37

Romance Completed 306520

***Bukan disebabkan dia Tapi segalanya Tentang Dia***

Pang! Tamparan Mawar kepada pipi Anggerik.

“ Puas hati engkau Anggerik? Kenapa engkau selalu ganggu hidup aku?” Wajah Mawar yang sembab disebabkan baru menanggis memandang Anggerik tajam. Jika diikutkan Mawar jika Anggerik melawan dirinya, dia ingin mencekik- cekik Anggerik hingga mati,

Merah padam wajah Anggerik bila Mawar bertindak kasar pada diri Dia. Dia tidak tahu dia salah apa kali ini dengan Mawar.

Dia sudah tidak menganggu hidup Mawar,

dia tak muncul lagi dihadapan Mawar jika Mawar Bersama rakan - rakan..,

Dia telah mengelak dari bertemu Nick,

Malah dia telah melarikan diri jika dia terserempak dengan Mawar.. Apa lagi yang Mawar hendak dia lakukan. Dia dah buat semua yang Mawar hendak dia buat..

Sembunyi..!

Mengelak !

Hilangkan diri..!

Semua Angggerik dah buat. Tapi kenapa Mawar masih salahkan dia. Apa salah Anggerik???

“ Engkau jangan melampau Mawar, aku dah tak ganggu hidup engkau dah aku dah tak peduli apa yang jadi dengan engkau. Kenapa masih ganggu aku?”

Bang!

Pintu dibilik Anggerik, Anggerik hempaskan kasar dengan tangannya. kali ini Mawar dah melampau, berani dia naikkan tangan pada Anggerik.

“ Memang engkau layak terima semua itu Anggerik. Engkau tahu apa yang jadi dengan Nick, Nubhan Bin Nizar, engkau tahu apa yang jadi pada dia.?” Wajah dan mata Mawar merah menahan geram Dan marah dalam diri, semuanya dia pasti disebabkan Anggerik.

“ Aku tak ganggu hidup dia sebab dia kawan engkau Mawar. Apa yang jadi pada dia bukan sebab aku. Aku tak kenal dia Dan aku takkan ambil tahu?” Anggerik bersifat ingin melindungi diri. Dia tak mahu Mawar tahu Tentang Kisah petang tadi, dimana Nick telah luahkan perasaan hati kepadanya, dia takut Mawar kecewa Dan salahkan diri dia lagi. Anggerik telah cuba mengelak.

“ Engkau orang terakhir yang jumpa dia Anggerik. Aku dengar dia sebut nama engkau kali terakhir aku jumpa dia waktu kemalangan. “

“ Alasan apa untuk engkau elak perkara itu.? Mawar Senyum sinis pada Anggerik. Baginya Anggerik telah terperangkap dalam jerat dirinya sendiri.

“ Apa Jadi pada Nick Mawar. Dia kemalangan? Bila ?” Anggerik menyesal tidak melihat Nick terakhir petang tadi. Dia terus meninggalkan Nick sebaik sahaja dia tolak Cinta Nick. Sewaktu ditinggalkan Nick sihat. Tiada apa yang berlaku.

“ Dia dekat mana sekarang Mawar? Aku nak lawat dia?” Anggerik berasa bersalah dalam diri , dengan apa yang menimpa Nick.

“ Baru sekarang Engkau nak mengaku, lepas aku cerita kan pasal Nick. Kenapa dari Awal Engkau tak mengaku Anggerik, engkau sebenarnya memang Hipokrik!”
Suara Mawar lantang memecahkan kesunyian malam,

“ Cakap lah apa pun Engkau nak cakap pada aku Mawar. Beritahu aku Nick dirawat di Hospital mana. Aku nak lawat dia. “

Anggerik ingin melangkah untuk keluar dari bilik bagi dia mendapatkan Nick, namun lengan Anggerik dicengkam Mawar dalam tangannya menghalang Anggerik dari pergi dari situ.

Mawar membisikkan sesuatu ditelinga Anggerik.

“ Jangan harap aku akan benar kan engkau jumpa Nick lagi Anggerik. Jangan mimpi.!”

Tangan Anggerik Mawar hempas kasar Dan langkah Mawar dengan segera menjauh Dan pergi dari Anggerik.

Anggerik terduduk dengan kejadian yang menimpa Nick. Kejadian dirinya Dan Nick malam itu ketika mereka bersama kembali terbayang. Kejadian Nick Tolong dengan Dress dia dulu. Air mata Anggerik gugur Satu persatu.

“ Nick maafkan Anggerik, tiada niat Anggerik nak buang Nick. Anggerik tak sangka semua itu terjadi. Kalau Angerik tahu.. Anggerik Takkan buat semua itu. Tolong tuhan selamatkan Nubhan..”

Anggerik berdoa dalam hatinya berharap lelaki itu masih selamat dalam hidupnya.

Air mata diseka Anggerik untuk dia kembali kan semangatnya.

“ Nicho,“

Anggerik Segera teringatkan lelaki itu. Dia perlukan pertolongan lelaki itu bagi menjejaki Nick dimana lelaki itu dirawat.

Anggerik membuat panggilan kepada kekasihnya, Nicho. Dia tak pasti jika lelaki itu dibenarkan keluar pada waktu malam bagi menemani Anggerik untuk melawat Nick.

Tapi disebabkan keadaan terdesak semua tu Anggerik buangkan. Dia perlu menggunakan pengaruh Nicho untuk siasat dimana Nick dirawat.

“ Nicho Tolong saya. Saya nak melawat seseorang. Awak boleh keluar malam ini ikut saya jumpa Nick. Dia kemalangan.”
Suara Anggerik yang cemas Jelas dipendegaran telinga Nicho,

“ Anggerik siapa Nick? “

Nicho kembali bertanya kepada Anggerik. Dia tidak mengingati sesiapa kawan Anggerik yang bernama dengan Nick. Lebih - lebih lelaki.

“ Nubhan, Nicho, Awak ingat tak lagi budak lelaki yang saya cakap Tolong saya koyakkan Dress saya semasa Majlis hari jadi Mawar tahun lalu. Dia yang kemalangan.”

“ Oh okay. Saya boleh keluar malam ini sebab Daddy tiada. Saya akan maklumkan pada Mommy. Awak bersiaplah sekarang. Nanti saya jemput Awak Anggerik.”
Nicho menyatakan persetujuan untuk menemani Anggerik malam itu bagi melawat kawannya yang kemalangan yang dikenali Nicho sebagai Nubhan.

Dia kembali mengingati Tentang lelaki itu, kerana bantuan Nubhan pada Anggerik yang kebetulan dirinya tiada disisi Anggerik semasa kejadian.

“Nicho Saya tak tahu dia berada di hospital ,mana dia dirawat?”

“ Macam mana Awak tahu Dia kemalangan Anggerik ?”

“ Mawar yang maklumkan saya Nicho. Dia baru maklumkan saya malam ini.”

“ Mana Mawar Anggerik?” Untuk mencari seseorang yang kemalangan bukan mudah. Masa telah suntuk untuk melawat. Jika Nubhan dirawat di hospital kerajaan lagilah susah untuk mereka melawat disebabkan waktu lawatan Hampir tamat. Jika di hospital swasta mereka masih ada peluang.

“ Saya tak pasti Mawar dekat mana, dia maklumkan saya Dan dia menghilang Nicho.tak sempat saya nak tanya lanjut.”

Awak bertenang Anggerik nanti saya usahakan untuk tahu dia ada dimana . Saya nak Awak bertenang,Dan bersiap. Kejap lagi saya datang ambil Awak. Sebelum saya keluar Saya akan maklumkan Awak dulu.”

Nicho memberikan jaminan kepada Anggerik untuk semuanya masih dalam kawalan.

Setengah jam telah berlalu. Anggerik masih menunggu panggilan dari Nicho, Samada Nicho berjaya menjejaki hospital yang sedang merawat Nick.

Kring..! Kring.. Kring...

Telefon Segera diangkat Anggerik Dan berharap panggilan itu berita baik dari Nicho untuk dia.

“ Hello”..

“ Anggerik engkau memang Sial, perempuan Tak guna, engkau penyebab sepenuhnya Nick koma Anggerik. Aku takkan Maafkan engkau.”

Panggilan dimatikan sebaik sahaja Mawar meluahkan segalanya kepada Anggerik.

Lutut Anggerik lemah mendapatkan berita dari Mawar. Air mata Anggerik berjujuran kerana perkara itu. Nubhan Koma sewaktu lelaki itu luahkan perasaan pada dia. Macam mana Anggerik untuk hadapi Nick jika sesuatu terjadi pada lelaki itu.

Kring ! Kring! Kring..,!

Sekali lagi panggilan Di telefonnya..kali ini Anggerik tahu siapa.

“ Nicho Awak dah tahu Nubhan dimana saya nak jumpa dia. Saya nak terangkan segala yang berlaku hari ini. Saya tak Benci dia.!”

Suara Anggerik yang meraung Jelas di pendengaran Nicho yang mendengar Dan terpaku mendengar segala bicara Anggerik .

“ Saya ada dihadapan rumah Awak Anggerik. Saya dah tahu Nubhan dirawat dihospital Mana. Kita pergi sekarang.!”

Segala yang diluah sebentar tadi oleh Anggerik pada Nicho dipendam dalam diri. Dia seakan mengesyaki sesuatu telah terjadi pada Anggerik Dan Nubhan. Namun dia perlu memberikan masa kepada Anggerik untuk berterus terang Tentang kejadian itu. Apa yang berlaku pada Anggerik Dan Nubhan?

“ Aku perlu sabar.”

Anggerik keluar dari rumah dalam keadaan yang dapat dilihat Nicho Anggerik dalam kesedihan.

“ Tenang Anggerik kita akan jumpa dia kejap lagi.”
Nicho cuba memujuk Anggerik.

Tiada balasan hanya anggukan dari Anggerik. Kesedihan Angerik masih Jelas dalam dirinya. Untuk bercakap dengan Nicho Dia tak mampu. Dia masih Sebak dengan apa yang jadi pada Nubhan.

Sebaik sahaja Nicho Dan Anggerik berjaya memasuki perut kereta, kesedihan Anggerik tidak dapat ditahan.

“ Nubhan dah koma Nicho.”
Suara Angerik bergetar bersama tangisan dirinya yang begitu murah pada malam ini.

“ Macam mana Awak tahu Anggerik pasal hal itu.?”
Nicho juga terkejut dengan apa yang dimaklumkan sebentar tadi oleh Anggerik. Tak berapa lama selepas kemalangan, lelaki itu telah disahkan koma tanpa Sempat mereka melawat.

“ Tadi Mawar telefon saya. Dia dah terangkan semua yang jadi pada Nubhan. Salah saya Nicho sebab tinggalkan dia !”

Jari jemari Anggerik, Anggerik gengam menunjukkan dia Betul - Betul menyesali perbuatan dirinya tadi. Jika dia boleh putarkan waktu Dia tidak kan bertindak kejam dengan menolak Cinta Nick padanya Siang tadi. Dia akan memilih waktu Dan masa yang sesuai untuk perkara itu ditolak, kerana Anggerik telah mempunyai pilihan hati.

“ Apa yang jadi Anggerik antara Awak dengan Nick. Kenapa awak serba salah dengan dia?”

Nicho mencuba Anggerik bertenang dalam mengawal emosinya, sebab itu dia ajak Anggerik berbual untuk Anggerik luahkan segalanya, dengan itu Anggerik Takkan tekanan, namun dalam masa yang sama Nicho mahu tahu apa yang terjadi antara Angerik Dan Nubhan Sehingga Nubhan kemalangan.

“ Nubhan luahkan perasaan dia pada saya petang tadi Nicho. Tapi saya tolak dia mentah - mentah. Bodoh apa saya buat tadi Nicho. Saya tak sepatutnya tolak dia tadi. Saya sepatutnya cari masa Dan tempat yang sesuai untuk saya buat semua itu. Saya silap dengan tindakan saya.”

Air mata Anggerik mengalir laju mengingati kejadian terakhir dirinya bersama Nick tadi. Jelas di mata Anggerik keikhlasan lelaki itu. Tapi dia perlu tolak untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan Mawar Dan dirinya.

Nicho lega dengan luahan Angerik. Sekurang- kurangnya Anggerik jujur dengan perasaanya.

” Lagi apa yang berlaku Anggerik?” Nicho semakin berminat untuk mendengar apa yang berlaku selepas itu.

“ Saya tinggalkan dia Nicho. Saya tak berpaling kepada dia. Saya harap Saya dah buat keputusan yang tepat waktu itu, tanpa saya fikirkan dia. Saya tak berpaling, saya kejam.!”

Tangisan Angegerik semakin kuat. Tak mudah bagi Anggerik menerima apa yang berlaku. Tapi bagi Nicho kesalahan itu bukan terletak pada Anggerik. Kejadian itu adalah Takdir. Dan Anggerik adalah satu Sebab kecil dari kejadian itu.

“ Bertenang Anggerik itu bukan salah Awak sepenuhnya. Itu takdir Nubhan. Bukan salah Awak apa yang jadi. Awak tinggalkan dia sebelum Dia kemalangan . Bukan salah Awak takdir dia macam itu. Awak pun tak doakan itu semua pada dia kan. Awak perlu tenang Anggerik fikirkan kembali segala tindakan Awak itu.!”

Tenang Nicho memberikan nasihat untuk Angerik kembali bertenang dengan emosi Anggerik yang semakin kacau dengan kesedihan dalam diri.

“ Saya harap Dia akan selamat Nicho. Saya akan doakan untuk dia selalu.” Anggerik kembali bertenang dari emosi dengan bantuan Nicho.

“ Itu jalan yang terbaik Anggerik Awak jangan putus dengan doa. Pastikan dia sembuh seperti sediakala. Kita pun tak tahu sebab apa dia koma Anggerik, mungkin koma itu untuk Kesihatan dia. Kita pun tak pasti apa yang belaku lagi.”

Engin kereta dimatikan Nicho menandakan mereka telah tiba didestinasi yang dituju. Hospital menempatkan Nubhan.

“ Awak temankan saya kedalam Nicho, Saya tak kuat untuk harungi semua ini!”
Anggerik berterus terang. Dengan adanya Nicho disisi .Anggerik merasakan dia semakin kuat dan tenang menghadapi situasi sulit dalam hidupnya.

“ Saya akan selalu ada disamping awak Anggerik dalam hidup Awak. Saya akan sentiasa temankan Awak.” Bicara Nicho yang membuatkan Anggerik semakin tenang.

Selepas mendapatkan maklumat pada Jururawat yang bertugas, Anggerik Dan Nicho dibenarkan melawat Dan diberikan no bilik yang menempatkan Nubhan dalam keadaan koma.

Kebetulan Doktor sedang menjalankan Kesihatan kearah Nubhan. Doktor yang ingin melangkah selepas Selesai menjalankan pemeriksaan dihalang oleh Nicho untuk mengetahui selanjutnya dengan keadaan Kesihatan Nubhan.

Nicho beberapa kali dilihat oleh Anggerik menganggukkan wajah seakan memahami apa yang disampaikan oleh Doktor pada dirinya. Anggerik Segera mendapatkan Nubhan Dan melihat lelaki itu yang sedang kesakitan.

“ Maafkan Anggerik Nubhan, Anggerik tak bermaksud untuk tolak Nubhan dalam hidup Anggerik. Selamanya Nubhan kawan Anggerik Tapi Anggerik terpaksa jaga perasaan Mawar. Dia Takkan suka Anggerik rapat dengan kawan dia. Anggerik keliru bila Anggerik lihat Nubhan petang itu dirumah Anggerik. Maafkan Angerik. Tiada niat untuk semua ini berlaku. Tolong sedar Nubhan Anggerik tunggu untuk Nubhan maafkan Anggerik dengan segala berlaku.”
Air mata Anggerik gugur lagi. Perasaannya lemah melihat sekujur tubuh itu terbaring kaku. Sedangkan petang tadi tubuh lelaki itu baru sahaja berbual dengannya.

“ Nubhan mendengar segala pengakuan Anggerik namun tubuhnya tidak dapat bergerak. Dia tidak salahkan Anggerik sepenuhnya, dia yang bersalah dengan semua yang terjadi. Untuk dia menerangkan semua itu Dia tidak mampu. Tubuhnya dikawal oleh sesuatu yang membuatnya Hanya terbaring tidak bergerak.
“ Anggerik Awak tak bersalah, jangan salahkan diri Awak. Saya yang tak hati - hati dengan keselamatan diri.”
Suara itu Hanya terbuku dalam diri Nubhan tidak dapat dilafazkan keluar dari dirinya.

Nicho telah mendengar segala penjelasan dari Doktor yang membuatkan rawatan pada Nubhan Dan dia mendapatkan Anggerik yang telah berada disisi Nubhan.
“ Saya dah dapatkan penjelasan Doktor Tentang kemalangan yang menimpa Nubhan. Dia selamat Anggerik dari keadaan kritikal Dan dia tiada kecederaan serius.”

“ Dia tak ada kecederaan serius Tapi kenapa dia koma Nicho?”

Nubhan dengar segalanya Dan suara lelaki Di sebelah Anggerik menyesakkan dadanya. “ Nicho, Siapa Nicho Anggerik. “ Jiwa dalaman Nubhan memberontak secara dalaman.

“ Dia mengalami pendarahan Anggerik, dia tak mampu nak tanggung kesakitan itu Kalau dia tersedar. Untuk itu Doktor terpaksa tidur kan dia dulu sementara Luka dalaman dia sembuh.”

“ Maksud awak Dia akan pulih?”

Nicho menganggukkan dirinya mengiyakan apa yang dibicarakan Anggerik. Semua itu telah dimaklumkan oleh Doktor yang merawat sebentar tadi.

Pintu dibukakan dari luar.. muncul Mawar disitu . Terkejut melihat Anggerik Dan Nicho disitu..

“ Macam mana engkau tahu Nick ada disini Anggerik?”
Bengis Mawar memandang ke arah Anggerik yang berada disisi Nicho.

“ Aku datang lawat dia Mawar aku tiada tujuan lain!”
Anggerik tidak mahu pertengkaran terjadi diantara Mawar Dan dirinya disitu. Dia hormat kan keadaan Nick yang sedang terbaring sakit.

“ Aku dah larang engkau kesini. Engkau yang punca dia jadi seperti ini Anggerik. Tak Cukup - Cukup lagi engkau musnahkan hidup aku sekarang Engkau nak musnahkan orang yang rapat dengan aku?” Terjegil mata Mawar memandang kearah Anggerik. Melihat wajah Anggerik sahaja Darah Dia telah mendidih.

“ Tolong jangan keruhkan lagi keadaan. Aku akan pergi lepas aku lawat Nick Mawar. Bagi aku masa untuk aku Betul kan balik apa yang aku silap.”
Sebolehnya Anggerik mahu Mawar faham situasi dirinya. Dia Takkan pernah mahu sesuatu terjadi pada Nick. Lelaki itu pernah bantu dia dulu Dan tiada sebab untuk Anggerik membuatkan Nick kemalangan.

“ Aku kata pergi Anggerik, pergi dari sini..!”

Anggerik Hanya menundukkan wajah dan tidak mahu lagi membuat perbalahan dengan Mawar. Biarlah dia beralah kali ini. Janji tidur Nubhan yang tenang tidak diganggu.

“ Anggerik” Nicho cuba menjernihkan keadaan untuk berterus terang dengan Mawar dengan menasihati gadis itu jangan lagi menyakiti hati Anggerik. Dia telah banyak bersabar dengan sikapnya..

“ Tap perlu Nicho! Biarkan dia.”

Anggerik melangkah kearah Nubhan untuk kali terakhir, Cukup untuk Anggerik tahu keadaan Nubhan yang telah selamat dari keadaan kritikal. Untuk lelaki itu pulih Anggerik takut perkara itu perlukan masa, Tapi lelaki sekuat Nubhan pasti akan dapat harungi masa sukar itu. Dia harap Nick kuat.

“ Anggerik balik dulu Nubhan, Cepat sembuh Dan kembali tersedar. Lupakan Anggerik Dan mulakan hidup baru. Anggerik selamanya akan ingat Nubhan dalam hidup Anggerik.” Tenang Anggerik lihat Nubhan dalam tidurnya. Dia tak sangka lelaki itu menyimpan perasaannya dimalam mereka saling selesa bersama. Hati Anggerik telah terisi dengan Nicholas Dan untuk dia buang kepercayaan lelaki itu dalam hidup dia. Tidak akan sesekali , hatinya Cintakan Nicho, kecuali takdir akan memisahkan dirinya dengan Nicho.

Anggerik Dan Nicho melangkah keluar dari bilik Nubhan sambil diperhatikan dengan tajam oleh Mawar.
“ Engkau akan menyesal Anggerik sebab kesini.” Wajah Mawar yang berpaling pada Anggerik.

Semua itu didengari oleh Nubhan dalam tidurnya. Dia tidak dapat halang Anggerik pergi kerana tubuhnya tidak mampu melawan kuasa yang mengawal segala pergerakan dalam dirinya.

Mawar meratapi Nick yang berada di pembaringan katil masih tiada reaksi. “ Nick Cepat sembuh aku perlukan engkau Nick. Engkau sahabat aku. Aku Takkan Biarkan Anggerik lepas dengan apa yang jadi dengan engkau. Aku akan pastikan Dia dapat balasan yang setimpal macam mana aku Kehilangan engkau Nick.”

“ Mawar itu bukan salah Anggerik. Aku yang silap melintas bukan Anggerik. Dia tiada ditempat kejadian. Engkau salah faham dengan dia. Jangan buat sesuatu pada Anggerik.”
Nubhan memberontak dalam diri mendengar segala keluhan Mawar Dan reaksi Mawar yang tidak sukakan Anggerik. Namun tubuhnya yang tidak mahu tersedar dari ubat Yang diberikan paksa kepadanya membuatkan emosi Nubhan tidak stabil dari dalam.

“ Engkau tak sepatutnya terima nasib macam ini Nick. Engkau sempat beritahu aku siapa punya angkara. Dan aku takkan maafkan Anggerik lagi.”

“ Engkau tersilap Mawar dengan Maksud aku. Bukan Anggerik yang lakukan ini semua. Aku sebut nama Anggerik kali terakhir untuk aku Maksud pada engkau Mawar yang aku Cintakan Anggerik sepenuh hati aku. Kenapa engkau salah Maksud?”

Nick mendengar beberapa keluhan Mawar Tentang Anggerik yang diceritakan dalam hati yang sebenar. Melalui situ dapat Nick ketahui bagaimana layanan Mawar terhadap Anggerik Dan sebalik kisah kehidupan Anggerik terbongkar dengan pengakuan Mawar..

“ Nick kita dah terlewat sampai. Tak per ker kita balik lewat macam ini? Keluarga Awak macam mana?” Anggerik susah hati memikirkan tentang hal itu.

“ Tenang Anggerik saya tiada masalah. Saya dah terangkan pada Mommy, Awak yang saya risaukan takut Puan Diana buat sesuatu. ?”

“ Itulah saya pun takut Nicho, sebab malam ini Ayah tiada dirumah. Entah apa Mawar dah laporkan pada Mak Cik.!” Anggerik mengetap bibir menahan gementar dalam hatinya jika dia ditangkap oleh Diana.

“ Awak tidur rumah saya Anggerik. Kita kejutkan Mommy. Saya rasa Mommy tiada masalah Tentang hal ini?”
Nicho memberikan cadangan kepada Anggerik untuk mengelakkan Anggerik bersemuka dengan Puan Diana . Dengan itu Anggerik akan selamat malam ini.

“ Awak pasti Mommy Awak benar kan Nicho.Kalau dia terkejut macam mana ?”
Anggerik menyatakan masalah yang mereka akan hadapi dari perkara itu.

“ pasal tu Awak tak perlu risau Anggerik Saya akan uruskan. Penting malam ini awak selamat. Awak boleh tidur dengan Maddy malam ini. Macam mana!”
Malam semakin lewat, untuk Anggerik pulang kerumah. Nicho takut dengan apa yang akan dibuat Puan Diana pada Anggerik. Dia perlu pastikan Anggerik selamat.

“Saya ikut cadangan Awak Nicho Tapi Awak jangan lupa maklumkan pada Mommy Awak dulu pasal malam ini.”

“ Iya Saya tak lupa Anggerik. Awak jangan risau pasal hal itu”.
Tersenyum Nicho, ini pertama kali dia membawa Anggerik tidur dirumahnya tanpa memikirkan kesan pada perhubungan mereka .

Pagi keesokannya.. Maddy terkejut melihat sekujur tubuh asing terbaring disebelahnya..

“ Huwargggghhhhhhh! Maddy menjerit sekuat hati bersama Kaki- Kaki yang berlari kearah bilik adik mereka.. ketukan keras dipintu untuk melihat apa yang berlaku dan terjadi pada adik mereka ..

“ Maddy!” Anggerik bangun dari pembaringan bila dikejutkan dengan suara jeritan Maddy..

“ Kak Anggerik?” Suara Maddy terkejut melihat Anggerik didalam biliknya. Kakak buat apa Dekat sini?”mata Maddy yang terbeliak memandang kearah Anggerik. Ketukan kuat diluar dibiarkan Madddy. Perkara pertama yang dia fokus kini Anggerik. Bagaimana Anggerik boleh tidur dikatil dengan dia.

“ Maaf Maddy, Semalam Nicho yang suruh Akak Tidur dengan Maddy sebab kami balik lewat semalam.” Anggerik menerangkan perkara sebenar.

“ Selamat Maddy tak mati Akak, Maddy ingat kan Makhluk mana yang tidur sebelah Maddy. Rupanya kak Anggerik,ini semua kerja Nicholas kan rasa nak jatuh jantung Maddy. Maddy tak kisah sebenarnya Kak Anggerik Tapi lihatlah Kak Angerik, macam nak roboh pintu Maddy sebab benda tadi. Maddy buka pintu Kak Anggerik.” Mata Maddy terarah kepintu bersama kemarahan dalam dirinya dengan ketukan bertalu Di pintu biliknya.

“ Akak minta maaf timbulkan kekecohan pagi ini.”

“ Tiada masalah Tentang itu yang masalah sekarang ini Akak Anggerik. Ini? Tangan Maddy terarah kepintu dengan bunyian Tendangan Dan suara pekikan suara lelaki diluar pintu Maddy..”

“ Maddy buka pintu sekarang”..

“ Aku pecahkan pintu ini Maddy”, suara Terry.

Plak.” Kalau abang Terry pecahkan pintu ini, Maddy nak abang ganti pintu ini dengan emas.!” Menjerling Maddy pada abangnya.

“ Engkau kenapa pagi - pagi memekakkan telinga aku Maddy. Engkau dah hilang kewarasan.” Tubuh Maddy ditolak untuk Terry melihat apa yang ada didalam bilik Maddy.

“ Anggerik!” Bersama James Dan Ibunya yang sama masuk kedalam bilik Maddy.

Anggerik tergamam memandang semua yang melihat kearahnya bagaikan pessalah..

“ Macam mana Anggerik boleh ada Dekat sini?” James memulakan pertanyaan.

“ Nicholas” Suara Maddy yang memberikan jawapan pada semua yang hadir didalam biliknya.

“ Hai”, itu yang termampu diucapkan Anggerik. Tanpa Angerik tahu apa yang dituduh oleh Puan Diana kepada dirinya.

Anggerik Dan Nicho dituduh bersekedudukan pada malam itu kerana Anggerik menghilang Dan tidak bermalam dirumah. Mawar yang dipanggil Johari menguatkan lagi hujah Ibunya dalam mengaibkan Anggerik..

Nicho dipaksa berpindah satu Keluarga dari hidup Anggerik disebabkan perkara itu.

Semua Salah Faham dalam kehidupan Anggerik Dan Nicho, berpunca dari reaksi Mawar atas kemalangan yang melanda Nick..

Dia akan buat Angerik rasa Kehilangan Nicholas seperti Mana dia Kehilangan Nick dalam hidup dia, Walaupun Nick Hanya dianggap sebagai sahabat oleh Mawar . Itu Dendam Mawar pada Anggerik..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience