Bab 32 (A2)

Romance Completed 306520

" Kita nak pergi mana?" Roselle ceria sambil menyarungkan sepersalinan perhiasan permata Ruby dileher sambil dibantu oleh Terry disisi.

" Jumpa keluarga aku tapi aku nak engkau ikut beberapa syarat tambahan dari yang aku cakapkan semalam." Terry memandang Roselle dengan pandangan wajah yang serius.

" Semalam syarat yang Awak cakap tu tak cukup lagi?" Roselle memberikan Senyuman manis. Tak faham dengan sifat Terry yang Seakan gelisah dari semalam. Bukan kebiasan bagi Terry.

" Aku tak nak engkau buat silap. Aku tak mahu segala yang kita rancangkan tidak berhasil." Terry berterus terang.

" Awak dah biasa bawa Teman wanita Awak sebelum ini? Apa yang Awak nak takut, pengalaman itu tetap sama, Tapi kenapa Awak yang mengelabah bukan saya Terry?" Roselle tergelak kecil dengan kelakuan Terry pagi ini.

" Terpulang Tapi Kalau ada yang bertanya jangan cakap sebelum aku benarkan. Isyarat Anggukan ingat itu" Terry memberikan arahan.

" Awak dah pesan saya banyak kali. Masuk yang ini dah 10 kali." Roselle membuang pandang ke luar jendela.Dalam hati Roselle tergelak kecil.

" Apa yang ada diluar tu?" Pandangan Terry turut teralih pada pandangan Di luar jendela bersama pandangan Roselle.

" Saya Selalu bermimpikan bunga tergantung Di Birai jendela ini Terry. Rasanya Orkid Tapi sejenis bunga seperti itu. Saya teringin!" Roselle menyampaikan keinginan dirinya.

Hati Terry tak sedap hati. " Bunga apa Awak maksudkan?" Terry bertanya.

" Saya tak pasti? Tapi bunga itu Cantik. Awak ada apa - apa klue Tentang itu. Mana tahu Saya boleh ingat Tentang itu." Roselle mencuba meminta bantuan dari Terry.

" Aku akan carikan bunga macam yang Engkau nak tu. Dia bunga liar ker?" Sengaja Terry berkias walaupun Dia telah tahu bunga apa yang selalu masuk dalam mimpi Roselle.

" Betul Awak akan carikan. Wajah Roselle berubah ceria" Segala permintaan darinya dipenuhi segalanya oleh Terry.

" Kita Selesaikan hal keluarga aku dulu. Lepas itu aku tunaikan permintaan itu!" Terry mengemaskan pakaian ditubuh sebelum meninggalkan Roselle sendiri.

" Semoga hari ini bertuah Dan keluarga Daddy boleh terima kita. "Perut yang membunyut diurut untuk menenangkan anak dalam kandungan.

****

Adam terlewat hadir pada perjumpaan Keluarga. Seorang Demi seorang Ahli Keluarga diperkenalkan Terry kepada keluarganya dengan Roselle.

Kehadiran Roselle membuatkan semua Ahli keluarga Terry gembira lebih - lebih lagi Ahli Keluarga perempuan Terry memandangkan Roselle yang telah berbadan dua.

Roselle dibawa Maddy ke ruangan dapur untuk bersembang tanpa pengetahuan Terry. Sebelum Berpisah Roselle tidak lupa dengan syarat Terry sebelum ini.

Dengan kebenaran dan anggukan dari Terry, baru lah Roselle berani mengikut Terry.

" Maddy!" Senyuman Maddy yang manis membuatkan perkenalan mereka berdua menjadi mesra.

" Roselle" giliran dia pula perkenalan diri.

" Kita pernah berjumpa sebelum ini! Maddy Ingin mengingati sesuatu. Cuba menilai jika mereka berdua pernah bersua sebelum ini.

" Mungkin pelanduk dua serupa!" Roselle meneka. Rasanya dia tak pernah menemui keluarga Terry. Itu adalah pengalaman pertama.

" Maddy tak perlu terkejutkan tetamu." Mommy menyedarkan Maddy dengan kelakuan anaknya. Takut tetamu tidak selesa dengan kelakuan Maddy.

“ Bukan ! Tapi Mommy tak rasa ke yang Roselle ini macam seseorang kenalan lama kita. Tapi sekarang nama dia Maddy tak ingat lagi.” Maddy meneruskan meneka.

Mata Mommy Sekali lagi memandang kearah Roselle cuba sekali lagi menilik wajah Roselle seperti yang dikatakan Maddy!

Kening Mommy berkerut melihat kearah Roselle Dan Maddy. Belum sempat Monmy berkata......

“ Heiii kenapa? Apa yang berkerut sangat Mommy?”Terry muncul sambil memberikan pandangan tajam ke arah Roselle.

Pemikiran Mommy terus terhenti mengingatkan seseorang. Dia mengambil langkah mudah untuk me Lupakan semua itu.

“ Terry Kebetulan Kamu kesini. Nah angkat makanan ini bawa ke meja hidangan.” Mommy memberikan arahan Jelas kepada anak lelakinya.

“ kenapa tak suruh pembantu?” Terry bertanya tapi tangan cepat mengapai mangkuk makanan yang dihulurkan Mommy.

“ Tak ada beza Terry? Pembantu Atau anak lelaki Mommy.Makanan itu akan sampai Di meja hidangan untuk santapan Keluarga kita.” Mommy sempat menjeling kearah Terry.

Maddy telah Tersenyum sinis Kepada Terry dengan arahan dari Mommy.

“ Mommy! Puteri pemboros Adam Mommy biarkan dia Dekat sini tak buat kerja. Mommy patut ajar dia memasak Kalau tak nak Sebastian cari gadis muda yang baru, bergetah Dan tentunya Cantik berjuta kali dari Maddy.” Terry menyakat adiknya sambil bersahaja Tersenyum kecil melihat wajah cemberut Maddy.

“ Abang Terry jangan melampau! Atau segala rahsia Abang Terry, Maddy ceritakan semua pada Kak Roselle!” Maddy mengugut sambil muka cemberut masih belum menghilang.

“ Engkau nak ugut aku Maddy?Jangan sampai aku perkenalkan gadis perang pada Sebastian. Adik ipar kesayangan aku tu!” Terry masih belum mengalah.

Perlakuan mereka berdua Hanya mendapat gelengan dari Mommy yang dah tak tahu cara bagaimana untuk hentikan segala perbalahan mereka dua beradik.

Perbalahan mereka berterusan hinggalah Adam muncul terburu - buru bagaikan Terdapat sesuatu yang cemas telah berlaku.

“ Abang Adam tengok Abang Terry malukan Maddy depan Roselle.” Maddy merengek kepada Adam.

Sebaik nama Rosella disebut kan Adam mengalihkan pandangan kepada perempuan yang membelalakangkan dirinya.

“ Roselle?” Adam mengalihkan pandangan kepada gadis berambut perang yang sedang sarat mengandung dibelakangnya.

Perasaan Adam berdebar Sebaik mata Adam melihat seraut Senyuman di bibir wajah perempuan yang menjadi Pasangan Terry.

“ Saya Roselle!” Roselle dengan berani memperkenalkan diri. Entah kenapa perasaan Roselle selesa Dan tenang dengan kehadiran Adam.

Jauh berbeza dari perspektif dari penerangan Terry sebelum ini. Siapa Adam? Kenapa hati aku rasa tenang dekat dengan dia?” Tanpa tak sengaja Roselle menghulurkan tangan ingin berjabat.

Adam terkejut dengan impak dari personaliti pasangan Terry . Roselle ternyata dapat memukau Adam Tapi dalam cara yang berbeza.

“ Terry tak beritahu aku tak Salam wanita bukan muhrim bagi aku?” Suara Adam nampak kasar dari pendengaran Tapi sebenarnya dia tegas dalam arahan.

Roselle tercengang !Dia tak Salam perempuan? Tapi kenapa Terry tak pernah cakapkan pasal hal ini? Kenapa mereka berdua, jauh berbeza?” Persoalan Dan permainan perasaan Roselle dikejutkan dengan perbezaan Terry yang Kaki perempuan Dan Adam yang tak sentuh perempuan.

“ Maaf Saya tak tahu yang Abang Adam Gay!” Roselle sengaja membuat spekulasi . Dia mahu mendapatkan jawapan kenapa Adam tidak Salam perempuan Dan tidak bersentuhan.

Maddy Ketawa bagaikan orang gila dengan bicara spontan dari Roselle kepada abang sulung mereka” Gay”. “ Habislah Terry Kali ini jika Adam mengamuk dengan bicara Roselle berkenaan bahagian sensitif Adam”

“ Gay?” Adam kerutkan kening dan berjalan kearah Roselle tanpa jarak. Dalam hati Adam Dia telah tidak senang dengan kelakuan Roselle yang menuduhnya bernafsu begitu.

“ Kalau aku tak sentuh perempuan engkau kata aku Gay? Tapi lihat apa yang Jadi pada tubuh engkau bila lelaki Dan perempuan bersentuhan?” Adam menjeling kearah Terry.

Apa Maksud abang Adam? Roselle mengerutkan kening. Tak faham dengan maksud Adam.

“ Bagaimana engkau boleh mengandungkan anak dia sedangkan kamu berdua belum ada ikatan?”

“ Kami bercinta!” Cepat jawapan Roselle menjawab soalan Adam.

“ Engkau pasti Tentang hal itu?” Adam licik dalam membuat helah dalam perbalahan dengan Roselle.

“ Apa Maksud Abang Adam? Roselle semakin tak sedap hati. Pandangan Dan kelakuan melihat kearah Terry yang hanya memerhati dari jauh tanpa membantu.

“ Lelaki yang Cintakan perempuan dia akan bawa kearah kekeluargaan? Tapi aku tak salahkan engkau Kalau kata - kata aku ini tersilap. Tapi Pastikan dulu lelaki itu Cintakan kita. Engkau pasti?”

Kata - kata terakhir Adam buatkan Roselle terdiam. Panahan mata Roselle penuh dengan persoalan kearah Terry. Namun Terry tiada sebarang riak.

***

“ Aku akan bertolak Terry petang ini. Ada perkara yang perlu aku uruskan disana.” Adam beriaksi bersahaja dengan pandangan mata terarah kepada Terry.

“ Bila abang Adam dapat berita ini?James mencelah.

“ Baru sebentar tadi!” Entah kenapa pandangan mata Adam masih tertumpu kearah Roselle. Wanita itu menarik matanya dengan sesuatu.

“ Aku ikut lepas aku uruskan urusan Dekat sini.” Terry memberikan jaminan bersama jelingan kearah James.

“ Aku harap kita sempat sebelum semua itu terjadi.” Adam memberikan pendapat bersama makanan bersama keluarga memenuhi ruangan meja makan,

“ Tak sangka kan Kak Anggerik boleh terima semua tu. Lebih - lebih lagi dia pun sarat macam Kak Roselle.” Maddy memberikan pendapat.

“ Maddy Engkau jangan sibuk!” Terry tiba - tiba angin bila adiknya menyebut Sebaris nama yang sebelum ini dirahsiakan dari pengetahuan Roselle.

" Anggerik?” Roselle mengejutkan semua orang Di meja hidangan.

“ kenapa Kak Roselle dengan Anggerik?” Maddy tidak peduli kan amaran Terry.

“ Apa Maksud Anggerik?” Roselle mengerutkan kening. Telah beberapa kali dia bermimpi memanggil nama Anggerik Dan bunga yang muncul dalam mimpinya.

“ Dia..!”

“ Maddy sudah jangan bincangkan lagi hal itu. Jaga perasaan Abang Adam!” Terry mencari alasan. Jika dibiarkan, Dia takut dengan ingatan Roselle.

“ Sorry!” Maddy menghentikan bicara.

“ Kita bincangkan hal itu Di bilik bacaan. Apa tindakan kita?” Adam termenung jauh mengingatkan sesuatu dari perbualan sebelum ini.

“ Siapa yang maklumkan pada Abang Adam?” James menghentikan perbualan dengan persoalan yang Hanya Adam ketahui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience