Bab 19 ( A2 )

Romance Completed 306520

" Macam mana hal itu boleh berlaku Alex? Syak Siapa terlibat dalam hal ini?"

Wajah Mark keruh, Apa yang terjadi pada Sabrina buatkan Mark tak senang duduk. Alex telah menyalahkan diri sendiri. Makian Alex pada pembantunya masih lagi Jelas terang pada pendengaran Mark.

Alex dilihat begitu marah dengan apa yang terjadi. Jika Mark ditempat Mark Alex. Dia juga akan lakukan perkara yang sama.

“ Kasihan Alex!” Baru Alex berjaya mempunyai hubungan. Sekali lagi anak lelakinya diuji.

" Alex , Tabah . Daddy tahu benda ini berat untuk Alex terima. Tapi percayalah  Sabrina akan selamat."

" Alex masih dalam keadaan resah, tak dapat terima apa yang berlaku? Kenapa dia Daddy, sedangkan  Alex baru kenal dia. Kenapa dia yang jadi mangsa."

" Alex! Jangan salahkan diri dalam hal ini. Kita tak mampu nak jangka takdir yang mempermainkan kita. Mungkin hari ini hari Sabrina. Esok kita tak tahu?"

" Mereka kenal siapa yang tembak Sabrina Daddy, lelaki itu bekas pembantu Alex dulu. Dia dibuang dalam tugas sebab....!"

" Bagaimana Sabrina. Dia Okay?" Janet berjalan kearah mereka berdua. Dia dengar segala perbualan Alex Dan Mark, dia sengaja mencelah dalam perbualan. Tidak mahu perbualan itu terarah kembali kepada Leslie.

Mencari salah dia! Itu yang dia takut. Kerana dia terlibat sama. Semuanya harus dilupakan. Dia mahu mulakan perhubungan dengan Alex.

Hubungan yang baru.

Licik Janet..

" Oh, Alex Auntie tak dapat bayangkan apa yang jadi dengan Sabrina? Macam mana keadaan. Dia masih hidup Atau dah mati!" Bicara Janet yang menambahkan sakit Di hati Alex.

" Dia Takkan apa - apa? Siapa yang panggil engkau kemari. Mana engkau dapat berita?" Mata Alex dijegilkan menghadap Makhluk Ular yang dirasakan Alex dihadapan matanya kin.

" Ouchhh! Belum mati lagi budak tu?" Janet membalas dengan sinis. Tersenyum beriaksi sinis pada pandangan mata Alex.

" Janet! Apa ini? Jangan kusutkan keadaan lagi. Kasihan pada Alex?" Mark bersuara dengan lembut kepada Janet. Dia masih belum dapat memastikan apa sebenar yang berlaku pada Sabrina.

" Jangan datang sini kalau nak sakit kan hati aku! Pergi!" Alex menghalau tanpa pedulikam Janet.

Semua mata - mata pelawat dalam hospital itu memandang kearah pelaku, Alex Dan juga Janet yang mereka fikirkan sebagai mangsa.

" Shit! Mark Tolong ajar Alex.. Alex Tolong hormat aku. Walaupun Engkau tak pernah suka aku, aku masih Isteri Mark. Ibu engkau Alex. Dengan lirikan mata suaranya perlahan berkenaan status hubungan dia dengan Alex.

" Mommy aku? Engkau jangan nak berangan aku akan anggap engkau macam itu. Engkau ibarat Hanya sampah Di mata Aku Janet.

Jadi aku cakap sekali lagi, Pergi! Atau Engkau nak orang - orang aku heret engkau dari sini?" Mata Jegil Alex menentang kearah Janet, dia tidak lagi boleh mengawal segala kemarahannya.

Jika diberikan peluang dan jika tiada siapa di situ.Dia lebih rela menembak Janet mati dari berdebat dengan perempuan Lidah bercabang.

" Mommy! Dalam mimpi"hati Alex masih tidak puas dengan permainan Janet. Baru beberapa hari Janet dalam Cubaan membunuh Sabrina. Hari ini dia datang untuk tunjukkan simpati.! Huh, " Aku bukan bodoh Janet!" Alex mengeluh dalam hati. Pandangan mata Alex masih terarah ke hadapan pintu kecemasan.

" Mark!" Janet menghentak Kaki. Dia mahu mendapatkan perhatian dari Mark untuk menolongnya. Membantu dalam situasi tegang tadi.

" Janet Awak perlu balik jangan keruh kan lagi keadaan." Kali ini Mark mengarahkan Janet untuk mengikuti segala  arahannya. Dia dapat rasakan Alex tak main - main.

Dalam hati Mark Dia dapat rasakan kesengsaraan Alex dalam menunggu Sabrina yang sedang bertarung dalam soal hidup Atau mati.

" Kenapa saya? Saya cuma nak lihat perempuan itu. Kenapa dia yang nak Cari gaduh dengan saya. Mark saya dianiaya ." Janet merayu dengan wajah yang sedih. Dia Cuba untuk mendapatkan simpati dari Mark, suaminya.

Mark hanya terdiam. Dia berada ditengah - Tengah. Untuk tidak mengusutkan lagi keadaan. Mark Hanya diam membisu. Tidak menyokong Kedua- duanya.

Permusuhan Alex Dan Janet dia tahu. Hubungan Ibu Dan anak yang Cuba dijalin Mark, tegang tanpa dia tahu punca.

Pada pandangan Mark, Alex bersikap demikian mungkin disebabkan Alex yang tidak dapat menerima Mark berkahwin dengan Ibu saudara, adik Ibu Alex sendiri.

" Pengawal!" Suara Alex kedengaran Jelas Dan terang memanggil. Dia telah menunjukkan wajah yang tegang. Mata Alex tidak lagi memandang kearah Janet. Dia dapat rasakan perasaan dirinya semakin membuak - buak marah dalam diri.

Dalang dalam semua kejadian tadi masih belum diketahui . Walaupun telah berapa jam berlalu dari peristiwa Sabrina di tembak. Kali ini dia kena hadap perempuan gila yang menyakitkan hati Alex. Dia tiada pilihan.

Semua itu membuatkan Alex menyalahkan diri. Seakan dirinya tidak berguna pada Satu - Satu gadis kecilnya.

" Sabrina !"

"Pergi!" Alex menempik kuat.

Semua perbuatan Alex tadi buatkan Janet berlari keluar diikuti dibelakangnya Mark.

" Janet balik sekarang. Jangan meruhkan lagi keadaan. Alex dalam keadaan sukar. Sabrina masih parah. Jika sudah dapat berita, saya hubungi Awak Janet. Balik sekarang!"

Selepas mengucapkan selamat. Mark meninggalkan Janet disitu Dan dalam pemerhatian Mark tentu sahaja Janet akan pulang, tanpa mengesyaki apa - apa.

Hamid datang dan membawakan berita kepada Mark. Bersama bisikan dapat dilihat Alex, mata Kedua - dua orang lelaki itu terarah kepada Kepadanya!

" Okay aku akan uruskan hal itu. Pasal Semua ini nanti aku fikirkan." Mark memberikan penjelasan sambil mulutnya Dan mulutnya mengetap, bagaikan ada sesuatu yang tidak mudah dibicarakan kepada Alex.

" Saya pergi dulu! Nanti saya maklumkan kemudian Tentang hal ini.

" Terima Hamid, terima kasih sebab Jelaskan pasal siastan itu. Nampaknya Saya tak ada pilihan." Mark dapat dilihat Alex mengeluh berat dengan berita yang disampaikan oleh Hamid pembantu mereka.

Alex dapat rasakan sesuatu. Belum sempat Alex mendapatkan berita. Mark dan Hamid telah bergegas pergi, tanpa maklumkan apa - apa kepada Alex. Mata Alex Hanya melihat tubuh Mark Dan Hamid menghilang disebalik pintu kaca.

" Kenapa dengan Daddy!"

"Ting!"

Belum sempat fikiran Alex berfikir. Pintu kecemasan Hospital dibuka. Menandakan waktu rawatan Sabrina telah berakhir. Hanya keputusan yang akan diberikan Doktor kepada Alex. Semua keputusan itu buatkan hati Alex berdebar.

" Bagaimana dengan nasib Sabrina!"

" Encik Alex! Seorang lelaki muda mendapatkan Alex. Dengan Gaya yang bersahaja dia menyatakan sesuatu?? ..

***

" Hmmmmm! Nampaknya percutian aku terpaksa diganggu lagi James. Tapi tak per lah aku terpaksa pergi kesana kerana ada kes yang perlu aku Selesaikan disitu." Keluhan berat Terry. Tapi semua itu buatkan dia Teruja. Telah lama dia tidak dapat kes begitu.

" Siapa pula yang panggil? Kes Legasi Turki engkau dah Selesaikan Minggu lepas. Ada lagi yang mengganggu?"

" Bukan pasal legasi, Tapi pasal kawan Pak Cik Mic. Kalau tak silap aku nama dia, Marc Anthony!" Aku pun tak pernah jumpa dia. Tapi dia maklumkan benda ini penting.

" Habis itu Mana engkau tahu Terry?" James nampak pelik. Terry tak kenal siapa lelaki itu Tapi dia tahu Tentang berita Tentang hal itu.

" Tentulah dari Mic, James! Lagipun sebelum ini kan Mic yang bagi tunjuk ajar pada aku. Siapa lagi? Kali ini aku Selesaikan lagi kes kawan dia. Aku harap kali ini berbaloi .!" Terry Senyum Sengih.

" Maksud engkau?" James semakin tertarik. Setiap yang berlaku dalam hidup Terry dirasakan James adalah sesuatu yang menarik. Dia semakin fokuskan mata Dan fikiran dalam mendengar.

" Kisah  Cynthia Claudia! Yang pernah aku ceritakan dulu. Kali ini orang yang berbeza Tapi dalam Versi yang sama. Aku tak sabar nak jumpa wanita itu.

Aku dengar dia banyak buat porak peranda." Kening Terry terangkat, Bersemangat James mendengar.

Kebetulan Terry Dan James  berada disitu. Dia menggunakan peluang yang ada bercerita kepada James kehidupan yang telah berlaku serba sedikit berkenaan rakan Pak Cik Mic, Dan peristiwa yang akan terjadi selepas ini.

" Bila kes itu akan diselesaikan! Nampaknya engkau macam tak sabar!" James sinis sambil Kaki disilangkan, Terry dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan.

" Terry! Aku tahu disebalik senyuman engkau tu. " Dia macam mana?" Mata James masih melirik tajam kearah Terry. Bertanyakan Tentang Mawar."

" Nampaknya lambat lagi aku nak bawa kesini. Aku uruskan hal ini dulu. Lagipun aku dengan Adam dijemput ke sana. Engkau pun tahu majlis apa James? Kita semua dijemput. Tapi aku tahu kenapa engkau tersekat disini! Semua sebab Adamkan."Terry ketawa lucu.

" Aku pun dah lama tak balik kesana ? Kali terakhir aku jejak situ Terry Kes Anggerik."

" Aku semakin rindu disana."James meluahkan perasaan.

" Tak payah dengar cakap Adam, James kali ini? Maddy kan ada. Lagipun kita boleh berurusan dari jauh. Apa kata engkau ikut aku?" Terry memberikan peluang James untuk mengikutinya menikmati hidup.

" Engkau nak aku enjoy life macam engkau Terry ?Aku masih waras lagi Terry? Terima kasih!" James menjeling abangnya.

Terry ketawa bedekah dengan reaksi James. " Penakut!" Terry menjeling James.

" Apa yang penakut? Siapa?" Adam datang kearah mereka berdua.

Kali ini pandangan mata Terry Dan James saling berpandangan, Kali ini James  yang mentertawakan Terry dengan perubahan pada wajah Abangnya.

" Kenapa James? Terry? Siapa yang penakut aku dengar tadi?" Adam melirik tajam kepada kedua- duanya. " James? Engkau yang ketawa, kenapa?" Adam memandang kearah adik lelakinya.

" Terry nak ikut aku kesana Adam hujung bulan ini. Dia ada kena Selesaikan kes dengan Kenalan Pak Cik Mic! Dia minta aku belajar. Macam mana Adam?" James berterus terang telah lama dia tidak pulang ke negara Kedua bagi mereka. Dia semakin rindu kesitu.

" Engkau macam mana Terry? Boleh ker James  ikut engkau?"

" Disini Siapa nak uruskan Adam. Kalau kita bertiga disana serentak." Terry mengingatkan Adam.

" Aku yang akan cover kerja- kerja di sini. Kamu berdua jangan khuatir." Adam masih dalam wajah bersahaja.

" Tak boleh? James engkau yang kena tinggal di sini!" Cepat sahaja Terry memberikan jawapan. Dia tak selesa Adam bersendirian disini. Entah apa nanti yang akan Adam siasat jika mereka berdua tiada disini.

" Tapi Terry! Adam dah setuju .Aku rasa tak ada masalah hal itu?" James tak puas hati.

" James aku dengan Adam ada kepentingan dalam perniagaan Dan hal dunia aku. Tak payahlah nak masuk campur. Nanti lain kali engkau ikut aku. Majlis yang aku dengan Adam nak hadir ini perlukan kami untuk hadir. Fikir dari segi legasi."

Kali ini wajah Adam yang serius , ketawa galak dengan bicara Terry.

" Tak sangka adik aku si Terry dah insaf?Aku ingatkan engkau masih tak sedar? Tapi aku tak sedap hati? Apa buatkan engkau berubah Terry? Maksud aku sekarang ini?"

" Aku dah matang Adam dalam bidang ini! Aku rasa tak salah Kalau aku tersedar Awalkan. Mungkin ini Baik untuk kita?"

" Untuk engkau Terry? Tapi bukan untuk aku Atau James?" Adam menjeling tajam kearah Terry sambil berbisik.

" "-) *#%Shit!" Adam dah Syak sesuatu!"
Apa Maksud engkau Adam?" Terry mencuba untuk mengetahui disebalik Fikiran abangnya.

" Aku Teruja untuk kembali kesuatu tempat Terry. Tempat yang dipenuhi Mawar segar! Semua itu buatkan aku Teruja untuk kembali."

Terry tersengih lega bila Adam maksudkan tentang bunga. " Anggerik" yang dirindukan Adam waktu ini. " Aku ingatkan Dia dah tahu? Fuhhhhhh! Lega." Pernafasan Terry kembali normal. Tadi dapat dirasakan Terry jantungnya bagaikan nak meletup dengan semua reaksi Adam.

"Kalau engkau rindukan dia Adam, pergi lah Cepat kesana, mungkin dia tunggukan kehadiran engkau dekat situ!" Terry mengusik teruja.

" Pasti Terry ! Waktu itu aku akan dapatkan jawapan?" Adam Tersenyum kepada Terry dalam gerak - geri Adam yang dapat dirasakan berlaian dari kebiasan.

" Tak payah nak risau sangat. Itu semua sebab Adam rindukan Anggerik." Terry memujuk perasaan hati. Namun hati Terry dapat dirasakan bergetar.

****

" Maaf Encik Alex. Kami tak dapat selamatkan Cik Sabrina. Tembakan itu terkena organ penting tubuhnya. Kami dah Cuba sedaya upaya. Tapi masih tak berhasil." Lelaki itu menunduk dengan kehampaan.

Seorang lelaki Dan merupakan seorang Doktor yang Merawat Sabrina sebentar tadi.

Reaksi Alex tenang dalam perkabaran berita yang begitu menghancurkan hatinya. " Aku  perlu kuat! Alex menapak kearah pintu. Walaupun Dia dapat rasakan dirinya dalam kelemahan dengan berita yang disampaikan. Dia perlu melihat jasad terkujur kaku di atas pembaringan katil hospital.

" Sabrina", Alex memanggil gadis kecilnya. Langkah Alex perlahan mendapatkan tubuh gadis yang terbaring Lesu.

Sebaik sahaja selimut yang menutupi wajah Sabrina dibuka. Alex tersenyum memandang wajah Sabrina.

Pucat, putih Dan lesu. Itulah gambaran wajah yang Jelas terpamer pada wajah gadis kecil Alex. " Sabrina."

Segala Tentang Sabrina kembali terimbas dalam fikiran Alex. Walaupun mereka tidak bersama dalam tempoh yang panjang, namun perasaan Alex pada Sabrina mulai Terasa kini. Kesedihan? Kehampaan ? Kelukaan ditinggalkan buatkan Alex merasakan dirinya kembali sendiri.

Semua disebabkan gadis kecilnya Sabrina yang kini kembali menghadap tuhan. " Mati".

" Alex!"

Di saat Alex semakin jatuh dalam kesedihan, Ivvy muncul memberikan bantuan pada Alex.

" Apa yang Jadi pada Sabrina Ivvy? Kenapa dia belum bangun? Kenapa dia masih terbaring. Banyak yang kami rancang berdua. Semua itu belum sempat, kenapa dia yang dipanggil!" Alex tidak keruan dalam melayan perasan kesedihan Kehilangan Sabrina.

Orang yang berada disisi Alex bersimpati dengan apa yang terjadi. Tiada sebarang air mata?tapi semua itu dapat membuatkan semua orang bersedih dengan sikap Alex.

" Alex Sabrina dah pergi? Kita kena terima kenyataan!" Lembut Ivvy memujuk. Dia juga tidak menjangkakan gadis kecil Alex telah kembali. Baru beberapa kali mereka berjumpa.Sungguh Ivvy  Tak sangka semua itu yang terjadi.

Sebelum ini tidak pernah terjadi peristiwa seperti itu Di bangunan pejabat mereka . Kes Sabrina adalah kes pertama. Gadis kecil Alex ditembak Di dada dihadapann pintu syarikat mereka . Semua itu berlaku pantas, tiada siapa yang menjangka. Pengawal Peribadi yang bersama Sabrina Hanya terkaku melihat semua yang terjadi pada Sabrina.

Bagi Ivvy itu semua takdir dalam hidup Sabrina. Namun? Dia belum puas sepenuhnya mengenali Sabrina. Jika diberikan peluang sekali lagi dia Ingin mengenali Sabrina lebih lagi. Namun masa mereka berdua suntuk. Sabrina telah kembali menghadap tuhannya.

" Alex! Awak perlu rehat tenangkan fikiran. Urusan disisi biar saya Selesaikan. Awak kembali ke rumah tenangkan fikiran dan Esok kita akan jalankan pengebumian Sabrina." Suara Ivvy lembut memujuk. Pandangan mata Alex masih jatuh melihat kearah Tubuh Sabrina.

" Alex!" Sekali lagi Suara Ivvy memanggil.

" Sabrina tenang tidur disini Ivvy? Dia tak perlu risaukan hal itu lagi. Tapi aku masih risaukan dia. Dia keseorangan."

Alex meraup..!

Ivvy perlu bertenang. Dapat dilihat Ivvy, Alex semakin tidak dapat mengawal perasaan. Keseluruhan diri Alex, kusut Dan serabut. Darah Sabrina masih memenuhi pakaian Alex yang menutup tubuhnya. Semakin kering Darah Sabrina di baju Alex.

Ivvy dapat menganggarkan Lebih 12 jam Alex disitu tidak pulang . Hal itu gusarkan hati Ivvy jika Alex jatuh sakit. Lagipun hujung bulan ini mereka ada Majlis Terbesar. Semua itu buatkan Ivvy runsing, jika Alex masih belum pulih.

" Alex !" Seorang lelaki Melayu muncul di Pintu bilik menempatkan mayat Sabrina.

Melihatkan lelaki itu, tubuh Alex terus mendapatkan lelaki itu. Kedua- duanya berpelukan sekejap sebelum kedua- duanya diam membisu. Seakan sedang bermain dengan bahasa Isyarat.

" Tabah Alex? Anggap ini sekali lagi ujian?" Nick Cuba tenteramkan perasaan Alex. Dapat dilihat Nick, Alex tidak lagi pedulikan dirinya.

" Mereka bunuh Sabrina. Gadis kecil aku dah mati Nick. Hati aku sakit! Aku tak pernah rasa, hati aku hancur macam ini. Dia yang aku terima, Tapi dia yang tinggalkan aku!" Segala kesedihan Alex luahkan pada Nick Tapi wajah Alex tenang tanpa titiskan air mata.

" Sabar! Aku tahu ujian ini berat. Tapi Alex Engkau kena faham sesuatu. Tentu ada benda Baik dari semua yang jadi. Aku tak boleh komen Alex. Aku tak ada masa kejadian ifu." Kerisauan di wajah Nick Jelas dengan keadaan Alex yang semakin tak Tentu hala.

" Dia kena tembak Nick? Tiga das tembakan. Semua salah aku? Aku tak sempat selamatkan dia. Aku yang bersalah."

" Itu bukan engkau yang Tentukan. Terima takdir engkau Alex. Dia dah pergi,Tapi engkau masih perlu teruskan hidup. Aku ada membantu."

Nick turut bersedih dengan apa yang terjadi pada Alex. Jika sebelum ini dia kuat, kini dia lemah dengan apa yang jadi. Baru beberapa hari Dapat dilihat kegembiraan Di wajah Alex dengan kehadiran Sabrina dalam hidup lelaki itu. Tapi kini semua kegembiraan itu berakhir dengan duka, bila Sabrina kembali ke tuhannya meninggalkan Alex."

" Siapa punya angkara Alex? Ini bukan kerja biasa?"

" Orang aku dapat tahu siapa perlaku kejadian ini. Mereka masih mencari Nick. Aku harap dia belum keluar dari negara ini." Alex mengetap gigi geram dengan Sebaris nama yang meragut Nyawa Sabrina.

" Kenapa tak ambil tindakan waktu itu ? Nick  bertanya mahukan kepastian.

" Dia larikan diri. Cubaan Cari dia Tapi semua itu tidak berhasil. Aku akan kejar dia Nick. Aku takan Lepaskan." Alex mengetap geram, sambil pemumbuk ditangan Alex digengam padu.

" Engkau mahukan pertolongan aku Alex? Tapi itu semua berisiko. Kita Hanya mampu hapuskan dia. Aku takut Engkau tak puas untuk berdendam dan Selesaikan dia?"

" Aku Cari dia sendiri Nick, tanpa libatkan semua. Engkau tahukan macam mana aku Sayang kan Sabrina. Aku nak dia  tanggung semua kesengsaraan dalam hati aku. Kalau semua itu makan puluhan tahun, aku nak dia rasakan hal itu."

" Alex! Engkau kena faham hati engkau dulu. Hidup tanpa kebahagian pun jiwa kita tak tenang Alex. Engkau nak ker semua itu terjadi ?"

" Aku sanggup!" Alex tekad..

****

Susana sunyi di tanah perkuburan dalam majlis jasad Sabrina disemadikan.

Semua yang hadir berkabung memakai pakaian hitam yang tidak terdedah. Janet Dapat dilihat Hanya melekap dengan Mark. Alex Hanya membiarkan
hal itu? Bagi dia Hanya Sabrina. Pertemuan dia Dan gadis kecilnya yang terakhir sebelum Alex Dan Sabrina berpisah.

Hujan mulai turun merintik. Alex masih terpaku di Pusara Sabrina. Sebaik air hujan menitis pada wajah Alex. Baru lah air mata Alex gugur menyembah bumi. Dia dapat rasakan keperitan Dan kesakitan dalam hatinya. Semua Tentang Sabrina Indah sebelum muncul kematian yang membuat hidup Alex kembali Pahit..

" Alex kamu masih belum mahu beredar?" Dapat dirasakan Mark, Alex Dan Sabrina semakin serius sebelum ini. Tidak disangka Mark, Alex akan bersedih begini. Jika dia tahu. Dia tidak akan merancang segalanya sebelum ini. Perkara yang telah melibatkan Sabrina dalam hidup Alex.

" Daddy pergi dulu. Alex masih belum puas menemani Sabrina." Alex memberikan alasan. Dia mahukan Mark beredar dengan segera. Wajah Janet semakin sukar untuk Alex memandang.

" Nick Tolong tengok kan Alex! Uncle akan hantar Janet dulu sebelum Uncle dapatkan Alex kembali. Dia perlukan pertolongan untuk pulih. Perkara ini Uncle rasa sukar untuk Alex terima. Marc terangkan segala pendapatnya Tentang anaknya yang berubah sejak kematian Sabrina.

" Nick Cuba Uncle!" Senyuman wajah Nick kearah Mark Dan Janet. Janet yang mendengar hanya julingkan mata dengan apa yang terjadi.

" Mark kita dah lambat ke Air Port? Tunggu apa lagi?" Janet semakin runsing tinggal lama di tanah perkuburan. Dia menjadi tak selesa kerana disebabkan, disitu juga arwah kakaknya, Ibu Alex disemadi.

" Uncle pergi dulu!" Mark berat hati mahu meninggalkan Alex. Namun Janet yang beriaksi tidak selesa buatkan Mark hanya turutkan segala karenah Janet, tanpa wanita itu mengesyaki apa - apa.

" Sabrina engkau akan tenang lepas aku menuntut bela. Tenang disana. "
Gadis Kecil Alex!" Air mata terakhir diseka Alex sambil pandangan mata Dan memori mereka berdua  pergi bersama  Sabrina. Semua itu  tidak akan muncul lagi dalam hidupnya.

Nick turut bersedih dengan apa yang terlihat dihadapan mata. Pandangan mata Nick yang juga telah berair melihat keadaan Alex, dijauhkan dari bertembung dengan pandangan mata Alex.

Kali pertama Nick melihat Alex punyai perasaan  pada perempuan. Namun perasaan Alex kepada gadis kecil  terpaksa menjauh pergi dari hidup lelaki muda itu. Walaupun itu semua bukan kerelaan Alex sendiri. Takdir yang mempermainkan perasaan lelakinya.

Ivvy dilihat Nick selalu berada disamping Alex? Namun semua itu tidak janjikan apa - apa, tidak seperti janji Alex pada Sabrina.

" Ivvy engkau mahu bantu Alex?" Nick bertanyakan kepada Ivvy untuk dapat persetujuan dalam perancangannya.

" Apa dia Nick? Kening dan dahi Ivvy berkerut menunggu jawapan dari Nick.

" Alex perlukan Pengganti Sabrina. Engkau sanggup?" Reaksi Dan bicara Nick yang membuatkan Ivvy terkejut.

" Maksud Tuan Nick?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience