Bab 30 ( A2 )

Romance Completed 306520

Anggerik termenung sendiri.., kembali mengenangkan segala yang telah diketahui oleh Adham .

Kisah bunga yang didengari Adham dari cerita yang disampaikan Datuk Mumtaz..

Anggerik tersenyum... semua yang jadi bagaikan Lucu...

Walaupun cerita itu tidak disampaikan sepenuhnya oleh Adham, Tapi Anggerik tahu disebalik cerita itu . Semua cerita yang disampaikan adalah berkisar Tentang kehidupan Angerik di zaman kecil dulu.

"Bukan semua orang dikurniakan kehidupan yang mudah Dan senang tanpa terjadi sesuatu kejadian peristiwa hitam ". Itu Anggerik pasti, Dan semua yang terjadi mematangkan mangsa,Termasuk diri Anggerik.

Dia juga pernah bahagia dulu disuatu masa. Semua hal yang membahagiakan Anggerik,  dia tidak pernah nafikan.

Tapi sejarah peristiwa gembira Dan hitam itu telah berlalu ... Realiti Dan sejarah dalam hidup Anggerik dan semua yang terjadi mematangkan Anggerik kini.

" Apa yang dimenungkan Anggerik? Masih fikir pasal persiapan majlis itu? Mukhriz tersengih memandang kearah Anggerik bersama langkah terhenti menuju kearah Anggerik.

Anggerik Hanya menunjukkan pandangan menyampah dengan biji mata dinaikkan keatas.. menunjukkan dia tidak mahu diganggu.. tumpuan Anggerik masih pada suasana malam..

Melihatkan reaksi Anggerik yang tiada balasan buatkan Mukhriz meneruskan langkah menghampiri Anggerik.

Mukhriz disisi Anggerik bersama memberikan pandangan dari sisi sambil tubuh Mukhriz menghadap Anggerik..

Sinis.. bagi Mukhriz dia akan mainkan peranan dirinya hinggakan Anggerik akan menyesal dengan segala yang dibuat dulu.

Melihatkan emosi Anggerik yang mendatar.. Mukhriz meneruskan plan kenakan Anggerik, dalam misi Mukhriz perkahwinan dibatalkan tanpa persetujuan.

" Saya tahu Awak boleh. Pastikan Pengantin saya nanti Cantik dikelilingi bunga segar. Kecantikan dia perlu diserlahkan malam itu." Mood Mukhriz Baik. Jadi dia masih dalam pelan untuk melihat gelagat Anggerik cemberut menahan perasaan..

Anggerik menjeling tajam pada Mukhriz.. Tapi tanpa perasaan Mukhriz masih memuji membuatkan telinga Anggerik menanah menahan segala pujian Mukhriz pada kecantikan Sherry..

" Arghhhhhhh! Geram...."

Dia sememangnya Cantik Dan perwatakan dia sebagai seorang selebriti akan Lebih kan tumpuan pada dia. Malam itu untuk dia Anggerik. Saya mahukan dia gembira." Mukhriz masih meneruskan penceritaan kepada Anggerik.

Sengaja dia mahu mengusik Mood Anggerik malam itu. Dah lama dia tak bergurau dengan Anggerik.. bertekak dengan Anggerik dah jadi kemestian Bagi Mukhriz. Itu semua erat kan lagi hubungan mereka.

Tapi gurauan kasar Mukhriz buatkan Anggerik terkesan sangat dalam hati. Kesan yang akan meninggalkan parut dalam hati Anggerik.

" Awak kata majlis itu takkan meriah lebih dari majlis perkahwinan kita dulu Mukhriz. Itu yang Awak cakap pada Sherry? Tapi kenapa sekarang lain? Pendirian Awak dah berubah? Kenapa Cepat sangat!"

Anggerik tak berpuas hati dengan Mukhriz. Percakapan Mukhriz malam ini bercanggah dengan perbincangan mereka beberapa hari lalu.

Perbincangan dulu masih Jelas pada Fikiran Anggerik.. Tak sangka pendirian Mukhriz kali ini tak tetap. Sesuatu yang tak pernah dilakukan Mukhriz sebelum ini.

Kali ini Anggerik dapat rasakan sesuatu yang lain..

Tadi dia libatkan Adham dalam hal mereka. Belum hal itu Selesai sepenuhnya..Sekarang hal pasal majlis? Sikit lagi Entah apa lagi hal lain Mukhriz yang dia nak buat.

Pening!

Tak boleh Anggerik nak bertenang sendiri.. masa dia sendiri dah dipenuhi dengan segala Plan Mukhriz dengan perkahwinan dengan Sherry.

" Ker Mukhriz sengaja nak cari pasal dengan aku ini?" Dalam hati Anggerik syak sesuatu..

" Awak nak ubah Fikiran Mukhriz? Awak tahu tempoh majlis itu tinggal berapa hari?" Keluhan Angggerik yang berat melayan karenah Mukhriz..

" Saya ubah fikiran, kenapa ? tak boleh.. Pandangan Sherry pun saya kena ambil berat juga. Dia artis kan ? Lainlah Awak Anggerik ?" Mukhriz memberikan pandangan dari sisi.

Membuatkan Anggerik rasa nak cucuk jer mata Mukhriz dengan jari.

" Awak nak kata Saya tak popular lah! Macam itu?" Anggerik membalas penerangan dari Mukhriz,

Pandangan Mukhriz menghadap Anggerik, bersahaja dengan sedikit ketawa kecil.. dapat dilihat dari pandangan Mukhriz...Anggerik dah tak tenang dengan pengakuan dia.

" Bukan saya yang cakap Tapi itu kenyataan. Apa yang Awak nak marah saya?" Wajah Mukhriz kembali serius sengaja dia tunggu reaksi Anggerik.

" Awak rasa bertuahlah dapat dia jadi Isteri Awak? Cantik dengan Popular! Saya apa pun tak ada kan." Pandangan Anggerik menghala Keluar membuang pandangan dari menghadap Mukhriz.

Mukhriz mulai membuang pandangan yang sama melihat kearah pandangan yang dilihat Anggerik.

" Apa Awak nak sebenarnya Mukhriz? Tukar Plan last - last minit macam ini. Awak rasa kerja saya Hanya untuk majlis Awak itu? Saya ada tanggungjawab lain yang saya perlu uruskan."

" Karenah Awak lagi? Awak ingat saya larat!" Segala yang terpendam dalam hati Anggerik diluahkan. Semakin disimpan, takut tekanan dalam diri.

Dia sedang sarat mengandung..

" Awak tak elok stress sekarang ini. Cuba bawa bertenang. Tak elok untuk kandungan Awak tu Anggerik. Awak asyik marah - marah saya, Tapi Awak yang bagi cadangan itu. Habis itu kenapa nak bantah Idea saya?" Mukhriz memulangkan soalan. Pandangan kini disisi Anggerik. Dapat dilihat Mukhriz Anggerik sedang merenung tajam wajah Mukhriz dari sudut Tepi.

" Awak rasa apa yang saya buat ini salah Mukhriz? Kahwin kan Awak dengan Sherry?" Akhirnya persoalan itu akhirnya ditujukan pada suami sendiri.

" Awak boleh terima ker semua itu?" Kening Mukhriz dikerutkan dan mengubah pandangan pada Anggerik.

Ssssaaaaya.... Sayaaaaa...saaaa!

" Sebab apa Awak buat semua itu?" Akhirnya Mukhriz yang mulakan persoalan?"

Anggerik Hanya terdiam sepi..

" Sebab Mama saya Anggerik?" Mukhriz memulakan soalan.

Hanya gelengan dari kepala Anggerik yang terarah kepada Mukhriz.

" Habis itu? Tentu ada alasan lain. Awak bukan mudah berubah fikiran, Tapi apa yang ubah Fikiran Awak? Apa yang buatkan Awak terima Sherry untuk saya?" Malam itu Mukhriz akan buat perhitungan. Anggerik tak boleh lari lagi kali ini.

" Banyak yang saya fikir dalam hal Ini Mukhriz. Salah satunya, Sebab yang  Awak maklumkan dulu sebelum Awak hilang.. Ibu saya dengan Ayah Mukhlas mereka berdua memang bercinta, malah dah bertunang.

Dan disebabkan perkara Aib itu Ibu saya Lupakan Mukhlas Dan Lupakan Kisah mereka berdua. Jalani hidup tanpa ganggu keluarga Awak Mukhriz.

Tapi sikap Mukhlas yang masih belum dapat Lupakan Ibu saya, buatkan Awak hidup merana.!

" Awak ingat saya sanggup nak lihat Awak hidup merana lagi pilih saya jadi pasangan Awak?" Soalan Anggerik yang membuatkan senyuman Mukhriz hambar.

" Itu dulu Anggerik. Seminggu yang lalu bila saya dapat tahu Mukhlas lawat pusara Ibu Awak. Tapi saya dah sedar silap saya pada Keluarga kita. Sebelum ini kita berdua sama - sama jadi mangsa . Takkan Kita nak ulangi lagi silap yang sama?" Mukhriz cuba memujuk Anggerik, sepenuh hati Mukhriz berharap Anggerik akan terima dengan cadangan dia.

" Kita masih ada pilihan Mukhriz? Banyak yang kita kena fikirkan. Saya dah fikir panjang Tentang hal ini Tapi saya masih pendapat seseorang pasal hubungan kita. Saya harap Awak boleh bersabar Mukhriz.."

" Apa Maksud awak saya perlu bersabar Anggerik? Awak tak boleh buat keputusan sendiri? Awak bayangkan hidup Awak tanpa saya, saya tanpa Awak nanti? Awak Sanggup?" bicara Mukhriz yang dirasakan perbualan dia Dan Anggerik tidak akan berakhir dalam masa Yang singkat.

" Kita Hanya mampu merancang Mukhriz? Kalau benar Awak jodoh saya yang diciptakan tuhan untuk saya. Apa yang saya buat Atau apa rancangan Awak dalam hubungan kita ini, semua itu Takkan rosak kan hubungan kita."Anggerik bertegas.

" Awak sedar tak Anggerik, yang rosak kan hubungan kita ini Hanya Awak. Awak yang paksa saya buat semua ini dalam keputusan dalam tangan awak?"

" Mukhriz! Awak tahu sebab apa? Semua itu perlukan masa. Sekarang Awak Hanya keliru. Sebab Awak cuma nampak saya. Tapi Kalau Awak kahwin dengan perempuan lain, Awak dah boleh terima hubungan itu, Kalau Awak tetap perlukan saya dalam hidup Awak, saya akan kembali Mukhriz. Tapi sekarang Awak perlukan masa..!"

" Anggerik!" Tubuh Anggerik dibawa Mukhriz dalam pelukan. Entah kenapa naluri lelaki Mukhriz kuat mengatakan Anggerik Takkan berganjak dari keputusan dia lagi.

Anggerik Hanya biarkan Mukhriz melepaskan keluhan berat sambil tubuh Anggerik didakap.

" Engkau pasti dengan kembali pada aku, bila aku buat keputusan dalam hubungan kita. Engkau janji?" Wajah Anggerik direnung Mukhriz dalam pandangan mata yang tajam.

Anggukan dari Anggerik sambil pandangan mata tajam Mukhriz masih belum melepas.

" Aku mahukan jawapan lisan Anggerik bukan jawapan Anggukan yang engkau berikan tadi," Mukhriz berwajah serius pandangan mata masih belum Lepas dari pandangan mata Anggerik.

" Awak takutkan saya Mukhriz!"

" Takut!" Mukhriz Senyum kecil. " Saya akan lebih menakutkan lagi dari ini Anggerik, Kalau Awak tak setuju dengan syarat saya."

Dalam hati Mukhriz lelaki itu dah penat, penat dengan segala apa yang jadi. Itu bukan kemahuan Mukhriz, Tapi dia tak mampu nak halang apa yang akan terjadi selepas ini.

" Awak tak dapat ugut saya Mukhriz? Awak Takkan berani buat semua itu." Pendirian Anggerik masih tetap, Dia dapat rasakan Mukhriz tak main - main dalam hal itu. Tapi Anggerik masih was - was..

" Kalau Awak nak lihat dunia ini terbalik? Awak langgar syarat saya itu, waktu itu Awak akan dapat jawapan!" Mukhriz bicara lembut Tapi segala yang diucapakan Mukhriz mampu membuatkan hati Anggerik berdebar.

" Awak Takkan sanggup buat semua itu?" Hati Anggerik kembali teragak - agak dalam keputusan dia dalam masuk campur dalam hal melibatkan Mukhriz.

" Hal engkau dengan yang berkaitan dengan semua itu Anggerik, akan tetap jadi hal aku. Sampai bila - bila." Habis Mukhriz bicara, Anggerik ditinggalkan tanpa Mukhriz kembali berpaling.

" Apa Maksud Mukhriz?" Pertanyaan dan soalan yang masih bersarang berat dalam Fikiran Anggerik.

****

Anggerik termenung sendiri. Segala kerja - kerja di butik bunga tergendala. Fikiran masih terbayang pada segala kata - kata Mukhriz malam tadi.

Kelakuan Anggerik yang sedikit pelik membuatkan pembantu dikedai menyedari semua yang terjadi.

" Puan Anggerik ada pelanggan nak jumpa Puan, dia nak gubahan dari tangan Puan. Dia tanya berapa lama lagi dia nak tunggu." Seha memulakan pertanyaan. Kelihatan Anggerik masih lagi ralit dengan gubahan yang terbengkalai sebentar tadi. Anggerik jauh termenung mengingatkan sesuatu.

" Bagi saya masa 10 minit lagi Seha. Sekejap lagi Saya akan siap kan. Boleh Awak belikan sesuatu untuk pelanggan itu. Sandwich mungkin!" Anggerik memberikan Idea kepada Pembantu.

" Boleh! Puan pun nak juga ker ? Seha bertanya kembali Kepada Anggerik."

" Boleh juga Seha belikan untuk semua saya belanja hari ini. Lagipun kita dah lama tak makan sama - sama. Nanti saya cuti panjang." Anggerik Tersenyum Dan memberikan Sebab kepada niatnya nanti.

" Kami tentu rinduakan Puan Anggerik!" Kelihatan wajah sugul seha bila mengingati Anggerik Takkan sama - sama pagi dengan mereka dalam Satu tempoh yang panjang.

Tangan Anggerik pantas mengubah bunga sambil pandangan melihat kearah pintu takut - takut pelanggan yang menunggu lama mencarinya sampai ke belakang butik.

" Awak bukan tak biasa Seha kena tinggal dengan saya, kan dulu saya pantang kan Adham pun Awak berdua saya tinggalkan uruskan Kedai. Kali ini pun tiada beza," Anggerik menghabiskan ayat sambil Tersenyum manis.

" Saya dah lupa Puan!" Seha membalas senyuman sambil menggarukan kepala sendiri.

" Muda Cepat lupa. Dah pergi Cepat belikan Sandwich, kejap lagi kita bual lagi, jangan lupa berikan pada pelanggan tadi  Sebab tunggu lama." Anggerik menitipkan pesan sambil tangan diteruskan lagi dengan bekerja.

Setengah jam telah berlalu Dan Seha muncul kembali mendapatkan Anggerik,

" Dah siap ker? Wargrghhhhh cantik kali ini Puan. Gubahan baru!" Seha menunjukkan wajah Teruja melihat gubahan bunga yang telah siap, hanya menunggu sentuhan terakhir Anggerik. Sebelum mata Seha terarah kearah wajah Anggerik.

" Ini gubahan baru untuk pelanggan tadi. Saya janji 10 minit, Tapi saya tak boleh nak gubah dalam masa yang singkat, mood saya hari ini serba tak kena." Anggerik Tersenyum ikhlas melihat hasil gubahan yang mengikut segala naluri Dan bayangan Anggerik sebentar tadi,

" Kalau saya dapat bunga ini Puan, saya dapat rasakan gubahan itu sampai. Sambil tunjukkan perasaan sebenar pengirim." Seha memberikan pujian sambil terus mata masih belum puas melihat kecantikan Dan Idea keratif Setiap gubahan Anggerik.

" Entahlah Seha. Tapi semua yang saya gubah ini, ikut imaginary saya. Dah lama Saya tak banyak Idea macam ini. Mungkin pembawakan budak. Saya lebih sukakan bunga yang kecil. Meriah!" Anggerik memberikan pendapat,

" Betul kata Puan. Jambangan Ini meriah dengan campuran warna menarik. Cantik dan keratif." seha tak habis lagi memuji dan pandangan mata masih belum jemu dengan Idea Anggerik yang baru.

" Pelanggan tadi dah serahkan Sandwich macam yang saya suruh tadi." Anggerik sekadar bertanya ingin menghentikan perbualan berkenaan pujian pada gubahan.

" Sudah ! Pelanggan itu  masih menunggu. Tapi nampak gayanya Dia dah tak marah lagi macam tadi." Seha berterus terang.

" Baguslah macam itu. Seha Awak Tolong bawa kan gubahan ini yer. Saya dah siap kan. Harap - harap pelanggan itu  puas hati dengan kerja tangan saya." Anggerik memberikan Senyuman sambil menuju kearah sinki untuk mencuci tangan.

" Bayaran dia macam mana Puan Anggerik? Bayaran yang sama Atau lebih tinggi dari sebelum ini." Dapat dilihat Seha gubahan Anggerik yang baru menggunakan banyak bunga dan hasil keratif yang belum pernah lagi muncul dimana- Mana Gedung bunga. Ini adalah gubahan keratif baru Anggerik.

" Bayaran yang sama Tapi Awak berikan 10 peratus diskaun dari harga sebelum ini." Anggerik meneruskan kerja mencuci tangan sambil memberikan Senyuman.

" Tak rugi ker Puan Anggerik? Ini Idea baru !" Seha cuba mengingatkan Anggerik sekiranya dia terlibat.

" Dia dah lama sangat Tunggu saya dengan gubahan ini. Saya tak nak hampakan dia. Awak anggaplah saya bagi untuk silap saya tadi. Saya dah rugi kan masa dia tadi. Awak buat macam saya arah kan seha. Saya nak kebahagian Stor. Saya nak lihat bunga - bunga saya." Anggerik Tersenyum sambil berjalan meninggalkan Seha.

" 10 peratus lagi Puan Anggerik bagi! Untung, untung lah Siapa yang dapat gubahan Ini." Seha bercakap sendiri sambil berlalu meninggalkan Anggerik, menuju kepada pelanggan Dan arahan Anggerik tadi.

Gubahan telah bertukar tangan kepada pembeli. Duit serahan telah dimasukkan kedalam mesin kiraan wang. Seha masih termenung dengan semua yang terjadi.

" Oitttt kenapa? Tadi Puan yang termenung, ini engkau pula. Dah kenapa? Rina mendapatkan Seha dikaunter Bayaran.

" Tak ada apa- apa? Apa hal engkau kesini? Seha pelik memandang kearah Rina. Sepatutnya Rina menjaga dihadapan Tapi dia ke bahagian Tengah mendapatkan dia.

" Ada lelaki nak jumpa Puan. Suami Puan Anggerik. Tu Dia dah datang." Rina menunjukkan kehadiran Mukhriz di butik dengan menggunakan bibir yang dimuncungkan.

" Tuan Mukhriz buat apa Dekat sini? Bukan dia kena kerja ker?" Seha tidak sedap hati. Ketika  Mukhriz ke situ dulu, semua kejadian menimbulkan pergaduhan. Samada pergaduhan dimulai oleh Mukhriz mahupun orang luar yang kebanyakan pembantu tidak kenal Dan tidak pernah muncul selama ini dalam hidup Anggerik.

" Sebab tu aku kesini. Aku nak bagi amaran awal, Tapi Nampaknya kita berdua tak sempat."  Rina sempat berbisik pada Seha sebelum kedua- duanya disapa oleh Mukhriz.

" Anggerik mana Saya nak jumpa dia!" Mukhriz mulakan bicara, Tapi wajah kacak Mukhriz tetap diseriuskan.

" Ada ! Puan Anggerik Di belakang bahagian Stor! Saya boleh panggilkan Puan, tunggu sebentar Tuan Mukhriz." Seha cuba berbahasa lembut pada Mukhriz dalam masa yang sama, dia masih terkedu dengan Kehadiran Mukhriz.

" Awak tunjukkan saya jalan, lepas itu Awak tinggalakan kami. Ada benda Saya nak bincangkan dengan Anggerik." Mukhriz menunjukkan jalan kepada Seha, untuk gadis itu berlalu terlebih dahulu.

Seha berjalan sambil pandangan mata memberikan isyarat Kepada Rina. Namun dari reaksi Rina bagaikan dia tak faham apa - apa dengan Maksud pandangan Seha kepadanya.

Seha menyumpah dalam hati bila isyarat Seha untuk Rina hubungi Anggerik Segera masih tidak difahami oleh Rina.

" Masak! Mesti Puan terkejut Bila nampak Mukhriz, Sebab dia tak dimaklumkan awal." Seha menyumpah diri sendiri.

Mukhriz hanya terdiam mengikuti langkah Seha. Ini pertama kali dia menjejakkan kaki ke Stor Bunga Anggerik. Selalunya kehadiran Mukhriz Di gedung itu Hanya Di bahagian pameran bunga.

Tiba mereka Di bahagian Pintu Kebal. Susana sekitar sunyi Dan sepi. Hanya Terasa kedinginan Di laluan mereka berjalan. Semakin Terasa hampir dengan Stot Anggerik.

Sebuah pintu telah terbentang dihadapann mata Mukhriz Dan Seha. Pintu besi tebal yang bertutup rapat. Disitu Seha mulakan tekan sesuatu.

Pintu terbuka dari dalam Dan muncul Anggerik dihadapan pintu bila pintu terbuka.

" Mukhriz!" Anggerik yang muncul disebalik pintu pelik dengan kehadiran Seha Dan Mukhriz disitu.

" Mukhriz !" Sekali lagi Anggerik memanggil bila dilihat Mukhriz tiada reaksi bila mata Mukhriz masih melihat kedalam bilik.

" Banyaknya bunga segar?" Akhirnya bicara itu yang keluar dari mulut Mukhriz. Teruja melihat perniagaan Anggerik Dan bunga segar yang ditanam Di gedung aanggerik.

" Kenapa awak Teruja Mukhriz? Kedai saya perlu ada untung, jadi saya perlu tanam bungaan segar. Awak macam Teruja." Anggerik ketawa kecil melihat reaksi Mukhriz pertama kali.

" Boleh saya masuk kedalam Anggerik? Tak sangka Kedai Awak ini ada tanaman bunga sendiri, bukan sebelum Ini Awak ambil  Stok dari luar negara. Kenapa awak boleh wujudkan benda ini?"
Mukhriz semakin Teruja. Banyak benda dia masih belum kenali Anggerik. Jika sebelum ini dia Hanya mendengar dari perbualan kosong dari kenalan lama mereka Tentang kejayaan Anggerik. Semua itu dia tak peduli. Bagi Mukhriz itu pilihan hidup sendiri.

" Tiada masalah. Awak boleh masuk!" Anggerik berikan laluan Dan Mukhriz memandang kearah pembantu Anggerik yang menunjukkan laluan kepada dia tadi.

" Cik seha Awak dah boleh pergi tinggalkan kami ." Mukhriz memberikan arahan , sambil anggukan berat dari Seha bagi melepaskan mereka berdua sendiri.

" Kenapa cari saya Mukhriz? Semalam Awak tidur Mana?" Anggerik Terasa lega bila kali ini rajuk Mukhriz tak lama. Lebih melegakan hati Anggerik, Mukhriz yang mencarinya disitu.

" Awak tak cari saya? Saya cari lah Awak?" Mukhriz masih ralit dengan pandangan kepada bunga. Masih belum ada bunga yang berkenan dihati kecuali Anggerik.

" Pasal hal semalam ker? Anggerik memberikan suatu perkataan yang membuatkan pandangan Mukhriz berpaling kearahnya.

" Pasal semalam aku nak kita Lupakan hari ini. Syarat masih berjalan macam biasa." Mukhriz masih bermain helah.

" Awak pun tahu itu Tak mungkin Mukhriz? Macam mana Awak buat pun benda itu Takkan berlaku.!" Anggerik berbahas masih belum mahu mengalah.

" Awak tahu Anggerik Dan Saya Takkan benarkan Awak pergi dalam hidup saya. Walaupun Awak paksa saya macam mana sekalipun. Awak Takkan pergi mana - mana Anggerik. Saya akan dapatkan hak penjagaan anak - anak kita."Mukhriz tiada jalan, andai hal Ini pun tak berhasil, tak tahu jalan apa Mukhriz akan gunakan untuk Padam kan niat Anggerik.

" Jangan mengarut, saya akan pergi jauh Mukhriz dari sini. Waktu itu Awak tak dapat jejak saya lagi !"Anggerik semakin tidak pasti samada keputusan yang dia buat untuk kebaikan mereka sekeluarga.

“ Kenapa perlu awak pergi dari saya? Ini tang Awak mahukan Anggerik. Awak yang berikan cadangan ini, bincang dengan Sherry tanpa pengetahuan saya. Apa lagi jawapan Awak nak. Saya tak pernah setuju!” Mukhriz tegas, mood berkenaan keterujaan sebentar tadi menghilang.

“ Awak yang menghilang Mukhriz dulu, Awak yang mulakan semua Ini. Awak tak boleh hidup dengan saya. Perkahwinan kita ini, Adham dengan anak dalam kandungan ini. Kesilapan dalam hidup Awak. Datuk Mumtaz yang Awak persalahkan jeratkan Awak dalam hidup saya. Keturunan perempuan yang rampas kebahagaian keluarga Awak dulu. Awak dah lupa?”

“ Saya senang kan hidup Awak buat pilihan dalam pasangan Awak Mukhriz. Sepanjang perkahwinan kita, kenalan awak. Saya dapat lihat keikhlasan Sherry dalam sayangkan Awak Mukhriz.

Walaupun Saya tak ada disisi Awak nanti, saya tahu Awak akan bahagia Mukhriz dengan Sherry!” Anggerik meluahkan Sebab sebenar kenapa jalan itu dipilih untuk Mukhriz.

“ Banyak lagi jalan lain Anggerik? Kenapa jalan ini yang Awak pilih. Awak Sanggup saya kahwin dengan perempuan lain sedangkan Awak sarat mengandung. Awak pilih wanita untuk jadi madu Awak sendiri!” Kemarahan Mukhriz semakin lantang dengan semua yang terjadi. Kedegilan Anggerik sukar ditundukkan,

“ Ya ! Saya yang pilih dia jadi madu saya sendiri. Sebab Awak tak boleh buat keputusan itu, Awak cuma larikan diri dari saya Mukhriz, macam perkara biasa tang Awak dulu. Awak pengecut!” Suara Anggerik lantang dalam bicara tanpa tidak tersedar seseorang mendengar perbualan mereka.

Plak, pintu dibuka Dan seseorang yang tergamam memandang kearah mereka berdua..

Luv PB...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience