09

Romance Completed 306520

**** Terasing****

“ Anggerik, hei. Bahu Anggerik dipegang Jun lembut, mengejutkan gadis itu yang sedang tertidur keletihan.”

“ Jun”, mata Anggerik yang mengecil dicuba untuk dibuka dengan paksa. Kepenatan semalam menyukarkan Anggerik untuk melelapkan mata. Dengan masalah yang berpunca dari Mukhriz membuatkan kepala Anggerik masih serabut dengan masalah.

“ Aku dah sampai, engkau bolehlah balik dulu, berehat. Biar aku ganti engkau dekat sini Anggerik, jagakan Mikha.”

“ Tak perlu Jun aku boleh jagakan Adham lagi.” Anggerik membantah, masih berkeras kerana dilihat Anggerik, pagi ini Adham masih belum terjaga.

“ Anggerik dengar cakap aku, engkau berehat dekat rumah. Tidur secukupnya, bersihkan diri. Engkau nak ker Mikha lihat engkau serabai macam ini.

Bersihkan diri engkau dulu, dah seharian engkau tak makan, Mandi Anggerik.
Aku Janji Kalau Mikha dah sedar, aku panggil engkau Segera.
Aku janji, dengar nasihat aku.” Jun tak berhenti membebel.

“ Kenapa engkau baik sangat dengan aku Jun, aku dah banyak terhutang budi dengan engkau. Rasanya segala jasa engkau dengan aku, pada Adham tak terbalas seumur hidup aku.”

“ Aku dah cakap kan sebelum ini, jangan ungkit apa yang aku dah Tolong engkau Anggerik. Engkau kawan aku, sahabat Aku. Kita dah lama kenal. Siapa lagi nak jaga engkau Kalau bukan aku.

Siapa..? Sponge Bob ?” Jun buat lawak untuk gembira kan hati hati Anggerik yang masih risaukan tentang Mikha.

Dia juga risaukan risaukan Mikha, Tapi dia kena kuat demi Anggerik.

Dia faham perasaan itu, perasaan seorang Ibu yang risaukan keselamatan Dan Kesihatan anaknya. Dia juga Sayang kan Mikha seperti anaknya. Anggerik Dan Jun kedua- duanya Ibu Dan Bapa bagi Mikha. Mereka tidak mahu Mikha kekurangan kasih sayang seorang Bapa.

“ Anggerik ada sesuatu nak bincang dengan Jun pasal Mukhriz.” Anggerik kena berterus terang dengan segala perancangan Mukhriz terhadapnya Dan Adham. Wajah redup Jun direnung, wajah yang tenteramkan hidupnya. Sanggup ker dia nak tinggalkan Jun seorang?”

“ Huisssssh, Tak payah bincang lagi pasal lelaki itu Anggerik, nanti buat serabut Dan pening kan fikiran engkau. Engkau balik dulu, bersihkan diri, makan Dan tidur. Jun dah siapkan makanan Dekat rumah. Engkau jangan lupa makan sebelum tidur. Nanti tak pasal - pasal engkau pula yang ganti kan Mikha dekat sini. Balik Anggerik.!”
Suara Jun tegas memberikan Arahan kepada Anggerik menerima cadangannya.

“ Iye Jun, aku balik Tapi janganlah halau aku Dekat sini. Anggerik tunjuk muka cebiknya bila Bahu Anggerik ditolak Jun kepintu.”

“ Balik sekarang, Engkau Kalau aku tak paksa memang degil Anggerik, nasiblah Mikha tu banyak ikut perangai aku, baik, kalau tak Jenuh aku nak melayan karenah dua - dua ini dalam rumah tu.”

“ Jun,”... Anggerik terdiam Tentang perkara itu, langkah hanya menurut laluan ke pintu.. Rumah yang disebut kata oleh Jun sebentar tadi mengingatkan dia kembali kepada Mukhriz. “ Pindah”.
Muka Jun Anggerik pandang lama, Tanpa dia berkata apa - apa, hanya terdiam, Dan tubuh Jun Anggerik peluk dalam pelukannya.
“ Kalau engkau tahu aku dengan Adham akan berpindah dari rumah kita Jun, agaknya engkau akan layan aku macam ini lagi tak dengan Adham.” Anggerik berbisik ketelingga Jun, air matanya gugur lagi.
Hatinya tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada Jun isu tu.

“ Engkau cakap apa ini, dah - dah jangan nak mengarut, tak ada siapa boleh halang engkau duduk dengan aku Anggerik. Pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk engkau dengan Adham.”

Wajah Anggerik Jun pandang pelik.
Jun dapat rasakan sesuatu dari luahan bisikan Anggerik, Tapi dia tidak mahu emosi itu mengganggu dirinya. Dia perlu kuat dihadapan Anggerik, kerana sahabatnya waktu ini, emosi Dan perasaannya sedang lemah dengan apa yang telah terjadi pada Mikha anak mereka.

“ Aku pergi dulu,” air mata Anggerik diseka sebelum dia pergi, berharap Jun tidak menyedari lepas sikap dia sebentar tadi.

Air mata Anggerik masih terus mengalir sepanjang perjalanan dirinya keluar dari hospital, beg tangannya dibuka untuk mencari sesuatu. Kunci kereta diambil Dan enjin dihidupkan Setelah dirinya berada dalam kenderaan itu.

“ Hmmmm, Anggerik melepaskan keluhan, baru sebentar tadi dia melihat keadaan Datuknya yang masih Dalam keadaan tenat, pernafasan Datuk Mumtaz masih dirasakan Anggerik memberat. Punah harapannya bila Anggerik melihatkan keadaan penyelamatnya lemah sebegitu. “ Datuk Anggerik datang, Tolong kuat. Tangan lelaki itu dipegang Dan dicium untuk memberikan kekuatan kepada Datuk Mumtaz untuk kembali pulih Seperti Kesihatan tubuhnya sebelum ini.

“ Slrutppppppppp, langsir pink dikeliling kawasan katil terbuka, muncul seorang Jururawat Cantik disitu memandang kearah Anggerik sambil tersenyum.

“ Maaf Cik Saya menganggu. Sekarang tiba masa lawatan Doktor Pakar Dan masa kami ambil rawatan. Mohon keluarga pesakit tunggu diluar.” Lembut sahaja Jururawat muda itu memberikan Arahan kepada Anggerik, memaklumkan tentang masa pemeriksaan Kesihatan Datuk Mumtaz telah bermula.

“ Macam mana dengan keadaan Kesihatan pesakit Nurse.” Anggerik memandang jururawat dihadapannya, memberikan sepenuh perhatian.

“ Melalui rekod yang ditulis Doktor dalam laporan ini, keadaan pesakit Alhamdulillah beransur sembuh.” Jururawat kembali Senyum kepada Anggerik.

Anggerik kembali Senyum kepada Jururawat yang bertugas. “ Terima kasih, Anggerik membalas.”

Dia melangkah keluar dari Wad itu. Tujuan seterusnya dia perlu kembali kerumah untuk membersihkan diri, tidur bagi mengurangkan lelah sebelum dia akan Segera kembali melihat Adham.

*******

“ Opah dah siap ker ?” Baju t- shirt disarung ketubuh Di hadapan Pintu Bilik Opahnya.

Plak, Pintu bilik terbuka.

“ Dah Mukhriz, Jom kita pergi. Tapi ingatkan Opah Bekas dekat dapur itu untuk Adham dengan Datuk kamu.”

“ Opah Bawa Bekal apa untuk mereka,” baju ditubuhnya dibetulkan Dan ditarik untuk kemas ditubuhnya.

“ Mari kesini opah Tolong kamu Mukhriz, pusing belakang.” Tangan tua itu memusingkan badan cucunya sambil baju cucunya ditarik untuk kemas dibahagian belakang.

“ Kan senang Kalau kamu ada bini dekat sisi kamu Mukhriz. Tak lah terkebil - kebil kamu nak betulkan baju. Ada Isteri kamu tak hargai, Inilah yang jadi.” Opahnya sempat memerli, Mukhriz.

“ Nanti dia akan sentiasa ada disisi Riz, untuk bantu Riz.” Perlian Opah dibalas dengan bersahaja. “ Jom Opah Kita dah lambat ni . Nanti Riz nak pergi pejabat lagi. Ada hal mustahak.

Langkah tuanya terhenti.

“ Apa Maksud kamu Mukhriz.” Wajahnya tercengang dengan kenyataan dari Mukhriz Dan langkahnya dihentikan dari mengikuti langkah cucunya.

“ Anggerik dan Adham akan tinggal dengan Riz Dekat sini.” Riz lupa nak beritahu Opah semalam.”

“ Hah ! Terkejut Opah, sesuatu yang dia tidak sangka. Riak Dan reaksi Riz pun dia tahu, yang cucunya paksa Anggerik. “ Apa yang engkau buat Riz.” Nada Opahnya menyirap dengan kelakuan cucunya, Tapi tak sangka sampai macam ini tindakan cucunya pada Anggerik.

“ Riz buat apa? Bukan selama ini, perkara ini yang Opah dengan Datuk nak dari perkahwinan Riz. Itu belum lagi Riz belum buat apa - apa tindakan pada Datuk dengan Opah yang selama ini rahsiakan pasal Adham pada Riz. Tak sangka Opah dengan Datuk, rahsiakan anak kandung Riz , sedangkan budak itu ada depan Riz selama ini. Tiga tahun rahsia tu Opah dengan Datuk simpan.
“ Semua Sebab Anggerik, perasaan Riz tak siapa pun peduli.?”

“ Kamu tak fikir ker salah kamu Riz pada Anggerik selama ini. Kamu yang tinggal dia, kami kena hormat Anggerik dengan keputusan dia. Kalau kamu ditempat kami, apa yang kamu akan buat?”. Jangan kacau Anggerik lagi Mukhriz. Lebih baik Riz lepaskan dia, dia banyak merana semua Sebab kamu.

“ Anggerik akan tinggal sini Opah dengan Adham. Riz akan buat Anggerik dengan Adham tinggal sini secepat yang mungkin. Opah Tolong uruskan perkara itu.
Bilik untuk Adham.”

Opah hanya mampu mengelengkan kepala, segala nasihat waktu ini Takkan diterima oleh Riz, dia anggap rahsia itu kemenangan untuknya membuat keputusan segala yang berlaku akan datang. Degil”. Itu fikiran Opah pada Mukhriz.

“Keputusan Riz Muktamad. Sekarang Masa Riz dengan Adham, Riz Takkan buang masa Riz lagi. Adham kena tinggal dengan Riz.”

“ Kamu nak pisahkan Anggerik dengan anak dia." Itu yang kamu nak Mukhriz. Opah rasa Anggerik Takkan setuju dengan cadangan kamu. Kamu jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkan juga perasaan Anggerik.”

Wajah Anggerik yang bermata Hazel itu kembali dalam Fikiran tuanya, macam mana dengan penerimaan Anggerik nanti dengan keputusan gila Mukhriz..

“ Anggerik dah setuju.” Wajah Opahnya dilihat, menunggu reaksi Opah akan perkara itu.

“ Anggerik setuju.!”
Sekali lagi Opah Mukhriz terkejut. “ Apa yang Kamu cakap dekat dia Mukhriz?” Opahnya tidak percaya dengan Mukhriz, dia tahu Mukhriz mesti lakukan sesuatu untuk ugut Anggerik tinggal bersama dengan mereka.

“ Riz mengaku salah Riz sebelum ini dengan Anggerik, Riz nak betulkan segala, semua kesalahan itu.” Kalau itu yang Opah nak dengar.” Riz mengeluh sendiri, Tapi itu perkara yang benar buat dirinya waktu ini. Masa akan datang dia akan fikirkan kemudian. Dia tak tahu lagi perangai Anggerik sebenarnya. Tiga tahun berpisah, segala kemungkinan boleh terjadi.

“ Buktikan Mukhriz, jangan kamu pandai cakap jer.” Opahnya menghempas kasar pintu, keluar.. masih tidak berpuas hati dengan sikap cucunya yang suka memaksa bila membuat keputusan. Lebih - lebih lagi Mukhriz yang dia tahu sikap degilnya yang tiada siapa boleh halang.

Riz memgikut langkah Opahnya yang meninggalkan dirinya. Dilihat tubuh Opah telah duduk dalam keretanya. Dia tahu Opah tengah marah dengan diri dia.

Tapi dia diamkan sahaja, melayan perasaan orang tua itu. Perempuan itu dia terlalu Sayang, sekejap lagi bila marah Opah telah reda, barulah dia akan mengambil langkah untuk memujuk. Memujuk Opah untuk setuju dengan cadangannya untuk Anggerik Dan Adham tinggal bersama. Dia ada jalan untuk itu.

******

Mereka telah tiba Di hospital. Tempat pertama yang mereka lawat adalah bilik rawatan Datuk. Terlihat dimata mereka Datuk Mumtaz telah membukakan mata Dan keadaannya telah stabil.

Paling gembira tentulah Opah yang ceria kembali hatinya, melihat pasangan hidupnya telah pulih. Langkahnya dilajukan untuk menemui suaminya.
“ Abang, Alhamdulillah abang dah sedar, Saya bawakan bubur untuk abang. Abang dah makan.?” Wajah kerisauan Isterinya masih jelas kelihatan dimata Datuk Mumtaz, Tapi wajah kerisauan isterinya disembunyikan dengan senyuman ceria diwajahnya.

“ Datuk , tangan datuknya dipegang dalam gengaman Mukhriz.Pandangan lelaki tua itu beralih pula kepada cucu lelakinya.

“ Aku sihat lagi, belum mati.” Masih lemah suara Datuk Mumtaz menjawab soalan keduanya. Matanya terarah ke bekal yang dibawa oleh isterinya.

Kedua - dua mata Isteri dan cucunya salin berpandangan, saling melepaskan Maksud masing - masing pada kenyataan lelaki tua itu tadi.

“ Adham macammana..? Suara lemahnya kembali dengan soalan. Kerisauan dalam hatinya masih jelas untuk cicitnya.

“ Adham stabil Datuk, semalam Riz dah lawat Adham. Anak Riz okay, dia kuat macam Datuk dia.” Riz memberikan kata semangat, Walaupun dia sendiri tak pasti dengan Kesihatan Adham.

Semalam dia tinggalkan Anggerik Dalam keadaan Adham masih belum sedar. Pagi ini dia belum lagi melawat anaknya, dia Dan Opah terus melawat kesini, Datuknya.

“ Budak tu memang kuat, macam Anggerik. Pandai Anggerik jaga Dan asuh Adham selama ini.” Suara perlahan Datuk yang masih memuji Anggerik, Walaupun dirinya masih sakit.
Timbul perasaan tidak puas hati dalam diri Mukhriz. Semua perkara yang baik hanya terletak pada Anggerik Dan diri dia sebaliknya dimata Datuknya.

“ Saya sediakan makanan untuk abang, abang kena malam sikit untuk Kesihatan abang. Jangan banyak bergerak lagi. Abang berehat jer atas katil itu.” Wajah Mukhriz dipandang Opah, dia dapat rasakan Mukhriz Terasa dengan maksud suaminya sebentar tadi.

Kalaulah Suami dia tahu tentang perancangan Mukhriz pada Anggerik. Wajah sakit suaminya direnung kembali oleh Opah. Mesti sakit balik suami dia. Opah juga tiada pilihan, dari melihat suaminya sakit kembali lebih baik dia Jauh kan Mukhriz dari Datuknya, Sehingga Kesihatan suaminya benar - benar sembuh. Anggerik akan dia bincangkan perkara itu kemudian.

“ Mukhriz mari Tolong Opah sediakan makanan untuk Datuk” Langkah Opah Segera menuju kearah singki Dan bubur dikeluarkan untuk diletakkan kedalam mangkuk yang telah tersedia di atas meja.”

Langkah Mukhriz diatur mengikut langkah Opahnya kesitu, melihat segala kerja - kerja yang dilakukan tubuh tua dihadapannya,Opah.

“ Kamu jangan beritahu pada Datuk pasal hal Anggerik dengan Adham pindah Dekat rumah itu. Tunggu sampai Datuk sembuh sepenuhnya Mukhriz, Opah takut nanti Kalau berita itu sampai pada dia, takut Kesihatan dia terjejas lagi. Kamu faham maksud Opah kan.”

“ Banyak sangat rahsia dalam keluarga kita ini Opah, Riz boleh tunggu Tapi lambat laun Datuk dapat tahu juga hal ini. Kalau bukan dari Riz pun, orang lain Opah.” Idea Opahnya Dirasakan Mukhriz kolot, semua perkara nak dirahsiakan, Termasuk Adham. Lihat lah kesan dia sekarang. Kesan pada Adham, Datuk Dan diri dia. Semua Sebab Rahsia.

“ Iye, Opah tahu apa kamu nak fikir, Tapi kamu tengok lah keadaan Datuk kamu tu, kasihan sikit pada dia, pada Opah ini Mukhriz.

Tengok dia lemah macam itu. Opah tak sampai hati. Keputusan kamu itu drastik sangat, aku yang sihat ini pun terkejut. Inikan pula Datuk kamu yang sakit Sebab serangan jantung. Opah takut Datuk kena serangan kali Kedua. Mukhriz pun dengar apa kata Doktor kan.?” Opahnya memujuk Mukhriz, berharap Mukhriz Boleh mendengar katanya.

“ Mukhriz fikirkan dulu Opah, Mukhriz nak lawat Adham Dekat wad nak lihat keadaan Adham macam mana. Nanti Mukhriz datang balik.” Mukhriz melangkah meninggalkan Datuknya yang dilihat telah berehat kembali.

“ Mukhriz”. Suara Opahnya memanggil.
“ Ini kamu terlupa, makanan untuk cicit Opah. Kejap lagi selesai Opah bagi makan Atuk, Opah kesana lihat Adham. Kamu jangan buat bukan - bukan pada Anggerik.” Mata dijegilkan memberikan amaran.

Mukhriz tersenyum dengan reaksi Opah, “ Apa pula tak boleh Opah, bini Rizkan.” Sengaja dia mengusik Opahnya sebelum tubuhnya pergi, menghilang.

******

“ Ini ada bubur Opah buatkan untuk Adham,” Mukhriz menghulurkan huluran bekas makanan Dan diletakkan di atas meja Di ruangan tepi katil Adham.

Jun hanya merenung tubuh lelaki itu berdiri dikatil Adham, selepas meletakkan makanan tadi. Mukhriz, Suami Anggerik kini berada dihadapannya. Pertama kali dirinya melihat Dan bersemuka dengan lelaki itu.
Kejadian semalam dikedai dia sekadar menjadi pemerhati dari jauh. Waktu itu dia tak tahu lelaki itu Suami Anggerik, sahabatnya.

“ Engkau nak tenung aku berapa jam lagi ? Ada masalah dengan wajah aku. Tubuh Mukhriz dialihkan memandang kearah Jun.

Kurang Asam Betullah Si Mukhriz ini, memang padanlah selama ini Anggerik benci sangat dengan dia. Perangai dia. Ya. Allah, kenapalah lelaki macam ini wujud dekat bumi ini, perasan habis aku tenung dia. Tak tahu ker aku Ini Sebenarnya Benci dia. Jun merengus geram dengan sikap Mukhriz kepadanya sebentar tadi.

“ Jangan nak perasan sangat Mukhriz saya pandang Awak. Saya cuma lihat lelaki yang tinggalkan sahabat saya yang Cantik itu dulu. Tiga tahun lelaki itu kerugian, kasihan dengan nasib awak Mukhriz.” Jun membalas perkataan Mukhriz untuk menyakitkan kembali hati lelaki itu. Benci! Benci ! Benci. Macam manalah engkau boleh hadap lelaki ini dalam 1 hari Anggerik?” Jun mempersoalkan perkara itu.

Dia yang baru pertama kali berbual, tak sampai saat pun dah jatuh Benci. Anggerik apatah lagi.

“ Anggerik dah ceritakan dekat engkau pasal hal pindah itu?
Lama sangat masa aku Rugi Sebab diakan Dan nasib aku dengan Anggerik selepas ini.
Aku tebus balik semua kerugian itu. Jun, Bagus Idea engkau itu. Bernas ..?” Mukhriz Senyum sinis dengan Jun, nak lawan dia.
Dia ada Kuasa Veto Adham untuk perangkap Anggerik hidup dengan dia.

“ Apa Maksud pindah yang Awak cakapkan Mukhriz?” Jun terpinga Dan resah dengan wajah senyuman jahat dari Mukhriz.

“ Anggerik dengan Adham hidup dengan aku. Kami satu keluarga, lebih lama aku buang masa, menunggu Dan terbuang, kenapa bukan sekarang? Keluarga Bahagia..

Mungkin aku dengan Anggerik akan bagi Adham adik lepas ini.satu, dua .. aku rasa banyak Jun.” Kali Ini Mukhriz Takkan lagi berganjak, semua orang cari salah dia, ramai yang tahu pasal Adham. Aku jer yang tak tahu pasal ini, dia sumpah pada diri sendiri Sebab terlalu leka.

“ Awak nak musnahkan lagi hidup Anggerik dengan Awak Mukhriz. Tak Cukup lagi ker dia dah merana 3 tahun Semua Sebab Awak.? Saya yang lihat semua sengsara dia Mukhriz, semua. Saya Takkan biarkan Awak musnahkan lagi hidup dia.
Jangan ganggu Anggerik lagi. Jun berkeras dengan Mukhriz yang mahu Anggerik ikut telunjuknya, dia Takkan biarkan hal itu. Anggerik sahabatnya, dia Takkan benarkan lagi lelaki itu musnahkan hidup Anggerik selamanya.

“ Kalau engkau Sayang kan Anggerik, kenapa tak cari aku Bila Anggerik mengandungkan Adham.?
Engkau tahukan Anggerik perlukan suami, Adham perlukan bapa, dia Perlukan keluarga.” Aku Takkan lepaskan tanggungjawab aku macam itu.
Tapi perkara itu memang aku tak tahu. Aku tak kenal Anggerik Sebenarnya, aku ingat dia orang lain..”Mukhriz membalas semua kenyataan Jun.

“Sebab... sebab, perkara itu tidak pernah terlintas difikirannya untuk mencari Mukhriz. Dia hanya menurut segala apa yang dikatakan oleh Anggerik. Hingggakan dia terlepas perkara itu. Dia sangat memyesal sekarang lebih- lebih lagi, penyesalannya Mukhriz dihadapan matanya waktu ini. Sepatutnya aku Benci dia, Tapi kenapa aku rasa sebaliknya. Jun serba salah kali ini dengan perasaannya yang telah berbelah bahagi. Perasaan macam dia telah khianati Anggerik.

“ Engkau dah sedar sekarang silap engkaukan ? Aku tahu mesti Anggerik dah ceritakan semua pada engkau kan apa yang jadi.? Siapa perempuan yang tipu aku ?” Mukhriz tahu Jun tahu sesuatu, dia Dapat lihat Jun tergamam dengan dirinya sebentar tadi.

“ Dia.. dia.. Engkau kena Janji dengan aku Mukhriz..?jangan beritahu Anggerik pasal benda ini. Dia percayakan aku satu - satunya sahabat dia. Aku tak nak kepercayaan dia pada aku musnah Sebab engkau.!” Jun memberikan amaran keras pada Mukhriz.

“ Aku pastikan semua itu Jun. Beritahu aku perkara Sebenar. Apa yang jadi sebelum perkahwinan aku dengan Angerik Dan Siapa perempuan aku jumpa itu..? Tiga tahun aku salah faham dengan Anggerik Sebab dia. Engkau ingat aku senang - senang nak lepaskan perempuan itu.”
Aku janji, Anggerik Takkan tahu pasal semua ini.

“ Mukhriz mesti bincang pasal Mawar, Mawar punca segala salah faham Anggerik selama ini. Dan Anggerik tetap maafkan Mawar dengan segala perbuatannya, Tapi sampai Bila Anggerik.. “Aku tak nak engkau lagi merana. Apa pilihan aku. Tiga tahun engkau merana, kali ini aku Takkan biarkan.

Jun Nekad..!

Jun menarik nafas mendalam, dulu dia pernah tersilap dengan pertolongannya. Dia ingatkan pertolongan dirinya pada Anggerik dulu, waktu awal perkahwinan sahabatnya, dengan tidak memberitahu hal itu kepada Mukhriz adalah sesuatu yang tepat.

Waktu tu , aku tak kenal Siapa Mukhriz, aku hanya dengar cerita Anggerik, Tanpa aku membantu...

Dia telah tersalah anggap perkara itu, Dan dia Takkan ulang.
Dia nampak Anggerik sengsara waktu dia mengandungkan Adham.
Dicemuh masyarakat kerana tidak bersuami, tekanan dirinya, kesedihan Dan Dia nampak segala kesulitan itu.

Tapi dia memilih mendiamkan diri. Dia anggap Mukhriz adalah lelaki yang tidak baik bagi sahabatnya.
Ternyata dia yang silap. Kali ini Bila Mukhriz dihadapan matanya, dia Takkan buat kesilapan yang sama.
Kebenaran akan dimaklumkan segera kepada Mukhriz, untuk lelaki itu tidak lagi tersalah anggap dengan Anggerik.
Dia mahukan Anggerik Dan Adham Bahagia.

Tapi fikirannya masih berfikir lagi.
“ Macam mana aku boleh baik pula layan Mukhriz. Apa jadi dengan aku ini.”

“ Apa cerita sebenarnya.” Mata Mukhriz tekun memandang kearah Jun menunggu.

Sebenarnya.....

*******

“ Siapa punya bekas ini Jun,” Anggerik mendapatkan Adham yang telah terjaga Tapi anaknya masih lagi terbaring. Bengkak dimukanya mulai kelihatan.

“ Tadi Mukhriz singgah sini hantarkan makanan untuk Adham, aku dah suapkan dia Anggerik. Anak aku dah Kenyang. Jun hanya mampu Tersenyum, harap Anggerik tak lihat perubahan diri dia waktu ini. Kecut Sebab dia dah maklumkan Mukhriz pasal Kisah hidup Anggerik.

“ Jun engkau buat semua ini untuk Adham Dan Anggerik, bukan salah engkau.!” Jun memujuk hatinya.

“ Opah datang sekali lawat Adham ker?” Anggerik bertanya lagi, tangannya masih tak lepas membelai anak kesayangannya.

“ Opah ada, Tapi Anggerik aku nak tanya engkau sesuatu. Aku nak engkau tenang jawab soalan ini.” Jun bermuka serius untuk dia mulakan topik perbualan dengan Anggerik.

“ Kenapa muka serius ini, Chill Jun, aku jawab semua soalan engkau tu. Tak payah buat muka macam itu.

Takut Adham nanti Kalau tahu Ibu dia serius macam ini. Kan Adham.” Anggerik mengusik, Tapi dapat dilihat wajah Jun tidak berubah reaksi macam sebelum ini. “ Apa kena dengan Jun ini, Anggerik risau dengan perubahan diri Jun. Takut jika dia ada membuat salah dalam dirinya tidak sedar.”

“ Betul ker engkau dengan Adham nak pindah dari rumah aku.?”

“ Pindah”
“ Mukhriz”...

Share this novel

Evi NL “Nlvieyfenny” NiElv
2020-10-04 17:59:34 

siapa mata coklat or hazel


NovelPlus Premium

The best ads free experience