Bab 35 (A2)

Romance Completed 306520

" Tahniah Bro Tak sangka jodoh engkau dengan pelakon tu. Aku Tak nak tahu macam Mana engkau boleh terjebak, cuma aku boleh ucap Moga perkahwinan ini berkenalan." Nick ucapkan ucapan ikhlas kepada Alex sahabatnya.

" Bila Masa Pula engkau ini pandai bermulut Manis "Alex menyisip minuman berkarbonat yang Baru diletakkan Nick disisi.Tak lupa Alex sempat memberikan senyuman Manis.

" Lex, Ivvy macam Mana dia dah tahu pasal Hal ini?" Nick Cuba berkias.

" Kenapa dengan dia?" Alex Tak faham dengan maksud Nick.Hubungan dia dengan Ivvy hanyalah hubungan bos dengan pekerja.Tiada yang lain.

" Diakan dah tunggu lama engkau Lex."Nick memaklumkan.

" Cinta aku dah mati Nick, apa yang jadi ini pun mungkin takdir aku. Kalau panjang jodoh aku dengan dia, mungkin panjang. Tapi kalau takdir aku singkat, siapa aku nak halang.

pasal Ivvy macam engkau maksudkan itu, aku Tak pernah janji apa - apa."Alex menjeling kearah Nick, dirasakan itu bukan satu masalah Besar dalam hidup dia. Masalah terbesar kini hidup dengan Sherry.

Jadual mereka berdua yang padat buatkan mereka jarang berjumpa antara satu sama lain. Itu yang dipeningkan Alex. Dia takut jika dia tersilap langkah masalah perkahwinan Mark dulu dengan Mommy Alex Dan Janet berulang.

Alex mengeluh dalam diam.

****

" Engkau pasti maklumat ini betul?" Mukhriz melihat kearah pembantunya yang sedang memberikan tumpuan pada sebuah pintu di sebuah bilik hotel berasingan.

Jarak perjalanan yang memakan Masa selama 9 jam memenatkan Mukhriz.

Baju persalinan pernikahan belum dibuka.Dia tergesa - gesa mahu mendapatkan seseorang.Kehilangan dia dulu benar - benar menakutkan Mukhriz. Kini tidak lagi dia perlu menjadi orang pertama yang menyelamatkan Anggerik, isterinya.

Kegusaran Mukhriz menebal memandangkan Anggerik sedang sarat mengandung Anak kedua mereka. Bila - bila Masa Anggerik akan melahirkan. Dia takut jika dia tidak sempat untuk menatap lagi Anak mereka berdua sewaktu kelahiran. Suatu benda yang terlepas dari penglihatannya bila Anggerik melahirkan Adham dulu. Dia tidak mahu perkara itu berlaku.

Pemilihan pembantu bagi mengekori jejak Anggerik berbaloi. Kehilangan dulu benar - benar menginsafkan Mukhriz.Untuk itu Anggerik diberikan perhatian utama dari segi perlindungan begitu juga dengan Adham.

" Kini dia disitu bertujuan untuk menyelamatkan Anggerik, namun seorang wanita mengandung yang berambut Blonde dihadapan Mukhriz, benar - benar mematikan langkah Mukhriz dari merempuh masuk ke pintu yang ditunjukkan tadi oleh Pembantu.

Suara Mukhriz tersekat dengan seraut wajah dihadapannya. Walaupun wajah wanita itu telah berisi Dan pandangan Mata yang berair melintas dihadapannya, tapi dapat dirasakan Mukhriz, naluri lekakinya tidak silap..

Wanita yang melintas hadapannya adalah...

Mawar Aka Adik Ipar dia Sendiri..

.....Mawar..! Mukhriz berpaling Dan pandangan Mata sekilas kebelakang untuk dia pastikan Kebenaran..

..MAwar..! Kali ini suara Mukhriz kuat untuk wanita mengandung itu tersedar..

***

" Macam Mana keadaan awak Anggerik ? " Mukhriz membuangkan pandangan ke sisi dinding katil. Ada sesuatu dari pertemuan tadi menganggu fikirannya.

" Awak cakap dengan Saya atau awak Tanya dinding depan awak itu?" Anggerik menjeling tajam.Segala perbuatan Mukhriz tadi masih berlegar dalam pemikiran Anggerik.

Anggerik masih keliru, perbuatan siapa yang bersalah dalam Hal ini. Dia masih berada ditengah - tengah dalam pemasalahan. Kali ini berat Anggerik untuk buat pilihan. Menyokong suami atau sahabat. Anggerik pening.

" Dekat dinding itu Ada nama Anggerik?" Mukhriz memulangkan persoalan. Jawapan dari Mukhriz buatkan hati Anggerik sakit.

Senang - senang Mukhriz batalkan pernikahan. Segala usaha Besar telah Anggerik berikan pada majlis Mukhriz Dan Sherry. Akhirnya pengorbanan Anggerik sia- sia.

" Kenapa awak batalkan pernikahan itu? Awak tahukan usaha Saya pada majlis itu. Semua Yang Saya buat sia- sia. " Anggerik masih belum puas untuk marah. Dia Tak tahu kesalahan itu harus ditala kepada siapa.Mukhriz atau penculik diri dia sebentar tadi.

Memandangkan Mukhriz yang Ada depan Mata dia waktu ini. Jadi Tak Salah kemarahan itu dilepaskan kepada Mukhriz, memandangkan penculik dia tiada didepan Mata.

Mukhriz menahan marah dalam diri. Tak sangka Anggerik sedegil ini. Dia pun Ada kesabaran batas dalam diri. Kesabaran Mukhriz telah berada di peringkat paling atas.Jika Anggerik bersuara lagi, dia akan ambil tindakan pada Anggerik. Banyak sangat dia bagi peluang pada Anggerik selama ini.

Tiada jawapan hanya dengusan nafas Mukhriz yang menghela pernafasan.Dia Cuba kawal perasaan sebaiknya, Mata Mukhriz menghala ke perut Anggerik,bertujuan untuk kemarahan dalam dirinya reda sebaik melihat anaknya.

Jika diikutkan hati Mukhriz, jika Anggerik tidak mengandung, dia akan menyiram tubuh Anggerik dalam Shower mandian secara paksa atau relax bagi meredakan kemarahan Anggerik. Namun situasi keadaan tidak membenarkan Mukhriz membuat perkara itu.

Hanya melalui ilusi, Mukhriz melepaskan tekanan.

" Kenapa awak diam? Saya mahukan jawapan Mukhriz!" Anggerik masih belum beralah.

" Okay!" jawapan pertama Mukhriz yang buatkan kening Anggerik berkerut.

" Okay? Itu jer jawapan awak Mukhriz?"Anggerik terkejut. Kejutan Anggerik berubah bila dia ingatkan sesuatu. Sejak Anggerik balik kembali kerumah mereka, dia masih belum menemui Adham.

" Jodoh Kita kuat lagi ! itu jer jawapan aku!" Mukhriz malas untuk keruhkan keadaan. Kali ini biarlah dia beralah dengan kedegilan Anggerik. Janji hatinya sedikit puas dapat melayangkan buku limanya pada wajah seseorang.

Walaupun hanya senyuman sinis selepas tumbukan dari Mukhriz. Tapi dia puas hati sebab lelaki yang ditumbuk Mukhriz dalam satu pukulan, berdarah.

" Not Bad!" Bersama sengihan sinis dari lelaki yang masih menganggu fikiran Mukhriz.

Anggerik hanya memerhati Mukhriz dengan jelingan tajam. Tapi segala yang berlaku bagaikan Ada hikmah.

" Mana Adham?" Anggerik mulai risau bila Adham masih belum muncul dirumah mereka. Sedangkan Hari telah gelap.

" Rumah Datuk!" Ringkas jawapan Mukhriz.

Anggerik kerutkan kening." Apa Adham buat dekat Sana? lagipun awak dengan Datuk bukan......???"

" Awak kena culik Anggerik. Benda itu bukan main - main.Awak ingat Saya boleh teruskan pernikahan itu kalau Saya Tak nampak awak. Awak pun tahu syarat Saya apa Anggerik. Semua Saya buat sebab awak. Awak yang paksa Saya, Tak cukup - cukup lagi!" Mukhriz mulai rimas . Telah beberapa Kali isu itu dibincangkan.

Anggerik masih pada tahap topik yang sama.

" Saya dah kembali Mukhriz. Ya Saya tahu semua itu bukan Kita yang rancang, tapi benda itu semua boleh Fix kan. Esok Kita jumpa Tok kadi. Tak Ada majlis, awak dengan Sherry kena teruskan pernikahan itu." Anggerik menamatkan bicara.

Mukhriz senyum sinis. Tak sia - sia usaha dia agar Alex gantikan tempat dia. Dia kenal sangat Anggerik, hingga dapat baca plan Gila Anggerik.

" Puteri Anggerik Desa, semua itu takkan sesekali terjadi. Awak nak tahu sebab apa?" Mukhriz senyum melebar Dan melihat pandangan Mata Dan reaksi wajah Anggerik yang teruja untuk dia meneruskan bicara.

" Alex gantikan tempat saya.Sherry dengan Alex Sah jadi pasangan suami isteri." Kening Mukhriz terangkat menunjukkan kesinisan diwajahnya dengan bangga kearah Anggerik. Kali ini plan Mukhriz selangkah kehadapan dari pemikiran Anggerik.

" AaaaaLexxxx.. awak maksudkan Alex dengan Sherry?" Mata Anggerik terbeliak dengan kejutan dari bicara Mukhriz.
" Bukan Alex itu bukan Muslim, lagipun bukan dia....lllllelaki?" Anggerik cepat menutup mulutnya, takut perkara yang diucapkan menjadi dosa.

" Mereka berdua dah sah jadi pasangan. Alex da masuk Islam. Dia buat semua itu pun sebab bersalah pada awak dulu." Mukhriz menanggalkan pakaian samping Dan pakaian baju pernikahan yang telah melekit berada ditubuhnya. Dia perlukan kesegaran dengan mandian.

" Bersalah pada Saya? tapi kenapa dia tolong awak?" Anggerik Tak faham maksud Mukhriz.

" Awak pernah Dengar perkataan Peluang, Saya gunakan peluang yang Ada depan Mata Saya, jadi awak Tak perlu nak fikirkan sangat hal itu."

Mukhriz meninggalkan Anggerik yang masih tidak habis berfikir. " Peluang atau takdir aku dengan Mukhriz masih panjang." Anggerik merenung susuk tubuh lelaki yang melintas dihadapannya. Lelaki yang penuh dengan muslihat Dan kejutan sepanjang mereka berdua bergelar suami isteri.

****

Mukhriz menyejukkan badannya dengan siraman air Shower yang membasahkan tubuhnya. Dia kembali terasa kesegaran ditubuh bila rintik - rintik air menerpa kulit Dan rambutnya.

Segala permasalahan siang tadi mengalir keluar bersama air yang mengalir. Adham telah dimaklumkan awal dengan penemuan Anggerik. Anaknya selamat dibawah penjagaan Opah. Seseorang yang Mukhriz paling percaya.

Walaupun dia tidak lagi mempercayai Datuk Mumtaz, kesalahan itu tidak dapat Mukhriz buangkan pada bahu Opah.Wanita lembut yang sentiasa berada disisinya waktu dia bersedih, susah atau dalam kesulitan. Opah sentiasa Ada disisi.

Dia dilimpahi dengan kasih sayang Opah. Wanita itu tidak akan dihukum.

Kedengaran deringan telefon Mukhriz bergema memusnahkan lamunan Mukhriz dari terus berkhayal. Pancuran air ditutup kemas bagi menjawab panggilan.

Ada sesuatu Hal penting yang perlu diuruskan Mukhriz. Debaran jantungnya berdegup laju sebaik Mata Mukhriz melihat kepada pemanggil panggilan.

Dengan berhati - hati Mukhriz mengeringkan tangannya dulu dengan tuala sebelum menjawab panggilan.

" Hello, panggilan telefon dijawab Mukhriz."

" Bos kami dah dapat jejak perempuan yang bos suruh ikut tu.Dia masih dalam pemerhatian kami. Nampaknya dia dengan seorang lelaki. Lelaki asing Bos. Kalau bos nak datang sekarang, Saya boleh bawakan Bos ke tempat penginapan mereka. Tapi....."

" Apa yang tapi?"Mukhriz mengerutkan kening, tentu Ada masalah jika Anak buahnya membuat kerja bila perkataan tapi disebut.

" Kita bukan berurusan dengan orang biasa bos.Ada sesuatu tentang lelaki yang jadi pasangan perempuan itu. Lelaki itu juga Ada dunia gelap bos."

Mukhriz hanya mengetapkan bibir. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh pembantunya. Dia amat teliti bila berkaitan dengan Hal itu. " Siasat semuanya Malam ini, esok aku adakan pertemuan dengan dia. Ikut dia kemana dia pergi. Segala urusan esok, aku uruskan."

Sebaik memberikan arahan panggilan ditamatkan.

" Mawar? Sebaris nama itu kembali dalam ingatan Mukhriz. Lama dah dia hilang sejak kes penculikan pertama Anggerik, Kali ini? Ini kes kedua melibatkan Anggerik....Atau mereka ini berkaitan..

Luv PB.....

Share this novel

Hamidah Shafii
2020-09-12 17:41:06 

ada smbungn lg ke crita ni..tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience