27 (A2)

Romance Completed 306520

Anggerik keluar dari bilik Adham. Gelak ketawa Mukhriz Dan Adham masih kedengaran Di halwa telinga Anggerik.

Baru petang tadi Anggerik menemui Sherry. Tak sangka Anggerik Mukhriz muncul kali ini. “ Siap kata dia kembali? Apa Sebenarnya Yang Mukhriz hendak kali ini.” Anggerik ketapkan bibir.

Kaki Anggerik menapak ke balkoni rumah dalam bilik. Suasana Seljuk Dan tenang mendamaikan Tubuh Anggerik. Angin yang Bertiup malam itu menyapa permuakaan wajah Anggerik buatkan Anggerik mengusapkan perutnya, untuk kandungan Kali ini tabah seperti kandungan Adham dulu dalam rahimnya.

“ Kita perlu kuat!” Habis sahaja bicara. Terdengar Di pendengaran telinga Anggerik seseorang telah membuka pintu biliknya.

Tiada lain dalam fikiran Anggerik Tentu sahaja Mukhriz.

Anggerik mempalingkan wajah berdepan dengan Mukhriz. Dia tahu Dia Takkan dapat larikan diri lagi. Segala masalah rumah tangga mereka perlu diselesaikan malam ini.

Kelihatan wajah tampan Dan tenang Mukhriz melangkah kehadapan mendapatkan Anggerik. Tiada Senyuman Dan tiada lagi rupa paras yang kusut sebelum ini dengan masalah. Seorang Mukhriz yang baru telah wujud dihadapann Anggerik.

Kemas bersama jambang nipis yang telah diperkemaskan. Tentu sahaja sebelum kesini Mukhriz telah merapikan tubuh Dan wajahnya terlebih dahulu. Jelas penampakan penampilan Mukhriz yang baru sahaja keluar dari pusat perapian lelaki.

Itu Jelas pada pandangan mata Anggerik.. Anggerik Hanya menunggu Mukhriz menyapa dirinya dulu. Dia juga mempunyai ego dalam diri tersendiri. Setelah dicampak buang sebelum ini. Kini Mukhriz kembali.

“Anggerik!” Panggilan biasa Mukhriz menyapa.

Hanya dengan panggilan Terasa Darah Anggerik Panas mengalir Keseluruhan badan Anggerik. Kuat pengaruh Mukhriz pada kandungan Anggerik Kali ini. Tapi segala perasaan Anggerik Cuba dikawal.

Dia rindukan Mukhriz Ingin memeluk tubuh yang begitu dia dambakan, Tapi anggota badannya tetap berkeras. Seperti hati Anggerik.

“ Anggerik? Awak macam tak Teruja dengan kehadiran saya Dekat sini!” Sekali lagi nama Anggerik dipanggil untuk kali Kedua. Tapi Anggerik masih tiada tindak balas buatkan Suara Mukhriz hambar.

Mukhriz ingatkan dengan kejutan yang dibuat akan buatkan Anggerik Teruja namun sebaliknya yang berlaku.

Anggerik palingkan wajah, perasaan Anggerik sebak. Dia tidak mahu jika dia libat wajah Mukhriz lebih lama, hatinya akan sayu Dan mengeluarkan air mata. Dia tidak mahu kelihatan lemah dihadapan wajah Mukhriz.

Untuk itu dia berpaling membuang pandangan kepada pemandangan malam. “ Berapa lama kali Ini Awak kembali Mukhriz? Terima kasih untuk malam ini. Sekarang- kurangnya saya masih terselamat dengan soalan Adham.” Anggerik berkias.

“ Apa Maksud awak Anggerik? Beraapa lama? Apa yang Terselamat?” Hati Mukhriz tidak sedap. Dia dapat rasakan Anggerik sedang memerli dirinya malam itu.”

“ Esok saya ada Satu lagi imuniti nak jawab soalan Adham Mukhriz Tentang Awak? Kenapa awak tak terus hilang jer dari hidup kami. Tiap - tiap bulan awak masukkan jer duit tanggungjawab awak tu dalam akaun bAnk saya. Itu perkara yang Awak pandai buatkan Mukhriz? Perkara sama yang Awak pernah buat dulu. Sekarang ataupun dulu masih tak ada beza Mukhriz? Buat apa Awak datang malam ini? Saya belum habis bersalin lagi, berpantang pun saya belum habis. Kenapa dah tak sabar nak ceraikan saya?” Jelingan maut Anggerik, sambil langkah Anggerik meninggalkan Mukhriz.

Puas Dan marah dalam Satu masa yang sama, telah banyak Anggerik bersabar. Kali ini Mukhriz akan dapat pengajaran dari segalanya. Anggerik Takkan berpatah balik lagi.

“ Apa yang Awak cakap Anggerik!” Mukhriz kematian kata - kata. Lengan Anggerik berjaya ditangkap sebelum Anggerik berjaya keluar dari berhadapan dengan dia.

“ Bahagian Mana Awak nak saya ulang Mukhriz?” mata Anggerik tajam melihat Tangan Mukhriz yang telah memegang kemas lengannya. Puas Anggerik Cuba loloskan lengannya dari pegangan kemas Mukhriz, Tapi masih tak berjaya.

“ Semua!” Suara Mukhriz kuat melontarkan kemarahan. Dia tak suka Anggerik cabar sifat dirinya yang terlepas laku dan masalah mereka dulu. Masalah di awal perkahwinan mereka dulu.

“ Mukhriz! Lepaskan lengan saya. Awak sedang sakitkan saya. Tak cukup lagi Awak buat hidup saya merana sebelum ini.!” Anggerik hilang kawalan.

“ Awak sakitkan hati saya Mukhriz. Musnahkan hidup saya. Musnahkan hidup anak - anak awak. Hancur kan hati saya. Apa yang Awak nak lagi? Saya dah terima Kehilangan awak sekarang ini. Kenapa awak kembali?”

Awak nak cakap Awak dah tersedar ? Awak dah terlanjur dengan segala perbuatan Awak sebelum ini? Awak tak boleh Kehilangan saya? Tak boleh Kehilangan Adham, anak kandungan ini? Awak ingat Awak Siapa Mukhriz?

“ Awak sakitkan hati saya dulu Mukhriz, waktu kita berdua tak kenal Satu sama lain. Waktu tu saya maafkan Awak sebab banyak yang salah faham dalam perhubungan kita!” Mata Anggerik merah memandang wajah Mukhriz. Dia perlu luahkan semuanya.

“ Tapi sekarang Mukhriz? Saya semakin jelak dengan sikap Awak?Awak cuma anggap saya perempuan yang akan sentiasa ada disisi Awak bila awak perlukan saya. Itu yang saya rasakan sekarang ini?”

“ Awak buang saya Bila Awak tak perlukan saya. Dalam apa keadaan sekalipun Awak akan tetap tinggalkan saya. Pendirian Awak tak tetap untuk saya Mukhriz. Awak biarkan saya sekali lagi harungi semua benda seorang? Awak tak fikirkan perasaan saya Mukhriz, hati saya? Siapa yang ada disisi saya. Dulu saya kuat masa mengandunhkan Adham Sebab saya ada Jun.

Tapi Awak tinggalakan saya seorang harungi hidup Ini dengan Adham dengan anak dalam kandungan saya? Semata - mata Sebab benda mengarut itu semua.

Sebenarnya Mukhriz! Awak dengan Mukhlas tak ada beza. Sikap Awak dengan dia sama. Awak buatkan Saya rasa selamat, Tapi dalam masa yang sama Awak yang sebenarnya punca Utama saya hidup dalam bahaya. Jadi sekarang Lepaskan saya Mukhriz!”

Tangan Mukhriz dilepaskan dari pegangan lengan Anggerik. Namun langkah Anggerik keluar dari situ dihalang Mukhriz.

“ Saya belum selesai Anggerik. Dengar dulu penjelasan saya. Mukhriz kematian idea. Tapi dia tak mahu Kehilangan Anggerik samada malam ini Atau malam - malam seterusnya selepas ini. Mukhriz semakin takut dengan Anggerik yang semakin Nekad dengan keputusan dia.

“ Tak guna apa lagi Mukhriz? Selepas saya habis kan pantang anak ini. Kita jumpa Di Mahkamah.” Anggerik tegas,

“ Saya Takkan benarkan hal itu terjadi Anggerik? Saya Takkan benarkan.” Mukhriz mendapatkan tubuh Anggerik Dan memeluk isterinya dari bahagian belakang.

“ Dah terlambat Mukhriz!” Mata Anggerik dipejamkan. Dia tak dapat menipu diri sendiri, sentuhan Mukhriz buatkan segala kemarahan Anggerik sebentar tadi Seakan menghilang.

“ Belum terlambat Anggerik. Ini semua bukan permulaan Atau pertengahan dalam semua salah aku pada engkau Anggerik. Tapi percayalah, semua itu salah aku. Tiada salah engkau Anggerik. Aku tahu engkau dulu yang jadi mangsa ego aku, dulu? Kini Dan selepas ini. Tapi hidup dengan engkau Anggerik, aku baru kenal bahagia, keluarga. Aku tak nak keluarga kita musnah macam apa yang jadi pada Keluarga aku sebelum ini.

Aku tak mahu anak - anak kita terima nasib macam aku dulu Anggerik. Tolong bukakan hati itu Anggerik. Aku Takkan tinggalakan engkau lagi. Aku Sayang engkau Anggerik dengan anak kita. Tapi aku buat silap pasal Mukhlas. Aku terlalu ikut perasaan.” Pelukan Mukhriz kemas, Tapi perasaan lelakinya gusar bila Anggerik tidak membalas pelukan diri dia.

“ Terlambat! Saya dah berjanji Mukhriz? Dengan Sherry! Awak akan berkahwin dengan Sherry!”

“ Huh!" Pegangan Tangan Mukhriz terlepas, dia tergamam dengan pengakuan Anggerik.
“ Kenapa awak buat semua itu Anggerik”

****

“ Anggerik?” Suara Mukhlas memanggil sambil tangannya menepuk tubuh seseorang yang sedang menanggis didinding hospital.

“ Ayahhh. Mukhlas!” Wajah Anggerik terkejut dengan kehadiran Mukhlas dibelakangnya.

Anggerik ingatkan dirinya telah Terselamat sebentar tadi selepas Anggerik melarikan diri mencuri pendengaran perbualan dari Datuk Mumtaz, Opah Dan Mukhlas sebentar tadi.

Rupa- rupanya dia masih belum selamat Bila terserempak dengan Mukhlas disitu. Pandangan Anggerik berkaca bersama wajah pucat memandang kearah Mukhlas.

Mukhlas juga tergamam dengan reaksi Anggerik Dan kedengaran lelaki itu mengeluh berat dihadapan Anggerik.

“ Anggerik dah dengar semuanya apa yang terjadi?” Mukhlas memulakan bicara. Pelaku yang mencuri dengar perbualan mereka tadi telah ditangkap Tapi tak sangka Mukhlas orang itu adalah Anggerik.

Mereka semua sibuk mencari Tapi gagal berhasil, entah macam mana Anggerik menyorokkan diri sebentar tadi. Pantas . Fikir Mukhlas.

“ Hurmmmm!” Anggerik mengaku sambil menundukkan wajah. Dia malu Dan dalam masa yang sama terkejut dengan apa yang berlaku.

Tak sangka Mukhlas adalah seseorang yang sebegitu.

“ Temankan Ayah kesana. Hal ini kita berdua kena bincangkan Anggerik. Ayah tak salahkan kamu kalau kamu nampak salah Ayah nanti. Tapi semua itu Ayah harapkan kamu faham.”

Mukhlas Dan Anggerik berjalan beriringan berjalan bersaiang menuju ke Cafeteria yang berdekatan dengan hospital Datuk bagi berbincang. Anggerik Hanya menurut.

Dua cawan air telah dipesan Dan telah dihantar dihadapan mereka berdua. Anggerik Tenang menghadapi Mukhlas buat kali pertama.

Tenang Mukhlas menghirup air minuman dalam cawan bersama beberapa kudapan petang untuk mereka berdua.

“ Kamu dengan arwah Lily tak jauh berbeza Anggerik. Mata kamu dengan Arwah sama. Cuma kamu, biji mata kamu berwarna Hazel.” Mukhlas Tersenyum memulakan bicara.

“ Ayah Mukhlas masih tak Lupakan Ibu?” Anggerik memberanikan diri dengan persoalan.

Mukhlas hanya Tersenyum manis. Persoalan itu biarlah menjadi rahsia dalam hati dia seorang. Anggerik telah menjadi menantunya.

“ Ayah tak pernah Lupakan Arwah Lily. Wajah dia hidup ataupun dah mati Anggerik. Dulu dia sebahagian dari Satu memori terindah dalam hidup Ayah!” Mukhlas mulakan cerita Tentang apa yang dia rasakan kini.

“ Mukhriz? Ayah Mukhlas dah jumpa Mukhriz? Terangkan semua yang terjadi?”

Mukhlas terdiam, persoalan itu dirasakan berat untuk Di jawab. Sebelum ini dia tak pernah anggap Mukhriz sebagai anaknya disebabkan kebencian dalam diri Mukhlas. Tapi sampai bila?” Akhirnya Mukhlas mengeluh sendiri.

“ Ayah rasa Mukhriz tak dapat terima Ayah Anggerik. Banyak salah Ayah pada dia? Sakitkan hati Mukhriz, musnahkan hidup dia. Dia nak maafkan Ayah susah. Lebih - lebih lagi apa yang Ayah buat sebelum ini pada Ibu dia dulu. Ayah dah Cuba Tapi tak boleh Anggerik.

Memandangkan Kamu dah tahu apa yang jadi sebelum ini biarlah Ayah berterus terang dengan kamu pasal Mukhriz.

Dulu Ayah pernah sayangkan Mukhriz sebab dia anak kandung ayah. Biarpun Ayah diperangkap Tapi Ayah terima dia Dan Mukhriz.

Kehidupan kami dengan pasangan Ayah tak bahagia. Datuk Mumtaz dulu tak ambil tahu pasal perkahwinan kami Sebab Ayah dengan Ibu Mukhriz kahwin Aib kan dua keluarga.

Nak tak nak Ayah terpaksa kahwin dengan perempuan yang perangkap Ayah Dan keluarga sebelah Ayah tak dapat terima keputusan itu. Jadi kami bernikah Anggerik, Tapi kebahagian keluarga kami diuji. Dulu Ibu Mukhriz kuat cemburu.

Ayah sayangkan Mukhriz lepas kelahiran dia. Tapi sikap Isteri Ayah tak berubah dengan perasaan curiga Dan cemburu. Setiap kali Ayah melangkah tinggalakan rumah untuk berkerja dia akan mengawal semua perkara yang libatkan Ayah.

Dulu ayah bekerja dengan Bapa Mentua Ayah Anggerik, hidup mentua Ayah tak lama. Mereka meninggal dalam usia yang muda, jadi ayah yang terajui syarikat.

Ayah sibuk Tapi masa untuk Mukhriz Ayah akan luangkan untuk dia. Tapi semua itu buatkan hal itu menjadi senjata bagi Isteri Ayah untuk mengokong hidup Ayah.

“ Apa Maksud Ayah?” Anggerik semakin tertarik.

“ Dia gunakan kasih sayang Ayah pada Mukhriz untuk mengawal semua pergerakan Ayah. Dia akan dera Mukhriz jika ayah tak balik kerumah untuk temui dia. Banyak lagi Anggerik tang dibuat sampaikan akal Ayah tak boleh nak terima kekejaman dia Dan gangguan dia.”

“ Apa yang Ibu Mukhriz buat?”

“ Dia gunakan orang yang Ayah Sayang untuk kawal hidup Ayah. Pada mulanya ayah tak syak pasal benda itu Tapi bila dilihat Mukhriz didera waktu kecil, Ayah kesian. Ayah terpaksa sibuk bekerja Anggerik Ayah tiada masa tengokkan keadaan Mukhriz. Hanya pembantu yang maklumkan pada Ayah apa yang dia buat.”

“ Mukhriz jadi mangsa? Habis itu bila semua itu berakhir?”Anggerik Semakin Teruja menunggu cerita selanjutnya.

“ Ayah terpaksa buat bencikan Mukhriz, lakonan yang boleh buatkan Mukhriz tak penting dalam hidup Ayah. Berharap dia tak menggunakan Mukhriz lagi bagi mengawal hidup Ayah. Jadi segala kasih sayang Ayah tak dapat Ayah tunjuk pada Mukhriz. Hanya pembantu yang tahu hal itu.” Mukhlas mengakhiri bicaranya.

“ Habis itu sekarang Ayah Mukhriz! Tak boleh bincangkan balik perkara itu.”

“ Susah Ayah nak terangkan. Lakonan Ayah dulu terbawa- bawa dalam realiti Sebenar Anggerik. Ayah abaikan Mukhriz dari mengelak bertembung dengan dia. Dia Seakan Selalu mencari masalah untuk berjumpa dengan ayah.

Hinggalah Dia meninggalkan pun Ayah tiada disisi dia. Dulu ayah Ego Anggerik. Bila lepas kematian Isteri Ayah, ayah kahwin lain dengan Isteri Ayah sekarang.

Ayah nak bawa Mukhriz hidup kembali dengan ayah. Ayah nak jaga dia sepenuhnya Sebab sebelum ini ayah dah terlepas peluang.

Tapi kedegilan Datuk dalam calon menantu pilihan Ayah Dan cara ayah berkahwin dengan Isteri Ayah sekarang, Datuk Mumtaz tak berapa setuju. Jadi dia berkeras nak ambil Mukhriz untuk dia Dan Opah jaga.

Ayah tetap berkeras pada mulanya bila melibatkan hal Mukhriz. Tapi bila Datuk suruh ayah buat pilihan samada Mukhriz Atau Isteri Ayah. Ayah tiada pilihan Anggerik. Ayah terpaksa pilih Isteri Ayah, Sebab waktu itu dia sedang mengandungkan anak sulung kami. Macam mana Ayah nak Lepaskan dia.

Ayah terpaksa buat semua itu. Itu perjalanan kehidupan Ayah Anggerik. Jalan itu yang Ayah pilih sebelum ini. Untuk berpatah balik Dan dapatkan kepercayaan Mukhriz bukan mudah. Tentu sahaja dia tetap salahkan Ayah.

Ayah tak harapkan kemaafan Mukhriz. Cukuplah Ayah tahu dia dengan kamu bahagia Anggerik. Dia tak mahu terima Ayah itu bukan salah dia. Salah Ayah sebelum Ini Sebab menjauh dari hidup dia. Banyak peluang yang Ayah lepaskan dari kejadian dulu. Menyesal semua itu tak berguna. Semua dah terlambat.” Mukhlas mengeluh berat.

Dapat dirasakan Anggerik Mukhlas ikhlas dalam segala bicara. Segala kemaafan Tentang itu semua terletak pada tangan Mukhriz.

***

“ Aku boleh Kerat jarilah Kalau Mukhriz itu akan kahwin dengan engkau Sherry hujung tahun ini. Lagipun agaknya engkau dah lupa ingatan Sherry!” Nad dengan wajah berlagak menjeling kearah Sherry dengan kening terangkat tak berpuas hati.

“ Engkau nak cabar aku ker? Main kerat - Kerat konon. Hey Nad Kalau Betul Mukhriz itu kahwin dengan aku hujung tahun ini aku nak engkau Kerat juga sesuatu.?” Sherry menunjukkan wajah jahatnya. Semua itu bukan lakonan itu adalah kebenaran dalam hidup Sherry.

Anggerik dah bawakan Mukhriz berjumpa dengan dia Dan Mukhriz dah bersetuju dengan perkahwinan mereka berdua. Tapi bersyarat..

“ Aku sanggup!” Nad mengangkatkan tangannya bersumpah. Dia Teruja Dan sangat percaya Mukhriz takan berkahwin dengan Sherry artisnya. Dia tahu Isteri Mukhriz sedang mengandung.

“Putt! Nad menampar mulutnya kerana tetlepas mengeluarkan bicara setuju.”

Sebenarnya dia belum tahu apa yang disuruhkan oleh Sherry untuk dikerat.

“ Yunk benda apa yang You suruh Kerat Arghhhh! Selain tangan? Nad mula memikirkan benda - benda yang buruk.

“ Majlis perkahwinan nanti ada dua kenduri Nad. Satu majlis perkahwinan Dan Satu lagi Majlis berkhatan, khusus untuk engkau Nad. Baru powerkan!” Sherry tergelak dengan reaksi cuak Nad diwajah.

“ Sherry No habis lah Aset Nad nanti!” Nad semakin memgelabah. Jika Sherry menang habis lah dia. Umur Dia dah tua, berkahatan waktu umur - umur macam ini. Arghhhhhh tekanan macam mana nak jumpa Tuk Mudim, Kalau dia punya dah liat, tua.

“ Sherry dah tak ada benda lain ker nak Kerat. Rambut I ker yang Cantik ini!” Nad melayangkan rambutnya dalam alunan menggoda yang membuatkan Sherry menyampah.

Rambut you tak mencabar Nad. You punya “ itu”adalah cabarannya. Bukan sakit pun Nad. I nak bagi you lebih sihat.Pastikan You pandai dalam menculik yer pagi tu. Trim ditempat sepatutnya.” Sherry mengusik Nad.

“ Sherry!” Suara garau Nad keluar bersama ketawa Sherry yang membingitkan.

***

Jangan buat gila Anggerik!” Kenapa aku kena kahwin dengan Sherry. Jangan pandai - pandai nak berjanji.” Hati Mukhriz Panas, lain yang dirancang lain yang jadi.

“ Saya dah tak Kisahlah Mukhriz? Itu Awak kena buat Kalau Awak nak saya kembali dalam hidup Awak nanti. Sebelum ini Awak yang cari masalah itu, sekarang Awak kena Selesaikan. Semua janji saya buat ini Semua disebabkan Awak.” Anggerik semakin Panas, kedudukan diri Dan keputusan Anggerik tidak sesekali akan diubah. Dia telah berjanji dengan Sherry Dan janji itu akan ditunaikan.

“ Awak Sanggup lihat saya kahwin dengan Sherry? Itu yang Awak nak lihat sangat Anggerik. Awak macam mana? Awak Sanggup bermadu?” Mukhriz Ingin lihat macam mana Anggerik nak jawab soalan Mukhriz itu.

“ Kami Takkan bermadu Mukhriz? Kalau itu jalan terbaik tunaikan janji saya. Ya saya Sanggup!” Anggerik semakin tegas, dengan segala perbuatan diri dia pada Mukhriz, Tentang hal Mukhriz Dan Sherry. Perkahwinan mereka berdua.

“ Awak yang berjanji Anggerik bukan saya.” Mukhriz masih tak puas hati. Segala yang terjadi malam ini tak terfikir di akal Mukhriz.

“ Saya sekarang yang berpegang pada janji Mukhriz? Bukan macam Awak, cakap berbelit - Belit. Kalau Awak nak ceraikan saya dulu, kenapa bukan sekarang? Sebab saya mengandung? Tak ada beza Mukhriz. Kalau Awak berpegang pada kata - kata Awak, Awak Takkan serabut kan otak saya ini dengan masalah yang Awak dah ciptakan Mukhriz. Semua yang Jadi ini Awak kena tanggung. Awak yang Hendak Saya pergi dari hidup Awak Jadi Saya dah pilihkan Sherry pengganti diri saya. Apa Awak mahukan lagi? Saya buat semua ini untuk Awak Lupakan saya selepas ini.” Anggerik masih berkeras, tidak menampakan dia akan beralah. Jika sebelum ini Anggerik Hanya menurut kini tidak lagi.”

“ Baik Kalau itu yang Awak cakapkan. Baik! Saya akan berkahwin dengan Sherry! Tapi hujung tahun ini Anggerik.” Mukhriz memberikan jawapan.

“ Awak dah gila? Hujung tahun ini kandungan saya baru 8 bulan Mukhriz? Macammana Awak nak ceraikan saya waktu saya mengandung. Sherry takkan setuju dengan syarat itu. Dia tak mahu dimadu.” Anggerik semakin Panas dengan Mukhriz. Sensuka hati dia memberikan tarikh perkahwinan tanpa perbincangan dengan Anggerik Dan Sherry. Bermadu! Anggerik pun bukan sanggup. Sekurang - kurangnya biarlah selepas urusan penceraian dia dengan Mukhriz selesai. Untuk lihat Mukhriz Dan Sherry bersanding, dalam Anggerik masih Isteri Mukhriz, bukan sesuatu dalam Plan Anggerik sebelum ini.

“ Terpulang? Tapi Itu syarat aku Anggerik. Semua ikut perancangan engkau kan. Aku nak majlis itu hujung tahun ini. Pandai - pandailah Engkau nak pujuk Sherry dengan kepandaian Dan Otak geliga engkau tu Anggerik. Yang aku tahu hujung tahun ini.” Senyuman Mukhriz sinis.

“ Kenapa tak boleh tunda hingga saya habis pantang Mukhriz Selesai Edah Awak berkahwin. Saya Takkan ganggu Awak lagi lepas semua itu.” Anggerik kembali lembut memujuk Mukhriz dengan Idea dari dia.

“ Kenapa ? Ini semua Plan engkaukan. Kenapa nak takut ? Tak ada beza pun Bagi engkau Anggerik. Perasaan engkau dah Nekadkan jadi buat apa tunggu lama. Tahun ini juga aku tunaikan permintaaan engkau tu.”

“ Mukhriz!” Anggerik ketap bibir geram.

“ Apa dia lagi Anggerik? Kalau tak sanggup nak lihat aku naik pelamin dengan Sherry batalkan semua benda mengarut tu. aku tak janji apa - apa pun?” Mukhriz kembali berlembut melihat kearah Anggerik.

“ Tak boleh Saya dah janji dengan Sherry pasal hal ini?” Anggerik mengetap bibir kembali. Yang Sebenarnya Anggerik tak mahu mengalah dengan Mukhriz. Dia masih ada Ego tersembunyi. Tapi tak sangka permintaan Mukhriz mengarut sungguh bagi Anggerik.

“ Kalau dah janji teruskan macam permintaan aku tu. jangan lupa aku ini Darah Penggantin manis Anggerik. Tak Baik engkau hampa kan permintaan aku yang Satu tu. Bab Sherry nak setuju syarat tu aku serahkan pengantin perempuan itu pada engkau Anggerik, pujuk dia untuk bermadu. Madu engkau juga Anggerik lepas ini. Lepas aku kahwin dengan Sherry kita akan hidup tenang.” Mukhriz membaringkan tubuhnya disisi Anggerik.

“ Awak jangan mengarut Mukhriz? Lepas habis berpantang kita tak akan bersama lagi. Awak jangan lupa syarat itu?” Anggerik mengingatkan Mukhriz kelihatan Mukhriz telah pejamkan mata.

“ Mukhriz Awak dengar tak saya cakap ini? Awak selalu buat benda mengarut! Awak sengajakan Mukhriz.” Anggerik masih tak puas hati.

“ Ingat syarat aku Anggerik? Jika bukan hujung tahun ini, batalkan semua itu.” Mata Mukhriz kembali terbuka dan wajah serius Mukhriz memandang kearah Anggerik.

“ Apa alasan Awak buat semua itu Mukhriz? Awak nak saya batalkan, Sebenarnya kan.

Jadi macam Awak tak pegang pada janji.” Anggerik belum habis marah dengan Mukhriz.

“ Janji!” Itu janji hujung tahun ini Anggerik. Sekarang aku nak tuntut janji dengan engkau dulu malam ini.” Mata Mukhriz penuh pengharapan untuk Anggerik maafkan dia Tapi dapat dilihat dengan hatinya, Ego Anggerik semakin sukar. Mukhriz tiada pilihan.

Biar Anggerik keliru dulu dalam permainan dia. Hinggalah sampai masa nanti Anggerik akan dapat jawapan..

Luv PB...,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience