Bab 12 ( A2 )

Romance Completed 306520

" Begini Anggerik! Kamu kena tahu yang sebenarnya Mukhriz dengan kamu dijodohkan disebabkan Mukhlas"

"Mukhlas? Siapa Datuk. Kenapa Anggerik rasa pernah dengar Tapi Anggerik tak ingat Siapa? Dia Anggerik kenal?"

" Mukhlas, Bapa Kandung Mukhriz" Mukhriz Iftar Bin Mukhlas. Itu yang selama ini Mukhriz sorokkan dari kamu. Kisah silam dia.

" Mukhriz ada Kisah silam? Maksud Datuk?" Kening Anggerik bertaut. Memang selama ini Anggerik tak pernah ambil tahu Tentang Kisah silam Mukhriz. Bagi Anggerik itu Kisah silam. Begitu juga Kisah silam dia Dan Mukhriz dulu. Sebolehnya Anggerik nak Lupakan benda itu. Tapi jauh dari sudut hati Anggerik dia masih dapat mengingati Setiap Babak yang terjadi.

" Salah ker aku Kalau tak pernah kenali Mukhriz dari zaman silam dia. Setiap orang ada rahsia tersendiri."

" LILY! Itu semua Kisah pertama yang kamu kena tahu Anggerik. Ibu kamu? Kaitan Lily dengan keluarga Datuk. Sebab apa kamu dengan Mukhriz, Datuk kahwin kan...

Mata Datuk Mumtaz lemah. Sebaik sahaja nama Ibunya, Lily disebut Anggerik tersentak dan duduk di kerusi sekali lagi dengan Datuk. Melihatkan mata Datuk yang berair menahan air mata.

Anggerik menjadi lemah.Sekejap sangat dirasakan Anggerik hidup bersama Ibunya. Tidak puas mengenali lebih jauh. Ibunya telah pergi menemui ilahi. Memori kanak- kanak, tidak semua Jelas dimata Anggerik.

Hanya beberapa kenangan dengan Ibunya yang Anggerik telah ingatkan kembali. Memori bersama Lily itu adalah " Memori Terindah" bagi Anggerik."

" Apa Maksud Datuk!"

Satu keluhan dilepaskan Datuk Mumtaz sebelum sesuatu disingkap dari kenangan Memori tuanya.

Lily dan Mukhlas bercinta, Anggerik ! Hebat. Masing - masing dalam personaliti Dan Aura yang membuatkan kedua- duanya teserlah menjadi tumpuan.

Datuk dengan Opah tiada halangan perhubungan itu Dan Mukhlas Ingin perhubungan dengan Lily melangkah ke peringkat seterusnya. Mereka mahu bertunang..!

Memori tuanya menyingkap kenangan dulu Dan Anggerik masih setia dalam mendengar  cerita yang disampaikan Datuk..!

****

" Apa yang Awak suka pada saya Mukhlas?"

" Tubuh saya?"

" Muka saya?"

" Perwatakan Saya?"

" Atau Kecantikan saya? Mana satu. Tapi saya nak ingatkan Awak Mukhlas. Kalau Awak tersalah jawab. Pinangan Awak saya akan tolak, Serta Merta!"

Mata Dan wajah Lily melihat kearah kekasihnya Mukhlas. Seorang lelaki yang dirindu, dicintai Dan seorang kekasih awal dan akkhirnya. Tiada lain hanya Mukhlas.

" Awak tahukan awak ini manja?"

" Sayang saya?"

" Comel, itu semestinya!"

" Kuat merajuk!"

" kuat sentap!"

" Kuat Makan!" Lagi...hamammammmm..!"

" Mukhlas! wajah Lily telah mencuka dengan tindakan Mukhlas mengutuk dirinya.

" Awak memang nak kena dengan saya kan! Saya nak jumpa Ayah Awak Mukhlas. Saya nak tanya kenapa dia lahirkan Awak yang Jahat mulut dengan saya."

Lily merajuk manja. Tujuan dia hanya untuk mendengar Mukhlas dengan kata - kata Azimat memujuk.

Mukhlas ketawa terbahak - bahak dengan kelakuan Lily. " Yes! Pelan aku berjaya!" Itu kata - kata Mukhlas dalam hati.

" Awak tahu tak Awak ini buruk Kalau menanggis. Itu kelemahan Awak yang Satu Lily. Kuat menanggis!"

" Awak buli saya Mukhlas. Macam mana Saya tak menanggis sampai macam ini!"

" Itu tandanya Awak lemah. Dah tak payah nak menanggis. Saya belum habis bagi jawapan. Minggu depan keluarga saya dah nak datang. Awak nak benda ini tak jadi ke?
Atau Awak nak saya Pinang perempuan lain? Hmmmm Lily?"

" 1, 2, 3......"  Mukhlas membuat pengiraan mengusik Lily.

" Okay Saya tak merajuk lagi. Apa dia jawapannya Mukhlas. Saya nak dengar!"

" Bukan seperti jawapan diatas, macam Awak dengan saya cakap kan tadi!"

" Habis itu Kalau bukan semua jawapan seperti dekat atas itu. Jawapan sebenar dia apa?"

" Lily! Itu jawapan sebenar!"

" Lily? Saya?...Tapi saya nak tahu juga spesifik tentang hal itu. Takkan Lily jer?"

Lily masih tak puas hati dengan jawapan Mukhlas.

" Hai Perempuan? Banyak Songeh! Tak faham Maksud saya." Mukhlas mengetap gigi geram.

Entah kenapa lah Lily ini susah sangat nak faham. Perempuan dengan perasaan susah nak puas. Ada jer benda yang nak dipertikaikan, bagi satu isu. perbincangan panjang berjela- jela.

Jadi lelaki kan mudah, semua hal ambil senang, tak payah serabut otak fikir dua Tiga kali.

" Cepatlah Mukhlas terangkan. "

....Diam..

“Awak yang mulakan tadi. Bagi jawapan tak bernas " Lily!"

“ Saya tak nak lah kahwin dengan awak!" Lily masih memberontak.

" Hah! Buat perangai Lily. Saya suka semua Tentang Awak Lily. Tak perlulah Saya nak terangkan sebab apa.

Kalau Awak nak dengar, pasti pujian itu tak habis dalam Kisah 1001 malam Lily. Awak anugerah terindah dalam hidup saya."

****

.... Seminggu selepas Majlis pertunangan Lily Dan Mukhlas..

" Aku harap engkau bersabar Lily dengan berita ini."

" Bersabarlah!"

" Lily aku tak ada apa nak ucap! Semua ini dugaan Engkau kena terima!" Satu ciuman dikucup diwajahnya.

" Tabahlah Lily! Ini ujian!" Bersama - sama beberapa siri kata - kata semangat pada Lily menerima segala dugaan yang mendatang.

Lily tenang dalam melayan perasaan sendiri. Paling yang tidak disangka semua yang diucapkan sebelum ini benar - benar berlaku dalam hidup dia.

Tak sangka. Dalam usia pertunangan mereka yang masih muda, telah menunjukkan sifat sebenar Mukhlas pada dia.

Lebih menyakitkan hati Lily, Mukhlas menghilang tanpa khabar berita Tentang Kisah itu.

Semua itu buatkan Lily tabah dengan ujian Dan buat keputusan untuk undurkan diri.

Air mata yang jatuh disekat Lily. Dia tidak sanggup untuk mendengar alasan dari Mukhlas.

Kali terakhir lelaki itu memberikan penjelasan, dia hanya menyuruh Lily menunggunya Dan seterusnya Mukhlas, mematikan panggilan tanpa penjelasan yang pasti.

Lily yang teruk merana dengan semua kejadian itu. Dia terkurung dalam menahan kesakitan hatinya, semuanya disebabkan Mukhlas, Cinta mereka telah dicurangi lelaki itu dalam keadaan Mukhlas " ditangkap basah."

Semua perkara itu Jelas diperkatakan Di Media - media masa, memandangkan Mukhlas orang ternama.

Terpalit sama dengan kekotoran itu Tentu saja Lily yang sebelum ini dikaitkan sebagai tunangan Mukhlas. Tapi semua itu hancur selepas tangkapan itu dibuat dan Semalam kejadian Mukhlas Dan pasangan ditangkap dalam keadaan Kedua - duanya tidak memakai apa - apa.

Hancur perasaan Lily waktu itu. Mukhlas yang sebelum ini seorang yang Baik sanggup melakukan perkara terkutuk itu dibelakang dia.

" Apa yang difikirkan lelaki itu? “ Adakah perempuan yang bersama dengan dirinya malam itu tempat persinggahan. Tapi semua itu Tak mungkin! Lily kenal perempuan bersama Mukhlas itu siapa, Dan dia tahu sejarah gadis itu dengan Mukhlas. Mereka pernah bercinta, tanpa Lily tahu perasaan Mukhlas sebenarnya.

******

" Ini saya serahkan kembali Cincin pertunangan kami Datuk. Lily harap hubungan kita tak putus selepas kejadian ini. Jangan salahkan Mukhlas! Dia boleh memilih pasangan Datuk Selagi kami Masih tiada ikatan."

Tenang Lily berbicara, Setiap baris ayatnya tersusun rapi Dan dibicara dengan Indah. Setiap yang mendengar menusuk kedalam hati.

Pada waktu itu Bakal Ibu Mentuanya telah menitiskan Air mata dengan segala yang terjadi dengan jodoh yang tidak kesampaian untuk bermenantukan Lily.

" Iyelah! Tapi Ayah tetap anggap kamu sebahagian dalam keluarga ini Lily. Tiada apa yang berubah. Kamu masih diterima dalam keluarga ini, walaupun apa pun yang berlaku." Pendirian Datuk Mumtaz tetap.

Dilihat Lily hanya menunduk Dan menganggukkan kepalanya setuju.

"Ayah ada permintaan Lily dengan syarat . Dengan persetujuan itu, penolakan hubungan hari ini putus, Dan Ayah harap Lily terima dengan syarat Ayah ini !"

" Apa dia Ayah syarat dia, Lily akan setuju." Tanpa berfikir panjang Lily bersetuju dengan segala syarat yang akan dinyatakan. Bagi Lily lebih Cepat Dia pergi dari rumah itu hatinya akan merasa lebih tenang.

" Ayah mahu hubungan ini kembali terjalin Tapi Kalau bukan dengan kamu Tapi anak kamu Lily dengan Keluarga Ayah. Ayah sangat - sangat harapkan kamu setuju dengan cadangan ini!"

Lily terdiam dengan cadangan Datuk Mumtaz, sebelum matanya kembali dialihkan memandang kearah dua orang Di hadapannya.

" Kenapa Lily? Banyak lagi keluarga yang lain."

Lily Cuba menolak cadangan itu yang dirasakan mengarut.

" Sebab kamu Lily, kamu kami dah Anggap sebagai anak. Tapi perhubungan itu terputus ditengah jalan sebelum dapat terjalin. Kamu anggaplah kami tebus kembali kesalahan kami yang lalu. Kami Takkan sia- siakan hubungan itu." Datuk Mumtaz mengeluh, dia dapat rasakan Lily berat untuk menerima cadangan itu.

" Lily!" Giliran Isteri Datuk Mumtaz pula memujuk. " Tolong setuju, jangan disebabkan kesalahan  Mukhlas kami yang dihukum."

"Kami dah bahagia dengan kedatangan kamu dalam rumah ini. Tapi yang jadi? Kami tak boleh halang. Jangan tarik kebahagian itu Lily." air mata Isteri Datuk Mumtaz mengalir yang membuatkan Lily serba salah untuk menolak.

Sebentar tadi Dia telah membulat dengan keputusan akhir untuk mengelak. Namun melihatkan kesungguhan Kedua - duanya. Lily menjadi lembut hati.

" Lily setuju!" Akhirnya Satu keputusan dibuat Lily disaat akhir melibatkan anaknya nanti. Entah bila perkara itu akan tercapai. Lily sendiri tak pasti dengan takdir yang sedang mempermainkan hidupnya.

****

" Kenapa engkau kahwin Lily? Bukan aku dah cakap sebelum ini. Aku suruh engkau tunggu aku!" Mukhlas mengamuk habis bila dia mendapat tahu tentang perkahwinan Lily dan Johari. Kenalan lama dirinya dulu.

" Benda itu dah terjadi tak perlu patah balik Mukhlas. Saya Cintakan Johari macam mana Awak Cintakan perempuan itu."

" Siapa dia ?"

" Hubungan dia dengan Awak!"

" Sebanyak mana Awak Cintakan dia? Saya dah tak peduli. Hubungan kita putus hari ini Mukhlas. Saya dah jadi Isteri sah Johari. Bukan ditangan Awak lagi untuk buat keputusan!" Lily merenung tajam ke dalam anak mata bekas kelasihnya dulu.

Bagi Lily hal itu mudah. Dia tiada lagi Simpan harapan pada Mukhlas sebaik sahaja hubungan mereka telah diputuskan .

Dia telah cukup merana dengan segala yang jadi. Jadi paling penting Johari telah diterima dalam hidupnya. Dia akan memberikan sepenuh perhatian pada suaminya. Imamnya di masa akan datang.

" Engkau belum dengar semua Tentang penjelasan aku Lily? Engkau belum tahu apa yang terjadi."

" Pengecut! Kenapa sebelum ini awak menghilang? Berbulan saya tunggu penjelasan Awak Mukhlas. Tapi Awak Hilang tanpa dikesan. Mana Awak pergi?"

"Awak boleh fikirkan perasaan macam mana? Awak yang buat semua keputusan tanpa maklumkan pada saya. Awak ingat saya boleh fikir semua tindakan Awak. Cukup Mukhlas, kita ada kehidupan masing - masing. Jangan ganggu lagi hidup saya."

" Awak belum dengar penjelasan itu semua. Saya tahu semua itu dah terlambat Tapi saya nak Awak dengar semua Lily. Saya nak Awak tahu, Sepanjang saya menghilang Saya tak pernah berhenti Cintakan Dan rindukan Awak Lily sepenuh hati saya."

" Terlambat! Mukhlas tiada apa lagi yang boleh diubah. Hati saya dah tertutup buat lelaki lain. Hanya Johari."

" Saya hilang sebab Saya nak siasat siapa yang perangkap saya Lily bukan saya menghilang tanpa sebab."

" Mukhlas ! Tiada apa yang boleh diubah lagi. Sama ada Awak diperangkap dengan dia Atau Awak, kita tak boleh bersama. Apa Awak harap lagi. Saya bercerai dengan Johari kembali pada Awak? Itu yang Awak nak, Mukhlas! Lebih ramai orang yang merana disebabkan kita!"

" Awak kenal perempuan itu siapa Lily? Dia perempuan yang selalu ganggu saya. Tapi saya tak sedar saya diperangkap."

" Tapi Awak tidur dengan dia Mukhlas dalam Awak sedar ataupun tidak. Awak masih bersama dia!"

" Itu bukan kehendak saya Lily, bukan saya yang mahukan itu semua. Awak pun tahu Saya tak pernah sentuh Awak Sepanjang kita bersama. Saya Takkan lakukan semua itu. Awak kena percaya saya Lily. Saya Takkan Curang!" Mukhlas mengeluh dalam diri. Tak sangka semua itu terjadi Dan kini Lily telah menjadi Milik orang.

" Mukhlas saya faham apa Awak nak terangkan. Tapi semua itu tak berguna lagi. Awak kena faham. Kita ada kehidupan masing - masing. Tak perlu Awak nak terangkan. Saya ada Johari Dan Awak dah ada dia."

" Dia jodoh yang telah ditentukan untuk Awak Mukhlas, bukan saya. Sayangi dia macam mana Awak Sayang kan saya. Hidup Awak akan lebih bahagia. Lupakan saya!"

Lily melangkah kearah Johari yang membuat pemandangan serius pada mereka berdua. Waktu itu Lily dan Johari masih dalam acara persandingan.

" Macam mana hal itu dah Selesai?"

" Sudah kita boleh terus kan bersanding. Saya janji semua itu Takkan lagi ganggu perhubungan kita lepas ini." Lily tersenyum memandang Johari. Lelaki yang berjaya bertakhta di hatinya. Untuk berselingkuh dengan lelaki Baik seperti Johari, Lily tak sanggup.

"Lily kenapa engkau buat keputusan sampai macam ini. Kenapa tak tunggu aku !" Mukhlas menghempaskan kasar tangannya, disebalik kesedihan Mukhlas berdendam dengan Irdina. Perempuan yang telah menghancurkan sepenuhnya kehidupan Cinta Dan kehidupan peribadi Mukhlas.

****

" Irdina? Maksud Datuk Mama Mukhriz?"  Anggerik terkejut dengan pendedahan yang baru disampaikan oleh Datuk Mumtaz.

" Irdina! Dia Mama Mukhriz. Tapi Mukhlas tak terima dia dalam keluarga ini. Dia seorang wanita yang Baik bagi Mukhriz Tapi semua sejarah silam dari perkara itu kami rahsiakan dari pengetahuan Mukhriz termasuk berita yang sebelum ini tersebar. Terpaksa kami padamkan.

" Macam mana kehidupan Mukhriz Datuk,  dengan kehidupan Bapa dia dengan Irdina. Anggerik harap segala hal itu  Baik."

" Susah Datuk nak cakap! Mukhlas terlalu bencikan Irdina Dan dia tak peduli pasal Isteri dia sendiri. Mukhriz, Mukhlas Jauh kan diri dia dari Kedua - duanya. Dia tak ambil peduli."

" Mana Ibu Mukhriz Datuk? Rasanya Anggerik tak pernah jumpa dia!"

" Irdina meninggal sebab terlalu tahan perasaan dengan segala kelakuan Mukhlas anak Datuk pada dia. Bukan Datuk tak nasihat Mukhlas, Anggerik. Tapi perangai Mukhlas degil. Mati Irdina waktu itupun dia tak pulang. Dia pulang selepas sehari Irdina dikebumikan. Semua itu Datuk nampak mempengaruhi Mukhriz. Benda itu rosak kan hati Mukhriz Dan perasaan dia.

" Maksud Datuk?" Apa yang jadi pada Mukhriz. Anggerik semakin berminat.

" Mukhriz dah memberontak dalam diri bila Mukhlas kahwin dengan Perempuan lain bila Irdina masih sakit.  Mukhlas tak pernah fikirkan perasaan Mukhriz, selepas dia putus dengan Ibu kamu Anggerik. Kehidupan anak Datuk itu tak menentu. Dia berfoya - foya Dan tak ambil tahu hal anaknya. Mukhriz keseorangan. Dia berdikari sendiri untuk jalani hidup dia."

" Mukhlas tak suka Mukhriz Datuk. Dia tak anggap Mukhriz anak dia?" Tak sangka Anggerik perjalanan hidup Mukhriz sesukar begitu.

" Itu kami pun tak tahu sebab apa! Mukhriz memang anak dia. Tapi Mukhlas masih berdendam dengan apa yang jadi. Dia masih tak dapat terima Irdina dalam hidup dia. Mukhriz dalam hal ini terpalit sama Anggerik."

" Selepas kematian Ibu Mukhriz? Macam mana kehidupan Mukhriz Datuk? Dia hidup keseorangan."

" Tidak lagi ! Mukhriz Datuk bawa tinggal disini  selepas Irdina meninggal. Memang Mukhlas halang, dia nak bela Mukhriz Tapi Mukhriz yang enggan ikut dia. Hubungan mereka berdua renggang sebab layanan Mukhlas.

" Maksud Datuk?"

" Mukhriz tak setuju dengan tindakan Mukhlas madukan Ibu dia masa Irdina sedang sihat. Dia Tentang hal itu habis - habisan Anggerik. Tapi Mukhlas masih berkeras dengan tindakan dia. Dia tak pernah jaga hati Dan perasaan anak Dan Isteri dia."

"Dia tetap terus kan niat itu Dan berkahwin dengan pilihan hati dia Dan tinggalakan Irdina Dan Mukhriz sendiri di sini."

" Tinggalkan? Maknanya selepas kahwin lagi. Mukhlas tak pernah ambil tahu pasal Irdina dengan Mukhriz?"

" Tak ambil tahu hinggalah Irdina meninggal. Datuk dengan Opah kesian dengan Irdina sebab dia terpaksa tahan perasaan dengan sikap Mukhlas pada dia. Tapi kami tak mampu nak Tolong Anggerik. Itu pilihan hidup dia untuk bersama dengan Mukhlas."

" Irdina begitu Cintakan Mukhlas, Tapi kenapa semua itu Bapa Mukhriz tak pernah sedar.!"

" Datuk tak boleh nak jawab hal itu. Tapi Anggerik semua yang jadi dalam hidup Mukhriz tinggalkan kesan mendalam dalam hidup dia. Dia seorang anak yang ditinggalkan seorang Ayah. Dia tak pernah dapat kasih sayang."

" Dia tak dapat kasih Sayang itu. Sebab itu bila dia tahu Tentang Adham dia buat hal macam itu Anggerik. Dia tak mahu Adham kurang kasih sayang macam dia dulu!"

" Oh sebab itu Datuk? Anggerik tak pernah perasankan Tentang hal itu. Patutlah Mukhriz Beria - nak Anggerik balik pada dia. Tapi Anggerik masih tak faham Mukhriz. Kalau Irdina pernah dimadukan sebelum ini. Kenapa Mukhriz masih dalam perbuatan yang sama?” Anggerik melirik Datuk Mumtaz untuk mendapatkan jawapan sebagai seorang lelaki.

Kelihatan Datuk telah Ketawa..

“ Kamu Maksud kan Mukhriz? Tak mungkin Anggerik ! Datuk boleh bagi jaminan Tentang hal itu. Kamu nak tahu sesuatu? Senyuman Dan jelingan Datuk Mumtaz merenung lembut anak mata Anggerik.

“ Datuk pun dulu pernah kena tuduh dengan Mukhriz Curang dengan Opah Kamu. Teruk dia buat cerita pada Opah sampai Opah merajuk lari dari Datuk. Tapi Datuk tak salahkan Mukhriz, mungkin dia masih trauma dengan kejadian menimpa keluarga dia. Maksud Datuk Mukhlas. Kehidupan dia waktu tu kita tak faham. Sebab itu kami manja kan dia Anggerik. Kami ikut semua kehendak dia, tiada apa yang kami halang. Semua disebabkan dia kurang kasih sayang.”

“ Macam mana Datuk pujuk Opah terima semua itu. Macam mana Opah kembali terima Datuk?”

“ Datuk tak pujuk Opah Anggerik. Hati Datuk Kamu ini Keras. Bulan - bulan dia masukkan duit pada Opah, sambil ingatkan tanggungjawab Opah pada dia.”

Opah mengelengkan kepala mengingati sifat Datuk dulu.

“Memang Opah mula - mula dapat berita itu Opah marah sangat. Tapi lepas 3 bulan Opah tinggalkan lelaki tua ini Anggerik. Dia tak kahwin - kahwin dengan perempuan itu. Itu yang Opah pelik!”

Kerutan di muka Opah Kelihatan sebaik sahaja meluahkan..

“ Sebab itu Opah siasat dan Opah tahu siapa yang bersalah.” Opah mendapatkan duduk disebelah suaminya Dan Kedua - duanya saling berpandangan Cinta mengingati kejadian sebelum ini.

“ Awak yang tak cukup faham saya. Buat apa saya pujuk! Saya tahu Awak akan kembali. Wanita pilihan saya akan kembali pada saya tanpa saya buat sesuatu. Naluri saya kuat!”

Opah kelihatan tersenyum riang..

Bicara Datuk yang dirasakan romantik pada Anggerik. Mereka berdua pasangan yang memahami hati Dan perasaan diri pasangan masing - masing. “ Tapi aku? Aku baru kenal Mukhriz Dan tahu Kisah silam Mukhriz hanya pada hari ini!”

“ Siapa Perempuan itu Datuk yang Opah sebutkan dulu”.

“ Kamu tak kenal dia Anggerik, dulu dia bekerja Di syarikat Datuk. Tapi disebabkan mulut orang Dan Mukhriz yang percaya khabar angin itu. Masalah mula timbul Dan bila Opah dapat tahu kamu tahulah marah perempuan macam mana. Kebetulan Opah dengan Mulhriz bergabung pulaukan Datuk.” Sekali lagi Datuk ketawa.

“ Pap!opah menampar Datuk yang terlebih sikap pagi ini ketawakan kelakuan dia dulu.”

“ Awak ini sakitlah saya. Tengok Anggerik Mana tak kematu badan Datuk ini. Laju jer tangan Opah kamu ini sakitkan Datuk!”

“ Gelak banyak sangat saya bagi sedar.!”

Opah masih dengan wajah cemberut Di mukanya dengan reaksi Datuk.

“ Sudahlah ! Awak dah tua Kalau tengok dia Adham cicik Awak tu wajah Awak macam ini. Bertahun tak sudah Adham gelakkan awak!”

Ketawa Datuk semakin kuat bersama dengan pukulan kuat Opah ditubuhnya.

Anggerik juga ketawa dengan reaksi Opah Dan Datuk yang bermesra. Kemesraan yang Anggerik rasa akan semakin menghilang dalam hubungan dia dengan Mukhriz.

Wajah Anggerik kembali sayu tiba - tiba disebalik ketawa Anggerik..

Kedua - dua pasangan tua itu pula menjeling sesama sendiri melihat kearah Anggerik yang tiba - tiba beruabah reaksi.

“ Kenapa Anggerik? Ada yang kamu nak bincangkan. Nampak sangat kamu dengan Mukhriz bermasalah. Kalau pasal perempuan Anggerik, percayalah Mukhriz Takkan berani untuk Curang dengan kamu.!” Datuk Mumtaz meluahkan apa yang dia Syak semalam.

Air mata Anggerik mengalir di pipi. Dia Cuba menahan Tapi Air matanya laju. Mungkin Sebab emosi Anggerik yang berbadan dua mempengaruhi Anggerik.

“ Anggerik jumpa Mukhriz dengan Sherry. Dia nafikan hal itu Tapi Anggerik dapat rasa mereka berdua ada hubungan.

Tangisan Anggerik semakin hebat..

“Mukhriz keluar Satu bilik dengan Sherry. Mereka mengelak dari jumpa Anggerik. Kalau Sherry tak keluar? Sampai sudah Mukhriz tipu Anggerik Datuk.

“ Anggerik sebenarnya pening nak buat keputusan dalam hidup Anggerik. Kalau Anggerik tak mengandung, Anggerik akan biarkan Mukhriz pilih Sherry Dan Anggerik
kembali pada Adam.!”

“ Anggerik!”

Suara Mukhriz bergema dibelakang mereka. Bersama Datuk Mumtaz Dan Opah yang ternganga dengan pengakuan Anggerik.!”

“Adam ?” Kedua - dua pasangan tua itu saling berpandangan. Siapa Adam yang mereka tak tahu dalam hidup Anggerik.

“Kekasih Anggerik?” Kedua- duanya memandang kearah Mukhriz yang telah menghala kearah Anggerik. Dengan Wajah Mukhriz yang tegang, mereka dapat rasakan ketegangan dalam hubungan mereka berdua..

Plssss Komen.. Silent Readers pls Support Anggerik 2..

.... Luv PB...

Share this novel

Iznawati ahmad
2020-08-27 09:59:55 

Ayo x tahu

Kalsum Jeng
2020-03-04 19:52:37 

nice novel i like it

Sh arreyanawati 79
2019-10-18 01:44:50 

more please


NovelPlus Premium

The best ads free experience