25

Romance Completed 306520

***Terry Devil***

Terry Tersenyum sinis melihat kearah semua lelaki yang sedang khayal dihadapan dirinya. Kesemua lelaki yang dilihat, tak kurang hebat dengan penampilan Dan susuk tubuh Asia yang tinggi yang jika dikira Terry, ketinggian semua lelaki itu hanya separuh bahu dari ketinggian dirinya jika berdiri .
" Mengagumkan", itu yang diluahkan pada pertama kali bila dirinya sampai di Pintu bilik itu..

Matanya disajikan dengan 9 Orang lelaki Asia dihadapannya.. Sinis Terry melihat kearah mereka..

" Mereka Khayal?" Satu puntung rokok dihidupkan dalam sisipan udara dalam bilik Hotel.. pertanyaan Terry kepada James disebelahnya. Dia kelihatan tenang dalam situasi itu..

" Yup! Terry Apa engkau nak buat dengan mereka ini?" James melihat reaksi tenang Terry Tapi dia tahu tentu ada sesuatu Plan yang sedang bermain Di otaknya. Terry dalam bidang jenayah gelap tidak dapat dipisahkan..

Terry melangkah jauh dari James...Pergi kearah seorang pembantu yang sedang menunggu dipintu..

Segala kelakuan Terry diperhatikan James dari jauh.. " Apa tindakan Terry selepas ini." James masih menunggu..
Kepenatan sebentar tadi telah menghilang, bertukar kepada keterujaan dirinya..

Terry dilihat James telah membisikkan sesuatu kearah pembantu mereka, sambil menjeling sinis kearah James yang tidak berhenti memandang kearahnya..

Pembantu yang berbisik dengan Terry beredar dari situ digantikan dengan pembantu yang lain..

Kelihatan langkah Terry mendapatkan James untuk dia bertanyakan sesuatu.. " Mana seorang lagi lelaki James, tadi Adam maklum pada aku Jumlah semua lelaki 10 orang. Mana dia ?" Rokok yang masih berasap disedut kedalam rongga badannya, sebelum puntung itu dibuang dilantai Dan dipijak Terry untuk mematikan api..

" Apa yang engkau bisikkan pada pembantu? Orang tua yang engkau maksudkan tu ada dalam bilik itu. Tapi engkau akan terkejut lihat dia Terry. Percaya cakap aku?"

James masih belum berpuas hati bila Terry belum menjawab soalannya, Terry masih biasa dalam reaksi diri, tiada tanda - tanda untuk berkongsi apa tindakan yang akan dilakukan pada 10 orang lelaki di dalam bilik ini..

" Tenang James jangan nak tunjuk kan sangat muka ketat engkau itu. Biar aku Selesaikan urusan dekat sini dulu ikut cara aku James.. Engkau boleh kembali ke bilik James..aku tahu Engkau dah penat sangat."

Licik cara Terry memberikan saranan pada adiknya untuk tidak berada disitu, kerana sebentar lagi dia akan menunjukkan belangnya Dan dia tidak mahu keganasan dirinya sebentar nanti akan dilihat Terry. Setakat ini dia menjalankan jenayah liciknya tanpa dilihat oleh ahli keluarganya.

Lebih - lebih lagi pada lelaki tua yang masih berada di dalam bilik.Lelaki itu masih belum dilihat oleh dirinya.. Terry semakin tidak sabar..

" Aku tak ada urusan penting setakat ini Terry, kenapa engkau nak halau aku,"  Terry duduk dengan selesa Di sebuah kerusi yang Terdapat dihadapan mereka.

" Terpulang James, Tapi engkau jangan menyesal dengan apa yang terlihat Di mata engkau nanti .. Bukan aku tak bagi amaran." Mata James dilawan bertentang mata dengannya. Dia tahu James juga kuat sepertinya, " Mungkin" kerana itu dia tidak akan menghalang..

" Percayakan aku Terry, gen aku lebih kepada engkau Dan Adam.. Jadi aku tiada masalah dengan apa yang akan terjadi dihadapan mata aku nanti."

Licik James tersenyum, peluang telah terbuka dihadapan mata, selalu sahaja kerja - kerja berat diberikan kepada Terry untuk menguruskannya.

Dia Dan Adam tiada peluang untuk perkara itu.. Adam, James tahu dia tidak libatkan diri dalam jenayah, abangnya sebolehnya mahu menjalankan perniagaan yang tidak melibatkan jenayah dan kekerasan. Adam seboleh- bolehnya mengelak. Namun dalam perniagaan antarabangsa yang diceburi mereka berdua, perkara itu tidak dapat lari dalam perniagaan. Sentiasa ada pesaing untuk menjatuhkan perniagaan mereka, Sama ada pesaing sihat mahupun pesaing Gelap.. semua itu mereka tidak dapat lari..

Disebabkan itu mereka terbahagi kepada dua pemerintah.. Semua itu telah diatur kan oleh Daddy mereka sejak mereka dewasa.. En. Thomas..

Terry akan menguruskan perniagaan Gelap Dan Dan menyelesaikan semua kegiatan yang termasuk dalam lingkungan gelap itu. kerana itu dia telah dididik menjadi Kejam, ganas Dan Segak.. Menurut Thomas, untuk menjadi Mafia yang berjaya, seseorang perlu mempunyai Wajah yang kacak, peribadi yang tenang, Dan tiada perasaan , perkara yang paling penting..untuk menyelesaikan segala urusan berkaitan dengan jenayah.. Kebijaksanaan.. Seluruh ahli keluarga Bernard telah dilahirkan bijak. Cuma tahap IQ masing - masing yang berbeza..

Terry dikurniakan dengan anak mata yang membiru, sebiru laut lautan barat mengikuti keturunan sebelah bapanya Bernard.. Dia memiliki wajah yang kacak, berketrampilan menarik dan dikurniakan dengan susuk tubuh yang tinggi dan tegap dari Ketiga - Ketiga mereka. Perkara yang membezakan mereka bertiga, anak lelaki Thomas. Terry mempunyai ketinggian yang melebihi dua Adik beradik lelakinya lain.

Adam dikurniakan dengan fikiran yang Genius termasuk Juga James, melebihi tahap IQ dari Terry.. Kedua- duanya mempunyai susuk tubuh yang menarik dengan kedua - dua mata mereka berwarna Hazel, mengikuti sebelah keturunan Mommy mereka. Yang membezakan mereka berdua adalah , Adam dikurniakan dengan Aura kepimpinan untuk menerajui Syarikat Utama legasi milik keluarga mereka.. Sedangkan James dikurniakan Otak yang bijak dalam manipulasi Fakta Dan diberikan Otak yang bijak dalam putar Belit perniagaan, lebih - lebih lagi bila melibatkan persaingan..
James adalah Klon Adam namun  susuk tubuh James sedikit rendah Dan lebih berisi sedikit dari Adam, abangnya.. yang hanya membezakan mereka rambut James  yang lebih ke Perangan dari rambut Adam yang berwarna Coklat Gelap..

Adam lebih dikenali sebagai Beast Charming dalam kenalan perniagaan Dan pekerjanya kerana kepimpinan Adam, yang kejam Dan tegas semasa bekerja. Dia tidak akan memberikan muka pada pekerjanya Dan dia mahukan Setiap semua pekerjaan dilakukan dengan teratur, kemas Dan Cepat.. tiada istilah lambat dalam Adam. Dan dia seorang yang Beku dengan perempuan walaupun dia dikurniakan kekacakan diwajahnya yang boleh membuatkan perempuan mencair melihat kearahnya. Kerana hatinya tertutup untuk Anggerik..

James lebih berkarisma Dan bergaya dari segi penampilan. Bagi Ketiga - tiga lelaki itu, dirinya yang paling update dengan penampilan Dan  kesukaan dirinya, dia Dan cermin mata tidak dapat dipisahkan..Dirinya menjadi igauan malam Setiap perempuan memandang. Hatinya lebih lembut dan bibir diwajahnya tidak lokek dengan senyuman. Membuatkan dia seorang yang senang didekati oleh pekerja, persaing mahupun rakan perniagaan yang lain..

Dia seorang yang mudah melayan wanita Dan wanita senang berada disamping dirinya. James merupakan seorang yang peramah Dan sukakan hiburan Dan hubungan sosial. Namun disebalik kehidupannya, hanya seorang perempuan yang biasa bersamanya Di ranjang Dan perempuan itu adalah Sofia, kenalan lama James..

Gabunngan Ketiga - tiganya membuatkan legasi syarikat mereka berjalan dengan baik Dan kekayaan yang diterima berlipat - Lipat kali Ganda..

Adam Dan James telah dibobatkan sebagai Pengusaha paling berjaya Dan Tertampan didunia barat, siapa lagi kalau bukan Adam. Mendominasi tangga Kedua di miliki oleh James.. tiada Terry dimasukkan dalam Carta, seakan dia tidak wujud didalam keluarga mereka dalam perniagaan kerana penglibatan Terry dalam perniagaan hanya disebalik tadbir, pendukung Utama untuk kejayaan legasinya..

Pemerintahan Kedua dibawah naungan Terry.. Penerintahan Gelap, Terry Blue Devil, Jolokan untuk panggilan namanya.. Kerana pemerintahan didunia gelap terry, dia tiada perasaan Dan simpati. Dia hanya melakukan dan Selesaikan tugasannya mengikut kepada kebaikan legasinya Dan keluarga.. Dia tidak peduli lagi dengan alasan - alasan kosong jika dia berurusan. Dia berpegang kepada prinsip, Selesaikan Dan tamatkan.Tanpa ada simpati diselitkan pada Setiap tindakannya..

Untuk belas kasihan istilah itu tiada wujud dalam dunianya...

*******

" Uweeek..! Uweeek..!Uweek.."
Terry hanya mengeleng- gelengkan kepala melihat keadaan James yang telah termuntah melihat situasi seorang lelaki yang telah diseksa oleh Terry...

" Aku dah cakap dekat engkau James, aku dah bagi amaran Tapi engkau tak dengar.. Macam mana keadaan engkau sekarang, Engkau nak aku bantu engkau dengan apa? Asam, perempuan Atau Engkau nak aku panggilkan Adam.." Terry bergurau dengan James untuk membuangkan segala trauma Dan loya ditekak adiknya sebentar tadi..

" Jangan mengarut Terry apa yang engkau buat sebentar tadi benar- benar jijik pada aku? Apa yang engkau fikirkan sebentar tadi. Engkau nak seksa dia kenapa tak bunuh sahaja orang tua tu?" James memandang marah kepada Terry, loya ditekaknya masih belum hilang mengingatkan kembali apa yang baru berlaku dihadapan matanya..

                 ••••

Seseorang membisikkan sesuatu kearah Terry. Pembantu yang sebentar tadi berbisik dengan Terry telah kembali.. Terry Kelihatan tersengih dengan bisikan yang diterima. Beberapa kali wajahnya dibahagian rahang diurut menandakan dia senang dengan berita yang disampaikan.

James hanya menjadi pemerhati disebelah Terry..Melihat apa yang akan dilakukan oleh Abangnya Terry.. Tiada Satu tindakan pun dibincangkan bersama James. Hanya dia yang memberikan arahan kepada anak buahnya dengan beberapa acara bisikan..

" Bawa mereka semua masuk.." Suara Terry memecahkan suasana senyap didalam bilik itu. Mata Terry hanya terarah kepintu..

James mengerutkan dahi, "semua" yang dimaksudkan Terry siapa..?

Satu persatu perempuan telah masuk kedalam bilik Hotel itu, kesemuanya hanya masul Dan berdiri dihadapan Terry.. Kesemua perempuan itu telah lengkap dengan berpakaian seksi, kesemuanya ada 9 orang wanita seksi Asia yang telah siap sedia untuk dibawa keranjang...

Tersenyum sinis Terry melihat wanita Seksi dihadapannya. Kelakiannya mula menampakkan mula mengeras didalam seluarnya. Dia Dan sentuhan perempuan tidak dapat dipisahkan..

Terry memilih seorang perempuan Seksi yang mempunyai buah dada yang besar..Tanpa berlengah Terry menarik wanita itu ke tubuhnya Dan dicumbuinya dengan berahi Dan ganas dihadapan Kesemua mata yang memandang kearahnya.. Tubuh wanita pilihan Terry dibawa ke sofa dan dicumbui dengan penuh berahi Sehingga Kedua- duanya lelah.. Selepas puas bercumbu tubuh wanita itu dilepaskan dalam pelukan masih berbaring di sofa.. Terry Tersenyum sinis Dan meninggalkan wanita itu dalam tanda tanya..

" Engkau gila Terry, dalam keadaan macam ini engkau bawa semua pelacur kesini. Engkau dah hilang fikiran ? Buat apa bawa semua pelacur - pelacur ke sini. Engkau nak bocorkan segala kegiatan kita disini..? Apa yang engkau buat ini?"

James benar - benar marah dengan Terry, dari tadi Satu Plan pun Terry tidak bincangkan bersama dirinya.Tiba - tiba Terry bawa pelacur, Dan lebih sakitkan hati Terry buat aksi ghairah dia disini bercium dengan berahi dengan seorang pelacur dihadapan mereka semua.

" Kita keluar dari sini. Nanti aku terangkan apa yang aku buat dekat engkau James. Sekarang ini aku nak bawa orang tua tu dekat Bilik sebelah, aku nak dapatkan sesuatu dari orang tua tu. Tapi aku rasa orang tua tu akan mengelak.!

Tersenyum sinis Terry memandang kearah James Dan seterusnya matanya menghala kearah bilik menempatkan ketua bagi semua sembilan orang lelaki yang telah separuh tersedar dari khayalan mereka..

" Bos mereka semua macam mana?" Pertanyaan dari seorang pembantu kepada Terry, semua wanita yang diarahkan Terry kesitu hanya memandang kearahnya, menunggu arahan selanjutnya dari lelaki itu.

" Berikan seorang Satu pasangan. Kita tinggalkan mereka dengan semua pelayan ini. Aku mahu mereka enjoy dengan layanan aku beri untuk malam ini." Sinis Terry berbicara sambil matanya masih belum lepas melihat kearah semua lelaki yang berada dihadapannya..

James hanya memerhati Dan mencerna Maksud yang disampaikan Terry.. Dia faham kan sesuatu, Tapi untuk apa Terry lakukan itu semua? James semakin tak faham Plan Terry, Tapi dia hanya menurut tanpa Bantahan..

Pembantu Terry masih kekal berdekatan mereka.. Menunggu arahan seterusnya..

"Aku takkan sia - siakan nafsu mereka yang sedang memuncak waktu ini.Mereka perlukan pasangan untuk lepaskan berahi mereka. Dadah yang mereka guna aku tahu untuk apa?" Sinis bicara Terry..

Kerutan Jelas Di dahi James, masih tak faham dengan dunia gelap Terry.. Apa yang dibuat Terry sebenarnya..

"Mereka akan puas malam ini. Esok kita  datang lagi untuk berurusan dengan mereka." Mata Terry terarah kearah James ,isyarat untuk mereka berdua keluar dari situ. Mereka perlu berurusan dibilik lain, urusan dengan seorang lelaki tua yang Licik..

James mengikuti langkah Terry dibahagian belakang.. semua tindakan Terry bermain - main difikirannya, mencuba memahami segala tindakan Terry untuk apa..? "
“Kenapa Terry mencari pelacur untuk semua lelaki itu. Dan urusan Terry disana Esok. Untuk apa?"

Fikiran James tidak dapat berfikir, mungkin tubuh badannya lelah kerana itu dia tidak dapat untuk berfikir lebih mendalam segala tindakan Terry.. Adam Dan Anggerik, James tidak tahu apa yang telah Jadi disana..

Dia hanya berharap Angggerik akan selamat. Kali terakhir dia menjumpai Anggerik, Doktor telah dipanggil untuk merawat Anggerik, namun dia tidak sempat melihat Dan mengetahui keadaannya disebabkan menguruskan hal bilik ini..

Mungkin Terry tahu tentang sesuatu, fikir James. Namun kedua - dua Kaki Mereka telah sampai Di bilik menempatkan orang tua itu.

Terry melangkah kearah dalam bilik tempat baru yang diletakkan lelaki tua itu.. Keseluruhan muka Dan badannya telah bengkak dengan beberapa bahagian telah menunjukkkan kesanlebam membiru. Darah pekat telah mengering dibeberapa bahagian badan lelaki itu, keseluruhan muka mengembang bengkak, tidak dapat menampakkan wajah sebenar. Tentu sahaja lelaki itu Terasa teruk selepas dikerjakan sebentar tadi..

“Tak sangka Abang aku Adam hebat juga dengan penangannya, hampir separuh mati orang tua Ini dikerjakan." Tersenyum sinis Terry dengan kejadian itu, Tak sangka Adam boleh jadi seganas ini. Terry ketawa dalam hati..Ternyata keganasan keluarga Bernard masih ada dalam diri Adam. Hal itu tidak dapat disangkal lagi

" Ini semua kerja Adam ker Atau kerja engkau James?" Sengaja Terry menyakat adiknya dia tahu Adam jika dibangkitkan kemarahannya juga akan membuatkan lelaki itu bertindak diluar kawalan..

" Kalau kerja aku Terry, dah lama aku tamatkan Nyawa orang tua ini, buat apa kita tunggu lagi. Hidup pun dia tak berguna. Aku dah cuba nasihatkan Dia, Tapi engkau tahu orang tua ini licik Terry. Dia Jadikan Anggerik tebusan..” kening Terry dinaikkan menceritakan apa Sebenarnya perkara yang terjadi..

Nasib dia Terry, takdir dengan Adam.."
James menjelaskan situasi yang terjadi pada mereka berempat tadi dimana segala bermulanya, bagaimana Adam hilang kawalan membelasah orang tua itu tanpa kesedaran dirinya. Jika dibiarkan Adam tadi, mahu Nyawa orang tua itu dicabut oleh Adam dari tubuhnya.

Tapi James tahu Agama yang dianuti Adam, perkara itu tidak dibenarkan dalam ajaran Agama abangnya, Islam. Untuk itu dia meleraikan Adam Dan membawa tubuh Abangnya menjauh..

" Cukup Adam, engkau bukan pembunuh Biar aku yang Selesaikan perkara ini, paling penting Anggerik. Lihat dahulu keadaan Anggerik, aku lihat Anggerik bagaikan sesuatu, dia tak sedar siapa diri dia." James seakan mengingatkan Adam tentang Anggerik. Wanita itu dilihat James hanya tersenyum dan bersedih dalam masa yang sama, pipi dikedua - dua belah wajahnya telah memerah..

“ Mukhriz Anggerik panas, Anggerik tak tahan, mata Anggerik terpejam dalam liuk lentur tubuhnya mengarah kearah James”. Kedua - dua mata lelaki serentak melihat kearah Anggerik yang mengerang kecil dalam desahan. Bibir mulutnya digigit sebagai memberikan Isyarat sesuatu.

“ Cepat bawa dia dari sini Adam, aku tak sedap hati dengan Anggerik. Cepat bawakan Doktor untuk Anggerik!” James mengelabah bila pandangan mata Anggerik mengarah kearahnya Dan Adam. Tapi yang bermain dalam fikiran James, “ Mukhriz”, Sebaris nama yang disebut Anggerik.

Wajah Adam telah memerah Panas bila Sebaris nama itu disebut kan oleh Anggerik. Walaupun hanya nama Tapi yang disebut perasaan cemburunya tetap menjelma terhadap lelaki dalam hidup Anggerik.

“ Aku pergi dulu James bawa Anggerik dalam bilik aku. Pastikan engkau kunci dulu pintu ini dan orang tua ini tak terlepas. Dia kunci bagi segala pemasalahan ini.” Adam masih menunjukkan reaksi bengisnya menatap orang Tua yang baru sebentar tadi ingin mendapatkan tubuh Anggerik. Dia telah membalas segala perasaan marahnya Kepada lelaki itu untuk pembalasan bagi pihak Anggerik. Itu alasan yang digubakan Adam. Dia tahu sekiranya Anggerik tersedar dia akan berterima kasih pada Adam kerana telah menyelamatkannya tadi. Yang menjadi persoalan dalam diri Adam, Siapa Master Mind yang mengarahkan perkara itu terjadi pada Anggerik. Bukan seorang yang disuruh merosakkan Anggerik Tapi 10 orang. Jika Adam tidak dapat selamatkan wanita kesyaangannya.. Macam mana Anggerik untuk menerima hal itu.

Kepala Anggerik yang telah bersandar keletihan Di dadanya digosok lembut kepala wanita itu. Dia menunjukkan kasih sayangnya sebenar, Dia begitu Cintakan Anggerik, tulus dari hatinya.. Dia tidak akan menjadi kan perkara seperti ini terjadi lagi...tanpa Adam sedari mata James telah mengarah melihat kesemua perlakuan Adam sebentar tadi kepada Anggerik..

“ Itu Cinta Adam sebenar, kenapa dia ditakdirkan untuk merana dalam hidupnya.” James terpaku dengan kelakuan Adam, sedikit sebanyak pengorbanan Adam menyentuh hati lelakinya, kerana Adam juga Dia hanya melayani Sofia diranjang. Dia hanya perlu memastikan perasaan dirinya yang sebenar..Adakah Sofia benar- benar untuknya..

“ Adam bawa Anggerik dari sini Segera dia perlukan rawatan!” James menyedarkan Adam yang sedang terleka dengan belaian dirinya kepada Anggerik..

******

Adam Dan Anggerik melangkah kedalam bilik ditemani oleh Pembantu - pembantu Adam..

Pintu Bilik dibukakan Adam Dan Anggerik dibawa dan dibaringkan dengan perlahan Di atas katil.. Bajunya dipakai Anggerik terselak, sedangkan Anggerik dalam dakapannya sebentar tadi seakan terlena dalam dakapan diri Adam..

Di kegelaapan Malam Wajah Anggerik dilihat Adam Cantik Persis Anggerik dulu wanita sama yang dia Cinta Dan ditinggalakan dulu.. Persamaan itu membuatkan hati lelakinya Tersenyum. Tanpa disangka kini Anggerik sedekat ini dengan dirinya.Adam membetulkan duduk disamping Anggerik diatas katil, selimut ditarik kan menutupi bahagian Tubuh Anggerik yang telah terdedah. Rambut Anggerik telah menutupi wajahnya, Tapi Adam tidak mahu menganggu takut mengejutkan Anggerik yang telah tertidur lena.. Dia hanya menanti Doktor untuk memeriksa Anggerik.

Seorang Doktor telah diperintahkan untuk datang kebilik Hotelnya, tempat dimana dia telah membaringkan Tubuh Anggerik untuk keselesaan wanita itu.

Doktor menjalankan rawatan seperti biasa ketubuh Anggerik Dan mengambil sampel Darah dari Anggerik apabila dilihat wajah Anggerik kemerahan bukan secara semulajadi..

Keputusan Darah telah diperolehi oleh Doktor dengan menjalankan ujian saringan dengan perlatan Moden bergerak yang berada dikliniknya. Semua itu memudahkan kerjanya untuk membuat rawatan sekiranya hal itu diperlukan dengan segera..

Bahu Adam ditepuk kemas, “ Aku ada sesuatu yang nak tanya kepada engkau Adam Dan aku nak engkau jujur dengan aku?” Kata Doktor Shamsul kepada Adam, rakan lamanya dengan wajah Serius.

“ Apa yang Engkau nak tanya? Aku akan jujur!” Tenang Adam memberikan jawapan. Sejujurnya dalam kes - kes begini Adam akan menjawab dengan tepat, dia tiada masa untuk bermain, lebih - lebih lagi melibatkan Nyawa Angerik, Tapi dia masih perlu bertenang mengawal perasaannya yang semakin bergelogak dalam diri..

“ Siapa sebenarnya perempuan ini Adam? Macam mana engkau boleh bawa dia kesini?” Pertanyaan Doktor Sham yang menimbulkan kerutan di dahi Adam.

“ Dia seorang kawan lama aku Sham. Sebab apa dia disini, aku terpaksa rahsiakan hal itu. Tapi apa yang telah terjadi?” Semakin risau Adam memikirkan hal Anggerik. Serius diwajah Doktor itu lebih merisaukan hati Adam, takut terjadi sesuatu pada Anggerik. Dia akan menyesal sepenuh hidupnya. Anggerik telah Datang kesini untuk berjumpa dengan dirinya.Semua itu Takkan terjadi sekiranya dia tidak terburu - buru dari Hotel ini tadi.. Jika dia terlambat tadi, Anggerik akan selamat dari semua ini. Tapi Siapa lah dirinya untuk menolak takdir..

“ Perempuan ini sudah berkahwin?” Pertanyaan lanjut dari Sham yang membuatkan Adam semakin tidak sabar untuk mengetahui apa yang telah terjadi...

“ Apa Maksud engkau Sham, apa kena mengena status perkahwinannya dengan hal ini? Tugas engkau untuk rawat dia, bukan untuk berkenalan dengan dia?” Adam Panas hati, walaupun wajahnya tenang, Tapi sikap Sham yang tidak berterus terang dengan tahap kesihatan Anggerik membuatkan dia semakin tidak senang dengan cara Doktor itu. Dia terpaksa menyatakan pendapatnya jika dirasakan apa yang dilakukan doktor itu menyalahi etikanya..

“ Sabar Adam dengar dulu apa aku nak terangkan pada engkau!” Wajah lelaki Sham berkerut dan memandangnya tepat kearah Adam..

“ Apa yang engkau nak terangkan?” Adam semakin tak sabar..!!!!!

*****

“ Licik engkau orang Tua, aku datang Dekat sini Dan duduk dekat engaku beberapa jam lalu Tapi engkau masih buat tak tahu.
Engkau tetap Tutup kan mata engkau tu. Bravo, !,,,,,Tak sangka engkau boleh tahan sakit sampai macam ini.” Wajah James dilihat Terry dibelakang, masih tidak berganjak..

“Kalau aku Jadi engkau aku akan minta peluang pada musuh aku untuk minta ubat.. Tapi engkau masih tenang..”

“ Mungkin orang tua tu dah mati ker Terry?” James membuat andaian bila dilihat lelaki itu tidak bergerak.

“ Dia Takkan mati dengan mudah James, jangan mudah terpedaya,!”

Plak! Salah Satu Jari lelaki tua itu dipatahkan oleh Terry, mengerang Orang tua itu sambil matanya terbuka Dan baringanya sebentar tadi telah terbangun berdiri..

“ Engkau hidup lagi!” Terry tersengih Kejam dengan mata dijegilkan memandang kearah orang tua itu yang masih mengerang kesakitan. Tangan Terry masih belum melepaskan tangan orang tua itu.

“ James tersengih sinis melihat aksi Terry, dia juga turut sakit hati dengan lakonan lelaki tua itu sebentar tadi..

“ Aku dah cakapkan tadi orang tua ini licik. Selamat datang orang tua dalam dunia aku. Terry Blue Devil, engkau pernah dengar nama aku?” Terry Tersenyum sinis sambil memandang kasar pada orang tua dihadapannya yang telah mengigil Sebaik sahaja namanya disebut oleh lelaki hadapannya..

Matanya memandang kearah James Dan beberapa orang lagi yang berada dalam bilik itu. Mukanya telah memucat putih, segala yang terbayang dimatanya benar - benar telah terjadi. Nyawanya kini berada dihujung tanduk. Jika dia mendengar kata - kata seorang lelaki asing Di hadapannya tadi untuk tidak menjadi kan wanita tadi sebagai tebusan dirinya, dia tahu dirinya akan selamat. Namun Sebaik sahaja nama itu disebut.. dia telah dapat merasakan nyawanya telah melayani dai tubuhnya..

“TTTT—ttttERRyyyy.. TERRY.. suara Mengigilnya menyebut Sebaris nama itu..”

“ AKU!”

Please Vote n Komen... TQVM- PB ...:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience