berubah.

Pap! Pap! Pap! Alex menepuk tangan, sambil senyuman tersenyum melebar.

" Aku nak ingatkan engkau tentang satu perkara. Urusan aku dengan tuhan, itu Hal aku dengan dia. Aku Ahmad Alexander bin Abdullah.Walau manapun engkau benci aku, aku tetap suami engkau." Alex senyum sinis.

" Apa engkau nak sebenarnya?"Ahmad.Akhirnya Sherry mengalah.

" Good!" Alex membalas senyuman sambil tangan memeluk tubuh duduk dibirai katil.

Sherry masih menungggu bicara Alex.Segala perbuatan lelaki itu diperhati.

" Aku tahu pasal kontrak engkau tu. Engkau pun tahu sebab apa aku tolong engkau tadi. Aku buat disebabkan aku tolong Anggerik."Alex berterus terang.

" Anggerik bukan hilang? bila engkau jumpa dia?" tiba - tiba darah Sherry meruap marah.Mati - mati dia ingat Anggerik benar - benar hilang, Tak sangka perempuan itu licik. Menyesal dia Tak Dengar cakap Nik.

Tadi sepenuh hati dia pertahankan Anggerik." Bodoh", Sherry maki diri sendiri sebab terlalu percayakan Anggerik.

" Anggerik hilang, aku bukan jumpa dia tapi aku jumpa Mukhriz. Dia yang sarankan aku gahti tempat dia.Dia tetap risaukan engkau.Dia takut engkau Malu, jadi dia minta pertolongan aku." Alex berterus terang.

Mendengar sebaris nama Mukhriz, Sherry terduduk di kerusi.Sedih Dan hiba dalam hati. Lelaki yang Baru musnahkan impian hidupnya.

" Engkau boleh menanggis kalau itu boleh tenangkan hidup engkau." Alex memberikan nasihat, sebelum mereka berdua ke perbualan seterusnya .

" Benda itu dah jadi Tak Ada apa nak Saya sesalkan.Memang awak dapat cover Malu Saya, tapi yang jadi tetap aibkan Saya .lebih - lebih lagi Saya Tak kenal awak." Sherry berterus terang.

" Apa engkau nak tahu pasal aku?" Alex membukakan peluang kepada Sherry untuk mereka berdua berkenalan memahami personaliti masing - masing.

" Berapa lama Kita kekal dalam hubungan ini?" Sherry Tak mahu main muslihat.Dia tahu sebalik semua ini tentu Alex Ada agenda.

" Soalan yang bagus, untuk permulaan aku dah tahu pasal kontrak juta engkau tu.Perkahwinan Kita perlu kekal dalam Masa 1 tahun lebih kurang dari sekarang.Aku tahu efek pada engkau kalau perkahwinan ini terbatal sekarang, itu aku Tak nafikan.Aku akan tolong tapi bersyarat!"

" Apa syarat nya?" Baru Sherry Lega dengan pengakuan Alex.Sekali lagi dia dikejutkan dengan syarat dari Alex. Dia dapat rasakan debaran.

" Aku Tak perlukan cinta, perhatian atau segalanya dari Engkau.Bagi aku semua itu hanya mainan dunia. Cinta dalam hidup aku dah mati, tapi kalau engkau nak aku sayangkan engkau. Aku boleh buat semua itu Dan aku Tak harapkan balasan dari semua itu, tapi aku nak ingatkan.Aku Tak Ada perasaan." Alex menjeling kearah Sherry sambil menunggu reaksi wanita dihadapannya.

" Benda itu Saya boleh terima. Tapi Saya Tak faham? apa syarat lain yang awak nak Saya buat sebenarnya?"Sherry Tak Suka berteka teki.

" Bayaran untuk aku. Aku mahukan zuriat dari benih Kita!" Alex tenang dalam melontarkan maksud dari semua ini.Dia tahu benda itu akan mengejutkan setelah penerimaan Sherry tentang nafsunya sebelum ini.

" Zzzzuriat..taaaaappppppi bukan awak? " Tubuh Sherry kejejangan ketakutan sebaik sahaja dilihat Alex menapak kearahnya. Debaran di hati Sherry semakin terasa bila Alex mendapatkannya Dan lampu ditutup dalam Masa yang sama.

" Allllexxxxxx!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience