36

Romance Completed 306520

***Nick***

Anggerik menitiskan Air mata lagi. Ini kali ke 2 dia menanggis untuk hari ini. Semuanya disebabkan salah faham Mawar kepada dirinya. Anggerik keseorangan di Rumah Kotej Biru sedangkan Majlis sambutan hari jadi Mawar masih meriah di laman hadapan rumahnya.

“ Aku keseorangan lagi macam selalu!” Anggerik meluahkan segala yang terbuku dihatinya. Nicho tiada di situ, dia Dan keluarganya pergi bercuti. Itu Anggerik tahu, mereka telah dimaklumkan oleh keluarga Nicho, En. Thomas kepada Ayah.

Baju Dress biru kini telah rosak disebabkan Mawar sebentar tadi. Bahagian baju telah dicarik oleh Mawar untuk Anggerik tidak terserlah malam itu. Tapi itu bukan kehendak Anggerik, pilihan warna itu bagi Anggerik dipilih sendiri oleh Mawar.

Dia Hanya menyarungkan sahaja baju itu ketubuhnya Dan berjalan di dalam Majlis yang diadakan, tanpa tersedar dengan pujian dari orang sekeliling yang menganggap Majlis itu untuk Hari Jadi Anggerik.

“ Engkau sengaja nak buat aku sakit hati Anggerik. Kenapa engkau turun kesini. Macam mana pakaian ini yang engkau pakai. Engkau tahukan baju ini baju tahun lepas yang aku pakai untuk Majlis aku?” Tubuh Angggerik dibawa Mawar Di satu laluan yang tidak banyak orang lalu lalang di situ.

“ Mawar baju yang aku pakai ini bukan aku yang pilih, Mak Cik yang bagi aku baju ini pagi tadi.”

“ Engkau tipu Anggerik? Mama Takkan Bagi baju aku pada engkau. Engkau yang curi dalam bilik aku.” Mawar merengus geram dengan Anggerik. Dia sengaja menciptakan situasi yang membuatkan Anggerik yang bersalah dalam hal itu.

“ Anggerik . Mawar!” Apa yang kamu berdua buat Dekat sini. Ramai tetamu yang Tengah tuggu kamu. Sekejap lagi Majlis akan bermula ?” Suara lantang Ayah memarahi kedua- duanya. Dia dapat lihat dengan jelas kedua- dua puterinya sedang bertelagah sesama sendiri, Tapi dia tidak tahu sebab apa. Memandangkan sekaang masa Majlis Dan bila - bila masa sahaja Majlis akan bermula dia terpaksa kawal kemarahan itu, menunggu Sehingga majlis Selesai.

Mata Hazel Anggerik dilihat Ayah dalam suasana gelap itu. Mahu mendengar penjelasan Anggerik Tentang perkara Tegang yang baru terjadi.

“ Mawar marah Anggerik sebab pakai baju dia Ayah. Sebab itu dia tak puas hati dengan Anggerik.” Anggerik tidak menunggu lama perkara itu perlu diadukan kepada Ayah untuk mengelakkan Mawar membuat cerita.

“ Kenapa kamu pakai baju dia Anggerik? Bukan ayah dah beli baju dress untuk kamu?” Reaksi Anggerik dilihat untuk jawapan.

“ Ini yang Mak Cik bagi pada Anggerik Ayah? Anggerik pun tak tahu yang Ayah ada belikan baju untuk Anggerik.” Sayu suara Anggerik mendengar kebenaran tentang perkara itu.

Ayahnya dilihat Anggerik meraup kan wajah beberapa kali. Mungkin menyesali dengan perbuatan Isterinya kepada Anggerik. Dibiarkan terabai.

“ Sudah Anggerik, kamu ikut Ayah sekarang kita pergi Cari Mak Cik kamu kita tukar baju.” Mata Ayah memandang kearah Mawar . “ Puas hati kamu Mawar?” Sambil Ayah Dan Anggerik ingin berlalu dari Mawar..

“ Prakkkkk! Baju Anggerik sengaja dikoyakkan oleh Mawar dari belakang.
Ayah Dan Anggerik terkejut dengan reaksi dari Mawar.
“ Apa yang kamu buat Mawar?” Ayah sungguh terkejut dengan reaksi anaknya yang terang - terangan membuli Angerik hadapan matanya.

“ Ini baju Mawar Ayah, Anggerik yang curi baju ini. Jadi suka hati Mawar nak buat apa pada baju ini!” Selepas melepaskan segala keluhan dirinya Mawar berlalu meninggalakan Anggerik dengan Ayah. Dia tahu Ayah tidak akan berani untuk buat apa - apa kepadanya, kerana hari itu adalah Majlis Hari Jadinya. Jadi dia boleh membuat apa sesuka hati.

Sinis senyuman Mawar meninggalkan Anggerik Dan Ayah Dan jelingan matanya senpat dijerling kearah Anggerik.

“ Anggerik!” Ayah terkedu dengan sikap Mawar Dan dalam masa yang sama dia rasa bersalah kepada Anggerik, melihat baju anaknya yang telah terkoyak atas perbuatan anak perempuannya seorang lagi.

Anggerik Hanya menundukakan Wajah menanggis, dia tidak tahu kenapa Mawar membencinya sedang dia tidak membuat salah pada Mawar Dan tidak pernah mencuba untuk membenci Dan menjadi musuh dengan Mawar.

“ Tak per Ayah, Anggerik pergi tukar baju yang lain. Tapi Anggerik tak ada dress yang lain.?” Anggerik menyatakan maksud sebenar Tentang pakaian dirinya yang terhad, dikawal oleh Mak Cik Dan Mawar.

“ Mari ikut Ayah, kita tukar dengan Dress yang Ayah beli untuk kamu Anggerik.” Langkah kaki Ayah melangkah seiring dengan Anggerik..Anggerik mengikuti Ayah bersama dress bajunya yang terkoyak bagi mencari Mak Cik, Dianara.

Dianara dilihat Ayah sedang bercakap dengan seseorang, mungkin kenalan Mak Cik. Itu yang Anggerik rasa.

“ Johari! Seseorang memanggil Ayah Dan langkah Ayah terhenti bersama tubuh dipalingkan melihat kearah suara yang memanggil.

“ Nizar! Suara Ayah Bergema dengan menghulurkan tangan kearah lelaki yang baru memanggil namanya. Mereka berpelukan Di mata Anggerik Dan saling ketawa sesama sendiri.

“ Mana kamu hilang Nizam lama kita tak jumpa. Selamat kembali, tubuh rakannya dipeluk lagi menandakan ayah gembira dengan kehadiran rakannya malam itu.”

“ Aku jumpa Jasin semalam dekat Subang, itu yang dia jemput aku dalam majlis malam ini. Engkau Suruh dia jemput rakan - rakankan. Itu yang aku kesini.”

“ Ya memang aku jemput dia, Tapi engkau Nizar boleh datang jer rumah aku. Aku alu - alukan kedatangan engkau Dan keluarga kerumah aku.” Ayah terlalu Gembira dengan kedatangan lelaki itu pada pandangan mata Anggerik, Mungkin kenalan lama Ayah.

“ Lain macam jer bunyi engkau Johari, kenapa Engkau nak jadi kita Berbesan ker?” Ketawa lagi lelaki tua itu dengan jenaka yang tidak dirasakan lawak oleh Anggerik. Waktu itu dia dengan Nicho telah bersama memulakan percintaan.

Mata Anggerik terarah kepada budak lelaki yang tenang berada disebelah Nizar, bapanya. Sesekali dapat dilihat Anggerik mata Budak lelaki itu mencuri pandangan kepada wajah Anggerik.

“ Johari ini aku kenal kan anak aku Nubhan Dan Ini anak engkau ker dengan arwah Lily? Lelaki itu dilihat Anggerik mengenali dirinya Dan Ibunya.

“ Ini anak aku Anggerik Dan arwah. Anggerik !” Sebaris nama yang disebut Ayah bersama reaksi dari wajah budak lelaki yang masih memandang kearah Anggerik tanpa bekelip.

“ Nubhan, kamu lihat Anggerik tak berkelip?" Pak Cik Nizar menyedarkan anaknya Tentang perilaku Nubhan yang tidak melepas melihat kearah Anggerik.

Ayah ketawa sambil melihat kearah Anggerik yang tiada reaksi. Dia sedar Anggerik selalu menerima perhatian Dan pujian. perkara itu membuat Anggerik tidak suka berada dikalangan orang ramai, disebabkan mata Hazel anaknya yang Cantik Dan lain.

“ Selesakan diri kamu Di Majlis ini Nizar, Kami ada urusan dengan Diana, nanti aku kenalkan kamu dengan Isteri baru pengganti Arwah Lily.” Berat untuk Ayah meluahkan perkara itu, namun Isteri barunya perlu dipekenalkan untuk makluman rakan - rakan penjaga baru bagi Anggerik.

“ Aku pergi dulu jumpa rakan kita yang lain, lain kita jumpa lagi.” Pak Cik Nizar berlalu dari kami Dan Ayah memualakan kembali langkah kearah Dianara untuk Mak Ciknya memulakan drama.

Mawar dilihat Anggerik telah berada disebelah Dianara sewaktu Ayah Dan Angggerik tiba disitu. Pandangan Ayah tajam kearah Mawar yang Jelas melihatkan sikap memberontaknya dalam diri.

“ Diana mana dresss yang saya belikan untuk Anggerik?kenapa Awak benar kan Anggerik pakai baju lama ini. Awak tak nampak ker baju ini tak sesuai dengan Anggerik?” Tegas Ayah bertanya bersama reaksi Di wajah Mak Cik yang telah berubah riak.

“ Saya bagi baju Mawar ini abang sebab Dress yang abang beli untuk Angerik itu tak muat. Saya pulang kan kembali Dress itu pada Kedai semalam. Saya tak tahu yang Kedai tu tak sempat nak buat untuk majlis hari ini.” Diana telah sediakan jawapan dengan persolan dari suaminya. Dia telah merancang dengan teliti segalanya.

“ Siapa benar kan?” Ayah telah menyinga dengan kemarahan kepada Mak Cik. Dia telah sediakan dua pasang baju untuk Kedua - dua puterinya dengan pemilihan dari pembantu. Dia Takkan tersilap memilih. Dia tahu itu semua agenda Dianara untuk sabotaj Mawar. “ Habis itu macam mana sekarang? Mawar dah rosak kan Dress Anggerik? Wajah marah Ayah memandang kearah isterinya untuk jawapan Tentang perangai anaknya yang mengoyak baju Anggerik sebentar tadi.

“ Anggerik engkau duduk jer dalam bilik, tak perlu keluar. Lagipun majlis ini untuk Mawar. Kehadiran engaku yang tak ada dalam majlis ini pun tiada siapa peduli.” Pedas bahasa Dianara kepada Anggerik Dan dia tahu Johari Takkan berani membuat apa - apa kepada dirinya disebabkan orang ramai Di majlis itu.

“ Anggerik, suara Ayahnya tersekat - sekat Dan Anggerik tahu kesudahannya dari drama itu..

“ Anggerik faham Ayah, tak per Anggerik mengalah. Anggerik kembali ke bilik.” Dari wajah Anggerik dia pasrah dengan apa yang terjadi. Dia tiada pilihan, baju yang disediakan untuk majlis itu tiada dan baju ditubuhnya telah koyak dari perbuatan Mawar.

Dia tiada pilihan lagi. “Tiada siapa yang perasaan kehadiran aku yang tiada Di majlis ini”. Anggerik melangkah bersama tanggisan dalam hatinya. Tanggisan itu mencurah dari mata Hazel Anggerik. Dia tidak kembali ke bilik sebaliknya dengan keadaan Dress yang telah terkoyak, Anggerik pergi ke Rumah Kotej Biru untuk dia lepaskan segala perasaannya yang bersedih dengan sikap Keluarganya. Menjauhi dari majlis Dan dari Tetamu yang hadir.

Anggerik cuba mengoyakkan bahagian Dress yang terkoyak dari perbuatan Mawar tadi. Namun semakin dia mencuba, Jahitan yang dibuat oleh Tukang Jahit kemas Dan ketat untuk Anggerik koyakakan.

“ Macam manalah Mawar koyak kan pakaian ini tadi? Kenapa aku tak boleh koyakkan Dress ini macam mana Mawar buat.” Anggerik mengomel sendiri Dan masih cuba mengoyakkan Dresss yang sedang dipakainya untuk membuatkan dress itu tidak Ketara terkoyak pada pandangan Anggerik.

“ Engkau buat apa?” Seseorang budak lelaki muncul Di hadapan Anggerik. Anggerik yang melihat kearah budak lelaki itu mengecilkan matanya merapat kearah lelaki itu Dan kelihatan Nubhan. Lelaki yang diperkenalkan oleh Pak Cik Nizar.

Melihat reaksi lelaki itu melangkah kearah Anggerik. Anggerik Segera bangun Dan berjalan menjauh dari budak lelaki itu.

Sikap terburu - buru Anggerik membuatkan kakinya terpijak Lebihan Dress yang membuatkan tubuhnya hendak tersungkur, namun Nubhan sempat menyambar Tubuh Anggerik dari terjatuh.

Kedua- duanya dalam pelukan Di tubuh Nubhan yang sedang membongkok memegang Tubuh Anggerik dari terjatuh. Mata mereka saling memandang sesama sendiri tidak berkelip. Mata Hazel Anggerik benar - benar memukau Nubhan membuatkan Terasa masa mereka terhenti.

“ Nubhan!” Anggerik menjerit kecil kearah lelaki itu yang masih tidak lepas memandang wajahnya. Lebih teruk lagi Anggerik berada dalam pelukan pegangan tangan Nubhan. Anggerik kena sedarkan Nubhan dalam keadaan mereka waktu itu.

Nubhan tersedar dari jeritan kecil Anggerik yang menyedarkan lamunan Nubhan sebentar tadi. Tapi Nubhan dapat rasakan yang dia mulai jatuh hati pada wanita dihadapannya, sekelip mata.

“ Maaf, “ suara Nubhan ditelinga Anggerik bersama sikap Nubhan yang memegang lehernya menunjukkan dia gementar dari situasi tadi.

“ Awak buat apa dekat sini?” Anggerik kembali membetulkan dress ditubuhnya sambil helaian terkoyak yang dipijak Sekejap tadi diangkat untuk dia lebih hati - hati.

“ Saya sengaja bersiar - siar. “ Alasan Nubhan sambil anak matanya melihat segala tindakan Anggerik dihadapan matanya.

Anggerik mengeluh bila bahgaian koyakkan itu masih belum berjaya ditanggalkan dari Dressnya untuk memudahakan Anggerik berjalan.

“ Awak buat apa sebenarnya, bukan Dress itu dah koyak? Kenapa Awak tak tukar yang lain?” Nubhan pasti dress itu dipakai Anggerik sewaktu dia Dan Ayahnya berjumpa dengan Anggerik Dan Pak Cik Johari tadi.

Dapat dilihat Nubhan wajah Anggerik memerah, Comel dengan reaksi itu. Dia tidak puas memandang wajah gadis itu Dan reaksi Anggerik, sambil anak mata Hazel milik Anggerik memandang sekeliling melihat reaksi orang ramai yang memandang kearahnya. Nubhan dapat rasakan Anggerik malu kerana Jelas menampakkan Dress yang dipakai Anggerik koyak dihujung Dan berjela dalam pegangan tangan gadis itu.

“ Awak nak saya Tolong?” Nubhan menyatakan bantuan dirinya untuk menolong Anggerik.

Anggerik mengigit bibir Dan melihat Nubhan dalam waktu yang sama. Dia sebenarnya serba salah. Perlukah dia dapatkan bantuan dari budak lelaki dihadapannya. “ Awak boleh Tolong tarikkan bahagian koyak ini. Saya dah cuba banyak kali Tapi tak berjaya.” Akhirnya Anggerik bersuara dan meminta pertolongan Nubhan.

“ Saya Boleh jer Tolong Awak dengan perkara ini, Tapi boleh tak Kalau Awak jangan tunjuk wajah Comel Awak itu Dekat saya.” Nubhan ketawa dengan reaksi Anggerik yang malu - malu Di hadapannya. Sungguh cantik di pandangan mata Nubhan.

Prakakaakkkkkkkk.! Dengan sekali tarikan . Bahagian terkoyak itu tertanggal dari Dress yang dipakai oleh Anggerik. Walaupun kini Dress tang dipakai Anggerik sedikit singkat, namun keadaan Dress itu kini lebih balik dari sebelumnya. Dan bahgaian yang terkoyak itu tidak lagi kelihatan memalukan bagi Anggerik.

Anggerik lega. “ Terima kasih Nubhan sebab Tolong saya tadi.” Senyuman Ikhlas dari Anggerik dari bantuan Nubhan sebentar tadi pada dia.

“ Tiada masalah Tapi Awak boleh panggil saya Nick.saya lebih selesa dengan panggilan itu?” Senyuman lelaki yang Ikhlas untuk Angerik.

“ Nick” Anggerik mencuba menyebut nama yang lelaki itu dalam Cara Anggerik tersendiri.

Segala perbuatan Anggerik dirasakan indah oleh Nick dengan segala Cara dari gadis yang berjaya membuatkan hari dia ceria Dan indah.

“ Mari ikut saya Nick, saya akan balas jasa Awak malam ini. Saya akan berikan awak sesuatu yang Awak akan ingat bila - bila?” Anggerik ingin membalas segala pertolongan Nick tadi kepadanya. Pertolongan ketika dia terjatuh tadi Dan pertolongan Nick mengoyakakan dressnya tadi atas perbuatan Mawar.

“ Saya Tolong Awak dengan bantuan kecil sahaja Anggerik, saya rasa Awak tak perlu balas semua itu untuk saya. Saya Ikhlas.” Nick memandang Anggerik yang telah menghentikan langkahnya mengahadap kearah Anggerik.

“ Kalau Awak rasa Saya nak balas pertolongan Awak itu. Apa kata Awak anggap sebagai layaanan seorang kawan. Macam mana Nick?” Wajah Anggerik dipenuhi dengan Teruja Dan gembira membuatkan Nick tidak sanggup untuk menolaknya.

“ Okay apa Layaanan dari seorang kawan?” Kaki Nick melangkah mengikuti Anggerik yang menuju kearah sebuah tempat kosong Di Penjuru Majlis Dan Anggerik Segera kesitu diikuti oleh Nick.

“ Nick Awak duduk sini, malam ini saya Jadi pembantu awak tanpa begaji” Anggerik tersenyum memandang kewajah Nick yang terkejut dengan cadangan dirinya. Anggerik tahu Nick belum menjamah apa - apa lagi hidangan Di Majlis itu disebabkan ketika Anggerik Dan Nick berjumpa. Pak Cik Nizar Dan Nick baru tiba di majlis,

“ Awak pasti Awak nak lakukan itu semua Anggerik.? Saya ini banyak makan Dan saya akan pastikan Awak akan sukar layan saya Anggerik.” Sengihan Nick yang sekadar mengusik Anggerik.

“ Percaya pada saya Nick benda itu tak Susah bagi saya . Awak yang bantu saya dengan Dress ini tadikan. Awak lihat saya sekarang.” Anggerik memusing- masing kan badannya beberapa kali dihadapan Nick menunjukkan lelaki itu telah membantunya selesa dengan Dess itu kini.

“ Saya kagum. Sekarang saya nak Awak layan saya dengan Ayam bakar Dan Air Buah disana juga Pemanis mulut untuk saya pelayan.” Ketawa Nick kepada Anggerik, tanpa disangka pertemuan pertama dengan Anggerik membuatkan dia selesa berada disamping Anggerik.

“ Saya datang Segera tuan.” Anggerik bermain sambil tubuhnya dengan segera bergerak menghala kearah makanan meninggalkan Nick dengan seribu Senyuman diwajah lelaki itu.

Malam itu mereka berpisah dengan memori yang Cukup indah dihati Nick Dan Anggerik. Kedua - duanya selesa dengan ikatan yang terjalin.

****

“Engkau sengaja Cari pasal dengan aku Anggerik. Engkau dah tahu rakan aku datang sini. Dekat bilik aku Engkau nak muncul Anggerik?”

“ Apa salah aku Mawar? Aku muncul disini Mak Cik yang suruh aku panggil engkau dengan rakan engkau.Makanan dah terhidang atas meja. Dekat mana salah aku dengan ikut arahan Mak Cik itu. Apa yang aku buat?”

“ Engkau tanya aku buat apa? Engkau malu kan aku dengan muncul Dekat sini!” Mata Mawar terjegil memandang kearah Anggerik . Dia masih tidak puas hati, kemunculan Anggerik Di situ menyesakkan hidup Mawar. Rakan - rakan Mawar telah memuji- muji kecantikan diri Anggerik, membandingkan dirinya dengan Anggerik.

Anggerik menatap Mawar dengan geram. Semua yang dibuat unthk Mawar menampakan salah pada dirinya. “ Dengar Mawar! Aku cakap Hanya sekali aku takkan senang - senang muncul Dekat sini Kalau tak ada arahan dari Mak Cik, iaitu Ibu engkau tu. Dia yang arahkan aku kesini Dan engkau pun tahu Kalau aku tak ikut arahan dia, dia buat apa Dekat aku. Aku pun Takkan masuk campur dalam hal engkaulah Mawar.” Akhirnya Anggerik melafazkan apa yang terbuku dalam hatinya. Tidak mudah untuk berurusan dengan Mawar. Sepatutnya dia mengelak ke dapur tadi Tapi tersilap langkah Anggerik terserempak dengan Ibu tiri, Puan Diana. Jika tidak diikutkan arahan. Anggerik tahu apa yang akan menimpa. Jadi dia turutkan mengalah dengan perempuan itu.

Anggerik menuruni tangga Dan menuju kembali ke dapur.
“ Anggerik dah maklumkan pada Mawar Mak Cik macam yang Mak Cik suruh, Kalau Mawar tak muncul dengan kawan dia lagi, itu bukan salah Angegrik.”

Selesai memaklumkan Anggerik kembali menuju ke bilik, bukan niat dia untuk aibkan Mawar dengan rakan dia. Tapi kenapa Mawar selalu cari gaduh Dan tidak puas hati dengan dia.

Sejak itu Anggerik tidak mahu lagi rapat Dan dekat dengan hidup Mawar. Walaupun dia rindukan hubungan kekeluargaan dengan Mawar Dan Mak Cik Diana. Namun dia tak mampu untuk mencapai segala kasih Sayang itu.lebih - lebih lagi Mawar, satu - satunya Adik Anggerik.

“Aku Takkan ada kaitan lagi dengan engkau Mawar, termasuk dengan orang - orang yang rapat dengan engkau. Engkau yang pilih aku menjauh dari hidup engkau tanpa aku tahu kenapa engkau Benci aku!” Luahan Anggerik dalam diri memikirkan hubungan dia Dan Mawar yang semakin retak Tiada penghujung,

*****

Mawar kelihatan gembira Di makan malam bersama keluarga. Semua masakan Anggerik malam itu dipuji Dan wajah dirinya yang ceria tidak seperti selalu.

Keceriaan Di wajah Mawar Jelas di penglihatan Johari Dan Puan Dianara. Mata mereka berdua saling berpandangan sesama sendiri.

“ Nampak gembira Mawar hari ini ada sesuatu yang Mawar nak maklumkan pada kami?” Puan Dianara melihat kewajah anaknya menunggu reaksi Mawar. Pandangan mata kembali terarah pada suaminya.

Anggerik tiada reaksi Hanya menyuapkan makanan Dan tiada sebab untuk dia mengambil tahu Tentang Mawar. Sendiri lebih baik bagi Anggerik.

“ Esok Mawar nak perkenalkan seseorang dalam kenalan Mawar. Dia anak kenalan keluarga kita.” Mawar Teruja dengan perkara yang hendak dimaklumkan kepada keluarganya.

“ Siapa dia Mawar?” Ayah tiada reaksi dengan keterujaan Mawar. Telah banyak Mawar bermain helah dengan membawa rakan - rakan dirumah Dan sikap Mawar yang tidak menentu mengusarkan Ayah dengan prestai pelajaran Mawar yang semakin merundum. Mawar dilihat banyak menghabiskan masa dengan hiburan.

“ Esok Mawar kenalkan pada Ayah, Tapi mesti Ayah kenal dengan Keluarga ifu.” Tersenyum manis Mawar dengan keterujaan Di hatinya.

“ Hmmmm. Habis itu dengan kawan- kawan sebelum ini macam mana Mawar? Masih ada lagi?”

“. Masih kawan ayah. Mawar tak macam Anggerik, kera sumbang.!” Senyuman sinis pada Anggerik yang Mawar tahu Anggerik tidak ramai kenalan.

“ Anggerik masih beriak tenang, tiada satu perkataan Mawar menyakitkan hatinya. Hati Anggerik telah dikentalkan dengan segala cemuhan Mawar yang setiap hari menganggunya.

“ Anggerik dah Kenyang Ayah, Anggerik masuk bilik dulu.” Itulah kebiasaan Anggerik bila ayahnya makan bersama dengan keluarga dirumah. Anggerik akan memasak kerana itu adalah permintaan dari Ayahnya, Johari. Yang memberikan pujian kepada masakan Anggerik, seperti Arwah isterinya.

Anggerik pun tak tahu mengapa Ayah selalu memujinya begitu, sedangkan Arwah Ibunya tak sempat untuk mengajar Anggerik memasak. Dia meninggal sebelum sempat Anggerik untuk belajar sesuatu mengenai Ibu.

*****

Anggerik melangkah ke bilik tidurnya selepas penat berjalan pulang dari tempat belajar. Anggerik melintas diruangan tamu, kerana dilihat Terdapat banyak kasut diruangan luar, Anggerik mengambil jalan mudah untuk mengikuti jalan lain bagi menuju ke biliknya. Dia tidak mahu menganggu perbualan yang sedang rancak berjalan. Kedengaran suara - suara ketawa Dan bisikan, Anggerik tahu itu adalah suara - suara dari perjumpaan Mawar bersama rakannya. Kerana itu Anggerik tidak mahu masuk campur. Lebih baik dia sendiri dari dimaki.

“ Anggerik kamu nak kemana?” Suara Ayah memecahkan suasana riuh dari perbualan sebentar tadi. Langkah Anggerik Serta merta terhenti untuk menerusakan langkah.

“ Anggerik ke bilik Ayah. Baru balik, Anggerik penat.” Anggerik mencuba untuk menolak dia tahu reaksi Mawar jika dia muncul sekali dalam perbualan itu. Mesti Mawar tak suka dengan kehadiran dirinya.

“ Ke sini Anggerik aku nak kenalkan engkau dengan seseorang.” Suara licik Mawar mempelawa, sambil matanya menjeling Anggerik tajam.

Anggerik dalam keadaan terpaksa terpaksa melangkah kedalam perbualan. Dan bagi menunjukkkan hormat semua tetamu dirumah itu dipandang Satu persatu. “ Nick” mata Anggerik terarah kepada seorang lelaki yang telah tersenyum kepadanya. Anggerik sempat membalas senyuman Nick, namun Senyuman Anggerik mati bila melihat reaksi Mawar kepadanya.
“ Dia kawan Mawar? Perasaannya Anggerik terbelah bahagi. Jika benar kenyataan itu, dia terpaksa mengundur diri dari Nick kerana menjaga hati Mawar.

“ Anggerik undur diri dulu. Selamat berkenalan.” Ucapkan Anggerik sambil langkah diundurkan dengan mata masih melihat ke arah Nick.
“ Maafkan Anggerik Nick.”

****

“ Anggerik!” Suara Nick memanggil yang membuatkan langkah Anggerik semakin laju dari arah Nick yang masih mengejarnya. Langkah Kaki Anggerik mencuba berlari dari lelaki itu kerana takut kan Mawar yang akan salah faham dengan tindakan Nick Dan dirinya nanti. “ Nick kawan Mawar, kerana itu dia perlu menjauhi diri lelaki itu.”

“ Anggerik apa salah saya pada Awak Anggerik? Kenapa awak selalu lari dari saya ?” Bahu Anggerik Nick tahan dari terus berlalu. Dia perlu bersemuka dengan Anggerik untuk dia tahu hal sebenar kenapa Anggerik melihat.

“ Jauhi saya Nick, jangan dekat dengan saya. Awak akan datangkan masalah pada saya nanti. Kenapa awak degil? Wajah Angggerik telah merah menahan kepenatan dirinya berlari Dan Panas dihati bila lelaki itu masih berdegil mendekati dirinya lagi.

“ Apa salah saya Anggerik?kenapa Awak menjauh dari saya. Saya ada buat silap dekat Awak malam itu? Sekurang- kurangnya Awak beritahu.?”

“ Awak tak silap apa- apa Nick. Tak ada yang salah malam itu. Tapi saya harap Awak hormat keputusan saya. Jangan ganggu saya lagi. Awak dah ada Mawar. Hargai dia.”

“ Apa yang Awak merepek Angggerik? Saya dengan Mawar cuma berkawan, tak lebih dari itu.” Nick terkejut dengan reaksi Anggerik. Adakah Anggerik cemburu hubungan dia dengan Mawar. Jika itu berlaku dia adalah lelaki yang paling bahagia.

“ Itu Sebab Awak kena jauhi saya Nick, saya tak layak berkawan dengan awak ataupun berselisih bahu dengan awak. Saya tak layak untuk itu semua. Jauhi saya.” Anggerik Nekad dia Takkan sesekali benar kan Nick mendekati dia Walaupun sebagai kawan. Dia perlu memjaga perasaan Mawar. Dia tak mahu Mawar anggap dia perosak dalam segalanya. Dia akan beralah Demi Mawar.

“ Saya Cintakan Awak Anggerik. Susah sangat ker Awak nak faham perasaan saya.” Akhirnya perkara yang membelengu perasaan Dan hati Nick selama ini akhirnya terluah.

“ Awak dah gila. Awak ingat Awak siapa Nick. Kejadian malam itu Awak ingat saya dah jatuh hati dekat awak? Tak mungkin sampai bila - bila pun saya Takkan kawan atau jatuh Cinta dengan awak Nick. Lupakan saya.” Anggerik tahu dia kejam Tapi dia terpaksa membuat itu semua dari lelaki itu terus merana. Dia tak mahu Nick terusan mencintai dia kerana hati Anggerik telah terbuka untuk Adam.

“ Nick balik lah perasaan Awak pada saya Takkan kemana . Kita malah tak boleh berkawan Nick, bukan Saya tak mahu Tapi kita tak boleh saya, takut ada yang merana.”

Siapa yang merana Anggerik ? Siapa,? Langkah Anggerik yang menjauh dikejar Nick. Anggerik telah selamat menaiki bus yang kebetulan berada disitu dan tanpa berpaling pergi menjauh dari hidup Nick tanpa tersedar sesuatu terjadi pada lelaki itu ketika mengejar Anggerik...

****

“ Nick!, mata Mawar melihat kearah lelaki yang telah berdarah akibat kemalangan. Suara Dan tubuhnya kelihatan lemah akibat melayang dilanggar oleh sebuah kereta.

“ Anggerik!” Kenapa Dengan Anggerik Nick..!

“ Anggerik, aku Cintakan dia..!” Suara Nick semakin lemah dengan beberapa Darah mulai Keluar dari rongga tubuhnya..

“Bertahan Nick aku akan dapatkan bantuan untuk engkau. Bertahan Nick jangan tinggalkan Mawar.. Mawar menanggis Dan meratapi kesakitan Nick. Nama Anggerik yang disebut Nick menunjukkkan segalanya..

“Anggerik “ Mawar merengus geram sambil mendakap Tubuh Nubhan dalam pelukan sebelum bergegas mendapatkan bantuan..

Komen Dan Vote... TQVM dengan idea bernas... luv PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience