16

Romance Completed 306520

**Penantian yang tiada penghujung**

" Hazel"
" Sebab Hazel Uncle".suara Adam memecahkan suasana..

Mata Datuk Johari memandang kearah Adam. Dia terkejut Dan masih tertanya - tanya..? Kenapa sebab Hazel..? Apa yang jadi..? Wajah anaknya dipandang.

Hazel..?" Johari kerutkan kening,dia Tak faham kenapa Anggerik yang disebut Adam...apa yang dia terlepas..
Dia tahu nama Hazel yang keluar dari Mulut Adam itu siapa pemiliknya..

Mukhriz hanya mendengar segalanya ditelinga, Sebaris nama yang disebut kan oleh Adam, lelaki Mat Salleh itu Hazel, bukan seorang gadis yang dikenali , mungkin kenalan keluarga Anggerik ...fikir Mukhriz.
Hirupan Kopi pagi itu diteruskan oleh Mukhriz.

" Saya dengan Hazel bercinta," Anak mata Adam masih terarah pada Datuk Johari... menunggu reaksi lelaki itu..

Diam....

" kami berdua saling bercinta," ayat terakhir bicaranya ditegaskan maksud oleh Adam untuk Datuk Johari faham apa yang akan disampaikan waktu itu. Adam hanya menunggu reaksi Datuk Johari."

Tubuh lelaki itu dilihat Adam menyandar kebelakang.. mencari keselesaan duduknya..

Dahi Datuk Johari berkerut seribu.
" Kenapa Pak Cik tak tahu semua ini, tak pernah pun isu ini Pak Cik tahu. ? Keningnya berkerut... "

Keluarga kamu berpindah dulu Sebab ini Adam.?. Tapi kenapa dengan Bapa kamu...? Ada nada cemas Dan terkejut dalam suara Datuk Johari bertanya kembali kepada Adam.

Adam masih terdiam... Ada sesuatu yang ingin dia nyatakan kepada lelaki itu, Ayah Anggerik, Tapi matanya memandang kearah Mukhriz...

" Ayah dengarlah dulu apa Adam nak cerita pasal hubungan percintaan diorang. Tak sangka pula Mawar, Abang Adam dengan kak  Anggerik bercinta.  "Entah - entah, Sebab itu juga Keluarga Adam berpindah. ?" Suara Mawar mengejutkan semua wajah yang berada disitu..

Warghhhhh!
"Tak sabar Mawar nak dengar cerita seterusnya Adam, Mawar pun Tak tahu hubungan yang terjalin antara Anggerik Dan Adam"

Mawar tepuk tangan bila rahsia itu dibongkar..  dia berjaya juga akhirnya mengeruhkan lagi keadaan. Hubungan yang terjalin diantara Adam Dan Anggerik dulu perlu dibongkar kini, semua untuk pengetahuan Munshi...reaksi Mukhriz bila mengetahui semua hubungan percintaan kisah silam Anggerik.

Kini hubungan itu sedang dibicarakan kembali dihadapan semua. Lebih - lebih lagi hadapan suami Anggerik sendiri..
Mukhriz..

" Macammanalah reaksi Mukhriz." Mawar semakin tak sabar..pandangan Mata telah terarah kepada Anggerik bersama Senyuman sinis ,

" Habislah Anggerik kali ini, dia ingat Aku nak Biar Adam berkias macam itu. Hazel lah konon,, lambat sangat.   Rasakan Anggerik, aku takkan bagi engkau bahagia.. Selamanya Anggerik engkau akan merana.."

Hirupan Air Kopi diminum Mawar sambil matanya bereaksi melihat Mukhriz.  Bersama Senyum sinis,  sambil cawan yang berisi Kopi diangkat..

"Cheers,!" bersama gerakan kening kearah Mukhriz ,

Selamat Datang dalam kehidupan Anggerik yang sebenar..Plan Mawar berjaya...

Next plan......

 .......Spark, Bagaikan ada sesuatu yang menampar Muka Mukhriz waktu itu dirasakan.

" Apa Maksud Mawar?"

Tubuh Anggerik dialihkan Mukhriz dengan tangannya bagi menghadapnya. Tanpa mempedulikan orang yang masih berada disekeliling, tajam mata Mukhriz melihat kearah Anggerik..

" Anggerik Awak Hazel?"

Kejutan tentang sebaris nama tadi. Segalanya kembali kedengaran ditelinga Mukhriz, Kisah percintaan seorang gadis dengan Adam. Gadis yang dimaksudkan adalah Anggerik, isterinya kini.

Lebih memberikan tamparan besar pada Mukhriz, bila Perpindahan keluarga Mat Salleh itu dulu, disebabkan berpunca dari percintaan mereka berdua. Tak dapat Mukhriz bayangkan hubungan itu.

Perasaan cemburunya pada pasangan itu semakin membuka - buak... segala adegan yang pernah terlihat dimatanya kembali, Dan Kehilangan Anggerik pagi tadi...

Tangan Adam yang dilihat Mukhriz tadi..... sebenarnya sentuh Dan Belai kekasihnya, Hazel...
Dan Anggerik adalah orang yang sama.. tajam mata Mukhriz merenung wajah isterinya yang masih tekun menundukkan kepala, kelakuan yang dirasakan Mukhriz mencabar dirinya..

Mukhriz rasa nak gila dengan apa yang jadi pada dirinya hari ini. Dia sendiri tidak menyangkakan dirinya akan semarah ini dan sejeles ini dengan Adam.. Kemarahannya juga membara kepada Anggerik Sebab rahsiakan perkara itu..

" Anggerik Awak kena terangkan semua ini. BullShit.. !" Sebelah Tangan Mukhriz menghentakkan meja dengan menunjukkan kemarahannya. Dia Tidak kuat lagi untuk menghadapi apa yang dilakarkan didepan mata..

Semua mata memandang kearah Anggerik Dan Kesemua mulut yang berada di meja TERDIAM, dengan kemarahan Mukhriz Dan tubuh Anggerik yang masih kaku tidak bergerak dikerusinya..

" Mukhriz, sabar..... Anggerik dia sebenarnya... Datuk Johar kehabisan Idea Tentang perkara itu, dia juga tak tahu perkara itu sebelum ini, Kisah percintaan Anggerik Dan Nicholas, anak Mat Salleh sebelah rumahnya.

Kalau dia tahu, dia akan berjumpa dengan Thomas, sahabatnya untuk berbincang.. Dia akan halang hubungan percintaan itu, Tapi dia tiada peluang. Perpindahan keluarga itu mengejut, tak sempat untuk dia mengucapkan sesuatu.. Keluarga mereka telah berpindah tanpa berita..
Bertahun perkara itu telah terjadi Dan kini semua apa yang terjadi dulu telah diungkit kembali...

" Apa lagi ayah nak beritahu Mukhriz, nak kurangkan salah faham Mukhriz pasal hubungan mereka.. Apa lagi yang Mukhriz tak tahu..?"

Srttttttttt... bunyi kerusi diseret. Sebaik sahaja lelaki itu bersuara tinggi...
Anggerik bangun Dan wajahnya melihat kearah Adam. Segala perasaannya tadi disimpan dihati menahan.

Wajah pertama yang dilihat Anggerik waktu dia bangun dari kerusi adalah Mawar. Sekilas pandangan sinis adiknya itu tentang semua yang telah berlaku..

Mawar dilihat Angggerik Tersenyum sinis padanya bersama kening dinaikkan, memberikan Maksud
" sesuatu" kepada Anggerik..

Wajah Kedua yang dilihat Anggerik adalah Adam. Pandangan matanya sekilas melihat susuk tubuh itu dihadapannya.

" Adam cukup, tak perlu jelaskan semuanya.... titik air mata Anggerik gugur dipipi, Segera Anggerik palingkan wajah dan menyeka airmatanya.
Tanpa berpaling pada Mukhriz Dan orang - orang disitu, Anggerik meninggalkan meja makan berjalan laju Sehinggakan dia terlupa pada anaknya..

" Mukhriz bangun segera, mata lelaki yang tak lepas memandang Adam. Seakan memberikan amaran..Lapik kain Di hempas kasar diatas meja, mengikuti langkah Anggerik..

" Datuk, Daddy dengan Mommy pergi mana..?" Wajah Datuknya direnung tidak mengerti dengan riak Dan reaksi wajah pada Datuknya Dan orang - orang disitu..

Lelaki itu kembali tersenyum pada Adham cucunya..

" Adham jangan risau, Mommy dengan Daddy ada masalah sikit, hal orang dewasa nanti Adham akan faham. Adham ikut Datuk, kita pergi pejabat Datuk bagi ruang pada Mommy Dan Daddy."

" Okay Datuk. Adham Tersenyum riang dengan cadangan Datuknya, dia tak Kisah Dan dia meneruskan permainan di meja..

" Maaf Datuk." Ucapan Adam pada Datuk Johari..

" Bukan salah kamu Adam.. takdir Anggerik dengan Mukhriz", Datuk Johari mengeluh dalam nafas yang berat dalam perkara itu.

.. " Dia berubah sebab Adam,?" Anggerik kenapa engkau seksa diri dulu.. Memorinya kembali terungkap pada anak perempuannya, Anggerik..

" Siapa itu Johari..?" Datuk Sulaiman, sahabat lama dirinya menunjukkan kearah seorang gadis dihadapan Johari Di malam Majlis hari Jadi Mawar yang ke 12 tahun.

Datuk Johar tersenyum bangga..

" Itu anak perempuan pertama aku, anak dengan Arwah LILY, Anggerik,"Datuk Johar membalas.

" Patutlah Cantik, Kalau jadi menantu aku ini Johar, berbesanlah kita. Aku nak kenal kan Anggerik ini pada anak aku, macam mana..?" Datuk Sulaiman menyatakan cadangannya.

" Anak engkau yang Mana..?" Datuk Johar kerutkan kening, " Sulaiman ini tak tahu ini? Dia kembali Tersenyum untuk meneruskan gurauan pada sahabatnya.

" Untuk anak aku yang belajar Overseas, Syukri. Engkau pun kenal dengan anak aku kan." Datuk Sulaiman membalas.

Air Buah disisipkan kemulut Datuk Johar, mata melihat kearah Anggerik. Anggerik yang ketika itu telah ditemani oleh Nicholas anak jiran sebelah rumahnya.. Mereka kelihatan ketawa Dan riang bersama berbual.

" Aku rasa tak sesuai Sulaiman lagi pun anak engkau lagi berapa tahu sudah bekerja, Anggerik sekolah lagi baru 15 tahun tahun ini. Sanggup ker anak engkau nak tunggu, lagipun aku dah ada perancangan untuk Anggerik."

" Huh budak sekolah..? Aku ingat tengah belajar Kolej. Matang anak engkau ini Johar, Cantik pun Cantik. Melepas lah anak aku, dengan melepas nak berbesan dengan engkau."
Datuk Sulaiman Ukir Senyum tidak sangka Gadis bertubuh tinggi itu masih belajar.

Datuk Johar telah tersenyum, perancangannya dengan Anggerik akan bermula selepas Anggerik berusia 18 tahun..

.........Anggerik ketikanwaktu umur 18 tahun.......

" Apa ini Anggerik?" Matanya terbeliak melihat anak perempuan dihadapan matanya. Tangan anaknya yang dihulur tidak disalam hanya matanya yang memerhati dari atas ke bawah tubuh itu.

Tubuh yang tadi penat bekerja, Automatik hilang penat dengan pemandangan hadapan matanya.. Kejutan pada Penampilan Anggerik.

Datuk Johar baru pulang dari lawatan kerja di Turki, selama 3 minggu..sebaik kepulangan dia melihat perubahan pada penampilan anaknya Anggerik, kemarahannya menyirap..

" Apa kena dengan kamu ini Anggerik, apa yang kamu dah buat ini... Pergi tukar baju sekarang. Kamu dah buang Tabiat pakai macam ini.."
Dia Betul - Betul marah dengan perubahan mendadak anaknya. Macammana dia tak naik darah, Anggerik dengan rambut Afro, baju dipakainya melebeh dibadannya, belum lagi dengan seluar Anggerik yang Entah apa warna dipakai. Dia menahan sabar..Tapi bila dilihat ke arah mulut Anggerik..lagi perasaannya Tak sabar..

" Sejak bila kamu pakai benda ini..? Apa kamu buat Ini Anggerik", terkejut Dan  marah Datuk Johari dalam masa yang sama..
Anggerik pakai pendakap gigi, sedang kan Anggerik anaknya dulu, gigi gadis itu telah tersusun rapi Dan putih berseri tanpa perlukan  sebarang rawatan..

" Apa kamu buat Ini Anggerik, terangkan dekat Ayah..? Apa yang jadi.. ?" semua kemarahan Cuba dikawal..entah Mana silapnya, dia terlepas pandang...

"Abang tak tahu ker yang dia ini dah pandai main Cinta sekarang..?" Puan Dianara datang mencelah dalam perbualan itu..

Mata terkejutnya memandang kearah isterinya... Tanda isyarat untuk perbualan itu diteruskan..

" apa maksud kamu Diana?" menjegil mata Datuk Johari.

" Entah lah abang, Tapi Kalau dah berubah macam ini, saya takut Kalau si Anggerik ini dah kena tebuk.. Engkau kena tinggal ker Anggerik..?" Puan Dianara menambah bahan untuk suaminya lagi naik baran pada anak tirinya..

" Apa jawapan kamu Anggerik , kenapa jadi sampai macam ini. Apa yang kamu dah buat...?" Tangan Datuk Johari beberapa kali meraup wajahnya. Perubahan diri Anggerik Dan segala kata- kata isterinya tadi membuatkan dia naik angin.. Rosak segala plan yang dia buat dulu, perancangan untuk Anggerik, anaknya..

Anggerik hanya terdiam tiada tanda - tanda akan memberikan jawapan.  Dia tahu itu satu kedegilan Anggerik yang dia tidak suka.. perangai sama dengan Arwah isterinya.

" Kamu tahu Ayah dah rancang masa depan kamu kan. Ayah tunggu masa ini Anggerik Dan kamu kecewakan Ayah. Kamu tak fikir waktu kamu malukan Ayah waktu itu." Dia masih menahan geram..

"Mawar" Nama anak keduanya dipanggil bila seorang lagi anaknya tiada di situ.

" Apa yang Jadi sebenarnya Mawar, kenapa Anggerik berubah sampai macam ini.? Siapa punya angkara..?" Wajah anak keduanya dipandang mencari jawapan.

" Sebenarnya, Sebenarnya... mata Mawar terarah kepada Anggerik..Anggerik ada hubungan dengan Senior sekolah kami.  Dia tinggalkan Anggerik." Ayatnya terus dimatikan..

" Maksud kamu Anggerik dengan dia bercinta, Tapi Takkan sampai macam ini.. Apa lagi yang kamu sembunyi..?" Bapanya masih tidak berpuas hati dengan Mawar.

" Itu Ayah kena tanya sendiri pada Angggerik sebab dia tak balik 1 malam bila ayah pergi lawatan Turki. Sejak itu Anggerik berubah macam ini Esok hanya." Mawar menambahkan cerita..

Wajah ayahnya yang merah menahan marah memandang kearah Anggerik.." Mana engkau hilang Anggerik, engkau semakin berani. Mana engkau pergi..?" Suara ayahnya naik senoktah..

" Anggerik dekat rumah Kotej.. belum sempat Anggerik untuk meneruskan kata- katanya, ayahnya naik gila telah menampar Dan memukul dirinya buat pertama kali. Tidak Cukup dengan itu, rambut Afro Anggerik dibuang Dan dilemparkan sejauhnya pergi.. Anggerik dibelasah Sehingga lunyai dilantai, keseluruhan badan Lebam dan berdarah dibahagian muka..

Anggerik hanya tinggal Nyawa - Nyawa Ikan bila ayahnya mula tersedar..

" kkkkkkotej bbbbbbiiiiru, suara Angerik bersuara lemah.."

" Anggerik ", suara ayahnya menjerit nama anak gadisnya bila tersedar dengan kegilaan dirinya sebentar tadi..

Tanpa berlengah Datuk Johari mendukung anaknya, dibawa kedalam kenderaan kereta. Enjin dihidupkan tanpa menunggu Isteri Dan anaknya Mawar mengikuti. Dia tidak peduli, paling penting dia perlu selamatkan Anggerik..

" Anggerik sedar, jangan pengsan, jangan tinggalkan ayah.. ayah yang bersalah dengan kamu.. jangan tinggal Anggerik.. ketakutan dimatanya bila lihat tuhuh lemah anaknya.."

" Apa aku dah buat pada anak aku, " tubuh anaknya dilihat lagi, lemah sambil meracaukan sesuatu yang hanya didengari oleh dirinya sendiri...

Bertahan Anggerik kita dah Dekat sampai, Ayah akan pastikan kamu selamat.. Bertahan Anggerik, tangannya membelok menandakan diri mereka telah sampai..

Tanpa berlengah, Datuk Johari mendukung anak gadisnya Dan dibawa ke kecemasan dendam berlari...

" Tolong saya , selamatkan anak gadis saya.. dia terlalu cemas melihat Darah Dan tubuh Angggerik yang semakin membengkak atas perbuatannya tadi."

Pasukan kecemasan mula bergegas menyelamatkan pesakit, Anggerik dipindahkan ke atas katil bergerak Dan dibawa disebalik tidak untuk diperiksa oleh Doktor..

Setengah jam berlalu, Datuk Johari masih menanti ingin melihat keadaan Kesihatan anaknya..

Slrrrrrzzzzzzzz...
tirai dibukakan..
Doktor membuka Mask yang menutupi wajahnya..

"Siapa keluarga pesakit?" Matanya melihat kearah Datuk Johari .

" Saya Ayah pesakit, Datuk Johari ", dia perkenalkan diri sebagai waris Anggerik.

" Datuk kena daftar dulu, keadaan pesakit telah stabil, Tapi kami kena tahan pesakit untuk rawatan lanjut.!" Tenang Doktor menerangkan keadaan pesakit yang baru dirawat.

" Saya akan daftar, pastikan anak saya sihat Doktor bagi rawatan secukupnya, saya akan pastikan semua bayaran. Bayaran tiada masalah pada saya." Wajahnya ditundukkan menyesali perbuatan dirinya..

" Anggerik dipindahkan disebuah bilik, Anggerik masih belum tersedar. Beberapa Bahagian tubuhnya berbalut putih, paling ketara, bahagian mukanya yang dibelasah tangannya sebentar tadi.

Dia sangat menyesal atas perbuatannya, muka Anggerik yang berbalut disentuh dengan lembut mengusap anak perempuannya.

" Maafkan Ayah, Ayah tak mampu nak penuhi segala Janji Ayah pada Ibu kamu Anggerik. LILY..."dia menyeru nama Arwah isterinya, sedih melihat keadaan anak mereka.

"Ayah" Anggerik yang masih lemah berbisik perlahan Dan halus..

" Anggerik," senyuman Datuk Johari melihat kearah anaknya... " Ayah disini Anggerik dengan kamu..?" Air matanya seakan ingin turun, perasaan lelakinya tidak dapat dibendung lelaki. Dia sepatutnya melindungi anaknya..

" Anggerik tak buat semua itu Ayah.." ttttapi...Anggerik nak mati... lemah suaranya Tapi Jelas pada pendengaran Ayahnya.. " Anggerik nak mati?"

" Jangan tinggalkan ayah Anggerik, Lily dah tinggalkan ayah, jangan tinggalkan ayah. Kamu anak Ayah Anggerik.. Silap Ayah tadi pukul kamu.. Ayah terima kamu Anggerik.. Ayah terima..

" Anggerik tak sanggup...." Anggerik nak ikut Ibu...!"

" Jangan Anggerik, Ayah Takkan benarkan kamu pergi. Kamu anak ayah. Selamanya Anggerik. Kamu akan hidup dengan Ayah....

" Nurse, Nurse... Datuk Johari hilang arah, Dan cemas... Dia berlari kepintu mendapatkan seseorang bila Anggerik masih meracau untuk mati..

"Nurse..!"

Muncul beberapa Nurse Dan Doktor disisi... Anak saya dah sedar Tapi dia meracau Doktor.. Cepat Doktor Kohari mendapatkan pasukan itu..

Doktor telah melangkah kearah Anggerik untuk membuat pemeriksaan.. Mata Anggerik disuluh Dan beberapa pemeriksaan lain dijalankan..2  minit kemudin, Doktor kembali dengan laporan ditangannya..

" Saya dah tenangkan anak Datuk, malam ini dia akan tertidur sepanjang malam. Saya bagi dia rehat dulu tenangkan fikiran dia kembali.. Esok saya pasti emosi dia akan normal.."
Selepas senyuman Doktor meninggalkan Datuk Johari Dan Anggerik bersendirian..

       .........

" Apa yang jadi sebenarnya, Kalau aku tak ada Dekat sini, "lelaki dihadapannya meraup wajahnya berkali- kali. "Kenapa buat keputusan terburu - buru?" Kepalanya digelengkan kepada sahabatnya.

Inspektor Hisham, itu lelaki yang telah menyelamatkan Datuk Johari dari dipenjara. Doktor yang memberikan rawatan pada Kes Anggerik telah membuat laporan polis bahawa mangsa yang dibawa kesitu semalam telah didera..

Dua maggots polis telah didatangkan khas menjalankan siasatan. Datuk yang mengetahui perkara itu telah menyerahkan diri tanpa menunggu Anggerik tersedar dari lenanya..

" Ayah Saya tak bersalah? Awak mengarut apa..?" Anggerik menjeling tajam pada Dua angora polis yang menemubual dirinya.

" Cik Anggerik, jangan rahsiakan benda ini. Cik kena terus terang dengan pihak kami, kami tahu Cik trauma pasal apa yang jadi. Kami akan bantu Cik dengan Kes ini, Tapi Cik kena buat laporan Dan sah kan laporan kami. Baru kami boleh jalan kan siasatan. Kata seorang lelaki Muda awal 20 an , dihadapan Anggerik.

" Awak jangan nak mengarut dengan semua cerita itu. Ayah Saya tak bersalah Saya nak Awak berdua keluarkan dia. Sekarang".Anggerik tegas dengan pendirianya. Dia Takkan sesekali benarkan ayahnya dipenjara.

Buat lah ayahnya nak buat apa pun pada dirinya, pukul sampai mati. Dia tidak Kisah, itu yang Angggerik mahu. Biar Di mati, hidupnya selama ini pun Cukup terseksa. Kehilangan Nicho dalam hidup dia. Ayah..?" Sebab lelaki itu dia hidup, Biar lelaki itu tang bunuh dia, anak kandung Dia sendiri. Untuk bunuh diri, Anggerik tak sanggup Murtad.. dia rela dibunuh.. Hidup tanpa Nicho, hidup Dan jiwanya kosong..

" Cik, Tolong bagi kerjasama permudahkan urusan kami. Datuk Johari dah mengarut, dia rela serah diri.."Seorang lagi cuba membantu..

" Kalau Awak tak nak susah, jangan nak susah kan hidup saya, tutup balik Kes ini, saya Takkan dakwa Ayah saya. Dia tak bersalah." Kemas bicara Anggerik, dia turun dari katil Dan pergi kearah Tingkap kaca, membuang pandangan diluar.

" Cik"...

" Jangan Ganggu saya." Dia tidak minat lagi meneruskan perbualan..

                               .......

Seseorang telah kembali disitu mendapatkan Anggerik yang masih beriak biasa dan tenang.

"Anggerik, " suara DatukJohari tersekat..Dia kembali disitu selepas dibebaskan dari lokap.

"Ayah kenapa datang sini cari Anggerik,? " lemah dan halus suara Anggerik.. Dia masih lagi terasa hati dengan sikap ayahnya.  Selalu menuduh dirinya tanpa usul periksa.  Dulu dia ada Nicholas membantu. Sekarang dia hanya sendiri, harapan yang dia tanam untuk Nicho kembali, kembali membantu dirinya yang disebelah semalam.Dia mahukan kekuatan lelaki itu memberikan semangat pada dirinya. Dia tidak kuat.

" Ayah minta maaf pada kamu pasal semalam. Datuk Johari mendapatkan tempat disisi katil  anaknya. Memerhati reaksi Anggerik.

" Anggerik maafkan ?"luahan Anggerik tanpa perasaan pada ayahnya. Hatinya masih sakit diguris.

" Ayah dah fikirkan Anggerik, apa yang jadi malam tadi.  Ayah akan hantar Anggerik ke Kolej. Ayah nak kamu belajar, ayah akan uruskan semua pasal benda itu. Ayah sayangkan kamu." Datuk Johari tidak dapat bercakap lagi.  Setiap percakapannya dirasakan semakin membuatkan Anggerik menjauh dan membenci dirinya. 

Dia terpaksa membuat keputusan itu. Anggerik akan diletakkan di Asrama Kolej, dia akan menghabiskan duitnya membayar untuk anaknya jauh dari rumahnya. Hanya waktu bercuti sahaja Anggerik akan dibenarkan pulang.  Dia tidak akan membenarkan lagi segala yang telah terjadi malam tadi berlaku lagi pada Anggerik.  Dia hilang punca dalam membelasah anaknya sendiri, hingga boleh menyebabkan anaknya hilang nyawa.  Perkara yang lebih penting difikirkan, dia semakin was - was dengan isterinya Dianara dan Mawar.  Tidak mahu Anggerik lebih terancam dia membuat keputusan terbaik.  Anggerik perlu jauh dari dirinya, tiada jalan lain..

"Anggerik setuju." Pandangan Anggerik menjauh dari ayahnya, terasa sesuatu menyentuh rambutnya.  Ayahnya memberikan ciuman pada rambutnya, tapi sayang, kasih sayang  itu hanya mati disitu. 

Bagi Anggerik sayang ayahnya hanya diserahkan kepada Mawar, sebab itu dia akan dipinggirkan dari keluarga.

" Anak yang dipinggirkan, itulah dia " Anggerik".

                                                  ..........

" Abang kenapa saya lihat runsing je, ada apa - apa yang menganggu? Saya nak maklumkan pada abang, saya nak belikan Mawar gelang baru." tersenyum sambil tubuh suaminya dirapatkan. Dia sememangnya pandai mengoda.

" Saya peningkan pasal kedatangan Datuk Mumtaz dengan keluarga dia nanti. Lagi Dua hari Diana, macam mana kita nak elakkan Anggerik bertembung dengan keluarga itu.  Awak pun tahu tentang Anggerik kan.  Hubungan dia dengan lelaki dulu, sampai dia ubah penampilan dia. Saya takut nanti keluarga itu tak setuju. Saya takut mereka kecewakan Anggerik selepas berkahwin. Saya takkan benarkan anak saya menderita."

" Dianara tersenyum gembira. Memang ini yang dirancangkan sebelum ini. " Mawar", keningnya dinaikkan mendapatkan perhatian  suaminya,sambil jari jemarinya memainkan peranan menggoda.

" Kenapa dengan Mawar,apa maksud awak."Datuk Johari sesekali menepis godaan isterinya dan sedikit jauh melangkah.  Itu bukan masa terbaik dirinya dan Dianara digoda.

"Kita gantikan Mawar dengan Anggerik. Kita rahsiakan benda itu sehingga majlis selesai.  Saya tak rasa Keluarga Mumtaz akan sedar benda tu. Lagipun kan abang, benda itu dah lamakan, takkan keluarga itu ingat lagi nama tu. Kita buat plan bagi semuanya berjalan lancar terperinci. Saya pasti cucu Datuk Mumtaz itu akan jatuh hati pada anak kita. Saya pasti lelaki itu akan bahagia dengan Mawar." Ideanya dirasakan berhasil bila dilihat suaminya hanya mendiamkan diri.

" Anggerik ?, Awak pun tahu sekarang Anggerik sudah kembali, tinggal dalam rumah ini dan telah  bekerja uruskan perniagaan Lily, macammana kita nak elakkan Anggerik dari bertembung dengan keluarga itu.?" Masak kita kalau Datuk tu tahu, dengan penampilan pelik Anggerik. DatukJohari mengeluh lemah dengan sikap Anggerik yang semakin selekeh dengan penampilan.

" Saya akan uruskan hal itu. Kita rahsiakan hal ini" Tersenyum puas Dianara Plannya untuk Mawar hidup dalam kemewahan berjaya.

******

" Kenapa engkau lari Anggerik?Apalagi yang engkau sembunyi ?" Wajah Mukhriz telah merah padam menahan marah.

Tubuh Anggerik dipaksa pusing menghadap dirinya.  Tapi Anggerik dengan kedegilannya segera memusingkan badannya kembali , masih berdegil dan memberontak meninggalkan Mukhriz dibelakangnya. Dia masih bersedih dengan situasi tadi..

Dia takkan benarkan Mukhriz kawal perasaannya.. Dia sedang dalam frasa tenangkan fikiran.kenapa lelaki itu menganggu. Dia tidak akan benarkan.

" Mukhriz tolong tinggalkan saya dulu,saya nak tenangkan fikiran saya. Saya akan jelaskan semuanya,tapi bukan sekarang.... Please, fahami saya Mukhriz ? Anggerik amat berharap Mukhriz berikan masa untuknya kembali bertenang dengan perasaannya.

" Apa yang engkau sembunyi, Dia kekasih engkau dulu. Anggerik,jawab soalan aku !" Suara Mukhriz naik senoktah. Dia masih belum dapat menahan sabar dengan kelakuan Anggerik, membelakangkan dirinya tentang hal itu.

" Jawab Anggerik, kenapa susah sangat nak beritahu. Engkau masih cintakan Dia ?" Suara Mukhriz kuat dengan kemarahannya yang semakin tidak dapat dikawal.

" Saya dah buktikan pada awak semalam Mukhriz, awak tak cukup lagi jawapan itu. Awak nak saya cakap apa lagi. Semua arahan awak saya dah ikut,awak nak apa lagi ?" Awak nak saya melutut dekat awak ? Macam itu awak Puas !"  Anggerik sedang dalam tekanan Nicholas telah kembali. Dan Mukhriz yang terlalu mendesak.. Dia ditengah - tengah masalah itu, dia tidak menjangka semua itu berlaku.

Mukhriz dan Adam dalam satu masa yang sama, dan rahsia itu dibongkar tanpa dijangka.. Dia tiada fikiran untuk jelaskan semua itu. Dia kehabisan idea..lebih - lebih penerangan dirinya dan Adam kepada Mukhriz..

Anggerik dilihat Mukhriz hilang kata - kata, resah dan masih diamkan diri..beberapa kali bibirnnya digigitkan resah..... Mukhriz....Saya..Saya-----

" Hati awak Anggerik, hati awak itu sebenarnya milik siapa ?" Habis sahaja bicara, langkah diayun Mukhriz berlalu pergi dari Anggerik.

" Hati saya milik siapa? Kenapa Mukhriz tanya tentang perasaan aku ? Mukhriz atau Adam ???" anggerik masih tiada jawapan tentang soalan yang seakan membunuh dirinya..Anggerik masih terpaku tidak bergerak.

" Dia "

 Tidak juga  mengejar Mukhriz dan tidak juga dia berpaling.  Matanya hanya memerhati tubuh Mukhriz menghilang, dan berharap lelaki itu akan berpalingkan muka kearahnya...untuk sekali,  bagi Anggerik dapatkan jawapan bagi hatinya dan hati lelaki itu padanya..

Langka Mukhriz dilihat Anggerik terhenti di bangunan yang akan memisahkan mereka...Anggerik menunggu, dalam penuh debaran dihatinya. Dia akan mendapatkan jawapan kini dari lelaki itu.   Seakan dia berserah kepada takdir untuk menentukan perasaannya.. 

Takdir dan Jawapan itu Anggerik telah dapat... jelas dan pasti  jawapan yang dia dapat sebentar tadi dari mukhriz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience