08

Romance Completed 307806

**** Sulit yang aku terima***

" Ouchhhh, " tangan Anggerik berdarah kerana terkena duri bunga Mawar Hitam.

" Oitttt, apsal dah berdarah, itulah Anggerik tadi aku suruh engkau pakai sarung tangan berlagak Pro, legend lah kan dah kena duri. Mari aku tengok tangan engkau tu." Tangan Anggerik dibawa kearahnya melihat kedalaman luka ditangan Anggerik.

" Jun Kalau engkau kekasih aku, agak - agaknya sekarangkan mesti engkau dah Hisap tangan aku ini, macam dalam drama." Anggerik ketawa melihat muka cuak Jun memandang kearahnya.

" Engkau dah kenapa ini Anggerik,sewel dah ker melayan Si Mukhriz engkau tadi. Asyik nak kekasih lah, Sayang lah, macam Kemaruk. Engkau ingat Darah engkau ini Darah putih ker suci, Najis lah kena cucuk duri.Ishhhh.."
Jun geram. "tunggu sini aku ambilkan plaster untuk engkau. Lepas ini jangan tak pakai sarung tangan ye, aku Sebat buntut bulat engkau nanti."

" Oiii Engkau ingat buntut aku tak ada insurans ker, aku cover full body lah. Jangan main- main Jun, rosak buntut aku ini, tunggu saman aku." Anggerik mengusik, telah 2 minggu dia dengan Jun tidak bergurau senda kasar.

" Nah plaster pakai sendiri, aku nak habiskan gubahan ini. Jun memberikan plaster kepada Anggerik untuk lukanya.

" Terima kasih Jun, Anggerik masih galak mengusik.

" Anggerik tinggal lagi satu gubahan ini jer lagi , rasa nak tercabut pinggang akulah." Jun mengeluh.

" Maaf Jun terpaksa susahkan engkau, aku Janji hujung tahun ini kita pergi bercuti, Engkau nak Bawa abang Malik kesayangan engkau pun tak per. Boleh aku sponsor." Anggerik Senyum Ikhlas mempelawa.

" Ishhh, kalau ada Malik waktu kita cuti, tak dapat ler aku usha mata aku ini. Belum puas Anggerik." Jun bergurau.

" Gatai nanti aku beritahu Malik Biar lepas kahwin dia tak lepaskan engkau keluar, Biar terperuk jerk engkau dekat dapur layan Malik." Anggerik mencebik.

" Engkau punya Mulut, warghhhhh Sah - sah asyik nak kutuk aku bukan - bukan. Doakan sahabat engkau yang Cantik ini dapat Malik dengar cakap aku. Baru bahagia rukun rumah tangga aku." Jun tersengih dengan gurauannya.

" Eleh Malik nak dengar cakap dia, tunggulah sampai kucing bertanduk. Aku doakan Malik tegas dengan engkau . Amin. Cepat Anggerik mengaminkan doanya bagi menyakat Jun.

" Anggerik." Jun telah merenggek manja.

*******

" Akhirnya Jun, semua tempahan kita berjaya siapkan." Anggerik Tersenyum bahagia, sekurang - kurangnya tugasnya dalam memenuhi permintaan pelanggan, pasangan itu telah termakbul.

Pintu Van ditutupkan.

" Awak hantar barang ini dekat alamat ini, orang - orang Saya akan set up kan tempat itu. Lepas Selesai Awak semua boleh pulang."
Anggerik memberikan arahan, yang bermakna tugasan Hari itu berjaya Dan Selesai dengan kerjasama pekerjanya.

" Untung engkau dapat pekerja didekasi macam ini Anggerik, zaman sekarang susah nak dapat." sempat Jun memuji semua pekerja yang bekerja Di Kedai bunga Anggerik.

" Rezeki aku Jun, lagipun Rezeki aku tempat lain, tuhan kurangnya. Aku sebenarnya sama jer dengan orang lain. Ada yang kurang sempurna." Anggerik mengeluh dalam kesedihan dihatinya.

Tak sangka kehadiran Mukhriz hari ini, menimbulkan juga sedikit kesan dalam hatinya. Dia sendiri tidak faham dengan perasaan hatinya.

"Aku faham perasaan engkau Anggerik, Tapi bertabahlah Anggerik. Itu jer yang aku mampu nasihat." Jun memberikan semangat.

Anggerik memandang kehadapan matanya. Melihat dikejauhan nasib Dan hidupnya selama ini.

" Mukhriz kata aku ada hubungan dengan Datuk, Sebab itu dia datang sini hari ini." Akhirnya perkara itu diluahkan bila hanya mereka berdua yang tinggal dikedai itu.

" Hah.!" Jun terkejut dengan hal itu.

" Hubungan apa yang dia maksudkan Anggerik.? Jun menahan geram dalam hatinya, jika Mukhriz ada dihadapan matanya, mahu sahaja dia belasah lelaki itu dengan tangannya. Telah lama Anggerik bersabar ditinggalkan selama Tiga tahun dengan Adham. Dia kembali hanya untuk melukakan hati Anggerik.

" Dia kata hubungan aku dengan Datuk, hasil kan Adham." Anggerik terangkan segalanya pada Jun. dapat dirasakan Anggerik hatinya kuat Dan tabah..Entah apa agaknya Fitnah Mukhriz pada dia lagi..Dulu pasal Mawar, kini Datuk...dia sememangnya tempat lelaki itu untuk difitnah..

Jun terduduk dengan perkara itu, kenapa Selalu dan asyik Mukhriz salah faham dengan Anggerik Dan lelaki itu terus menerus menuduh diri sahabatnya.

" Engkau nak bersabar ker dengan perkara itu Anggerik, Dah macam - macam dia tuduh engkau. Sedangkan dia kenal engkau pun tak lagi aku rasa. Yang engkau Ini isteri dia."

Haihhhhhhh! lamunan Jun panjang..
" Anggerik aku rasa Engkau kena terus terang, sampai bila Engkau nak hidup macam ini. Masa depan engkau jauh lagi." Jun menasihati Anggerik untuk bijak membuat keputusannya.

Anggerik terdiam dengan perkara itu, dulu dia kuat disebabkam hanya dirinya seorang, Tapi kini dia ada Adham, Separuh dari tubuh anak kecilnya, Adham Mikhail milik Mukhriz. Dia Sebenarnya telah buntu.
Kerana itu perkara itu dibiarkan.

" Engkau takut Sebab Adham Anggerik.?" Jun dapat agak perkara itu, Tapi dibiarkan dulu Anggerik dengan keputusannya.

Anggerik terdiam dalam perbualan..

Kring..! Kring..!
Telefon bimbit Anggerik berbunyi..

Anggerik angkat telefonnya, Dan kedengaran Suara menerangkan segalanya kepada Angerik tentang Adham.. yang membuatkan tubuh badannya Serta merta lemah dan longlai..

" Jun", air mata Anggerik gugur kebumi. Matanya melihat kearah sahabatnya. Telefon dalam gengamannnya terlepas dari tangan. Dia tidak dapat lagi memdengar butiran Di Telefon itu.

" Kenapa Anggerik ?" Jun cemas melihat perubahan pada wajah Anggerik. Pucat.. airmata telah gugur..
Kenapa..?" Beritahu aku Anggerik. Tubuh Anggerik telah dalam dakapan Jun.

" Adham Jun, Adham aku, anak aku..

Kenapa dengan Mikha..?????

*******

" Engkau memang binatang, Apa engkau dah buat dekat anak aku.?"
Suara Anggerik menjerit, marah kepada Mukhriz,
Beberapa tamparan telah hinggap di muka Mukhriz Sebaik sahaja Anggerik mendapat berita Kemalangan yang berlaku pada Adham.

Anggerik melepaskan segala kemarahan ke atas tubuh Mukhriz, dia tidak peduli, dia tidak dapat lagi bertahan, segala kemarahannya 3 tahun lepas telah dilunaskan ke atas tubuh lelaki itu, tidak puas menumbuk, Anggerik memukul tubuh lelaki itu Sehingga dia puas. Tamparan tanggannya telah beberapa kali hinggap pada muka Mukhriz, Sehingga berbekas birat merah diwajah itu.

Lelaki itu hanya mendiamkan diri, tidak melawan hanya membiarkan Anggerik melepaskan segala kemarahan pada dirinya. Apa yang terjadi sebentar tadi memang kesalahan dirinya.

Dia yang bertanggungjawab kepada Adham, kerana dia leka , Adham kemalangan dilanggar oleh sebuah Van yang merempuh tubuh kecil itu.
......

Adham nampak layanan - layanag tersangkut di sebuah pokok Di tepi jalan. Tangan yang melepaskan dirinya membuatkan dia Terasa bebas. Dia tidak mendengari Pesanan Pak Ciknya untuk kekal disisi, sebaliknya dia meneruskan perjalanan Sehingga tiba Di pokok itu. Memcapai, memcapai layang- layang, hingga dia tersedar bunyi hon dan rempuhan Van itu terkena tubuhnya.

Dia tidak sedarkan diri...

...........

Kesemua yang hadir disitu hanya melihat perlakuan Anggerik yang bagaikan hilang kewarasan, tiada yang berani menghalang atau membantah. Kerana meraka tahu kejadian disebalik kejadian itu, Dan kemarahan Anggerik itu diketahui semua disitu disebabkan apa, kecuali seseorang " Mukhriz."

"Kenapa Adham dengan Dia..?" Anggerik memandang satu persatu wajah - wajah yang berada disitu.

Hanya Diam, Anggerik tidak dapat jawapan.

" Macam mana kemalangan itu berlaku, kenapa Adham. Engkau Bunuh dia ? Kembali kemarahan Anggerik pada Mukhriz.

Mukhriz hanya menundukkan wajah.
" Engkau boleh pukul aku Kalau engkau rasa kemarahan engkau tu boleh kurang, Mukhriz tiada pilihan dia akan biarkan sahaja Anggerik memukul dirinya, jika itu dapat mengurangkan penderitaan Anggerik Dan kesalahan dalam dirinya.

" Engkau ingat aku tak berani pukul engkau." Sekali Lagi Anggerik mengila Dan melepaskan segala kemarahan dirinya pada Mukhriz.

Jun mendapatkan Anggerik, bagi dirinya, Anggerik perlu dikawal kemarahan. Dia pun turut marah kepada Mukhriz waktu itu. Tapi keadaan Anggerik perlu dikawal dulu agar bertenang. Keadaan Adham masih belum diketahui tahap keseriusan kecederaannya. Waktu mereka disitu Adham masih dalam kecemasan.

" Anggerik sabar dulu, bertenang kita tunggu dulu, lihat keadaan Adham macam mana. Kawal kemarahan engkau tu. aku tahu engkau sedang luahkan segala kemarahan engkau tu pada dia. Tapi Cukup Anggerik , engkau dah hilang kawalan." Jun menyedarkan Anggerik Setelah tubuh itu dibawa menjauh dari Mukhriz.

" Aku nak dia yang mati Jun, bukan Adham, kenapa susah sangat dia nak keluar dari hidup aku dengan Adham. Aku tak pernah kacau hidup dia. Kenapa dia ambil Adham dari aku. Aku masih belum Selesai Jun dengan dia. Aku belum puas." Anggerik menunjukkan kemanarahannya.

" Engkau Takkan menang Anggerik Kalau engkau masih bersikap macam ini.!" Jun naikkan nafas dan suaranya senoktah, membuatkan langkah Anggerik yang mahu kearah Mukhriz terhenti...

" Engkau perlu doakan untuk Adham dulu agar dia selamat Anggerik, doa kepada Allah untuk Adham selamat dari tahap kritikal dia, kecederaan dia, sengsara dia. Bukan mengila macam ini. Adham Anggerik , dia perlukan doa engkau bantu dia."

" Jun, Aku tak kuat.. tubuh rakannya dipeluk erat kerana menyedarkan dirinya tentang itu. Bagaimana dia telah hilang kawalan terhadap dirinya. Aku tak kuat Jun." Rintihan Anggerik masih bergema.

" Aku pun tak kuat Anggerik, engkau pun tahu hubungan aku dengan Adham. Dia anak aku. Engkau jangan risau. Kita berdoa dulu untuk dia. Engkau kena banyak sabar. Adham perlukan doa engkau bantu dia."

Ting.!
Lampu Merah kecemasan menyala..
Keluar seorang Doktor dari Pintu bilik yang terbuka.

Anggerik berlari mendapatkan lelaki yang memakai penuh sarung plastik hijau dibadannya. Dia tahu itu Doktor yang ditugaskan merawat Adham anaknya. Belum sempat dia berdoa untuk Kesihatan Adham, Doktor lelaki itu muncul.
Anggerik sangat berharap Adham selamat. Dalam masa yang sama Dia mahu tahu keadaan Adham.
" Jun Doktor Jun, segala kata - kata dari mulutnya seakan menghilang, hanya yang tinggal kerisauan dalam hati Ibunya.

" Mommy," Dia mahu peluang untuk Adham memanggil dirinya Sekali lagi dipulangkan. Dia sangat - sangat rindukan detik itu.

" Siapa penjaga Adham.?" Doktor itu bertanya dengan orang - orang yang menunggu dilokasi itu.

" Saya Ibu kandung dia, Anggerik Segera mendapatkan Doktor yang bertugas." Macam mana keadaan Adham Doktor, macam mana kecederaan dia. Soalan bertalu yang diberikan oleh Anggerik.

" Kami sedang usahakannya Puan, Tapi Darah pesakit adalah Darah yang sukar untuk kami perolehi. Tabung Darah hospital kami tidak mencukupi dengan darah tersebut. Kurang penderma dari Darah yang sama.

Kalau boleh Tolong Segera kan sedara Mara Puan yang sama Darah dengan pesakit memderma.

Anggerik tahu Darah Adham Darah yang sukar didapati, Darah AB negatif dan hanya seseorang yang dapat membantu Adham.
" Doktor dia boleh dermakan Darah dia Sebab Dia Bapa kandung Adham." Anggerik menunjukkan tanda arah tangan kearah Mukhriz Tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu kepada lelaki itu.
Baginya yang penting Adham selamat. Biarlah rahsia itu terbongkar disitu. Telah 3 tahun rahsia itu disimpan. Dia akan berhadapan dengan Mukhriz selesaikan perkara itu.

Mukhriz terpampang dengan kenyataan dari Anggerik, dia masih terkejut, Adham dengan dia ada Darah yang sama. Mana logik Anggerik tentang hal itu. Mana mungkin Adham anak dia, Dan Anggerik... kenapa buat kenyataan begitu jika bencikan dia.

Kedengaran Suara Doktor memecah kesunyian lamunan Mukhriz.
" Jururawat Mohon persetujuan pesakit, sekiranya bersetuju Segerakan perpindahan Darah."

Mukhriz masih terkejut Dan terpinga - pinga dengan hal itu. Dia dengar dengan Jelas Setiap patah perkataan itu, Tanpa membantah dia mengikuti langkah Jururawat yang membawa dirinya hilang di sebuah bilik.

Semua mata - mata yang menyaksikan kejadian itu terdiam. Segala rahsia itu dibongkar sendiri olah Anggerik, orang yang pertama menyuruh perkara mengenai Adham dirahsiakan. Dirahsiakan dari Mukhriz.
Tapi kerana dia juga rahsia itu terbongkar..

" Macam mana ini abang ?" Ada nada kerisauan dari reaksi Opah Dia takut segala tindakan Mukhriz Setelah tahu kebenaran itu.

Macam mana dengan nasib Anggerik nanti. Rahsia yang dirahsiakan dari pengetahuan Mukhriz bukan rahsia kecil, Tapi rahsia besar melibatkan anak kandungnya.

" Takdir rahsia itu terbongkar hari ini, bukan dari Mulut kita Tapi dari mulut Anggerik sendiri. Apa kita boleh buat.?"

" Tapi Mukhriz.."

Datuk Mumtaz melepaskan keluhan mendalam bila mengenangkan cucunya .

******

"Macamana keputusan Darah saya Doktor." Mukhriz masih tidak berganjak dari duduknya Ingin mengetahui keputusan darahnya bagi membantu Adham.

Berita baik En. Mukhriz, Darah En. Mukhriz Dan Adham sepadan. Doktor tersenyum, akhirnya penderma untuk pesakit yang sedang ktitikal telah dijumpai. Kini tiba giliran Darah dipindahkan dari Penderma dihadapannya untuk didermakan pada pesakit.

" Doktor ada kemungkinan Adham itu anak kandung saya." Mukhriz mahukan jawapan Tentang perkara itu, Tapi dia masih was - was dengannya.

Dia tiada hubungan dengan Anggerik, Dan dia baru sahaja mengenali gadis itu Tiga tahun lepas dan sekarang. Bagaimana dia Dan Anggerik ada anak bersama. Rasanya dia tidak ada meniduri mana - mana perempuan kecuali isterinya. Tidak mungkin hal itu. Mukhriz bagaikan orang hilang arah dengan hal itu.
Kehadiran Anggerik Dan pengakuan wanita itu benar - benar rumitkan Dan khusutkan hidupnya.

" Mungkin En. Mukhriz, Sebab Darah AB negatif ini hanya sedikit dalam negara kita. Pemilik Darah ini terhad. Tapi untuk lebih pengesahan En.Mukhriz boleh buat ujian DNA untuk pengesahan Sebenar tentang status Adham sebagai Anak Kandung En. Mukhriz.

" Mukhriz terpampam sekali lagi dengan berita itu." Dia sungguh tidak menjangkakan kejutan dan berita terbesar dalam hidupnya akan diketahui pada hari ini. Hari selepas dia hampir - hampir Kehilangan Adham.

"Sekarang En. Mukhriz boleh ikut Jururawat saya untuk menderma Darah bagi membantu pesakit. Kami perlukan darah En. Mukhriz Segera."

Mukhriz hanya menganggukkan kepala, kepala masih memikirkan kesahihan bahawa Adham anaknya.

*******

Plak.!
Pintu dibuka dengan kasar.

Anggerik yang melihat Tersentak bahunya melihat figura yang memasuki bilik itu.

Mukhriz menyelinap kedalam bilik dimana Anggerik sedang menjaga Adham yang masih Dalam keadaan Tidak sedarkan diri.

Setelah Adham menerima penderma Darah yang sesuai untuk tubuhnya , keadaannya telah stabil. Adham telah dipindahkan Di wad persendirian. Dimana Anggerik yang sedang menjaga nya sekarang.

" Apa yang engkau sorokkan dari aku.?" Wajah menyinga Mukhriz sedang menatap tajam wajah perempuan dihadapannya. Mata Hazel dihadapannya dilihat bagai ingin ditelan.

Dia masih belum melupakan Sebaris ayat dari perempuan dihadapannya. Dia Bapa kandung Adham.

Anggerik menelan Air liur yang Terasa kelat Di kerongkongnya. Dia telah menjangkakan perkara ini akan terjadi, kerana itu dia tidak mahu Jun atau sesiapa menemani dirinya Dan Adham disitu. Jun telah disuruh pulang awal oleh Anggerik dengan Alasan gadis itu akan bertukar syif dengannya bagi menjaga Adham Esok.

" Saya tak sorokkan apa - apa ? Anggerik melarikan badannya ke hujung pintu agar Adham tidak mendengar pergaduhan mereka.

Sama dengan jangkaannya, Mukhriz mengikuti langkahnya.
" Engkau nak pergi mana? Suara marah Mukhriz, bila soalannya tidak dijawab oleh Anggerik sebaliknya gadis itu melarikan diri.

" Kita bincang dekat sini.!" Anggerik bercakap dengan Nada perlahan. Matanya masih lari melihat kearah Adham.

" Apa Maksud engkau Adham anak aku.?" Cakap ! Kenapa engkau cakap aku Bapa kandung Adham. Apa lagi yang engkau sorokkan dari aku perempuan.!"
Mukhriz tidak dapat lagi menahan marahnya,Anggerik yang seakan mendiamkan diri benar - benar membuatkan perasan marah dalam dirinya medidih.

Cengkaman tangannya telah berpindah memegang leher Anggerik. Mencekik leher Anggerik sekuat hatinya.

Lepassss..! Anggerik cuba melawan dengan kudrat yang ada. Mukhriz telah tidak sedar dengan perbuatannya Hanya marah menguasai dirinya. Anggerik cuba melepaskan Tangan Mukhriz yang Semakin ketat mencengkam.

" Siapa Bapa kandung Adham sebenarnya. Apa permainan engkau dengan aku. Aku tak main - main. Siapa..?" Anggerik Dirasakan Mukhriz sengaja mencari helah untuk kusutkan dirinya. Sebab itu dia patut menerima hukuman setimpal.

Plak! Pintu bilik dibuka.

Mukhriz engkau dah gila nak Bunuh Anggerik. Suara garau yang lantang memarahinya Kedengaran.

" ANGGERIK ," Sebaris nama itu disebut dimulutnya. Dia cuba mengingati nama itu. Pegangan tangannya perlahan dilepaskan dari mencengkam.

Ouch..!ouchh..! Anggerik yang terlepas dari cengkaman Tangan Mukhriz terbatuk kecil, kembali memulihkan pernafasan. Tubuhnya Di peluk oleh Nenek, membantu dirinya kembali kuat.

"Anggerik", dia kembali mengingati nama itu yang dia Lupakan 3 tahun dahulu. Nama wanita yang dia Dan gadis itu telah dinikahkan. " Nama tak komersil langsung." Dia mengingati nama itu. Wajah gadis dihadapannya dilihat.

" ANGGERIK" Sebaik sahaja nama itu disebut Tiga kali....
Kenapa wajah dia lain..?" Berkerut wajah Mukhriz memandang..

" PANG ,"
satu tamparan hinggap di pipi Mukhriz. Tangan Kasar yang telah menampar pipi dia, hingga dia tersedar.

" Dia Isteri kamu.!" Datuknya menahan marah, kenyataan itu akhirnya keluar dari suaranya.

" Isteri?" Sekali lagi Mukhriz mengulangi lagi perkataan itu.

" Maafkan Datuk Anggerik, Datuk Janji dengan kamu pasal Adham. Datuk kena terangkan pada Mukhriz sebelum dia............ Huarghhhhhh..! Dada Datuk Mumtaz dipegang sebelum dirinya rebah kelantai.

" Abang."

Datuk...!

Datuk...! Anggerik Maafkan Datuk, Tolong sedar Datuk.. Jangan tinggalkan Anggerik... Anggerik Meriba tubuh Datuk Mumtaz dalam pelukannnya..

" Mukhriz Cepat panggilkan Doktor, Neneknya dalam keadaan cemas mengarahkan Mukhriz."

" Mukhriz yang terpinga - pinga Segera berlari mendapatkan Doktor bagi menyelamatkan Datuknya.!"

" Anggerik Datuk , Anggerik , Neneknya telah meraung hiba melihat keadaan suaminya.

" Anggerik Maafkan Datuk, jangan tinggalkan Anggerik . Dia masih merayu. Hanya dengan lelaki itu Anggerik merasa selamat selama ini. Dia tidak sanggup Datuk tinggalkan dia dengan rahsia terbesar dirinya telah diketahui Mukhriz.

" Datuk Tolong kuat untuk Anggerik dengan Adham. Jangan biar Anggerik lalui semua ini seorang Datuk . Tolong kuat untuk Anggerik Dan Adham. Tolong.. Anggerik masih merayu dalam tangisan.

Anggerik bersabar kita doakan Datuk tak ada apa. Neneknya memberikan kata semangat. Dia sangat kasihankan keadaan Anggerik waktu itu. Masih tidak tahu apa tindakan Mukhriz nanti pada Anggerik. Apa yang terlihat dimatanya pun sudah menakutkan sebentar tadi. Mukhriz mahu membunuh Anggerik. Jika suaminya tidak Cepat tadi, mati Anggerik ditangan Mukhriz.

Kini Suaminya pula ditimpa musibah, Siapa lagi yang hendak diharapkan membantu Anggerik. " Abang kena kuat, Saya dah panggilkan Doktor rawat abang. Abang kena kuat dan bertahan." Demi saya, Adham Dan Anggerik. Bertahan.

Sepasukan Doktor Dan Jururawat telah datang untuk membantu. Segala peralatan menyelamat digunakan. Tubuh Datuk dibawa diatas katil bergerak untuk dibawa kebilik kecemasan. Nenek mengikuti Datuk untuk Segera menemani.

Anggerik diarahkan oleh Nenak untuk kekal didalam bilik itu bagi memantau Adham jika sekiranya Adham tersedar.
" Anggerik tunggu sini, Biar Nenak dengan Mukhriz selesaikan urusan Datuk. Jika Adham dah sedar maklum Nenak Segera." Tubuh nenek menghilang dari pandangan Anggerik.
Anggerik melangkah kembali mendapatkan Adham yang masih belum tersedar.

Plak , pintu kembali dibuka.

Anggerik menoleh kebelakang melihat Figura lelaki itu berada dihadapannya.

" Aku akan kembali Anggerik, urusan kita belum selesai, Bersama riak wajah Dan mata yang tajam memandang kearah Anggerik. Tubuhnya dipalingkan semula Plak, pintu kembali dibuka Dan menghilang dari pintu Wad itu.

Mukhriz..!
Dia akan kembali. Bahu Anggerik Tersentak dengan ugutan Mukhriz pada dirinya. Air mata mengalir keluar. Siapa lagi yang akan menyelamatkan dirinya dari lelaki itu nanti. Anggerik menanggis Semahu - mahunya malam itu. Telah lama dirinya tidak menanggis. Tangisannya ditahan selama Tiga tahun, semuanya kerana Mukhriz.

" Apa lagi yang dia nak dalam hidup aku. Tak puas lagi dia seksa."

******

Bip..! Bip..! Bip..

Bunyi mesin pernafasan yang membantu Datuknya bernafas. Keadaan tadi yang kritikal kerana waktu ini, jantung Datuknya telah stabil Tapi masih dalam pemerhatian pihak hospital.

Mukhriz menjaga Datuknya, berharap Datuknya akan tersedar. Dia masih menyalahkan dirinya sebentar tadi kerana bersikap melulu Tanpa berfikir Sehingga menyakitkan orang yang Dia Sayang. Datuknya.

" Mukhriz", Kedengaran Suara halus Datuknya memanggil.
Mukhriz mengukirkan senyuman  di bibirnya, melihat wajah tua itu memanggil dirinya, Datuknya telah tersedar dari keadaan kritikal tadi. Suatu petanda baik, itu yang diterangkan oleh Doktor yang merawat Datuknya sebentar tadi.

" Mukhriz Dekat sini Datuk, Mukhriz jaga Datuk. perlahan Dan lembut Suara Mukhriz. Telinganya mendengar Setiap Bait ayat yang keluar dari Suara Datuknya.

" Jangan sakitkan dia lagi Mukhriz, Janji dengan Datuk. Jangan sakitkan dia, dia dah banyak derita dengan kamu." Lemah suara Datuknya merayu simpati dari cucunya.

" Air mata Mukhriz mengalir melihatkan keadaan Datuknya yang lemah. Dia hanya menganggukkan kepala, bersetuju. tidak mampu untuk Suara dikeluarkan bila melihat keadaan Datuknya yang sentiasa kuat dulu, kini Lemah disebabkan perbuatan dia.

Tangan Datuknya digengam erat dalam gengaman tangannya Dan dicium tangan lelaki itu tidak mahu dilepaskan. Datuk berehat, jangan banyak bergerak. Mukhriz akan Betulkan kembali semua kesilapan dan kesalahan Mukhriz. Mukhriz nak Datuk sihat. Opah tunggu Datuk. Datuk berehat.

Setelah dipastikan Datuk berehat Dan telah terlena dengan ubatnya, barulah Datuknya ditinggalkan. Tujuan Mukhriz satu bagi mendapatkan Anggerik.

Langkahnya dilajukan mendapatkan Anggerik. Urusan mereka berdua belum diselesaikan lagi untuk malam ini.

*******

Pap!"
Plak, Pintu dikunci dari dalam oleh Mukhriz, sambil matanya tajam memerhati kearah Anggerik Dan Adham.

" Tak sangka engkau Isteri aku.?" Senyum sinis wajah Mukhriz memandang kearah Anggerik yang telah pucat kaku duduk disebelah Adham.

"Kenapa engkau diam ? Aku Betul , Betul Tak sangka selama Tiga tahun ini aku dah Lupakan engkau sebenarnya. Tapi engkau Selalu muncul depan aku. Selalu jumpa Datuk dari engkau datang jumpa Aku.?"

" Awak nak apa Sebenarnya Mukhriz dari saya.?" Tak Cukup lagi awak tinggalkan saya Tiga tahun dulu. Untuk apa Saya nak cari Awak.?"

" Engkau boleh terus terang tentang Adham anak aku. Bukan jadikan aku seorang yang gila fikirkan engkau Siapa selama ini.?" Mukhriz mengeluh dengan kehidupan dirinya yang selama ini tersasar jauh dari landasan perkahwinan dirinya.

" Adham bukan anak Awak Mukhriz, dia anak saya seorang. Tiga tahun saya Besarkan dia seorang, Saya tak Perlu kan Awak.?" Anggerik memandang Mukhriz dengan tidak puas hati.

" Kalau dia bukan anak aku, kenapa engkau suruh aku dermakan Darah untuk dia. Tak sangka aku , sekali sahaja Anggerik aku sentuh engkau, aku tak sangka Adham terhasil dari hubungan malam itu. Mukhriz menyesali perbuatan dirinya meninggalkan Anggerik dulu Dan tidak mengambil tahu tentang Isterinya Walaupun Datuknya telah beberapa kali memaksa.

" Itu Sebab Awak  punca segalanya perkara ini berlaku dan Awak buat Adham jadi macam ini, kalau Awak tak ambil dia. Saya Takkan maklumkan pasal Adham. Saya akan jaga dia sendiri".

" Dah terlambat Anggerik, Engkau ingat aku nak diamkan diri je lepas aku tahu pasal semua ini. Adham anak aku.? Salah engkau Sebab tak cari aku waktu engkau mengandung dulu. Aku akan bertanggungjawab pasal itu."

" Awak dah lupa Mukhriz pasal malam itu?" Anggerik Senyum sinis pada lelaki yang paling dibencinya saat ini.
" Awak noda saya malam itu Sebab tanggungjawab Awak pada saya kan. Saya bukan pilihan hati Awak, calon Isteri Awak. Awak gunakan saya Sebab Awak nak balas dendam. Anggerik menahan marah dalam hatinya, segala memori malam itu kembali menerjah masuk dalam fikirannya. Dia akan luahkan segalanya hari ini.

Mukhriz ketap gigi geram dengan kenangan itu kembali diungkit. Dia ingat lagi layanan dirinya pada Anggerik, Tapi dia tersilap orang, Dan keadaan bilik Pengantin mereka yang gelap menyukarkan dia mengecam. Hanya cahaya bulan yang terangi malam mereka. Setelah Selesai urusan itu, barulah dia dapat melihat mata Hazel itu. Mata yang menghantui hidupnya selama ini.

" Bukan engkau yang aku jumpa malam itu, Anggerik sebelum perkahwinan kita." Mukhriz pasti dengan itu, gadis yang dijumpai dirinya anak matanya berwarna Coklat.

" Saya tak tahu apa yang Awak maksudkan Mukhriz." Jangan ganggu hidup saya lagi."

" Tentu engkau faham maksud aku Anggerik, bukan engkau yang aku jumpa malam itu. Dan malam pernikahan itu kenapa engkau tak nafikan apa - apa dekat aku."

" Saya tak nak ingat lagi apa - apa yang Jadi malam itu Mukhriz, Awak dah tahu segalanya sekarang. Awak dah tahu siapa saya, siapa Adham jadi apa Awak tunggu lagi. Memamg ini yang Awak nakkan. Seksa hidup saya.

" Aku masih nak tahu siapa yang tipu aku malam itu, Dan engkau Anggerik aku tahu engkau tahu sesuatu pasal ini. Siapa perempuan itu, kenapa engkau tak beritahu pasal dia."

" Semuanya dah terlambat Mukhriz, kalau Awak Tahu Siapa dia pun, Awak ingat semua perkara itu boleh patah balik." Takkan Mukhriz.

" Sebab itu engkau tak pernah guna duit bulanan yang aku bagi dekat engkaukan, Sebab engkau nak tunjuk engkau boleh hidup Tanpa aku. Engkau silap Anggerik, pasal aku.!" Mukhriz Senyum sinis dengan kedegilan Anggerik dengan dirinya.

" Saya tak mahu tahu apa pun Awak nak buat lepas ini, jangan ganggu hidup saya dengan Adham. Kita ikut haluan masing - masing. Awak pun dah ada pilihan hati. Bagus untuk Awak Mukhriz." Anggerik memberikan pujian kepada Mukhriz dalam Maksud sebaliknya.

" Aku ubah Fikiran Anggerik Dan untuk pengetahuan engkau, tak ada siapa boleh halang keputusan aku Termasuk engkau mahupun sesiapa pun dalam dunia. Aku tak suka ikut telunjuk Dan arahan orang."

" Ceraikan saya Mukhriz itu yang terbaik." Anggerik telah redha dengan nasibnya, dia hanya mahu hidup dengan Adham.

" Aku akan Bawa Adham pulang rumah aku. Dah lama engkau rahsia kan perkara ini tentang Adham dari aku. Kini giliran aku Anggerik untuk jaga Adham."

" Awak ingat Awak siapa nak buat keputusan macam ini, Adham anak saya seorang. Dia akan ikut saya." Anggerik jerling Mukhriz tanda tidak berpuas hati.

" Aku belum habis lagi Anggerik, engkau dengar betul - Betul, jangan pangkah sebelum aku habis cakap. Aku benarkan Engkau ikut Adham, Tapi engkau kena tinggal dengan aku. Adham tetap akan aku jaga selepas ini.
Tak ada siapa boleh ubah.
Keputusan engkau untuk kekal dengan Adham terpulang atas tangan engkau sendiri. Aku Takkan paksa. 3 tahun engkau ambil masa aku dengan Adham, rahsia kan perkara itu, Engkau ingat aku nak lepaskan lagi masa aku dengan Adham. Jangan mimpi"

" Saya tak setuju Awak tak boleh rampas Adham dari saya. Awak ingat Awak siapa.?" Anggerik melenting dengan sikap Mukhriz yang menjadi kan dirinya Perlu memilih hidupnya dengan Adham.

" Terpulang Anggerik Tapi kedegilan engkau tu tak kemana, Engkau nak lawan aku Dekat Mahkamah, Atas pilihan apa. Engkau masih Isteri aku Dan Adham anak kandung aku."

" Anggerik tiada pilihan, dulupun Datuk tak dapat kawal
Mukhriz dengan sikap dia. Boleh ker aku.! Anggerik pejam kan mata mencari jawapan.
" Saya setuju Kalau rumah yang Awak cakap kan itu rumah Datuk dengan Opah, Saya akan pindah kesana."

Hanya Itu dalam Fikiran Anggerik..
Sekurang- kurangnya Datuk Dan Nenek masih ada sekiranya Mukhriz membuat sesuatu tak elok kepadanya. Anggerik akan sentiasa selamat berada dengan Datuk. Itu yang dia pasti.

" Aku setuju Anggerik. Mulai Esok engkau Bolehlah kemaskan barang untuk engkau mulai pindah kerumah itu.Keputusan aku Muktamad."

" Saya nak bilik asing Mukhriz dalam rumah itu." Anggerik memberikan syarat.

" Engkau akan dapat semua itu."

Anggerik lega mendengar Tentang perkara itu.

Mukhriz berlalu dari Pintu itu..
Dia masih perlu menjaga Datuknya..
Sekurang- kurangnya dia telah melangkah kehadapan untuk perkahwinannya..

" Engkau mesti Benci aku Anggerik, Tapi percayalah aku buat ini semua untuk selamatkan perkahwinan kita. Aku Takkan ulang kesalahan yang sama."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience