02

Romance Completed 306520

**** DATUK *****

kesan malam pertama aku dirasakan lebih kepada paksaan dari kerelaan dari diri aku.

bagi mengelakkan dari perkara itu diketahui, aku mengambil langkah berhati - hati. Mukhriz awal - awal pagi telah menghilangkan diri. " Aku tak tahu dia kemana, Tapi itu pilihan yang lebih baik,  paling baik bagi aku, dari dia terus Di situ.! "

Aku terlalu bencikan Mukhriz, nama dia ataupun apa - apa yang berkaitan dengan dia, aku tak nak ambil tahu. " Kenapa dia buatkan hidup aku teruk begini". Semakin aku bencikan kehidupan.

Wajah Mukhriz, masih belum sepenuhnya aku dapat lihat wajah dia yang Sebenar, semua itu disebabkan kegelapan malam yang menyelubungi kami.

" Mungkin Mukhriz dah plan semuanya dari awal. Bagus untuk aku Dan juga untuk Dia."

Selesai menyarungkan pakaian, aku keluar dari bilik. Sebaiknya, aku tak mahu sesiapa melihat keadaan aku waktu itu, kesan semalam masih Terasa Di ari - ari, sakit Dan nyilu ketika berjalan.

Membuatkan aku rasa sedikit tidak selesa, agaknya beginilah perasaan bila malam pertama. " Tak Dapat aku bayang kan kengeriannya, lebih - Lebih lagi dalam paksaan".

" Tolong tuhan jangan benarkan perempuan lain melalui pengalaman Ngeri seperti aku."

Fikiran aku memikirkan tentang wanita yang dirogol Tanpa kerelaan, Adakah pengalaman diri mereka sama. Kesakitan Dan kesengsaraan hidup mereka.

" Macam mana pengalaman malam tadi, "terdengar Suara  sinis seseorang Di belakang aku dalam nada memerli aku.

Suara  terakhir yang aku nak dengar pagi ini.. Dengan harapan, sehari aku tak jumpa dia pun, lagi Bagus untuk hidup aku..

" Mawar".

" Syurga,” Itu jawapan aku yang membuatkan aku teruskan perjalanan Tanpa menoleh, rasa sakit Di ari - ari aku biarkan, tidak mahu mata yang memandang ke arah aku perasan dengan perubahan pada diri aku.."

" Dia tak tahu pengalaman apa yang aku lalui malam tadi, Dan Tentu dia gembira tentang kejadian itu
" Neraka ".

" Makanan sarapan telah disiapkan oleh pembantu, dan aku hanya duduk berseorangan Tanpa ditemani oleh sesiapa!" . Pagi yang tenangkan hidup aku.

makanan pagi aku jamah dengan tenang, Namun tinggal di rumah itu ketenangan hidup aku tidak bertahan, datang seseorang yang menganggu selera aku dengan sikapnya yang membuatkan hidup aku serabut Dan serabai..

" Engkau tipu, " bersama tindakan
, Air Oren dituang ke dalam pinggan yang sedang aku Makan.

" Apa masalah engkau ini..?", Mood aku tak baik pagi tu, Dan dengan kejadian semalam yang aku masih trauma, timbul masalah lain, Mawar adik tiri aku memulakan agenda."

" Engkau nak kata, Mukhriz Cintakan engkau. Jangan bermimpi, Mukhriz sudah ceritakan semuanya pada aku sebelum ini..?" Senyuman sinis, sambil matanya memerhati pergerakan Dan tindakan aku.

" Engkau", Engkau yang punya angkara selama ini.?". Aku dah naik angin satu badan, belum pernah lagi aku naikkan Suara setinggi itu pada mawar. Tapi sikap suka ambil tahunya Semakin melampau.

" Kenapa dia suka kacau hidup aku, tak Cukup ker selama ini dia dah rampas segalanya."

" Iye aku dah tahu semuanya, Mukhriz sudah maklumkan pada aku..?" Ketawa nya lagi dengan nada sindiran..

" Engkau yang Janji dengan dia untuk batalkan perkahwinan ini..?" Keluhan aku lepaskan. " Sebab apa mawar..?" Aku tak dapat tahan perasaan, dalang dalam perkara ini telah aku ketahui, memang aku Syak dia dari awal, Tapi Tak sangka Mawar sekejam ini.

" Aku nak Mukhriz, engkau tahu pasal hal ini kan..?"

Aku hanya mengelengkan kepala tentang hal itu, kalau aku tahu pasti aku akan serahkan Mukhriz pada Mawar, Tapi keputusan itu bukan terletak pada tangan aku, terletak pada tangan keluarga Mukhriz..

"Perkahwinan ini telah diatur, bukan engkau tak tahu Mukhriz dengan engkau pernah dicadangkan sebelum ini..?" . Aku tak pernah masuk campur..Aku menyedarkan Mawar.

" Salah engkau Sebab tak tolak dia..?"
Engkau patutnya tak kahwin dengan Mukhriz, aku yang sepatutnya dengan dia.

" Engkau ingat aku ada pilihan dengan perkahwinan ini..?" Aku ajukan soalan sama yang pernah aku ajukan kepada Ayah kami.

" Tapi jawapan dari Ayah, Aku terpaksa berkahwin disebabkan wasiat Dan Harta."
" Persetankan Sebab harta, aku tak perlukan itu semua, Tapi disebabkan wasiat dua keluarga,  aku menurut Tanpa bantahan"
" Tapi aku Tak sangka Mukhriz ingin batalkan..!"

" Aku memang suka lihat engkau merana Anggerik, selamanya Engkau akan merana..!"

" Apa yang engkau bincangkan dengan Mukhriz, kenapa dia Syak aku adalah engkau..?" Engkau tak tahu apa yang aku lalui dengan malapetaka yang engkau bawa dalam hidup aku..!"
Kali ini aku Takkan berganjak Tanpa aku dapatkan jawapan..

" Ini, satu kertas dibaling ke arah muka aku, kertas yang telah berkerut seribu dalam gumpalan aku buka untuk lihat isi kandungan. " Surat dari Mukhriz"..
Satu persatu ayat aku baca,
" Jumpa aku dekat Kotej Rumah Biru, Jam 11. 00 malam". Aku telah dapat agak  sesuatu telah terjadi di situ, Dan semuanya bermula dari sini.

" Siapa yang bagi Pada engkau Mawar surat ini..?"

" Seorang lelaki, Tapi itu semua tak penting Anggerik. Apa yang penting sesuatu disebalik ini semua."

" Maksud engkau..?" Tak sangka Mawar selicik ini, dia menyamar jadi aku, sedangkan waktu itu aku tiada di sini, Di rumah kami.

" Aku sebenarnya jumpa Mukhriz untuk aku suruh dia batalkan perkahwinan dia dengan engkau, Tapi semuanya berubah bila aku dapat tahu yang dia Mukhriz, mahu batalkan perkahwinan ini, serius aku malu Kalau aku jadi engkau Anggerik.!"

" Sebab itu plan engkau berubah..!" Dan seterusnya, apa yang engkau buat..?" "Apa yang engkau Janji dekat dia..?"

Mulanya aku nak ikut rancangan dia untuk batalkan Majlis, Tapi bila aku lihat dia yang Beria - ria, aku jatuh kasihan pada nasib engkau.

Aku nak lihat cerita selanjutnya dari perkahwinan ini, Dan tak sangka.. Dia tinggalkan engkau macam itu jer malam tadi. " Terfikir apa keseronokan yang engkau dapat malam tadi..!"
Ketawa sinis Mawar dengan penjelasan darinya..

" Engkau sebenarnya nak lihat aku lebih merana dengan apa yang jadikan." Tidak dapat aku menahan geram. " Disebabkan engkau dia salah faham dengan aku, Dia salahkan aku Sebab Janji dengan dia.! " Kenapa engkau tak boleh lihat aku hidup senang Tanpa ganggu hidup aku..?"

" Sebab hidup engkau itu dalam gengaman aku Dan aku suka lihat engkau sengsara Anggerik.."

PANG..!
Satu tamparan hinggap di pipi sebelah kiri Mawar..

" Aku tak pernah Benci engkau Mawar, Tapi mulai hari ini, aku Takkan tertipu lagi." Semua yang jadi disebabkan Mawar.  " Aku dah cuba bersabar dengan engkau Mawar dengan apa yang terjadi semenjak engkau muncul dalam hidup aku. Tapi kali ini aku dah tak tahan dengan sikap engkau yang asyik nak Jadi kan hidup aku merana."

Mawar masih menahan kesakitan dengan tangannya memegang pipinya yang telah ditampar sebentar tadi..

" Puas hati engkau sekarang Jadi kan hidup aku macam ini."

" Satu aku nak ingatkan Mawar, Walaupun Mukhriz tinggalkan aku, Tapi aku tetap masih sah Isteri dia, Tapi engkau " Nothing".." Engkau akan selamanya keseorangan.

Sebaik sahaja perkara itu diluah, aku tinggalkan mawar keseorangan. Aku kembali ke bilik perkahwinan kami, segalanya Terasa asing dari sejak aku terima cerita sebenar, sampai bila lagi aku harus bertahan tinggal di sini ..
"Pilihan terletak ditangan aku..!"

Aku ingat dengan perkahwinan aku boleh hidup bahagia keluar dari semua ini, Tapi aku silap.. Perkahwinan aku dengan Mukhriz tak menjanjikan apa - apa..

Beg Beroda aku ambil, semua pakaian aku masukkan dan dikemaskan ke dalam beg. Tiada lagi yang tertinggal.
Pintu Bilik dibuka keluar..

Ada Tiga Manusia yang telah menunggu aku diluar Sebaik Pintu bilik terbuka.

" Aku tahu berita sebentar tadi, tentang aku dengan Mawar akan Cepat tersebar."
Disebabkan itu mereka bertiga telah berada disini.

" Anggerik nak pergi mana..?" Suara Lelaki yang merupakan Bapa kepada kami bersuara. Telah lama suara itu tidak bertanya khabar tentang aku anaknya dengan Ibuku Isteri pertama.

" Anak yang dilupakan dalam keluarga"
Itu nasib yang aku terpaksa tempuh selepas Ayah berkahwin lain. Sadis, Tapi itu yang terjadi."

" Anggerik akan tinggal dengan Mukhriz selepas ini, Mukhriz sudah sediakan rumah untuk kami selepas berkahwin.." Lancar segala penipuan yang aku telah rancang dari awal.

Ada kelegaan Di wajah Ayah.. Tapi wajah dua yang lain seakan ada kejutan dan tidak puas hati.

" Kenapa Mukhriz tak jemput kamu sendiri Anggerik, sepatutnya perkara ini kita bawa berbincang..maklumlah kamu berdua kan pasangan yang baru berkahwin, betulkan abang..?"

"Mak Tiri aku, Puan Dianara.."

" Biarlah Mukhriz kan sibuk, dia kena uruskan perniagaan Datuk dia, Awak mana tahu Diana..!"
Ternyata kenyataan sebenar dari Ayah menyelamatkan aku. Malas aku nak berdrama dengan keluarga Mak Tiri aku dengan Mawar.

Jika aku pergi dari rumah ini, mereka akan lebih selesa.

" Kalau itu yang kamu berdua dah setuju, Ayah tiada halangan untuk kamu berdua.." Mukhriz Suami kamu.
" Tapi jangan lupa pulang kesini..?
Rumah ini milik kamu..!

Pesanan Ayah bersama anggukan dikepala aku. Terlihat ketidakpuasan Di wajah Mak Tiri Dan Semestinya Mawar.

" Anggerik pergi dulu Ayah, Mak Cik" Tapi nama Mawar aku tak sebut dalam ucapan akhir aku Di rumah itu..

Berat hati untuk aku tinggalkan rumah itu kerana Rumah itu tinggalan dari Arwah Ibu untuk aku. Kerana itu aku masih bertahan Di situ..

Tapi segala yang terjadi membuatkan aku berfikir, untuk aku cari perjalanan hidup aku sendiri..

Semoga Mawar boleh teruskan hidup Tanpa dia membenci aku disisi dia lagi.

"Mawar tetap adik aku, Walaupun seumur hidup dia membenci aku".

*********
" Datuk nak cakap apa..?"
Wajah aku Datuk pandang tidak berkelip..

" Datuk rasa kamu ini sakit Anggerik, apa kata Datuk bawa kamu jumpa Doktor, kamu jangan salah faham, ini Doktor Keluarga kita, kenalan keluarga kita."

Anggerik berbelah bahagi..
" Anggerik rasa tak perlulah Datuk, lagipun Anggerik sudah boleh makan burger itu, Rasanya Anggerik Semakin sihat."

" Kamu kena Jaga diri Anggerik, tak salah Kalau Doktor tu buat kerja dia. Dia cuma jalankan ujian semakan Kesihatan kita, itu jer Datuk janji."

Anggerik berbelah bahagi, dia kena hubungi seseorang dulu untuk perkara itu. Dia takut terlewat..

" Tapi Datuk Anggerik dah Janji dengan kawan, lagipun Anggerik takut terlewat dengan temujanji. Anggerik cuba mengelak dari dirinya berjumpa Doktor."

" Pasal kawan kamu Datuk akan uruskan, kita jemput dia nanti. Datuk pasti dia akan tunggu kamu Anggerik."

" Maksud Datuk?" , Datuk kenal dengan kawan Anggerik.. ?" Wajah terkejut terlihat Di reaksi wajahnya.

" Kamu cucu menantu Datuk, mesti Datuk tahu dengan siapa kamu berhubungan. Lebih - lebih lagi bila kamu ditinggalkan. Datuk minta maaf sekali lagi Anggerik, Datuk tak sangka Mukhriz sanggup buat kamu sampai macam ini."

" Datuk tahu semuanya..?"

Datuk ketawa..
" Datuk pergi rumah kamu Anggerik, Datuk nak tahu apa yang terjadi, Tapi pembantu kamu kata kamu dah berpindah dari rumah itu. Datuk upah penyiasat untuk cari kamu, Dan semalam Datuk dapat maklumat. Sebab itu Datuk jumpa kamu hari ini, Datuk nak minta maaf."

Ayat Datuk Dan permintaan Maaf dari lelaki Separuh abad itu membuatkan hati aku sedih dan sebak, bukan dia sepatutnya yang meminta Maaf pada aku, Tapi Mukhriz.

" Bukan salah Datuk dengan semua ini, Datuk tak Perlu minta maaf. "Tangan tuanya aku gengam.. "Ini masalah rumah tangga kami, lagipun Anggerik yang buat keputusan untuk keluar dari rumah itu. Tiada paksaan Datuk."

" Anggerik tahu itu rumah peninggalan Lily untuk kamu.?"

" Anggerik tahu Datuk, Dan Ayah dah terangkan segalanya.  Satu masa nanti Anggerik akan pulang. Itu rumah peninggalan Mama Anggerik, satu - satunya kenangan dengan mama yang Anggerik ada."

" Anggerik, Ikut Datuk kita jumpa Doktor, Datuk takut sakit Anggerik melarat macam Lily". Dia terpaksa menggunakan alasan itu untuk memujuk Anggerik.

" Lagipun tak ada siapa yang jaga kamu sekarang ini, kamu hanya  berdua dengan kawan kan..?" Biar Datuk bantu kamu Anggerik.

" Anggerik hanya anggukan kepalanya, setuju dengan cadangan Datuk untuk memeriksa kesihatannya."

Kereta meluncur laju menuju ke destinasi, terukir Senyum dibibir lelaki tua itu. Dia mengharapkan apa yang akan dimaklumkan kepadanya adalah suatu Khabar gembira.

*********

" Hei, dah kenapa dengan kawan aku sorang ini, bukan tadi kata nak dating dengan Sherry, Apa yang jadi Riz, mencuka jer wajah engkau ini..?, kalah Loteri lagi..?"

" Engkau Kalau tak kacau aku tak boleh ker Firhad..?"
"Kita ini sepupu, Tapi Di pejabat aku tetap bos engkau, aku potong bonus engkau tahun  ini baru engkau tahu."

" Pergilah buat kerja.."

Ketawa Firhad Kedengaran macam ketawa Setan ditelinga Mukhriz.. lagi serabut fikirannya.

" Engkau apa hal Bad Mood semacam, kenapa Paparazi dah tangkap gambar korang berdua ker..?"
" Ceritalah Dekat aku..?" Firhad mengumpan.

" Datuk halau aku.!"

" Bila engkau jumpa Datuk, bukan tadi engkau jumpa Sherry..?" Duduk Firhad didekatkan lagi dengan Mukhriz untuk mengetahui cerita lebih lanjut Dan perkara sebenar, apa yang telah berlaku.

" Aku memang ada date dengan Sherry Tapi aku terserempak dengan Datuk." Ayat Mukhriz terhenti, dia terlebih dahulu mengambil nafas..

" Cepatlah Mukhriz engkau ini buat suspen akulah dengan cerita Datuk engkau tu." Perasaan ingin tahu Firhad Semakin membuak- buak,  Sebab dia tahu hubungan Mukhriz Dan Datuknya tidak rapat disebabkan oleh Mukhriz tinggalkan Anggerik, sehari selepas  perkahwinan mereka.

" Datuk dengan seorang perempuan muda, Sebab itu aku ikut dia ?"

" Engkau ikut datuk Sebab dia dengan perempuan muda," Firhad mencuba untuk memahami cerita yang disampaikan oleh Mukhriz,
" Habis itu Sherry macam mana?"

" Aku jumpa Sherry dulu, Lepas itu baru aku ikut langkah Datuk".

" Engkau ikut dia dekat mana..?" Perasaan ingin tahunya Semakin menebal.

" Restoran"..

" Fuh, suspen. Aku ingatkan engkau jumpa dia dekat hotel."
" Apa tindakan engkau..?"

" Kami bertiga duduk satu meja ." Tapi perempuan tu aku macam pernah jumpa.

" Ini mesti perempuan tu lebih Cantik dari Sherrykan, Sebab itu engkau pun nak mengatal".

Tersenyum sinis Mukhriz..
" Aku tak rasa hubungan Datuk dengan perempuan itu sekadar hubungan bisnes, rakan kongsi. Aku rasa hubungan mereka lebih.?"

" Maksud engkau? Scandal?"

Ada anggukan yang terlihat di wajah Mukhriz..

********

Anggerik terpampang dengan berita yang baru diterima..
Wajah tenang Datuk dilihatnya..

" Anggerik mengandung" halus suaranya memaklumkan perkara itu pada Datuk.

" Datuk sudah syak". Lembut suara Datuk membalas.

"  Datuk tahu..?" Pasal benda ini, Anggerik ketap bibir, Dia seakan hilang arah dengan segala yang terjadi pada dirinya. " Hanya sekali aku dengan Mukhriz." Ayat itu beberapa kali diulang oleh Anggerik.

" Alahan kamu sama dengan Alahan Opah dengan Ibu Mukhriz dulu, Sebab itu Datuk boleh agak."

Anggerik hanya menganggukkan wajah, fikirannya telah melayang..
" Datuk boleh bantu Anggerik?"

" Kamu cakap lah apa - apa pun Anggerik, Datuk akan bantu kamu..?"

" Jangan beritahu Mukhriz pasal benda ini, Anggerik tak nak Mukhriz tahu, atau ada kaitan dengan benda ini."

Lama Datuknya terdiam..
" Kalau itu yang kamu nak, Datuk akan ikut Tapi Datuk ada syarat.."

" Apa syaratnya Datuk..?" Anggerik menunggu syarat yang akan dikemukakan oleh Datuk kepadanya.

" Rahsia ini hanya kepada Mukhriz bukan kepada keluarga kita yang lain."
Rahsia ini akan terbongkar Anggerik, Tapi bukan dari mulut Datuk."

" Maksud Datuk ..?" Anggerik kurang faham.

" Mukhriz sudah hidup dalam dunia dia, Datuk Takkan halang dia lagi, Dia sudah keluar dari rumah Datuk."

" Datuk tak halang dia..?" Terkejut Anggerik dengan berita mengenai Mukhriz, yang telah keluar dari rumah seperti dirinya.

" Dia tak sepatutnya buat kamu macam itu Anggerik, kamu Isteri dia. Mana dia waktu kamu sedang kandungkan anak dia..?" Datuk tak sangka dia boleh lepas tangan pada benda besar macam ini.

" Datuk, Anggerik tak harap apa - apa pun dari dia, Budak ini anak Anggerik seorang, Anggerik akan jaga dia. Anggerik ada Datuk dengan orang sekeliling yang bantu Anggerik pun dah Cukup. Anggerik tak perlukan Mukhriz.

" Mukhriz tak nampak tuah dia , Sebab dapat peristerikan kamu Anggerik, Datuk harap dia akan tersedar dengan kesilapan dia pada kamu."

Anggerik hanya tersenyum..
Bahagia..?
Dia tersenyum kerana Datuk sokongan kuat dirinya..

*******

" Arghhhh penatlah Jun sepanjang hari aku keluar" Anggerik tidak tersedar ada mata yang telah memerhati dirinya tajam..

" Engkau dah kenapa Jun, Apsal tengok aku macam itu.!" " Seriaulah..!"
Buk.! Satu bantal kusyen dibaling Anggerik ke arah muka Jun.

" Oh, seriau! Lebih baik engkau terus terang Tuan Puteri Anggerik, Mana engkau pergi tadi. Siap bawak Balak tua jemput aku..?"
" Siapa orang tua tu, Mana engkau jumpa dia ?"

Anggerik tak dapat menahan gelak, dia ketawa berdekah..

" Jun, Jun, boleh tak Engkau jangan buat lawak."
" Mati aku Dekat sini nanti, tahan kelakar dengan engkau."

" Habis itu, engkau terangkan lah dekat aku, siapa dia tu.!"

Anggerik tahan ketawa..

" Itu Datuk aku..?"

" Jangan nak buat lawak boleh, Datuk engkau dua - dua dah meninggal, Engkau nak tipu aku?"

" Aku tak tipu engkau Jun, aku cakap benda Betul. Dia Datuk aku, Tapi engkau dengar apa yang aku nak cakap ini. Aku tahu engkau akan terkejut Tapi aku nak engkau bertenang."

" Bertenang". Ayat itu Anggerik ulang..

Jun tarik nafas mendalam, selepas 3 kali tarikan nafasnya, dia kembali tenang..

" Okay aku dah tenang sekarang ini, so ceritalah Anggerik, tak sabar aku.."

" Jun, aku dah kahwin!"

" Hah..! Engkau ?" Reaksi terkejut Jun, Tapi ada kemungkinan ker Anggerik menipu. Perkara itu tak mengejutkan dirinya.

" Hmmmm..! 3 bulan lepas, Tapi engkau tak ada Dekat sini, engkau Di Jepun."

" Habis itu kenapa engkau tak maklumkan aku lepas aku balik sini..?"

" Aku tak maklum aku dah kahwin Sebab lelaki itu tinggalakan aku 1 hari selepas perkahwinan kami."

" Apa.?" Dia tinggalkan engkau macam itu jerk. " Dia tak tahu ker dia kerugian besar sebab tinggalkan kawan aku yang Cantik ini."
" Engkau kahwin dengan orang gila ke Anggerik, Mana engkau dapat Suami macam itu..?"

" Pilihan keluarga aku!"

" Patutlah , tak habis - habis keluarga engkau tu nak susah kan hidup engkau."
" Mana Suami engkau sekarang, aku nak jumpa dia, aku nak belasah."

" Tak Perlu aku pun tak perlukan dia"

" Aku nak belasah dia bukan sebab untuk engkau, aku belasah  dia bagi pihak aku , Sebab dia tu bodoh sangat, itu jerk."

Ketawa Anggerik telah bergema dengan jenaka Jun yang menghiburkan hatinya.. Hilang segala masalah.

" Engkau nak dengar lagi tak, atau Engkau nak melawak?" Anggerik tahan ketawa.

" Okay , Okay lah terus kan..!" Lagi ..?"

" Lelaki yang engkau nampak tadi, itu Datuk kepada Mukhriz, Suami aku.!"

" Oh baru aku faham, Engkau sampai bila nak hidup macam ini, tadi engkau kata engkau dah Cukup 3 bulan kan."

" Hmmm, kenapa dengan tempoh tu..?"Anggerik memandang pelik pada Jun.

" Engkau tak nak tuntut cerai dari dia..?" Lebih baik engkau buat keputusan untuk mudah kan masa depan engkau nanti.
Jun memberikan nasihatnya sebagai rakan.

" Aku mengandung Jun".

" Hah, " tamparan terbesar yang Dirasakan Jun waktu ini, Ini merupakan berita tergempar dalam hidupnya. Patutlah Anggerik suruh dia Bertenang.
"Anggerik mengandung, Tapi cuma satu malam."
" Tak guna punya jantan ".
" Macam mana engkau boleh......?"

" Aku malas nak bincangkan pasal lelaki itu, aku akan jaga dia, dia anak aku seorang Jun".

" Habis itu aku ini macam mana, dia pun tetap anak aku..!" Jun ingin menanggis dengan nasib yang menimpa Anggerik, dia seorang yang sensitif dengan perasaan.
Tapi tangisannya ditahan.

" Jun engkau sahabat aku, ada waktu aku senang Dan susah. Sentiasa Di sisi."

Jun hanya menganggukkan kepala, Dan menyerahkan satu bungkusan kepada Anggerik.

" Apa ini Jun..?"

" Buah Nangka engkau, yang engkau Idamkan selama ini."
Tadi aku Beli..

" Jun, bercahaya muka Anggerik dengan keceriaan dengan buah Nangka telah berada di hadapan matanya."

" Terima kasih," beberapa ulas buah Nangka telah berjaya masuk dalam dirinya, barulah Anggerik Terasa kesegaran Di dalam tubuhnya bila buah itu berjaya dinikmati..

" Engkau pasti ker dengan keputusan engkau ini tanpa melibatkan ayah budak ini..?" Wajah Anggerik yang sedang makan dengan lahap diperhati. " Betul Anggerik ini mengidam, Patutlah selera dia selama ini lain macam."

" Pasti",bersama suapan terakhir dalam mulutnya..

Share this novel

Athirah Muhamad
2020-12-14 00:40:41 

jalan cerita menarik..tapi terlalu banyak kesalahan tatabahasa...boleh cuba perbaiki lagi

si tahi lalat
2020-06-25 19:44:11 

kenapa tiba tiba hilang.. next chptr.. sy tak dpt tengok... ade 2 chptr je...

Aznirah Yu
2019-12-21 16:13:10 

tahniah ...tamat sudah citer..best


NovelPlus Premium

The best ads free experience