Bab 24 ( A2 )

Romance Completed 306520

Aku tahu perkahwinan kita ini tak sepatutnya terjadi, kita berdua tak ditakdirkan bersama, aku akan Selesaikan urusan aku dan segala pembiayaan anak kita aku akan tanggung sepenuhnya, tiada yang akan kurang!" Sebaris ayat dari Mukhriz dalam Satu nafas buatkan nafas Anggerik tersentak.

" Mukkkkkkhriz! Awak cakap apa?"

Anggerik berpusing Dan berpaling mengarah ke arah Mukhriz. Pantas Dan jantung Anggerik bergetar.

" Mukhriz! Apa yang jadi?"
Anggerik berdiri, sebentar tadi dia tiada jawapan dari Mukhriz.

Dia masih merenung wajah suaminya yang telah mempalingkan muka dari menghadapi Anggerik. Dapat dirasakan dihati kecil Anggerik, Mukhriz tidak mampu melawan pandangan Anggerik.

" Saya tak boleh tipu hati saya Anggerik. Hati saya cukup menderita. Saya Cintakan Sherry!"

Mukhriz menciptakan alasan.
Dia mahu Anggerik sepenuhnya membenci diri dia. Biar hati dia sakit dengan kebencian Anggerik pada diri dia.

Untuk menerima Anggerik kembali dalam hidup dia dirasakan payah oleh Mukhriz . Dia dibutakan dengan kebenaran.

Angerik terduduk lemah. Jantung mengepam laju. Sesuatu yang ditakuti Anggerik kini benar - benar berlaku. Impak seorang suami, Dan anak dalam kandungan Anggerik, buatkan Anggerik merasakan kesakitan yang sangat dalam bagi diri Anggerik.

Anggerik lemah, Tapi dia perlu kuat berhadapan dengan Mukhriz. Dia dapat merasakan bibir dia bergetar mengigil akibat kemarahan.

" Mukhriz memang nak kena!" Ucapan Anggerik dalam hati.Anggerik mengengam tangan menahan kemarahan, bersama hati yang sakit perasaan dikuatkan.

" Kenapa sekarang Mukhriz? Kenapa bukan dulu? Banyak lagi peluang Awak boleh jadikan hidup kita berdua menjauh. Tapi kenapa waktu saya berbadan dua Awak buat perangai? Apa Awak nak buktikan?”

Awak ingat saya dah tak laku?

Saya buruk?

Hodoh?

Saya mengandung Awak boleh buli saya?

Saya dah tak menarik?

Kenapa?...

Kenapa sekarang lepas saya terima Awak ?

Adam!

Sherry? Itu yang Awak nak berikan alasan pada saya?

" Awak nak saya hidup dengan Adham, berdua? Awak buat saya macam ini, Adam akan kembali pada saya? Cakap ! Kenapa awak diam?”

Kalau Awak dah tergila- gila kan Sherry kenapa Awak biarkan saya hidup, kembali hidup dengan saya Mukhriz? Kenapa mengandungkan saya kali Kedua?

Awak dah Gila?

Jawab lah? “

Suara Anggerik nyaring Di kepekatan malam yang sunyi. Hanya Anggerik Dan Mukhriz saling berpandangan dengan wajah Anggerik dah menyinga.

Mukhriz ingat benda ini boleh main- main. "Dia ingat aku ini  anak patung"

Mukhriz hanya merenung jauh dikepekatan malam cermin tingkap besar yang berupa dinding rumah mereka. Dalam keluhan, dapat dirasakan Mukhriz, hatinya mulai Pedih.

" Lupakan semua Anggerik! Lupakan janji aku dulu! Tak ada siapa yang boleh ubah keputusan aku lagi. Aku tetap dengan keputusan aku!"

" Kenapa tak pandang saya Mukhriz? Kenapa tak lihat saya? Apa salah saya kali ini? Apa yang saya buat? Salah saya pada Awak?"

" Awak tak ada salah dengan saya? Awak anggap kita tak ada Jodoh!"

" Jodoh!"

Anggerik Senyum sinis.

“ Kalau jodoh yang Awak cakapkan Mukhriz, saya nak Awak pandang wajah saya?

Lihat mata saya?

Sentuh kandungan saya ini. Anak awak Mukhriz. Tubuh Anggerik mengigil, seluruh tenaga cuba dikuatkan..

Mukhriz masih tiada bersuara..

Kalau itu yang Awak nakkan dalam hubungan kita."

Anggerik tegas. Segala kelakuan Mukhriz sakitkan hati Anggerik kini.

" Kalau aku buat semua itu Anggerik, engkau akan terima semua cadangan aku nanti!"
Suara Mukhriz perlahan , namun segala ungkapan Mukhriz buatkan Anggerik faham.

Tanpa Suara Anggerik menganggukkan kepalanya. Dapat dirasakan Anggerik, Mukhriz tak main - main.

Tubuh Dan wajah Mukhriz berpaling menghadap kearahnya. Wajah Mukhriz yang berpaling buatkan getaran Di jantung Dan dada Anggerik bergetar.

" Mukhriz dah Nekad, Tapi apa salah aku?" Anggerik monolog dalam diri sendiri, dapat dilihatAnggerik, Mukhriz benar - benar kali ini dengan keputusan dia, Tapi Anggerik, dia hanyalah seorang perancang..
Segala kuasa terletak ditangan Mukhriz..

Anggerik tewas..

Mukhriz menapak kearah Anggerik.

" Angggerik"

Suara Mukhriz bergetar menahan tindakan diri yang semakin berani dengan cabaran Anggerik tadi.

Tangan Mukhriz Dan jarinya diletakkan Di dagu Anggerik. Wajah Anggerik yang menunduk diangkatkan menghadap wajahnya.

Tiada ucapan Kedua - duanya, mereka berdua Hanya mendiamkan diri. Hanya aksi sunyi menemani Kedua - duanya, suatu suasana asing bagi Anggerik.

" Awak boleh bayangkan hidup tanpa saya Mukhriz?"
Air mata Anggerik mengalir laju, Dia dapat rasakan keputusan Mukhriz kali ini Nekad. Lelaki itu tidak main  - main.

Mukhriz hanya mengangguk lemah untuk jawapan kepada soalan Anggerik.

" Anak kita?" Anggerik tidak mahu mengalah. Segala yang jadi Anggerik mahu menghalang. Untuk menerima Kehilangan Mukhriz semua itu perlukan masa bagi Anggerik.

" Itu tanggungjawab saya, saya Takkan sesekali abaikan!" Suara Mukhriz perlahan memujuk.

" Saya Mukhriz? Awak tak fikirkan perasaan saya? Saya dah mula Cintakan Awak Mukhriz? Kenapa awak buat keputusan macam ini.!"
Anggerik masih mencuba. Walaupun kelihatan dia merayu Dan maruahnya jatuh dikaki lelaki itu. Anggerik tak peduli, jika semua itu dapat Lembut kan hati suami dihadapannya dia sanggup.

" Saya tetap Cintakan Awak Anggerik. Itu Awak kena percaya. Tapi saya terikat dengan sesuatu. Sesuatu yang akan buatkan saya Benci Awak Seumur hidup saya?

Mukhriz perlahan menjatuhkan tangan Dan memegang bahu Anggerik.! Anggerik kelihatan masih bersedih dengan segala kenyataan yang diberikan Mukhriz.

“Tapi Awak tak perlu tahu semua itu. Awak kena bahagia Anggerik, Cari seorang yang Awak layak dapat Cinta Awak!" Mukhriz membelai lembut wajah Anggerik, membuatkan Anggerik terbuai. Mungkin itu adalah peluang terakhir Mukhriz dengan Anggerik.

" Awak akan kahwin dengan Sherry?lepas Awak buat keputusan itu. Tiada cara lain Mukhriz?"

Anggerik mencari peluang.

" Tiada peluang lagi Anggerik. Tiada siapa yang boleh ubah keputusan saya. Semua itu takdir."

Senyuman Anggerik pudar dalam segala bicara Mukhriz. Dia dapat rasakan hatinya mula goyah. Sebaris nama Mukhriz mula menjauh. Anggerik bersedih dengan apa yang berlaku. Dia tak kuat, memandangkan kandungan kali ini Jun tiada disisi.

Anggerik tiba - tiba lemah dan terduduk disofa sambil Mukhriz mendapatkan Anggerik.

" Ini bukan pilihan aku Anggerik Tapi kita berdua tiada pilihan."

" Tapi sebab apa Mukhriz? Awak buat semua ini, saya akan terima Kalau alasan itu logik. Tapi Kalau disebabkan Sherry !saya tak akan serahkan Awak senang - senang Mukhriz pada dia dengan mudah.”

“Saya Takkan serahkan Awak!" Anggerik Nekad. Jika Mukhriz Nekad dengan keputusan dia, begitu juga Anggerik.

Kedegilan mereka sama.

" Awak kemana hari ini Anggerik?" Kening Mukhriz menaik memandang kearah Anggerik.

Bukan mudah dia berurusan dengan Anggerik. Kedegilan Anggerik dengan dia sama.

" Dengan Ayah? Kenapa Mukhriz? Kenapa dengan semua itu? Hati Anggerik tidak tenang Dia dapat rasakan sesuatu,

" Mukhlas? Dia ada disanakan?" Pandangan mata Mukhriz memandang kearah mata Anggerik. Anggerik tercengang Dan terkejut dengan segala soalan dari Mukhriz.

" Iye ! Ayah Awak disana, Kebetulan saya jumpa dia? Kenapa?"

" Apa yang salah Tentang hal itu Mukhriz? Kenapa itu semua Jadi salah pada Awak?"  Anggerik semakin tercengang. Apa masalah dengan Kehadiran Mukhlas disitu.

" Atauuuuuu! Mukhriz dah tahu?" Mukhriz dilihat Anggerik masih terdiam, hanya membuang pandangan diluar.

" Mukhriz ? Awak tak tahu sebelum ini pasal hal itu, pasal Ibu saya?" Anggerik semakin dapat menangkap Apa Maksud disebalik keputusan Mukhriz Tentang perkahwinan mereka berdua.

" Aku harap engkau faham Anggerik apa perasaan aku Tentang hal itu. Penderitaan hidup aku jadi anak kepada Mukhlas. Aku tak sangka perempuan yang aku Jauh kan dulu engkau! Orang yang sama aku nak elak sebelum ini."

" Bukan kehendak aku Anggerik, hubungan kita berdua? Tapi aku tak boleh terima hubungan ini. Walaupun dengan apa keadaan sekalipun,"

" Mukhriz Awak dah tersalah faham. Fikirkan Tentang keluarga kita, Kisah sebenar semua yang jadi. Awak dah fikir masak - masak Mukhriz, Kisah sebenar Mukhlas dengan Ibu saya?" Anggerik mencuba menjernihkan keadaan hubungan dia dengan Mukhriz. Dia tahu bukan mudah bagi Mukhriz dengan semua yang telah terjadi, begitu juga Angggerik.

" Semua aku dah fikirkan Anggerik. Engkau tahu pasal semua itu. Kenapa hal itu engkau biarkan sampai aku dapat tahu dan terkejut lihat dia dengan Mukhlas ditanah perkuburan tadi.

“Engkau nak tahu sesuatu Anggerik?"

Jantung Anggerik berdebar menunggu segala bicara Mukhriz selanjutnya.

" Setiap tahun Mukhlas Datang ke kubur itu, Ibu engkau Anggerik " Lily", Tapi Mukhlas biarkan kubur Ibu aku tak berpenghuni. Dia cuma kuniung kubur Ibu aku Hanya sekali selepas sehari Ibu aku meninggal.

Sepanjang hidup aku berdendam Anggerik. Dendam aku pada Perempuan yang rampas hati Mukhlas dari Sayangi kami. Cinta Dan Sayang dia tiada pada Keluarga Dia Hanya pada Lily, Bagaimana perasaan aku? Aku harap engaku faham Sebab apa aku tak boleh terima engkau dalam hidup aku."

Wajah Mukhriz berpaling, Dia Cuba membenci Anggerik dengan semua yang terjadi. Dia tahu Anggerik tak bersalah. Tapi hubungan Anggerik dengan Lily?

Mukhriz terpaksa Buang kan segala perasaan Demi terima Anggerik kembali.

" Ibu tak bersalah dalam hal itu Mukhriz! Ibu tinggalkan  saya waktu tu saya Hanya umur 3 tahun. Awak ingat saya pun bahagia dalam kehidupan zaman kanak - kanak saya?"

" Dianara dengan Mawar? Awak tak ingat apa yang Jadi dalam hidup saya Mukhriz. Zaman kanak - kanak saya tiada beza dengan awak?"

" Cukup Anggerik!"
Mukhriz tidak dapat menerima segala penjelasan Anggerik. Bagi Mukhriz, semua itu untuk tutup segala kesalahan Mukhlas dalam hidup dia.

" Tak saya belum cukup Mukhriz? Awak kena faham kan sesuatu. " Lily, wanita yang Awak maksudkan... Dia Ibu saya..!
Bukan dia yang rampas Cinta Mukhlas pada Ibu Awak.

Tapi Cinta mereka berdua, Mukhriz. Cinta Mukhlas yang teguh pada Ibu saya. Siapa Kita nak halang perasaan Manusia?"
Anggerik mencuba menyedarkan Mukhriz, untuk suaminya tidak terlanjur dengan perbuatan.

Mukhlas Cintakan wanita yang dah mati.

Tapi Awak Dan saya masih hidup Mukhriz? Awak dah nak mengalah dalam hal ini.
" Betul ker Awak pernah Cintakan saya Mukhriz, macam mana Adam Cintakan saya?"

Mata Anggerik teguh memandang kearah Mukhriz. Dia harap Mukhriz faham. Dia telah serahkan segalanya bagi perkahwinan mereka. Jika Mukhriz mengalah, tiada apa lagi yang mampu dilakukan Anggerik.

Jika tersalah perbuatan semua itu tidak boleh berpatah balik, untuk dia Dan Mukhriz kembali dalam kehidupan mereka.

" Mungkin engkau lebih baik hidup dengan Adam Anggerik. Aku dapat rasa dia boleh bahagiakan engkau."Suara Mukhriz mendatar yang membuatkan Anggerik terkejut.

" Mukhhhhhriz...! Suara Anggerik bergetar.Dia pasrah andai Itu keputusan Mukhriz. Dia telah penat, letih dengan semua yang terjadi.

" Awak akan menyesal Mukhriz!" Anggerik bercakap sendiri.

Mukhriz! Lelaki itu menghilang dalam kepekatan malam.

***

" Mana budak itu pergi? Memang degil budak itu." Datuk Mumtaz melepaskan kemarahan dengan opah disisi.

" Saya tak tahu! Awak jaga Kesihatan Awak tu dulu abang. Kesihatan Awak itu yang penting!" Opah mengurut tangan suaminya yang terbaring diatas katil.

Mujur umur Datuk Mumtaz masih panjang. Berjaya diselamatkan Segera oleh Firhad. Jika seorang lagi cucunya tiada disitu tak tahulah apa yang Jadi pada Suaminya.

" Mukhlas? Panggil dia kesini. Aku nak dia Selesaikan masalah ini. Dia yang buatkan masalah dalam hidup kita dengan Mukhriz. Dia yang kena Selesaikan." Suara Datuk Mumtaz tegas Dan bengis.Tiada Satu pun yang dirasakan penting dirasakan oleh suaminya kecuali Mukhriz, cucunya. Dia takut Mukhriz mengambil keputusan yang bukan - bukan. Dia telah memberikan sepenuhnya kepercayaan Kepada Mukhriz.

" Mukhlas akan datang sekejap lagi Abang. Tapi Awak jangan ikut kan marah Awak tu sangat. Merajuk nanti dia itu." Opah memujuk Datuk Mumtaz.

" Kalau dia duduk Dekat sana dengan bini Mat Salleh dia, semua ini Takkan terjadi! Kita dah larang dia pergi pusara Lily, Tapi Awak lihat kedegilan anak Awak itu. Mana Mukhriz tak memberontak, dia tak pernah pergi kubur Isteri dia."

Opah Hanya menundukkan wajah. Susah untuk dia berdebat dengan suaminya. Semua yang dikatakan Datuk Mumtaz benar.

Semua anggota keluarga lelaki dalam keluarga mereka semuanya dalam ketegori setia pada seorang perempuan.

Baik sebelah keluarga Opah mahupun suaminya. Mukhlas juga tak terkecuali, hanya kejadian itu yang menyebabkan hidup Mukhlas merana. Disebabkan Ibu, Mukhriz. Tapi Sayang hidup menantunya juga tidak lama, seperti Lily.

" Muzammir dengan Munsyir Dah datang tengok Awak tadi abang. Termasuk dengan Anggerik! Tapi waktu tu Awak belum tersedar. Agaknya ubat bius tadi bagi Awak berehat. belum habis lagi agaknya ubat tu tadi. Mereka semua dah pulang." Opah memaklumkan kepada Datuk.

Kelihatan suaminya mengangguk faham. " Anggerik! Macam mana keadaan dia? Ada Awak nampak apa - apa perubahan."

Wajah Isterinya dipandang. Dia dapat melihat perubahan pada wajah tua Isterinya. Dia tahu isterinya berat untuk beritahu Tentang kebenaran hal Anggerik Dan Mukhriz.

" Mukhriz buat hal macam yang kita takutkan sebelum ini. Tapi dia tunggu Anggerik lepas habis pantang anak Kedua mereka." Bicara Opah lembut tidak mahu suaminya yang sedang sakit terkejut.

Datuk Mumtaz Hanya mampu Tersenyum kelat dengan perkabaran yang telah dijangka.

" Dia dah buat perangai gila dia kembali. Kalau kali ini dia buat silap, jangan harap Anggerik kembali. Dia dah Lepaskan peluang keemasan dalam hidup dia.Entah apa nak jadi dengan budak itu,"

" Sabar Abang jangan doakan macam itu. Bagi dia masa." Opah memujuk Datuk Mumtaz.

" Tak perlu doakan Awak kata. Habis itu Anggerik macam mana. Hidup dia?

Dahlah dia mengandungkan cicit kita yang Kedua. Dulu Anggerik tu tak nak Dekat dia, sibuk budak degil itu paksa Anggerik masuk dalam keluarga kita. Macam - macam cara dia guna. Tapi Awak lihat apa yang Jadi sekarang? Mukhriz dengan Mukhlas itu sama. Dua - dua tak boleh pakai!

"Plak..!"

" Ayah? Apa Mukhriz dah buat?" Mukhlas muncul dalam kemarahan Datuk Mumtaz yang Panas marahkan Mukhriz. Dia dapat mendengar segalanya dengan jelas.

" Kamu kemana semalam Mukhlas? Kamu tahu apa yang Jadi pada Mukhriz?"

" Mukhlas... Mukhlass cuma....

" Kamu pergi pusara Lily? Aku dah larang kamu pergi tempat itu. Tapi kamu degil Mukhlas. Sekarang ini Mukhriz dah tahu.?" Tajam pandangan Datuk Mumtaz dalam kemarahan memandang anaknya.

Mukhlas tercengang! " Apa yang Jadi kesalahan dalam hal itu Ayah. Biarlah Mukhriz tahu hal itu. Buat apa sorokkan dari dia!" Mukhlas tenang dalam situasi yang dia dikecam hebat oleh ayahnya.

" Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran kamu Mukhlas?tapi Mukhriz itu anak kandung kamu. Kenapa kamu layan dia macam itu?” Datuk Mumtaz memandang geram memandang tajam mata anaknya.

Opah sekadar mampu mengerutkan wajah melihat pertelingkahan yang akan berlaku antara Mukhlas Dan Suaminya.

“ Apa Budak itu nak buat pada Anggerik? Dia nak buat apa?” Mukhlas tidak mahu mengalah. Biarlah dulu dia tertewas. Kali ini dia tidak akan mengikut segala telunjuk Mumtaz, ayahnya.

“ Aku tanya kamu pasal Mukhriz? Bukan pasal Anggerik. Mukhriz yang kamu kena risaukan. Kamu tahu apa yang Jadi pada budak tu. Kamu tahu Mukhlas?”
Menjegil mata Datuk memandang Mukhlas, jika dia tidak terbaring di katil. Tentu sahaja Mukhlas telah menjadi mangsa amukan Datuk Mumtaz.

“ Abang... tenang dulu, benda boleh bincangkan.”lembut suara Opah memujuk. Pandangan mata memandang kearah anaknya untuk tidak bercakap kasar pada ayahnya. Semuanya dalam bahasa isyarat.

“ Kenapa Mukhriz?” Mukhlas beralah. Namun bahasanya dalam bahasa tidak mahu ambil peduli Tentang anak lelakinya.

“ Kenapa Mukhriz? Kamu dah jumpa dia lepas balik kesini?” Sinis Datuk Mumtaz memandang kearah anaknya. Anak yang sering Keras kepala. Perubahan ketara pada Mukhlas selepas anak lelakinya Kehilangan Lily dulu.

“ Belum! Mukhlas rasa tiada perkara penting yang perlu Mukhlas bincangkan dengan dia.” Suara Mukhlas teratur dalam percakapan dengan ayahnya. Datuk Mumtaz masih seseorang yang dihormati oleh Mukhlas dalam hidupnya.

“ Aku ucapkan Tahniah pada kamu Mukhlas. Kamu dah berjaya hancur kan hati Mukhriz? Aku rasa hati cucu aku tu dah jadi pasir dengan kelakuan kamu!”
Datuk mengeluh sambil pandangan mata terarah keluar. Jelak pandangan matanya untuk melihat wajah anak lelakinya yang degil dengan perbuatan.

“ Kenapa Ayah selalu Lebih kan Mukhriz dari Mukhlas? Kenapa selalu menangkan budak itu. Ayah jangan lupa? Siapa yang Jauh kan dia dari Mukhlas?” Mukhlas melenting.

“ Salah aku? Aku bela budak itu, cucu aku. Engkau mana bila Mukhriz Kehilangan Ibu dia? Mana pergi engkau Mukhlas? Sibuk dengan Minah Mat Salleh itu.”

Mukhlas tergamam. Dia terdiam tidak berkutik. Tiada Suara yang keluar dari kerongkongnya bagi membela diri sendiri.

“ Seminggu Mukhlas! Engkau dengan Minah Mat Salleh itu ditangkap basah dihotel. Malam Ibu Mukhriz meninggal. Engkau ingat aku tak tahu semua itu.” Mata Datuk Mumtaz menjeling anak lelakinya.

“ Maannna.... Ayahhhhhhh tttr..!

“ Mana aku tahu? Itu yang engkau nak tanya pada aku?” Huh! Datuk Mengeluh panjang. Pandangan matanya melihat kearah isterinya, pengorbanan Opah dalam hidupnya.

“ Aku tak sanggup buat semua itu pada keluarga aku Mukhlas, Isteri aku. Sedangkan anak aku, Engkau boleh bersekedudukan dengan Minah Mat Salleh itu waktu Ibu Mukhriz sakit.”

“ Engkau ditangkap khalwat, malam Ibu Mukhriz meninggal. Engkau ingat aku nak benarkan orang munafik macam engkau ini jaga cucu aku?”

“ Masa depan Mukhriz perlu cerah Mukhlas. Dia perlu ikut laluan yang Betul dalam hidup dia. Jangan jadi macam engkau. “ Bacul” pada perempuan dengan tanggungjawab!” Semuanya diluahkan Datuk sepenuhnya kepada anaknya. Dia mahu Mukhlas faham. Hidup bersama dan hubungan kekeluargaan perlu dijaga untuk generasi mereka tidak terpesong jauh dari landasan.

“ Ayah salah faham? Mukhlas dengan Minah Mat Salleh itu memang bercinta. Tapi Mukhlas tak buat apa - apa yang melanggar batas agama. Mukhlas terperangkap malam itu. Mukhlas tak tahu yang wanita itu meninggal malam itu. Dan Mukhriz, tiada apa yang Mukhlas boleh buat Tentang hal itu!”

Kelihatan Mukhlas benar - benar menyesal dengan ketelanjuran perjalanan hidup dia sebelum ini.

“ Aku tak tahu apa yang kamu buat belakang aku Mukhlas, perbuatan kamu malam itu, sebelum ini Atau selepas hari ini.

Tapi aku nak ingatkan kamu seseatu. Anak itu anugerah. Tak kisah macam mana kamu dapat dia. Tapi semua itu dari benih kamu? Kamu yang cipta dia, dalam jalan salah Atau Betul? Kamu ingat kamu boleh lepas dari tanggungjawab kalau kamu dah abaikan dia?

Kamu tunggu waktu kamu dihisab Mukhlas, waktu itu kamu tengok ego kamu boleh takat mana?”
Datuk menghabiskan ucapan melepaskan segala geram yang telah terbuku dalam hatinya bertahun.

Semua itu dipendam untuk anak lelakinya. Agar lelaki itu faham Dan insaf dalam tanggungjawab. Tapi penantian Datuk Mumtaz tidak berhasil hinggalah hari ini.

“ Sanggup Ayah doakan Mukhlas sampai macam itu sekali? Ayah dah lupa punca Utama hidup Mukhlas musnah?” Mata Mukhlas terjegil..

“ Dia Ayah! Ibu Mukhriz, dia yang perangkap Mukhlas malam itu. Sampai Mukhlas Kehilangan Lily. Dan Ayah yang paksa Mukhlas kahwin dengan dia!”

Suara Mukhlas naik senoktaf. Selepas Mukhlas Dan isterinya berkahwin. Perbincangan itu tamat tanpa ada sesiapa yang mahu mengetahui apa yang terjadi pada kehidupan Mukhlas Dan Ibu Mukhriz. Seakan Kisah itu tiada erti dalam hidupnya,

Dia merana dengan perkahwinan itu, itu yang Mukhlas rasakan dulu Dan kini.

“ Dia sah Isteri kamu Mukhlas? Kamu memang berhubungan dengan dia secara “ Haram”. Kamu berdua ditangkap berbogel tanpa Seurat benang!

Macam mana kamu nak mengelak. Itu memang dah tanggungjawab kamu. Macam mana kamu nak nafikan lagi?” Kepanasan dalam hati Datuk semakin mengelegak kepanasan dengan sikap Mukhlas.

“ Mukhlas diperangkap! Berapa kali Mukhlas nak maklumkan pasal hal itu. Perempuan itu yang perangkap Mukhlas dalam hidup dia. Dia yang rancang semua itu. Mukhlas dah terangkan semua itu pada Ayah dengan Emak . Tapi reaksi Keluarga Mukhlas, semua kesalahan itu terletak pada Kepala Mukhlas. Perempuan itu terlepas.

Lebih sakitkan hati Mukhlas, Lily menjauh dari Mukhlas Dan Ayah yang paksa Mukhlas kahwin dengan musuh Mukhlas. Ayah paksa Mukhlas putuskan hubungan, pertunangan kami. Sedangkan ayah tahu macam mana Mukhlas Cintakan Lily.

“ Ayah ingat Ayah tak pernah buat silap dalam hidup Mukhlas? Ayah ingat semua yang Ayah Atur dalam hidup Mukhlas, semua Mukhlas boleh terima bulat- bulat.”

“ Ayah yang buatkan Mukhlas pilih jalan itu.Jalan yang Mukhlas hancur kan hati Dan hidup Mukhlas. Jalan yang buatkan hidup Mukhlas merana. Kesengsaraan Lily, Mukhlas Hanya dapat lihat dari jauh.

Ayah buatkan Mukhlas kahwin dengan musuh Mukhlas, wanita yang hancur kan segalanya. Itu yang Ayah kata Mukhlas gembira?

Dan perempuan itu, perempuan yang terpaksa Mukhlas kahwin? Semua itu atas cadangan Ayah bukannya kehendak Mukhlas. Mukhlas tak pernah Cintakan dia, seperti mana Mukhlas Cintakan Lily. Hanya Lily hidup Dan Cinta Mukhlas.

“ Kamu Degil Mukhlas. Habis itu kamu ingat dengan menindakkan Mukhriz itu anak kamu. Kamu ingat benda ini boleh Selesai! Mukhriz itu tetap anak kandung kamu, Walaupun macam mana cara kamu nafikan.!” Suara Datuk kuat membuatkan Mukhlas mempalingkan wajah sekali lagi kepada ayahnya.

“ Budak itu kesilapan Mukhlas malam itu, Sebab perempuan itu yang perangkap Mukhlas! Itu yang Ayah kena Faham. Macam mana Mukhlas bencikan perempuan itu, macam itu Mukhriz, Mukhlas Benci.!”

“ Mukhlas!” Suara Opah merinding kuat marahkan anaknya. Tidak semena- mena tangan Opah laju menampar pipi Mukhlas.

“ Pang!” Kesan biritan merah dipipi Mukhlas.

“Pap!”

Kedengaran Pintu Papan bilik Wad Datuk ditutupkan kasar oleh seseorang.

Keenam - enam mata tergamam memandang ke pintu yang masih bergoyang tanpa pelawat.

“ Lihat Siapa yang datang. Lekas !” Bicara Datuk gugup Kepada isterinya. Dia takut sekiranya pelawat itu adalah .......????

Perkara itu telah dielak sebelum ini untuk menjadi rahsia dalam kehidupan mereka.

Luv PB...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience