12

Romance Completed 306520

*** Permata Yang Dinanti ***

" Mawar " tubuh anaknya  Puan Dianara peluk erat, melepaskan segala kerinduan dihatinya. Telah lama mawar tiada disisi dan hari ini merupakan hari kepulangan Mawar kembali.

" Mama, cukup- Cukup lah tu, Mawar dah balik kan. Kalau Mama nak teruskan peluk Mawar macam ini, bukan dekat sini tapi dekat rumah. "

Mama dahlah tu..! Mawar lihat kearah mata - mata sumbang yang melihat kearah mereka berdua..

“Sini malu lah Mama, orang ramai sangat. " Mawar jalan dihadapan dahulu, Dianara ditinggalkan dibelakang...
Dia rimas dengan reaksi Mama yang berlebihan memeluk dirinya seperti budak kecil, padahal dia telah dewasa.  Mata Mawar menjeling melihat orang - orang sekeliling yang memandang kearah mereka.

" Iye lah maafkan Mama, Mama terlalu excited sangat jumpa kamu Mawar, dah lama kamu tinggalkan kami.

" anak Mama semakin Cantik. "

Puji Puan Dianara pada anaknya sendiri. Mawar yang menjadi tumpuan dirinya kini, anak mata Mawar yang berwarna coklat, telah ditukarkan  ke warna biru laut, Mawar kini bijak berfashion, fikirnya.

Sesuai dengan penampilan diri Mawar yang telah seratus peratus berubah , bukan sahaja pada pengajiannya, perubahan itu juga dapat dilihat pada sikap Mawar yang semakin matang dari pemikiran dan penampilan.

 " Mama Bangga dengan kamu Mawar, sempat lagi, sekali lagi pujian diberikan pada anak kesayangannya."

Pujian Mamanya, Mawar buang ketepi, tidak sedikit pun pujian itu masuk dalam hatinya. Kerana dia tahu dan pasti, setiap perbuatannya akan mendapat lebih perhatian dan pujian dari Mamanya, walaupun perkara itu kesalahan. Di mata Puan Dianara, segala perbuatan Mawar adalah betul tanpa kesalahan. 

"  Mama seorang jer? Ayah mana ? Tak ikut sekali sambut kepulangan Mawar?" Matanya melihat sekeliling kawasan Airport, Jika dapat berjumpa dengan ayahnya.

" Mama seorang je  Mawar, Ayah Tunggu kamu dekat syarikat kita. Dia tak sabar nak jumpa kamu. Mungkin dia nak kenal kan kamu pada pekerja , maklumlah nanti kamu juga yang akan ambil Alih syarikat tu. Siapa lagikan Mawar, jika bukan kamu."
Senyuman Dianara semakin galak, permata hatinya telah kembali. Dia telah mempunyai kekuatan kembali.

Mawar terdiam berfikir, tentu sahaja Ayah sibuk. Itu alasan yang paling tepat.

" Anggerik, apa cerita dia sekarang  ?" Perbualan dan Langkah dilajukan seiring untuk keluar menuju ke kenderaan yang telah menunggu diluar. Kenderaan yang dikhaskan untuk menjemput puterinya."

" Entah Mama Tak tahu.. hubungan Anggerik dengan Mukhriz Rasa mama tak ada apa - apa perkembangan lagi, terutama tentang perniagaan yang kita bincangkan dulu. Kamu tahulah Anggerik macam mana. Puas dah Ayah kamu dengan Mama pujuk dia , suruh Anggerik pujuk Mukhriz,  Melabur dalam syarikat kita. Tapi perkara itu Anggerik buat tak peduli."

Mama memang sakit hati dengan Anggerik..beberapa tahun ini, banyak yang Kita dah rugi..

" Maksud Mama?" Mawar masih berjalan kehadapan, namun telinga masih lagi mendengar..

" Dia masih dengan sikap kepala Degil dia, masih Tak berubah...dia boleh buat endah tak endah pasal syarikat Ayah.  Menyesal mama kahwinkan dia dulu, tak ada satu manfaat pun pada Mama dan Ayah."

" Hmmmmm!" Mawar seakan telah tahu apa yang jadi..Melihatkan sikap Mawar, Puan Dianara semakin mahu meluahkan semua perkara yang terjadi..dia mahu Mawar tahu...

" Plan tu masih berjalan Mawar,memang Ayah tunggu kamu segerakan plan itu. Mama tahu kamu takkan hampakan kami."

" Hmmmmm, Mama Mawar Baru sampai, penat!" Dia lakukan langkah...
Mawar tidak berminat dengan plan Mamanya. Dia ada sesuatu yang lebih penting dari itu, dan dia akan jalankan plannya sendiri. Kini masa dia mengumpulkan maklumat tentang itu.

" Jadi Perkahwinan Mukhriz dengan Anggerik?  mereka masih bersama...tapi Tak lama Anggerik?"
Perbualan diteruskan, bersama tubuh mereka berdua telah selamat berada dalam perut kenderaan.

" Mama sepanjang Mawar tinggalkan sini, takkan Anggerik dengan Mukhriz Tak Ada apa - apa?"

" Hmmmm kalau kamu nak Tanya pasal itu, kenapa Tak Tanya dari tadi!"
" Anggerik dah ada anak lelaki, Tapi mama pelik sikit tentang Mukhriz. Mereka berdua tak pernah muncul sekali. Mukhriz pun Mama tak pernah nampak. Cuma Ayah kamu jer selalu jumpa dia.  Itupun sebab bisnes, Yang lagi Mama pelik, Mukhriz tak pernah bincang pasal Anggerik ?"

" Tak pernah muncul ? Mawar membeliakkan Mata.. menunjukkan Minat kepada perkara yang diceritakan kepadanya .! Dia semakin Tak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya..

"Maksud Mama macam mana?  Takkan sepanjang tahun ini Mukhriz dengan Anggerik tak pernah balik rumah kita. Raya ke,cuti ke Mama.? takkan tak pernah langsung berdua?"

" Tak pernah berdua, Kalau Raya pun Anggerik dengan anaknya sahaja yang balik, sebab Ayah kamu nak jumpa cucu dia. Mukhriz memang tak pernah muncul. Banyak alasan Anggerik bagi setiap kali dia balik seorang. Memang mama pelik Mawar Tapi kita boleh buat apa..?"

" Entah - Entah mereka dah berpisah tak Mama? Tapi Anggerik rahsiakan.?"

" Ish kamu, Mama tak rasa macam itulah, lagipun Anggerik dah ada Adham, macammana dia dapat budak tu Kalau Mukhriz dengan dia tak bersama. Kamu jangan lagi ingatkan Mukhriz Mawar, banyak Lagi pilihan lain lepas ini. Lebih kaya, lebih muda dan berkaliber dan bekerjaya.Diakan dah jadi abang ipar kamu." Puan Dianara mengingatkan anaknya."

" Hmmmm, Tapi fikiran Mawar masih memikirkan Anggerik Dan hubungannya dengan Mukhriz."

******

"Ada apa awak panggil saya Mukhriz?" Wajah mencuka Anggerik masih kelihatan, dia tidak mahu ada perbincangan berdua dengan mukhriz.  Sesak dirasakan pernafasannya ,degupan jantung Anggerik, dia rasa bagaikan nak tercabut tiap kali Mukhriz pandang mata Hazel miliknya.

Itu semua dapat dirasakan Anggerik selepas setiap malam tidur Anggerik akan ditemani dengan pelukan Mukhriz di tubuhnya.

" Engkau dengan aku  Anggerik tak pernah cerita pun  pasal keluarga kita, maksud aku sebelum ini perkara ini kita tak pernah bincangkan . Jadi malam ini, Aku nak kita bincangkan sekarang tentang keluarga masing - masing. 

Aku tak nak nanti kita keliru, termasuklah Adham. Duduklah dulu Anggerik kita bincang." Mata mukhriz masih memerhati setiap gerak geri isterinya. Akhirnya setelah berpusing beberapa kali, Anggerik duduk dihadapan Mukhriz.

"Apa yang awak nak tahu tentang keluarga saya ?" cepat Anggerik bertanyakan kembali soalan kepada Mukhriz,dia mahu perbualan dengan Mukhriz tamat segera.

"Semuanya tentang awak ? awak pun boleh tanya saya apa yang awak nak tahu pasal saya dan keluarga." kita mulakan sekarang Anggerik. Sekejap lagi saya akan tidurkan Adham.

Anggerik memikirkan sesuatu dikepalanya. " kenapa awak nak tahu pasal keluarga saya, kenapa sekarang ? lagipun masa perkahwinan kita dulu awak dah kenal kan ?semua."
  Anggerik membalas soalan kepada Mukhriz, entah apa tujuan lelaki itu berminat Pula ingin mengetahui tentang maklumat keluarganya malam ini. Sebelum ini muncul pun dia Tak pernah di depan Anggerik..

" Itu cerita tiga tahun lepas Anggerik, sekarang kita cuba bina keluarga kita. Tak salah kalau saya nak tahu lagipun sebelum ini keluarga awak jodohkan saya dengan orang lainkan, bukan awak ? siapa dia yang nak dijodohkan dengan saya dan hubungan dia dalam keluarga awak ?"

"Mukhriz masih ingat bagaimana Datuk Mumtaz mengamuk bila mengetahui  perempuan yang akan dinikahkan dengan Mukhriz, cucunya bukan dari keturunan LILY, itu yang didengar dari amukan Datuknya yang diluahkan dalam telefon.     

                 " Macammana engkau boleh jodohkan orang lain dengan cucu aku sedangkan engkau tahu pasal benda ini. " Siapa Mawar tu Johar?" engkau jangan nak main - mainkan aku. Engkau ingat aku tak ada dekat sini, uruskan perkara ini engkau boleh tipu Mukhlas, anak aku.

Dia tak kenal anak Lily sebenar, tapi aku kenal Johar. Anak Lily sebenar adalah Anggerik. Jangan main - main dengan perkara ini, kalau engkau tak serahkan Anggerik,keturunan sebenar Lily  jadi menantu cucu aku.  Peguam aku akan menyusul. Jangan harap Johar perkahwinan ini akan terjadi, dan engkau akan dapat nasib yang setimpal.

" Panggilan ditamatkan, dengan Datuk memandang kearah papa dengan tajam.

" macammana Mukhlas benda sepenting ini pun engkau boleh terlepas pandang ?"

Dokumen borang pernikahan dibuang oleh Datuk kebawah selepas dikoyakkan menjadi serpihan. Perkara itu masih jelas di mata Mukhriz.

" Jadi awak dah tahu pasal benda itu ? Anggerik tak sangka hal itu diungkitkan kembali.

" Tahu,itu sebab saya anggap keluarga awak tak serius dalam hal ini,macam ada agenda. Kenapa pasangan saya ditukarkan. Awak boleh jelaskan siapa punya perancangan?"

" Itu sebab awak nak saya batalkan Mukhriz, sebab cuma saya yang boleh batalkan pasal perkahwinan itu, sebab saya keturunan Lily?"
Anggerik menambah dan ada anggukan dari kepala mukhriz.

Anggerik kembali mengingati perkara itu...

*******

" Anggerik,"

Puan Dianara memanggil Anggerik untuk turut sama berada bersama-sama dengan mereka. Mawar dapat dilihat Anggerik telah tersenyum sampai telinga. Sekeliling kawasan itu yang telah dipenuhi dengan beberapa hantaran mewah.

" Siapa yang datang merisik ? pelik Anggerik"Anggerik berbisik dalam hati sendiri.... tapi langkah kakinya tidak berganjak untuk turut serta, beberapa orang tetamu juga ada yang masih tinggal bersembang, dan ada yang mahu mengundurkan diri.

" Kenapa panggil Anggerik",

pelik dilihat Anggerik kenapa tiba - tiba Mamanya tersenyum simpul,  Anggerik sedikit terasa dalam hati bila dia tidak dimaklumkan tentang Majlis itu, yang dijalankan di rumah arwah ibunya.

Pagi - pagi lagi dia telah keluar bekerja,tapi itu bukan satu alasan untuk keluarga ketepikan dia. Anggerik marah dengan Ayahnya, Mama dengan Mawar. Sedangkan kelihatan jiran- jiran disekeliling rumahnya juga turut dipanggil, kenapa diri dia yang disisih.
Dia Juga Ahli dalam Keluarga itu..

" Tadi ada rombongan meminang dari keluarga Datuk Mumtaz untuk Mawar !"
tersenyum bahagia Mama dan Mawar memaklumkan perkara itu. Anggerik menunjukkan muka  tidak berminatnya dengan berita tu,bila sebentar tadi dirinya sendiri disisihkan.

"Baguslah Mama kalau macam itu. Tahniah Mawar !",

tanpa dia palingkan wajah.  Anggerik naik dulu, dia tidak mahu nampak kurang ajar dihadapan tetamu yang masih ada. Bersahaja Anggerik meneruskan langkah meninggalkan tempat Majlis dan menuju ke biliknya.

" Hei Anggerik,engkau kenapa tak dengar Mama aku panggil engkau,duduk dekat sini, kenapa engkau nampakkan sangat perangai kurang ajar engkau tu dekat para tetamu. Malu mama?"

tanpa sebarang alasan Anggerik dituduh bersikap kurang ajar, sesuatu yang tidak dilakukannya.

" Bila aku kurang ajar dengan Mama engkau ? ada ker aku buat pekak, mama panggil aku? aku dah jawabkan semua soalan mama, cuma aku tak nak ada di majlis yang aku tak dijemput Mawar."
Anggerik membidas.

" Aku yang tak nak Ayah dengan Mama maklumkan dekat engkau pasal hal ini sebab aku rasa engkau tak layak ada dekat situ di samping keluarga Datuk Mumtaz. Engkau tengoklah pakaian engkau yang selekeh ini Anggerik. Malukan keluarga." 

" Jadi engkau nak anggap aku ini bukan keluarga engkaulah.  Okay Fine  Mawar, sekarang engkau cari aku dekat sini buat apa ? Pergilah dekat keluarga Mumtaz tu, kenapa kacau aku ?Aku bukan sesiapa - sesiapa kan.?”

Aku nak beritahu engkau aku akan berkahwin dengan Mukhriz Iftar, jejaka kacak yang Kaya.. Ayah yang pilih aku dari engkau Anggerik, walaupun aku akan langkah bendul."

Sengaja Mawar menyakitkan hati Anggerik.

Tahniah Mawar,aku doakan engkau bahagia dengan dia. Aku tinggalkan Mawar dengan wajah terkebil- kebilnya. Aku tak Kisah dengan semua itu. Yang aku Kisah kan hidup aku ini. Ayah sendiri dah buang aku, Mana lagi aku nak bergantung nasib.

Sedih

******

“ Cik Anggerik Cik Johar nak jumpa. saya dah suruh En. Johar pergi ke ruangan.”
Seha pembantu maklumankan Ayah datang sini .

" Pelik”Anggerik bicara sendiri..

" Okay Seha nanti saya uruskan."

Fikiran aku dah bermain-main persoalan. Kenapa ayah datang sini, bukan dia tak boleh kesini, tapi sebab dia akan terkenangkan Ibu.

Arwah Ibu.

Wajah lelaki yang sedang menunggunya dipandang dari kejauhan. Kegelisahan Dan kerisauan dapat dilihat Anggerik diwajah ayahnya.Dia melangkah perlahan dengan perasaan berdebar - debar mendapatkan ayahnya.Hati Anggerik tak sedap.

“ Ayah cari Anggerik?”
Tangan ayahnya yang dihulurkan kearahnya, Anggerik Salam, masih menghormati.

“ Tujuan apa Ayah cari Anggerik?”

Anggerik tidak dapat sembunyikan persoalan itu. Lebih baik dia berterus terang.

“ Ayah nak kamu kahwin dengan Mukhriz, Majlis dalam 5 hari lagi Anggerik.!”

Tegas dan Jelas ucapan Ayah kepada Angggerik. Macam benda yang dicakapkan ayahnya suatu permainan dalam hidup Anggerik.

“ Kenapa Cepat sangat?"
, siapa lelaki itu yang Ayah maksudkan?takkan sebab isu langkah bendul, aku pun terpaksa berkahwin. Anggerik tak puas hati.

"Cepat Atau lambat Anggerik, kamu kena juga Kahwin dengan Mukhriz. Lebih baik benda itu dibuat segera, senang segala urusan bila perkahwinan itu selesai nanti."

“ Ini bukan main- main Ayah, masa depan Anggerik? Takkan Anggerik nak kahwin dengan lelaki yang Anggerik tak kenal. Siapa dia tu, sampai ayah nak paksa Anggerik kahwin dengan dia?”
Anggerik protes dengan cadangan ayahnya yang dirasakan Anggerik mengejut..Dia Tak pernah buat persediaan àkan menamatkan zaman bujang dalam Masa terdekat..

“ Jangan lawan Keputusan Ayah, Anggerik. Ayah Ada hak tentukan Hal ini... Hal ini Muktamad. Kamu kena Nikah dengan Dia. Semua persiapan kamu jangan risau, Ayah dengan Mama àkan uruskan. Jangan membantah, kamu kena setuju.”

“ Tapi sebab apa ? kenapa Cepat macam ini.? Anggerik perlu tahu. ?"
Anggerik juga tak henti melawan cakap Ayahnya.

“ Degil kamu Ini Anggerik.!” Huh.. ayah dah tahu kamu akan bersikap macam ini, Tapi ayah tiada pilihan lain. Kamu berdua jer anak ayah. Ayah dah rahsiakan pinangan ini untuk Mawar,dia yang Lebih sesuai dengan Mukhriz dari kamu. Tapi benda itu Bocor juga..."

“ Apa yang Ayah rahsiakan.?”
Anggerik tak faham dengan apa yang disembunyikan bapanya.

“ Kamu kena Kahwin dengan Mukhriz, Sebab kamu keturunan LILY Anggerik, sebab itu kamu kena kahwin , pasal Mawar ayah akan pujuk kemudian."
Ayah dilihat Anggerik mengeluh panjang...tapi keluhan Ayah Tak membantu perasaan Anggerik yang semakin berdebar...Seakan Ayah paksa dia, Dan jawapan terletak pada Ayah..tanpa boleh Anggerik membantah..

“ Sebab benda itu jer Ayah, Mawar tak boleh kahwin dengan Mukhriz?"
Anggerik tercengang, dirasakan Anggerik semua itu Tak Masuk diakal...

Bukan segala persiapan dah dibuat ker.? Angerik heran dan masih berteka - teki....., macam mana hal itu boleh terjadi sampai jadi macam itu sekali.

Paling Tak Masuk akal difikiran Anggerik, Dia pula yang diarahkan Ayah untuk berkahwin. Lebih menakutkan Anggerik, dia akan menggantikan tempat Mawar..

“ Hanya kamu Anggerik Dan kamu jangan sesekali membantah. Ayah pergi dulu uruskan sesuatu.kamu berehat lah dirumah dalam Minggu ini"
.ucap Ayah kembali tenang..

“ Mawar Ayah?"

kelihatan Ayah Hanya mengelengkan kepala..

"Kalau Mawar tahu hal ini, masak hidup aku.”
Anggerik membayangkan jika perkara itu Mawar tahu, Jika Hal itu diketahui, kemusnahan hidup Anggerik àkan bermula...

*****

“ Batalkan perkahwinan dengan Mukhriz? Aku bagi amaran Anggerik!"
Rengusan kasar dari Mawar.Tak lama perkara itu terbongkar, Mawar Cari Anggerik..

“ Pujuk Ayah Mawar, berapa kali aku nak cakap. Dia sahaja yang boleh batalkan benda ini. Aku tak ada pilihan, Ayah dah beri amaran pada aku.Engkau yang perlu pujuk dia,mana tahu dia berubah hati.”
Aku sebenarnya mangsa keadaan begitu Juga dengan Mawar, Jika diberi pilihan aku pilih untuk bebas dari terikat dengan lelaki....terutama dalam Masa terdekat ini...

“ Engkau yang nak kahwin dengan Mukhriz kan Anggerik? Engkau ingat aku bodoh.?”

Anggapan Mawar buatkan hati Anggerik sakit...Tak pasal - pasal dia yang dituduh....Sedangkan perancangan semua yang jadi bermula dari Ayah... perancangan yang melibatkan mereka berdua..

“ Terpulang Mawar, engkau cari lah apa - apa jalan, bagi benda ini terhalang. Batal terus pun tak per. Janji jangan kacau hidup aku. Anggerik mengeluh berat? Dan meninggalkan Mawar keseorangan.”

*****

“ Saya ada Ayah, Mama Dan adik saya.Keluarga saya tak ramai. Hanya saya dengan Mawar.

“ MAWAR”..semua ini disebabkan adik tiri Anggerik, kembali tergiang - ngiang bicara Jun Di telelinganya.

“ Cukupla untuk malam ini, nanti kita bincang kan Lagi Anggerik. Saya nak tidur kan Adham. Awak tidur dulu.

Langkah kaki Mukhriz keluar dari bilik itu.

“ Takkan Mukhriz dah perasan pasal Mawar. Jangan lah Mukhriz tahu pasal rahisa itu.” Anggerik berdoa agar Rahsia itu masih tersimpan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience