Bab 28 ( A2)

Romance Completed 306520

" Apa?Kita bermadu?" Sherry pandang sinis pada Anggerik Dan Mukhriz didepan wajah, sambil tayang muka tak puas hati. tak tahu perasaan apa yang Hendak Dia luahkan waktu ini.

Nak ketawa? Plannya memang berjaya. Tapi Satu yang dia tak puas hati, dia kena bermadu dulu sebelum sepenuhnya dapat hak Mutlak miliki Mukhriz. Tapi boleh ker dia percaya semua itu.

Buatnya Mukhriz tak ikut Plannya ceraikan Anggerik. Selama- lamanya dia Jadi yang Kedua. Sesuatu yang dia akan elakkan sebelum ini, lebih - Lebih lagi Sherry dah boleh bayangkan ketawa galak Nad gelakkan dia nanti.

“Oh No bukan kali ini. Nampaknya aku kena berkeras.” Pendirian dalaman diri Sherry teguh.

" No Saya tak setuju pasal hal itu. Awak kena ceraikan dia dulu sebelum kahwin dengan saya." Sherry mula menunjukkan perangai Divanya. Mata masih galak menjeling kearah Anggerik.

Anggerik kematian kata - kata Hanya memandang kearah Mukhriz untuk pertolongan membalas bicara Tentang hal itu kepada Sherry. Alasan sebenar hal itu Mukhriz jer yang tahu. Jadi dialah yang kena jawab persoalan Sherry.

Bila Mukhriz tiada balasan, Anggerik berikan renungan tajam bagaikan isyarat. Tapi apa yang terbentang hadapan mata Anggerik buatkan Anggerik menyumpah Mukhriz dalam hati.

“ Dia buat hal lagi buat tak tahu....!” Anggerik membentak geram.

....Tapi lebih sakitkan hati Anggerik, Mukhriz buat muka Toya, buat muka macam tak ada apa - apa hal yang dibincangkan berkaitan dengan diri dia.

Sedang kan realiti kini, semua perbincangan itu berkisar Tentang perkahwinan Mukhriz dengan Sherry.

" Mukhriz!" Anggerik dah tak tahan marah melihat kelakuan Mukhriz yang buat tak tahu.

" Apa dia ?" Kening Mukhriz berkerut cuba memahami apa yang dimahukan Anggerik.

Sherry Hanya menjadi patung Cendana melihat telatah suami Isteri yang sedang bertengkar dengan renungan mata Dan bicara yang Sherry tak faham.

Sherry protes dalam diri melihat kelakuan dua orang dihadapan matanya. Segala reaksi pandangan mata Sherry pada keduanya bagaikan asing. Mereka berdua dalam dunia mereka yang tersendiri.

" Heiiii!" Sherry menghentakkan tangan keatas Meja dengan kuat sambil pandangan tajam memandang kearah Kedua - duanya.

" Apa yang jadi sebenarnya? Hah' I Takkan setuju Kalau perkahwinan pertama Mukhriz belum ditamatkan." Sherry berkeras.

" Bagus! Tapi masalahnya Sherry kita akan kahwin hujung tahun ini. Itu syarat saya kahwin dengan awak. Hal - hal lain uruskan dengan Anggerik?" Mukhriz tetap dengan keputusannya, segala bicara Mukhriz buatkan Anggerik yang ditengah - Tengah pening,

" Aduihhhh!" Anggerik mengeluh. Penat,

" Hahhh! Ini dah kenapa Plak ini. Nak beranak pula ker Dekat sini. Jangan jadikan I bidan terjun you pula Dekat sini Anggerik!"
Muka Sherry cuak bila dilihat reaksi Anggerik sebentar tadi. Nampak sangat kegelisahan diwajah Anggerik. Sherry yang tak berpengalaman dalam hal - hal itu mudah cemas.

Anggerik jelingkan mata. " Tak boleh saya nak mengaduh sikit. Sikit - sikit nak cakap saya ini dah sampai masa nak beranak.

Saya lambat lagi nak beranak Sherry ada dua bulan lagi Atau setengah. Tak perlu awak risaukan keadaan saya.

Sambil mata Anggerik memandang kearah Mukhriz. Makin kecik Anggerik rasa Mukhriz bila dalam situasi macam itu.

Dia yang bagi saya tekanan dalam hal ini , boleh Plak doakan saya beranak awal." Anggerik merampus dalam diri sambil pandangan mata terarah kepada kepada Sherry.

“ Mana saya tahu Kalau Awak beranak tahun ini kan senang. Cukup Edah suami bertukar tangan.” Sherry masih dengan bicara cabul dia untuk menyakitkan hati Anggerik. Tapi bila melihatkan wajah Mukhriz yang membengis buatkan Sherry mati kutu.

Pandangan mata Mukhriz yang tajam dengan wajah yang membengis memandang kearah Sherry benar - benar buatkan Sherry terkedu seribu bahasa. Habis segala ayat hebat dia sebentar tadi.

Terpaksa dia tahan ayat pedas untuk dia luahkan pada Anggerik, belum sempat dia luahkan semua, Mukhriz dah bagi Hint untuk dia tidak bercakap lebih..

Anggerik tak perasan dengan apa yang terjadi. Dia Hanya sibuk mengawal kemarahan dalam diri.

Bila pandangan mata Anggerik membuang pandang pada Wajah Mukhriz, Lagilah Anggerik nak cekik - cekik Mukhriz dengan tangan dia.

Benda Tengah Kalut, Mukhriz boleh buka Telefon, layan sesuatu tanpa beri perhatian pada mereka bertiga.

" Mukhriz Awak serius tak dengan perbincangan ini? Kenapa awak macam main - main dalam perbincangan ini." Anggerik melepaskan apa yang terbuku Dan tersimpan sejak mereka mulakan perbincangan bersama.

“ Okay! Apa dia Anggerik? Sayang apa yang Awak nak dalam perkahwinan ini? Mata Mukhriz memandang kearah Sherry.

Sayang yang dimaksudkan dilontarkan kata - kata itu untuk Sherry.

“ Sayang!” Sherry dah melalak suka, belum jadi suami dah Panggil Sayang depan madu. Kalau dah jadi entah apalah Perangai romantik Mukhriz nak tunjuk pada aku depan Anggerik.

Sherry suka sepenuhnya... “ Melting habis!”

“ Ssssayannnnng!" Anggerik tiba - tiba Terasa kepanasan mendapatkan dalam tubuhnya. Wajah Anggerik berubah serta merta. Kemarahan Dan cemburu bercampur dalam hati.

“ Sampai hati Mukhriz!” Anggerik menjerit geram dalam diri. Semakin lama dia disitu Dia semakin Panas dengan aksi Mukhriz dengan Sherry.

“ Tak boleh jadi. Kalau dibiarkan mahu Lebur hati aku dengan tubuh berkecai lihat Melting Mukhriz pada Sherry. Mukhriz pun tak kurang romantik!”

Masak Anggerik nanti lihat Free Live Show, Sherry Dan Mukhriz Melting.” Lebih sakitkan hati Anggerik, benda itu jadi depan mata dia.

“ Awak jangan nak main - main Mukhriz dengan semua ini. Apa Maksud awak Panggil Sherry dengan panggilan itu. Saya tak pernah Awak Panggil macam itu.” Mata Anggerik jegil sambil segala bicara Angerik tak berhenti berleter kepada Mukhriz.

“ Hei Anggerik biarlah. Selama ini pun sebelum ini dah macam - macam Mukhriz bagi gelaran pada I selain perkataan tadi..Tapi gelaran Sayang hari ini.. Melting habis!” Sherry masih suka dengan semua yang telah terjadi.

“ Awak tu patut diam Sherry, saya belum serahkan Mukhriz lagi pada Awak, Dan Awak bukan lagi jadi Isteri Sah dia? Jangan sampai saya tarik balik janji - janji saya sebelum ini?”

Anggerik tak peduli, bila hati dia dah sakit benda yang tak pernah dia buat pun dia akan buat! Macam sekarang, jika sebelum ini dia yang dibuli kini dia perlu pertahankan hak dia dengan Mukhriz sementara mereka masih bersama.

Masih bersama! Hanya Itu tempoh masa yang dia ada dengan Mukhriz.. sebelum semua hubungan itu akan berakhir!

“ Apa Awak cakap ini? Awak cabar saya Anggerik? Awak jangan lupa, siapa yang datang jumpa saya? Siapa yang nak serahkan suami sendiri?” Mata Sherry tajam memandang Anggerik, dia tidak puas bila isu berkaitan itu dibangkitkan, biarlah, tak tinggalkan kesan pun. Cepat Atau lambat Bila dilawan dengan panas, hati Sherry juga Panas dengan apa yang jadi.

“Tetiba Minah mengandung ini buat perangai. Biarlah Mukhriz nak Panggil apa pun, sibuk sangat nak cemburu. Bukan selama- lamanya Mukhriz akan jadi hak engkau Anggerik!” Luahan perasaan dalam diri Sherry. Semua itu tak terluah memandangkan Anggerik Dan Mukhriz masih dalam ikatan hubungan perkahwinan.

“ Saya akan serahkan Mukhriz Tapi bukan sekarang Sherry. Awak Mukhriz? Dah tak ada panggilan lain yang Awak nak Panggil Sherry kesayangan Awak Ini?” Anggerik memerli..

“ Awak yang suruh saya masuk campur dalam hal Ini kan Anggerik . Perbincangan kita bertiga. Saya diam Awak bising? Saya bukan apa? Cara saya pujuk Sherry dah romantik nak dapatkan persetujuan Sherry bukan senang ..kenalah usaha Lebih kan Sayang!” Sekali lagi Mukhriz mengusik bersama jelingan mata menggoda kearah Sherry.

“ Saya suruh Awak bincangkan pasal perkahwinan itu ditunda tahun depan, itu pun susah sangat ker sampai nak bersayang - Sayang depan mata saya ini. Saya sebelah Awak Mukhriz, bukan belakang Awak, yang tak nampak Atau dengar apa yang Awak buat dengan Sherry.”

Mukhriz mengeluh! “ Apa yang Awak nak sebenarnya Anggerik? Awak suruh saya datang? Saya dah datang disini?” Tapi saya suruh Awak yang bincangkan hal itu ikut Plan Awak. Tapi lihat apa yang jadi?

“Dua - dua tak beralah! Senang citer kita batalkan perbincangan hari ini dan majlis itu.” Mukhriz membuat kesimpulan akhir.

“ No!” Anggerik Cepat membalas..

“ You ! No!” Sherry terkejut Dan terjegil hadapan Mukhriz.

“Habis itu?” Mukhriz dapat rasakan Ideanya berjaya. Anggerik telah berdiam. Sherry dengan dia tidak dapat kata putus. Masing - masing berdegil dengan keputusan masing - masing.

Bila mendengar Sherry tidak mahu dimadukan. Mukhriz dah Tersenyum sampai telinga. Plannya semua berjaya tanpa perlu berperang.. Lebih - Lebih lagi perang dingin dengan Anggerik.

“ I setuju dengan semua Plan itu Mukhriz? Kita kahwin hujung tahun ini ikut perancangan you!”

“ Huh!” You serius Sherry? You tak nak balik rumah fikir dulu?” Mukhriz kehabisan Teruja baru rahang dia nak terukir senyum puas, mulutnya terpaksa ditutupkan kembali tergamam.

“ Sherry you terima bermadu dengan Anggerik Jadi nombor dua. You tak takut dengan karier you, tanggapan peminat you nanti, lagipun Anggerik kan mengandung.” Mukhriz tak kita dia akan guna semua Idea dia untuk halang persetujuan Sherry.

“ Mukhriz I ikut semua syarat You, lagipun sekarang Atau akan datang? You tetap ceraikan Anggerik kan. Tiada beza pun sekarang Atau tahun depan lepas Anggerik habis Edah. I sanggup tunggu masa itu.” Sherry sungguh Teruja, dia tak boleh katakan tidak pada Idea itu, pasal madu Dia dapat ketepikan semua itu, janji Nad tak tersengih dan tergalak sakan kenakan dia nanti.

“ Sherry benda ini bukan main - main Awak tahu, saya denganAmggerik.....!!!”

“ Tahniah ! Sherry dah setuju Mukhriz, jadi kita dah tak ada masalah lagi, segala persiapan Saya akan uruskan Sherry macam janji saya tu.” Suara Anggerik lemah dan mendatar dalam menahan perasaan. Tak sangka sakit dihati dalam merelakan benda yang dia tak mahu berlaku terjadi.

Dia terhalang dengan perasaan dengan Mukhriz, Tapi Anggerik terpaksa Sebab dia berpegang pada janji.

“ Yah kita teruskan Anggerik!” Tiada lagi patah bicara yang boleh Mukhriz bicara. Baru dia nak kembali bahagia, pengakuan Sherry buatkan hati Mukhriz derita kembali.

Untuk pujuk Anggerik dalam waktu ini memang Takkan boleh pengaruhi Anggerik. Dia kenal Anggerik Dan kedegilan Anggerik dalam hal Perjanjian macam itu...

Anggerik akan membuatkan semua itu terlaksana dengan sempurna mengikut Plannya Sebab janji dia pada Sherry..Untuk batalkan semua itu perlu strategi Kukuh Dan Otak geliga dari Mukhriz, Tapi waktu ini Plan pertama Mukhriz Nampaknya dah tersungkur sebelum menang..

“ Anggerik I rasa pasal persiapan perkahwinan kami, Kalau boleh you tak payah lah nak masuk campur. I ada pilihan diri I yang tersendiri. Citarasa kita tak sama Anggerik!”

“ Kenapa nak membazir? Anggerik kan ada Gudang Bunga terbesar dalam negara ini. Dia pun dah ada kontrak dengan syarikat Datuk tempat kerja I dulu, syarikat I dengan Fihad. Jadi I nak segala persiapan itu Anggerik yang uruskan.” Mukhriz membuat bahas yang mengejutkan Sherry Dan juga Anggerik.

“ Bila pula Si Mukhriz Ini ambil tahu pasal perniagaaan aku ini? Siap aku nak sponsor dia kahwin dengan Sherry dalam persiapan. Gila ker apa?”

“ Anggerik setuju dengan Sherry, Setiap pengantin perempuan ada impian dia dalam perkahwinan. Jadi biarlah Sherry yang pilih dia nak guna tema apa bagi perkahwinan dia nanti.” Anggerik menyokong Sherry, bagi Anggerik semua itu tak salah. Lagipun dia mahu mengelak dalam terlibat sama dalam hal itu.

Dia akan dapat rasakan kesedihan. Lagipun sebelum ini, perkahwinan dia dulu dengan Mukhriz tak sempat Anggerik nak pilih tema apa yang dia akan guna dalam perkahwinan dia.

Semua pilihan Dan persiapan perkahwianan semuanya pilihan Mawar. Termasuk baju Dan tema serta segala persiapan perkahwinan mereka. Dulu sepatutnya Mawar yang Ingin dijodohkan dengan Mukhriz.

Kali ini Anggerik dapat rasakan apa yang bersarang dalam fikiran Sherry. Dia Artis Dan dia pasti ada sesuatu yang Dia mahukan dalam perkahwinan.

“ Tak Anggerik akan uruskan semua itu. Lagipun Saya akan sibuk Sherry. Pakaian Aku, ukuran semua, warna semua aku tahu Anggerik arif tahu apa yang aku tak suka dengan apa yang aku benci. Jadi aku pilih dia!”

“ Mukhriz ini perkahwinan kita lagipun Anggerik Takkan tahu apa yang saya suka, apa yang Saya nak dalam majlis itu nanti?” Sherry berkeras.

“ Benda itu mudah bagi Anggerik? Engkau pun dia boleh pilih untuk jadi jodoh aku, apalah sangat benda alah semua ini. Anggerik akan uruskan dengan jayanya. Sherry Awak kena percaya kan saya dalam hal ini?” Mukhriz bertegas dengan semua yang akan berlaku dalam hidup mereka bertiga.

“ Tapi Awak tak kesian ker dengan Anggerik? Saya tahu dia mampu Tapi dengan perut dia sekarang ini, keadaan dia . Macam mana dia nak uruskan Majlis Besar macam ini?” Sherry masih belum puas hati.

“ Siapa kata kita akan buat Majlis Besar. Awak Isteri Kedua Awak tahu tak. Jadi majlis Takkan Sebenar Majlis perkahwinan Isteri pertama. Awak kena faham kedudukan itu?” Mukhriz sengaja cari pasal bagi membuat Sherry mengelabah dan mengusutkan lagi keadaan majlis itu.

“ Look Mukhriz? Status tu I tak Kisah, lambat laun You akan tetap jadi milik Mutlak I seorang. Tapi sekarang ini Majlis itu mesti lah besar dan Meriah. You bukan kahwin dengan selebriti biasa yang propa dalam dunia glamor. Tapi you kahwin dengan artis tang Satu negara ini kenal I Mukhriz. Walaupun you tak nak masuk dalam dunia tu. Tapi nama you akan terpalit sama, samada you sedar ataupun tak Mukhriz.” Sherry menyedarkan Mukhriz, mungkin selama ini Mukhriz masih belum tersedar Dia telah berhubungan dengan siapa.

“ Semua itu I tahu dan I tak peduli Sherry. Kalau You nak terus kan perkahwinan ini, Itu syarat yang Kedua. Majlis Takkan Lebih meriah dari perkahwinan yang pertama.

Kalau You rasa nak Grand dalam perkahwinan Tu, you cari pengantin lelaki lain. Bukan I, perasaan Anggerik I kena jaga sebab dalam masa perkahwinan itu dia tetap jadi nombor Satu Dan wanita pertama yang I kahwini. Gelaran itu Takkan berubah.” Mukhriz Senyum sinis.

“ Apa Maksud you gelaran itu Takkan berubah, you jangan Plan macam - macam Mukhriz. You akan jadi hal Mutlak I seorang right!” Sherry semakin Panas, Terasa diri dipermainakan sekali lagi.

“ Tempoh tu panjang lagi Sherry. Jawapan itu I tak boleh berikan sekarang, Terpulang pada Anggerik.!” Mukhriz menembak tepat pada wajah Anggerik untuk soalan itu dijawab.

“ Saya?” Anggerik terkejut dengan pandangan Mata Sherry Dan Mukhriz terlihat pada wajahnya.

“ Semua ikut dalam perancangan Sherry, saya akan ikut segala kemahuan Mukhriz Dan segala perancangan dia. Pastikan segala majlis itu berlangsung. Awak jangan tarik diri Sherry!” Anggerik pening, penat dengan kelakuan dua orang Manusia depan mata dia. Masing - masing tak mahu mengalah.

“ Pastikan Anggerik Dan jangan buat sesuatu hal Dan tukar semua Plan itu tanpa pengetahuan saya!” Sherry malam dah nak bincangkan lagi hal itu. Dia Hanya berharap semua itu akan berhasil.

Banyak sangat Idea Mukhriz yang dirasakan Sherry mengarut dalam perkahwinan itu. Permintaan yang tak masuk akal.. jangan tak jadi sudah, Mana dia nak letak muka bila tiba - tiba Majlis itu dibatalkan last minit.

Seseorang menepuk bahu Sherry yang sedang termenung dari belakang..

“ Anggerik!”

“ Awak risaukan sesuatu Sherry dari perbincangan tadi. Atau ada sesuatu yang Awak nak luahkan!” Anggerik dapat lihat wajah Sherry yang Cantik kelihatan gelisah dalam masa yang sama artis itu tetap berikan senyuman pada Anggerik. Nampaknya hubungan mereka akan Okay lepas ini,

“ Mukhriz Anggerik? Saya takut dia berubah fikiran!” Bibir Sherry diketapkan melihat susuk tubuh Mukhriz yang menghala berlawanan arah dari mereka berdua.

“ Apa Maksud awk?” Anggerik Ingin kepastian.

“ Saya rasa Mukhriz dah lain, pandangan mata dia Dan tiada cahaya pandangan pada diri saya. Saya tak pasti Tentang perasaan dia lagi!” Sherry berterus terang Kepada Anggerik.. dia sebenarnya takut jika tidak dapat miliki Mukhriz.

“ Itu perasaan Awak jer Sherry percayakan saya, lambat laun bila kami dah Terpisah. Saya Takkan ganggu hidup Awak dengan suami Awak nanti. Saya ada kehidupan yang Saya akan uruskan. Saya akan sibuk uruskan anak - anak saya.” Anggerik memberikan jaminan.

“ Betul Awak akan Lepaskan Mukhriz pada saya Anggerik?” Sekali lagi Sherry mahukan kepastian dari bicara Anggerik.

Anggerik Hanya Tersenyum sambil menganggukkan wajah. Bermadu seketika Demi kebahagian Mukhriz adalah Satu perngorbanan dalam hidup Anggerik.

Dia tak mahu Hati Mukhriz serba salah lagi dalam memilih hidup Dan mencari kebahagiaan antara dia Dan dendam Mukhriz melibatkan Ibunya dulu.

Mukhriz tidak perlu lagi memilih.Dia salah seseorang perempuan yang mahu dielakkan Mukhriz sepanjang hidupnya.. Tapi takdir mereka disatukan dalam rahsia besar dua keluarga...

Mukhriz masih terperangkap dalam dilema pilihan, memandangkan Anggerik dalam sarat mengandungkan zuriatnya bagi kali Kedua..

Untuk Selesaikan semua itu Angerik yang perlu buat pilihan, untuk hidup Mukhriz Lebih tenang tanpa melibatkan hidup Anggerik dalam kehidupan Mukhriz selepas ini.

Mungkin ini adalah jalan yang terbaik...

“ Awak akan kemana Anggerik lepas semua ini selesai?” Tiba - tiba Sherry mahu tahu kemana akan Anggerik bawa diri dengan kehidupan baru tanpa Mukhriz disisi,

“ Jauh dari sini!” Balasan Anggerik bersama senyuman.

Luv PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience