35

Romance Completed 306520

*** Kesal***

" Apa yang jadi lagi malam itu Mukhriz. Saya ada buat sesuatu dengan Adam? Tapi kenapa Saya tak ingat apa - apa?" Wajah Anggerik berhadapan dengan Mukhriz, sekali lagi perkara itu diulang lagi oleh Mukhriz. Ternyata apa yang difikiran Dan firasat Anggerik benar.

Dia ada buat sesuatu dengan Adam. Mungkin berselingkuh dengan Adam tanpa dia sedari dan tersedar. Lebam dan luka pada beberapa bahagian lain badan dia yang lalu, buktikan segalanya. Semuanya bagaikan jawapan pada Anggerik.

Anggerik mengigil dalam tubuhnya yang semakin lemah cuba mengingati..

" Saya khianati Awak Mukhriz malam itu? Saya minta maaf, Saya tak tahu apa yang jadi?" Wajah Anggerik dipenuhi dengan kelesalan dalam dirinya. " Saya dah berdosa besar dengan awak Mukhriz, Patutlah Awak marah sangat dengan saya.!" Anggerik masih mengeluh dengan apa yang terjadi.

Mukhriz masih diamkan diri dalam perkara itu. Tiada sebarang reaksi.. Hal itu membuatkan Anggerik merasakan telahan dirinya adalah benar..

" Saya nak Selesaikan hal ini dengan Adam , Mukhriz.  Mungkin Saya Atau dia yang mulakan atau Adam mangsa, dalam Maksud dalam Saya tak sedar perkara itu. Saya Perlukan penjelasan dari Adam. Kalau saya dengan dia....”

" Tak Perlu Anggerik. Tak Perlu jumpa dia!" Tegas Bicara Mukhriz tidak membenarkan Anggerik menemui Adam, bicara Anggerik sebentar tadi sekali lagi Mukhriz pangkah sebelum Anggerik teruskan lagi.

" Mukhriz Saya nak tahu hal sebenarnya. Apa yang jadi malam itu. Saya tak boleh sakit kan hati Awak lagi Mukhriz, apa yang saya buat malam itu, macam mana Awak boleh maafkan saya. Saya dah kotor Mukhriz. Layak ker Saya dalam hidup Awak." Kali ini Anggerik Betul - Betul rasa bersalah pada Mukhriz. Jika dia ikut kata Mukhriz dulu, semua ini Takkan terjadi macam ini.

" Anggerik Lupakan hal yang dulu, sekarang kita kembali hidup macam biasa. Tiada apa yang berubah Tentang hal itu. Saya boleh terima Awak Anggerik." 
Mukhriz masih mahu memujuk agar perkara itu tidak dibesar- besarkan Anggerik. Dia tak mahu Anggerik tahu hal sebenar. Perkara yang mengaibkan diri Mukhriz Tentang perkara yang sebenar. Dan dia serba salah perkara dia yang mengungkit lagi perkara itu untuk Anggerik jadi serba salah begini. Dia tiada niat, Tapi Anggerik yang selalu paksa dia untuk tindakan melulu. Untuk dia kawal perasaan dirinya dengan kemarahan, Payah dirasakan Mukhriz.

Mukhriz meraup wajahnya Dan memerhati Anggerik tajam..

" Awak tak takut apa yang berlaku nanti Mukhriz. Kesan dari kejadian malam itu? Saya tak sedar apa yang jadi. Kalau malam itu terhasil macam mana?" Anggerik memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku dari Kejadian malam itu.

Mukhriz masih lagi mengungkit kejadian malam itu beberapa kali. Tak mustahil Mukhriz akan mengungkit lagi perkara itu jika Anggerik mengandungkan anak Adam nanti. Mukhriz Takkan lupa, itu yang Anggerik pasti.

" Saya akan terima anak itu Anggerik,!kita Lupakan segalanya." Sebolehnya perbincangan itu Mukhriz mahu tamatkan tanpa Anggerik tahu perkara sebenar Tentang sikap Mukhriz yang melulu bertindak kepada Anggerik dalam perbuatan cemburunya yang menyakitkan isterinya.

Dia sangat pasti Adam tidak menyentuh Anggerik. Dia dapat rasakan Adam benar - benar Cintakan Anggerik sebab itu Adam memanggil Mukhriz untuk selamatkan Anggerik sendiri dalam kejadian itu. Tapi sikap Adam Dan Anggerik membuatkan Mukhriz Panas hati, Jika firasatnya benar.

" Tak Awak Takkan lupa Mukhriz, Saya kenal Awak macam mana. Awak akan ungkit lagi perkara ini, macam apa yang Awak buat hari ini. Saya akan jumpa Adam, Saya mahu dia jelaskan apa terjadi. Saya akan terima Kalau itu salah saya Mukhriz. Dan saya akan bersedia dengan segalanya.

" Apa Maksud awak Anggerik dengan segalanya? Apa yang Awak sedia?" Maksud Anggerik dalam fikiran Mukhriz seakan mahu berpisah dengannya. Sesuatu yang Takkan Mukhriz lakukan. Ceraikan Anggerik, dia takkan sesekali buat perkara itu. Anggerik Hanya Millk dia. Dia Takkan benarkan Adam berjaya Maliki Anggerik.

" Saya tak layak untuk Awak Mukhriz, Saya dah menduakan Awak. Itupun Awak tak faham Maksud saya. Ini bukan hal kecil yang Awak boleh maafkan, ini dosa besar Saya pada Awak Mukhriz, samada Awak sedar ataupun tidak." Anggerik tak sangka kali ini dia sudah jauh tersimpang. Bagaimana penerimaan keluarga Mukhriz Dan Anggerik jika hal ini tersebar..

" Mengarut Angggerik.? Aku boleh terima segalanya pasal benda itu. Kenapa engkau yang masih berkeras nak jumpa Adam. Engkau ingat aku tak tahu niat sebalik itu." Rahang Mukhriz bergetar Dan bergerak Sekali dengan bicaranya yang bertutur dengan suara yang sedikit keras.

" Awak keruhkan keadaan lagi Mukhriz antara kita. Sedang kan saya  nak jumpa Adam untuk saya Selesaikan masalah itu. Benda itu bukan terjadi pada Awak Mukhriz, Tapi saya! Saya yang tanggung semua ini. Saya yang Jadi mangsa dalam perkara itu. Kesannya nanti..?Kenapa awak tak boleh faham perasaan saya?" Sebolehnya Angggerik mahu Mukhriz percaya dengan segala yang dibicarakan oleh Anggerik Tapi dengan segala sejarah Silam Mukhriz dengan perbuatan dia dulu. Anggerik kematian idea. Bagaimana cara untuk Anggerik buat Bagi Mukhriz faham Dan perkara itu diselesaikan dari menunggu  masalah itu berlanjutan lagi lebih lama.

" Dengar sini Anggerik, aku takkan benarkan hal itu berulang untuk engkau jumpa Adam. Engkau nak tahu sebab apa?" Mata Mukhriz tajam melihat kearah Anggerik. Mukhriz percaya penipuan dirinya sebelum ini Takkan Selesaikan masalah diantara mereka. Lebih baik dia mengambil jalan mudah dalam perkara itu. Anggerik akan dipastikan kemudian, kerana dia masih ada sesuatu dari Anggerik.

" Awak nak saya tanggung rasa bersalah itu dengan awak Sepanjang kehidupan saya Mukhriz. Itu yang Awak nak saya buat?"  Jawab Mukhriz itu yang Awak nak saya buat.

" Iya! Sebab malam itu aku yang bersetubuh dengan engkau Anggerik bukan Adam. Aku.! Jangan salahkan aku sebab maklumkan apa yang terjadi malam itu. Engkau yang desak aku Anggerik."

"Pang..!" Tangan Anggerik laju menampar Mukhriz dalam keadaan dia tidak tersedar dengan apa yang telah terjadi.

" Awak yang buat semua itu Mukhriz, Tapi Awak salahkan Adam.? Awak dah gila?" Mata Hazel Anggerik mula berair   Bila mengingati bagaimana dia mengesyaki Adam Tentang malam itu.

" Kenapa Awak selalu buat semua perkara macam ini pada saya Mukhriz. Apa salah saya?"Anggerik mencuba bertahan mendengar penjelasan Mukhriz Tentang segalanya yang terjadi.

" Aku tak tahu yang engkau diracun malam itu Anggerik. Aku ingatkan engkau berlakon dengan aku. Aku hilang kawalan malam itu bila aku dapat panggilan dari Adam untuk jumpa engkau. Engkau Takkan faham apa yang aku lalui malam itu bila aku lihat engkau dengan Adam. Engkau separuh berbogel Anggerik. Engkau bayangkan apa aku rasa."

" Tapi bukan cara itu Mukhriz, Awak tipu saya selama ini? Banyak lagi cara lain." Kebenaran yang telah diketahui oleh Anggerik benar - benar sakitkan hati, jiwa Anggerik . Anggerik Betul - Betul lemah bila tahu kebenaran tengang hal malam itu. Kenapa Mukhriz sanggup layan dia begini.

" Aku cemburu engkau dengan Adam, Dan aku tak dapat kawal marah dengan perasaan aku Anggerik. Kalau engkau dengar cakap aku, semua ini takkan terjadi."

Anggerik terdiam seribu bahasa.. kebenaran Mukhriz Tentang perkara itu buat kan Anggerik lemas berada bersama Mukhriz.

" Saya nak keluar dari sini Mukhriz, Tolong berikan saya masa dengan semua ini. Saya belum maafkan Awak dengan apa yang terjadi!" Bicara Anggerik lembut Tapi dipenuhi dengan maksud tersirat Tentang hati Anggerik sekarang.

" Jangan tinggalkan saya Anggerik, Saya tahu saya Yang salah dalam hal ini. Tapi saya buat itu semua sebab saya tak mampu kawal perasaan saya sebab saya Sayang Awak Anggerik."

" Tolong Mukhriz, Awak Tolong benarkan saya buat keputusan Tentang hal itu dengan kita. Saya perlukan ketenangan untuk saya fikir kembali. Hati Saya dah banyak terluka, untuk sembuh Mukhriz itu semua dengan masa." Langkah Anggerik untuk mencuba menghilang di sebalik pintu Hotel  Bilik Mukhriz.

" Aku akan bagi masa Anggerik sebanyak Mana engkau nak untuk engkau pulih, Tapi Kalau aku tahu engkau dengan Adam Atau mana - Mana lelaki lagi." Tubuh Mukhriz berpaling memandang wajah Anggerik tepat. " Itu menunjukkan masa itu telah tamat Dan engkau perlu kembali Anggerik Dan engkau akan menyesal Kalau hal itu terjadi."

" Anggerik menelan Air liur yang pahit sebelum berpisah. Dia perlukan masa untuk tenangkan Mukhriz. Ugutan Mukhriz sedikit sebanyak mempengaruhi Anggerik. Namun hati Anggerik tekad untuk dia bertenang. Ketenangan dihati Anggerik yang bermakna dia perlu menjauhi Mukhriz buat sementara waktu.

Mukhriz  tidak mengejar Anggerik. Masa yang diambil Anggerik untuk bersendiri akan dihitung Mukhriz untuk mengetahui sampai bila Anggerik akan mengambil masa untuk bertenang dan kembali dalam kehidupannya.

*****

" Anggerik berpindah kerumah Mukhriz untuk kesenangan Adham. Untuk menjernihkan keadaan, Datuk Mumtaz dipujuk untuk urusan perpindahan Anggerik dan cucunya ke rumah Mukhriz. Rumah yang belum pernah ditunjukkan Dan dilihat oleh Anggerik Sepanjang perkahwinan mereka.

Itu hanya untuk mengaburi mata Datuk Mumtaz, Sedang kan Mukhriz berpindah keluar Dan tidak diketahui Anggerik Dimana lelaki itu tinggal. Dia tidak mahu peduli.

Paling penting dalam hidup Anggerik dia mahukan kepastian dalam perhubungan dirinya dengan Mukhriz Dan Kedua- duanya perlukan masa untuk bertenang.

*****

Alex telah kembali, orang pertama yang di jumpai Alex adalah Nick teman biasa yang dia jumpa selepas kerjanya selsai diluar negara. Model lelaki seperti Alex selalu mendapat tempahan dari luar. Wajah dan susuk Tubuh Alex dari luar mempunyai pekej lengkap dalam bidang itu.

" Macam mana Alex peragaan disana berjaya?" Satu minuman yang telah siap digoncang dituang Dan diserahkan kepada Alex, bersama sambutan kepulangan lelaki itu disini.

" Berjaya Dan Hebat, suasana disana Cukup meriah Nick. Kalau engkau Dan Mawar ada masa itu, tentu aku lebih teruja. Ini Takkan aku kekok sangat dekat sana. Engkau tahulah Model- model disana sombong." Alex melepaskan kegeraman dalam hatinya mengingati beberapa siri kejadian disana dengan beberapa kesombongan model Antarabangsa lebih - lebih lagi model perempuan barat. Membuakan Alex menyampah.

" Dah tak payah nak buat muka meluat itu. Itu bidang merekakan dunia mereka Alex. Kita yang menumpang dunia tu, tak salahkan mereka bersikap macam itu." Nick menyedarkan Alex situasi sebenar dalam kehidupan. Lebih - lebih lagi kehidupan dalam dunia Model yang telah lama diterajui dunia barat. Siapa yang tak sedar Tentang hal itu. Itu adalah kenyataan Sebenar Dan tiada siapa yang boleh nafikan benda tu.

" Mana Mawar?" Alex bertanyakan kepada Nick. Semalam dia telah maklumkan keberangkatan balik dia kepada Mawar Dan Nick untuk bertemu Di kelab. Memandang kan Siang orang masih lagi tak ramai. Hanya Nick Dan Alex sahaja di situ.

" Pagi ini dia tak dapat join kita lagi. Mungkin malam dia akan datang sambut kepulangan engkau Nick. Ada sesuatu aku nak beritahu engkau Alex pasal Mawar." Suara Nick serius dipendengaran Alex, Dan riak wajah Nick tidak main- main dengan apa yang diucap dari mulutnya.

" Kenapa dengan Mawar? Alex tidak menunggu lama untuk dia mendapatkan jawapan berkenaan hal itu dari pada Nick. Wajah serius Nick membuatkan jantung Alex berdebar.

" Apa Mawar dah buat malam itu pada Anggerik? Apa yang Jadi Alex. Aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena Alex, bila ramai yang cari engkau lepas malam itu?" Wajah Nick serius Dan Alex yang mendengar terus bagaikan nak luruh jantungnya dari dada.

" Siapa cari aku Alex? Apa yang diaorang nak?" Pucat wajah Akex dipandangan mata Nick. Nick dapat rasakan perkara yang Di lakukan Alex Dan Mawar benar- benar benda serius. Kalau tidak Alex Takkan beriaksi sebegini.

" Engkau buat apa denganAnggerik Alex? Beritahu aku Apa kamu berdua dah buat pada dia?" Suara Nick naik senoktah Dan Muka Nick merah padam menahan marah yang sukar dikawal dalam dirinya. Silap - silap hari, wajah Akex akan menjadi mangsa Amukan dia.

" Aku buat semua Sebab Tolong Mawar Alex, aku cuma letakkan sesuatu dalam minuman Anggerik. Itu jer yang aku buat." Tangan Alex meraup wajahnya mengingati Tentang kejadian itu. Dia menyesal tidak sepatutnya dia menolong Mawar malam itu. Tidak disangka hal itu menjadi besar. Dalam fikiran Alex apa yang Mawar dah buat selepas itu pada Anggerik sampai orang ramai mencarinya.

" Engkau tipu Kalau engaku dah masukkan sesuatu dalam minuman dia Takkan engkau tak buat apa -apa?"

" Malam itu engkau pun jumpa aku dekat sinikan? Takkan engkau dah lupa aku dengan Morgan malam itu." Alex tak puas hati dengan tuduhan Nick pada dia, Sedang kan malam itu Alex juga sukar dalam diri dia.

" Aku Gay Nick, aku tak suka perempuan Seumur hidup aku, Tapi dengan Anggerik aku rasa lain. Aku dapat rasa Aura dia. Baru aku faham apa yang engkau rasa Nick, selama ini dengan Anggerik." Alex berterus terang dengan perasaan lelakinya bila pertama kali bertemu dengan Anggerik. Anggerik dia lain, wajah dia benar - benar Cantik gabungan Asia Dan barat. Barat hanya teletak pada matanya yang berwarna Hazel, Sedang kan wajah Anggerik Asli dengan kecantikan ketimuran. Gabungan itu membuatkan Anggerik tidak puas untuk dipandang. Wajahnya asli Cantik Dan sukar untuk digambarkan.

" Engkau sepatutnya tak Tolong Mawar Alex entah apa yang Mawar rancang untuk Anggerik. Engkau lihat sekarang siapa yang diorang cari. Aku Syak lelaki itu semua Syak engkau yang buat sesuatu dekat Anggerik. Aku takut malam itu Anggerik...? Ayat itu tidak dihabiskan Nick untuk Alex faham Maksud dirinya.

" Aku tak pernah bincang kan pun hal ini dengan Mawar Nick. Silap aku semua ini, aku menyesal pada malam itu. Perlu ker aku jumpa Anggerik Nick, Betul kan kembali salah aku?" Pendapat Nick Alex mahu untuk menolongnya bertemu Anggerik untuk meminta maaf atas kejadian malam itu. Tapi dia takut dengan alasan yang akan diberikan pada Anggerik Sebaik sahaja meraka berjumpa. " Aku nak bagi alasan apa pada Anggerik?" Otak Alex Blur memikirkan alasan yang logik Tentang itu. Sedang kan hatinya berkobar - kobar untuk menemui Anggerik, ingin berjumpa dengan wajah Asli yang Cantik itu sekali lagi.

" Aku rasa baik untuk engkau jumpa Anggerik lagi Alex. Tapi engkau jangan mengaku apa yang engaku dah buat malam itu. Engkau hanya tunggu reaksi dia. Kalau - Kalau dia ingatkan engkau. Tunggu reaski dia Alex. Kalau Anggerik bertindak sesuatu engku boleh tahu kenapa? Masa itu engkau kena bersedia Alex, segala kemungkinan dengan tindakan Anggerik?" Nick memberikan amaran kepada Alex  , dalam masa yang sama bersetuju dengan Alex, untuk lelaki itu berjumpa Anggerik bagi mengetahui hal sebenar dari kejadian hari itu.

" Macam mana Mawar Nick. Engkau rasa dia bersetuju dengan cadangan itu. Engkau pun tahu Mawar macam Manakan Nick?" Alex serba salah, dia perlu mengetahui hal sebenar dari sikap lepas dia malam itu. Dalam masa yang sama Mawar, Sahabatnya Dan reaksi dari Mawar Kalau hal itu terbongkar, Alex Dan Angggerik bertemu..???

" Pasal Mawar kita fikirkan kemudian. Aku risaukan Anggerik Alex. Sikap Mawar, Engkau pun  tahu macam mana nanti Kalau kita bincang dengan dia.  Tapi benda ini kita rahsiakan dulu dari pengetahuan dia. Aku takut lagi lambat kita bertindak lagi ramai orang yang cari engkau Alex, sebab kita tak tahu apa yang jadi sebenarnya."

Kedua - duanya terdiam, Dan Nick teruskan lagi dengan syaknya..

"Hanya Mawar, dia yang tahu segala apa yang jadi. Dia yang rancang semua."  Nick mula memikirkan sesuatu, melihatkan orang - orang yang mencari Alex sahaja dia tahu, masalah besar yang akan menimpa Alex. Sekarang mereka perlu berjumpa Mawar untuk jernihkan kembali keadaan, mengetahui hal sebenar.

" Macam mana aku nak jumpa Anggerik Nick?" Akex tahu Nick mesti tahu Anggerik dimana kerana Nick merupakan perminat Anggerik dulu. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Cinta Nick Anggerik tak terima dalam perhubungan dan kerana itu Nick patah hati pada Anggerik.

Lebih Menyedihkan penolakan itu membuatkan Nick mengalami kemalangan hingga koma dari penolakan Cinta dari  Anggerik. Itu cerita yang Alex dengar dari Mawar tanpa mengetahui cerita sebenar dari Nick.

Nick dan Alex berkenalan bermula Di Bar. Itu semua dari sikap Alex yang suka berfoya - foya dengan lelaki mencari hiburan, dalam masa yang sama Alex sibuk dengan dunia Model.

Disana dia mulai rapat dengan Nick sebagai pelayan Bar sampingan Dan mengenali lelaki itu disana sewaktu mereka remaja. Atas desakan keluarga dari Alex yang mulai tahu Tentang nafsu songsang Alex, keluarga Alex menghantar Alex belajar ke luar negara kerana waktu itu Alex sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki. Untuk pisahkan Alex, lelaki itu dibawa pergi menjauh dari kekasihnya dan diletakkan disana dalam tempoh masa yang lama. Namun semua itu tidak mengubah Alex. Dirinya yang memberontak dalam diri masih tidak mengubah pendirian pada nafsu songsangnya Dan membenci perempuan semuanya kerana bersebab.

Sebab yang berlaku pada dirinya dulu disebabkan oleh keluarganya. Seseorang yang dipanggil " Janet."
Perempuan yang musnahkan hidup Alex Dan kehidupannya.

Bagi Nick keluarganya meletakkan dia diluar negara kerana lelaki itu baru pulih dari koma. Untuk lelaki itu kembali sembuh dengan sempurna, dia disarankan untuk menjauh dari punca dari semua yang berlaku. Keluarganya tahu yang Nick mencintai seorang wanita, Tapi tidak tahu siapa yang Nick Cinta. Untuk tidak menambahkan persoalan dan merawat Nick, Keluarga menghantar Nick keluar negara Untuk menjalani rawatan disana Dan menjauh dari masalah yang menimpannya berharap Nick akan pulih.

Disana mereka berjumpa kembali bersama - sama belajar di tempat pengajian yang sama Dan dipertemukan dengan takdir, bukan berdua Tapi bertiga dengan Mawar. Ketiga- tiganya terkejut dengan pertemuan itu. Tak sangka oleh Mawar, dirinya yang dibawa menjauh dari keluarga terutama Anggerik membuatkan dia kembali berjumpa dengan Nick. Sungguh takdir permainkan dirinya.

Dia tinggalkan keluarga disebabkan Anggerik berkahwin dengan Mukhriz, lelaki yang menjadi Idaman dirinya dulu Dan lelaki pertama yang berjaya singgah dihati Mawar. Mawar adalah sepatutnya jodoh pertama Mukhriz, namun disebabkan perselisihan dari perkahwinan keturunan Keluarga Anggerik yang dipilih Semasa Mawar sibuk menyiapkan majlis perkahwinan dirinya. Kerana itu dia berdendam dengan Anggerik.

Segala plannya untuk menghancurkan perkahwinan tidak berjaya. Dia bertemu Mukhriz 3 hari sebelum perkahwinan Anggerik Dan Mukhriz. Dia membuat helah, dia tahu Perkahwianan Anggerik Dan Mukhriz tidak dapat dihalang lagi, masa semakin Suntuk. Untuk itu dia mencari helah Dan membalas dendam untuk Anggerik menderita dengan perkahwinan dirinya dengan Mukhriz, Dan dia persetujuan pembatalan untuk Majlis, sebaliknya meneruskan perkahwinan untuk Anggerik dipersalahkan. Rancangan Mawar berjaya, Dia lihat sendiri reaksi wajah Mukhriz yang masam Dan tiada reaksi tenang bagi pengantin lelaki raja Sehari. Mukhriz dilihat Mawar tidak langsung memandang kearah Anggerik yang tenang disisi Mukhriz sepanjang dalam perkahwinan itu berlangsung.

Intipan Mawar tidak habis disitu. Malah dia memasang telinga diluar bilik Anggerik pada malam itu Dan mendengar semuanya dengan jelas. Seksaan Anggerik malam itu membuatkan Mawar tersenyum puas. Sekali lagi rancangan dirinya berjaya dalam porak perandakan hidup Anggerik untuk tidak membiarkan kakaknya hidup bahagia. Bagi Mawar itu yang selayaknya Anggerik terima disebabkan telah menolak Cinta Nick, sahabatnya suatu masa dahulu Dan membuat Nick kemalangan. Dari Nick kemalangan, Mawar membalas dendam Dan meletakkan segala kesalahan itu pada bahu Anggerik kerana mambuatkan lelaki itu menderita Dan Koma.

Sekali lagi mereka dipertemukan kembali disini. Mawar tidak dapat ucapkan kegembiraan Tentang hal itu bila dia kembali berjumpa dengan Nick. Telah lama dia tinggalakan Nick, sejak lelaki itu Koma, keluarga Nick tidak benar kan lagi sesiapa melawat Nick kecuali keluarga Nick terdekat untuk memantau Kesihatan Nick Sehingga pulih.

" Nick tak sangka Mawar jumpa Nick Dekat sini? Dah lama kita tak jumpa Nick Dan Awak dah sedar dari koma?" Air mata Mawar berlinangan dengan kegembiraan lelaki itu telah sembuh Dan berada dihadapannya kini.

" Alhamdulillah Mawar, Nick sihat masih sama macam dulu, tiada yang berubah." Senyuman Nick Ikhlas Mawar tahu tapi masih ada yang tersembunyi dalam hati Nick yang Mawar tak pasti.

Mata Mawar terarah pada Alex. Lelaki cina yang Mawar lihat pelik. Wajah lelaki Cina dengan Alis Dan kening yang lebat kehitaman.

" Mawar kenal kan ini Alex, Dan ini Mawar. Alex ini campuran Cina dengan Itali. Tenth engkau pelikkan lihat dia?” Nick faham sikap Mawar, lihatkan wajah Mawar yang berkerut, Itu jawapan untuk Nick.

“ Ya, pelik yang kacak jarang aku jumpa Manusia berwajah macam ini?” Pujian dari Mawar untuk Alex Tapi pujian itu tidak membuatkan Alex berubah reaksi dari wajahnya kerana mungkin sahaja dia telah menerima Beberapa pujian sebelum ini dari orang - orang yang berkenalan dengan dirinya.

“ Wajah dia sama macam Anggerik Mawar, Anggerik Cantik yang Asli Dan dia juga ada kehenseman tersendiri.” Sekali lagi Nick memuji Anggerik bersama reaksi Nick yang telah merubah diwajahnya. Mengingati kejadian semalam.

“ Jangan ingat kan Aku pasal perempuan itu Nick. Dia tak layak dapat Cinta tulus engkau tu. Dia dah kahwin sekarang ini. Jangan fikirkan pasal dia lagi.” Hati Mawar sakit bila Nick kembali mengingati nama Anggerik walaupun mereka telah jauh dari negara asal mereka. Tak bolehkah Nick memberikan ruang pernafasan yang sebenar- benarnya kepada Mawar tanpa menyebut nama yang dibenci itu. Seboleh- bolehnya dia tak mahu satu pun pasal Angerik dibincangkan disini.

“ Siapa Anggerik?” Giliran Alex bertanya kepada kedua- duanya. Dia tidak mahu nama siapa yang dibincangkan oleh Nick Dan Mawar. Kerana itu dia bertanya.

“ Seseorang yang dah mati dalam hidup kami. Engkau akan menyesal dengan hidup Kalau engkau kenal dia Alex.” Kasar bahasa Mawar, mati lebih sesuai Bagi Anggerik dirasakan Mawar, dari dia menceritakan pasal Anggerik pada Alex. Dia lemas dengan Sebaris nama perempuan yang diberi nama Anggerik..

Alex ternganga dengan penjelasan Mawar yang kasar. Mata sempat melihat kearah Nick yang mengelengkan kepala untuk Alex bertanyakan Tentang hal itu. Alex yang faham dengan situasi itu Segera berdiam untuk memberikan ruang itu kembali tenang dalam dia membiarkan sesuatu tentang Anggerik tamat kerana perkara itu dia sendiri tak pasti.

Share this novel

Norita Yahya
2020-10-25 09:59:17 

soo boring..huhuhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience