46

Romance Completed 306520

**** Culik Anggerik***

Mukhriz tergesa- gesa kehospital sebaik sahaja mendapat panggilan daripada syarikat Bapa Mentuanya.

" Mana bilik Datuk Johari?" Persoalan Mukhriz sebaik sahaja tiba Di kaunter hospital. Bilik 201 Encik! Tenang jururawat menunjukkkan laluan bilik.

" Terima kasih!" Sebelum tubuhnya berlalu laju pergi ke arah bilik.

Plak ! Pintu dibuka Mukhriz dari luar. Terlihat Mawar telah berdiri disisi Datuk Johari.

" Mawar apa dah jadi? Tenang reaksi Mukhriz bertanya tetapi hatinya berdebar, perkhabaran dari kakitangan syarikat milik Bapa Mentuanya membuatkan hati Mukhriz bergoyang. " Anggerik diculik!" Itu adalah perkataan yang membuatkan lutut Mukhriz mengigil.

Mawar kelihatan teresak - esak dalam tangis, membuatkan lagi segala yang terdengar sebentar tadi , Tentang masalah itu Seakan benar.

" Betul Anggerik diculik?" Mukhriz tidak percaya dari reaksi dirinya sendiri yang wanita kesayangan dirinya  telah dibawa pergi. Mukhriz masih mengharapkan, butiran dari Mawar sebentar lagi adalah sebaliknya, bukan perkara yang Mukhriz risau kan.

Tiada suara, hanya anggukan Mawar bersama kesedihan diwajahnya, meraung mendapatkan Mukhriz dalam pelukan. " Mawar tak tahu apa yang jadi abang ." Raungan Mawar dalam kesedihan ditubuh Mukhriz.

" Sabar kita tak tahu apa yang jadi, kita tunggu Ayah sedar!" Pelukan Mawar dibiarkan Mukhriz di tubuhnya. Tapi dia tidak membalas pelukan dari adik tirinya. Hanya membiarkan tubuhnya dipinjam sementara.

" Anggerik", lemah kedengaran suara Datuk Johari bila tersedar, keseluruhan wajahnya Pucat, berselirat dengan wayar ditubuh Dan paling banyak dilihat Mukhriz, dijantung lelaki itu.

Tubuh Mawar ditolak lembut Mukhriz menjauh dari tubuhnya, untuk memberikan laluan kepadanya mendapatkan Ayah.

" Mukhriz Dekat sini Ayah, Anggerik apa yang jadi?" Mukhriz dengan wajah kerisauan dirinya bersama bisikan kearah telinga Datuk Johari. Untuk lakukan hal itu, dia terpaksa menunduk. Dia tahu Ayah Anggerik masih lemah. Tapi dia tidak dapat menunggu. Kerisauan dirinya dengan keselamatan Anggerik kini punah . Dia perlu segera selamatkan Anggerik jika perkara itu benar.

" Anggerik di culik!" Biar pun suara Datuk Johari lemah, tapi segala butiran dari Suara lelaki itu dapat didengari dengan jelas oleh Mukhriz.

Tergamam, berdebar , 1001 perasaan telah menghurungi jiwa Mukhriz. Masih tidak percaya dengan peristiwa yang telah terjadi pada isterinya Anggerik. Mukhriz kembali tersedar dalam realiti, bila sebentar tadi dia baru melayan perasaan terkejutnya tanpa berfikir mencari penyelesaian Tentang hal itu.

Dia kembali tenang dan mendapatkan Bapa Mentuanya. " Mukhriz akan Cari Anggerik! Ayah berehat Hingga sembuh. Mukhriz janji!" Mata Mukhriz memandang tepat kearah Datuk Johari memberikan Maksud Bahawa akan menggunakan segala Segala usaha untuk mendapatkan Anggerik kembali.

Hanya anggukan dari Datuk Johari. Dia semakin lemah, jika dia tidak pengsan  tadi dengan masaalah kesihatannya, dia akan membantu mencari anaknya sendiri. Dia terlalu bersedih dengan nasib yang menimpa Anggerik.

Mukhriz telah melangkah keluar dalam seribu reaksi diwajahnya. Dia akan mencari Dalang yang terlibat dalam hal itu. Seseorang lelaki diperlukan untuk melakukan penyiasatan berhubung perkara itu.

" Ayob! Isteri aku kena culik aku nak engkau kearah kan orang - orang engkau Cari dia. Aku nak dia selamat!"

" Baik".. panggilan ditamatkan Dan Mukhriz Segera mendapatkan Adham anaknya.

" Macam mana aku nak Maklumkan Adham berkenaan Kehilangan Anggerik !" Mukhriz buntu, pertama kali dalam hidupnya dia tidak dapat berfikir. Yang ada dalam fikirannya waktu ini, Datuk. Dia perlu Segera mendapatkan Datuk untuk langkah seterusnya. Dia telah Kehilangan punca Setelah mengetahui Tentang penculikan Anggerik.

****

"Plak! Datuk"

Wajah Mukhriz dilihat Datuk Dan Firhad tidak terurus, menampakkan seseorang yang Kusut dalam permasaalahan.

" Kamu kenapa Mukhriz? Melihat kan situasi wajah Mukhriz yang serabut, sugul, Dan muka kepenatan. Datuknya Seakan tahu sesuatu telah terjadi. " Mungkin Anggerik?

" Culik? Anggerik diculik..! Sehabis baik Mukriz mengawal perasaan atas apa yang berlaku, Tapi dia perlu bertenang memandangkan Datuknya tidak kuat. Berikutan masalah jantung datuknya dulu.

" Engkau pasti hal itu Mukhriz?'Mana engkau dapat berita?" Datuk Muntaz terkejut dengan segala makluman dari Mukhriz.

" Mukhriz tak main - main Datuk, Datuk Johari, Ayah Anggerik sendiri yang Nampak sendiri kejadian itu. Dia Saksi segalanya hal itu." Mukhriz juga masih tidak percaya, apa lagi Datuknya.

" Aku tak rasa kerja ini orang dalam Mukhriz, tak ada siapa yang berani. Ini mesti kerja orang luar. Datuknya membuat andaian. Tunggu Hingga malam ini. Esok Datuk pasti Anggerik akan kembali." Datuk Mumtaz memberikan jaminan kepada Mukhriz Tentang hal itu. Dia pasti penculik yang  menculik Anggerik tidak tahu Tentang keluarganya.

Siapa lagi kalau bukan seseorang yang baru dalam bidang mereka..

" Mukhriz pun syak macam itu. Selama ini tiada sispa yang berani?" Mukhriz masih mundar mandir sekeliling bilik Datuk, membuatkan Datuk pening dengan sikap cucunya.

"Macam mana Datuk Johari, dia sihat? Datuknya mengubah topik untuk Mukhriz kembali bertenang.

" Tiada masalah dia dah lepasi waktu kritikal." Suara Mukhriz kembali tenang Tapi wajahnya masih kelihatan resah.

" Kamu balik dulu Mukhriz. Nanti pandailah aku Selesaikan perkara ini." Dapatkan Adham dulu. Dia yang terpenting waktu ini. Takkan kamu nak dia keseorangan tunggu Anggerik,pujuk dia, Anggerik pun dah tiada."

Mukhriz balik dulu tengok kan Adham bos. Harap - harap penculik Anggerik Segera hubungi Mukhriz. Wajah Mukhriz Dan sugul dapat dilihat Jelas dalam pandangan mata Datuk Mumtaz.

Firhad masih berteleku tergamam dengan semua perkara yang terjadi Dan baru berlaku dihadapan matanya. Sekali lagi sepupu lelakinya diuji. Untuk menenangkan Mukhriz, Tubuh belakang lelaki itu ditepuk Firhad dengan tangannya untuk memberikan semangat. " Bersabarlah, aku percaya Anggerik selamat."

Hanya anggukan dari riak wajah Mukhriz, dia sendiri tidak pasti dengan perasaan sendiri Tentang keadaan Anggerik. Jika diberi pilihan, Mukhriz ingin bertukar tempat dengan Anggerik. Dia batang kan ketakutan Isterinya bila berhadapan dengan lelaki asing.

" Engkau tak rasa kerja ini dari orang kenalan Anggerik Mukhriz, musuh dia? Orang kenalan lama dia? Sebab aku rasa pelik. Takkan ada siapa yang berani kacau keluarga kita. Mereka pun tahu padah kalau buat perkara macam itu.

Lebih - lebih engkau Mukhriz, Datuk dengan Bapa engkau tu siapa tak kenal? Tapi kenapa Anggerik?" Bicara Firhad yang mebuatkan Mukhriz tersentak dan tersedar.

Mukhriz kembali terngiang- ngiang dengan bicara Datuk sebentar tadi, yang tadi dia tidak memberikan tumpuan sepenuhnya. " Tiada siapa yang berani dengan keluarga kita. Orang luar?" Orang luar yang dibicarakan Datuknya membuatkan Mukhriz berfikir berulang- ulang kali.

" Adam! Nicholas." Mukhriz mengetap geram. " sah ini kerja dia!" Seseorang yang asing, orang luar dan Motif kepada Anggerik. Mukhriz telah melangkah laju meninggakan Firhad Dan Datuk yang terpinga - pinga dengan perubahan Mukhriz.

" Hoi Mukhriz Engkau nak kemana? Jeritan Firhad yang mahu mengetahui tujuan arah Mukhriz bila dilihat lelaki itu melangkah laju dan tergesa - gesa meninggalkan mereka berdua.

" Cari Anggerik!" Bersama lambaian Tangan Mukhriz kepada Fihad, namun wajahnya tidak menoleh lagi. Dia harus Cepat mendapatkan Adam..

****

Plak..!

Seorang lelaki memecah masuk kedalam bilik Adam yang sedang bersama dengan pembantu yang menguruskan perniagaan dari jarak Jauh milik Adam.

Dengan tenang Adam memandang kearah lelaki itu dengan tanda kerutan penuh Di dahinya. Tapi sepenuhnya reaksi Adam dia masih bertenang menghadapi kehadiran Mukhriz hari itu ditempat dia.

" Awak boleh pergi dulu Jane!" Nanti saya akan panggil kembali. Nampaknya saya ada urusan yang lebih penting yang perlu saya uruskan.

Mata Adam mengalih melihat Mukhriz Di hadapannya. Berdiri sambil mengengam keseluruhan tangannya. Adam nampak segala kemarahan Mukhriz Di wajahnya Dan perbuatan lelaki itu.

Sebaik sahaja Jane pembantunya keluar baru lah Adam mendapatkan Mukhriz.

" Selamat Datang! Ada apa urusan Mukhriz?" Adam masih beriak tenang menghadapi Mukhriz yang kelihatan serabut di mata Adam. Kelihatan wajah itu bagaikan kusut memikirkan sesuatu.

" Engkau culik Anggerik?" Reaksi Adam dilihat jika benar lelaki itu menculik isterinya.

" What! Anggerik diculik bila? Langkah Adam yang laju telah berada dihadapan Mukhriz.

" Engkau beritahu aku bila kejadian itu berlaku Mukhriz?" Dalam reaksi Mukhriz, nampak sangat kerisauan dan reaksi terkejut Di wajah lelaki yang tenang sebentar tadi. " Adam"

Kerana itu segala kesimpulan tadi Adam yang menculik Anggerik dibuang.

" Tadi Di pejabat Ayah Anggerik!"

" Shit! Aku sepatutnya dengar cakap Terry semalam, kalau tak hal ini semua tak jadi!" Adam menyumpah pada dirinya sendiri.

" Engkau Maksud apa Adam, apa yang jadi semalam?" Mukhriz mengerutkan kening Ingin mengetahui apa yang dibincangkan mereka berdua yang melibatkan Anggerik.

" Engkau ingat lagi pasal Anggerik malam itu, malam aku hubungi engkau Mukhriz. " Alex! Dia salah seorang yang tahu Tentang kejadian itu. Dia yang letakan virus itu pada Anggerik!" Adam meraup wajah menyesali perbuatannya, kerana tidak mengikut kata hatinya semalam, kerana dia, Anggerik sekali lagi dalam bahaya.

" Maksud engkau Alex?patutlah Anggerik ada bincangkan sesuatu dengan lelaki itu. Tapi aku tak Sempat nak tanya dia. Engkau rasa Dalang yang sama ker yang buat kerja itu?" Dari musuh kini Mukhriz Dan Adam bekerja sama.

" Kita kena dapatkan Alex, hanya dia kunci bagi semua jawapan itu! Lelaki yang sama jadi penaung majlis peragaan engkau Mukhriz. Engkau ingat lagi lelaki itu?"

" Aku ingat dia, aku dapatkan dia sekarang. Aku rasa dari dia mungkin kita ada pertunjuk. Tapi kenapa Anggerik tak beritahu aku semua ini. Aku ingatkan Alex itu kenalan dia?" Seseorang dibuat panggilan oleh Mukhriz sambil menunggu panggilan dijawab. " Angkat indah!"

" Hello tuan! Ada apa Tuan?" Suara perempuan menjawab panggilan.

" Indah Awak carikan semula Agensi model yang buat pertunjukan dalam majlis saya malam itu. Saya nak hubungi dia. Alex, dia yang saya Cari?"
Segera Indah".

" Baik Tuan, nanti saya serahkan pada tuan!"

Panggilan tamat Dan Mukhriz bersama Adam menanti keputusan dari Indah.

**
Panggilan dibuat kepada Agensi Modelling Alex oleh Indah dengan segera. Dia telah tahu Tentang Kehilangan Anggerik. Berita Cepat tersebar, Dan dia sehabis baik mahu membantu bosnya.

" Hello saya dari pejabat Mukhriz Corporation Berhad, saya ingin bercakap dengan Encik Alex. Saya Indah." Indah perkenalkan diri Dan syarikat dibawah naungannya.

" Saya Ivvy! Tapi saya minta maaf Puan Encik Alex tiada disini, dia ada urusan Di luar negara. Ada pesanan atau temujanji Puan?" Suara lembut Ivvy dalam menjalankan kerja sehariannya menguruskan Agensi.

" Terima kasih, saya rasa buat masa ini saya tiada pesanan. Saya akan hubungi kembali jika Terdapat lain urusan." Panggilan ditamatkan Indah Dan Segera menelefon Mukhriz untuk Maklumkan maklumat yang telah berjaya dia dapatkan mengenai Alex.

**

" Shit!" Mukhriz mengejutkan Adam yang sedang memuat panggilan kepada seseorang. Tetapi yang menyakitkan hati Adam, panggilan dirinya tidak berjawab.

" Kenapa Mukhriz?apa yang jadi?" Kerisauan diwajah tenang Adam. Dia tak sangka perkara begitu boleh terjadi kepada Anggerik.

Dia sesuatu bahaya terjadi kepada Anggerik, yang akan menyebabkan dia menyesali sepanjang hidupnya kerana, dia tidak lagi dapat menatap seraut wajah yang dicintainya, Dia takut jika dia tak dapat hadapi situasi sebenar bila keadaan itu Betul - Betul terjadi.

“ Terry kemana engkau pergi!” Adam mengetap dengan geram dengan situasi itu. Telah banyak kali panggilan tetapi adiknya masih senyap sunyi tiada balasan..

" Alex tiada disini dia berada diluar negara, urusan disana." Giliran Mukhriz pula meraup wajah, Dia terlalu ambil mudah Tentang kejadian malam itu. Kejadian malam itu tidak disiasat sepenuhnya oleh Mukhriz. Dia tahu tentang virus yang diletakkan dalam minuman Anggerik, Di situ sahaja siasatan, Dan siasatan ditamatkan Mukhriz.

Baru Mukhriz tersedar Tentang ke bodohan dirinya waktu itu. Jika dia teruskan siasatan seperti yang disarankan oleh lelaki penyiasat itu. Semua ini Takkan terjadi.

“ Kita kena bertenang Mukhriz, Kita kena Cari jalan lain. Siapa yang ada sebgketa dengan Anggerik ataupun engkau Mukhriz! Fikirkan kembali jika engkau ada musuh, dalam perniagaan, keluarga atau apa - apa sebelum ini.” Adam memberikan cadangan dia sendiri tidak pasti sebab apa Anggerik diculik, Tapi dia pasti Terry tidak mengendahkan panggilan dirinya disebabkan peristiwa semalam.

Adam tahu Terry amat marah dengan dirinya dengan Anggerik disebabkan peristiwa malam itu. Alex! Kunci Kepada Dalang sebenar kes Anggerik.

“ Aku tak rasa aku ada musuh Terry, semua yang aku jalan kan perniagaan dengan Datuk Aku, aku rasa tiada yang cemburu, aku akui ada pesaing , Tapi semua itu pesaing perniagaan Dan Engkau pun dah lama dalam bidang ini. Engkau pun tahu sejarah keluarga aku Adam. Tiada yang berani ambil tindakan sebelum ini. Aku tak fikir semua itu terjadi disebabkan keluarga aku.!”

Mukhriz amat percaya apa yang terjadi pada Anggerik bukan disebabkan musuh keluarga ataupun perniagaannya. Fikiran Mukhriz sama dengan Datuk. “Mustahil.!”

Tapi Adam macam mana dengan Datuk Johari? Engkau kenalan lama keluarga dia kan . Tentu engkau tahu sesuatu tentang silam Keluarga Anggerik?

“ Apa Maksud engkau Mukhriz? Kenapa engkau sendiri tak tahu. Engkau yang dah tiga tahun berkahwin dengan Anggerik Takkan Engkau tak kenal lagi dengan semua kenalan Keluarga itu. Aku rasa tempoh itu Cukup untuk engkau kenali Keluarga Anggerik?”
Adam dapat melihat riak wajah Mukhriz berubah, bagaikan ada sesutau yang tak kena dengan Mukhriz.

“ Aku tak Cukup masa untuk itu semua Adam!” Kesedihan Di wajah Mukhriz menjelma. Belum sempat dia untuk bahagia dengan Anggerik sekali lagi dirinya diuji. Ujian terbesar Kehilangan Anggerik Dan keadaan Anggerik Dan penculik yang masih menemui jalan buntu.

“ Apa maksud engkau Mukhriz?”Adam terkejut dengan pengakuan Mukhriz. Bagaikan sesuatu telah terjadi diantara Anggerik Dan Mukhriz sebelum ini.

“ Aku dengan Anggerik, kami baru bersama. Aku tinggalkan dia dulu disebabkan aku salah faham dengan dia. Dia banyak merana hidup dengan aku.”Akhirnya Mukhriz meluahkan segala isi hatinya.

“ Aku tak faham?apa yang Engkau dah buat pada Anggerik? Engkau tinggal dia? Habis tu Adam?” Adam semakin tercenggang dengan pengakuan Mukhriz, lagi hatinya tak tenang Anggerik, macam mana dia Lalui hidupnya sendiri tanpa Mukhriz.

“ Aku tinggalkan dia selepas malam pernikahan kami. Aku tinggalkan dia, Dan dia mengandungkan anak aku. Tiga tahun Adam, dia rahsiakan semua itu, aku tak kenal dia sebab suatu peristiwa dalam sebelum majlis pernikahan kami. Sebab perkara itu aku tinggalkan dia. Dia tak pernah Cari aku!”

“ Engkau memang lelaki Tak guna Mukhriz? Sanggup engkau buat semua itu pada Anggerik. Engkau buat kan hidup dia lagi merana. Mati - mati aku ingat dia bahagia Mukhriz. Sebab itu aku Biar dia hidup dengan Engkau! Engkau akan menyesal lepas perkara ini Mukhriz. Aku Takkan tinggalkan Anggerik lagi. Dia dah banyak merana !”

Gengaman penumbuk ditangan Adam dileraikan perlahan. Niatnya sebentar tadi ingin mengajar Mukhriz, Tapi bila dilihat riak wajah Mukhriz yang telah menyesal, dia tidak jadi mengkhusutkan keadaan itu lagi.

“ Aku yang bersalah dalam hal itu. Memang aku yang tinggalkan dia! Aku paksa dia kembali dalam hidup aku disebabkan Adham, anak aku. Aku ugut dia Adam untuk kembali?

Mukhriz Betul - Betul menyesal dengan perbuatan dia. Setelah Kehilangan Anggerik baru lah dia tahu betapa Dia Sayang kan Anggerik. Jika sebelum ini dia mahukan Anggerik bahagia dengan dia. Tapi bila dilihat Adam.. fikirannya menjadi sebaliknya.

“ Engkau paksa dia kembali dalam hidup engkau? Lepas engkau tinggalkan dia Mukhriz? Apa yang engkau buat ini. Engkau tak ada perasaan pada dia kenapa engkau tak Lepaskan dia dari dulu?”

Merah padan muka Adam bila mengetahui, kebahagian kehidupan Anggerik di depan matanya adalah palsu. Selama ini Anggerik banyak menderita selepas dia tinggalkan Anggerik begitu juga dia. Tapi tak sangka kebahagian perkahwinan dengan Mukhriz, yang dirasakan Adam adalah sebaliknya.

“ Aku terlalu ego Adam! Aku bencikan dia sebelum ini tentang semua yang berlaku, tanpa aku tahu punca. Tak sepatutnya aku buat semua itu pada dia. Tapi sekarang, aku benar - benar Kehilangan dia.!”

Tangan Mukhriz meraup wajahnya yang semakin bersedih dengan Kehilangan Anggerik. Jiwanya tidak tenang Selagi Anggerik gagal ditemui. Tapi luahan perasaan Dan peristiwa dirinya dengan Anggerik, Mukhriz perlu Maklumkan kepada Adam.

Kerana Adam dilihat Mukhriz tidak akan sesekali menyakiti Anggerik seperti dirinya. Lelaki itu dipenuhi dengan kesabaran. Lelaki itu, dia tahu Tentang perkahwinan Anggerik Dan dirinya. Namun Adam rela meneruma perkara itu Dan, tidak menganggu Dan hormat dengan perhubungan perkahwinan mereka.

“ Aku Takkan diamkan diri lagi Mukhriz. Sebelum ini aku dah bagi amaran pada engkau. !”

“Amaran Jangan hal ini berulang! Sekarang engkau lihat apa yang jadi?” Hati Adam semakin gusar, dia selamanya inginkan Anggerik bahagia, Walaupun bukan dengan diri dia. Namun kesilapan hidup dengan Mukhriz, wanita kesayangannya pernah terseksa.

“ Perlukah Anggerik kembali kepada aku?” Keputusan Adam yang membuatkan dirinya merenung tajam dikejauhan dalam menilik masa hadapannya bersama Anggerik.

“ Aku gagal buatkan Anggerik rasa selamat Adam. Aku buatkan dia Di culik. Aku gagal selamatkan dia, aku gagal sebagai suami. Aku berserah pada Anggerik, kalau dia berjaya selamat jika kita jumpai. Aku takkan paksa dia kali ini. Anggerik yang akan buat pilihan antara kita!” Mukhriz Nekad, dia tidak akan lagi memaksa Anggerik membuat keputusan Tentang hubungan mereka. Dia akan berserah. Biarpun keputusan Anggerik pahit, dia akan terima, Jujur ikhlas dalam hatinya. Perkara yang penting dia mahukan kehidupan Anggerik bahagia. Dia takkan jadi penghalang.

Perkara sebenarnya kenapa dia tidak membenarkan Anggerik menemui Adam. Dia sebenarnya takut Cinta Adam Dan Anggerik bertaut kembali . Dia nampak sendiri Cinta Adam yang kuat pada Anggerik.

Dia takutkan Anggerik tinggalkan dia selepas semua yang terjadi atas perbuatan Mukhriz sebelum ini. Disebabkan itu dia melarang untuk Anggerik menemui Adam. Kerana Mukhriz takut dalam bayangan sendiri dalam hidupnya.

Bahu Adam Mukhriz tepuk sebelum dia melangkah meninggalkan Adam disitu.

Sepenuhnya wajah Mukhriz berubah bila melangkah, dengan keadaan dirinya yang terlalu risau kan Anggerik, dalam masa yang sama dia rasakan Dia telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab dirinya sebagai suami sebelum ini dalam menjaga keselamatan Anggerik.

Jika diberi pilihan dia akan memastikan Anggerik selamat bersamanya, namun kali ini dia akan menyerahkan segalanya kepada Anggerik untuk buat keputusan. Keputusan Anggerik dalam segala pilihannya akan dihormati oleh Mukhriz.

Adam melihat kearah Mukhriz Sehingga tubuh itu keluar dari biliknya. Dia melepaskan keresahan dalam hatinya atas Kehilangan Anggerik. Dia mencuba untuk mencari jalan lain bagi membantu, namun fikirannya serabut untuk mula kan dari Mana.!

Otak genius dirinya sebelum ini dirasakan Adam tidak berguna kali ini. Dia tidak dapatkan fikirkan sesuatu yang dapat membantu Anggerik kali. Dia dapat rasakan bagaimana Anggerik terseksa, diculik dengan orang - orang tak dikenali, dikurung Dan dipaksa tanpa kerelaan wanita itu. Itu belum Adam terfikir apa lagi paksaan yang akan dilakukan oleh penculik Kepada Anggerik. Semua jenayah itu terbentang luas dalam fikiran Adam.

“ Kalau aku jumpa penjenayah itu sesiapa yang cederakan Anggerik, siap mereka semua. Aku takkan maafkan mereka” segala perkara itu Adam akan serahkan kepada Terry untuk menguruskan hal itu. Tapi Sehingga kini Terry masih gagal dihubungi, kemana adiknya menghilang. Tentu ada sesuatu yang Terry kerjakan semalam. Tentu perempuan tempelak Adam. Terry dengan perempuan tidak dapat dipisahkan. Niat Adam untuk menemui Terry dibatalkan. Panorama yang telah difikiran Adam Di matanya, sangat menjijikkan dirinya. Tubuh bogel Terry dengan perempuan, buatkan Adam pening dengan sikap adiknya yang seorang.

Kerana itu Adam diamkan dulu. Dia Cuma harap Terry akan membuat panggilan kepadanya dulu. Belum sempat Adam nak berangan. Bunyian panggilan masuk di telefonnya.

“ Terry!” Kelihatan nama pemanggil di skrin telefon Adam. Dengan Cepat panggilan itu dijawab oleh Adam dengan riak wajah yang bengis.

“ Hello Terry kenapa lama sangat Engkau nak jawab panggilan aku? Engkau kemana?” Suara Adam yang bengis Dan dalam nada matah kedengaran dalam panggilan.

“ Wooo! Adam, Hello Engkau dah kenapa? Rindu dekat aku?” Terry mengusik Adam. Masih beriak biasa dengan panggilan dari abangnya. Dia tahu Tentu benda tak penting yang Adam nak bincangkan pasal Semalam. Tapi Terry Malays lagi nak serabutkan otaknya. Dia terlalu runsing untuk berfikir.

“ Anggerik diculik!” Tanpa menunggu jawapan dari Terry kenapa dia lambat membalas panggilan.

“ Apa? Culik ! Anggerik? Siapa yang culik dia?” Terkejut Terry dengan berita yang baru disampaikan oleh Adam. Siapa yang berani menculik Angerik ketika dia masih ada di negara itu. Mereka semua belum kenal dia. Dia akan cincang siapa sahaja yang berani buat pasal pada kakak iparnya.

“ Adam engkau datang tempat aku! Kita bincangkan dekat sini. Lagipun aku tak berapa sihat. Aku masih lagi pening lalat.” Terry memberikan alasan sebenar kenapa dia lewat untuk menjawab panggilan Adam tadi.

“ Okay aku kesana!” Jawapan Adam bersama panggilan ditamatkan.

“ Diculik? Siapa yang berani Culik Anggerik? Takkan Mukhriz tidak ambil tindakan sesuatu Tentang hal itu. Adam tahu dalam dunia gelapnya, keluarga Mukhriz juga tidak terkecuali dalam bidang itu. Mereka sama - sama Keluarga bisnes Dan tidak lari dalam dunia gelap. “ Anggerik aku doa kan engkau selamat.” Bicara Terry dalam hati.

Kring! Kring! Kring!
Panggilan ditelefon bimbit Terry yang membuatkan lamunan dirinya terhenti.

“ Hello”.

Panggilan dijawab Terry, sebentar tadi untuk tidak menganggu tidurnya. Telefon bimbitnya dimatikan. Bila Dia telah menghidupkan semula, banyak panggilan yang menghujani Terry, termasuk juga panggilan dari Adam.

“ Bos perkara itu dah Selesai! Macam mana tawanan itu, apa Kita nak buat pada dia?” Suara Scoth dipanggilan menerangkan segala yang telah berlaku dengan arahan Terry kepada mereka semalam. Penculikan itu berjaya.

“ Engkau tunggu dulu hal itu, selepas dua hari aku kembali. Aku akan fikirkan apa aku nak buat dengan dia. Aku ada urusan yang lebih penting dari itu Scoth.”

“Aku kena Cari seseorang dulu. Engkau aku tugaskan untuk jaga dia. Nanti aku kembali.”
Arahan Terry yang panjang lebar. Tapi dia pasti Scoth akan berjaya menjaga hal itu.

“ Baik”.. suara Scoth bersama pandangannya matanya melihat kepada perempuan yang masih bertopeng dengan tangan berikat dibelakangnya.


************
                               PB

Vote, komen.. Rate.. TQVM ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience