43

Romance Completed 306520

*** Azizah ***

" Daddy," Adham berlari Dan memeluk erat Mukhriz beserta juga Mukhriz yang mencium pipi  anaknya melepaskan segala kerinduan dihatinya.

" Adham rindu Daddy?" Kerutan Di wajah  Mukhriz, sambil menunggu jawapan dari anaknya. Senyuman Mukhriz semakin terukir sejak dia kembali dalam keluarga bahagia miliknya bersama dengan Anggerik..

" Rindu sangat, ermmmm Mana Daddy hilang lama Adham tunggu !"  Senyuman nakal Adham dalam pelukan Mukhriz.

" Daddy banyak kerja, Adham tak perlu risau lepas ini setiap malam Daddy ada untuk Adham dengan Mommy.!" Mukhriz mengusik Anggerik Dan anaknya.

" Betul ker ada untuk Adham Daddy, bukan Daddy tidur dengan Mommy.?" Adham tak faham sepenuhnya Maksud Mukhriz.

" Daddy ada dengan Mommy sebab nak tunaikan permintaan Adham?"

Terkejut Anggerik bila Anggerik dengar Mukhriz berbisik Di telinga  Adham perkataan permintaan didengari ditelinga . " Apa Awak Janji dengan Adham Mukhriz? Sempat Anggerik menjeling..

Perasaan Anggerik masih tak berpuas hati bila dilihat mata Adham Dan mata Mukhriz saling berpandangan.

" Adham nak Adik!" Suara halus Adham yang membuatkan kepala Anggerik pening.

" Mukhriz ingat nak lahirkan anak itu senang!"

" Jangan merepek!" Selepas berbicara Anggerik berlalu, dapat dilihat oleh mata Anggerik Adham Dan Mukhriz, Kedua- duanya tersengih memandang kearahnya.

" Adham dah jadi geng Mukhriz, Nampaknya aku pun kena cari geng lain!"

*****

" Lambat you datang Blue, ingatkan tak Sudi dah nak lepak Dekat sini?" Senyuman Mawar  semekar hatinya untuk plan Mawar berjalan dengan lancar.

" Aku disini, kenapa engkau  dah rindu!" Mata tajam Terry memandang kearah Hots dihadapannya. Malam ini dia tiada rasa untuk bermain, hanya untuk membuang masa, melayan perasannya Dan hatinya yang resah..

Bir diambil Terry Dan diminum  rakus ke dalam badannya, mata Terry tidak terarah kepada Mawar, sebaliknya hanya terarah kepada penari - penari tak bertauliah disitu. nampak sangat mood Terry tak baik malam itu, dimata Mawar.. Terry dilihat tidak seceria selalu.

" Saya menganggu atau awak nak keseorangan?" Mawar faham perasaan Terry,Dan dalam waktu- waktu tertentu mereka perlukan masa keseorangan  tanpa gangguan.

" Engkau boleh tinggal, Tapi jangan ganggu aku!" Kasar suara Terry Tapi Mawar faham perasaan lelaki itu, mesti ada yang tak kena. Hidup sebagai ketua Mafia, mesti banyak masalah yang menganggu. Mawar tersenyum dengan fikirannya, takdir..

" Kenapa engkau tersenyum ? Ada sesuatu yang lawak Dekat sini? Tajam mata Terry memandang Mawar. Mungkin lelaki itu telah separuh mabuk. Itu yang Mawar rasa dalam fikirannya.

" Fikirkan sesuatu yang Lucu ? Jari Mawar mengelilingi gelas kaca yang berada ditangannya.

" Macam apa? Wajah Terry telah Panas. Mungkin panas dengan usikan Mawar Dan kata - kata gadis itu pada dia.

" Macam you Blue? Kenapa nak tekanan Kalau you boleh buang tekanan itu dalam kelab ini?"

" Maksud you? Terry memandang Hots tidak berkelip. Mahu melihat apa yang mahu ditunjukkan Mawar.

" Benda ini!" Beberpa biji pil diletakkan Mawar diatas meja dihadapan Terry.

" Engkau Maksud kan benda ini boleh hilangkan tekanan aku?" Tersengih sinis Terry. Atas meja itu dilihat ada Tiga biji pil. 

" Engkau patut cuba Blue,  pil macam ini banyak membantu." Licik Mawar memainkan peranan.

" Engkau nak aku makan pil ini semua. Orang bodoh jer makan pil ini? Kenapa engkau makan benda ini semua Hots, tak baik untuk engkau. Benda ini semua mengarut..!"
Terry yang awal dari dunia gelap juga pun tidak mengambil pil - pil yang mengarut dirasakan Terry. Dia pernah mencuba dulu waktu dia remaja, bila Adam dapat tahu, separuh mati Adam belasah dia. Kes itu percubaan pertama kali Terry, Dia ingat lagi bagaimana keadaan dia waktu itu. Teruk..!

" Aku tekanan dengan seseorang Terry, dia banyak ganggu hidup aku!" Hots memulakan lakonnanya.

" Apa dia buat? Kalau engkau nakkan bantuan aku, aku boleh tolong!" Terry mula terpedaya dirasakan Mawar, Dan memberikan bantuan kepadanya.

Bagi Terry itu adalah pertolongan biasa dalam hidup dia. Menolong seorang kawan tiada makna apa - apa.

" Really!" Wajah Mawar semakin sedih memandang kearah Terry untuk meminta simpati lelaki itu bagi membantu dirinya.

" Beritahu aku, apa yang Engkau nak aku Tolong?Masalah apa engkau jadi tekanan sampai macam ini?" masalah yang membelengu dalam diri Terry seakan menghilang bila Hots menceritakan tentang tekanan dirinya dulu.

" Tolong lenyapkan seseorang . Dia banyak susahkan hidup aku! Dia perampas Dan merupakan seorang yang curang dengan suaminya."

" Apa yang dia rampas dari engkau?" Terry semakin berminat untuk mengetahui maklumat selanjutnya.

" Semua! Dia rampas semua milik Aku. Semua yang jadi milik aku, Dia akan rampas, termasuk keluarga, harta Dan lelaki dalam hidup aku. Tak mustahil Dia akan rampas diri engkau dari aku, Blue !" Mawar mengalirkan air mata bersedih dengan apa yang terjadi dalam hidupnya.

" Engkau tak main - main dalam hal ini ." Terry tidak menyangka gadis yang  baru dikenali mempunyai masalah yang Berat seperti itu dalam hidupnya. Patutlah dia seperti tekanan. Dia pun percaya dengan apa yang menimpa gadis dihadapannya.

" Tak buat apa aku nak main- main dengan benda serius ini. Dia telah buatkan hidup aku musnah, tanpa ada orang Sayangi aku. Sebab tu aku bawa diri sampai kesini. Engkau tak tahu apa yang aku hadapi masa silam aku. Dia musnahkan segalanya.

" Engkau nak aku buat apa ?, bagi pengajaran pada dia? Tapi Kalau dia ganggu engkau lagi? Macam mana? Terry Tersenyum sengih dengan apa yang ada difikirannya, dia mempercayai bulat- bulat cerita yang disampaikan kepadanya. Gadis itu tersilap, Tapi disebabkan malam itu Terry dalam tekanan, dia biarkan sahaja hal itu berlalu dulu..

" Apa cadangan yang patut saya buat? Awak nak bantu saya Blue? Tapi apa patut saya bagi sebagai balasan?" Mawar memainkan permainan liciknya, dia tahu Lelaki Di hadapannya tidak akan meminta yang bukan - bukan, lelaki itu telah masuk dalam perangkap lakonannya.

" Engkau tak perlu bagi aku apa - apa , Cukuplah dengan menjadi peneman aku. Aku tak minta lebih. Hal itu aku akan uruskan. Benda itu mudah. Tapi apa Engkau nak buat dengan dia, Terpulang. Orang aku akan uruskan hal itu.

" Macammmana Awak nak buat itu semua Blue? Awak ini siapa?" Mawar dapat rasakan Blue telah terjerat dengan kisah Dan disebalik wajah baiknya, rancangannya akan bermula Dan akan di selesaiakan oleh orang sepatutnya.

" Benda itu benda mudah untuk aku, Engkau tak perlu kenal aku siapa. Perkara penting, engkau kena bagi gambar dia pada aku untuk orang aku uruskan!"

" Betul Awak Tolong saya Blue?"Air mata yang tadi mengalir, mula diseka Dan menjadikan wajah cantiknya ceria semula.

" Anggaplah bantuan aku tu, bantuan kecil untuk bantu rakan." Terry Tersenyum kembali melihat keceriaan di wajah gadis itu.. Dia tidak lagi dalam tekanan dengan apa yang Adam lakukan tadi kepadanya.

Kes Anggerik masih  belum dapat diselesaikan oleh Terry.. Kerana itu dia membuat pilihan untuk menyelesaikan Segera Kes gadis hots bagi membantunya.

" Apa yang Awak nak Blue,  bagi membantu awak ?" Mawar semakin semangat untuk melaksanakan dendamnya pada Anggerik.

" Gambar dia? Tapi ingat , Kalau aku tahu sesuatu dari sebalik hal ini. Engkau Takkan aku Lepaskan, Dan engkau akan jadi galang gantinya. " Mata Terry merenung tajam mata Hots dihadapannya, dia masih tersenyum namun wajah bengisnya sebentar tadi, benar - benar kecutkan Mawar.

" Tak Blue, itulah perkara yang sebetulnya.." Mawar cuak Tapi dia tetap teruskan dengan penipuan untuk dia dapatkan Mukhriz.

" Aku akan Culik dia Dan selepas itu pandai - pandailah Engkau nak buat apa Dekat dia.!" Asap rokok yang  berkepul - kepul diudara,  membuatkan Terry merenung wajah Mawar. Reaksi wajah Mawar yang canggung dihadapan Terry.

" Engkau dah kenapa?" Kening Blue dinaikkan sambil melihat tajam kearah wanita dihadapannya.

" Apa Perlu saya buat Dekat dia? Saya tak biasa buat semua kerja - kerja tu." Mawar sengaja buat - buat takut diwajahnya untuk dia tidak terlibat sama dalam hal melibatkan Anggerik nanti. Paling penting dia tak terlibat Dan tidak akan dihukum ..

" Serahkan sahaja gambar dia itu esok, nanti pandai - pandailah anak buah aku buat kerja. Lagi Cepat lagi bagus " Terry menyirap dengan Hots, mahu membalas perbuatan seseorang Tapi takut - takut.

" Baiklah, Esok saya serahkan apa yang Awak nak tu.!"

" Bagus", Terry meneruskan menghabiskan rokoknya.. manakala Mawar telah Tersenyum kegembiraan.. rancangannya kali ini akan berjaya.

*****

"Semi persiapan sudah disiapkan Ivvy?" Alex memandang kearah pembantunya yang agak Seksi Dan Cantik dipandangannya. Alex membayangkan tubuh itu mengandungkan anaknya, Dan Alex Tersenyum.

Cadangan Mark minggu lalu kembali terngiang- ngiang ditelinganya. Bagaimana dia perlu mencari wanita yang akan melahirka anaknya..

" Ibu tumpang dan sperma." Itu yang pernah dibincangkan dulu bersama Mark. Tapi bagi Alex, bolehkah rancangan itu berjaya. Ada kemungkinan berjaya Dan ada kemungkinan semua itu Hanya khayalan hidupnya. Anak dari zuriatnya..! Sesuatu yang tak dijangkakan Alex..!

" Bos ? Kenapa Senyum- senyum?" Wajah runcing Ivvy membuatkan Alex mengelamun sebentar tadi.

" Saya bayangkan Awak mengandung tadi Ivvy? Mengandungkan anak saya ?"  Tersenyum Alex, menampakkan lagi wajahnya yang kacak. Kacak yang mengiurkan bagi Ivvy.

" Hah!" Reaksi Ivvy yang terkejut, dalam masa yang sama dia menjadi malu.

" Awak Cantik Ivvy cari seseorang lelaki yang boleh membahagiakan Awak." Itu yang Awak perlu kejar dulu.

"Ivvy tak faham Maksud Alex, Tapi yang dia tahu Alex Ikhlas dalam bicaranya. Kata - kata itu Ivvy simpan rapat dalam hatinya."

" Terima kasih sebab nasihat itu!" Lembut suara Ivvy begitu juga sifat perempuan itu sepanjang bekerja dengan Alex..

" Kita teruskan perbincangan Ivvy, pasal projek itu. Minggu ini hari terakhir sebelum kita sampai pada tarikh majlis.

" Yup Tapi saya rasa semuanya dah berjalan lancar. Lagipun bos Model Utama tu pun bos da setel kan masalah tu. Sekarang model- model sedang sibuk dengan latihan. Kalau bos Free bolehlah bos pergi sana tengok mereka berlatih, bagi nasihat atau sesuatu tentang itu!" Mata Ivvy dikecilkan memandang kearah Alex.. berharap Alex akan setuju dengan pendapatnya. Alex banyak pengalaman dalam dunia peragaan, Mana tahu Kalau Alex ada tips Dan cara berjalan yang boleh Alex bagi dan tetap kan kepada model - model yang membuat peragaan untuk mereka nanti.

" Hmmmmmm, kedengaran seperti sesuatu yang Bagus Ivvy, tengoklah Kalau aku ada masa. Tapi pentas itu bahagian persiapan dah ubah macam mana yang aku nak tu.?"

" Done bos, diorang dah Siapakan ikut macam mana bos nak. Bos nak pentas U Dan I kan ditengah.. Mereka dah siapkan semalam.." Tersenyum manis Ivvy bila kerja - kerja yang diamanahkan oleh Alex dilaksanakan dengan jayanya.

"Great! Susah aku Kalau tak ada engkau Ivvy, macam susah kehidupan aku tak ada pengurus uruskan urusan Kerjaya aku." Tangan Alex dibawa kemata mengosok matanya yang keletihan.

" Saya boleh Tolong bos Kalau bos nak saya Tolong Bab tu?" Ivvy memberikan pertolongan, membantu Alex menguruskan jadual kerjanya.

" Thanks! Tapi Ivvy segala yang engkau bantu uruskan semua Tentang agensi ini aku sangat hargai. Aku maksudkannya. Aku tak nak engkau terbeban lagi Ivvy, aku banyak terhutang budi."

" Saya bantu Ikhlas Alex, jangan risau Tentang bayaran, lagipun benda itu tak susah. Apa yang Awak bantu saya sebelum ini pun saya tak terbalas." Ivvy menundukkan wajah memandang ke lantai. Hidup dia tidak mudah disebalik personaliti dirinya yang dipenuhi dengan dunia glamour.

" Dah jangan nak ungkit kisah sedih tu Dekat sini. Aku tak minta engkau balas dengan segala yang Jadi Tapi aku nak engkau mulakan hidup baru Dan lihat engkau sekarang ini. Aku masih tak percaya gadis yang aku selamatkan dulu dah bertukar berjaya sampai macam ini. Aku bangga dengan perubahan baik dekat engkau Ivvy. Teruskan usaha tu jangan Patah balik lagi. Lupakan segala sejarah hitam tu. Engkau layak bahagia."

Ivvy kelihatan menanggis dihadapan Alex. Tersedu - sedu Ivvy menahan perasan. Alex yang memandang Hanya Tersenyum sinis. " Ini yang dia malas Kalau perkara itu diungkit, Ivvy mesti mengggis."

" Ivvy Cukup aku tak suka pekerja aku lemah semangat macam ini. Perkara lalu jangan diingat Kalau engkau tak kuat!" Kemarahan Alex bila dia lihat Ivvy masih lemah untuk kawal perasaan. Dia tak suka wanita yang lemah, seperti mengungkit kelemahan diri dia yang dulu. " Engkau boleh keluar."

Bicara Alex dilihat kasar, Tapi hal itu dapat membantu Ivvy dari terus menanggis. Kebencian yang Alex letakkan dalam hati Ivvy akan membuatkan hati perempuan itu kuat.

" Hidup bukan seindah yang kita harap kan Ivvy, bukan macam cerita telenovela untuk engkau terus hanyut. Kita kena lawan perasaan Dan sejarah silam. Berani tempuh segala cabaran Dan Lupakan segala sejarah hitam. Dengan melupakan sejarah itu engkau akan kuat."

•••••

" Tak! Tak..! Tolong saya, tangan seorang perempuan memegang lengan baju seorang lelaki sambil merayu kearah Lelaki cina berkening hitam lebat.

Lelaki cina Hanya memandang kearah wanita yang dihadapannya. Sebelum dia sempat untuk membantu, gadis itu telah dibawa ke sebuah bilik Di sebuah kelab.

" Arghhhhhhhhhb, bersama suara lelaki mengerang dalam desahan.. bersama itu juga kedengaran suara jeritan Dan raungan seorang perempuan Di dalam bilik itu. Suara tangisan..

"Jijik!"Itu yang dikeluarkan dari suara Alex bila dia mendengar Dan mengetahui apa yang terjadi disebalik itu.

Seseorang dihadapannya Hanya Tersenyum sinis. Memandang ke bilik seterusnya terarah ke Alex..

" Siapa tu?" Alex hanya memerhati sahaja bilik itu yang masih tertutup rapat, namun suara - suara jeritan Dan desahan masih lagi kedengaran.

" Barang baru! Biasalah tu, sekejap lagi benda itu akan senyap, barang sedap!" Bersama sengihan dari lelaki dikenali sebagai Mior yang dikenali Alex..

" Alex tahu apa yang terjadi dalam bilik itu, Tapi dia tak sempat nak halang. Semua perkara telah terjadi. Belum sempat dia nak buat apa- apa. Kalau dia tahu awal, gadis itu Dia akan selamatkan menjadi mangsa."

" Mana engkau dapat barang tu?" Alex beriaksi biasa dan tenang dalam mengawal perasaan marahnya, dia tahu segala yang terjadi dalam paksaan pada gadis.

" Biasalah dunia kita Alex, dia awek aku? Mior menerangkan kepada Alex,masih beriaksi bagai dia tiada perasaan.

" Habis itu tadi engkau Jual dia?" Alex bagaikan tidak dapat menahan apa yang sedang berlaku, tak pasal - pasal perempuan itu kena Jual sebab dapat Pak We sengkek macam lelaki dihadapannya.

" Aku tak Jual dia, Tapi aku bayar hutang. Aku bagi dia rasa untuk malam ini jer? Tak perlu risau, nanti aku pujuk dia.?" Tersengih Mior dengan segala yang dia lakukan pada perempuan.

" Mana engkau jumpa dia?" Arak yang ditangan Alex dituang ke gelas dan dalam sekali tonggang air digelasnya kosong. Alex masih tidak berpuas hati bila perempuan itu dibuli. Bukan buli dari segi fisikal Tapi dari segi seksual kerana dipaksa.

" Dia Awek kampung aku, Tapi dia perempuan murah, tak pandai bergaya aku pun tak ada selera Alex. Tapi bolehlah Kalau nak guna untuk Setelah hutang aku!"

" Aku nak dia? Berapa Engkau nak aku bayar!" Alex simpati dengan nasib yang menimpa dengan gadis yang belum dikenali lagi tadi. Hanya sempat Alex melihat tubuh itu dibawa pergi. Tapi Alex tak sempat nak selamatkan.

" Serius engkau Alex!" Ketawa terbelahak Mior dengan lelaki lain yang  duduk satu meja dengan Alex..

Mior baru sahaja duduk dimeja itu kerana menunggu Selesai pemuasan nafsu itu bersama hutangnya langsai.

" Aku tak melawak! Aku nak dia? Berapa aku nak kena bayar engkau?" Cek didalam bajunya dikeluarkan Alex, bermaknanya segala - galanya serius bukan main - main.

" Engkau Gay? Engkau nak buat apa dengan perempuan itu?" Mior seakan tidak puas hati dengan cara Alex mahukan gadis itu. Dia rasakan gadis itu tidak berbaloi untuk Alex.

" Berapa?" Tangan Alex telah meletakkan pen di atas Kertas Cek sambil matanya memandang kearah Mior tepat.

" Engkau Bagi lah aku 3 ribu jer. Lagipun perempuan itu dah tak berbaloi dah untuk aku." Lagak Mior yang membuatkan Alex semakin meradang Dan marah kepada diri lelaki itu.

" Nah!" Sehelai Cek dengan amaun Lima ribu diserahkan kepada Mior. "'Aku bagi extra pada engkau kali ini. Lepas ini Engkau tak ada lagi urusan dengan dia. Kalau aku tahu engkau buat kacau, nahas engkau aku kerjakan Dan aku tak main - main." Mata Alex masih tertumpu Di Pintu bilik, menunggu Pintu bilik itu untuk kembali terbuka.

Alex merengus geram melihat keadaan wanita yang ada dihadapan dirinya kini. " Engkau ikut aku!" Tiada kata lain yang boleh terkeluar dari mulutnya. Segala yang terlihat dihadapan matanya yang terjadi pada tubuh wanita itu, menampakkan segala Kesukaran apa yang telah terjadi.

Perempuan itu masih terdiam seribu bahasa. Hanya wajah dan tangganya sahaja yang masih memegang lutut, cuba menyembunyikan apa yang telah berlaku.

" Dia dah Jual engkau dekat aku, engkau kena ikut aku sekarang Kalau engkau nak selamat!" Alex masih mengcangkung Di hadapan wanita yang dia masih tidak tahu nama. Dia mahu wanita itu mula memberikan tindak balas..

Kedaifan wanita itu dalam mengenali dunia tidak disalahkan Alex, dia hanya salah seorang lagi yang menjadi mangsa Manusia. Seperti diri Alex lalu.
Dia akan membantu wanita itu.

" Saya bukan untuk dijual"Suara halus perempuan itu kembali bergema. Mata wanita itu kelihatan sembab dihadapan Alex.

" Aku tahu tu, sebab itu engkau kena ikut aku! Aku janji engkau akan selamat." Lembut suara Alex memujuk, dia faham waktu sekarang Tentu wanita dihadapannya terlalu Down dari segi perasaan Dan trauma. Kerana itu dia Hanya Perlu bagi masa kepada wanita itu pulih.

" Engkau duduk Dekat sini mulai hari ini, aku sewakan rumah ini untuk engkau." Alex memandang sekeliling telah lama rumah itu tidak berpenghuni, dengan kehadiran wanita itu di sebuah lagi rumahnya, membantu untuk rumah itu tidak lagi usang.

" Kenapa letak saya Dekat sini, Awak nak saya layan laki - laki lagi. Saya tak mahu!" Menanggis lagi sang gadis dihadapan Alex, merayu kepada Alex untuk tidak membuatkan hidupnya melayan lelaki.

" Aku Takkan benarkan hal itu berlaku? Aku tak suka semua yang jadi, engkau tinggal Dekat sini. Engkau jangan takut.!"

" Awak Takkan apa - apa kan saya?" Wajah kesuraman Dan trauma masih lagi melekat di wajah si gadis.

" Aku tak berminat dengan perempuan, engkau puas hati!"

" Kenapa selamatkan saya?"

" Tanggungjawab! Aku pun tak sangka aku buat semua itu. Tapi engkau jangan risau, semua pertolongan aku bukan percuma. Engkau perlu bayar balik semua itu. Engkau kena kerja dengan aku!"

" Tolong jangan bagi saya kerja layan lelaki. Saya tak sanggup?" Wajah trauma gadis tadi kembali terbayang pada wajah sigadis, keseksaan hidupnya sebentar tadi.

" Aku tak suruh engkau layan mereka? Aku nak engkau jaga mereka?" Senyuman manis Alex kepada Si gadis.

" Maksud encik ?" Si gadis menunjukkan naif dalam diri dia.

" Lupakan pasal perkara tadi, aku nak engkau kuat. Tanamkan dalam hati, engkau kena harungi hidup ini dalam kekuatan hati Dan fizikal engkau. Lupakan peristiwa hitam itu, aku ada untuk membantu engkau."

" Awak nak buat apa dengan saya? Semakin dia tak faham apa yang dituturkan Alex kepadanya. Dia Hanya orang kampung yang tersesat dalam percintaan dengan seorang lelaki. Tanpa diketahui dia telah dipergunakan untuk sesuatu yang dia tak rela.

" Lupakan lelaki itu, percintaan yang Palsu itu akan sakitkan engkau lagi. Apa nama engkau, tak sempat aku nak tanya tadi?" Mata Alex tajam memandang kearah gadis yang comot dihadapannya. Tangan Alex memegang wajah gadis itu dalam Kedua - dua tangannya memegang pipi.

" Azizah" Lembut suara gadis, Tapi dapat dilihat Alex, gadis itu masih trauma Dan bersedih dengan apa yang jadi.

" Azizah! Tapi dirasakan Alex dari kejadian itu dia perlu menukar nama gadis itu menjadi sesuatu yang lain, yang lebih komersial.

" Ivvy"suara Alex memanggil yang membuatkan Azizah mengerutkan keningnya.

" Lupakan nama Azizah. Sekarang aku nak engkau kekalkan nama Ivvy tu untuk engkau Teruskan hidup ini."

" Tapi kenapa Saya tak boleh kekalkan nama itu, lagipun nenek saya yang pilih nama itu untuk saya!" Azizah tidak faham dengan apa yang dibuat Alex untuk dirinya kembali pulih.

" Engkau boleh guna nama itu, Tapi engkau akan Payah untuk pulih. Ambil masa lama, percaya cakap aku?"
" Dah Engkau tak Payah fikir itu semua, engkau akan faham bila tiba masanya Ivvy. Sekarang engkau mandi, bersihakan diri Dan berehat secukupnya. Aku dalam bilik sebelah Kalau engkau perlukan apa - apa. Aku temankan engkau untuk dua minggu ini, lepas itu aku pergi dari sini." Senyuman manis Alex kepada Ivvy.

" Ivvy" Suara Azizah menyebut nama barunya, mencuba.

" Ivvy Esok kita pergi beli barang keperluan engkau untuk engkau tinggal disini. Hubungan dengan lelaki Tak guna itu aku harap dah tamat. Jangan hubungi dia lagi, dia tak berbaloi untuk kembali. Engkau berehat Dan tenang. Pasal perkara tadi aku harap Engkau boleh lupa. Lebih ramai yang pernah  melalui pengalaman sama yang macam engkau lalui tadi, Tapi engkau lebih nasib baik, sebab engkau dapat bantuan dari aku."

Sehabis bicara Alex hilang dari pandangan mata Ivvy selepas pintu dibiliknya ditutup..

Alex memandang diluar balkoni diluar biliknya, rumah yang sama dia menginap dengan Ivvy..

" Ivvy, aku harap Engkau Cukup kuat untuk lalui semua ini!"


************

PB

Vote, komen.. Rate.. TQVM ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience