33

Romance Completed 306520

*** Pedih***

" Engkau dah kenapa Anggerik. Pasal Adam lagi? Apa dia dah buat?" Wajah Anggerik yang menanggis dengan air mata membuatkan Jun susah hati. Anggerik jarang menanggis sejak dia kenal gadis itu. Dia seorang yang kuat, tapi jiwanya juga lembut jika hatinya tidak lagi kuat untuk menempuhi Dugaan dalam hidupnya.

" Mukhriz tinggalkan Anggerik?" Bicara Anggerik bersama tangisan Dan sendu yang Semakin kuat.

" Hah? Apa yang jadi Anggerik?" Jun Semakin tidak tenang, dia perlukan jawapan pasti Tentang perkara itu. Dia dapat lihat dengan Jelas yang Anggerik tak main - main dalam hal itu.

" Mukhriz ada perempuan lain Jun, dia dengan seorang pelakon. Mereka dah lama bercinta sebelum Anggerik." Air mata Anggerik tidak mampu lagi bertahan, Entah kenapa sejak akhir - akhir ini airmatanya senang sekali tumpah dari kelopak matanya. Semuanya sebab lelaki. Tentu Jun pening dengan sikap dia dengan perkara itu.

" Mana engkau tahu Anggerik? Engkau dah tanyakan pada Mukhriz, cerita sebenar?" Jun tidak mahu masalah itu lebih kusut,dia tidak mahu Anggerik terburu - buru membuat keputusan. Berjumpa Mukhriz adalah jalan terbaik untuk Anggerik mendapatkan jawapan.

Dia tidak mahu menjadi batu api yang menyebabkan keadaan hubungan Anggerik Dan Mukhriz lebih keruh. Sebaiknya mereka berbincang..mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

" Mukhriz Di Melaka, Anggerik nak jumpa dia disana kejap lagi. Bagi aku puas menanggis dulu Jun. Aku tak ada tempat nak mengadu. Hanya engkau yang fahami aku."
Bahu Jun Anggerik singgah lagi untuk nenunjukkan kelemahan hatinya Tentang hal itu. Dia lemah dengan perasaan Dan hati. Tak berdaya untuk berfikir lagi. Kehidupan yang selama ini diberi peluang Anggerik untuk mencuba, menanpakkan keretakan kini.

" Itu yang terbaik Anggerik. Mungkin Mukhriz ada alasan untuk semua perkara itu. Engkau kena bertenang?" Jun risau dengan keadaan Anggerik, untuk biarkan Anggerik keseorangan menempuhi waktu sukar dirinya dalam perkahwinan, Jun tak sanggup.
Tapi apa yang dia mampu lakukan kini, Dia bukan lagi seorang perempuan bujang. Dia telah menjadi Isteri kepada seorang lelaki. Segala kebenaran dirinya adalah terletak kepada keredhaan suami. Iaitu Malik.

Anggerik mengangguk faham dengan segala bicara Jun, namun wajahnya masih disembam dibahu sahabatnya. Lama Anggerik dalam keadaan itu, dia lemah Jun tahu. Sehabis daya Jun hanya mampu mengusap perlahan badan Anggerik untuk memulihkan kembali semangat sahabatnya.

" Anggerik nak Jun temankan jumpa Mukhriz?" Jun memberikan Idea dengan harapan yang mengunung Malik akan membenarkan. Dia tidak sanggup melihat penderitaan Anggerik berseorangan menempuhi dugaan tanpa bantuan. Tempoh itu sukar bagi Anggerik.

Anggerik berpalingkan wajah memandang wajah Jun dihadapannya. " Tak usah Jun, jaga Malik.. Anggerik dah pulih. Tadi Anggerik menanggis untuk pulihkan kekuatan dalam diri Anggerik Jun. Tak sangka hati Anggerik sakit sangat sebab semua yang jadi."
Anggerik meluahkan segala yang tersimpan dalam hatinya. Tak sangka banyak sangat yang dia pendam selama ini. Bila diluahkan semua, Bahu Jun yang jadi mangsa.

Bahu Jun Anggerik lihat telah basah disebabkan perbuatannya sebentar tadi.

" Maafkan Anggerik Jun." Suara Anggerik masih lemah kerana membuatkan Jun turut masuk campur dalam masalah dirinya.

" Bertabahlah Anggerik, mungkin ini ujian untuk Anggerik.!"

Anggerik menganguk faham sambil rambutnya masih dimainkan oleh Jun untuk menenangkannya.

****

Alamat yang diberikan PA Firhad disimpan kemas. Kereta dipandu Anggerik mencari jalan untuk dia sampai ke Hotel yang telah dialamatkan oleh Pembantu tadi. Pengalaman Anggerik dengan Hotel, membuatkan Anggerik lebih hati - hati. Kejadian minggu lalu dirinya yang malu terjaga disebelah Mukhriz masih belum ada jawapan.

10 minit berpusing, Anggerik akhirnya tiba Di Hotel yang dimaksudkan. Dia telah mengetahui bilik Mukhriz, namun hati Anggerik masih was-was. Betul ker ini tindakan yang perlu dibuat ketika ini. Macam mana jika dia melihat Mukhriz sedang berselingkuh dengan Sherry Di bilik itu? Apa reaksi aku nanti, Anggerik bertanya pada hatinya Tapi Cukup kuatkah hati dia nanti dengan kenyataan.

Hati Anggerik berdebar- debar. Hari ini mungkin langkah pertama Anggerik disitu membuat perhitungan dengan suaminya. Dan disitu juga mungkin berakhir dengan satu ikatan perkahwinan Di tamatkan.

Kaki Anggerik melangkah dalam keadaan paksa. Kali ini ujian hidupnya lebih berat. Dia perlu berhadapan dengan Mukhriz, selepas dia kembali dalam hidup lelaki itu. Jika sebelum ini dia ditinggalkan Mukhriz dulu, dalam waktu itu dia memilih perpisahan dengan baik, masalah ini tidak akan terjadi. Waktu itu dia tidak kenal,belum ada sekelumit perasaan Dan memberikan ruang untuk Mukhriz kembali.

Tapi sekarang semuanya telah berubah. Anggerik telah bukakan hatinya untuk Mukhriz setapak Dan peluang untuk Cinta lelaki itu menapak dihatinya, Walaupun Cinta lamanya dihati Anggerik masih belum dilupakan.

Anggerik memasuki ruangan Hotel Dan melihat keseluruhan kawasan itu. Tempat tujuan Utama Anggerik bukan lagi kaunter, dia perlu terus sahaja menuju ke bilik Mukhriz untuk Segera bertemu dengan pemilik lelaki itu.

Sebelum melangkah Anggerik telah tanamkan tekad dalam hatinya untuk meneruskan segala terbuku yang berada dalam hatinya.

Tanpa disedari Anggerik, susuk tubuhnya telah diperhati dari jauh oleh seorang lelaki yang telah menyedari tubuhnya disitu.

" Dia buat apa dekat sini?

Kening lelaki itu dinaikkan sebelum tubuhnya mengikuti setiap langkah pergerakan Anggerik yang berlegar- legar dikawasan hotel mencari..

Langkah Anggerik diikuti menjauh, tidak mahu wanita itu tersedar dengan intipan dirinya pada Anggerik. Sebaik sahaja dilihat Anggerik Dan langkahnya terhenti disebuah bilik, lelaki itu kembali tersenyum Dan menyarungkan kembali Cermin mata Di wajahnya bagi mendapatkan Anggerik.

" Buat apa kesini Anggerik? Intip aku?"

Suara lelaki mengejutkan  Anggerik dari Arah belakang. Anggerik tergamam dalam langkahnya Dan berpaling.

" Mukhriz!"

Cermin mata lelaki ditanggalkan dari wajahnya Dan diletakkan di atas kepala. Wajah cengkung Mukhriz masih serius, garang Memandang kearah isterinya. " Tujuan engkau kesini Anggerik ? Buat apa?" Tubuh Anggerik dihalang dengan kedua- dua tangannya menyekat pergerakan Anggerik.

" Anggerik Kehilangan kata - kata dengan tingkah laku Mukhriz yang berbeza kali ini. Sekejap lelaki itu dingin Dan sekarang apa? " Saya nak jumpa Awak Mukhriz, Saya nak Selesaikan hal kita?" Akhirnya Anggerik berani bersuara dalam keadaan dirinya terasing dalam pelukan suami sendiri ditubuhnya.

Mukhriz hanya menganggukkan wajahnya beberapa kali Dan Kad Akses kebilik diambil Dan dilayangkan ke pintu bagi membuka. " Masuklah kita bincang dekat dalam." Mukhriz mempelawa Anggerik sambil tubuhnya memberikan laluan pada isterinya.

Kedua- duanya masuk kedalam bilik. Anggerik menuruti langkah Mukhriz yang menghempaskan tubuhnya Di sofa sambil baju kemejanya Dan penghujungnya dibuka butang.

Mukhriz dilihat Anggerik benar - benar keletihan waktu itu. " Mungkin baru lepas berjumpa Sherry," telahan Anggerik, Sedang kan Mukhriz tiada apa - apa kerja disitu. Anggerik memberikan masa untuk Mukhriz melepaskan kelehan dirinya sebelum dia berbicara Dan segalanya bermula.

Mukhriz meraup wajahnya Dan badan dibongkokkan sambil matanya tepat terarah pada isterinya.

" Apa perkara yang nak dibincangkan Anggerik?" Tangan Mukhriz memberikan isyarat kepada Anggerik untuk memulakan.

" Saya dah tahu pasal awak dengan Sherry Mukhriz, Dan saya nak Awak akui pasal benda itu?"

" Hmmmm, lagi?" Wajah Mukhriz kelihatan tenang tanpa reaksi terkejut sambil jari jemarinya mula memainkan rahangnya dalam keadaan dirinya santai.

" Kita kena Selesaikan hal kita Mukhriz, Apa yang Jadi malam itu. Jangan jadikan hal itu alasan Awak diamkan diri selama ini. Awak pun ada tipu saya Mukhriz."

" Tipu? Tersengih Sinis Mukhriz." Apa yang aku tipu engkau Anggerik? Beritahu aku?"

Anggerik tahan geram dalam diri, Dia telah buat persediaan awal untuk menghadapi saat - saat itu dengan Mukhriz.

" Ini?" Satu keratan Akhbar Dan Majalah ditunjukkan kepada Mukhriz untuk lelaki itu melihat. " Dia perempuan yang Awak Cinta selama ini kan.?" Anggerik memandang kearah Mukhriz tajam.

" Mukhriz terkejut dengan reaksi dari Anggerik. Tidak disangka Anggerik telah bersedia dengan bukti, Patutlah Anggerik kesini.
" Jangan percaya gosip- gosip bodoh Ini semua Anggerik? Engkau pun tahu dunia popular macam mana. Mereka dah kehabisan Idea. Cerita mengarut dia sebarkan dalam ini." Keratan Dan Majalah itu dilemparkan Mukhriz dihadapan Anggerik mengelak dari perkara itu berlanjutan.

" Jangan buat tak tahu Mukhriz, Kalau awak pilih dia. Saya boleh undur diri."

" Apa engkau cakap tadi Anggerik? Ulang? Wajah Mukhriz menyinga Memandang kearah Anggerik tajam.

Anggerik masih dengan kedegilan dirinya. Dia tidak bersalah dalam perkara itu, cuma Mukhriz yang tak mengaku bercinta.

" Perempuan ini yang Awak Cinta sebelum kita kahwin kan Mukhriz? Awak pernah cakap dekat saya dulu malam yang hina itu, hati Awak ada pada orang lain. Awak nak saya ulang apa ayat Awak malam itu. Saya masih tak lupa Mukhriz."

" Apa yang aku cakap Anggerik? Aku nak dengar kembali?" Mukhriz semakin menguji tahap kesabaran Anggerik.

Anggerik tidak mahu lagi mengulangi apa yang jadi malam itu Tapi dia tiada pilihan. Mukhriz tetap memaksa untuk dirinya mengingati Sebaris ayat itu.
“Awak puas dengan services saya malam itu, tapi sayang  isteri,engkau bukan perempuan pilihan hati aku !" Ayat itu diulang tayang sekali lagi oleh Anggerik dia tidak lupa perkara mengaibkan dirinya. “ Awak ingat lagi kata - kata ini Mukhriz? Atau Awak nak saya ulang lagi?” Sinis senyuman Anggerik bersama reaksi Teruja dalam hati Anggerik.

Rahang Mukhri bergerak menahan geram dalam diri dengan reaksi Anggerik. “ Siapa yang beritahu engaku pasal benda Ini pada Anggerik Dan aku disini?” Mata tajam Mukhriz masih tidak lepas memandang kearah Anggerik begitu juga Anggerik mereka masih berbalas pandangan masing - masing tidak mahu mengalah.

“ Awak tak perlu tahu? Saya yang nak kesini, nak lihat apa lagi pembohongan Awak Mukhriz?”

“ Apa lagi yang engkau dapat dari pembohongan aku?” Licik Bicara Mukhriz sambil Mata tajam Mukhriz yang masih tidak mahu mengalah.

“ Awak sepatutnya di Pahang Mukhriz bukan disini. Kalau gosip ini tak keluar, sampai mati pun Saya tak tahu Awak tipu saya hidup- hidup. Awak nak saya kembali dalam hidup Awak untuk apa Mukhriz? Awak nak seksa hidup saya lagi, Apa yang Awak nak Sebenarnya ?” Air mata Anggerik tidak lagi dapat ditahan, Cepat sahaja air mata itu mengalir dihadapan lelaki yang Semakin dibencinya kini.

Mukhriz mengelabah dengan reaksi Anggerik. Sebolehnya dia tidak mahu air mata Angerik mengalir..

“ Anggerik jangan menanggis!” Langkah Mukhriz ingin merapat pada Tubuh Anggerik untuk tenangkan isterinya, dia tidak mahu Anggerik bersedih.

“ Jangan rapat dengan saya Mukhriz” Anggerik menghalang untuk Mukhriz menyentuhnya. Tapi Mukhriz Dan kedegilan lelaki itu memang tiada siapa dapat menghalang.

Tubuh Anggerik kemas dalam pelukan Mukhriz. “ Aku tak buat semua itu Anggerik? Aku mengaku yang aku jumpa Sherry Tapi kami cuma minum Dekat sini, tak lebih dari itu.” Tenang Dan lembut Mukhriz memujuk Anggerik.

“ Saya tak percayakan Awak Mukhriz, lepaskan saya?” Anggerik meronta dalam pelukan Mukhriz, Semakin dia meronta Semakin kemas pelukan Mukhriz.

“ Engkau dah tanya pasal hal ini pada Datuk? Kenapa aku kesini?” Wajah Anggerik dipandang Mukhriz, sambil tubuhnya dirapatkan erat dalam pelukan.

Anggerik tergamam dengan soalan Mukhriz kepadanya. “ Kenapa dengan Datuk? Kenapa Saya nak tanya pasal awak dekat dia? Datuk tak ada kena mengena dalam hal ini.” Anggerik menjeling Mukhriz tajam menyampah dengan riak wajah Mukhriz yang tersenyum memandang kearahnya.

“ Dia yang arahkan aku kesini? Untuk projek disini kebetulan projek yang dipahang itu Selesai. Engkau paling percaya pada Datuk Anggerik, Dan Datuk Takkan sesekali menipu pada setiap bicaranya.” Mukhriz mengingatkan sambil pegangan dipinggang Anggerik masih diperkemaskan tujuan mengusik Anggerik.

Mata Hazel Anggerik yang dirindu memandang Mukhriz dalam pelbagai reaksi..

“ Kenapa Anggerik?” Senyuman Mukhriz Semakin melebar melihat reaksi diwajah Anggerik yang Semakin cuak dengan situasi itu.

“ Saya nak telefon Datuk nak tanyakan hal itu, Saya tetap tak percaya pada Awak Mukhriz sebelum Saya tak tahu perkara sebenar.” Anggerik masih was - was, dia masih mahu tahu perkara sebenar kenapa Mukhriz kesini.

“ Terpulang Tapi Kalau benda ini benar Anggerik, aku takkan lepaskan engkau semudah itu.” Senyuman Mukhriz yang Semakin menyesakkan jiwa Anggerik.

“ Mana telefon Awak Mukhriz, Saya nak telefon Datuk?” Kening Anggerik diangkat untuk dia memberikan arahan kepada Mukhriz. Situasi bertukar, tiada lagi suasana tegang sebentar tadi.

Telefon bimbitnya diserahkan kepada Anggerik untuk wanita itu mendapatkan kebenaran.

Nombor Datuk dicari Anggerik Dan dibuat panggilan untuk Anggerik mendapatkan jawapan..

“ Hello Mukhriz, macam mana Projek disana?” Suara Datuk dalam panggilan yang terus sahaja kepada tujuan. Dia tahu panggilan itu dari cucunya Mukhriz.

“ Datuk, Ini Anggerik?” Anggerik memperkenalkan diri bila Suara lelaki itu kedengaran dengan menyatakan tujuan panggilan.

“ Anggerik? Kamu Di Melaka dengan Mukhriz? Kamu buat apa disana, kamu jumpa dia?” Kedengaran ketawa Datuk dari panggilan, dia terkejut dalam masa yang sama gembira memikirkan hubungan Anggerik Dan Mukhriz telah berbaik dari perselisihan yang lalu.

“ Anggerik jumpa Mukhriz sekejap Datuk Selesaikan masalah kami. Nanti kami balik.... belum sempat Anggerik menghabiskan percakapannya, telefon dipegangan Anggerik dirampas oleh Mukhriz. “ Datuk Anggerik akan temankan Mukhriz disini Sehingga projek itu Selesai, Datuk dengan Opah Tolong jagakan Adham, lagi tiga hari kami kembali.” Senyuman Mukhriz telah terarah pada Anggerik, memberikan segala jawapan dengan segala persoalan tadi.

“ Iyelah, kamu jaga Anggerik baik- baik Mukhriz. Dia dah berusaha cari kamu sampai kesitu. Tak sangka pula Anggerik Dekat kamu. Datuk pergi dulu.”

Panggilan ditamatkan.

Mukhriz mengambil tempat duduk kembali disofa sambil memandang Anggerik dengan tersenyum. “ Macam mana Anggerik, Cukup penjelasan Tentang hal itu?” tangan Mukhriz di depakan memanjang bagi memberi keselesaan pada tubuhnya.

“ Awak belum ceritakan sepenuhnya Mukhriz pasal apa yang terjadi? Siapa Sherry, gosip itu semua? Bukan Awak Cinta dia?”

“ Dulu Anggerik, Iya. Tapi itu semua kisah lama, tak perlu diungkit. Saya cerita benda sebenar. Tiada Sherry dalam hubungan kita.”

“ Gambar- gambar bukti semua ini Mukhriz, apa penjelasan Awak untuk semua ini?” Anggerik masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Mukhriz.

“ Kebetulan saya Jumpa Sherry Di sini. Dia ada pengambaran di sekitar sini. Melaka ini kecil Anggerik, senang kita nak jumpa Kalau dah kesini. Bandar ini bukan luas Mana?” Mukhriz menerangkan segalanya.

Ada anggukan dikepala Anggerik, perkara itu dirasakan benar. Bandar Melaka tidak Sebenar mana, Anggerik yang pertama kali di situ pun tidak tersesat.

“ Belum sepenuhnya saya maafkan Awak Mukhriz dengan segala yang terjadi.” Anggerik bermain helah dia masih menunggu reaksi dari Mukhriz, beberapa hari ini Mukhriz tidak mempedulikan dia, membuatkan Anggerik berfikiran yang bukan - bukan pasal Mukhriz.

“ Apa lagi Anggerik? Perkara apa lagi?” Mata Mukhriz tajam melihat segala tingkah laku Anggerik yang sengaja mencari masalah dengan dirinya.
Segala - galanya tidak mudah bagi Anggerik. Sia- sia tadi dia menanggis habis - habisan Di Bahu Jun. Semuanya kerana salah faham kepada Mukhriz. Tapi dia tak mahu Mukhriz tahu Tentang hal itu.

“ Tak ada apa - apa lagi Mukhriz, Saya dah penat. Sepanjang jalan saya fikirkan pasal hal ini. Saya nak balik.” Anggerik cuba melangkah meninggalkan Mukhriz, dia masih tidak terasa ketenangan dihatinya dengan segala jawapan dari perubahan sikap Mukhriz yang tiba - tiba.

Tubuh Anggerik dirapatkan sekali lagi dalam pelukan Mukhriz. “ Ada aku benarkan engkau keluar dari sini Anggerik?” Suara lembut Mukhriz memujuk Anggerik.

“ Awak buang saya Mukhriz minggu lalu, Awak tak bercakap dengan saya sepatah perkataan pun seminggu yang lalu.Awak biarkan saya. Awak ingat senang - senang saya maafkan Awak “ Anggerik memandang tajam wajah Mukhriz yang masih memeluk dirinya kemas.

“ Awak tak halang saya Anggerik waktu saya berlalu hari itu? Saya harap Awak peluk saya Dan merayu. Tapi Awak tak buat semua tu. Awak biarkan saya pergi.” Mukhriz berterus terang dengan Anggerik perasaan hatinya waktu itu.

Anggerik tergamam..

“ Saya lepaskan Awak pergi Mukhriz sebab saya bagi masa untuk Awak kawal dulu kemarahan Awak tu. Awak Takkan boleh berfikir waktu tu. Saya faham Awak .” Anggerik menjelaskan segalanya dari situasi dulu, Semasa keadaan Anggerik Dan Mukhriz tegang.

“ Betul itu yang Awak rasa Anggerik, bukan sebab Adam?” Mukhriz terkejut dengan pengakuan Anggerik, mati- mati Dia ingat Anggerik lepaskan pegangan pelukan ditubuh dia waktu itu sebab hati Anggerik masih ada Adam.”

“ Adam kisah lama saya Mukhriz, Tapi Awak kehidupan baru saya. Kenapa Saya nak buat itu semua sebab Adam. Saya dah bagi ruang pada Awak Mukhriz. Saya akan Lupakan Tentang kisah saya dengan Adam.” Anggerik jujur dengan perasaan hatinya, yang berlalu biarkan berlalu, kini hidupnya disamping Mukhriz, Dan lelaki itu berhak dengan Cinta Anggerik.

“ Malam itu Anggerik, apa yang jadi?kenapa awak jumpa Adam?” Mukhriz ingin kan kepastian, terlalu banyak dirinya Dan Anggerik serkap jarang dan bermain perasaan mereka perlu berterus terang Dan tidak menyimpan perasaan dalam diam lagi.

“ Saya memang jumpa Adam, Tapi saya rahsiakan perkara itu dari Awak Mukhriz, salah saya apa yang jadi. Tapi saya jumpa Adam sebab saya nak jumpa dia buat kali terakhir. Atas sebab rakan. Saya tahu Awak Takkan benarkan hal itu. Saya degil, Saya tetap jumpa dia. Saya tunggu Adam Di Cafe, selepas itu saya tak ingat apa-apa...
“ Apa yang jadi Mukhriz malam itu?”
Mata Anggerik sayu Memandang kearah anak mata Mukhriz untuk dia dapatkan jawapan.

“ Dah Anggerik tiada apa yang nak diingatkan." Tubuh Anggerik kembali dipeluk dalam pelukan dirinya. Mukhriz serba salah dalam diri, segala perilakunya malam itu pada Anggerik tidak dapat lagi diingati dalam memorinya.

Untuk berpatah balik dengan masa, perkara itu tidak boleh diubah. Dia telah menyeksa Anggerik dalam keadaan Anggerik tidak sedar.. Jika Anggerik tahu apa yang terjadi.. “ Anggerik tak boleh tahu.”

Dia berharap rahsia itu akan tersimpan lama dalam dirinya, tanpa Anggerik tahu apa yang telah Mukhriz lakukan pada Anggerik.

“ Saya Cintakan Awak Anggerik Dan saya Takkan lepaskan awak lagi seluruh hidup saya”, Bicara lembut Mukhriz bersama ciuman didahi Anggerik.

“ Kenapa senang sangat Awak Maafkan saya Mukhriz? Awak dah Lupakan segala perbuatan saya?” Anggerik masih mahu mengetahui sebab apa Mukhriz tiba - tiba berubah. Sedang kan sebelum ini Mukhriz dingin.

“ Saya tak boleh lama marahkan Awak Anggerik. Lihat Awak datang sini cari saya, Dan salah faham Awak, hubungan saya dengan Sherry. Saya tahu Awak cemburu. Lebih- lebih lagi air mata Awak itu. Itu Cukup buktikan segalanya peraaaan sebenar Awak Anggerik. Saya bukan lelaki pendendam. Saya cuma perlukan belaian dan Sayang Awak Anggerik.”

“ Semudah itu Mukhriz”.

Mukhriz tersenyum mengiyakan segalanya. “ Saya rindukan belaian Awak Anggerik” Tangan Mukhriz mula menjalar dibeberapa bahagian tubuh Anggerik. Telah lama dia menyimpan perasaannya semenjak pergaduhan terjadi pada dirinya Dan Anggerik. Kehadiran Anggerik disitu menghilangkan kehausan dirinya Kepada tubuh Anggerik..

“ Mukhriz berhenti tak semudah itu.” Tangan Mukhriz dibeberapa bahagian badan Anggerik ditepis untuk lelaki itu berhenti kan aksi miangnya.

“ Kenapa Anggerik? Apa yang salah?” Mukhriz memandang tajam melihat kearah isterinya dengan pandangan berahi untuk dia mendapatkan Tubuh Anggerik Di ranjang.

“Saya nak tahu pasal Sherry..” Anggerik sengaja Memandang helah untuk melihat reaksi Mukhriz. Biar kali ini dia menunjukkkan permainan dirinya memainkan perasaan Dan batin Mukhriz..

Jelas Di pandangan Anggerik Mukhriz merengus geram. “ Kita bincang malam ini Anggerik, kita Teruskan yang tergendala sebentar tadi.”

“ Bukan, Saya nak bincang kan sekarang Mukhriz, selepas itu kita bincang kan selanjutnya.?” Anggerik masih bermain helah, kali ini dia takkan tunduk pada semua kemahuan Mukhriz.

“ Apa yang Awak nak tahu Tentang Sherry?” Mukhriz merengus geram, dia terpaksa mengikuti permainan Anggerik dia tiada pilihan. Dia tidak akan lagi melakukakan perbuatan terkutuk itu pada Anggerik. Dia Sayang kan Anggerik.

“ Sejauh Mana Awak sukakan Sherry, makna suka Mukhriz bukan cinta?”

“ Apa punya soalan Anggerik? Kenapa masa - masa macam ini, soalan Minda yang engkau beri Anggerik? Apa beza Cinta Dan suka. Bukan benda itu sama?” Tajam Mukhriz memandang Isterinya, kerana Sayang Dia hanya menurut permainan Anggerik yang gila.

“ Kosong Anggerik, aku tak pernah Suka dia Atau Cinta dia.puas hati?”

“ Tapi itu bukan jawapan yang Saya nak Mukhriz. Saya tanya Awak banyak Mana Awak suka dia. Bukan jawapan tadi Awak bagi?” Anggerik masih tidak berpuas hati. Dirasakan Anggerik jawapan Mukhriz tak logik Di pendengarannya.

“ Engkau tak nampak ker aku tak pernah Sayang perempuan macam aku Sayang kan engkau, Anggerik. Sebab sebelum ini belum pernah ada Mana - Mana perempuan yang berjaya curi hati aku.Hanya engkau Anggerik. Perempuan yang berjaya, porak perandakan hidup aku.”

“ Maksud awak sebelum Awak tak pernah Jatuh hati pada Mana- Mana perempuan Mukhriz selain saya.?” Anggerik tergamam dengan kenyataan dari Mukhriz.

“ Habis waktu Awak cakap pasal hati Awak malam itu?” Anggerik ingin dapatkan jawapan .

“ Aku sakit hati, bukan benda ini aku dah terangkan dulu pada engkau Angerik. Kenapa hal ini kita bincang kan sekali lagi. Apa yang terjadi Anggerik?” Giliran Mukhriz Memandang tajam kearah isterinya, kenapa Anggerik boleh serkap jarang hingga kesini.

“ Mana engkau tahu pasal semua benda ini Anggerik, aku disini dan Datuk aku tahu engkau tak jumpa Datuk untuk tahu Tentang hal aku? Siapa engkau jumpa Anggerik..?” Mukhriz semakin bijak dengan kata- kata memerangkap Anggerik jatuh ketangannya.

Wajah resah Anggerik Jelas terbayang dimata Mukhriz.

“ Kita berhenti perbualan sampai sini Mukhriz. Saya dah letih Saya nak Mandi. Sepanjang hari saya memandu kesini.

“ Anggerik” Suara Mukhriz menyebut namanya. Jika Anggerik terlupakan sesuatu.

“ Iya.” Anggerik membalas bersama renungan pada Mukhriz.

“ Engkau dah lupa sesuatu.” Tubuh Anggerik didakapkan dalam pelukan Mukhriz Dan dibawa ke katil.

“ Mukhriz,” Anggerik cuba melawan dari lelaki itu menghampiri tubuhnya.

“ Aku dah jawab soalan Dan engkau Takkan terlepas lagi Anggerik...”

Vote dan Komen... PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience