Bab 3 ( A2 )

Romance Completed 306520

" Imbas kembali"

"Mawar"

Suara Maria memanggil Roselle. Air mata Roselle masih berlinang. Namun untuk Terry memujuk masih tiada tanda - tanda lelaki itu akan muncul.

" Kenapa bersedih? Aku dah cakapkan tadi jangan pergi kearah bilik itu. Tapi engkau yang degil."

Tanpa simpati reaksi Maria membuatkan tangisan Mawar semakin laju berlinang..

" Saya tak sangka Saya akan lihat semua kecurangan dia? Saya ingatkan dia marahkan sesuatu." Mengigil Tubuh Mawar menerangkan apa yang terjadi,  bersama linangan air mata yang masih belum menunjukkan untuk Surut."

Dia sungguh tidak menyangka bunyi yang disangkakan kemarahan Terry adalah sebenarnya aksi Terry dengan seorang wanita. Seorang wanita yang dibawa Terry keranjang. Apa muslihat Terry.

" Sudahlah" Maria memujuk. “ Engkau yang kena faham dia Mawar!” Tak perlu bersedih Dan cemburu sampai macam ini.

Maria menunjukkkan reaksi rimas..

" Saya kekasih dia?kenapa dia buat saya macam itu! Sebab Saya lumpuh?" Air mata Mawar berlinangan bersama perasaan sakit dirinya yang mendalam. Menusuk kedalam hati Mawar.

Dia tidak tahu perasaan apa yang menyakitkan hatinya kini, Tapi dia tahu bahawa Terry lelaki yang dia Cinta.

Perasaannya dapat dia rasa Dan perasaan sakit dihatinya sungguh meluap, Sehingga kan dia dapat rasakan kemarahan mula menjalar dihatinya.

" Perasaan Marah Terry bersebab? Dan salah Satu sebabnya? Awak Mawar?" Maria mencari Satu perkataan yang membuatkam Mawar faham. Namun untuk terangkan perkara itu bukan mudah.

" Saya! Kenapa saya? Apa yang Saya dah buat? Walaupun saya macam ini Maria, Tapi itu bukan bermakna dia boleh bermain dengan perempuan lain. Saya masih hidup!"

" Ye Awak masih hidup Mawar, Tapi Awak tak sedar? Terry kekasih Awak ? Dia itu ada nafsu? Dan Awak tak boleh nak bagi sesuatu pada dia kalau Awak tak pulihkan diri Awak dulu."

" Apa Maksud awak Maria? Awak ingat saya yang minta untuk lumpuh!" Geram! Itu perasaan Mawar sekarang?

" Saya tak Maksudkan macam itu? Tapi kalau Awak lihat kembali. Terry sebenarnya sudah tunggu lama Dan berkorban dengan masa dia untuk Awak kembali sembuh."

“ Awak masih tak nampak pengorbanan dia?” Maria menjegilkan mata memandang kearah Mawar.

Mawar masih terdiam seribu bahasa..fikirkan Mawar masih buntu.

“Sssaya...?” Fikiran Mawar kusut..

" Tapi apa Awak buat Mawar?"

" Ssssaya buat apa?" Mawar kembali mengingati segalanya. Memori sewaktu dia pulih dulu. Bagaimana Terry melayan dirinya. Dia dapat rasakan kasih Sayang lelaki itu dalam menjaga dia.

Dia dipenuhi kasih sayang. Setiap apa yang diingini akan dipenuhi. Hal itu membuatkan dia menjadi manja Dan memberontak untuk pulih semula. Dia mahukan kasih sayang Terry kekal pada dirinya. Tanpa memikirkan kesan pada diri Terry, akibatnya.

Barulah Mawar tersedar..! Wajah Maria dipandang. Jika Maria tidak sedarkan dirinya Tentang hal itu Dan jika peristiwa itu tidak berlaku. Dia akan jauh tersasar lagi dalam landasan hubungan dirinya dengan Terry..

" Saya dah abaikan dia selama ini. Maria Saya tak perasan akan hal itu. Saya tak sedar? Terry yang banyak berkorban!"

" Exactly !" Baguslah kalau Awak dah faham Maksud saya. Terry Dan Awak Mawar, Kedua- duanya layak bahagia.

" Apa perlu saya buat? Saya perlu dapatkan Terry semula Dan Saya akan penuhi kehendak dia!"

" Good!" Maria tersenyum. Segala plannya Dan Terry berjalan lancar. Takkan selama- lamanya dia Dan Terry akan menjaga gadis yang cacat dalam kehidupan mereka.

"Gadis cacat yang menyusahkan.."

Bagi Maria daripada menjaga gadis cacat dalam kehidupan mereka selama- lamanya, lebih baik gadis itu diberikan hukuman mati? Tiada menyusahkan dan tiada menganggu kehidupan mereka lagi.

Tapi Terry? Maria tak faham kenapa Mawar masih disimpan dirumah mereka. Kalau ikut kan hati dia, keputusan dia! Lama dah Mawar dibunuh tanpa penyesalan dalam hati Maria.

Tapi Terry? Dia tahu sifat Terry bagaimana, Dan dia yakin ada sesuatu yang istimewa Tentang Mawar yang membuatkan Terry masih belum mengambil tindakan. Dan Maria! Dia merupakan seorang yang Patuh pada arahan Bosnya, Terry!

Setiap tutur bicara Terry adalah arahan Dan dia Setia dengan segalanya yang melibatkan keluarga Bernard!

" Dengar sini Maria." Senyuman manis bersama mata yang dilirikan memandang kearah Mawar.

“ Apa perlu saya buat?” Mawar menyesal, tidak sepatutnya perkara itu dia terlepas pandang. Dia akan Pastikan Terry kembali Tersenyum dengan segala keperluan Dan kehendak Terry dipenuhi.

****

“ Macam mana Sekarang? Engkau dengan Anggerik? Everything okay?” Firhad terus mendapatkan Mukhriz bila lelaki itu berehat panjang. Tak sangka Datuk Mumtaz membenarkan Penaung Utama syarikat mereka mengambil cuti panjang. Dan yang menjadi mangsa semua kerja terbeban dibahu Firhad, sementara menunggu Mukhriz kembali.

“ Urggggggghhhhh ! Anggerik ? Dia okay Tapi dia perlukan lagi pemulihan Firhad. Kesan dari kejadian dulu masih ada?” Mukhriz mengeluh, dia pun sebenarnya penat dengan karenah Anggerik.

Belum sempat Anggerik pulih dari trauma. Anggerik disahkan mengandung. Tapi yang Mukhriz pelik sikap Anggerik yang tak mahu Lepaskan dirinya Walaupun seminit. Mula - mula Mukhriz Teruja Tapi bila lama - lama berterusan dia mulai rimas.

Hari ini sahaja Mukhriz terpaksa keluar senyap - senyap sewaktu Anggerik masih tidur. Kalau dia nampak Mukhriz bersiap mulalah Anggerik buat perangai tak mahu lepas.

“ Manja Tapi seksa.” Itu perasaan Mukhriz sambil dia Tersenyum dan mengelengkan kepala bila memikirkan reaksi Anggerik.

“ Anggerik tak Okay lagi?” Wajah terkejut Firhad Tak sangka pula dia, Cuti yang diambil Mukhriz masih belum dapat membantu Anggerik. Dia Betul - Betul Tak sangka kehidupan Anggerik akan berubah seperti itu.

“ Yup Tapi ada hikmah dia dari kejadian itu Firhad!” Mukhriz Tersenyum sambil mencicipkan mulutnya menunggu reaksi tak sabar Firhad untuk mengorek rahsia. Firhad dah macam mata - mata Bagi Mukhriz.

“ Engkau kata semua itu hikmah? Apa kejadian sebenarnya Mukhriz? Apa yang jadi sampai Anggerik lambat pulih?”

Mukhriz ketawa lucu Tak sangka Firhad termakan dengan kata - katanya. Anggerik sebenarnya dah pulih. Dalaman Anggerik kuat tapi yang menganggu Anggerik sekarang adalah anaknya.

“ Anggerik mengandung!” Tawa gembira Mukhriz sambil tubuhnya mengoyangkan kerusi yang diduduki dirinya. Muka Firhad yang berubah Sebaik tahu dirinya diepermainkan, mula menunjukkan aksi tak puas hati pada Mukhriz.

“ Ba**! Firhad memandang Mukhriz yang masih mentertawakan dirinya.

“ Jaga mulut engkau tu Firhad? Kali ini aku Lepaskan engkau cakap macam itu. Lain kali aku bagi sedebik!” Mukhriz memberikan amaran. Namun masih ketawa dengan wajah Firhad yang masih cemberut memandang kearahnya.

“ Anggerik macam mana? Dia terima semua berita itu?” Firhad memandang Mukhriz untuk mengetahui perasaan Anggerik Tentang berita yang baru disampaikan Mukhriz .

“ Hmmm? Kenapa pula dengan Anggerik? Mestilah dia gembira, anak aku dengan dia?”

“ Betul? Bukan pasal itu aku khuatir. Tapi sebelum ini engkau yang beritahu, Anggerik dengan engkau bergaduh kan, Korang berdua tinggal asing?” Firhad kematian akal, rasanya dia Tak salah mendengar segala luahan Mukhriz.

“ Baguslah engkau Dah ingatkan Firhad. Aku pun sebenarnya dah lupa benda ini. Bagus engkau ingatkan aku?” Wajah Mukhriz tiba - tiba berubah pada pandangan Firhad. Wajah Mukhriz yang tadi Ketawa berubah menjadi serius.

“ Aku ingatkan engkau? Kes apa Engkau boleh imbas kembali ini?” Firhad mula membetulkan kedudukan duduknya, dia sangkakan perbualan mereka waktu itu akan berpanjangan.

Mukhriz dilihat Firhad telah menapak kearahnya. Firhad yang melihat aksi Mukhriz telah bersedia, dia tahu tentu perkara yang akan dibincangkan Mukhriz serius.

“ Buk!” Satu penumbuk Mukhriz melayang kearah Firhad. Bukan 100% Peratus tenaga Mukhriz digunakan oleh lelaki itu Hanya 40 % tenaga dilepaskan. Firhad tahu kerana mereka berdua dulu pernah memasuki latihan tinju.

“ Hoi! Engkau buat apa ini?” Firhad memegang wajahnya. Sakit! Tapi tidak menjejasakan struktur mukanya.

“ Itu aku bagi sebab engkau punca aku bergaduh dengan Anggerik.” Mata Mukhriz sekilas memandang kearah sepupunya.

“ Apa aku buat?” Muka Firhad cuak, dia telah dapat mengagak perkara apa yang berlaku. Dia telah tahu perkara apa yang telah diketahui oleh Firhad atas perbuatannya.

“ Apa engkau buat? Melaka Dan Sherry. Engkau yang beritahu Anggerik pasal Kedua benda itu kan. Tak sepatutnya Firhad.”

Mukhriz kembali kearah tempat duduknya. Cukup lah sekali pengajaran diberikan kepada sepupunya. Dia berharap Firhad tidak lagi mengulangi perkara yang sama.

“ Anggerik yang nak tahu kebenaran, jadi aku cerita hal yang sebenar!” Firhad tidak mahu mengalah, apa yang dibuat atas tindakan dirinya dulu dirasakan benar oleh Firhad. Anggerik perlu tahu hal sebenar.

“ Aku dengan Sherry? Bercinta?” Mata Mukhriz menjerlung melihat kearah Firhad.

“ Engkau nak kata engkau tak pernah Cintakan Sherry? Dia yang engkau Cari Mukhriz lepas engkau tinggalkan Anggerik pagi itu. Lepas perkahwinan engkau. Engkau nak aku ulang kejadian hari itu?”

Firhad menatap sinis wajah sepupunya Dan dia rasa tindakan dia kali ini adalah jawapan kepada soalan Mukhriz atas tindakan dirinya dulu.

“ Aku mengaku aku cari Dia “ Sherry” Tapi Engkau pun tahu pasal apa yang telah jadi malam itu. Aku dalam tekanan, aku tak dapat fikir! Aku Teringatkan Sherry!" Raup wajah Mukhriz berubah, dalam tekanan perasaan dirinya Dan dalam Setiap masalah dalam hidupnya. Sherry yang akan Dicari.

“ Habis itu engkau ingat aku tak syak perasaan engkau tu pada Sherry? Aku terserempak Mukhriz engkau dengan Sherry di Hotel? Bukan pasar malam? Apa Maksud semua itu?” Semakin sinis Senyuman Firhad Bila Mukhriz kantoi dengan perbuatan diri sendiri yang lalu.

“ Dia ada shooting dekat situ, kebetulan aku kusut dengan masalah. Sebab itu aku jumpa dia, dalam masa yang sama aku terserempak dengan engkau Firhad.!”

Mukhriz membetulkan keadaan, Tak sangka kejadian dulu diri dia Dan Sherry berjumpa dihotel membuatkan persepsi Maksud yang lain dalam fikiran Firhad.

“ Itu aku tak tahu Mukhriz? Itu semua engkau dengan tuhan. Kalau engkau tipu aku? Bermakna Engkau tipu tuhan.!”

Firhad Hanya mampu mendengar Tentang segala perkara itu diterangkan. Kebenaran sebenar Hanya Mukhriz Dan Sherry yang tahu hal itu.

“ Itu perkara yang sebenar Firhad. Engkau gila aku nak buat kerja itu semua.?” Mukhriz menjegilkan mata, Tapi dia juga turut bersalah dulu Kepada Anggerik. Meninggalkan Anggerik keseorangan dulu pada malam itu.

“ Jadi Tak salah kan aku cerita kan perkara sebenar Kepada Anggerik. Engkau pun tak pernah bincangkan hal itu. Jadi kenapa pukul aku?”

“ Aku Takkan tarik balik pukulan itu Firhad.!”

“ Fuck!”Tanda Isyarat ditunjukkan Firhad sebelum dia keluar dari bilik Mukhriz.

****

“ Mawar telah melangkah kedalam rumah Utama. Keluasan rumah yang dirasakan Mawar tidak masuk akal Di fikirannya.

Rasanya dia belum sepenuhnya dapat menjelajah keseluruhan bilik dalam rumah itu. Dia Hanya pernah memasuki beberapa bilik, Jumlah yang boleh dikira dengan jari.

Kakinya melangkah perlahan Dan mata Mawar meliar melihat sekeliling rumah itu. Ketakutan dirinya Hanya terletak Kepada Terry Dan Maria. Hanya mereka berdua yang Mawar rasa berkuasa disitu.

Perlahan - lahan Mawar berjaya menapak dihadapan bilik dirinya dulu. Tempat pertama dirinya ditempatkan sewaktu lumpuh dulu. Dia telah duduk dikatil yang pernah dihuni berbulan lama. Susunan perabut tidak berubah pada pandangan Mawar. Semuanya kelihatan masih sama.

Cadar yang putih bersih, katil Kayu yang kukuh Dan hiasan almari yang besar dan lebar yang memenuhi keluasan bilik itu. Besar Dan luas.

Angin dingin sepoi- sepoi bahasa membuatkan Mawar tersedar. Rasanya dia pernah merasai Angin dingin yang sama. Angin yang sama membuatkan dirinya bereaksi begitu.

Mawar melangkah kejendela untuk menutup jendela yang sedikit terbuka. Kelihatan diluar Terdapat Sesuatu pada pandangan mata Mawar. Dia melihat dengan perasaannya bercampur. Apa yang terlihat dimatanya membuatkan Mawar Teruja!

“ Balkoni” Mawar menatap lama sekeliling ruangan yang dipenuhi dengan balkoni.

“ Kenapa Balkoni ini ada disetiap bilik? Kenapa tidak dalam bilik ini?” Mawar menilik dinding yang ada dihadapan tubuhnya. Kepalanya kembali melihat keluar dan pandangan matanya teralih kearah tingkat atas bangunan rumah Utama.

“ Aku tak tersilap?” mata Mawar kembali digerakkan melihat keatas kepalanya. Setiap sudut dan ruangan rumah lama itu terdapat balkoni Tapi bukan dibiliknya. “ Kenapa bilik ini sahaja yang tiada balkoni? Pelik !”

Tangan Mawar menyentuh disegenap dinding jendela itu berada. Keseluruhan bingkai dan kawasan itu seperti baru. Mawar sedar dia tiada peluang untuk memasuki ruangan bilik yang lain.

Dunianya Hanya dibilik itu. Hidup diatas kerusi roda Dan katil. Sesekali jika dia harus menjalani latihan barulah Mawar dibenarkan untuk keluar.

Menjalani latihan bagi menguatkan Otot Dan langkahnya dipadang dengan bantuan pembantu Dan Doktor yang merawat Mawar.

Mawar masih ingati lagi, Senyuman Doktor Sebastian ataupun Mawar panggil Dr. Ian Mekar, bila Doktor itu menerima jawapan Mawar yang dirinya mahu pulih dan menjalani rawatan.

“Good Mawar!” Anda akan sembuh seperti dulu Dan boleh berjalan seperti sediakala. Tapi Anda harus kuat. Semua benda didunia susah! Saya tak nafikan. Tapi melalui usaha Anda akan berjaya.”

Itu pesanan Doktor Ian yang Mawar pegang Dan masih dia ingat kini. Kehadiran Doktor Ian Dan bantuan dari Mary Serta pembantu membuatkan proses pemulihan Mawar lancar.

“Berapa lama saya perlukan masa sepenuhnya Doktor untuk saya kembali berjalan dan normal seperti sediakala?” Waktu itu Mawar telah berjaya mengerakkan jari kakinya bersama Senyuman yang membuatkan wajah Mawar berseri.

“ Tidak lama Mawar, Awak akan sembuh sepenuhnya dengan bantuan saya Dan orang - orang sekeliling awak. Sokongan mereka Awak perlukan. Saya sentiasa disisi awak.”

Jelas dipandangan mata Mawar Doktor Ian tang dikenali mula menunjukkan perubahan sikap. Lelaki itu tidak lagi merawatnya seperti seorang pesakit, lebih kepada merawat seorang kekasih.

Setiap hari dalam lawatan Doktor Ian, sekuntum bunga Mawar akan dibawa bersama dan diserahkan kepada Mawar.

Mawar yang mendapat bunga dari Doktor itu akan tersenyum gembira. Namun kegembiraan Mawar mati, bila suatu hari pemberian Doktor Ian itu terlihat dimata Terry.

“ Cantik! Siapa yang bagi bunga ini?” Terry Senyum sinis namun dalam bicara lelaki itu pada hari itu dapat Mawar faham kan Maksud yang tersenbunyi.

“ Ian! Dr. Ian yang bagi Terry.” Mawar dapat melihat reaksi wajah Terry yang berubah dan matanya beralih kearah Dr. Ian.

“ Ada penjelasan Tentang hal ini Doktor? Ada sesuatu yang Saya tak tahu?” Terry masih bereaksi tenang, segala yang terjadi tadi dihadapannya telah dimaklumkan oleh Maria kepadanya. Akibat terlalu sibuk dia tiada masa.

Namun hari ini segalanya telah terbukti dihadapan mata. Ian ataupun Doktor peribadi yang telah diupah dirinya untuk memulihkan Mawar telah memberikan Mawar bunga. Nampaknya dia telah terlepas pandang.

“ Nothing Sir! Bunga ini untuk peransang Mawar untuk dia mulakan pagi untuk bersemangat. Tiada yang lain perkara. Senyuman Dr . Ian kepada Terry yang masih merenung kearahnya.

“ Bagus Nampaknya Saya tak perlu risaukan pasal hal itu. Tapi saya nak ingatkan Doktor agar jangan terlupa! “ Jangan Lepasi sempadan yang tak sepatutnya, sebab kita tak tahu apa bahaya yang ada diseberang.” Sambil melangkah meninggalkan Mawar Dan Dr. Ian, Terry menepuk bahu Doktor yang ketinggian lelaki itu kurang darinya.

“ Teruskan tugas Bagus Awak Doktor Tapi jangan mencuba!” Amaran Terry yang membuatkan wajah Ian ataupun Dr. Ian berubah. Pandangan matanya kearah Mawar Segera dialihkan.

Roselle menutupkan matanya kembali melupakan Tentang peristiwa yang berlaku kepada Dr. Ian. Sejak dari kejadian itu , rawatan Dirinya masih sama, namun Terry Licik dalam memainkan peranannya.

Terry menempatkan pembantu sepanjang sesi rawatan dijalankan. Dan rawatan itu berlangsung Sehingga Mawar boleh berjalan.

Sehingga lah Terry membuat keputusan terbesar dalam kehidupan Mawar.

“ Macam mana Doktor dengan keadaan Mawar? Adakah Dia telah pulih sepenuhnya?” Terry yang memegang gelas Arak Mensisipkan Ke mulutnya sambil ditemani Dr. Ian.

“ Bergantung Tuan , Tapi yang saya tahu dari pemeriksaan Dan Kajian kami, Nampaknya Mawar beransur sembuh Dan keadaannya akan kembali seperti biasa.

“ Baik!” Itu suatu berita yang mengembirakan saya. Saya akan berikan sesuatu dari semua bantuan Doktor.” Terry menepuk bahu Doktor Ian menandakan dia berterima kasih kepada Doktor itu.

Dia meninggalkan Doktor itu Dan pergi mendapatkan Mawar yang telah bangun tanpa bantuan dari seseorang.

“ Mawar” Suara Terry berbisik sambil tubuhnya dipeluk erat dipinggang.

Mawar yang kegelian dengan sentuhan Terry Terasa terbuai. Telah lama dirinya dipinggirkan. Dia mulai dapat perhatian dari lelaki itu.

“ Saya dah kembali normal Terry. Jangan lagi tinggalkan saya!” Mawar memeluk Terry erat Dan kepalanya diletakkan Dan dibenamkan Di dalam dada Terry.

“ Bila aku tinggalkan engkau ?” Mata Terry melihat kearah mata Mawar.

“ Awak dah tak peduli kan saya Terry, Saya dah tak kenal Awak lagi. Saya kekasih Awak Tapi Awak layan perempuan lain belakang saya!” Mawar meluahkan segala perasaan dirinya yang dipendam kepada Terry malam itu. Dia mahukan Terry mendalami perasaan dirinya.

“ Aku buat semua itu bersebab, Dan Engkau pun faham Sebab apa Dan aku takkan terangkan Mawar.” Wajah mulus Mawar Terry elus lembut.

“ Saya Cintakan Awak Terry, saya sanggup buat apa sahaja untuk Awak kembali dengan saya.” Mawar membenamkan lagi wajahnya ke dada bidang lelaki itu.

“ Apa saja!” Terry Tersenyum sinis sampai ke telinga. Mawar masih dalam pelukan didadanya. Tidak dapat melihat apa yang terjadi disekeliling kawasan itu. Mata Maria yang Tersenyum kearah Terry.

“ Saya sanggup Terry!” Mawar memandang Terry dengan senyuman Mekar.

****

“ Dinding ini masih baru. Kenapa sebelum ini aku tak perasan.” Mawar menilik lagi keseluruhan ruangan bilik namun tiada yang mampu memberikan nya jawapan.

“ Mana lagi aku nak pergi? Aku bukan biasa dalam rumah ini.” Bibir merah Mawar diketap. Masih belum berpuas hati dengan hasil siasatannya.

Mawar melangkah kepintu Dan dapat didengari terdapat seseorang Atau lebih sedang berjalan diluar pintu, beserta Suara yang tidak Jelas dalam pendengaran Mawar. Butiran percakapan kabur.

Mawar mematikan dirinya mencari tempat persembunyian yang membolehkan dirinya tidak dilihat.

Setelah lenggang Dan sunyi barulah Mawar keluar dari tempat bersembunyi. Mawar melepaskan kelegaan dalam pernafasannya.

Dia Segera keluar dalam bilik pertama.Langkahnya menuju kebilik Kedua, namun matanya beralih kepada sebuah bilik yang berada dipenghujung bilik yang membuatkan matanya terarah ke bilik itu.

Perlahan - lahan langkah Mawar diatur. Dia masih perlu berhati - hati segala kemungkinan akan terjadi.

Baru lapan langkah diatur, telinga Mawar dapat menangkap Bunyian sesuatu. Suara desahan Dan Suara yang membuatkan bulu Roma Mawar meremang. Dia mengingati semula kejadian dulu bila Terry Dan seorang perempuan diranjang. Mawar berdoa dalam hati agar kejadian sama tidak berulang.

Ternyata semua yang terjadi adalah takdir Mawar..

Kedudukan bilik yang menjauh membuatkan langkah Mawar perlahan- lahan merapati pintu yang sedikit terbuka Dan Mawar dapat melihat segalanya dengan Jelas aktiviti Terry yang sedang dilakukan lelaki itu dengan perempuan.

Mawar mematikan langkah. Dia masih terkedu dalam apa yang terlihat dimatanya, dimana kaki Dan tubuhnya kaku melihat tidak berkelip.

Dalam Kealpaan Mawar, tangannya tertolak hiasan yang berada dihadapannya bila dilihat Terry sedang mengorakkan langkah keperingkat seterusnya.

Mawar yang terkaku dengan segala yang berlaku pada hadapan matanya Segera menyembunyikan diri. Dia dapat melihat Terry melangkah keluar dalam bilik Dan memanggil pembantunya. Langkah Terry yang tidak berpakaian Segera ditutup dengan dia kembali memakai seluar pendek.

Baru Terry ingin melangkah ke bilik tempat persembunyian Mawar pembantunya hadir disisi Terry membuatkan langkah Terry terhenti.

“ Aku rasa ada yang ceroboh masuk rumah ini. Aku nak semua cari siapa orang itu. Aku nak orang ini malam ini.” Habis Terry bicara dia kembali ke dalam bilik.

Maria dilihat Mawar muncul di situ mendapatkan Terry.

“ Kenapa? Apa yang dah berlaku?” Maria juga terkejut mendengar Suara Terry dalam memanggil semua pembantunya.

“ Ada yang ceroboh dikawasan ini Dan aku syak seseorang sebab aku nampak kelibat seseorang itu berambut perang!”

“ Perang? Engkau jangan nak kata itu....?"

“ Uruskan pencarian disekitar sini Maria. Aku akan kesana untuk melihat jika dia adalah seseorang yang kita cari. Dia perlu jelaskan benda ini, kenapa dia kesini langgar arahan aku!”

“ Perang?” Roselle memegang rambutnya. Dadanya berdebar - debar. Bagaimana dia Perlu kembali tanpa ditangkap.

Sebaik sahaja Terry menutupkan Pintu biliknya, Roselle menyelinap keluar dalam tubuh kecilnya keluar dari rumah itu. Dia perlu kembali ke rumahnya tanpa disedari oleh Terry.

Tiada yang lain doanya dalam hati. Dia Perlu sampai dahulu ke rumah baru, sebelum Terry.?

?????????

Love PB.. Vote, komen and Rewards!.

Share this novel

Nick Intan
2020-11-12 09:14:55 

Bbb bb b BBBbbbbbbbbbbbbbbb b bbbbbbbbbbbbbbb Bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb B7bbbbbbbbbbb bb, bbBbbb b bbb bbb7b7 bbbbbbbbbbbb Bbbbbbb bb bb bb7. 77 7b7 7b7 b7, bbbbbbb. */7b.bbbbbbbbBbbbb bb7b*7b// / 7b bbb B bb77 7bb7 bbbbbbbbbbbBbb bbbbb bb. Bbb bvb7 / 7bb* "b b bbb B. BbbbB b bbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbB bbb7bbbbbb7 b"7,bb 7vb7777"7b7 bb77b bb/b b7 / 7 bb7. Bbbb bbbbbbB vv bbbb. Bb7b "7B bbbbb bbbbbbb bb7vb7 77v7 7,bb bbbb bb7"7 "7" /777 b* /777 b c. B b bb7b7 77b bb bb. Bb7 7v7 7bbbbbbbbbbbb b bb bb7b, bbbbbbb 7b bbb bbbbbbbbb b7 77777bbbbbbbb b7 bb bb/*7bbbbb v bb bbbbbbbf bbbb bbbbbbbbb


NovelPlus Premium

The best ads free experience