Bab 40 ( A2 )

Romance Completed 306520

Mawar Terry..Dia Mawar? Macam Mana aku Tak tahu semua itu .! Wajah Adam Merah menyinga, bercampur dengan pukulan padu Mukhriz dengan Adam pada tubuh Terry buatkan, Terry kehilangan separuh nyawanya.

Tapi dalam semua kejadian pukulan itu Terry masih boleh tersenyum sipi dibibir.Segala perbuatan Mukhriz Dan Adam tiada kesan pada Tubuhnya.

Seksaan lebih daripada itu pernah diterima oleh Terry sebelum ini.Lebih melegakan hati Terry, Adam tidak akan sesekali melakukan lebih mengenai nyawanya, memandangkan dia adalah bapa kepada Budak kecil yang Baru dilahirkan oleh arwah Mawar.

Buk!

Buk..Buk! Arghhhhhh! Buk...darah memancut keluar dari dahi Dan bibir yang telah pecah akibat pukulan padu dari Adam..

Mukhriz yang kepenatan selepas selesai menghukum Terry tadi cepat - cepat mendapatkan Adam, takut Adam terlebih perbuatan dalam usaha mengajar Terry..

" Apa lagi yang engkau sorokkan dari aku Terry? Rahsia apa lagi Pula Kali ini." Kemarahan Adam pada perbuatan Dan sikap Terry sampai ke penghujung.Dia tidak sangka dalam kawalan Adam dalam memerhati Terry juga tetap Lolos sehinggakan dia boleh terlepas pandang..

" Aku buat ini semua sebab Anggerik Adam Dan engkau Mukhriz..Engkau sendiri Tak mampu beri perlindungan pada Anggerik Macam apa yang aku buat sebelum ini.

Disebabkan engkau Mukhriz, Abang Aku Adam hidup Merana.Anggerik satu - satunya perempuan dia Cinta Dan dia mahukan Anggerik sentiasa selamat dalam hidup dia. Tapi Engkau....

" Cukup Terry! Apa yang engkau mengarut.Apa kena mengena dengan Mukhriz Hal Mawar. Jangan nak ubah topik..!"

" Aku Tak ubah topik Adam ! itu kenyataan dalam Hal ini" Mukhriz Tak mampu lindungi Anggerik.'

" Apa maksud engkau Anggerik Tak selamat dengan aku?" Mukhriz terpana, walaupun dia masih belum dapat jawapan yang pasti,tapi dia pasti dia seakan terpalit sama dalam kejadian kematian Dan kehadiran Mawar yang mengejut.

" Mawar buat semua kejadian itu sebab satu Mukhriz,Dan dia nekad dengan semua perbuatan dia pada Anggerik." Terry merenung tajam kearah Mukhriz dalam pandangan Mata yang membunuh.

" Apa maksud engkau?" Giliran Adam Pula yang tidak sabar lagi menanti penjelasan Terry.

" Mawar cintakan Mukhriz!" Dia lelaki yang buatkan Mawar buat semua tindakan kejam pada Anggerik.

" Aaaaaaku..Aku ! Tapi Aku Kan dengan Anggerik.....Kenapa Mawar...Dia sepatutnya tahu, Aku ,dia Dan Anggerik..."

" Kalau dia sukakan Mukhriz, apa sebab engkau culik dia.Anak dalam kandungan itu.Anak siapa? Jelaskan semua Terry." Nada suara Adam semakin mengendur.

" Engkau yang arahkan Aku jauhkan musuh Anggerik dalam hidup dia Adam.Engkau lupa pasal benda itu."

" Aku tahu pasal musuh Anggerik, tapi apa kaitan Hal itu dengan Mawar.Apa sebenarnya Terry?"

" Engkau Tak faham atau buat - buat Tak faham Adam," seterusnya pandangan Mata Terry terarah kearah Mukhriz."

Kedua- duanya hanya mendiamkan diri.Menunggu penjelasan dari Terry.

" Dalang bagi kejadian yang menimpa Anggerik dulu semuanya dirancang seseorang.Dan semua itu dia lakukan sebab nak dapatkan seseorang lelaki.Dia Cinta Kan Engkau Mukhriz,Dan untuk capai cita - cita itu, dia terpaksa korbankan Anggerik."

" Anggerik! Maksud engkau semua kejadian itu berlaku disebabkan Mawar!Dia dalang Dan perancang dalam semua kejadian itu." Mukhriz memandang tepat kearah Terry.Sengihan Dan wajah tenang Terry berbicara buatkan Mukhriz dapat jawapan segala persoalan yang membelengu hidup mereka sebelum ini.

Sementara Adam telah terduduk di sofa. Sekali lagi rahsia Besar disorokkan Terry dalam hidup dia.Dia Tak sangka, Mawar boleh bertindak sekejam itu pads Anggerik.Sedangkan mereka adalah adik beradik.

" Sebab engkau culik dia!" Suara Adam perlahan.Dia dapat memahami segala tindakan Terry sebelum ini.Tapi dia perlukan kepastian.

" Dia ancaman terbesar engkau Adam.Dia licik, hinggakan Aku termasuk dalam perancangan plan dia culik Anggerik!"

" Culik Anggerik? Engkau!" Mukhriz Dan Adam terkejut dengan kenyataan Terry.Kedua - duanya membalas pandangan.

" Silap Aku.Aku Tak sedar yang perempuan yang dibenci Mawar adalah Anggerik.Sama dengan engkau Dan Mukhriz.Setiap perbuatan dia dalam perancangan teliti.Itu sebab aku Tak tahu yang teraniaya adalah Anggerik."

" Sebab itu engkau culik Mawar.Engkau Tak mahu Aku tahu yang engkau sebenarnya culik Anggerik." Adam mengetap geram dengan pengakuan Terry.Dulu dia harapkan Terry tidak melakukan kesilapan.Tak disangka Kepercayaan Adam pada Terry adalah kesilapan.

" Kenapa engkau culik dia!"

Plak! Pintu bilik yang menempatkan mereka bertiga terbuka.Muncul seseorang lelaki dipintu dengan wajah tenang mendapatkan mereka semua.

" Sebab aku.Aku yang arahkan dia bawa dalang itu jauh dari sisi Anggerik.Dua Kali dia dah rancang musnahkan hidup Anggerik.Aku takkan benarkan dia berjaya untuk Kali Ke 3." Pandangan Mata tua menatap kearah Mukhriz.

" Datuk"

" Datuk"

" Aku yang arahkan Terry kawal Mawar adik Anggerik.Aku serahkan Mawar bawah jagaan Terry.Tapi Tak sangka Mawar itu licik.Dia kembali kesini semula Dan menemui ajal dia.Itu mungkin terbaik dalam hidup dia."

" Tapi Datuk, takkan sampai macam itu sekali Mawar perlu dihukum atas segala perbuatan dia dulu." Mukhriz masih belum berpuas hati.

" Anggerik pun Tak sepatutnya dihukum hidup merana dengan kamu Mukhriz.Sepatutnya kalau Aku tahu Adam dengan Anggerik bercinta.Aku kahwinkan mereka berdua.Anggerik sepatutnya hidup bahagia bukan menderita ditinggalkan kamu."

" Datuk" Mukhriz kehilangan kata - kata.Apa Yang dikatakan Datuk adalah Kebenaran.

" Datuk Mumtaz,itu Hal lama." Adam menjernihkan keadaan yang Baru sebentar tadi tegang dengan kemunculan Datuk Mumtaz.

" Maafkan Datuk Adam sebab lambat tersedar dengan perhubungan kamu dengan Anggerik.Benda itu Aku Tak dapat nak patah balik.Kamu pun tahu cucu Aku ini degil Tak nak lepaskan Anggerik.Aku Tak boleh buat apa Adam." Datuk Mumtaz menjeling kearah Mukhriz yang diam seribu Bahasa.

" Macam Mana dengan Budak itu Datuk.Memandangkan Mawar dah tiada Dan Kita Tak tahu Ayah Budak itu siapa."

" Budak itu Anak Aku Adam.Aku akan jaga dia." Terry bangun dari pembaringan bila urusan anaknya dibincangkan.

" Mana engkau tahu Anak itu Anak engkau Terry?" Adam belum puas.Semakin lama perbincangan tentang Mawar. Semakin berpanjangan perbincangan sehingga melibatkan beberapa isu Baru.

" Dia Anak Aku dengan Roselle.Aku yang mengandungkan Mawar Adam untuk elak engkau bunuh Aku bila tahu tentang Hal sebenar.Aku dah tiada pilihan."

" Sebab Aku! Apa engkau dah buat ini Terry!" kemarahan Adam mula Naik kembali.Mengenangkan kehidupan Mawar yang terpaksa palit dalam hidup adiknya.

" Mawar Cuba bunuh Aku, bila dia dapat tahu dia diculik.Dalam Masa pergelutan aku dengan Mawar.Dia Cuba bunuh diri,tapi dia terselamat.Doktor yang merawat dia,sahkan dia hilang ingatan.Aku tiada pilihan Adam.Engkau selalu perhati tindakan Aku.Aku takut rahsia ini terbobgkar,jadi Aku tiada pilihan.

Untuk engkau lepaskan Aku,Mawar perlu mengandungkan zuriat Aku.Itu satu sebab engkau takkan bunuh Aku.

" Banyak lagi cara lain selain daripada itu Terry.Engkau dengan Mawar Tak sepatutnya berhubungan.Engkau dengan dia Haram.Terry apa yang engkau buat, macamana Keluarga Kita nak berdepan dengan keluarga Anggerik lepas ini." Adam mundar mandir.Status Anak dalam kandungan Mawar belum sah taraf.

" Datuk dah terangkan pada Ayah Anggerik semua tentang Mawar.Dia tahu sepenuhnya,Dan dia terima apa yang jadi."

" Ayah tahu apa yang jadi tapi kenapa rahsiakan dari Mukhriz Dan Anggerik"

" Dia dah lama tahu apa yang jadi dengan Anggerik.Tapi dia hanya diamkan Hal itu.Harapan dia Moga Mawar berubah.Dia pun dah terangkan semua sebab kenapa dia nak jodohkan kamu dengan Mawar dulu Mukhriz.

Dia sebenarnya Tak mahu permusuhan Mawar dengan Anggerik berlarutan.Tapi dulu dia rahsia Kan Hal ini dari pengetahuan Aku.Aku ingat dia nak tipu Keluarga Kita.Tapi sebab sebenar dia.Dia sayangkan Anggerik lebih segalanya.

Dia Tak mahu hidup Anggerik bermasalah, macam apa yang kamu buat dengan Anggerik dulu. Sebab itu Aku Tak salahkan Anggerik kalau dia tinggalkan kamu dulu, kembali pada Adam.Sepanjang hidup Anggerik dia dah banyak menderita, bukan dengan kamu jer Mukhriz,tapi sepanjang hidup dia.Kamu kena tahu pasal benda itu.

" Datuk, sampai Macam itu Datuk anggap Mukhriz.Mukhriz sayangkan Anggerik.Mukhriz dah insaf dengan semua perbuatan Mukhriz,pada Datuk Anggerik dengan Opah.

Mukhriz nak jumpa Datuk tapi Mukhriz takut Datuk Tak terima Mukhriz kembali." Wajah Mukhriz sugul dengan penyataan Datuk.Jika sebelum ini Datuk Mumtaz tegas, tapi lelaki itu tetap sayangkan dia.

" Itu Maaf kamu pada Aku dengan Opah.Mukhlas macam Mana Mukhriz? Seburuk Mana pun perangai dia,dia tetap bapa kamu.

Aku tahu Mukhlas Tak pernah tunjuk sayang dia pada kamu.Tapi percaya lah dia sayangkan kamu lebih dari hidup dia.Dia jauh dari hidup kamu sebab Aku yang paksa dia Mukhriz.Sebab Aku lebih sayangkan kamu.Aku Tak nak kamu jauh dari aku.Lebih - lebih lagi Opah.Dia Tak boleh hidup tanpa kamu."

" Mukhlas sayangkan Mukhriz? tapi kenapa dia Tak pernah muncul."

" Aku dah tua Mukhriz, kamu kena faham sikap arwah dulu dengan Mukhlas.Dia gunakan kamu untuk dapatkan perhatian Mukhlas. Mukhlas merana bila lihat kamu didera oleh arwah. Sebab itu dia Tak ambil peduli dengan kamu.

Dia harap arwah boleh berubah, sayangkan kamu tapi dia silap Mukhriz. Hingga arwah meninggalkan .Bila Aku Dengar kamu didera dari cerita Mukhlas, itu sebab utama Aku Tak mahu Hal itu jadi lagi.

Aku nak kamu dekat dengan aku.Bawah perlindungan aku. Organisasi Aku boleh jaga Mukhriz tapi Keluarga Aku,Aku biarkan cucu Aku hidup merana.

Sebab itu aku Tak mahu kejadian yang sama terjadi pada Anggerik, bila Aku dapat berita Anggerik diculik.Aku buat plan Mukhriz jauhkan bahaya dari Anggerik. Semua itu dengan bantuan Terry, Aku dah lama Dengar pasal dia.

Daripada dia aku dapat tahu semua pasal Anggerik. Cucu menantu Aku dah selamat sekarang.Aku nak kamu hargai dia Mukhriz.Dia dah banyak berkorban.

" Aku dengan Opah dah tua, tiada apa yang kamu harapkan. Aku nak cucu Dan Keluarga Kita bahagia."

*****

" Engkau yang culik Mawar.Engkau ubah dia dengan penampilan Macam itu.Engkau hancurkan hidup dia.Engkau memang Tak guna Terry!"

Buk! Buk.....! Buk...! Alex masih belum puas.

Terry tersengih dengan senyuman lebar dibibir." Ini jer engkau boleh bagi dekat aku. Masuk ini engkau orang ketiga yang pukul Aku dalam minggu ini. Aku kenal engkau ker? Hah Cina kening tebal.

" Aku Alex, kawan Mawar. Sahabat dia. Engkau lelaki yang hancurkan hidup dia."

Buk..! Buk...!

" Hoi...! Cukup Kali ini aku bagi can last dekat engkau.Lepas dari Hari ini, jangan salahkan Aku lagi." Mata pembunuh Terry memandang tajam kearah Alex. Membuatkan Alex gerun da jantung berdegup kencang.

" Macam Mana Mawar boleh Ada Anak dengan engkau? hah Sial."

" Dia tergila - gilakan Aku." Terry ketawa mengejek.

"Enakau jangan nak tipu Aku pasal Hal itu.Sepanjang Aku kenal Mawar dia cuma cinta pada seorang lelaki, Mukhriz.Dah lama dia tunggu lelaki itu.Macam Mana dia dengan engkau.?"

" Engkau kenal Mukhriz? Kenapa aku rasa macam muka engkau ini aku selalu nampak." Sekali lagi wajah Alex direnung lama, Cuba mengingatkan tentang sesuatu.

Sesuatu dari wajah lelaki kacukan hadapan matanya.

" Aku sahabat Mawar, Engkau silap orang hi how sebab bunuh sahabat Aku ."

" Engkau nak bunuh Aku," Ketawa Terry semakin lantang membingitkan pendengaran Alex. " Kalau engkau sayangkan Mawar, sepatutnya dari dulu engkau dah nasihatkan dia jauhkan diri dari Mukhriz.Engkau pun tahu Mukhriz itu abang Ipar dia.

Dia mati sebab Salah dia rancang pembunuhan kakak dia, Anggerik..."

" Anggerik? engkau pun kenal dia?"

" Engkau siapa sebenarnya?"

Kring ! Kring..!
" Mark Ada apa Hal ? tengah sibuk dengan sesuatu.Kenapa?"

Alex ! Daddy nak jumpa Alex dekat rumah.selesai urusan Alex jumpa Daddy."

" Okay!"

Tanpa disedari Alex, ikatan ditangan Terry telah terlepas Dan Terry tersenyum lebar memandang kearah Alex. Tadi dia adalah mangsa kepada Alex, kini kedudukan mereka telah bertukar.

Terry bersembunyi dari pandangan Mata Alex..

" Mana dia pergi?"

" Aku disini" Satu pucuk pistol diletakkan Terry di kepala Alex.

" Bunuh Aku sebelum aku bunuh engkau sebab Mawar."

" Mawar? Bagus soalan itu.Engkau lelaki yang Aku Cari dulu.Model lelaki Gay, Alex yang letakkan Virus dalam minuman Anggerik.Lama Aku Cari tapi Tak sangka, tuhan makbulkan doa aku hari ini."

" Bangsat! Macam Mana Mawar boleh terjerat dengan engkau Setan."

" Aku memang Setan dalam Bab - Bab ini, tapi aku bukan seburuk Mawar nak bunuh saudara kandung sendiri.Dan engkau lelaki, orang macam engkau yang sokong Mawar.Patutnya engkau Aku bunuh sulung."

" Apa maksud engkau dengan Anggerik.Apa Mawar rancang untuk Anggerik.Aku mengaku Aku tolong Mawar dulu, itu kesilapan Besar dalam hidup Aku.Tapi sejak aku kenal Anggerik.Aku dah berubah.Aku Cuba pujuk Mawar,tapi dia degil."

" Aku Tak mudah percayakan orang.Lebih - lebih lagi nyawa engkau dalam gengaman aku." Terry ketawa menggila melihat ketakutan Alex.

" Aku Tak nak Anggerik menderita.Aku gantikan Mukhriz kahwin dengan Sherry dalam majlis perkahwinan Baru ini. Aku pun nak Anggerik bahagia."

" Engkau? Alex Anak lelaki Mark?" pegangan pistol Terry terlepas dari kepala Alex.Dia terkejut dengan kenyataan dari Alex.

" Engkau kenal Mark? Daddy?"

" Aku Tak sangka jumpa lelaki yang gantikan Mukhriz.Aku yang culik Anggerik dalam majlis itu.Aku ingatkan Aku akan simpan Anggerik lebih lama untuk batalkan Majlis itu.Tapi engkau penyelamat.

" Apa yang engkau nak tahu?"Suara Terry mengendur.Dihadapannya bukanlah lawan tapi kawan.

" Macam Mana Mawar dengan engkau, Dan Roselle.Apa yang jadi?"

"Mawar jadi tahanan aku untuk selamatkan hidup Anggerik.Engkau tahu Obses Mawar pada Mukhriz. Mawar bunuh diri,tapi dia selamat cuma dia hilang ingatan.

Anak dalam kandungan itu,Anak Aku tapi Aku buat itu semua untuk aku lepaskan diri dari Adam.Adam Abang Aku,tapi dia tegas dalam segala perbuatan kami semua.Jadi untuk elakkan Hal itu Aku terpaksa gunakan Mawar.

" Macam Mana engkau kenal Mark!"Alex pelik sepanjang hidup dia dia tidak mengenali Terry.

" Janet !Mark minta tolong Aku uruskan Hal Janet.Aku harap engkau Tak Tanya lanjut pasal aku.Alex Takziah pasal Sabrina.Aku harap aku Tak terlewat."

***

" Anggerik, Adam nak jumpa dengan awak sekejap Hari ini.Saya izinkan tapi dalam pemerhatian Saya."

" Awak ini Mukhriz!Tak Ada apa awak perlu khuatirkan, Kita semua Ada kehidupan masing - masing.Lagipun Adam Kan nak pulang malam ini.Awak nak takut apa?"

" Selagi Ada Adam, Saya kena hati - hati."

Anggerik tergelak dengan pengakuan Mukhriz!" Awak sayang lagi Saya Tak perlah.Ingatkan dah Tak sayang."

" Siapa kata Tak sayang awak?Awak hilang Saya Tak jadi kahwin Tau." Mukhriz tersengih.

" Dah jangan merepek banyak sangat.Panggillah Adam dengan tetamu.Selesai cepat, cepat Saya boleh rehat."

" Saya panggilkan sekarang."

" Mukhriz muncul bersama - sama dengan Adam Dan Terry bersama bayi kecil dalam gengaman Adam.

" Anak siapa ini ?" Mata Anggerik melihat kearah Terry Dan Adam,menunggu jawapan.

" Anak Terry Baru lahir, sama dengan Anak awak Anggerik."Adam berterus terang.

" Anak Terry? Maknanya Terry langkah bendul Adam.Mari Baby tu Saya nak lihat bayi itu.Perempuan atau lelaki? Tahniah Terry dah jadi bapa." Anggerik tersenyum girang bersama huluran tangan menyambut bayi yang dihulur oleh Adam.

" Apa nama bayi ini?" Anggerik leka melihat wajah comel dalam dakapannya.

" Tulip, Itu nama yang paling sesuai untuk Puteri Terry."

" Tulip ! Cantik nama itu sesuai dengan bayi comel ini.Melati nanti dah Besar boleh kawan dengan Tulip." Bicara Anggerik yang membuatkan semua lelaki dihadapan Anggerik saling berpandangan.

sesuatu yang masih dirahsiakan oleh mereka dari pengetahuan Anggerik..

" Ibu dia Terry Mana dia?Tak datang sekali?"

" Tulip yatim Anggerik.Ibu dia meninggal."

" Meninggal! Takziah Terry, semoga Ibu tulip ditempatkan didalam syurga."

Mata Mukhriz memandang kearah Terry Dan Adam.Dia tidak mahu Anggerik dimaklumkan tentang kematian Mawar.Semua itu memerlukan Masa menunggu sehingga Anggerik benar - benar sembuh dari berpantang Anak kedua mereka.

Dia tidak mahu emosi Anggerik terganggu dengan kematian Mawar.Satu - satunya adik yang disayang oleh Anggerik.

" Kalau Mawar tahu Ada lagi dua Puteri yang bernama bunga mesti dia seronok Mukhriz.Dulu dia salahkan nama dia bunga sebab hanya dia seorang gunakan nama itu.

Tapi sekarang nama bunga dah komersil pada manusia.Saya harap dia Tak salahkan Saya lagi Adam sebab pernah jadi kakak dia.Sebab nama dia Ayah pilih untuk sama dengan Saya.

Dia satu - satunya adik Saya dalam dunia ini.Walaupun dia benci Saya, tapi Cinta Saya pada Mawar takkan berubah.

" Tulip jangan rasa kekurangan kasih sayang seorang Ibu.Ibu Anggerik sentiasa Ada untuk tulip. Ibu akan sayang Tulip sama Macam Ibu sayang Melati.Takkan berkurang.

Senyuman Anak kecil dalam pegangan Anggerik benar - benar meruntun hati Anggerik.Senyuman itu mengingatkan Anggerik pada Mawar.Senyuman yang sama dalam tubuh yang berbeza.


Pena Bicara

~ TAMAT ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience